You are on page 1of 9

Sejarah Renang

Lukisan-lukisan tentang perenang dari Zaman Batu telah ditemui di "gua perenang" berdekatan
Sura di Mesir barat daya. Rujukan-rujukan bertulis wujud sejak dari 2000 SM. Pada tahun 1538,
Nicolas Wynman, profesor bahasa anak Jerman, menulis buku pertama tentang renang. Renang
pertandingan di Eropah bermula pada sekitar tahun 1800, kebanyakannya menggunakan gaya
dada. Gaya rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya trudgen, diperkenalkan pada tahun 1873
oleh John Arthur Trudgen selepas menirunya daripada orang-orang asli Amerika.

Renang merupakan salah satu acara dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Pada
tahun 1900, gaya kuak lentang dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai suatu acara. Pada
tahun 1902, gaya trudgen diperbaik oleh Richard Cavill, menggunakan tendang keribas.
Persatuan renang dunia yang pertama, Federation Internationale de Natation, dibentuk pada
tahun 1908. Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu kelainan gaya dada
diterima sebagai suatu gaya tersendiri pada tahun 1952.

Tubuh manusia terdiri sebahagian besarnya daripada air dan oleh itu, ia mempunyai ketumpatan
yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-
paru diisi dengan udara, ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan
air di sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh itu,
mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah, dengan pergerakan
melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang bertentangan dengan pergerakan
yang dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan dan lengan
sebagai dayung, dan dengan menendang kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan
hanya menghasilkan agak sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin
(misalnya, air lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar (misalnya, kebanyakan
kolam renang), tidak banyak usaha diperlukan untuk mengapung di dalam air masin, berbanding
dengan air tawar.

Sebilangan gaya renang telah diperkembangkan, berdasarkan pelaksanaan sesetengah atau


kesemua prinsip yang berikut:

Torso dan kaki harus dikekalkan dalam kedudukan yang selari dengan permukaan air. Kaki yang
jatuh atau torso yang condong meningkatkan seretan secara ketara. Tangan harus didepangkan ke
hadapan kepala dengan sebanyak yang mungkin supaya dapat memanjangkan panjang purata
garis air dan dengan itu, mempercepatkan pergerakan dengan ketara.

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa daya tangan yang dikenakan pada air sebenarnya
dijanakan oleh putaran pinggul, dan bukannya oleh otot lengan. Otot yang menarik lengan di
dalam air dipasang seinci dari hujung lengan atas. Dengan lengan sebanyak 21" panjangnya,
nisbah tuil ialah 1:20. Ini bermaksud bahawa tarikan otot bahu sebanyak 100 paun hanya
menghasilkan 5 paun dayanya di bahagian tangan semasa ia menolak air. Sebaliknya, tork yang
dijanakan oleh otot pinggul yang lebih besar dan lebih kuat mengayunkan tangan di dalam air
seolah-olah pemain golf atau pemukul bola mengayunkan kayu golf atau kayu pemukul dengan
suatu pusingan yang cepat pada pinggulnya. Perenang-perenang elit yang berupaya mencapai
suatu tambahan yang sederhana pada pencepatan pinggul mereka akan dapat menambahkan
puncak daya tangan sebanyak sekali ganda.

Masa yang dihabiskan pada sisi harus dipanjangkan supaya bahu tidak memecahkan garis air dan
mengakibatkan ombak haluan. Ini mengurangkan keratan rentas depan, mengurangkan lagi
seretan, serta juga menaikkan nisbah antara panjang and lebar garis air tubuh. Pembaikan yang
serupakan boleh dimungkinkan dengan menyebariskan arah kepala, tangan, kaki, dan lengan
yang paling sempit ke dalam air. Torso adalah paling penting, berbanding dengan bahagian
tubuh yang lain. Pergerakan tangan, lengan, dan kaki dari belakang ke hadapan harus dikekalkan
di udara dengan seberapa lama yang mungkin semasa kuak pemulihan. Ketika di dalam air,
pergerakan-pergerakan tersebut harus dijajarkan dengan seberapa hidrodinamik yang mungkin
kerana anggota yang dikembalikan harus bergerak sekurang-kurangnya dua kali lebih laju
berbanding dengan perenang dan di dalam air, akan menjanakan lapan kali seretan (yang
meningkat dengan kuasa tiga lajunya), berbanding dengan luas depan torso. Memutarkan bahu
juga menambahkan kuasa tarikan dengan menggunakan otot abdomen untuk membantu menarik
lengan di dalam air.

"Tangkap" air yang asas tidak sebegitu penting berbanding dengan perkara-perkara di atas.
Kebanyakan perenang hanya menangkap air dengan tangan yang rata atau jari-jari yang
didepangkan sedikit dan kemudian ditarik dengan lancar pada sepanjang badan. Semua teknik
yang tersebut tidak memerlukan kekuatan tambahan. Dengan latihan kekuatan, tangan dan kaki
masing-masing boleh dijulurkan dan dilunjurkan lagi ke dalam air untuk menghasilkan lebih
banyak dorongan. Untuk mereka yang baru belajar renang, kekuatan yang dinaikkan hanya
menghasilkan pembaikan yang kecil jika strategi-strategi di atas (mengurangkan seretan dan
memanjangkan garis air) tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Animasi rangka dan dinamik bendalir pengkiraan membenarkan simulasi perenang. Ini
membenarkan daya-daya pada sendi dan otot dikira, dan jika simulasi berbilang digunakan,
berbagai-bagai gaya atau individu boleh dibandingkan. Melalui grafik komputer atau tangkapan
pergerakan, simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini
menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta gaya-gaya yang baru.
Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih merupakan suatu cabaran kepada para
jurulatih renang, dan rasa air masih diperlukan untuk menutup gelung kawalan supaya gaya-gaya
renang tidak kemudian menyimpang.

Tujuan renang pertandingan adalah untuk berenang dengan paling cepat bagi sesuatu jarak yang
diberikan. Renang pertandingan menjadi popular pada abad ke-19 dan kini terdiri daripada 34
buah acara, iaitu 17 buah acara bagi setiap jantina. Renang juga merupakan acara yang popular
dalam Sukan Olimpik Musim Panas, dengan setiap jantina ahli olahraga masing-masing
bertanding dalam 13 buah acara yang diiktirfaf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam
kolam yang 50 meter panjangnya. Badan pentadbiran antarabangsa renang pertandingan ialah
FINA (Fédération Internationale de Natation), iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.

Keempat-empat gaya pertandingan dalam Sukan Olimpik ialah gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak
lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas (gaya rangkap depan). Gaya-gaya itu boleh direnang
secara perseorangan atau bersama-sama dalam lumba rampai. Urutan lumba rampai ialah: 1)
gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada, dan 4) gaya bebas. Terdapat dua jenis lumba
berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas. Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya kuak lentang,
2) gaya kuak dada, 3) gaya kuak kupu-kupu, dan 4) gaya bebas. Setiap empat perenang dalam
renang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu, bergantung kepada jarak
keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-ganti ialah 200 meter atau
ela, 400 meter atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya direnang dengan
menggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti
berenang dari hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 200 meter, dua jarak hujung ke hujung
kolam renang bagi lumba 400 meter, dan empat jarak bagi lumba 800 meter. Bagi kolam 25
meter atau ela, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dua jarak bagi lumba 200
meter, empat jarak bagi lumba 400 meter, dan lapan jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam
pertandingan yang bersaiz penuh di Amerika Syarikat adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela
lebarnya. Ini membenarkan kedua-dua lumba jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan lumba
jarak panjang (kolam 50 m) diadakan.

Terdapat beberapa jenis pengadil:

 pemula yang memulakan perlumbaan;


 para pengadil pemusingan yang memastikan bahawa pemusingan perenang adalah
menetapi peraturan
 para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta,
 para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta; dan
 ketua pengadil (bahasa Inggeris: umpire) yang memastikan bahawa segala aspek
perlumbaan dikendalikan dengan lancar.

Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang melanggar peraturan
gaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan renangnya dianggap tidak sah.

Komuniti-komuniti Amerika Syarikat dan United Kingdom menaja liga-liga renang pertandingan
yang terdiri daripada pasukan-pasukan renang kanak-kanak dan remaja. Liga-liga ini sebahagian
besarnya menepati peraturan-peraturan renang yang diiktiraf dan berenang dengan gaya piawai,
tetapi pada jarak yang lebih pendek, sebagai acara-acara dalam temasya sukan renang. Liga-liga
itu yang biasanya bergiat pada bulan-bulan yang lebih panas tidak dikaitkan secara langsung
dengan sebarang pertubuhan renang negara atau dunia. Bagaimanapun, perenang-perenang yang
memulakan pengalaman renang pertandingan mereka dalam pasukan-pasukan renang tempatan
tersebut kekadangnya akan menyertai pasukan peringkat negara.

Renang untuk bersenam


Renang ialah sejenis senaman yang cemerlang. Oleh sebab ketumpatan tubuh manusia adalah
lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan pada
sendi dan tulang dikurangkan. Justeru renang sering dipergunakan sebagai senaman untuk
pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya.
Renang rintangan merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan. Ia
mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau untuk
membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas alasan olahraga atau terapi.
Renang rintangan boleh dilakukan baik dengan menentang arus (sering diistilahkan sebagai
mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-
ikatan kenyal.

Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan
bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi
secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai
mengurangkan kesan tekanan yang buruk.

Risiko renang

Sebuah papan tanda yang memberikan amaran kepada para pengembara berjalan kaki di denai
yang menuju ke Pantai Hanakapiai.

Renang umumnya dianggap sebagai suatu kegiatan kesihatan yang berisiko rendah, berbanding
dengan banyak sukan yang lain. Bagaimanapun, terdapat sebilangan risiko kesihatan renang
yang termasuk:

 Mati lemas dan penyedutan air yang diakibatkan oleh:


o Keadaan-keadaan air yang buruk yang melanda perenang atau mengakibatkan
penyedutan air.
o Keapungan negatif ketika tersangkut kepada sebuah objek yang berat,
umpamanya kapal yang sedang tenggelam.
o Penolakan orang-orang lain di bawah air, baik secara sengaja mahupun tidak.
o Keletihan atau ketaksedaran.
o Ketakupayaan, akibat pitam air cetek, serangan sakit jantung, sinkope sinus
karotid atau angin ahmar.
 Kesan buruk perendaman:
o Mati lemas sekunder yang diakibatkan oleh sedutan air masin mencipta buih-buih
di dalam paru-paru yang menyekat pernafasan.
o Sindrom Pernafasan Air, SWAS.
o Kejutan terma selepas terjun ke dalam air yang mengakibatkan denyutan jantung
berhenti.
o Eksostosis yang merupakan pertumbuhan saluran telinga yang tidak normal,
akibat mencepuk-cepuk air ke dalam saluran telinga secara kerap dan pada jangka
panjang (dikenali sebagai telinga perenang).

 Pendedahan kepada kimia:


o Disinfektan klorin menaikkan pH air dan jika tidak dibetulkan, akan
mengakibatkan kerengsaan mata dan/atau kulit. [1]
o Penyedutan gas klorin pada jumlah yang kecil dari permukaan air semasa
berenang buat jangka panjang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada paru-
paru, khususnya bagi mereka yang menghidap asma. Masalah ini boleh diatasi
dengan menggunakan kolam yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik,
khususnya kolam luar.
o Klorin juga mengakibatkan kesan kosmetik yang negatif selepas pendedahan yang
lama dan berulang. Ia menghijaukan rambut perang muda dan menghapuskan
segala warna daripada rambut perang supaya menjadi keputih-putihan. Klorin
juga merosakkan struktur rambut dan menjadikannya "berkeriting halus".

 Jangkitan:
o Air merupakan persekitaran yang cemerlang untuk banyak bakteria, parasit, kulat,
dan virus yang menjejaskan manusia, bergantung kepada mutunya.
o Jangkitan kulit yang berasal daripada bilik-bilik renang dan mandi boleh
mengakibatkan kutu air. Cara yang paling mudah untuk mengelakkannya adalah
dengan mengering ruang antara jari-jari kaki selepas berenang.
o Sesetengah parasit mikroskopi seperti Cryptosporidium tahan klorin dan
mengakibatkan penyakit cirit-birit apabila para perenang menelan air kolam.
o Jangkitan telinga, otitis media, (otitis eksterna).

 Perbuatan perenang sendiri:


o Kecederaan, akibat berenang berketerlaluan, boleh berlaku. Umpamanya:
 para peserta pertandingan gaya rama-rama boleh menghidap sakit
belakang, termasuk fraktur vertebra (walaupun jarang) serta sakit bahu,
akibat latihan bertahun-tahun;
 para perenang gaya dada boleh menghidap sakit lutut serta sakit pinggul;
dan
 para perenang gaya bebas dan gaya rentang boleh menghidap sakit bahu,
sejenis tendonitis yang biasanya dirujuk sebagai bahu perenang.
o Hiperventilasi dalam percubaan untuk melanjutkan masa di bawah air akan
mengurangkan karbon dioksida darah yang mengakibatkan penahanan dorongan
untuk bernafas serta kehilangan kesedaran pada akhir junaman. Untuk
mekanismenya, sila lihat pitam air cetek.

 Kesan buruk yang diakibatkan oleh air dan cuaca:


o Arus, termasuk arus pasang surut dan arus sungai, boleh mengakibatkan
keletihan, serta memindahkan perenang dari keadaan selamat, atau menarik
perenang ke dalam air.
o Angin menerukkan ombak dan mengakibatkan perenang tidak mengikut haluan
kerana ditiup angin.
o Hipotermia yang diakibatkan oleh air sejuk boleh dengan cepatnya
mengakibatkan keletihan serta ketaksedaran.
o Selaran matahari boleh diterukkan oleh pantulan di dalam air serta kekurangan
pakaian yang dipakai semasa berenang. Pendedahan jangka panjang kepada
cahaya matahari boleh menaikkan risiko barah kulit.

 Barang-barang di dalam air:


o Kerosakan baling-baling merupakan punca kemalangan yang utama, baik kerana
berlanggar dengan kapal mahupun kerana tersangkut ketika memanjat ke dalam
kapal.
o Pelanggaran dengan perenang yang lain, dinding kolam, batu, atau kapal.
o Terjun ke dalam objek tenggelam, atau ke dasar, seringnya di dalam air yang
keruh.
o Tersangkut pada objek tenggelam, khususnya dahan atau kapal yang ranap.
o Memijak pada benda yang tajam seperti kaca pecah.

 Hidupan akua yang berbahaya:


o Sengatan: ampai-ampai dan sesetengah karang
o Tembusan: landak laut, kupang zebra (Dreissena Polymorpha), ikan pari
o Gigitan: yu serta ikan-ikan yang lain, ular, udang kara, atau ketam
o Kejutan elektrik: ikan pari elektrik, belut elektrik.

 Aspek undang-undang
o undang-undang yang berkait dengan perkara-perkara di atas atau dengan
kesopanan (umpamanya renang telanjang)
o pelanggaran hak pemilikan.

 Renang indah (bahasa Inggris: synchronized swimming) atau renang sinkronisasi


adalah olahraga yang memadukan unsur-unsur renang, senam, dan tari. Olahraga ini
dipertandingkan secara beregu, tunggal, duet, atau trio. Renang indah memadukan
kekuatan dan ketahanan fisik dengan keluwesan, keanggunan, nilai artistik, dan
kemampuan menahan nafas sewaktu berada di dalam air. Berkembang awal tahun 1900-
an di Kanada, renang indah adalah olahraga yang didominasi wanita.

 Renang indah sudah menjadi salah satu cabang eksibisi sejak Olimpiade Helsinki 1952,
tapi baru mulai dipertandingkan sejak Olimpiade Los Angeles 1984. Pertandingan renang
indah di olimpiade dan kejuaraan dunia renang indah tidak terbuka untuk pria. USA
Synchro dan Synchro Canada adalah kejuaraan nasional di AS dan Kanada yang
menerima peserta pria.

 Atlet renang indah dituntut memiliki kekuatan fisik, kelenturan tubuh, dan kemampuan
aerobik yang tinggi dalam melakukan gerakan yang tersinkronisasi. Di hadapan juri,
perenang indah melakukan dua set gerakan wajib yang terdiri dari gerakan teknis dan
gerakan bebas.

 Renang indah diatur Federasi Renang Internasional (FINA). Di Indonesia, renang indah
berada di bawah naungan Persatuan Renang Seluruh Indonesia (PRSI), dan
dipertandingkan di Kejuaraan Nasional Renang Indah Kelompok Umur serta Pekan
Olahraga Nasional. Renang indah antara lain juga dipertandingkan dalam Kejuaraan
Renang Asia.

Sejarah

Tim renang indah Kanada "meloncat" dari dalam air secara bersamaan.

Sejarah renang indah sebagai olahraga yang dipertandingkan dan memiliki organisasi dimulai
sejak awal abad ke-20, walaupun ditemukan bukti-bukti bahwa orang di zaman kuno sudah
melakukan gerakan-gerakan seperti balet di dalam air. Pertandingan renang indah pertama kali
dilakukan tahun 1890 dan 1891 di Berlin, serta tahun 1892 di London. Pada waktu itu,
pertandingan renang indah hanya boleh diikuti peserta pria. Wanita pertama kali mengikuti
pertandingan renang indah pada tahun 1907. Pada awalnya, renang indah (synchronized
swimming) disebut sebagai artistic swimming, ornamental swimming, figure swimming, pattern
swimming, atau scientific swimming. Sekelompok wanita Kanada pimpinan atlet polo air
sekaligus penyelam bernama Margaret Sellers mengembangkan olahraga ornamental swimming
yang teknik dasar renang dengan teknik untuk menyelamatkan orang tenggelam.

Pada tahun 1907, pebalet Annette Kellerman dari Australia menari balet di dalam akuarium di
New York Hippodrome dan mendapat perhatian luas dari publik Amerika Serikat. Selanjutnya
pada tahun 1915, mahasiswa Universitas Wisconsin, Katherine Curtis mengembangkan renang
indah dengan mencampur gerakan sulit di dalam air dengan gerakan selam. Pada tahun 1923,
Katherine Curtis mendirikan klub balet air bernama Modern Mermaids di Universitas Chicago,
dan menjadikan balet air sebagai salah satu atraksi dalam pameran dagang Century of Progress
World's Fair tahun 1934 di Chicago.
Pebalet air Annette Kellerman menjadi inspirasi bagi film Million Dollar Mermaid. Film tersebut
dibintangi Esther Williams yang juga juara AS renang gaya bebas dan atlet renang olimpiade
mewakili AS. Gadis muda mulai menggemari renang indah setelah MGM membuat serangkaian
film musikal bertemakan olahraga renang sepanjang tahun 1940-an dan 1950-an. Pada tahun
1970-an dan 1980-an, juara renang asal Ft. Lauderdale, Charkie Phillips menghidupkan kembali
"balet air" di televisi dalam acara "The Brady Bunch Variety Hour", "The Big Show", dan
bersama Miss Piggy dalam film The Great Muppet Caper.

Setelah melakukan pertunjukan keliling dunia, perenang AS yang mempertontonkan eksibisi


renang indah di Olimpiade Roma 1960. Namun baru pada Olimpiade Los Angeles 1984, renang
indah dijadikan salah satu cabang pertandingan di olimpiade. Pada waktu itu, cabang renang
indah di olimpiade memiliki dua jenis pertandingan, duet dan tunggal. Sekarang, cabang renang
indah di olimpiade hanya mempertandingkan kategori duet (2 perenang) dan beregu (satu regu 8
perenang). Kejuaraan nasional renang indah di Amerika Serikat merupakan satu-satunya
kejuaraan di dunia yang mempertandingkan kategori trio (3 perenang).

[sunting] Peraturan dan penilaian

Tim renang indah The Riverside Aquettes sedang melakukan gerakan vertikal kaki di atas

Renang indah memiliki 2 cabang pertandingan, figure (sikap dasar) dan technical routine yang
masing-masing dibawakan dalam batasan waktu. Cabang figure mempertandingkan
kesempurnaan gerakan secara teknis dan tidak menggunakan musik. Sebaliknya, cabang
technical routine menggunakan musik. Gerakan renang yang dilakukan atlet harus berdasarkan
urutan yang sudah ditetapkan sebelumnya, termasuk di antaranya: boost, rocket, thrust, dan twirl.
Cabang figure dan technical routine masing-masing bisa dipertandingkan secara tunggal, duet,
atau beregu dengan masing-masing regu terdiri dari 8 perenang.

Dalam setiap pertandingan figure maupun technical routine, atlet diminta melakukan 2 set
gerakan, technical routine (TR) dan free routine (FR). Penilaian untuk masing-masing set
gerakan:
Technical routine

 Pelaksanaan (execution)
 Kesan keseluruhan (overall impression)

Free routine

 Keterampilan teknis (technical merit)


 Kesan artistik (artistic impression)

Nilai total tertinggi yang bisa diperoleh atlet atau regu adalah 100. Perolehan nilai dihitung dari
nilai total yang diperoleh atlet untuk masing-masing set gerakan.

Juri terdiri dari 10 orang yang dibagi menjadi dua kelompok dengan masing -masing kelompok
terdiri dari 5 orang juri. Kelompok juri yang satu menilai keterampilan teknis, sedangkan
kelompok juri yang lain menilai kesan artistik. Setiap juri berhak memberi nilai tertinggi 10.

[sunting] Peralatan
Atlet renang indah biasanya menggunakan penjepit hidung agar air tidak masuk ke dalam
hidung, Atlet bernafas melalui mulut sewaktu kepala berada di permukaan air. Penggunaan
kacamata renang (goggle) tidak diizinkan dalam pertandingan dengan alasan terlalu menarik
perhatian. Baju renang yang dipakai atlet dalam pertandingan didesain seindah mungkin dan
sering diberi hiasan. Rambut atlet wanita diikat ke atas dan diberi berbagai hiasan rambut. Tata
rias tebal sering digunakan atlet wanita untuk menggambarkan perasaan atau emosi yang sesuai
dengan tema yang dibawakan.

Kostum dan musik merupakan faktor yang menunjang kesan keseluruhan (overall impression)
dan kesan artistik (artistic impression). Kolam renang untuk pertandingan renang indah memiliki
pengeras suara bawah air agar musik bisa tetap didengar atlet sewaktu berada di bawah
permukaan air.

You might also like