You are on page 1of 24

UBM 1032

WACANA AKADEMIK BAHASA


MELAYU

PERBANDINGAN ANTARA PERUBATAN


TRADISIONAL DENGAN PERUBATAN MODEM

Nama :Siti Zubaidah Ibrahim


No Matrik :D20091035632
Semester :Dua
Kumpulan :A
Nama Pensyarah :Pn. Nor Saliza bin Mohd Shuhaini

1|Page
Isi Kandungan
Bil Isi Kandungan Muka
surat
1.0 Pengenalan ilmu perubatan 1-3

2.0 Jenis-jenis ilmu perubatan 4-7


 Ilmu perubatan tradisional
 Ilmu perubatan modem

3.0 Faktor-faktor perubatan tradisional masih diperlukan 8-11

 Kepercayaan animisme

 Penawar pelbagai penyakit berbahaya

 Kos perubatan tradisional rendah


4.0 Faktor-faktor permintaan terhadap perubatan modem 11-14

 Rawatan yang cepat berkesan dalam masa yang singkat

 Berkesan dalam mengawal penularan wabak penyakit yang

berbahaya

 Pengunaan ubat yang cepat melegakan


5.0 Kepentigan ilmu perubatan tradisional 15-17

 Kepentingan kepada individu

 Kepentingan kepada masyarakat dan negara


6.0 Kepentingan ilmu perubatan modem 17-19

 Kepentingan kepada individu

 Kepentingan kepada masyarakat dan negara


7.0 Kesimpulan 20
Bibliografi 21-22

1.0 Pengenalan ilmu perubatan

2|Page
Manusia dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Menurut Ing Moh Mei, perubatan

membawa maksud perkataan ubat yang bermaksud sesuatu benda yang digunakan untuk

menyembuhkan atau menyihatkan badan sama ada ubat itu dimakan atau disapu pada

badan. Perubatan juga merupakan salah satu cabang sains hayat bagi tujuan

menyihatkan tubuh badan dan memanjangkan usia. Bidang perubatan meliputi semua

aspek termasuklah pengetahuan sains dan kegunaan pengetahuaan tersebut untuk

kesejahteraan hidup manusia. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa edisi Keempat

perubatan ditakrifkan sebagai perihal berubat yang berkaitan dengan ubat atau usaha

mengubati seperti ilmu,jabatan dan pakar yang melibatkan perubatan. Dengan kata lain,

perubatan ialah segala usaha yang dilakukan untuk menghalang dan menyembuhkan

pelbagai penyakit.

Bidang perubatan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bidang perubatan

bukannya satu bidang ilmu yang baru dijumpai tetapi bidang ini telah lama diadaptasi

dalam kehidupan manusia. Bidang perubatan ini bermula sejak zaman primitif lagi

tetapi kesahihan fakta zaman primitif ini tidak diketahui dengan tepat. Terdapat

sesetengah pendapat menyatakan ahli kaji purba ada menemui lukisan, tulang dan alat

pembedahan sejak zaman primitif lagi. Masyarakat primitif pada masa ini menganggap

penyakit berpunca daripada sumpahan ilmu hitam, gangguan makhluk halus dan dewa-

dewa yang marah sehingga menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Proses rawatan

masyarakat primitif lebih bercirikan alam ghaib iaitu dengan memakai tangkal sebagai

langkah pencegahan, menggunakan jampi dan mentera untuk menghalau hantu dan

menggunakan ramuan herba bagi merawat luka-luka yang kecil.

3|Page
Terdapat dua cabang bidang ilmu perubatan pada masa kini iaitu bidang ilmu

perubatan tradisional dan perubatan modem. Perubatan tradisional mempunyai matlamat

yang sama dengan perubatan moden iaitu untuk menghapuskan atau menghilangkan

kesakitan dan penderitaan pesakit dengan konsep dan cara tersendiri. Perubatan cara

tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula pada nenek moyang kita lagi

dan mungkin juga sudah berusia seusia dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

Pelbagai cara telah digunakan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar

berkesan. Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan

ialah jampi serapah disamping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan serta serangga. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat

perubatan modem tetapi kesan tindakan yang diamalkan adalah untuk kesejahteraan

hidup jangka masa panjang. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu

cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan dalam

peningkatan taraf hidup masyarakat.

Manakala perubatan moden pula merupakan campuran antara seni merawat

dengan pelbagai bidang ilmu sains. Perubatan modem mempunyai hubungan secara

langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Perubatan bioperubatan masa kini

mempunyai bidang yang lebih luas seperti bidang perubatan klinik, penyelidikan

perubatan dan pembedahan yang dapat mengatasi masalah penyakit dan pelbagai

kecederaan. Kemunculan perubatan moden pada kurun ke-20 disebabkan oleh penemuan

4|Page
antibiotik pertama iaitu sulfanilamide dan kemajuan ground breaking dalam penggunaan

penisilin. Kemajuan selanjutnya sudah dicirikan oleh kemajuan kemoterapi dan

penggunaan vaksin serta penggunaan pengetahuan mengenai endokrin untuk merawat

penyakit-penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone seperti

penggunaan insulin untuk merawat penyakit diabetis dan kefahaman mengenai nutrisi

dan peranan vitamin dalam kesihatan dan seumpamanya.

Perubatan tradisioanl dan perubatan moden mempunyai kepentingan yang sama

dalam bidang perubatan. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perubatan

tradisional masih diperlukan pada masa kini walaupun dikatakan perubatan tradisional

semakin kurang mendapat perhatian. Disamping itu, terdapat juga faktor-faktor yang

menyebabkan perubatan moden sangat penting pada masa kini.

2.0 Jenis-jenis ilmu perubatan

5|Page
2.1 Ilmu perubatan tradisional

Salah satu ilmu perubatan yang akan disentuh dan diterangkan adalah ilmu

perubatan melayu tradisional. Hal ini adalah kerana, ilmu perubatan melayu

tradisional telah wujud berkurun lamanya dan ilmu perubatan ini diwarisi secara

turun-temurun dari zaman dahulu lagi. Banyak kisah mengenai ilmu perubatan

ini wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ialah kisah mengenai Tun

Hamzah, cucu bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dibunuh oleh Sultan

Mahmud Syah dan mengalami luka parah yang akan menyebabkan kematian jika

luka itu dalam sebanyak seinci lagi. Kisah ini mampu menjadi bukti bahawa ilmu

perubatan ini telah berkembang berkurun lamanya (Harun Mat Piah, 2006).

Pada masa itu masyarakat mengelar orang yang mampu mengubati

penyakit ini dengan pelbagai gelaran antaranya ialah tabib, pawang dan bomoh.

Ilmu perubatan masyarakat Melayu mengandungi pelbagai pantang-larangnya.

Antara pantang-larangnya ialah untuk mengubati sesuatu penyakit, bomoh

tersebut memerlukan masa dan tarikh yang sesuai untuk menjalankan upacara

penyembuhan berkenaan. Selain daripada itu juga, bomoh berkenaan akan cuba

meramal dan menilik jenis-jenis penyakit terlebih dahulu sebelum memulakan

upacara penyembuhan. Kadang-kala ilmu perubatan Melayu tradisional ini

mempunyai kaitan dengan alam gahaib yang menjadi kepercayaan majoriti

seluruh masyarakat Melayu pada masa itu (A. Samad Ahmad, 2005).

6|Page
Masyarakat Melayu juga menggunakan ramuan herba sebagai salah satu

langkah mengubati penyakit. Masyarakat terdahulu lebih rapat dengan alam

semulajadi maka tidak hairanlah jika mereka menggunakan ramuan herba yang

asli untuk merawat penyakit. Salah satu herba yang dianggap berkhasiat ialah

pokok Tongkat Ali. Herba ini dianggap mempunyai khasiat untuk meningkatkan

syawat bagi kaum lelaki. Di samping itu juga, pokok Putar Wali juga dikatakan

mampu untuk merawat penyakit kencing manis (Zainatul Syuhaida bt Abdul

Rahman, 2003).

Selain ilmu perubatan Melayu tradisional, terdapat juga ilmu perubatan

tradisional yang lain. Antaranya ialah ilmu perubatan tradisional masyarakat Cina.

Pelbagai gelaran diberikan kepada doktor perubatan Cina antaranya ialah Fashe,

Dai Fu dan Tabib Cina. Perubatan Cina hanya menggunakan pengeras seperti

kayu gaharu, wang kertas palsu dan pedang Mao Shan Tien dalam

menyembuhkan sesuatu penyakit. Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan

dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu

membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan

dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur

iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan

logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat-ubatan

bahan-bahan yang diadunkan mesti sesuai dengan unsur-unsur badan tersebut.

7|Page
Ilmu perubatan tradisional Cina memgandungi pelbagai cabang antaranya

ialah ilmu perubatan Singse iaitu merupakan ramuan campuran herba tumbuhan

dengan khasiat dari haiwan. Ramai masyarakat yang mencuba jenis perubatan ini

apabila rawatan secara modem tidak mendatangkan hasil yang diingini.

Disamping itu juga, masyarakat Cina memgamalkan kaedah rawatan secara

Akupuntur bagi merendahkan kandungan kolestrol dalam badan sekali gus dapat

mengurangkan risiko penyakit jantung. Ahli perubatan Cina juga ada menyatakan

bahawa ubat-ubatan Cina mestilah diamalkan secara berterusan dan diseimbangi

dengan pemakanan yang sihat bagi mendapatkan hasil yang berkesan. Hal ini

adalah kerana, ubat-ubatan tersebut memakan masa yang agak panjang dan akan

bertindak secara perlahan-lahan. (Moh Mei Ing, 1998)

2.2 Ilmu perubatan modem

Perubatan modem merupakan salah satu cabang ilmu sains hayat yang

mengkaji dan memahami mengenai aspek kehidupan manusia bagi meningkatkan

taraf kesihatan seseorang. Perubatan modem juga boleh dimaksudkan sebagai

ilmu perubatan yang berupaya menyembuhkan penyakit dengan menggunakan

bahan kimia yang tertentu. Terdapat golongan tertentu yang mendominasi bidang

perubatan modem ini iaitu doktor dan jururawat. Mereka akan menjalankan tugas

mengikut bidang kepakaran masing-masing dalam merawat pesakit. Bidang sains

perubatan modem ini mempunyai cabangnya yang tersendiri mengikut organ-

organ dalam badan manusia. Contohnya ialah bidang perubatan Anatomi

8|Page
merupakan bidang yang mengkaji mengenai struktur fizikal daripada organisma,

sitologi dan histology yang penting dalam struktur mikroskopik manusia. Selain

itu juga bidang genetik berkaitan dengan kajian gen dan peranan gen-gen tersebut

dalam warisan biologi manusia.

Dalam bidang perubatan modem, ubat-ubatan atau kapsul merupakan

salah satu perkara penting dalam proses penyembuhan penyakit. Hal ini adalah

kerana semua ubat adalah dadah iaitu bahan kimia atau biologi yang boleh

meninggalkan kesan kepada tubuh badan mahu pun fikiran manusia. Jikalau

penggunaan ubatan ini diambil secara teratur dan mengikut arah doktor, ia boleh

mengurangkan penularan penyakit dan jika ubatan diambil sesuka hati tanpa

nasihat doktor boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada tubuh badan

manusia. Ubat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ubat preskripsi dan

bukan preskripsi. Ubat preskripsi merupakan ubat yang kuat dan hanya perlu

diambil jika mendapat arahan daripada doktor manakala ubat bukan preskripsi

merupakan ubat yang bebas diperolehi tanpa pemantauan daripada doktor.

(Persatuan pengguna Pulau Pinang,1996)

3.0 Faktor-Faktor perubatan tradisional masih diperlukan

9|Page
Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin

canggih. Malahan kita tidak dapat nafikan bahawa dalam beberapa jenis penyakit sistem

perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan moden. Perubatan

tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat pada masa kini kerana beberapa faktor.

Antaranya ialah:

3.1 Kepercayaan Animisme

Kehidupan cara tradisional masih dikekalkan dalam sebahagian besar

masyarakat khususnya orang melayu di kawasan pedalaman. Setelah sekian lama

orang Melayu amat terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan saki-baki

kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun arus perubahan dan kemodenan

semakin rancak berkembang. Kepercayaan animisme telah mengajar masyarakat

bahawa setiap penyakit bermula daripada lebihan cecair, racun dan pengaruh

makhluk halus dalam badan. Proses yang diperlukan untuk menyembuhkan

penyakit ini akan melibatkan amalan perubatan tradisional. Tambahan pula ,

perubatan moden masih gagal mengubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan

kuasa ghaib contohnya santau, histeria atau kerasukan hantu.

Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal

buat seketika ,muntah darah atau menjerit-jerit. Penyakit ganjil ini tidak boleh

disembuhkan melalui kaedah perubatan moden. Kaedah perubatan tradisional

amat berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini. Oleh sebab itu, sebahagian

masyarakat masih memerlukan perubatan tradisional. Dalam kalangan

10 | P a g e
masyarakat  orang asli peranan mimpi sangat penting dalam bidang keagamaan

dan juga sistem perubatan tradisional. Melalui mimpi pengamal-pengamal

perubatan tradisional (bomoh atau  pawang)  yang dikenali sebagai “hala” akan

mendapat ilham tentang jampi, nyanyian dan cara mengubati penyakit yang

berkaitan dengan mahluk halus yang dikenali sebagai superhuman dan

sebagainya.

3.2 Penawar pelbagai penyakit merbahaya

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi

penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Contohnya ialah darah tinggi,

lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat

saraf kebiasaanya lebih serasi dengan perubatan tradisional. Sesetengah rawatan

perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik khususnya dalam mengubati

tulang yang patah. Terdapat ramai bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat

menyembuh penyakit ini mengikut kepakarannya tanpa melalui proses

pembedahan seperti kaedah rawatan perubatan moden. Tambahan pula, boleh

dikatakan bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit

yang berkaitan dengan urat saraf dan angina tanpa melibatkan proses pembedahan

seperti yang dapat dilakukan dalam perubatan tradisional.

Rawatan tradisional lebih berhasil dan benar-benar meyakinkan

masyarakat. Dalam kalangan masyarakat cina pula, akupuntur dan ubat-ubatan

11 | P a g e
sinseh terkenal sejak zaman-berzaman lagi. Kedua-dua jenis perubatan ini

mujarab bagi beberapa penyakit seperti darah tinggi, sakit lelah dan lumpuh.

Tambahan pula, rawatan akupuntur boleh menggantikan ubat bius dalam proses

pembedahan. Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan

tradisional daripada kaedah rawatan modem terutamanya dalam mengubati

penyakit-penyakit yang berbahaya. Kini perubatan tradisional semakin mendapat

sambutan memandangkan kejayaan dalam proses rawatannya dan penemuan

pelbagai ubatan tradisional yang mujarab. Sistem rawatan secara tradisional juga

dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti

jangkitan HIV atau AIDS, penagihan dadah, kencing manis dan penyakit mental.

3.3 Kos perubatan tradisional yang lebih murah.

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat

masih belum mampu untuk membiayai belanja dan kos perubatan moden.

Bayaran perubatan tradisional lebih murah berbanding dengan perubatan moden.

Maksudnya semakin canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan

moden, semakin tinggi pula kos yang terpaksa ditanggung  oleh orang ramai yang

mendapatkan rawatan perubatan berkenaan. Contohnya kos sebanyak RM20,000

diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan kaedah

laser. Bagi masyarakat yang berpendapatan rendah atau miskin, sudah pasti

mereka tidak mampu untuk membiayai kos perubatan yang begitu mahal. Hal ini

akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan melalui

12 | P a g e
kaedah perubatan tradisional yang mempunyai kos lebih rendah atau murah serta

mampu dibiayai oleh mereka.

Sudah terbukti bahawa perubatan modem itu akan mendatangkan kesan

yang cepat dan memuaskan hati dalam masa yang singkat tetapi mampukah

golongan sederhana membiayai kos rawatan yang begitu tinggi dan amat

membebankan? Berbeza dengan rawatan tradisional, bayarannya lebih murah

kerana  perkhidmatan ini berlandaskan niat yang ikhlas iaitu ingin membantu dan

bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Oleh sebab itu, bayaran biasanya

akan diberi mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit. Perubatan tradisional

tidak memerlukan alat-alatan yang berharga beribu-ribu ringgit dalam proses

melakukan rawatan tetapi hanya menggunakan ramuan tertentu sahaja seperti

buah Limau Purut, Lada Hitam, Air Kelapa Muda dan sebagainya.Kadar

bayarannya yang rendah juga disebabkan oleh harga  ubat-ubatan  tradisional

yang murah. Hal ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung oleh pesakit

yang berasal daripada golongan yang sederhana pendapatanya.

4.0 Faktor-faktor permintaan terhadap perubatan modem

Pada masa kini permintaan terhadap rawatan perubatan modem kian meningkat

walaupun pada hakikatnya rawatan modem ini lebih mahal daripada rawatan tradisional.

Terdapat segelintir masyarakat sanggup berhabisan wang ringgit demi mendapat rawatan

13 | P a g e
modem yang terbaik dan memuaskan hati. Pelbagai faktor wujud yang menjadi

pendorong kepada permintaan rawatan modem ini antaranya ialah :

4.1 Rawatan yang cepat berkesan dalam masa yang singkat

Rata-rata masyarakat beranggapan bahawa proses rawatan modem akan

menyembuhkan penyakit dalam masa yang singkat. Hal ini adalah kerana, selepas

menjalani sesi rawatan pesakit akan mendapat rawatan susulan daripada doktor

sehingga betul-betul sembuh. Pemantauan akan dibuat oleh pihak hospital dari

semasa ke semasa. Rawatan susulan ini dilakukan kerana bagi mengelakkan sebarang

komplikasi yang boleh mengancam nyawa pesakit. Jadual pengambilan ubat juga

berada dibawah pemantaun doktor. Selepas keadaan pesakit bertambah baik, mereka

dibenarkan untuk pulang ke rumah dan akan berjumpa doktor setiap minggu

mengikut kepada tahap kesihatan pesakit berkenaan. Pada kebiasaanya, pesakit akan

dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas dua minggu keadaanya dipantau oleh

pihak hospital dan kebarangkalian untuk sembuh adalah cepat jika pesakit berkenaan

mengikut setiap arahan yang diberitahu oleh doktor.

Salah satu proses pembedahan yang kronik ialah pembedahan jantung. Menurut

Dr. Tan Yong Seng, sejurus selepas pembedahan pesakit akan terus dimasukkan ke

dalam wad ICU. Selepas itu pesakit akan diberikan ubat untuk menidurkan mereka.

Pesakit akan dapat menjalankan kegiatan harianya selepas 3 hingga 4 minggu saja.

Oleh sebab itu, memang wajarlah dikatakan bahawa rawatan perubatan modem lebih

cepat berkesan untuk merawat penyakit yang kronik. (Dr. Tan Yong Seng,2010)

14 | P a g e
4.2 Berkesan dalam mengawal penularan wabak penyakit yang berbahaya

Kini penularan wabak penyakit kian berlaku dan pelbagai jenis penyakit ditemui

setiap tahun. Pada kebiasaanya penularan wabak penyakit akan berlaku pada skala

yang luas dan melibatkan ramai mangsa yang terlibat dalam masa yang singkat.

Penularan wabak penyakit ini akan menyebabkan kebimbangan yang mendalam

dalam diri masyarakat. Dalam mengatasi masalah ini ilmu perubatan modem

dikatakan mampu untuk mengekang masalah penyebaran virus ini. Pelbagai vaksin,

antibiotik dan serum akan diciptakan untuk mengawal dan mengubati pesakit yang

dijangkiti oleh penyakit yang berkenaan. Kaedah saintifik dan eksperimen yang

mendalam akan dilakukan untuk menguji keberkesanan bahan-bahan berkenaan

sebelum diluluskan untuk kegunaan umum.

Baru-baru ini negara kita telah digemparkan oleh salah satu wabak penyakit yang

dikenali sebagai virus Selsema Babi. Virus Selsema Babi merupakan salah satu

penyakit bawaan vektor yang telah ditemui dalam kawasan babi. Hasil daripada

teknik perubatan modem maka vaksin bagi melindungi penularan wabak penyakit ini

telah dicipta dan isu Selsema Babi kini sudah dapat diselesaikan.

4.3 Pengunaan ubat yang cepat melegakan

15 | P a g e
Ubat-ubatan modem lebih ringkas dan senang untuk dimakan berbanding dengan

ubat-ubatan tradisional. Hal ini adalah kerana, ubat-ubatan kini telah diekstrak

daripada ramuan aslinya kepada bentuk temblet dan kapsul supaya senang dimakan.

Lebih-lebih lagi masyarakat kini seakan takut untuk meminum air akar dan

sebagainya yang dikatakan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi tetapi mereka

lebih suka memilih kapsul sebagai pelega kesakitan. Selain daripada itu juga, kapsul

ini senang untuk dibawa ke mana-mana tanpa perlu merebusnya terlebih dahulu atau

sebagainya. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika masyarakat lebih gemar memilih

kapsul dan temblet sebagai ubat mereka.

Terdapat juga segelintir masyarakat mendakwa bahawa ubat-ubatan modem lebih

cepat melegakan berbanding dengan ubatan tradisional. Kenyataan ini boleh

digunapakai juga kerana ramuan herba tradisional memerlukan penggunaan yang

berpanjang dan teratur kerana ubat ini memerlukan jangka masa yang lama untuk

merawat sesuatu penyakit itu. Berbeza pula dengan ubat-ubatan modem kerana

selepas menggambil ubat berkenaan hanya perlu menunggu beberapa minit saja untuk

merawat kesakitan berkenaan. Contohnya ubat Panadol mendapat perhatian umum

dalam merawat kesakitan yang ringan. Panadol mampu melegakan pening kepala

dalam masa beberapa minit saja.

5.0 Kepentigan Perubatan tradisional

16 | P a g e
5.1 Kepentingan kepada individu

Perubatan tradisional mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Salah satu

kepentigannya ialah kepada individu atau pengguna itu sendiri. Individu yang sakit

disebabkan oleh ilmu ghaib atau jin mampu untuk kembali sembuh dengan bantuan

perubatan tradisional. Perkara ini dibangkitkan lagi kerana perubatan tradisional

sudah sinonim dengan kehidupan alam ghaib dan alam jin. Pada hakikatnya penyakit

yang disebabkan oleh alam ghaib ini tidak mampu untuk dibuktikan secara saintifik

tetapi penyakit disebabkan oleh alam ghaib ini sememangnya wujud. Oleh sebab itu,

terdapat segelintir individu akan cuba untuk mendapatkan rawatan secara tradisional

bagi mengatasi masalah ini. Andai kata perubatan tradisional ini telah lenyap dari

bumi kita ini, golongan manakah yang mampu untuk menyembuhkan penyakit yang

berkaitan dengan ilmu ghaib ini? Mampukah seorang doktor untuk mengubati

seorang pesakit yang dibomoh oleh seseorang? Oleh sebab itu, perubatan tradisional

ini dianggap penting bagi mengubati penyakit yang berkaitan alam ghaib terhadap

individu yang pernah terkena.

Maka tidak hiranlah jika dikatakan bahawa perubatan tradisional ini tidak akan

luput ditelan zaman selagi kepecayaan mengenai ilmu ghaib masih utuk dalam fikiran

masyarakat kita.

17 | P a g e
5.2 Kepentingan kepada masyarakat dan negara

Pentingkah ilmu perubatan tradisional kepada masyarakat dan negara?

Jawapanya ialah ya. Hal ini adalah kerana perubatan tradisional dapat membantu

masyarakat yang golongan bawah untuk mendapatkan rawatan. Rawatan tradisional

ini lebih murah berbanding dengan rawatan modem dan ini dikatakan mampu untuk

menolong golongan miskin. Kepentingan ilmu perubatan juga ialah dapat

menyihatkan tubuh badan manusia dan masyarakat setempat. Ramuan herba

masyarakat tradisional mampu menyembuhkan pelbagai penyakit jika mereka

mengamalkannya mengikut aturan yang betul dan dapat mengekalkan awek muda.

Contohnya ramuan herba Kacip Fatimah dikatakan mampu mengekalkan bentuk

badang yang menarik disamping menambah tenaga kebatinan kepada golongan

perempuan. Hal ini membuktikan bahawa perubatan tradisional penting dalam

menjamin kesihatan masyarakat.

Kepentingan perubatan tradisional kepada negara pula ialah, apabila rakyat sihat

kerajaan tidak akan mengeluarkan belanja untuk menaikan taraf kesihatan penduduk

dalam negara. Perbelanjaan dan bebanan kerajaan akan berkurangan dan kerajaan

mampu untuk mengalirkan wang berkenaan untuk pembangunan negara yang lain.

Keuntungan negara dari segi perubatan pula ialah negara kita mempunyai

tanah yang subur untuk pertumbuhan pokok-pokok herba. Oleh sebab itu, negara kita

mampu untuk menjadi pengeksport dan pengedar barangan berupa ramuan herba

untuk pasaran antarabangsa kerana permintaan terhadap ramuan herba dari negara

18 | P a g e
luar kian meningkat saban tahun. Contohnya, ramuan herba Tongkat Ali kini kian

mendapat sambutan dari negara-negara luar umpamanya Kesatuan Eropah.

Maknanya disini kebarangkalian bagi negara kita menjana ekonomi dalam sektor

pengekspotan barangan herba sangat luas pasaranya.

6.0 Kepentingan ilmu perubatan modem

6.1 Kepentingan kepada individu

Ilmu perubatan modem ini dikatakan penting kepada individu berkenaan kerana

dalam proses penyembuhan sesuatu penyakit ilmu perubatan modem dikatakan

mampu untuk menangani masalah ini. Bagi individu yang menghadapi penyakit

kronik, beliau boleh mendapatkan rawatan melalui pembedahan dan pengambilan

ubat secara berterusan untuk sembuh. Setelah dunia semakin modem pelbagai alat

dicipta untuk menaiktaraf bidang ilmu perubatan. Dahulu seseorang yang menghidap

penyakit jantung tidak berpeluang untuk hidup lama dan kembali kepada kehidupan

normal tetapi dengan adanya ilmu teknologi yang dicipta dalam perubatan modem ini

kebarangkalian untuk hidup lama lebih luas. Oleh sebab itu, ternyata ilmu perubatan

modem ini mampu untuk membantu individu dalam merawat penyakit yang dihadapi

oleh mereka.

Kepentingan perubatan modem kepada individu juga adalah kerana ramuan herba

daripada akar-akar kayu telah diproses menjadi ubat yang senan untuk dimakan dan

19 | P a g e
dbawa kemana saja tanpa memerlukan amalan tradisional seperti memasak, merubus

dan sebagainya. Hal ini dapat memudahkan individu untuk mengambil ubat-ubat

berkenaan dalam masa yang ditetapkan. Disamping itu juga, ubat-ubat yang telah

disahkan oleh kerajaan ini senang didapati dimana-mana saja cawangan farmasi yang

berdekataan. Seseorang yang menhadapi sejenis penyakit dan dia ada keinginan

untuk pergi melancong dan sebagainya tidak perlu risau lagi jikalau bekalan ubatnya

kehabisan kerana ubat-ubat yang sama boleh didapati di klinik dan farmasi yang

berdekatan tanpa perlu kembali ke tempat asal. Oleh sebab itu, kecanggihan

teknologi perubatan ini telah melepasi semua sempadan dan kesihatan individu kian

meningkat dalam serba kemudahan dan pantas.

6.2 Kepentingan kepada masyarakat dan negara

Istilah masyarakat merangkumi konteks semua pihak. Perubatan modem ini

bukan saja mendatangkan manfaat kepada individu itu saja tetapi merangkumi

masyarakat dalam satu komuniti berkenaan. Kepentingan perubatan modem ini

kepada masyarakat kerana dengan adanya perubatan modem ini taraf kesihatan

masyarakat akan meningkat. Kalau dahulu sebelum adanya perubatan modem taraf

kesihatan masyarakat berada di paras yang amat rendah. Hal ini adalah kerana

masyarakat pada masa itu tidak tahu untuk menjaga kesihatan mereka disebabkan

oleh taraf kehidupan yang tidak maju. Sebagai contohnya negara kita sebelum

merdeka mempunyai taraf kesihatan yang amat rendah. Pada masa itu masyarakat

kita dibelengu oleh penjajah barat dan mereka hanya mengamalkan cara perubatan
20 | P a g e
tradisional saja untuk mengubati sesuatu penyakit. Selepas negara kita mendapat

kemerdekaan, kerajaan telah menaiktarafkan kesihatan negara dengan menubuhkan

banyak kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan sebagainya. Oleh sebab itu,

kepentingan perubatan modem amat besar nilainya kepada masyarakat negara kita

dalam meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

Kepentingan perubatan modem kepada negara pula adalah apabila masyarakat

sihat maka pulangan kepada negara adalah daripada segi tenaga buruh proaktif dan

sihat yang tinggi, masyarakat mampu bekerja dan pendapatan negara kita akan

meningkat. Hal ini adalah kerana, masyarakat mendapat khidmat perubatan yang

telah disediakan oleh pihak pemerintah untuk merawat sesuatu penyakit. Pihak

pemerintah negara pula akan sedaya-upaya untuk menyediakan perkhidmatan

perubatan modem bagi penduduk setempat untuk merawat penyakit. Contohnya,

pihak pemerintah negara kita telah menyediakan suntikan bagi kanak-kanak

diperingkat sekolah rendah dan menengah untuk meningkatkan imunan badan mereka

untuk melawan sesuatu penyakit. Oleh sebab itu, perubatan teknologi modem sangat

penting bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk dan sekaligus akan

meningkatkan kemajuan sesebuah negara berkenaan.

21 | P a g e
7.0 Kesimpulan

Perubatan tradisional dan perubatan modem sebenarnya tiada perbandingan yang

ketara. Hal ini adalah kerana, perubatan tradisional banyak digunakan pada masa lampau

sebelum adanya perubatan modem yang serba canggih ini. Perubatan modem pula

sebenarnya merupakan satu kesinambungan daripada perubatan tradisional yang telah

diasaskan berabab lamanya. Oleh sebab itu, tidak terdapat perbandingan yang ketara

antara kedua-dua bidang perubatan ini tetapi saling melengkapi antara satu sama lain.

Cara masyarakat yang menggunakan bidang perubatan berkenaan yang

menampakkan sedikit kelainan tentang disiplin bidang perubatan berkenaan. Jikalau

dahulu masyarakat yang mendominasi bidang perubatan tradisional ini digelar sebagai

bomoh, pawang, tabib dan sebagainya namum kini gelaran dan peranan golongan

berkenaan kian beransur-ansur hilang daripada perhatian masyarakat tempatan kerana

adanya ilmu perubatan yang lebih canggih dan mampu merawat dan mengawal pelbagai

jenis penyakit. Oleh sebab itu, perubatan tradisional kian dilupakan dan hanya terdapat

sebahagian saja daripada perubatan tradisional yang masih diguna-pakai sehingga

sekarang. Contohnya seperti senaman yoga yang masih diamalkan sehingga sekarang

untuk mengekalkan tahap kesihatan pengamalnya dan telah dibuktikan secara santifik

bahawa senaman yoga ini mampu menyihatkan tubuh badan kita.

22 | P a g e
Bibliografi

A. Samad. Ahmad (Ed). (2005). Warisan perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Aminah Haji Hasan, Ooi Saw Geok dan Ch’ng Saw Chin (2004). Panduan asas proses
kejururawatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Armstrong W. Jhon (2000). Air kehidupan penyembuh dengan terapi urin. Jakarta:
PT Gramedia pustaka utama.

Chan Kit Lam (1998). Perkembangan ubat-ubatan herba menuju alaf baru. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Draayusof (2009). Perubatan modem. Diperolehi pada Jan 21, 2010 daripada
http://draayusof.blogspot.com/2009/05/perubatan-moden.html.

Harun Mat Piah (2006). Kitab tib ilmu perubatan Melayu. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara.

Lu Fui Chong (2008). Perubatan Cina akupunktur. Diperolehi pada Jan 23, 2010 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Chong.htm.

Moh Mei Ing (1998). Perubatan tradisional tempatan. Diperoleh pada 21 Jan, 2010 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/moh.htm.

23 | P a g e
Perubatan Sin Seh (2006). Semua penyakit berpunca daripada angin dalam badan.
Diperoleh pada Jan 23, 2010 daripada
http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/12/16/perubatan-sin-seh- semua-
penyakit-berpunca-daripada-angin-dal.html.

Persatuan pengguna Pulau Pinang (1996). Panduan pengambilan ubat.


Pulau Pinang: Persatuan pengguna Pulau Pinang 10400, Malaysia.

Seng Yong Tan (2010). Gambaran keseluruhan bagi pembedahan pintasan laluan koronari
arteri. Diperolehi pada 24 Jan, 2010 daripada
http://www.tanyongsengheartsurgery.com/drtan/index.php?
option=content&t ask=view&id=55.

Wikipedia (2010). Perubatan tradisional Cina. Diperoleh pada 24 Jan, 2010 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_tradisional_Cina.

Zainatul Shuhaida Abdul Rahman (2003). Herba dan perubatan tradisi zaman-berzaman.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24 | P a g e

You might also like