You are on page 1of 3

MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH

• Siapakah kita? Dari mana dan hendak ke mana? Dan apakah dia
roh dan kalbu?

Sabda rasullullah (s.w.t) yang bermaksud;

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul


daging, bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan
bila jahat ia nescaya jahat lah seluruh anggota tubuhnya.
Ketahuilah! Iaitulah kolbu (hati)….....”
( diriwayatkan oleh bukhari dan muslim).

Dari keterangan hadis di atas dapat kita faham bahawa perbicaraan


kemuncak asal usul manusia ialah kalbu (hati). Hati dalam diri
manusia laksana raja pemerintah yang sangat ditaati oleh rakyat.
Anggota lahirnya; umpama kaki, tangan, mata, hidung, mulut, telinga
peruk, faraj, zakar dan sebagainya laksana rakyat jelata yang sentiasa
patuh kepada perintah raja. Bila ia memerintah tangan supaya
menampar nescaya menampar ia, bila ia memerintah kaki supaya
menendang nescaya menendang ia, begitulah seterusnya.

Hati itu juga dipanggil “ hakikat keakuan”- aku itu aku ini, aku
pergi kesana, aku datang kesini, rumah itu kepunyaan aku, kereta itu
aku punya, aku……. Aku aku. `Aku’ itulah yang sebenar hakikat
insan, kerana ia ganti nama bagi roh atau kalbu (hati) dan dialah
laksana Tok Dalam wayang kulit, sedangkan tubuh dan anggota-
anggota kasar yang lahir laksana belulang kering. Apabila ia bercerai
dari tubuh badan kasar nescaya jadilah tubuh itu sebatang karah
umpama tunggul kayu yang menunggu reput hancur.

Dialah yang akan menerima hukuman pembalasan samaada baik


atau jahat di negeri akhirat, dialah yang memerintah Negara-negara
besar di dunia ini. Dialah yang menakluki makhluk-makhluk menjadi
hamba abdi kepadanya. Dialah yang menundukkan benda-benda
jamaadatun, nabaatatun, dan hayawanatun. Dialah punca hikmah
dijadikan alam ini, kalau tidak kerananya sudah tentu segala makhluk
dan surga neraka tidak dijadikan.

Datangnya dia dari alam gaib atau alam al-amru, oleh itu dia juga
akan kembali ke alam gaib. Dia wujud sebelum alam kasar atau alam
syahadah (kenyataan) ini wujud. Ia ditempatkan ke alam dunia, iaitu
tempat sementara ini kerana ada tujuan untuk menerima ujian. Ia
datang dari alam kejadian tuhan yang anih (ruhaniah) yang tidak
menerima binasa dan pena’ selama-lamanya.

Dialah yang akan menanggung rasa bahagia atau celaka di akhirat,


dialah yang menerima suka duka dunia dan akhirat. Dialah yang
sudah mengenali tuhan di alam arwahu sebelum dihantar ke dunia dan
sebelum benda-benda atau apa-apa ini dijadikan. Dialah yang
mengetahui segala hakikat sesuatu dengan tanggapan ilmunya. Dialah
yang sudah hidup, melihat, mendengar, bercakap dan seterusnya
bersifat dengan sifat-sifat ma`ani sebelum ia bercantum dengan tubuh
badan kasar.

Dialah yang digelar (fitratullah) yang sudah mengenali allah dan


mengetahui ugamanya dengan tidak payah belajar atau mutalaah
kitab-kitab di alam arwahu yakni ia sudah mengenali segalanya
sebelum ia dihantar atau dicantum dengan alam kasar syahadah
(kenyataan) ini. Malah ia pernah mengakui dan menyaksi di alam
arwahu bahawa tuhan yang esa itu ialah allah sebagaimana yang di
ceritakan di dalam al-quran melalui firmannya yang bermaksud;

“Tidakkah aku ini tuhan kamu? Mereka menjawa, bahkan!”

Dilah juga dijadikan sebab diutusnya rasul-rasul ke alam dunia ini


untuk mengawasi dan mengingati kembali mengenai perkara-perkara
ugama yang sudah manusia mengenali di alam arwahu dahulu,
mudah-mudahan supaya manusia tidak mengotori fitrahnya malah
hendaknya sentiasa bersih dari awal sampai akhir. Firman allah yang
bermaksud;

“Dialah fitrah yang allah jadikan sesuai pada manusia, tidak dapat
diubah-ubah lagi pada kejadian Allah, itulah ugama allah yang
benar……”
Adapun orang-orang yang tidak menerima dan tiada mempercayai
ugama allah yang disampaikan oleh rasul-rasul di dunia ini maka
itulah tandanya mereka sudah mengotori fitrah bersih mereka yang
asli dan sudah terpesong dari kebersihannya, dengan sebab itu mereka
berhak mendapat gelaran ``kufur” disisi allah dan sewajarnya mereka
kekal di dalam neraka….

Dia juga tidak dijadikan atau dihatarkan ke alam syahadah ini


melainkan dengan ada hikmah `ubuddiah iaitu beribadah dan berbakti
kepada allah, firman allah yang bermaksud;

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadah


Kepada aku…….”

You might also like