You are on page 1of 6

KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW DAN

KEAGUNGAN AKHLAK

MUKADIMAH
Bulan Rabiul Awal adalah antara bulan yang tercatat detik yang bersejarah bagi umat
Islam seluruh dunia. Khususnya setiap kali tiba tarikh 12 Rabiul Awal umat Islam akan
meraikan sambutan Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran junjungan besar baginda
Rasulullah SAW. Hari kebesaran ini disambut sebagai satu bentuk kesyukuran terhadap
rahmat Allah Taala yang telah mengutuskan seorang rasul dan merupakan sesuatu
kehidupan ke arah kebenaran.
Firman Allah Taala:

ِ
107
َ ‫اك إِالَّ َر ْح َمةً لِّل َْعالَم‬
‫ين – األنبياء‬ َ َ‫َو َما أ َْر َسلْن‬
Maksudnya:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.

SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Rasulullah SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April
570M. Dinamakan Tahun Gajah kerana sempena serangan tentera bergajah oleh Abrahah
untuk meruntuhkan Kaabah, namun usaha tersebut telah digagalkan oleh Allah SWT.
Sebagaimana yang disebut dalm surah Al-Fil. Orang yang pertama mengadakan
sambutan Maulidur Rasul ialah kerajaan Islam Fatimiah ( Zaman Abbasiah ) yang

berfahaman Syiah iaitu ‫( املعزلدين اهلل‬365-341H )1


Beliau telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan membahagi-bahagikan
hadiah kepada golongan tertentu termasuk Ahlul Bait ( pada istilahnya ialah Keluarga

1
Ensiklopedia Hukum Islam, jld.4, m/s. 1158

1
Nabi Muhammad SAW yang terdiri dari keluarga Bani Abdul Mutalib dan keluarga Bani
Hasyim. Termasuk anak, menantu dan isteri-isteri2 )

Cara sambutan Maulidur Rasul telah berubah dan salah satu cara tersebut adalah dengan
membaca sejarah hidup Rasulullah SAW dalam bentuk syair atau puisi. Diantara
sesterawan Arab yang menulis sejarah hidup Rasulullah SAW dalam bentuk syair atau
puisi ialah Syed Jaafar bin Hasan. Beliau menulis dalam bentuk puisi dan prosa mengikut
kecederungan masyarakat Arab di masa itu dan ia dibukukan serta tersebar di seluruh
masyarakat Islam yang masyhur dengan Berzanji3

KEUTAMAAN SIRAH RASULULLAH SAW


Mengkaji dan menghayati sirah ( sejarah ) hidup Rasulullah SAW. Sangat penting
khususnya umat Islam bagi mendapat iktibar dan pengajaran yang berguna. Al-Quran
sendiri banyak menceritakan tentang sejarah para Nabi, firman Allah dan kerajaan-
kerajaan dahulu yang meninggalkan pelbagai pengajaran untuk pedoman umat ini.
Penghayatan sirah Rasulullah SAW akan menambahkan keyakinan dan keimanan
seseorang itu tentang sifat kerasulan yang terpancar dengan jelas melalui akhlak, teladan
dan cara pergaulan yang tinggi budipekertinya.
Jika para sahabat RA.telah beriman dan semakin bertambah keyakinan mereka terhadap
Rasulullah SAW dengan melihat akhlak dan mukjizat baginda maka kita yang dilahirkan
selepas kewafatan Rasulullah SAW juga boleh mendapat kelebihan yang sama melalui
penghayatan Sirah Rasulullah SAW yang sampai kepada kita melalui riwayat-riwayat
yang sahih.
Di dalam satu hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW.pernah memuji
umat akhir zaman yang beriman dengan kerasulan baginda walaupun mereka tidak
pernah melihat baginda seperti para sahabat RA. ‫رضي اهلل عنهم‬

2
Ahmad, Dasuki, Kamus Pengetahuan Islam, m/s. 20.
3
Dikaitkan kepada nama sebuah kampung di pendalaman, Iraq, Rujuk: Berzanji dan konsep Amalannya di
Malaysia dan Nusantara oleh Syaikh Abd. Ghaffar bin Syaikh Abd.Kuddus m/s. 586

2
‫"ال َح" َّ"دثَنِي أَ ِس"ي ُد بْ ُن َع ْب" ِ"د ال" َّ"ر ْح َم ِ"ن َع ْن‬ ِ ‫"ال ح" َّ"د َثنا األَو َز‬
َ "َ‫اع ُّي ق‬ ِ "‫ح" َّ"د َثنَا أَبو الْم ِغ‬
ْ َ َ َ "َ‫"يرة ق‬ َ ُ ُ َ

َّ ‫ْت ألَبِي ُج ُم َع"ةَ َر ُج ٍ"ل ِم َن ال‬


‫ص" َحابَِة َح" ِّ"د ْثنَا‬ ٍ ْ‫َخالِ ِد بْ ِن ُدري‬
َ "َ‫"ك َع ْن أَبِي ُم َح ْي ِري" ٍز ق‬
ُ ‫"ال ُقل‬ َ
‫ُح ِّدثُ ُك ْم َح" ِ"ديثًا َجيِّ ًدا‬ َ َ‫صلَّى اللَّه َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ ِ ‫ح ِديثًا س ِمعتَهُ ِمن رس‬
َ ‫ال َن َع ْم أ‬ َ ‫ول اللَّه‬ َُ ْ ْ َ َ
ِ ِ ِ ‫َتغَ َّدينَا مع رس‬
‫"ال يَا‬
َ "‫اح َف َق‬ َ ‫صلَّى اللَّه َعلَْيه َو َسلَّ َم َو َم َعنَا أَبُو عَُب ْي" َد َة بْ ُن ال‬
ِ ‫ْج" َّ"ر‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ ََ ْ

‫"ال َن َع ْم َق ْ"و ٌم يَ ُكونُ"و َن ِم ْن‬


َ َ‫"ك ق‬
َ ‫اه" ْدنَا َم َع‬ َ ‫َح ٌد َخ ْي ٌ"ر ِمنَّا أَ ْس"لَ ْمنَا َم َع‬
َ ‫"ك َو َج‬
ِ َ ‫رس‬
َ ‫ول اللَّه أ‬ َُ

) Riwayat Ahmad(
4
‫َب ْع ِد ُك ْم ُي ْؤ ِمنُو َن بِي َولَ ْم َي َر ْونِي‬
Maksudnya:
Daripada Abu Muhairiz RA.katanya: Aku telah berkata kepada Abu Jumaat RA.seorang
sahabat Nabi SAW.:Beritahulah kepadaku satu hadis yang engkau telah dengar
daripada Rasulullah SAW. Beliau berkata: Ya, aku akan khabarkan kamu satu hadis
yang baik. Aku pernah makan bersama dengan Rasulullah SAW dan Abu Ubaidah bin
Al-Jarrah RA turut bersama-sama kami, lalu dia bertanya: Ya Rasulullah SAW, adakah
sesiapa yang lebih baik daripada kami? Kami telah Islam dan telah berjihad bersama-
samaMu? Jawab baginda: Ya, mereka ialah kaum yang datang selepas kamu mereka
beriman denganku sedangkan mereka tidak melihatku.

Dalam kitab Fiqh Al-Sirah oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, beliau telah
menyatakan tentang kepentingan menghayati Sirah Rasulullah SAW kepada lain perkara
seperti berikut:
1. Mengenali dan memahami hakikat sebenar peribadi Rasulullah SAW melalui
kehidupan dan peristiwa-peristiwa yang baginda telah lalui supaya kita dapat

4
661 .‫ ص‬,15 .‫مرقاة املفاتيح شرح مشكاة املصابيح للعالمة القاري يف باب ثواب هذه األمةو ج‬

3
menyakini bahawa baginda bukan sekadar seorang manusia yang bijak dikalangan
kaumnya bahkan bijak disebalik sifat dan kelebihan sebagai Rasul pilihan Allah
SWT yang sentiasa mendapat taufik dan hidayah.
2. Mencari teladan yang terbaik di dalam setiap bidang kehidupan untuk dijadikan
pegangan dan panduan. Tidak dinafikan sesiapa sahaja yang memerhatikan Sirah
Rasulullah SAW pasti akan menemui teladan yang terbaik untuk diikuti sama ada
dia seorang pemimpin, pendakwah, peniaga mahupun rakyat biasa. Perkara-
perkara ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

ِ ِ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُكم فِي رس‬


21 ‫سنَةٌ –األحزاب‬ ْ ‫ول اللَّه أ‬
َ ‫ُس َوةٌ َح‬ َُ ْ
Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik.
3. Membentuk dan memudahkan fahaman dan penghayatan yang sebenar terhadap
Al-Quran. Ini adalah kerana banyak ayat Al-Quran telah dijelaskan dan
ditafsirkan melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW serta
pendirian baginda. Sebagai contoh, Rasulullah SAW telah menunjukkan cara
menunaikan solat Khauf yang disebut dalam Al-Quran di dalam salah satu
peperangan dan pernah melakukan solat Qasar dan Jama’ sebagai menjelaskan
lagi perkara yang disebut oleh Al-Quran.
4. Menambahkan lagi pengetahuan serta fahaman yang sebenar mengenai Islam
sama ada dari segi akidah, hukum-hakam dan akhlak. Ini kerana kehidupan
Rasulullah SAW merupakan gambaran dan contoh sebenar kepada ajaran Islam.
5. Mendapat contoh terbaik lagi realistik bagi cara atau method dakwah dan tarbiah
yang berkesan. Rasulullah SAW.merupakan seorang pendidik yang cemerlang.
Baginda tidak pernah putus asa dalam usaha mendidik umat sehingga akhirnya
bangsa Arab yang hidup mundur ( nomad ) telah berjaya muncul sebagai umat
yang dihormati. Sifat sabar, ikhlas dan bijaksana dalam menjalankan dakwah
merupakan antara sifat yang perlu ada dalam diri pendidik atau pembimbing.

4
Iktibar dan Teladan
Islam telah menyeru kepada sekalian manusia supaya mengikut sunnah atau ajaran Nabi
SAW. Iktibar dan pengajaran daripada perjalanan hidup Rasulullah SAW meliputi setiap
golongan dan pelbagai bangsa. Apabila disebut tentang perniagaan, ikutilah sifat
Rasulullah SAW ketika menjadi seorang pedagang yang jujur, yang berusaha di negeri
Hijaz dan Syam. Jika diceritakan tentang dugaan serta kesusahan, hendaklah kita
mengambil contoh di waktu Nabi SAW terkurung diboikot oleh kaum musyrikin
sehinggalah baginda dan sahabat RA berhijrah ke Madinah.

Jika diambil contoh kepimpinan dan kekuasaan, ikutilah perjalanan dan gaya
pemerintahannya sewaktu memerintah bangsa Arab, menundukkan pembesar-pembesar
dan para cerdik pandai dibawah pimpinnnya. Kalau teladan sebagai rakyat biasa, maka
Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yng terbaik dari segi kesederhanaan hidup,
cara pergaulan dan sebagainya. Sekiranya disebut tentang pejuang yang hebat, ambillah
iktibar dari kisah kehebatan perjuangan Rasulullah SAW sewaktu peperangan Badar dan
Ahzab.

Jika sesorang menerima bencana, hayatilah kejadian perang Uhud, betapa Nabi SAW
mendapat luka-luka diantara sahabat dan umatnya. Kalau diceritakan tentang ketekunan
serta ketabahan, maka teladanilah Rasulullah SAW yang tidak pernah putus asa dalam
dakwah walaupun dicaci, dimaki dan diboikot sebagaimana dalam peristiwa dakwah
Nabi SAW ke Taif. Sekiranya seseorang itu menjadi pendidik, maka perhatikanlah
bagaimana cara Nabi SAW memberi pengajaran atau mendidik para sahabat RA.

Jika seseorang itu menjadi pelajar, ikutilah cara Rasulullah SAW dan gambarkanlah
bagaimana tekunnya Nabi SAW di hadapan Ruhul Amin Malaikat Jibril ketika baginda
diajar dan diturunkan wahyu.

Sekiranya seseorang itu menjdi Qadhi atau hakim, perhatikanlah bagaimana Nabi SAW
sebagai seorang hakim yang melatakkan Hajar Aswad pada Kaabah ketika orang-orang
Mekah sedang berselisih faham, jika ingin menjadi seorang ketua rumah tangga atau

5
suami yang terbaik, hayatilah riwayat hidup Nabi SAW dengan isteri-isteri baginda. Jika
seseorang ingin menjadi bapa contoh, maka pelajarilah apa yang dilakukan oleh Nabi
SAW terhadap anaknya sepertimana nasihat yang pernah diajarkan oleh baginda kepada
Fatimah RA.

Sesungguhnya sejarah suatu contoh teladan dari Nabi SAW begitu sempurna
merangkumi segala hal ehwal masyarakat.

Kesimpulan
Mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah SAW dalam seluruh aspek kehidupan
menjadikan seseorang muslim itu sentiasa berada dalam keadaan keinsafan diri, peka dan
berdisiplin dalam hidupnya. Sesuai dengan seruan Rasulullah SAW kepada umatnya
agar mengutamakan ajaran Rasulullah SAW dalam setiap detik kehidupan, maka seluruh
aktiviti dan amalan seseorang muslim lakukan akan dipandu oleh pengawasan nuraninya
dan sudah tentu dia tidak melakukan sesuatu amalan secara sukahati tanpa bimbingan
oleh kesedaran jiwa dan pemikiran yang waras. Mengikut sunnah dan ajaran baginda
SAW akan melahirkan keperibadian yang unggul, mengangkat darjat seseorang Muslim,
meningkatkan ketaqwaan dan memupuk akhlak mulia. Akhirnya akan melahirkan
personaliti terpuji yang boleh dicontohi, mantap akidahnya, istiqamah ibadatnya, tinggi
akhlaknya, matang pemikirannya dan sihat sejahtera jasmaninya. Firman Allah SWT.

7‫احلشر‬- ‫انت ُهوا‬


َ َ‫ول فَ ُخ ُذوهُ َو َما َن َها ُك ْم َعْنهُ ف‬
ُ ‫الر ُس‬
َّ ‫َو َما آتَا ُك ُم‬
Maksudnya:
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah
serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya.

You might also like