You are on page 1of 47

HBHE 2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. Kata Alu-aluan 2

2. Soalan Tugasan 3

3. Pengurusan Kesihatan Diri 4

4. Pendidikan Kesihatan Keluarga 15

5. Set Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

5.1 Rancangan Pengajaran Harian 27

5.2. Lembaran Kerja 1 34

5.3. Lembaran Kerja 2 35

5.4. Lembaran Kerja 3 36

5.5. Lembaran Kerja 4 37

5.6. Lembaran Kerja 5 38

5.7. Lembaran Kerja 6 39

5.8. Lembaran Kerja 7 40

5.9. Lembaran Kerja 8 41

5.10. Lembaran Kerja 9 42

8. Penutup 43

9. Rujukan 44

10. Lampiran

10.1. Lembaran Interaktif 45

10.2. Lembaran Interaktif 46

10.3. CD Modul 47

1
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu
Encik Kamaluddin bin Mokri atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau
dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan
tugasan ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di
Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai
harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam
meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala
kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, semoga Allah SWT
melimpah rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menjayakan
projek penyelidikan ini.

Terima Kasih.

2
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2. SOALAN TUGASAN

1. Aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting
dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan
kita terjamin.

Dengan bantuan pengurusan grafik (graphic organizer) yang dipilih, bincangkan kedua-dua
pernyataan di atas dengan mengambil kira kepentingannya serta keutamaannya dalam
kehidupan kita seharian.

(15 markah)

2. Bina SATU set rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan bagaimana
untuk anda mengajarkan aspek pengurusan kesihatan diri kepada murid-murid Tahun 5.

(15 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

3
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3. PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

3.1. Definisi Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan
Kebersihan Tubuh
Pengurusan Badan Pengurusan Berat
Kebersihan Pakaian Badan

Pengurusan
Kesihatan Diri

Pengurusan Tahap Pengurusan Tekanan


Kesihatan (Stress)
Pengurusan
Pemakanan yang Sihat

Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa
sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang penting
untuk hidup sihat sepanjang hayat.

4
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(a) Pengurusan Kebersihan Tubuh

Pengurusan

Kebersihan Tubuh Badan

Jenis anggota badan

Badan Tangan Rambut Mulut

Cara Cara Cara Cara

Mandi 2 kali sehari Bersihkan dengan Syampu yang Gosok gigi selepas
air bersih dan sesuai dengan makan
sabun kulit rambut

Gunakan air bersih Gosok gigi


Potong Kuku sebelum tidur
dan sabun

Guna berus sesuai

Akibat Akibat Akibat


Guna ubat gigi

Kudis Sakit Perut Kutu


Gunakan floss

Badan berbau
Akibat

Sakit Gigi
5
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan
sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan
kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman.
Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain
dipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali
selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang
akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita.
Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.

Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan


jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu berminyak dan kering.
Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepala
adalah di antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di
klinik.

Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok
gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan
setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Gunakan, floss untuk membuang
sisa makanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2 kali setahun. Gunakan alat
pelindung gigi jika terlibat dalam sukan lasak.

Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan
tenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remaja
memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuh
dibersihkan sebelum tidur.

6
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian

Pengurusan

Kebersihan Pakaian

Pakaian Tempat Tidur

Baju Bantal Selimut

Seluar Tilam Cadar

Cara Penjagaan

Tukar pakaian Bersihkan


setiap hari

Jemur
Bersihkan pakaian sebelum
dipakai semula

Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh.
Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan
pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur
bantal, selimut, tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

7
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(c) Pengurusan Tahap Kesihatan

Pengurusan

Tahap Kesihatan

Jenis Jenis
Tempat
Penyakit Pemeriksaan Pemeriksaan
Kesihatan

Buah Pinggang Hospital Pemeriksaan Tekanan Darah

Jantung Klinik Indeks Jisim Badan

Strok Ujian Kadar Lemak

Diabetis Saringan paras glokus darah

Saringan paras kolesterol

Saringan Minda Sihat

8
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sesetengah penyakit adalah pembunuh senyap. Ada di antara kita tidak


mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular
seperti penyakit Jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu
daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan
melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu


penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui
sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis

9
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(d) Pengurusan Pemakanan Yang Sihat

Karbohidrat Memberi Tenaga


Protein Membina Badan
Lemak Mencegah Penyakit
Vitamin
Dll

Komponen Makan Seimbang Faedah Makan Seimbang

Pengurusan Pemakanan Yang Sihat

Waktu Makan Utama

Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Makan Malam

10
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat,


protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang daripada setiap
komponen akan memberi tenaga, membina badan dan mencegah penyakit.

Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang.


Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kita
dinasihatkan supaya wajib makan sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu
memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah
untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Makan mengikut keperluan
adalah salah satu daripada pengurusan amalan makan yang sihat. Pengambilan jumlah
makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita.
Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah
makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan
dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah tinggi. Mereka yang bekerja tanpa
memerlukan penggunaan tenaga yang banyak seperti bekerja di pejabat kurang
memerlukan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian, amalan makan berlebihan akan
menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Lemak yang
berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

11
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(e) Pengurusan Berat Badan

Pengurusan

Berat Badan

Akibat Punca Cara


Obesiti Obesiti Mengatasi

Diabetis Kurang Bersenam Kecergasan Fizikal


Jantung Merokok
Darah Tinggi

Kanser

12
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit diabetis, jantung,
darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Di Malaysia,
prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia pada tahun 1986 ialah
6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. (National Health and Morbidity
Survey, 1996).

Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan.
Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi
segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan
membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa
pembakaran lemak dalam tubuh kita. Pembakaran lemak secara konsisten akan
menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak mengelak
badan daripada berlebihan berat. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein
(HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia
adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol dan membantu membuangnya dari
badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

13
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(f) Pengurusan Tekanan (Stress)

Jenis Cara
Punca Akibat
Tindakbalas Mengatasi
Tekanan Penyalahgunaan
Fizikal Pengurusan Masa
Perubahan Dadah
Tekanan Minuman
Emosi Pengurusan Kerja
Cabaran Beralkohol
Mental Pemikiran Positif
Komunikasi Positif
Bantuan orang lain

Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap


perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat
kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Seseorang individu
yang mengalami stres yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam
penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia
adalah sebahagian dari kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan
kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan stres.
Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu
menguruskan tekanan dengan sendiri.

4 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

4.1. Definisi
14
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam
lingkungan individu dan komuniti. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk
meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan
setiap ahlinya. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai
suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan
seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk
mencapai tahap kesihatan yang baik demi kesejahteraan mereka.

Pendidikan

Kesihatan

Keluarga

Tubuh Badan Manusia

Kesihatan Diri Dan Keluarga

Nilai Moral Dan Agama

(a) Tubuh Badan Manusia

Sistem Rangka
Sistem
Saraf Memberi sokongan, 15
MOHD FAUZI BIN SAEM perlindungan dan struktur
731024-01-5303 kepada organ-organ.
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sistem Saraf Mengumpul,


menghantar dan memproses maklumat
di antara otak, saraf tunjang, saraf
Sistem Otot
pheriferal dan saraf.
Pergerakan anggota
tubuh badan
Sistem
Limfatik Sistem
Penghadama
Pemindahan limfa di antara tisu dan
darah
Memproses makanan

Sistem Sistem
Endokrin Kardiovaskular

Suatu bentuk komunikasi dalam badan


menggunakan hormon yang Mengepam dan menghantar
darah dalam badan
dikeluarkan oleh kelenjar hormon
seperti hipotalamus, kelenjar tiroid,
kelenjar adrenal dan sebagainya. Sistem
Perkumuhan

Sistem Keseimbangan bendalir dalam

Reproduktif badan, perkumuhan air kencing


serta keseimbangan elektrolit.
Mengandungi organ reproduktif lelaki
dan perempuan.

Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem terdapat
beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri. Sebagai sebuah sistem,

16
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

setiap organ dan jaringan saling bergantungan di antara satu sama lain tetapi mempunyai
matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan.

(b) Kesihatan Diri dan Keluarga

Kesihatan Diri dan Keluarga


17
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Je
ni
s

Kebersihan Tubuh Badan

Amalan Pemakanan Sihat

Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan


Fizikal

Amalan Kesihatan Mental yang Baik

Tidak
Merokok

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

18
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat.
Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan masa kini ialah daripada penyakit berjangkit
seperti malaria, kolera dan taun kepada penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak
sihat seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang.

Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini.
Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihat peranan setiap ahli
dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat melahirkan anak yang sihat.

Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:

(a) Kebersihan Tubuh Badan

Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kebersihan rambut,


kesihatan gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Penjagaan kebersihan tubuh
badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh
tangan.

(b) Amalan Pemakanan Sihat

Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan


perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk
keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal.
Misalnya, buah-buahan yang penuh berzat tidak semestinya buah-buahan
import seperti epal atau anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti betik,
pisang dan limau.

(c) Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal

Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan


anggota badan serta menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk
meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit
yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari seperti penyakit jantung, angin
ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Amalkan bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama

19
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

30 minit. Jika kita tidak dapat melakukannya kerana kesibukan di tempat


kerja, jangan berputus asa tetapi amalkan tabiat berjalan kaki, berkebun,
mencuci kereta atau naik tangga tanpa menggunakan lif. Amalan ini juga
boleh merupakan satu bentuk senaman.

(d) Amalan Kesihatan Mental yang Baik

Pengurusan stres atau tekanan merupakan salah satu komponen


kesihatan yang amat penting. Stres perlu diurus dengan bijak. Kita tidak dapat
mengelakkan stres sama ada di tempat kerja atau di rumah.

Amalkan pemikiran dan sikap sebagai salah satu langkah ke arah


kesihatan mental yang baik. Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres
yang dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan
yang baik.

Bagaimanakah caranya untuk menangani stres? Ianya boleh dilakukan


dengan teknik penyelesaian masalah yang efektif. Rajah 3.5 menggariskan
kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus atau menyelesaikan masalah.

(e) Tidak Merokok

Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko


seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing
manis. Di samping itu, amalan merokok yang tidak sihat ini juga
membazirkan! Merokok bukan setakat membahayakan si perokok tetapi orang
lain di sekeliling mereka. Ini dinamakan sebagai perokok pasif. Walaupun
mereka tidak merokok tetapi boleh menghidu asap rokok yang dihembuskan
oleh perokok. Mereka mungkin ahli keluarga seperti anak atau isteri atau
mungkin rakan pejabat. Mari kita lihat apakah kebaikan yang akan diperolehi
oleh seseorang yang tidak merokok serta panduan berhenti merokok

20
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(f) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

Perancangan Keluarga Kesihatan Bayi

Kesihatan Ibu Hamil


dan
Selepas Bersalin

Jenis

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

21
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(i) Perancangan Keluarga

Pasangan suami isteri perlu bijak mengurus dan merancang


keluarga mengikut kemampuan ekonomi dan sosial. Khidmat nasihat
secara professional berkaitan perancangan keluarga boleh diperoleh
daripada pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan kerajaan, hospital
kerajaan atau hospital swasta. Pada masa kini, tanggungjawab kepada
keluarga bukan setakat memenuhi keperluan asas tetapi member
pendidikan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya kepada
anakanak. Anak-anak mesti mempunyai pendidikan berkualiti,
penjagaan kesihatan menyeluruh dan mengamalkan tingkah laku yang
sihat.

(ii) Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin

Pemeriksaan secara berkala semasa hamil amat penting.


Masalah awal atau komplikasi semasa hamil boleh dirawat jika dikenal
pasti dengan lebih awal. Amalan pemakanan sihat penting untuk si ibu
dan bayi dalam kandungan dan selepas bersalin. Begitu juga dengan
sokongan suami dari segi emosi sebelum dan selepas isteri bersalin.
Ibu-ibu terutamanya yang pertama kali hamil perlu mendapatkan
maklumat yang secukupnya berkaitan penjagaan kesihatan ibu hamil
dan cara-cara bersalin. Mereka tidak harus terpengaruh dengan petua
atau pantang-larang yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi
yang dilahirkan. Penyusuan susu ibu harus diberi kepada bayi untuk
sekurang-kurangnya enam bulan pertama.

22
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(iii) Kesihatan Bayi

Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan


mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat
suntikan imunisasi dan pemeriksaan fizikal. Amalan pemakanan yang
sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi secara berkala amat penting
untuk menjamin kesihatan bayi. Dalam tempoh usia satu tahun pertama
bayi amat mudah dijangkiti penyakit. Pemberian imunisasi dapat
memberi mereka perlindungan daripada penyakit berjangkit seperti
polio, tetanus (kancing gigi), difteria, campak, hepatitis B dan tibi.
Pemeriksaan berat badan bertujuan untuk melihat perkembangan bayi
mengikut bulan. Di samping itu, doktor atau jururawat akan menguji
gerak balas bayi terhadap rangsangan.

(g) Peranan Keluarga

Andaian kita terhadap sesebuah keluarga ialah bapa sebagai ketua


keluarga manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan atau anak lelaki
mempunyai peranan untuk mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa. Namun
peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya kes-kes perceraian. Ini
mewujudkan istilah ibu tunggal atau bapa tunggal. Di samping itu, isu-isu
seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai factor seperti penderaan,
perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau terjebak dengan gejala
yang tidak sihat. Isu anak-anak menghantar ibu bapa yang sudah tua atau
meninggalkan mereka di rumah orang tua atas alasan tidak ada masa untuk
menjaga mereka sering berlaku.

23
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(h) Institusi Perkahwinan

Perkahwinan menjadi isu apabila ia tidak dilakukan mengikut nilai dan


norma sesebuah masyarakat. Antara isu-isu tersebut adalah seperti berkahwin
atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh ibu bapa serta
perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwin tetapi tidak bersedia
dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada lelaki atau wanita yang
semakin lewat berkahwin atau langsung tidak berkahwin juga merupakan
salah satu isu yang kerap dibincangkan.

24
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(d) Nilai Moral dan Agama


Kehamilan Remaja

Isu Seksualiti Kes Buang Bayi

Kes Rogol

Pencabulan

Nilai Moral
Homenseksual
dan
Sumbang Mahram
Agama

Bertingkah-laku di
Isu Gander
luar batas

25
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Terdapat isu-isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral dan agama.
Ianya dibincangkan seperti berikut:

(a) Seksualiti

Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti


kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual
dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan.

(b) Gender

Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti


bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh
masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

26
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3. RANCANGAN MENGAJAR (RPH) PENGURUSAN KESIHATAN DIRI


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan


Tarikh : 07 Mac 2010
Hari : Rabu
Masa : 7.20 pagi – 8.30 pagi (70 minit )
Tahun : 5 Al-Farabi
Bilangan Murid : 32 orang ( 15 lelaki & 17 perempuan)
Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga (Tahap 1)
Tajuk : Kesihatan Diri
Sub Tajuk : Mengenali Bahagian-bahagian Anggota Badan
Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:
Hasil Pembelajaran : Aras 1 :
Memahami maksud akil baligh, haid dan ihtilam.
Menerangkan perubahan fizikal semasa akil baligh.
Menerangkan langkah penjagaan kebersihan yang diambil
semasa haid dan ihtilam.
Kognitif :

1. Mengenali bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota badan.


2. Menyatakan secara lisan bahagian-bahagian anggota badan.

Afektif :

1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran


2. Bekerjasama dengan ahli kumpulan menulis semula semua anggota dan fungsi

badan.

27
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Pengetahuan sedia ada :

1. Murid pernah mengenali anggota badan dan fungsinya hasil didikan awal
keluarga.
2. Murid mempunyai pendedahan awal semasa pra sekolah

Penerapan Nilai :

1. Kerjasama

2. Tanggungjawab

3. Menyayangi diri sendiri

Penggabungjalinan :

1. Sains (Fungsi tubuh badan Manusia)

2. Lukisan (Melakar bentuk Anggota badan)

3. Muzik (Nyanyian)

Alat Bantu Mengajar :

1. Kertas Soalan

2. Gambarajah

3. Kertas Mahjong

28
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

CATATAN/
AKTIVITI BAHAN
LANGKAH/
ISI PELAJARAN PENGAJARAN DAN BANTU
MASA
PEMBELAJARAN MENGAJAR
(BBM)
SET Lagu – Murid diminta menari dan
INDUKSI “Aku Dah Dewasa” menyanyikan bersama-sama Slaid
(5 minit) Rentak – guru, lagu “Aku Dah Powerpoint
“Old McDonald Had A Dewasa”
Farm” Penggabungjalin
TKP : Guru membuat perkaitan an
Kecerdasan muzik antara lirik lagu dengan isi Pendidikan
dan kinestatik pembelajaran hari ini. Muzik.
LANGKAH Contoh Soalan: Guru bertanya secara Slaid
1 Apakah maksud akil rambang kepada murid Powerpoint
(15 minit) baligh.? tentang maksud akil baligh,
Apakah maksud haid? haid dan ihtilam.
Apakah maksud ihtilam?
Jawapan Murid diminta memberi
Akil baligh – Satu proses maksud berdasarkan
yang berlaku semasa pemahaman sedia ada
proses pertumbuhan dan mereka.
pembesaran manusia.
Haid - Darah yang keluar Guru menerangkan
dari rahim. maksud akil baligh, haid
Ihtilam – Suatu keadaan dan ihtilam dengan
apabila air mani keluar menayangkan slaid
secara tidak sedar semasa powerpoint.
bermimpi sesuatu yang
memberahikan Murid diminta mencatat
setiap maksud tersebut
sebagai bahan hafazan.
29
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LANGKAH Menyenaraikan Murid dibahagikan kepada Kad Gambar


2 perubahan-perubahan 4 kumpulan yang terdiri Slaid
(20 minit) fizikal yang berlaku daripada 2 kumpulan murid Powerpoint
selepas akil baligh. lelaki dan 2 kumpulan Lembaran
murid perempuan. aktiviti
KBKK Setiap ahli kumpulan adalah
Proses seramai 6 orang.
Perbandingan
Pembentangan oleh wakil Kumpulan murid lelaki akan
kumpulan dibekalkan dengan kad
gambar L manakala
TKP kumpulan murid
Kecerdasan perempuan dibekalkan
Linguistic Rumusan dengan kad gambar P..
Perubahan perubahan
Fizikal selepas akil baligh. Setiap kumpulan diminta
berdiskusi dan
menyenaraikan
perubahan-perubahan fizikal
yang mereka nampak di
dalam kad gambar masing-
masing.

Wakil kumpulan akan


menyusun dan membacakan
hasil dapatan kumpulan
masing-masing.

Setiap kumpulan diedarkan


dengan modul pengajaran
untuk dibuat perbandingan

30
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

dan juga catatan. (Bahan


pengukuhan)

Guru membimbing murid


membuat rumusan tentang
perubahan-perubahan yang
berlaku selepas akil baligh.

Murid diedarkan dengan


lembaran aktiviti.
Hasil dapatan murid
disemak oleh guru.

LANGKAH Menyatakan langkah- Guru bertanyakan murid Kad Gambar


3 langkah penjagaan jika ada di antara mereka
(15 minit) kebersihan semasa yang mengenali produk
haid dan ihtilam dengan jenama “stayfree”,
“kotex”, “whisper”,
KBKK “laurier” dan lain-lain
Proses menyusun ikut jenama.
kriteria
Bersoal jawab dengan murid
tentang kegunaan tuala
pelekat wanita dan iklannya
di kaca televisyen.

Murid diedarkan dengan


satu petikan karangan.

Murid menyenaraikan
langkah-langkah

31
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

penjagaan kebersihan
berdasarkan petikan yang
dibaca

Guru membantu murid


membina pengukuhan yang
peripentingnya menjaga
kebersihan khususnya
semasa haid.
LANGKAH Mengulangi dan ingat Guru meminta murid • Hasil kerja
4 kembali maksud akil menyebut dan mengingat berkumpulan
(15 minit) baligh, haid dan ihtilam. kembali maksud akil baligh, (melibatkan
Generalisasi tentang haid dan ihtilam. keseluruhan
perubahan perubahan kelas)
Fizikal semasa akil baligh. Murid menyatakan yang
Kepentingan menjaga mereka akan mengalami
kebersihan semasa haid. perubahan fizikal apabila
mencapai akil baligh.
KBKK : Membina
Guru mengingatkan dan
menegaskan kepada murid
agar memahami situasi
semasa haid dan bersedia
menghadapinya.

Guru menegaskan perbuatan


mengejek kawan yang
dalam haid adalah perbuatan
tidak matang dan tiada
sopan serta tidak
menghormati perasaan

32
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

orang lain. Lagipun, haid


adalah
fungsi normal badan
perempuan
yang sihat dan bersifat
peribadi.
Guru menggalakan murid
menambah pengetahuan
melalui
pembacaan buku-buku
mengenai
akil baligh, haid dan
ihtilam.
PENILAIAN Beberapa orang murid Rumusan isi pelajaran
(3 minit) akan ditanya berkaitan daripada guru
kefahaman terhadap isi
pelajaran.

LEMBARAN AKTIVITI 1

33
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SET INDUKSI

LEMBARAN AKTIVITI 2

34
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LANGKAH 1

Penerangan guru dan soal-jawab.

LEMBARAN AKTIVITI 3

35
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LANGKAH 2

KAD AKTIVITI
( UNTUK PELAJAR PEREMPUAN)

LEMBARAN AKTIVITI 4
36
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LANGKAH 2

KAD AKTIVITI
( UNTUK PELAJAR LELAKI)

37
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 5

LANGKAH 2

Senaraikan perubahan fizikal selepas akil baligh

PERUBAHAN FIZIKAL
SEMASA AKIL BALIGH

LELAKI PEREMPUAN DIRI SAYA

38
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 6

LANGKAH 3

39
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 7

LANGKAH 3

Baca petikan di bawah dan senaraikan langkah-langkah penjagaan kebersihan berdasarkan


petikan yang dibaca.

Ani seorang murid Tahun 5 Bestari di sebuah sekolah di Daerah Johor


Bahru. Ani seorang murid yang aktif dalam kokurikulum dan dalam masa
yang sama sangat cemerlang dalam akademik. Beliau dilantik sebagai
Penolong Ketua Murid sesi persekolahan tahun 2010.

Seperti murid-murid lain yang sebaya dengannya, Ani sudah mula


didatangi haid. Walaupun pada mulanya Ani agak tidak selesa dan
bermasalah namun semua terkawal kerana Ani sudah bersedia untuk
menghadapinya. Ani sentiasa nampak ceria dan cergas walaupun semasa
haid.Ani bijak menjaga kebersihan dirinya semasa dala keadaan haid.
Badannya sentiasa bersih. Kebersihan pakaiannya sentiasa dijaga.

Ani menggunakan tuala pelekat yang sesuai untuk dirinya. Ani selalu
memastikan tuala pelekat yang telah digunakan dibuang di tempat yang
betul. Ani tetap aktif dalam gerak kerja kokurikulum walaupun semasa haid.
Pendek kata haid tidak mengganggu rutin hariannya.

40
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 8

LANGKAH 3

Langkah-langkah penjagaan kebersihan


Semasa Haid

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 5

41
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 9

LANGKAH 3

42
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

8. PENUTUP

Institusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak teguh
maka lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan
insan sesebuah negara. Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan
pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat

Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu aset untuk
kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita
dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan
kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan
sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.

Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan pengetahuan,


sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau
mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga
yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan
memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum daripada segi
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001). Ini mampu
melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dan cergas pada masa akan datang.

43
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

9. RUJUKAN

Mok Soon Sang. (2004). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Sihat Sepanjang Hayat . Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001: Pusat


Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru
Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

44
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10.1. LAMPIRAN 1

RPH TAHUN 5

45
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10.2. LAMPIRAN 2

LEMBARAN
INTERAKTIF

46
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10.3. LAMPIRAN 3

CD PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

47
MOHD FAUZI BIN SAEM
731024-01-5303

You might also like