You are on page 1of 2

Perbezaan ayat Makiyyah, Madiniyyah

KITAB suci al-Quran mengandungi 114 surah iaitu 86 surah Makiyyah dan 28 surah
Madiniyyah. Jumlah ayatnya pula adalah 6,236 ayat iaitu 4,613 ayat Makkiyah dan 1,623
ayat Madiniyyah.

Ayat Makiyyah diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke
Madinah.

Ayat Madaniyyah diturunkan di Madinah atau selepas Nabi berhijrah ke Madinah.

Perbezaan ayat Makiyyah dan Madiniyyah:

- Ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek, sedangkan ayat Madiniyyah panjang-


panjang.

- Surah Madiniyyah adalah 11/30 daripada isi al-Quran dan selebihnya, surah
Makaniyyah.

- Keseluruhan juz 28 adalah ayat Madiniyyah kecuali surah Mumtahinah dan ayatnya
berjumlah 137. Juz 29 adalah ayat Makiyyah kecuali surah Ad-Dahr dan ayatnya
berjumlah 431.

Surah al-Anfaal dan surah al-Syu'araa masing-masing setengah juz, tetapi yang pertama
ayat Madiniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedangkan yang kedua ayat
Makiyyah dengan ayatnya berjumlah 227.

- Dalam surah Madiniyyah ada perkataan ‘ya ayyuhalladzina aamanu’ dan hanya sedikit
perkataan "yaa ayyuhannaas", sedangkan dalam surah Makiyyah pula adalah sebaliknya.

- Ayat Makiyyah pada umumnya mengandungi hal berhubung keimanan, ancaman dan
pahala. Begitu juga kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

Ayat Madiniyyah pula mengandungi hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat
atau duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, ketatanegaraan, perang, hubungan
antarabangsa dan antara agama.

Isi ajaran yang terkandung dalam al-Quran meliputi tiga fasa iaitu:

- Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan
bumi dan sebagainya).

- Peraturan masa kini (ketika al-Quran diturunkan).

- Peraturan untuk masa depan (sejak masa Rasulullah saw, masa kini dan seterusnya hari
kiamat).

You might also like