P. 1
Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

|Views: 2,238|Likes:
Published by amirazros

More info:

Published by: amirazros on Mar 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2013

pdf

text

original

Mengatasi Masalah Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Kemahiran Menyoal) Oleh AHMAD MIZUAN

BIN ZAIDAN NORHALIMI BIN MOHD MAGNUS ANYAI ANAK APRIT TIMOTIUS ANAK JOREM Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Abstrak Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat banyak kemahiran yang diterap atau dipraktikkan oleh seorang guru. Antaranya ialah kemahiran menyoal, kemahiaran menerang atau bercerita, kemahiran menarik minat pelajar (Induksi set) dan sebagainya. Kemahirankemahiran ini penting dikuasai oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan guru dalam kemahirankemahiran ini tidak memuaskan terutama kepada guru pelatih, guru praktikal mahupun guru-guru muda yang kurang pengalaman. Kemahiran menyoal adalah antara yang penting kerana dengan menyoal guru akan tahu tahap penguasaan pelajar dalam apa yang mereka pelajari. Kemahiran menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan yang berfokus kepada satu perkara sahaja malah perkara berkaitan atau dikenali sebagai soalan bercambah. Selain itu, kemahiran menyoal oleh guru juga bukan hanya untuk melihat pencapaian pelajar dalam aspek pelajaran mereka, akan tetapi kemahiran ini juga boleh digunakan bagi mengetahui situasi pelajar, masalah pelajar dalam pembelajaran dan lain-lain serta perkara-perkara yang diluar bidang akademik seperti kesihatan, ekonomi, dan sebagainya. Seorang guru yang cemerlang akan menguasai kemahiran ini dengan baiknya. Kemahiran menyoal ini akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya untuk menjadi lebih baik dan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan memperlihat penguasaan guru bertambah dalam kemahiran yang difokuskan iaitu kemahiran menyoal. Kajian tindakan yang dilakukan pada pengajaran pertama dan diperbaiki untuk pengajaran kedua memberi perubahan positif kepada penguasaan guru dalam kemahiran menyoal ini dan pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian pada pengajaran kedua.

FOKUS KAJIAN Bakal guru dikehendaki menguasai proses pengajaran dan pembelajaran sebelum berada dalam situasi sebenar di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran meliputi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Biasanya untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini adalah suatu yang sukar bagi guru. Kemahiran tersebut ada pelbagai jenis dan mempuanyai kesukaran tersendiri untuk dikuasai. Salah satu ialah kemahiran menyoal yang memerlukan guru menguasai bebrapa aspek seperti jenis soalan yang ditanya, kekuatan dan kelemahan soalan, fokus soalan dan sebagainya. Guru perlu menguasai segala aspek yang diperlukan bagi untuk menjadikan kemahiran menyoal itu berfungsi dengan baik. Kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran penting bagi guru mengetahui aras pencapaian pelajar. Guru yang menguasai kemahiran menyoal ini akan mengukur tahap pencapaian pelajarnya dengan soalan-soalan yang baik dan bermutu mengikut tahap pembelajaran mereka. Dengan ini, guru akan mendapat maklumat dan membaiki kelemahan yang ada pada pelajar. Selain itu, kemaahiran menyoal juga akan memudahkan guru mendapat maklumat berkaitan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan maklumat pelajar di luar bidang atau lingkungan akademik. Kemahiran menyoal juga akan membantu guru menilai dirinya sendiri. Respon pelajar terhadap guru yang bertanya akan memberikan maklumat sama ada seorang guru itu telah menjalankan tugasnya dengan baik atau ssebaliknya.

REFLEKSI ISU KAJIAN Isu guru tidak menguasai proses pengajaran dan pembelajaran masih diperkatakan. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini. Salah satu punca terjadinya masalah ini ialah kelemahan guru menguasai kemahiran yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru menguasai kemahiran pengajaran seperti kemahiran menarik minta pelajar, kemahiran menerang, kemahiran menyoal, kemahiran murumus dan lain-lain. Bakal guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris dikatakan kurang memuaskan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran semasa praktikal malah setelah bergelar guru di sekolah. Antara kemahiran yang sukar dikuasai ialah kemahiran menyoal kerana kemahiran ini mempunyai aspek-aspek tersendiri yang perlu dikuasai guru. Menurut Ee Ah Meng (1997), kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif dan lebih merangsangkan. Sekiranya kemahiran ini masih gagal dikuasai sepenuhnya, seorang guru itu tidak akan berjaya sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai satu langkah untuk menilai, menganalisis dan mencari penyelesaian kepada masalah ini, satu kajian tindakan telah dijalan oleh skumpulan penyelidik. Kumpulan penyelidik terdiri daripada empat orang pelajar Pendidikan Bahasa Melayu melalui subjek yang dipelajari iaitu Penyelidikan Bilik Darjah. Kajian oleh kumpulan ini berfokus kepada masalah guru yang tidak menguasai kemahiran menyoal yang difikirkan kemahiran yang sukar dikuasai oleh guru. Sebagai guru, kemahiran menyoal ini penting dikuasai bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila kajian dilakukan, didapati punca guru kurang menguasai kemahiran menyoal adalah masalah tidak menguasai sebahagian aspek dalam kemahiran menyoal. Antaranya ialah teknik menyoal, fokus soalan, fokus pelajar yang disoal, dan penguasaan mengulas soalan yang diberikan. Aspek-aspek yang dinyatakan sukar dikuasai disebabkan pelbagai faktor. Antaranya ialah kemahiran yang ada pada guru

tidak mencukupi dan memerlukan lebih penerapan dan latihan serta pengalaman sebenar. Selain itu, situasi kelas juga memberi faktor. Respon pelajar yang ada antaranya terlalu pasif atau terlalu aktif. Guru perlu tahu bagaimana untuk mengawal situasi kelas dna menarik minta pelajar. Kajian yang telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik menerapkan kajian tindakan dalam bilik darjah. Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Tujuan kajian tindakan dinyatakan oleh Carr dan Kemmis adalah seperti berikut: “There are two essential aims of all action research: to improve and to involve. Action research aims at improvement in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly, the improvement of understanding of practice by practitioners; and thirdly the improvement of the situation in which the practice take place….Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research process in all its phases of planning, acting, observing and reflecting”. (Carr dan Kemmis, 1986:1) Proses kajian kajian mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelkaksanaan, pemerhation serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar. Melalui kajian tindakan ini, penyelidik mendapat dua dapatan kajian yang berbeza. Kelemahan pada pengajaran pertama dikaji dan ditentukan penyelesaian masalah yang sesuai untuk dipraktikkan pada pengajaran kedua. Setelah pengajaran kedua, pengakaji mendapati berlaku perubahan positif. Setelah pengajaran pertama, analisis dibuat bagi mengenal pasti masalah dalam menguasai kemahiran menyoal pada guru yang mengajar. Penyelesaian dibuat untuk dipraktikkan pada pengajaran kedua. Dpaatan kajain setelah pengajaran kedua berlansung mendapati guru mula menguasai kemahiran dengan baik. Walaupun masih terdapat kelemahan, keputusan memuaskan bagi pengkaji. Cadangan penyelididk ialah kajian ini perlu diteruskan kajian tindakan dalam mengatasi masalah ini sepenuhnya.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dibuat bagi : 1. Mengenal pasti punca kegagalan guru menguasai kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menilai dan menganalisis punca permasalahan untuk mencari penyelesaian. 3. Menetapkan penyelesaian dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajarn. 4. Memastikan guru menguasai kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. SASARAN KAJIAN Kajian ini berfokus kepada permasalahan guru untuk menguasai kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, fokus ialah kepada guru yang lemah dalam kemahiran ini. Dalam kumpulan yang telah dibentuk, seorang guru yang dikira lemah dalam menguasai kemahiran ini dijadikan sampel kajian. Sebagai guru, kajian seperti ini penting kepada mereka yang lemah dalam menguasai kemahiran dalam pengajaran. Kemahiran ini penting dikuasai bagi menguasai sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang dilihat pada sampel kajian perlu dianalisis dan diperbaiki. INSTRUMEN KAJIAN Pengajaran Pertama Pangajaran pertama telah dibuat atau berlansung pada 11 Mac 2010. Pengajaran ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai kelemahan yang ditunjukkan oleh guru sampel untuk dianalisi. Dapatan kajian dianalisis dan dirangka pelan penyelesaian. Pelan penyelsaian akan menetapkan langkah penyelesaian utntuk dipraktikkan pada pengajaran kedua. (Untuk data dalam pengajaran pertama, rujuk lampiran 1 (a) yang disediakan.

Pengajaran Kedua Pengajaran kedua telah dijalankan pada 18 Mac 2010. Pengajaran kedua bertujuan mendapatkan keputusan penyelesaian yang ditetapkan dan diterapkan setelah dapatan kajian bagi pengajaran pertama dianalisis. Pengajaran kedua ini melihat sejauh mana keberkesanan langkah penyelesaian yang diterapkan bagi mengatasi masalah kelemahan guru menguasai kemahiran menyoal. Dapatan kajian dikaji dan dinilai untuk membuat keptusan penyelidikan. (Rujuk lampiran 1 (b) Pengajaran pertama dan pengajaran kedua ini dikaffikasikan sebagai ujian pra dan ujian pasca untuk mendapatkan data kajian. Dalam kedua-dua pengajaran, ahli kumpulan membantu menilai guru sampel bagi melihat kelemahan. Selain itu, penilai juga terdiri daripada pensyarah dan juga pelajar lain dalam kumpulan kelas yang sama yang turut memainkan peranan sebagai pelajar dalam kelas penagajaran. Ahli kumpulan meneliti dan mendapatkan data spesifik dan data daripada pelajar-pelajar lain juga diambil untuk dianalisis. Selain itu, ulasan pensayarah dan ulasan pelajar-pelajar tentang kelemahan guru sampel juga diambil sebagai dapatan kajian. Kumpulan penyelidik berusaha menilai dan menganalisis kelemahan yang ada dan diperbaiki untuk pengajaran kedua. LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Sebelum pengajaran pertama, guru yang menjadi sampel kajian membina rancnagan pengajaran dan memberi fokus untuk bahagian penyoalan bagi menerapkan kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan peemblajarannya. Pada tarikh 11 Mac 2010, pengajaran pertama dilakukan. Guru menerapkan kemahiran sedia ada tentang kemahiran menyoal dalam pengajrannya. Segala respon, aspek-aspek yang berkait, dan sebagainya dinilai oleh rakan guru dan pelajara lain bersama pensyarah. Segala dapatan kajian sama ada daripada penelitian spesifik atau ulasan diambil sebagai dapatan kajian. Dapatan ditulis dalam borang yang disediakan. (Rujuk lampiran 2)

Segala kelemahan yang dinyatakan dinilai dan dianalisis. Perbincangan dilakukan dalam kumpulan bagi mencari peneyelesaian. Setelah penyelesaian ditetapkan, penyelesaian dipraktikkan dalam pengajatan kedua. Dalam pengajaran kedua, dpatan kajian dianalisis dan diniali bagi melihat perkembangan guru sampel dalam menguasai kemahiaran menyoal. KEPUTUSAN Pengajaran Pertama Pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru dalam kemahiran menyoal serta pengajaran dan pembelajaran amnya digunakan sepenuhnya dalam pengajaran pertama. Dalam pengajaran pertama, penialaian dan analisis dibuat bagi melihat kelemahan guru dalam kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya. Dpatan kajian menyatakan kelemahan ayang ada pada guru seperti guru terlalu tertumpu untuk menyoal beberapa pelajar sahaja. Soalan yang diberikan guru juga tidak mengajak pelajar berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan tidak pelbagai. Guru juga tidak menjelaskan soalan dengan baik dan soalan guru sukar difahami pelajar. Dari segi sahsiah guru, komunikasi guru tidak lancar dan tidak memotivasikan pelajar dengan baik. (Rujuk lampiran 1 (a) ) Pengajaran Kedua Setelah pengajaran kedua dilaksanakan, terdapat perubahan positif dalam dapatan kajian penyelidik. Guru sampel menguasai kemahiran menyoal dengan baik walau tidak sepenuhnya. Begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menjalaankan pengajaran dengan baik dan pelajar memberi respon yang baik. Segala keelamahan yang didapati dalam dpatan kajian pada pengajaran pertama tidak diulangi pada pengajaran kedua. Namun masiha da kelemahan seperti tidak menumpukan perhatian kepada keseluruhan pelajar, tidak dapat menarik respon pelajar sebaik mungkin dan soalan yang dikemukan terlalu tinggi dengan meletakkan soalan penghuaraian penuh tentang jawapan yang diberikan pelajar. (Rujuk lampiran 1 (b) )

REFLEKSI TINDAKAN Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru tentang masalah guru yang lemah dalam menguasai kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan membantu penyelidik mencari cara penambahbaikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya dan memberi kepututsan yang positif. Guru sampel berjaya menguasai kemahiran menyoal dan proses pengajaran dan pembelajaran amnya. Walaupun tidak sepenuhnya, kajian ini dianggap berjaya membantu guru sampel. Jelas kekuatan dalam kajian tindakan ini ialah pengulangan kajian iaitu pada pengajaran pertma dan kedua. Selain itu, kajian dilakukan dibantu oleh pensyarah sebagai pembimbing dan ulasan pelajar-pelajar lain diambil sebagai dapatan kajian. Kajian ini juga kukuh kerana data yang diambil adalah berdasarkan kepada kelemahan yang dikenal pasti pada guru sampel. Secara amnya, kajian mencapai objektif yang digariskan. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam kjaian tindakan yang dilakukan. Antaranya ialah kajian belum mencapai sepenuhnya penyelesaian kepada masalah. Kajian dilakukan hanya dalam dua siri pengajaran. Oleh itu, kelemahan setelah pengajaran kedua tidak digariskan penyelesaian dan dipraktikkan. Apa yang boleh dicadangkan, kjaian tindakan ini diteruskan bagi menyelesaikan sepenuhnya masalah atau keelmahan pada guru. Kajian seperti ini juga boleh dilakukan bagi mengatasi masalah lain lain seperti kelemahan menguasai kemahiran meneran, kemahiran berbahasa dan kemahiran mengajar secar amnya.

PENUTUP Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi yang melibatkan bakal guru. Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi guru dalam menguasai kemahiran yang difokuskan tetapi dapat juga memperbaiki teknik pangajaran dan pembelajaran guru-guru. Penyelidik berpuas hati dapat menjalankan kajian tindakan ini pada gelungan pertama. Oleh yang demikian, penyelidik berharap dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa akan datang dan akan cuba menerapkan dalam kemahiran atau tajuk lain yang akan dipraktikkan. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada penyelidik sebagai bakal guru yang akan mendidik di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjamin pencapaian cemerlang pelajar.

Rujukan

Best, John W. 1977. Research in education. New Jersey: Prentice-Hall. Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lampiran Lampiran 1 (a) : Dapatan kajian pengajaran pertama (11 Mac 2010)

Lampiran 1 (b) : Dapatan kajian pengajaran kedua (18 Mac 2010)

Lampiran 2

BORANG CERAPAN Peristiwa Sepanjang Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kekuatan Dan Kelemahan Guru

BORANG PENILAIAN

Tandakan (√) pada setiap soalan berikut: Ya 1. Sikap dan sahsiah (a) Adakah guru mengambil berat terhadap persekitaran kelas? (b) Adakah guru sentiasa memotivasikan pelajar? 2. Komunikasi (a) Adakah guru menggunakan bahasa baku dengan betul? (b) Adakah komunikasi guru lancar? (c) Adakah guru menggunakan bahasa badan? 3. Fokus (a) Adakah guru mengawal keadaan kelas dengan baik? (b) Adakah guru berjaya menarik perhatian pelajar? 4. Maklum balas (a) Adakah guru meminta maklum balas pelajar? (b) Adakah guru memberi maklum balas terhadap soalan pelajar? 5. Perancangan (a) Adakah guru tersebut menggunakan masa dengan tepat? (b) Adakah objektif pengajaran guru tercapai? 6. Penilaian (a) Adakah anda faham dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan? (c) Adakah kemahiran yang digunakan oleh guru itu tercapai? _____ _____ _____ _____ (b) Adakah anda berminat dengan cara guru menyampaikan isi pelajaran? _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ Tidak

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->