You are on page 1of 8

AKHLAK MULIA MENJANA KELUARGA BAHAGIA

Akhlak. Kajian Akhlak Tauhid. Akhlak berarti prilaku,


sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia berati seluruh
prilaku umat manusia yang sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan Hadist 
yaitu adab sopan santun yang dicontohkan dan diajarkan Rasulullah
Muhammad SAW kepada kepada seluruh umat manusia ketika beliau
masih hidup. Akhlak beliau adalah Al-Quran.
 
Akhlak atau adab sopan santun yang telah dicontohkan dan diajarkan
Rasulullah Muhammad SAW itu meliputi akhlak manusia kepada Allah
SWT dan Akhlak terhadap sesama ciptaan Allah, termasuk didalamnya
akhlak terhadap diri sendiri karena diri sendiri itu termasuk ciptaan Allah
Juga, lahir dan batin
 
Secara garis besar, akhlak mulia itu dapat dikelmpokkan kedalam dua
kelompok yaitu  :
 
1 Akhlak kepada Allah
Akhlak mulia kepada Allah berati mengikuti seluruh perintah yang
telah disampikan Allah kepada Rasul yang Maha Mulia Muhammad
  SAW. Seluruh perintah tersebut sudah tercatat dalam Al-Quran dan
Hadist.
 
2 Akhlak kepada ciptaan Allah
Akhlak terhadap ciptaan Allah meliputi segala prilaku, sikap,
perbuatan, adab dan sopan santun sesama ciptaan Allah yang terdiri
 
atas ciptaan Allah yang gaib dan ciptaan Allah yang nyata, benda
hidup dan benda mati.

 Home
 Pengenalan & Halatuju
 Aktiviti
 Alamat
 Firman & Hadis
 Forum
 Video
 Foto
 Akhbar
 JOM PRIHATINet
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA
Posted: May 5th, 2009 under Pendidikan.

Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk
dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia.  Firman Allah SWT :

QS 33:21.
Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang  mengharapkan
Allah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan
balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka
yang banyak
mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik ialah diri Rasulullah
SAW.  Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan
kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di
akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW
dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa
bersesuaian dengan diri kita sahaja.

Mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup


dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yang
kekal abadi di
akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan
kebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya
mementingkan
kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di
akhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaan
hidup di akhirat
semata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini.

Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan
dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan
yang
dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari
segi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang
tinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna
kebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka
semakin jelas baginya bahawa
kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu
berpaksikan keimanan dan
ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani,
jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.

Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa
kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang
hakiki. Al-
Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan
berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas
apabila Ummul-
Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau
segera menjawab bahawa: “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-
Quran”.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan
banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia
Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana
keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang
mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar
inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.

KESIMPULAN

Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-
anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh
menjamin
kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana “Keluarga Bahagia” yang
menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara
sekalipun. Cuma apa yang  cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian
terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan
yang dihadapi oleh manusia  dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan
sebentar tadi.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam
mendamBakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita
untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala
agenda hidup kita,

Apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala
apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan
kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi,
hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi
memperolehi keredaan Allah SWT.

Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah
sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada
kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah
keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan “Kalamullah”
dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad
SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi
Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.

13 Comments »
1.

Nampak mudah jika dimudahkan, nampak susah kalau disusahkan…

Al quran itu ummul Kitab…Ummiy bermaksud Ibu …dengar cakap ibu…


sejuk perut ibu mengandung..Al quran mengandungi infiniti strategi untuk
membahagiakan keluarga…cuma tu lah…sekarang ini anak anak suka letak
ibu kat jabatan kebajikan masyarakat…we are Ummah ..we all have the same
root,the same origin,source…kita tinggal bawah matahari yang sama…tapi
kenapa….cause we are greedy! bila greedy tamak …rumah tangga porak
peranda sebab memasing layan nafsu memasing…Kahwin macam kahwin
kontrak….cukup masa… celai…celai ma…

Globe dah mula hangat….itu tanda pemanasan global semakin bertambah..bila


sepak terajang berlaku badan mengeluarkan haba … dah lah tu…air cond
kereta aku dah mula meragam…jangan tambahkan lagi kepanasan yang ada
sekarang…tengok …orang rumah aku dah demam…sekejap sejuk , sekejap
panas …kena air cond kena panas…. lepas tu pening kepala…ITU TANDA…

Comment by habib — May 7, 2009 @ 9:16 PM

2.

Rumahku Surgaku, Dunia jambatan ke akhirat tanpa surga di rumah ,Surga


akhirat akan tinggal angan-angan.

4. An Nisaa’

123. (Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong
dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang
mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu
dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari
Allah.

Comment by johari — May 10, 2009 @ 3:08 AM

3.

Setuju dgn Mr Johari….. Rumahku syurgaku.Rumahmu syurgamu. Dalam


rumahku dan rumahmu ada apa ya?. Biasanya dalam rumah yang normal
mempunyai orang(bapa,ibu dan anak), ada tempat dan kemudahan (Ada
bilik,ada dapur,ada ruang tamu, ada luar rumah,ada bilik, ada tangga,ada air
ada api) dan ada peraturan yang ditetapkan oleh ketua keluarga. Jadi rumahku
dgn rumah org lain lebihkurang sama(ada anak istri,ada bilik2), yg beza ialah
peraturan /cara mengurusnya. Sekiranya peraturan alquran yang digunakan
sesuailah rumahku menjadi syurga, tapi kalau tak guna peraturan Alquran
mampukan rumah itu menjadi syurga?.Sebab syurga itu adalah istilah yang
dinyatakan dalam alquran, jadi hanya dengan alquran saja mampu mengukur
dan mengesah atau menilainya samada boleh diiktiraf sebagai syurga atau
tidak. Hanya alquran yg mampu mengesahkan taraf ketulenan syurgaku
rumahku tadi. Persoalannya, mampukan alquran itu mengesahkankanny sebab
alquran itu merupakan sebuah kitab yg tak mampu berkata2? …… Masakan
tidak , sebab alquran itu tempatnya adalah didada manusia.Jadi manusia yg
beralquran itulah mampu mengesahkannya. Sebaliknya kalau alquran tak ada
didada, bagaimana dia nak mengesakan status tersebut?.

Comment by rijal66 — May 12, 2009 @ 4:28 AM

4.

AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA. Kalau begitu tentunya keluarga


yang betul2 bahagia ialah keluarga yg mengamalkan alquran. Bermula dengan
ketua keluarga yang berilmu dan mahir serta faham alquran. Dengan itu
mampu mengubah istri menjadi istri yang solehah. Istri yang solehah mampu
menghasilkan anak2 yang soleh yang bersikap taat dan mampu membuat islah.
Seolah2 berlakunya proses aturan aliran ilmu dari atas(bapa) ke bawah (anak)
melalui terowong (ibu). Seterusnya gabungan dan gumpalan bapa, ibu dan
anak tadi akan memastikan suasana dalam dan luar rumah yang tenang tanpa
keributan , ceria dan bersih (zahir dan batin). Barulah bahagia yang hakiki.
Sebaliknya kesengsaraan keluarga berlaku bila aliran ilmu tadi berlaku
terbalik dari bawah ke atas, di mana bapa terlalu mengikut kemahuan anak dan
istri tanpa berpandukan alquran.Suasana keluarga menjadi kacau bilau. Yang
akhirnya Rumahanakku penjarakajangmu, rumahbapakku rumah kebajikanmu

Comment by nisa79 — May 12, 2009 @ 4:59 AM

5.

AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA.Keluarga bahagia masyarakat


bahagia. Masyrakat bahagia negara bahagia. Negara bahagia dunia bahagia.
Dunia bahagia akhirat bahagia. Kebahagian bermula dari unit organisasi
terkecil iaitu keluarga. Suasana panas ragut meragut loni adalah berpunca dari
setiap asas keluarga yg tak bahagia. Kebanyakkan Sang bapa asyik meragut
masa bersama anak dengan mengejar duit ke seluruh dunia. Kebanyakkan
Sang ibu asyik meragut masa bersama suami dengan windows shoping kat
bali. Anak kat rumah menjadi peragut tak sedar. Walaupun duit berbilion
kerajaan berbelanja, inst pendidikan di tambah dan upgrade, PLKN dibina di
seluruh negara, namun kalau asas keluarga tak bahagia akan merana juga.
Akhirnya kalau gunung dah meletup, kalau dah si anak dipenjarakan,baru
menyesal. Kalau mencari akhirat tuhan akan mengurniakan akhirat dan dunia
sekali, tp kalau mengejar dunia, hanya dunia yg dapat, akhirat 0… Keluarga
bahagia negara makmur, keluarga sensara negara merana.

Comment by nisa79 — May 12, 2009 @ 12:49 PM

6.

Allah berfirman mafhumnya “Kami tidak menurunkan Al quran kepadamu


supaya kamu susah”.Rumah tangga akan aman kalau semua dalam keluarga
itu satu faham dan mengikut aturan.Begitu juga sesebuah negara akan aman
kalau pemimpin dan rakyatnya satu faham dan satu aturan.Yang menjadikan
keluarga, negara dan dunia kacau bilau kerana banyak faham dan aturan.Bila
banyak faham maka ramailah yang salah faham.Bila banyak aturan maka
ramailah pengaturnya,maka terjadilah selisih faham.
Jadikanlah satu rumah satu pengatur barulah aman bahgia.

Comment by zack — May 16, 2009 @ 10:56 AM

7.

Row, row, row the boat


along with the stream
cheerily, cheerily, cheerily, cheerily
life is just a dream

Rukya bil haq….

Comment by habib — May 16, 2009 @ 2:27 PM

8.

Al-quran dan keluarga bahagia.kedua-duanya saling berkait.semua manusia


ingin mencari kebahagiaan tapi hanya sedikit yang mendapat atau menjumpai
jalan.Jalan kebahagian dalam rumah tangga atau kebahagiaan yang hakiki
telah nyatakan oleh allah di dalam al-quran dan telah dilaksanakan oleh
Rasullah saw.Setiap orang mesti memenuhi tanggungjawab atau kewajiban
masing-masing.Bapa sebagai ketua dalam sesebuah keluarga hendaklah
memenuhi tanggungjawab sebagai pemimpin dalam sebuah intitusi
keluaga.Apabila dikurniakan anak,ibu bapa lah yang mencorak anak untuk
menjadi anak itu yahudi ke,nasrani ke, atau islam yang sempurna kerna anak
dilahirkan ibarat sehelai kain putih bersih.Tugas bapa mesti memdidik
isterinya dan tugas isteri sebagai ibu mendidik anak-anak nya dengan
pendidikan yang hak kerana tangan yang menghayun buian itu boleh merubah
dunia.Jadi bila salah hayunannya ia kan mencelaka dunia.Sama-samalah kita
renungkan.
Comment by chedin — May 18, 2009 @ 2:04 AM

9.

Al-quran dan keluarga bahagia.kedua-duanya perlu dikaitkan. Kalau tak nak


kaitkan juga dan taknak jadikan alquran sebagai panduanpun tak apa, tetapi
carilah satu kawasan atau tempat yg selain Allah ciptakan. Bina dunia sendiri.
Di sana buatlah sesuka hati. Di sini, adalah bumi tuhan, kena gunakan alquran.
Kalau mau hidup di dunia yang Allah cipta, dia telah sertakan sekali
manualnya(alquran) sebagai panduan. Kalau tak gunakan juga maknanya kita
menzalimi diri dan keluarga kita. Kalau kita zalim pada diri dan keluarga
bermakna kita zalim utk masyarakat kita dan orang lain jugak. Kalau kita
kenal diri kita sebagai hamba dan tuhan kita sebagai pengatur, kenapa kita tak
nak guna alquran dari tuhan sebagai panduan. tak percaya? dan tak yakin pada
aturannya yg ditetapkan? Kalau tak percaya dan tak yakin dan masih was2 tu
rasanya ada yg tak kena dan perlu diperbaiki dan disucikan

Comment by awang — May 18, 2009 @ 11:29 AM

10.

Dalam membentuk keluarga ada sesautu perkara penting bagi setiap ketua
keluarga iaitu drill. Kalau setengah mereka yg pernah mengikuti kursus asas
ketenteraan selama 6 bulan di PUSASDA, drill adalah satu strategi utama yg
digunakan utk melatih perajurit. Sepanjang 6 bulan tersebut, keutamaan adalah
dikhususkan kepada drill kawad. Orders spr ‘baris sedia’, ’senang diri’,’ cepat
jalan’ , ‘berhenti’ dan sebagainya diulang beribu2 kali. (Dalam surah arrahman
ada satu ayat yg diulang 31 kali-kenapa ya?). Dengan drill inilah dapat
membentuk perajurit tadi menjadi perajurit yang berkualiti. Setelah tamat
latihan tersebut, perajurit akan mempunyai disiplin dan taat setia yang tinggi
kepada pemimpian atasan. Persoalannya, adakah kita menggunakan amalan ini
dalam mendisiplinkan keluarga kita agar cemerlang?Dan bagaimana nak
dikaitkannya?Pernahke kita test betulke bacaan bismillah anak kita?Cuba test,
tentu ada kesalahannya nanti. dari situ suruh anak ulang berkali-kali
(drill)supaya bacaannya tepat. Itulah salah satu drill asas terhadap anak kita.
Selamat mencuba(psst: kita boleh drill pada anak, tapi pada maknya
macamana?, jgn maknya pula mendrillkan paknya sudahlah-jadi ketua
keluarga kena berilmu)

Comment by rijal66 — May 18, 2009 @ 11:51 AM

11.

Setuju dgnMr Awang. Lahirnya kita dan nabi adam dulu, dunia dah wujud.
Kita tak mampu bina tempat sendiri, bina rumah pasir di pantai, bolehlah. Kita
hanya penumpang di bumi Allah. Kita hanya menumpang lalu. Kita hanya
menumpang berteduh je. Jgn kita pergi tempat org dan nak pandai2 guna
kaedah sendiri. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, kita hanya
menumpang di bumi Tuhan, tiba2 dah tak sedar diri, dah tak nak ikut
kaedah/aturan asal yg disediakan, bahkan guna kaedah sendiri lagi. Kalau
begitu yang kita perbuat, memang kitani masih tak kenal diri, tak kenang budi
dan sumbang. Iblis kena reject dan jadi kafir sebab tak nak tunduk pada adam
(satu perintah je). Habis yg ikut sikit dan tak ikut banyak semua ayat 6236
alquran yg lain tu macamana?. Fikir2 kanlah

Comment by nisa79 — May 18, 2009 @ 12:12 PM

12.

menarik sungguh komen awang dan rijal66… kalau tak terbukak pintu hati
juyga tak tau laaa…

Comment by ayah — May 19, 2009 @ 6:14 PM

13.

Assalamualaikum wbt.

Pada ruangan ini saya ingin bekongsi pengalaman saya mendirikan


rumahrangga selama 4 tahun. Sesungguhnya saya tidak tahu pada perkenalan
yg singkat dengan bekas isteri bahawa beliau mengalami penyakit depression (
menngikut kata doctor). Kami dikurniakan dua orang anak lelaki ( pada masa
ini 6 tahun dan 5 tahun ). Saya berkahwin pada tahun 2002. Selepas
berkahwin, bekas isteri saya selalu balik kekampung beliau diatas alasan
beliau tidak boleh tinggal bersama saya. Bekas isteri saya seorang yang
berpengetahuan luas tentang agama ( mengambil jurusan Masters dalam
Ekonomi Islam pada masa itu. Akibat depression yg dialami oleh beliau, saya
juga telah melibatkan pihak polis didalam hal rumahtangga saya pada masa
itu. Saya telah dimaki hamun oleh beliau dan menganggap saya tidak perlu
menegurnya walaupon beliau selalu berada di kampung. Akhirnya saya
bercerai pada tahun 2006. Pada masa ini anak-anak saya ditinggalkan dengan
Datuk dan Nenek ( mak dan ayah bekas isteri saya ). Pada masa ini saya juga
baru 8 bulan menyambung pengajian Ph.D saya di Holland. Walaupon kawan-
kawan saya nampak saya kelihatan ceria, tapi sebenarnya didalam hati saya
selalu memikirkan nasib anak-anak saya bersama Datuk dan Neneknya
dikampung.Bekas isteri saya pada masa ini bekerja di Kuala Lumpur. saya
mengharapkan melalui ruangan ini saya mendapat comment apa seharusnya
tindakan yg saya sepatut lakukan untuk mengambil anak-anak saya kembali.
InshaAllah.

You might also like