You are on page 1of 2

Retorik

Retorik (bahasa Greek: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) merupakan seni atau
teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas
sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang
didefinisikan di atas) berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan analisis
teks tulisan dan visual.

Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium.
Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa
yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera.
Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab.
Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti
Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat
demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan
politik.

Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan


awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan,
agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 mendefinisikan retorik (rétorik) sebagai 1.


(Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau
pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk
memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, iaitu suatu seni yang menggunakan
bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato; 3.
bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan, bahasa retorik.

Manakala menurut Dr. Abu Hassan pula, menyatakan maksud retorik sebagai satu
gaya seni penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu
individu yang berada di persekitarannya. Retorik juga dikatakan sebagai keindahan seni
lisan dan penulisan serta merupakan suatu seni propaganda yang digunakan oleh
seseorang individu bagi tujuan memujuk. Retorik sebagai seni propaganda ini biasanya
digunakan oleh ahli-ahli politik dan banyak digunakan dalam penulisan surat khabar yang
berupa iklan untuk tujuan memujuk.

Bahasa retorik terbahagi kepada dua iaitu majaz dan skema.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Retorik

Skema.
Skema merupakan suatu gaya seni penulisan retorik yang dinyatakan dalam
bentuk yang tersurat dan mudah difahami. Menurut Kamus Dewan mendefinisikan skema
sebagai rajah (rancangan dsb) yang perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yang teratur:
tatacara pembentukan istilah. Skema dibahagikan kepada lima kategori iaitu skema
seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman dan skema
hiperbaton.

I. Skema Seimbang : merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu


perkataan secara seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza.
Terdapat tiga strategi dalam skema ini iaitu paralelisme, antitesis dan isokolon.

II. Skema Perulangan : iaitu pengulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan
makna, nada, bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai. Skema jenis ini memounyai
10 jenis iaitu anafora, epistrop, anadiplosis, poliptoton, epanalepsis, klimaks,
asonansi, aliterasi

III. Skema Pengguguran : penguguran kata hubung atau tanda mekanis. Penggunaan
kata hubung yang melebihi kebiasaan yang bertujuan memberikan kesan keunikan
dan kepelbagaian gaya bahasa.

IV. Skema Ragaman : merupakan teknik memanipulasi kata atau frasa yang pelbagai
dari segi teknik, penyusunan ayat serta kesannya. Terdapat lima jenis iaitu umum-
khusus, khusus-umum, abstrak-konkrit, konkrit-abstrak dan enumerasi.

V. Skema Hiperbaton : iaitu menyatakan diksi atau frasa penting terlebih dahulu
sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut maksudnya secara ringkas pada frasa
berikutnya.

Majaz.

Perkataan majaz diambil daripada perkataan arab iaitu Majazi Ar yang


bermaksud hanya sebagai kiasan atau bukan yang sebenarnya. Dalam konteks bahasa
Malaysia pula perkataan majaz bermaksud memindahkan perkataan hakiki dan dapat
difahami dengan adanya petunjuk. Majaz dilaksanakan menggunakan dua bentuk strategi
iaitu majaz yang difahami dengan akal dan majaz yang difahami dengan lafaz atau
pengucapan. Perkataan majaz juga disebut sebagai suatu gaya seni penulisan retorik yang
dinyatakan dalam bentuk yang tersirat atau terselindung. Ini bermakna majaz ialah suatu
bentuk gaya penulisan yang menggunakan berlainan yang memberikan maksud yang
berbeza dengan perkataan asal bagi menghasilkan suatu gaya penulisan yang kreatif dan
unik. Majaz terbahagi kepada lima kategori iaitu majaz pertauta, majaz perbandingan,
majaz ragaman, majaz pertentangan dan majaz melayu.

You might also like