You are on page 1of 11

Hubungan Etnik [WAJ3106]

1. Latar belakang etnik


1.1. Latar belakang etnik Murut Tahol
Menurut Headly (1948) dalam Ismali Yusoff (1997:28), perkataan Murut di
Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng-lereng bukit
atau tanah tinggi di kawasan pedalaman. Ciri-ciri fizikal orang Murut yang lebih
kecil dan pendek telah menyebabkan ramai pengkaji menyatakan bahawa
orang Murut berasal daripada Annam, Ulu Burma atau Formosa.
Pollard (1935) dalam Ismali Yusoff (1997: 28) istilah ‘Murut’ berasal
daripada akar kata ‘purut’ iaitu ‘berian’ atau ‘hantaran mas kahwin’. Terdapat
juga pengkaji yang berpendapat bahawa istilah ini diperoleh dari ‘burut’ iaitu
sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang digemari oleh etnik ini.
Manakala menurut Ismail Ibrahim di dalam kajiannya Murut:Menyusuri
Budaya dan Kewujudan Masyarakat Awal di Sabah (2007) menyatakan bahawa
istilah Tahol merujuk kepada nama sungai yang diduduki iaitu Sungai Tahol
atau Tagal. Apabila mereka berhijrah ke tempat lain, mereka dianggap orang
dari Tahol atau Tagal (Harris, 1991:39).
Beliau menambah lagi bahawa, dalam kalangan Murut sendiri istilah
‘Tahol’ dianggap satu suku kaum yang berasingan daripada masyarakat Murut
yang lain dan dianggap sebagai satu kaum yang ganas dan liar.
Oleh itu, daripada maklumat yang ada, istilah ‘Murut Tahol’ adalah
merujuk kepada komuniti Murut yang mendiami Sungai Tahol. Etnik Ini juga
dikenali sebagai golongan pemburu kepala dan hidup secara berkelompok serta
berpindah randah (Harrison, 1967), Ismail Ibrahim (2007).
Bahasa yang digolongkan dalam rumpun ini ialah Kolod, Gana, Apin-Apin,
Kuijau, Murut Kalabakan, Murut Sembakung, Murut Serudung, Tahol, Takapan,
Paluan, Timugon, Murut Beaufort, Dusun Murut, Murut Sook dan Baukan/
Nabai. Bahasa yang digunakan oleh suku kaum Murut Tahol adalah dikenali
sebagai Sumambu/Tahol.
Dari segi kegiatan ekonomi, masyarakat Tahol menjalankan aktiviti
bercucuk tanam, mencari hasil hutan dan memburu. Binatang buruan yang
selalu menjadi sasaran pemburu masyarakat Tahol ialah ulak (babi hutan),

Dayang Reyhana binti Musain 1


Hubungan Etnik [WAJ3106]

tambang (rusa), pelanduk, landak, dan binatang-binatang buruan yang lain


seperti monyet dan burung. Mereka juga menangkap ikan di sungai dengan
menggunakan tampuling iaitu tombak ikan.

1.2. Latar belakang etnik Lundayeh


Sebenarnya, istilah Lundayeh berasal daripada dua perkataan iaitu ‘Lun’
dan ‘Dayeh’ atau ‘Lun Dayeh’. Dalam bahasa ibunda suku etnik ini, ‘Lun Dayeh’
bermaksud ‘Orang Ulu’. Pengertian ini diambil berdasarkan kedudukan mereka
di sepanjang lembah sungai. Dalam erti kata lain, pengertian ‘Lun Dayeh’
bukanlah merujuk kepada kawasan pedalaman atau pergunungan tetapi
merujuk kepada sungai-sungai yang diduduki.
Etnik Lundayeh dikatakan berasal daripada bahagian Kalimantan Timur
Indonesia. Menurut Bilcher Bala, Jane Wong Kon Ling, dan Baszley Bee Basrah
Bee dalam kajian mereka iaitu Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Lundayeh
(2007), menyatakan bahawa etnik Lundayeh telah dikaitkan dengan sebuah
lagenda yang merujuk asal usul mereka daripada bahagian Kalimantan Timur
Indonesia. Lagenda bermula dengan seorang manusia bernama Rang Dungo
yang telah menemui sebiji telur besar di sebuah puncak gunung. Daripada telur
itu, keluar seorang wanita yang cantik yang dinamakan Terur Eco atau telur
matahari. Wanita tersebut telah menjadi isterinya dan hasil daripada
perkahwinan mereka, telah lahir keturunan suku kaum Lundayeh di Pulau
Borneo, terutamanya di sepanjang lembah sungai Sesayap dalam kawasan
Kecamatan Sesayap, Kalimantan Timur.
Kebanyakan etnik Lundayeh tradisional masih mengamalkan
kepercayaan animisme iaitu sebelum perang dunia kedua. Etnik ini percaya
akan kehadiran unsur-unsur ghaib dan makluk-makluk halus. Justeru, wujud
berbagai-bagai pantang larang yang wajib mereka patuhi. Pada tahun 1930,
agama Kristian telah tersebar luas sehingga ke Ulu Padas yang merupakan
penempatan etnik Lundayeh. Akhirnya, kepercayaan ini pupus setelah seluruh
etnik Lundayeh menerima agama Kristian sebagai agam mereka kira-kira
seratus tahun yang lalu.

Dayang Reyhana binti Musain 2


Hubungan Etnik [WAJ3106]

Menurut Bilcher Bala, Jane Wong Kon Ling, dan Baszley Bee Basrah
Bee dalam kajian mereka iaitu Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Lundayeh
(2007), Long Pasia merupakan pusat penempatan bagi etnik Lundayeh dan
juga lambing identiti mereka di Sabah. Etnik yang mendiami Long Pasia
bergantung kepada hutan sebagai sumber makanan seperti binatang buruan,
buah-buahan, ubat-ubatan tradisional, kayu api dan sebagainya.

Dayang Reyhana binti Musain 3


Hubungan Etnik [WAJ3106]

2. Penjelasan tentang proses perkahwinan


2.1. Penjelasan tentang proses perkahwinan subetnik Murut Tahol
2.1.1 Nantunang atau tinumang
Dalam etnik Murut Tahol, pertunangan disebut sebagai Nantunang atau
tinumang. Pada hari pertunangan, pihak lelaki akan membawa
rombongannya ke rumah bakal pengantin perempuan untuk jamuan dan
perbincangan dengan membawa bungkas dan tapi’. Manakala pihak
perempuan akan memberikan pupulut. Pupulut merupakan senarai berian
sebagai pertukaran perkahwinan. Dalam masyarakat ini, pupulut dibuat
dalam bentuk nilai barangan dan binatang ternakan.
2.1.2 Pembahagian pulut perkahwinan (berian sebagai pertukaran
perkahwinan).
Terdapat dua cara pembahagian pulut perkahwinan iaitu akilimpuhu di
mana pihak lelaki akan membawa semua barangan pada hari
perkahwinan. Kedua, sekiranya pihak lelaki tidak mempunyai cukup
pupulut pada hari perkahwinan, pihak perempuan boleh menangguhkan
berian secara berperingkat sehingga ke satu tarikh akhir yang disebut
“tinau”. Sekiranya si lelaki meninggal dunia, pulut yang belum habis
dijelaskan akan dikira sebagai hutang dan sekiranya dia mempunyai anak
perempuan dan anaknya berkahwin, maka segala pulut hendaklah
diserahkan kepada mentuanya sebagai menjelaskan hutang pulut yang
tertunggak.
2.1.3 Acara apasawang pada hari berian pulut
Menurut catatan Uesegi (1989), apasawang diadakan selama empat
malam dan lima hari untuk merayakan majlis berian pulut.
2.1.4 Penentuan tarikh perkahwinan
Penentuan tarikh perkahwinan adalah dibuat dengan menggunakan
tibuku. Tibuku adalah simpulan rotan yang berfungsi sebagai kalendar
untuk menentukan tarikh perkahwinan atau tarikh hantaran berian yang
diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Bilangan hari adalah
berdasarkan jumlah simpulan yang terpilih. Satu simpulan diibaratkan

Dayang Reyhana binti Musain 4


Hubungan Etnik [WAJ3106]

sebagai satu hari dan jika terdapat 30 simpulan maka ia menggambarkan


30 hari. Pihak lelaki akan membuka satu simpulan setiap hari sebagai
peringatan masa atau tarikh perkahwinannya hampir tiba.
2.1.5 Perayaan perkahwinan
Para tetamu akan dihidangkan dengan tapai (rice wine) yang disediakan
dalam suki (cawan buluh). Upacara minum tapai secara bergilir-gilir telah
menjadi kemestian. Upacara minum ini diiringi dengan tarian lansaran
sambil ahilalangkut (berbalas pantun). Selain itu, tetamu juga dihidangkan
makanan tamba pait (jeruk ikan) dan tamba ulak (jeruk daging).

2.2. Penjelasan tentang proses perkahwinan etnik Lundayeh


Adat perkahwinan dalam istilah bahasa ibunda etnik Lundayeh ialah adat aweh.
2.2.1 Pemilihan calon
Pihak ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan
perkahwinan anak-anak mereka. Begitu juga dalam suku kaum ini, ibu
bapa mempunyai pengaruh yang besar untuk menentukan calon.
Seorang teruna yang dianggap (delei baruh) hendaklah menunjukkan
kerajinan dan kegagahan sebagai ketua rumahtangga. Manakala si gadis
pula yang digelar decur baruh (dara) harus menunjukkan kebolehan
mengambil daun untuk membungkus nasi, memasak, mengambil air,
menganyam tikar dan lain-lain kerja seseorang suri rumahtangga.
Kerajinan, sifat peramah dan kesopanan adalah kriteria-kriteria yang
diperkenankan dalam menentukan calon pasangan hidup.
2.2.2 Berunding
Sekiranya sudah kedua-dua pihak sudah berkenan, ibu bapa kedua-dua
pihak akan berunding di rumah decur baruh (dara) dan membuat
penentuan atau keputusan mengenai furut atau mas kahwin dan sulang
atau permintaan tambahan (kos kenduri). Penentuan furut adalah
bergantung kepada sistem stratifikasi sosial yang diamalkan oleh suku
kaum Lundayeh tradisional. Terdapat dua jenis sistem stratifikasi sosial
yang diamalkan iaitu, lun do (orang berada) dan lun dat (orang miskin

Dayang Reyhana binti Musain 5


Hubungan Etnik [WAJ3106]

atau tidak berkualiti). Pihak keluarga si dara daripada golongan lun do


akan menuntut bahan-bahan furut yang bernilai tinggi seperti agong dan
kepala manusia.
2.2.3 Majlis petunduk (pertunangan)
Setelah furut dan sulang ditentukan, maka majlis petunduk (pertunangan)
akan dilakukan.Tempoh pertunangan adalah bergantung kepada
keupayaan kedua-dua pihak keluarga dalam mengadakan irau aweh
(kenduri kahwin). Sepanjang tempoh perkahwinan, si teruna dan si dara
tidak dibenarkan berjumpa secara bersendirian.
2.2.4 Peruyud (Gotong-royong) sebelum upacara perkahwinan (irau aweh)
Acara peruyud merupakan acara gotong-royong yang dijayakan oleh
etnik ini untuk menyediakan keperluan irau aweh. Acara ini diadakan
pada awal pagi hari perkahwinan sehingga petang. Tugasan dibahagikan
kepada dua golongan. Golongan lelaki akan menyembelih kerbau dan
khinzir serta memasaknya(merebus), memotong daging dan membuat
abpul labo (menyerupai sate tetapi potongan dagingnya bersaiz besar).
Manakala, golongan wanita akan memasak nasi dan menyediakan nuba
tingaa (nasi bungkus dengan sejenis daun khas) dan minuman burak.
Selain itu golongan wanita juga akan menghias sebuah nuba buayeh
(nasi buaya) yang bersaiz besar di hadapan tempat bersanding.
2.2.5 Upacara petutup (bersanding)
Upacara petutup (bersanding) merupakan upacara kemuncak dalam adat
perkahwinan etnik Lundayeh. Upacara ini berlangsung pada waktu
malam dan semua orang akan dijemput termasuk penduduk daripada
kampung-kampung lain. Para tetamu akan dihidangkan makanan dan
minum burak sehingga mabuk.

Dayang Reyhana binti Musain 6


Hubungan Etnik [WAJ3106]

3. Persamaan dan perbezaan


3.1 Persamaan antara Etnik Murut Tahol dan Etnik Lundayeh dalam proses
perkahwinan.

Sebenarnya, setiap proses perkahwinan dalam kalangan etnik di Malaysia


ada perbezaan dan persamaan. Persamaan yang paling ketara adalah dari
segi peringkat-peringkat yang harus diadakan sebelum hari perkahwinan.
Dalam kerja kursus pendek ini, kedua-dua etnik dan subetnik mempunyai
beberapa persamaan dalam proses perkahwinan kedua-duanya.
Aspek persamaan yang pertama sekali adalah aspek kuasa autoriti
ibubapa dalam pemilihan calon menantu. Hal ini adalah perkara biasa dalam
setiap adat perkahwinan etnik-etnik di Malaysia. Namun, tidak juga dinafikan
bahawa terdapat juga etnik yang tidak menekankan kuasa autoriti ibu bapa
dalam pemilihan calon menantu. Walaupun begitu, kedua-dua etnik dan
subetnik ini amat menekankan aspek ini. Menurut Ismail Ibrahim dalam
kajiannya iaitu Murut: Menyusuri Budaya dan Kewujudan Masyarakat Awal di
Sabah (2007), menyatakan bahawa, campur tangan orang tua dalam
pemilihan calon menantu adalah dititikberatkan dalam subetnik Murut Tahol.
Sehinggakan, sekiranya mentua suka kepada menantunya, menantunya itu
akan ditawarkan untuk mengahwini seorang lagi anak perempuannya.
Manakala, dalam etnik Lundayeh, pengaruh ibubapa dalam menentukan
perkahwinan anak mereka adalah sangat kuat. Kehidupan etnik ini yang
menginap di rumah panjang memudahkan lagi pemilihan calon. Ibu bapa
keluarga masing-masing akan dapat menilai bakal calon sama ada memenuhi
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Selepas pemilihan calon dan kedua-dua keluarga berkenan, proses
pertunangan akan diadakan. Peringkat ini adalah peringkat yang
kebiasaannya ada pada setiap adat perkahwinan etnik-etnik di Malaysia.
Begitu juga dalam etnik Lundayeh dan subetnik Murut Tahol. Kedua-dua etnik
dan subetnik ini menjalankan proses pertunangan sebelum perkahwinan
berlangsung. Dalam subetnik Murut Tahol, pertunangan disebut sebagai

Dayang Reyhana binti Musain 7


Hubungan Etnik [WAJ3106]

Nantunang atau tinumang. Manakala,dalam etnik Lundayeh, pertunangan


disebut petunduk.
Aspek persamaan yang ketiga iaitu, kedua-dua subetnik dan etnik
meraihkan atau merayakan perkahwinan. Upacara meraihkan perkahwinan
atau merayakannya adalah bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat
bahawa pasangan tersebut telah berkahwin. Masyarakat Murut Tahol akan
meraihkan atau merayakan majlis berian pulut (apasawang) selama empat
malam dan lima hari. Manakala,dalam masyarakat ini, majlis perkahwinan
dipanggil ‘irau aweh’. Kemuncak majlis ini adalah upacara petutp (bersanding)
yang berlangsung pada waktu malam.

3.2 Perbezaan antara Etnik Murut Tahol dan Etnik Lundayeh dalam proses
perkahwinan.

Perbezaan yang paling ketara antara subetnik Murut Tahol dan etnik
Lundayeh adalah penggunaan istilah-istilah yang terdapat dalam proses
perkahwinan.
Aspek perbezaan pertama ialah perbezaan penggunaan istilah
‘bertunang’ dalam proses pertunangan. Dalam kedua-dua etnik dan subetnik
ini, telah wujud perbezaan antara penggunaan istilah bertunang. Hal ini kerana
faktor perbezaan bahasa dan juga faktor geografi (penempatan). Dalam
subetnik Murut Tahol, pertunangan disebut sebagai nantunang atau tinumang.
Menurut Ismail Ibrahim dalam kajiannya iaitu Murut: Menyusuri Budaya dan
Kewujudan Masyarakat Awal di Sabah (2007), menyatakan bahawa Murut
Tahol mempunyai bahasa dan budaya yang berlainan dengan Murut yang
telah ditulis oleh penulis barat sebelum ini. Istilah bertunang dalam etnik
Lundayeh ialah petunduk. Istilah petunduk ini adalah dipengaruhi oleh bahasa
etnik ini sendiri iaitu yang berasal daripada Kalimantan Timur, Indonesia.
Seterusnya dalam aspek kedudukan geografi, penempatan orang Murut Tahol
adalah berbeza daripada penempatan orang Lundayeh. Masyarakat Murut
Tahol menetap di sepanjang sungai Tahol. Manakala, masyarakat Lundayeh

Dayang Reyhana binti Musain 8


Hubungan Etnik [WAJ3106]

menetap di hutan Long Pasia, Ulu Padas. Maka dapat disimpulkan bahawa,
istilah bertunang yang berlainan antara dua etnik dan subetnik ini adalah
disebabkan oleh faktor pemerolehan bahasa ibunda dan juga faktor geografi
iaitu penempatan etnik masing-masing.
Seterusnya, aspek perbezaan antara dua etnik dan subetnik ini adalah
dari segi istilah hantaran perkahwinan. Dalam masyarakat Murut Tahol, istilah
‘pulut’ adalah bermaksud hantaran perkahwinan. Manakala, dalam etnik
Lundayeh, istilah ‘furut’ bermaksud berian perkahwinan. Perbezaan
penggunaan istilah ini adalah disebabkan faktor geografi (penempatan) dan
juga penggunaan bahasa ibunda masing-masing.
Aspek perbezaan yang ketiga adalah perbezaan dari segi masa
penentuan hantaran. Dalam subetnik Murut Tahol, pupulut ditentukan oleh
pihak perempuan pada hari pertunangan (nantunang). Pupulut merupakan
senarai berian sebagai pertukaran perkahwinan. Manakala, dalam etnik
Lundayeh, penentuan furut(hantaran perkahwinan) ditentukan semasa proses
berunding antara dua keluarga.
Aspek perbezaan seterusnya ialah cara pembahagian hantaran
perkahwinan. Dalam subetnik Murut Tahol, terdapat dua cara pembahagian
pulut(hantaran perkahwinan) iaitu, akilimpuhu (pihak lelaki akan membawa
semua barangan pada hari perkahwinan) dan kedua ialah pihak perempuan
boleh menangguhkan berian secara berperingkat-peringkat sehingga ke satu
tarikh akhir yang disebut sebagai tinau. Manakala, dalam etnik Lundayeh,
hantaran perkahwinan (furut) akan dihantar pada hari perkahwinan.

Dayang Reyhana binti Musain 9


Hubungan Etnik [WAJ3106]

4. Rumusan

Terdapat ramai pengkaji British yang berpendapat bahawa etnik Lundayeh


adalah di bawah rumpun suku kaum Murut. Hal ini kerana saiz populasi etnik
Lundayeh yang sedikit . Walaupun begitu, akhirnya dapat dibuktikan bahawa etnik
Lundayeh dan subetnik Murut Tahol merupakan dua etnik yang berbeza. Perbezaan
dapat dilihat melalui asal usul, penggunaan linguistik bahasa, kebudayaan dan
kepercayaan.

Etnik Lundayeh mempunyai populasi yang sedikit di Sabah tetapi merupakan


populasi yang besar di negeri Sarawak dan Kalimantan Timur. Ketiga-tiga populasi
ini tidak mempunyai banyak perbezaan walaupun terpisah dek kerana sempadan
politik. Hal ini kerana asal usul ketiga-tiga populasi ini adalah sama. Wujudnya
masalah pengklasifikasian etnik ‘Murut’ yang dicipta dan dipopularkan oleh orang luar
telah menyebabkan mereka memilih untuk menggunakan dua klasifikasi iaitu
Lundayeh dan Lun Bawang.

Subetnik Murut Tahol pula merupakan subetnik terbesar di Sabah. Subetnik ini
juga terkenal dan dikenali sebagai golongan pemburu kepala dan hidup secara
berkelompok serta berpindah randah. Subetnik ini digelar masyarakat Tahol kerana
kedudukan kawasan yang didiami adalah di Sungai Tahol. Maka dapat disimpulkan
di sini bahawa, kebanyakan kaum Murut dinamakan mengikut nama tempat seperti
sungai dan bukit.

Dapat disimpulkan bahawa, peringkat-peringkat proses perkahwinan kedua-dua


subetnik dan etnik mempunyai persamaan dan juga perbezaan. Persamaan dapat
dilihat melalui peringkat-peringkat dalam proses perkahwinan. Manakala, perbezaan
adalah amat ketara dari segi penggunaan istilah-istilah dalam proses perkahwinan.

Kedua-dua etnik dan subetnik ini telah menunjukkan perubahan atau peralihan
kepercayaan animism kepada ajaran agama Kristian. Subetnik Murut Tahol telah
mengubah kepercayaan mereka kepada agama Kristian setelah kedatangan British.
Bukan itu sahaja, cara hidup mereka yang suka berpuak, berperang untuk
mendapatkan kepala juga sudah tidak diamalkan. Manakala, etnik Lundayeh yang

Dayang Reyhana binti Musain 10


Hubungan Etnik [WAJ3106]

juga mengamalkan kepercayaan animisme telah beralih kepada agama Kristian


setelah kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian. Nilai-nilai agama Kristian yang
dianuti telah diutamakan dalam semua aspek kehidupan sehinggakan kebanyakan
unsur kepercayaan nenek moyang mereka telah dibuang dan ditinggalkan.

Kesimpulannya, kedua-dua etnik dan subetnik ini sebenarnya berbeza.


Perbezaan amat ketara sekali telah diperjelaskan tetapi terdapat juga persamaan
antara kedua-duanya. Proses penghijrahan atau perpindahan telah menyebabkan
wujudnya kepelbagaian kelompok etnik dan subetnik. Justeru, hasil daripada proses
ini, wujudlah perbezaan amalan, budaya dan kepercayaan. Oleh yang demikian,
perbezaan kelompok etnik-etnik yang wujud telah menjadikan kepelbagaian variasi
budaya masyarakat di Malaysia.

Dayang Reyhana binti Musain 11

You might also like