You are on page 1of 11

Pengenalan

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya
meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur
bangunan dalam bidang kejuruteraan awam. Definisi bata ialah bata merupakan
salah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x
102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya
bertambah 10mm. Ukuran dan saiz bata tidak pernah bertukar semenjak dahulu lagi.
Bata-bata yang dibentuk melalui tekanan biasanya mempunyai lekuk muka pada
permukaan atas bata. Batu-bata yang diperbuat dengan mesin terdiri daripada tanah
liat yang ditekan dengan alat penekan hidraulik. Batu-bata yang telah dibentuk akan
dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata juga terdapat dalam pelbagai jenis.

Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis


bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata
yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat,
bata simen dan blok simen.
Kegunaan Batu Bata

Batu-bata digunakan untuk membina dinding bangunan sama ada tanggung


beban atau mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung beban. Ia juga
digunakan untuk: membuat tembok penahan , dinding tandas serta membuat pagar
konkrit. Kegunaan batu bata sangat penting dalam aspek – aspek pembinaan dan
kegunaannya merangkumi keseluruhan bangunan yang akan didirikan dan tanpa
penggunaan batu bata, mungkin pembinaan tidak akan berjalan dengan lancar serta
kualiti yang dihasilkan tidak memuaskan hati pelanggan.
Bangunan yang dihasilkan tanpa menggunakan batu bata akan rosak dan tidak
kukuh disebabkan tiada penyokong atau penahan manakala strukturnya juga akan
terjejas akibat daripada kurangnya batu bata.Oleh itu, penggunaan batu bata dalam
pembinaan bangunan sangat penting.

Selain itu, bagi bata yang telah pecah pecah disebabkan oleh kecuaian
semasa mengendalikannya, ia tidak perlu dibuang begitu sahaja. Ia masih boleh
dijadikan sebagai hadkor iaitu bahan yang digunakan sebagai alas dalam
pembinaan lantai. Ini sekaligus mengelakkan bahan binaan daripada pembaziran.

Jenis – jenis batu bata :


Bata tanah liat

Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas
digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata
muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya menghasilkan bata biasa. Bata
muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai
kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang
bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan
dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan
dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 1). Bata tanah liat juga dihasilkan
dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu
(rujuk rajah 2).
Rajah 2

Rajah 1

Bata simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah
mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim
digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan
hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan
menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan
diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan
dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas.
Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x
65mm.

Blok Simen

Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi
harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan
produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x
1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa. Blok dapat dihasilkan
daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan
konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang
menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan
tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya.
Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok padu,
blok bersel dan blok berongga.
Jenis – jenis ikatan kerja bata
Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan
bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik
dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa
digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan
ikatan Flemish.

Ikatan sisi bata


Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau
112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya.
Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi,
lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata
sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai
keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis binaan
yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-
tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.
Ikatan kepala bata
Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini
mengandungi kepala bata sahaja. Rajah di bawah menunjukkan pandangan
hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan
kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini
sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau
melengkung.
Rajah5 : Pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang
dibina dengan ikatan kepala

Ikatan Inggeris
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan
satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup
setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala
bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan
tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada
tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang.
Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan
kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang
berterusan.

Ikatan Flemish
Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam
satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas
kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata.
Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak
kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok
menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah
permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula
menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’.. Ikatan ini
dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan
dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina
tembok yang tidak akan dilepa.
Ikatan

Ikatan mock
-Ini adalah satu tiruan daripada ikatan Flemish.Tiap-tiap lapisanya mengandungi
satu kepala bata diikuti dengan dua bata sisi berselang-seli.
Pengendalian peralatan kerja bata
Bata
Batu-bata untuk membina dinding bangunan samaada tanggung beban atau
mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung beban. Ia juga diguna untuk
membuat tembok penahan , dinding tandas serta membuat pagar konkrit. Saiz
piawaian batu-bata ialah 215 mm x 102.5 mm x 65 mm.
Baldi
Baldi digunakan untuk mengisi simen mortar yang telah siap dibancuh dan
dibawa ke tempat kerja mengikat bata. Biasanya baldi ini berwarna kuning dan
berbentuk segitiga tak sama
Sudip
Alat ini digunakan untuk mencedok dan meratakan simen mortar ke atas
lapisan simen. Diperbuat daripada besi dan mudah berkarat. Ia perlu dibasuh segera
selepas di gunakan kerana jika tidak dibasuh sisa simen mortar akan mengeras dan
terlekat padanya. Ia berbentuk sudu dan mudah digunakan dalam kerja pembinaan.

Penggaul mortar
Alat ini diperbuat daripada besi. Ia digunakan untuk menggaul bancuhan
simen untuk dijadikan simen mortar. Ia digunakan secara kaedah insani iaitu
menggunakan tenaga tangan manusia sepenuhnya.

Penimbang air
Alat ini berbentuk segi empat tepat. Di tengah - tengahnya terdapat tiub air
yang dijadikan panduan untuk menentukan lapisan bata itu rata dan sama
ketinggiannya atau tidak. Untuk memastikannya sama rata, gelembung udara air
dipastikan berada di tengah tengah. Jika telah berada di tengahnya, maka lapisan
bata tersebut telah sama tinggi dan rata.

Mortar
Mortar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan
dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan
mengikut piawai yang ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan
menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang
bersih.
Chok
Chok adalah sejenis alat yang membantu dalam menetukan had garisan
sebelum proses kerja mengikat bata. Chock ini perlulah berada dalam keadaan yang
terkunci kerana apabila menggoncangkan alat ini, serbuk penanda di dalamnya tidak
akan keluar.
Pemaras kayu panjang
Pemaras kayu panjang ini berfungsi untuk memastikan bahawa bata – bata
yang diikat tersebut berada pada paksi dan sudut yang tepat. Dalam pada masa
yang sama, pemaras kayu panjang ini bertujuan untuk menjadi alat rata meletakkan
penimbang air.

Mortar board
Alat ini digunakan untuk membancuh bancuhan mortar. Pelajar dilarang sama
seklai untuk melakukan proses bancuhan mortar di atas lantai makmal.

Prosedur Kerja Bata.

Para pelajar diberikan pendedahan awal berkenaan dengan amali kerja bata dan
keselamatan ketika melakukan kerja bata oleh Pegawai Makmal Bata UTHM.
1. Pegawai Makmal Bata,memberikan penerangan kepada para pelajar
berkenaan dengan bahan – bahan yang akan digunakan dan juga peralatan
yang akan digunakan ketika amali.
2. Pegawai makmal meminta para pelajar untuk mengambil bata sebanyak 50
unit bagi setiap kumpulan dan keperluan peralatan untuk menjalankan
makmal.
3. Proses dimulakan dengan demontrasi proses untuk pembancuhan mortar.
Mortar adalah hasil daripada campuran pasir dan juga mortar. Kemudian
bahan campuran tersebut diletakkan di atas mortar board. Bahan tersebut
akan digaulkan dengan air mengikut nisbah yang ditetapkan 3:1.

Proses bancuhan mortar


1) Kemudian chok digunakan untuk menanda zon kawasan untuk melakukan
proses mengikat bata. Dengan menegangkan tali chok tersebut dan menarik
serta lepaskan dibahagian tengah, satu garisan biru akan terhasil pada
permukaan lantai makmal.

2) Kemudian batu bata akan dibasahkan dengan menggunakan air. Kaedah ini
digunakan untuk memastikan bendasing yang wujud pada permukaan bata
dicegah dan memastikan pelekatan mortar dan bata lebih kukuh.

3) Letakkan bata pada setiap penjuru sebagai penanda bagi kerja mengikat
bata.

4) Mortar diletakkan dan ditarik pada dalam garisan yang telah ditanda.
Letakkan bata diatas permukaan mortar tersebut sehingga ke hujung bata
barisan tersebut. Jarak antara bata adalah lebih kurang ½ inci.

pengikatan bata pada barisan pertama

5) Kemudian letakkan pemaras kayu panjang pada atas permukaan kayu


tersebut sebagai lapisan alas penimbang air. Jika alat penimbang air menunjukkan
bebuli berada pada kawasan zon maka kedudukan aras ikat bata tersebut berada
dalam keadaan serata.

6) Kemudian kaedah yang sama dilakukan (VII) sehingga IX pada sebelah sudut
yang lain. Tetapi apabila ke dua-dua belah sudut sudah selesai, penimbang
air perlu diletakkan pada kedua hujung sudut baris untuk menentukan tahap
ketinggian susunan baris
7) Kemudian untuk barisan kedua, kerja mengikat bata adalah sama seperti
kerja pada barisan pertama Cuma, pada barisan kedua ini susunan bata lain sedikit
kerana ia akan memerlukan bata ½ supaya temuan (join) pada baris pertama tidak
akan bertemu pada temuan (join) baris kedua.

Kerja meletakkan mortar pada atas lapisan pertama

Susunan Bata

8) Pastikan penimbang air digunakan untuk mengukur paras bata pada setiap
aras bata. Kemudian pada tingkat yang kedua dan seterusnya, Pemaras kayu
perlu diletakkan dibahagian tepi bata untuk memastikan susunan bata selari
diantara barisan sebelumnya. Jika terdapat lebihan mortar pada permukaan
tepi bata, buangkan ia sebelum proses pengerasan mortar belaku.
9) Biarkan bata selama beberapa hari untuk proses pengeringan. Kemudian
kerja – kerja melepa dijalankan untuk melindungi bata. Ia bertujuan untuk
mencantikkan permukaan tersebut dan memudahkan proses mengecat
permukaan dinding bangunan.

10) Sebelum menamatkan kerja amali, pelajar perlu memastikan kawasan amali
berada dalam keadaan bersih dan cuci semua peralatan yang telah
digunakan.

6.0 Lakaran Pandangan pelan dan pandangan hadapan tembok ½ bata


ikatan sisi.

Pandangan
Pelan

Pandangan hadapan

Pandangan hadapan
7.0 kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kerja – kerja amali bata ini perlulah
dilakukan dengan pemahaman yang betul dan mengaplikasikan segala pengetahuan
dan pendedahan teori yang telah dipelajari. Elemen – elemen keselamatan ketika
melakukan kerja juga merupakan satu perkara yang penting dalam kerja amali ini.
Kita lihat kini kebanyakan pekerja – pekerja ditapak bina sering mengabaikan
elemen – elemen keselamatan yang telah diperuntukkan. Sikap sambil lewa yang
ditonjolkan oleh mereka telah mengundang pelbagai permasalah dan insiden yang
boleh membawa maut. Maka pendedahan awal ketika dalam latihan seperti inilah
yang banyak membantu menyedarkan pelbagai pihak dalam kepentingan
keselamatan ketika di tapak binan.

You might also like