You are on page 1of 16

Bab 12 : penggulungan syarikat

12.0 pengenalan

Suatu proses di mana sesebuah syarikat dibubarkan dikenali sebagai penggulungan


atau pembubaran syarikat. Apabila sesebuah syarikat itu digulung atau dibubarkan,
perniagaannya akan diberhentikan, harta benda akan dijual, pemiutang2 akan dibayar
dan akhirnya lebihan asset akan dibahagikan kepada ahli2. Pada waktu ini, syarikat
sudah tidak lagi wujud.

Sek 211 memperuntukkan bahawa sesebuah syarikat itu boleh digulungkan samada : -
 Oleh mahkamah
 Secara sukarela

12.1 penggulungan syarikat oleh mahkamah

Penggulungan oleh mahkamah boleh dilakukan di atas petisyen seseorang yang letak
atau mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian seperti yang dinyatakan di
dalam sek 217 (1). Petisyen ini pula mestilah berdasarkan di ant sebab2 sperti yang
terkandung di dalam sek 218(1)

Sek 217(1) – sesebuah syarikat boleh digulung di bawah satu perintah mahkamah di
atas petisyen (permohonan) :

(a) syarikat
sesebuah syarikat boleh melalui resolusi khas memutuskan bahwa syarikat itu
digulung oleh mahkamah. Walau bagaimanapun perkara ini jarang sekali dilakukan
kerana penggulungan secara sukarela adalah lebih menyenangkan dan tidak
melibatkan kos yang tinggi

(b) mana2 pemiutang syarikat termasuk pemiutang yang dijangkakan dan pemiutang
prospetif
Perkataan “pemiutang” tidak didefinisikan di dalam akta. Prinsip di dalam kes Re
William Hockley Ltd (1962) 1 WLR 555, ialah seseorang yang syarikat masih
berhutang dengannya pada waktu permohonan penggulungan ialah pemiutang.
Sementara itu di dalam kes Re Mechanised Construction Pte Ltd (1989) 1 MSCLC
95, diputuskan bahawa perkara yang paling penting ialah mesti terdapat hutang yang
sah sebelum permohonan boleh dibuat.
Pemiutang yang dijangkakan ialah pemiutang bagi hutang yang hanya akan habis
tempoh masanya bergantung kepada berlaku atau tidak sesuatu kejadian di masa
hadapan. Dalam kes Community Development Pty Ltd lwn Enqwirda
Construction Co. (1969) 120 CLR 455, di mana ‘builder’ yang mana hutangnya
akan hanya dibayar menurut keputusan prosiding ‘arbitration’. Dia katakana sebagai
pemiutang yang dijangkakan dan berhak untuk memohon.

Pemiutang yang prospektif pula ialah pemiutang bagi hutang yang akan habis tempoh
masanya di masa hadapan samada pada satu tarikh yang telah ditetapkan atau pada
satu tarikh yang akan ditentukan dengan merujuk kepada kejadian2 di masa hadapan.
Ia juga bermaksud pemiutang yang mana hutangnya akan habis tempoh tapi bukanlah
‘immediately payable’. Contohnya seseorang menjual dan menyerahkan barang tetapi
hanya akan mendapat bayaran selepas 30 hari, maka dia dikatakan sebagai pemiutang
prospektif dalam jangkamasa 30 hari itu.

(c) penyumbang atau mana-mana wakil kepada penyumbang yang mati atau
pemegang amanah dalam kes kebankrapan atau pegawai pemegang harta estet
penyumbang yang bankrap
Menurut sek 4, penyumbang ialah seseorang yang bertanggungjawab untuk
menyumbang kepada aset2 syarikat sekiranya syarikat itu digulung. Ini termasuklah
ahli2 terdahulu dan ahli2 yang ada pada waktu sekarang di dalam syarikat. Walaupun
pemegang syer berbayar penuh tidak perlu menyumbang sewaktu syarikat digulung
tetapi ianya dimasukkan di dalam definisi ‘penyumbang’ di bwh sek 4

Sekiranya penyumbang telah meninggal dunia, maka wakil kepada penyumbang itu
bolehlah menghantar petisyen memohon supaya syarikat itu digulung oleh
mahkamah. Jika penyumbang itu seorang yang bankrap, hak untuk membuat petisyen
ialah terhadap pemegang amanah atau pengawai pemegang harta
Sek 217 (2)(a) menyatakan bahawa, seseorang penyumbang tidak boleh membuat
petisyen di atas alasan seperti yang terkandung di dalam sek 218(1)(a), (b), (c). (c)
dan (i) melainkan :

i. ia adalah ahli terakhir dalam syarikat (tidak tertakluk kepada syarikat subsidiary
milikan penuh) atau ;
ii. dia mempunyai syer berhubung dengan mana2 penyumbang atau kebanyakan
daripada mereka secara asalnya diuntukkan kepada penyumbang atau;
iii. syer telah dipegang olehnya dan didaftarkan atas namanya untuk tempoh tidak
kurang dari 6 bulan dalam masa 18bulan sebelum mengemukakan permohonan
atau;
iv. dia menerima saham melalui kematian atau kebankrapan pemegang terdahulu

syarat2 ini diadakan untuk menghalang seseorang daripada membeli syer dalam
sesebuah syarikat dengan tujuan untuk membuat petisyen penggulungannya.
Sila rujuk kes : Re Ah Yee Constractors (Pte) Ltd (1987) 2 MLJ 590

(d) penyelesai
seseorang penyelesai yang dilantik di dalam penggulungan secara sukarela boleh
membuat petisyen supaya syarikat digulung melalui mahkamah.

(e) menteri menurut sek 205 atau di atas alas an menurut sek 218 (1)(b) dan (d)

(f) dalam kes sebuah syarikat yang mana sebuah institusi berlesen atau institusi
berjadual berhubung dengannya Menteri yang bertanggungjawab tentang
kewangan telah membuat suatu perintah di bawah sek 24(1) Akta Bank dan
Institusi Kewangan 1989 atau sebuah institusi yang tidak terjadual mengenainya,
menteri tersebut telah mmebuat suatu perintah di bawah sek 93(1) Akta Bank
Negara Malaysia.

Petisyen ini juga boleh dibuat oleh mana-mana dua orang atau lebih dari pihak-pihak
tersebut.
12.2 keadaan-keadaan di mana syarikat boleh digulung oleh mahkamah

Sek 218(1) memperuntukkan bahawa mahkmah boleh memerintah penggulungan jika


memenuhi salah satu dari sebab berikut. Apabila mahkamah memerintahkan syarikat
digulung, ia akan melantik penerima supaya menggulungakan syarikat – sek 227

(a) syarikat melalui resolusi khas memutuskan ia digulung oleh mahkamah


resolusi khas selalunya diperlukan untuk perkara-perkara yang amat penting seperti
permohonan supaya syarikat digulung. Resolusi khas mesti diputuskan oleh 3 per 4
majoriti daripada yang hadir dan mengundi pada waktu mesyuarat itu diadakan.
Sebelum ini notis secara bertulis untuk memanggil mesyuarat mestilah terlebih dahulu
diberikan dalam tempoh tidak kurang dari 21 hari sebelum mesyuarat itu diadakan.

(b) syarikat ingkar dalam menyerahsimpan lapaoran berkanun atau mengadakan


mesyuarat berkanun
sek 217 (2)(b) – hanya penyumbang ataupun menteri yang boleh membuat petisyen di
atas alasan ini. Ia juga tidak boleh dibuat kecuali tempoh selama 14 hari telah berakhir
daripada hari terakhir mesyuarat itu patut diadakan.

Sek 221(3) menyatakan selain daripada membei penghakiman supaya syarikat


digulung. Mahkamah bolehlah memerintahkan agar mesyuarat berkanun itu diadakan
atau laporan berkanun itu diserahkan dan segala kos berkaitan dengannya hendaklah
ditanggung oleh orang yang menyebabkan keingkaran tersebut.

(c) syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari
pemerbadanannya atau menggantung perniagaan untuk seluruh tahun.
Di dalam kes Re Tomlin Patent Horse Shoe Co. Ltd (1886) 55 LT 314, mahkamah
memutuskan bahawa apabila sesebuah syarikat menggantung perniagaannya,
mahkamah tidak akan membuat penghakiman sehinggalah dipastikan niat syarikat
iaitu untuk menggantung perniagaan atau tidak mampu lagi mengendalikannya.

Mahkamah juga akan melihat kepada keinginan atau hasrat penyumbang membuat
penghakiman di atas alasan ini sperti yang diputuskan di dalam kes Re
Middlesborough Assembly Rooms Co. (1879) 14 Ch. D 104
(d) bilangan ahli adalah kurang dari dua orang (kecuali sebuah syarikat subsidiary
milikan penuh)
penyumbang boleh memohon di bawah sebab ini walaupun dia tidak memegang
saham dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh sek 217 (2)(a). adalah menjadi
kesalah di bawah sek 35, jika menjalankan perniagaan setelah ahli kurang dari 2 orang
selama lebih dari tempoh 6 bulan dari tarikh pengurangan itu. Ahli terakhir, setelah
gagal mendapatkan ahli baru bolehlah membuat petisyen di bawah alasan ini. Menteri
juga boleh memohon agar syarikat digulung oleh mahkamah menggunakan sebab ini.

(e) syarikat tidak mampu membayar hutang (insolven)


ini adalah salah satu sebab yang paling utama sesebuah syarikat itu digulung. Syarikat
tidak semestinya menunjukkan bahawa tanggungannya adalah melebihi asetnya tetapi
persoalannya tidak bolehkah syarikat menyelesaikan hutangnya apabila tiba waktu
pembayaran nanti.

Di dalam kes Malayan Plant (Pte) Ltd lwn Moscow Narodny Bank Ltd (1980) 2 MLJ
53, diputuskan bahawa :

“……sesebuah syarikat boleh dalam satu waktu yang sama menjadi kaya tetapi
insolven”

Taksolven sesebuah syarikat itu boleh dibuktikan dengan beberapa cara. Pemohon
atau orang yang membuat petisyen mestilah membuktikan sehingga mahkamah
berpuas hati bahawa syarikat itu tidak mampu membayar hutang. Sek 218 (2)(c),
dalam menentukan sesebuah syarikat itu solven atau tak solven mahkamah akan
mengamil kira mengenai pemiutang yang dijangkakan dan juga pemiutang yang
prospektif
Adalah agak sukar bagi pemiutang2 untuk membuktikan bahawa sesebuah syarikat itu
tak solven kerana mereka tidak dibenarkan untuk memeriksa laporan kewangan
sesebuah syarikat. Untuk mengatasi masalah ini, Akta memutuskan bahawa dalam
beberapa keadaan, andaian boleh dibuat tentang taksolvennya sesebuah syarikat :

i. Sek 218(2)(b) sesebuah syarikat hendaklah dianggap tidak boleh


membayar hutangnya jika pelaksanaan atau proses lain yang dikeluarkan
atas satu kehakiman, dikri atau perintah mana2 mahkamah bagi pihak
seorang pemiutang syarikat itu adalah dikembalikan secara tidak berpuas
hati keseluruhan atau sebehagian ;
ii. Sek 218(2)(1) – pemiutang melalui penyerahan hak terhadap hutang
melebihi RM500.00, kemudian diserah kepada syarikat dengan
meninggalkannya di pejabat berdaftar syarikat. Suatu permintaan di bawah
tandatangannya atau tandatangan ejennya dan syarikat tidak membayarnya
dalam masa tiga minggu bolehlah memohon.
iii. Sek 218(2)(c) – sebuah syarikat hendaklah dianggap tidak boleh
membayar hutangnya jika adalah dibuktikan kepada kepuasan mahkamah
bahawa syarikat tidak boleh membayar hutang-hutangnya dan dalam
menentukan sama ada sebuah syarikat tidak dapat membayar hutangnya
mahkamah hendaklah mengambil kira laibiliti2 kontijen dan prospektif
syarikat itu.

(f) pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat dengan kepentingan
mereka sendiri lebih baik dari kepentingan ahli secara keseluruhan atau dalam
mana2 cara jua yang kelihatan tidak adil atau tidak sesuai kepada ahli2 yang lain.

Keadaan ini adalah dikatakan bertindih dengan Sek 181(2)(e) yang mana memberi
kuasa kepada mahkamah untuk membubarkan sesebuah syarikat sekiranya kuasa
pengarah dijalankan dalam cara yang boleh menidas ahli2 ataupun kepentingan
mereka tidak diambil kira.

Dalam kes Re Petrotech Logistic Pte Ltd (1982) 2 MLJ 212. Mahkamah telah
memutuskan bahawa pemohon diberi pilihan untuk membeli saham di dalam syarikat
daripada mahkamah membuat arahan supaya syarikat digulung
Di dalam kes Re National Discounts Ltd (1951) 52 SR (NSW) 244, ia telah
diputuskan di Australia bahawa jika pengarah bertindak atas kepentingan syarikat lain
yang juga dibawah kawalannya, dia dikatakan telah bertindak untuk kepentingan
sendiri.

(g) seorang inspector yang dilantik telah melaporkan bahawa ia berpendapat : -

i. syarikat tidak boleh membayar hutang dan patut digulung


ii. ia adalah untuk kepentingan orang ramai atau pemegang2 syer atau
pemiutang bahawa syarikat itu harus digulung

Sek ini mesti dibaca bersama dengan Sek 205(1) yang membenarkan Menteri untuk
membuat petisyen agar syarikat digulung selepas laporan dibuat oleh inspector.

(h) tempoh yang telah ditetapkan untuk pengwujudan syarikat telah tamat

(i) mahkamah merasakan bahawa ianya adil dan berekuiti supaya syarikat digulung

Sek ini merupakan satu lagi alasan yang selalu digunakan untuk menggulung syarikat.
Contoh-contoh keadaan yang akan diterangkan dibawah bukanlah merupakan suatu
perkara yang semestinya diikuti tetapi ia adalah sebagai cadangan

i. bilamana objek utama syarikat tidak dapat dicapai atau terpesong jauh
ia adalah dikatakan adil dan berekuiti untuk menggulung sesebuah syarikat jika
objek utama syarikat tidak dapat dicapai atau terpesong jauh. Ia selalunya di
kenali sebagai ‘loss of company’s substrarain’

kes : Re German Date Coffe Co. (1882) 20 Ch. D 169


syarikat ditubuhkan untuk perniagaan kopi sebagai ganti kepada kurma. Untuk
melakukan perniagaan ini, ia adalah menjadi matlamat yang utama untuk
mendapatkan kopi jenis German. Tetapi kemudiannya didapati ianya tidak
dibenarkan oleh kerajaan. Mahkamah memutuskan bahawa, memandangkan
syarikat ditubuhkan untuk mendapatkan jenis kopi tertentu dan ianya telah gagal
jadi pemegang syer berhak mengatakan bahawa mereka tidak lagi berminat
dengan peniagaan itu. Syarikat itu kemudiannya digulung.
Sila rujuk kes Re Tivoli Freeholds Ltd. (1972) VR 445

Tujuan sesebuah syarikat ini ditubuhkan terkandung di dalam fasal tujuan


memorandum persatuan. Ia masih menjadi persoalan yang masih menjadi tanda
Tanya samada mahkamah boleh melihat disebalik memorandum persatuan untuk
menentiukan objek sesebuah syarikat

ii. bila perniagaan dijalankan dengan cara menipu

seseorang yang melaburkan wang ke dalam syarikat mempunyai hak untuk


mengetahui yang wangnya itu akan digunakan dengan sebaiknya dan bukan dengan
menipu pihak yang lain. Bila sesebuah syarikat menjalankan perniagaannya dengan
cara menipu dan pemegang syer telah terpengaruh untuk melabur ke dalamnya, dia
bolehlah memohon kepada mahkamah supaya syarikat digulung untuk mendapatkan
semula wangnya itu.

Di dalam kes Re Thomas Edward Brinsmead & Sons Ltd. (1897) 1 Ch 45


Mahkamah memutuskan bahawa pemegang saham yang terpengaruh untuk percaya
bahawa syarikat itu mempunyai hak untuk menggunakan nama dan ‘goodview’
sesebuah syarikat lain, mempunyai hak untuk menolak dari terus terlibat dengan
perniagaan yang mempunyai unsur frod.

iii. bila ahli-ahli di dalam syarikat tidak lagi boleh menjalankan perniagaan
bersama.
Dalam sesebuah syarikat, kerjasama dari semua pihak adalah amat penting dan
mareka seharusnya mempercayai anatara satu sama lain. Sekiranya perkara ini
tidak dapat dipertahankan dan sekiranya mereka tidak lagi boleh bekerjasama
anatara satu sama lain (deadlock), penggulungan boleh diperintahkan

Dalam kes Re Yenidge Tobacco Co. Ltd (1916) 2 Ch. 426. Syarikat ini
ditubuhkan oleh Rothman dan Weinberg untuk menjalankan perniagaan
pembuatan tembakau. Mereka kemudiannya tidak dapat lagi bekerjasama anatara
satu sama lain. Mahkamah memutuskan supaya syarikat itu digulung walaupun
sebenrnya perniagaan itu mendatangkan keuntungan yang banyak

Dalam menentukan samada ianya adil dan berekuiti supaya sesebuah syarikat itu
digulung di atas dasar ‘deadlock’, ia perlu diperhatikan siapakah yang bersalah
dalam mengakibatkan ‘deadlock’ ini. Jika pemohon adalah orang yang
menyebabkan, mahkamah mengkin memberikan keputusan yang tidak berpihak
kepadanya.
Sekiranya tidak dapat dilihat bahawa perjalanan syarikat itu dari hari ke hari
adalah sesuatu yang tidak memungkinkan, disini dikatakan tiada ‘deadlock’ yang
berlaku. Dan sekiranya ‘deadlock’ dapat dihindari dengan cara melantik
pengarah yang baru atau dengan cara lain, maka mahkamah tidak akan
memutuskan bahawa syarikat itu perlu digulung.

Kes-kes lain yang boleh dirujuk :


- Re Semantan Estate Ltd (1962) MLJ 285
- Re Ah Yee Contractors (Pte) Ltd (1987) 2 MLJ 590

iv. apabila golongan minority telah ditindas dan mereka telah hilang keyakinan

sekiranya ahli minority telah hilang keyakinan terhadap pengarah dalam


melaksanakan tugas2 syarikat, perintah penggulungan bolehlah dikeluarkan.

Dalam kes Loch lwn John Blackwood Ltd (1924) AC 783, pengarah urusan
dalam syarikat ini ialah Mc Laren yang memegang satu syer. Lebih sebahagian
daripada saham syarikat dipegang oleh Mrs Mc Laren dan dua penama yang juga
merupakan pengarah2. syer yang lain dipegang oleh Mrs Loch dan Rodger iaitu
orang yang membuat petisyen dalam kes ini. Kemudiannya didapati bahawa
mesyuart agung tidak diadakan, akaun untung dan rugi tidak dikeluarkan,
laporan tidak dihantar dan juga peraturan2 yang berhubung dengan audit tidak
dipatuhi. Lord Shaw menyatakan bahawa tujuan ianya dilakukan adalah untuk
membiarkan orang yang membuat petisyen dalam ‘ignorance’ supaya mereka
menuntut syer dalam harga yang rendah. Syarikat ini kemudiannya diarahkan
supaya digulung

Sila rujuk juga kes Re Wondoflrx Textiles Pty Ltd (1951) VLR 458
v. bilamana pemohon telah dikecualikan dari hal pentadbiran syarikat di mana
dia sebenarnya mempunyai hak untuk berbuat demikian

di dalam sesebuah perkongsian, semua ahli adalah berhak untuk melibatkan diri
dalam hal pengurusan perniagaannya itu sekiranya tiada syarat yang sebaliknya.
Begitulah juga halnya dalam sesebuah syarikat. Apabila ahli majority tidak
membenarkan ahli minority daripada melibatkan diri dalam pentadbiran syarikat
ahli minority tadi bolehlah memohon supaya syarikat itu digulung.

Di dalam kes Eharahimi lwn Westbourne Galleries Ltd (1973) AC 360, sebuah
syarikat telah ditubuhkan untuk mengamibil alih sebuah perniagaan perkongsian.
Rakan kongsi dalam syarikat yang baru ini ialaj Nazar dan Ebrahimi. Kedua2nya
adalah ahli dan pengarah dalam syarikat ini. Tiada dividen yang dibayar tetapi
pengarah menerima ganjaran untuk tugas mereka itu. Anak lelaki Nazar
kemudiannya menyertai syarikat itu sebagai ahli dan juga sebagai pengarah.
Mereka kemudiannya mengendalikan syarikat itu dan memberhentikan Ebrahimi
sebagai pengarah. Ebrahimi kemudiannya membuat petisyen supaya syarikat itu
digulung. Mahkamah memutuskan bahawa ianya adil dan berekuiyi supaya
syarikat digulung

Sika rujuk kes Tay Bok Choon lwn Tahansan Sdn Bhd (1987) 1 MLJ 433

(j) syarikat memegang lessen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau
Akta Bank Islam 1983, dan lessen itu ditolak atau dikembalikan

(k) syarikat telah menjalankan perniagaan Bank Islam, perniagaan berlesen atau
perniagaan terjadual, atau telah menerima atau mengambil deposit dalam
Malaysia yang melanggar Akta Bank Islama 1983 atau Akta bank dan Institusi
Kewangan 1989, mengikut mana yang berkenaan.
12.3 kesan penghantaraan petisyen

Penghantaran petisyen supaya sesebuah syarikat itu digulung bukanlah bermakna


syarikat itu dibubarkan pada terikh tersebut. Walaubagaimanapun, tarikh
penghantaraan petisyen itu adalah penting kerana jika perintah penggulungan itu telah
dikeluarkan, ianya dianggap bermula pada tarikh petisyen itu dihantar sperti yang
terkandung di dalam Sek 219(2). Jadi tempoh masa di antara penghantaraan petisyen
dengan masa perintah dkeluarkan oleh mahkamah, keadaan syarikat itu adalah
diantara hidup dan mati. Diantara kesan penghantaraan petisyen itu ialah :

i. penghindaran pelupusan harta seperti yang terkandung di dalam sek 223

apa-apa pelupusan harta syarikat termasuk benda2 dalam tindakan dan apa2
pemindahan syer atau pemindahan dalam status2 ahli syarikat yang dibuat
selepas penguatkuasaan penggulungan oleh mahkamah hendaklah dianggap
terbatal melainkan mahkamah memerintah sebaliknya.

ii. ‘Lis pendens’

Sek 255 memperuntukkan bahawa apa-apa petisyen untuk penggulungan syarikat


hendaklah termasuk ‘lis pendens; dalam pengertian mana-mana undag-undang
yang berkaitan dengan akibat ‘lis pendens’ pada pembeli atau pemegang gadai
janji. Doktrin ‘lis pendens’ adalah satu doktrin yang lama di mana undang-
undang tidak membenarkan pihak-pihak di dalam litigasi untuk mengambil harta
yang terlibat di dalam percanggahan itu sementara menantikan keputusan
mahkamah.

iii. penghindaran pernahanan terhadap syarikat

Sek 224 mempeuntukkan apa-apa pernahanan, sekuastrasi, distress atau


perlaksanaan yang dikuatkuasakan terhadap estet atau hasil syarikat selepas
penguatkuasaan penggulungan oleh mahkamah hendaklah terbatal.
12.4 penggulungan secara sukarela

Sek 254 memperuntukkan keadaan-keadaan di mana sesebuah syarikat boleh


digulung secara sukarela

(1) sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela : -

(a) apabila tempoh, jika ada, ditetapkan untuk jangka masa tertentu bagi syarikat
dengan memorandum atau artikel2 telah tamat atau kejadian jika ada, berlaku,
dengan mana memorandum atau perkara-perkara syarikat memperuntukkan
bahawa syarikat adalah dibubarjab dan syarikat dalam mesyuarat agungnya
meluluskan satu resolusi yang menghendaki syarikat digulung secara sukarela.
(b) Jika syarikat membuat ketetapan dengan resolusi khas

(2) syarikat hendaklah dalam masa 7 hari selepas meluluskan resolusi untuk
penggulungan secara sukarela menyerah simpan satu salinan bercetak resolusi
tersebut dengan Pendaftar. Dalam masa 10 hari selepas meluluskan resolusi itu,
memberi notis mengenai resolusi di dalam surat khabar yang diedarkan secara am
keseluruhan Malaysia.

Secara ringkasnya, diantara turutan peristiwa yang akan berlaku pada waktu
penggulungan syarikat secara sukarela terbahagi kepada 2 :

1. bilamana syarikat tidak dapat meneruskan perniagaan disebabkan oleh liabilitinya

(a) bilamana syarikat tidak dapat menjalankan perniagaan disebabkan oleh


tanggungan liabilitinya, pengarah bolehlah membuat akuan berkanun terhadap
perkara itu dan melantik penyelesai sementara. Sek 255 (1)
(b) mesyuarat diantara syarikat dan pemiutan-pemiutangnya perlulah diadakan dalam
masa sebulan daripada tarikh surat akuan itu dibuat Sek 255(1)(b)
(c) sewaktu mesyuarat syarikat, satu resolusi untuk penggulungan secara sukarela
diluluskan dan orang yang berkelayakan dilantik sebagai penyelesai
(d) mesyuarat pemiutang-pemiutang akan diadakan pada hari yang sama dengan
mesyuarat ahli-ahli atau pada hari yang berikutnya sperti yang dinyatakan di
dalam Sek 206(1). Pada waktu mesyuarat itu, pemiutang boleh memulih
penyelesai dan sekiranya pilihan mereka adalah berbeza dengan pemilihan yang
dibuat oleh syarikat, pilihan pemiutang akan diamibil kira

(e) penggulungan dianggap bermula dari tarikh bila mana akuan berkanun bahawa
syarikat tidak dapat meneruskan perniagaan dihantar kepada Pendaftar. Sek 255(6)
(a)

2. penggulungan sukarela atas sebab-sebab yang lain

(a) mesyuarat mesti diadakan untuk meluluskan resolusi penggulungan syarikat.


Resolusi ini mestilah resolusi khas mlainkan tempoh masa yang ditetapkan telah
berakhir dimana resolusi biasa adalah memadai seperti di dalam Sek 254(1).
Sesebuah syarikat tidak boleh memutuskan untuk penggulungan sukarela jika
petisyen itu diperuntukkan untuk penggulungan melalui mahkamah melainkan,
dengan izin mahkamah – Sek 276
(b) sebelum notis mesyuarat dihantar, majority pengarah boleh membuat
pengisytiharkan solvensi menurut Sek 257(1)
(c) sekiranya pengisytiharan solvensi dibuat, proses penggulungan diteruskan sebagai
penggulungan sukarela ahli-ahli dan ahli hendaklah melantik penyelesai menurut
Sek 258(1)
(d) sekiranya pengisytiharan solvensi tidak dibuat, penggulungan itu dianggap
sebagai penggulungan sukarela pemiutang. Mesyuarat pemiutang-pemiutang
mestilah diadakan pada hari yang sama dengan mesyuarat syarikat atau pada hari
yang berikutnya seperti yang dinyatakan di dalam Sek 260 (1). Pemiutang boleh
melantik penyelesai menurut Sek 261(1)
(e) dalam kes-kes lain, penggulungan sukarela dikatakan bermuka pada waktu
resolusi untuk penggulungan itu diluluskan Sek 255(6)(b)
penggulungan sukarela ahli-ahli dan penggulungan sukarela pemiutang-pemiutang

bilamana terdapat cadangan bagi menggulung syarikat secara sukarela. Pengarah-


pengraha syarikat (atau majority pengarah-pengarah sekiranya terpadat lebih dari 2
orang) boleh membuat pengisytiharan solvensi mengikut sek 257. sekiranya ini
dilakukan, penggulungan ini dianggap sebagai penggulungan sukarela ahli-ahli. Jika
ianya tidak dilakukan ianya dikatakan sebagai penggulungan sukarela pemiutang-
pemiutang

pengisytiharan solvensi ialah akuan bertulis bahawa ,ereka telah membuat penyiasatan
terhadap hal ehwal syarikat, dan bahawa pada mesyuarat pengarah-pengarah telah
membentuk suatu pendapat bahawa syarikat boleh membayar hutangnya dengan
penuh dalam suatu tempoh yang tidak melebihi 12 bulan selepas permulaan
penggulungan

Sek 257 (3) memperuntukkan 3 syarat yang mesti dipenuhi oleh akuan tersebut

(a) ia dibuat pada mesyuarat pengarah yang dirujukkan dalam (1)


(b) dibuat dalam masa 5 minggu selepas sahaja terdahulu dan kelulusan resolusi
untuk penggulungan sukarela

surat akuan ini juga mesti disertakan bersama dengan suatu pernyataan mengenai hal
ehwal syarikat yang menunjukkan : -

(a) asset-aset syarikat dan jumlah amaun yang dianggarkan supaya dihasilkan ????
(b) tanggungan-tanggungan syarikat
(c) perbelanjaan penggulungan yang dianggarkan
walaubagaimanapun, jika didapati kemudiannya bahawa surat akuan itu dibuat
dengan kesilapan dan hutang syarikat tidak dapat dibayar dengan penuh dalam
tempoh masa yang ditetapkan : -

(a) pengarah yang membuat surat akuan itu akan didapati bersalah diatas
kesalahan itu melainkan dia dapat buktikan yang dia mempunyai alasan-
alasan yang kukuh untuk membuat pengisytiharaan solvensi. Beban
pembuktian adalah terhadap pengarah itu sendiri. Rujuk Sek 257(4) dan (5)
(b) pemiutang-pemiutang boleh memohon supaya penyelesai yang dilantik oleh
ahli-ahli dipecat dan digantikan dengan penama-penama mereka

penggulungan sukarela ahli-ahli boleh ditukarkan kepada penggulungan sukarela


pemiutang jika penyelesai yang dilantil oleh ahli-ahli berpendapat bahawa hutang
syarikat tidak akan dapat dibayat dengan penuh dalam tempoh yang ditetapkan dalam
pengisytiharan solvensi

dalam keadaan ini penyelesai mesti memanggil mesyuarat pemiutang-pemiutang dan


diserahkan kepada mereka suatu penyataan mengenai asset dan liability syarikat
seperti yang terkandung dalam Sek 259(1). Pemiutang mempunyai opsyen untuk
menggantikan penyelesai dengan penama mereka Sek 259(2). Samada pemiutang
menggantikan penyelesai atau tidak penggulungan akan diuruskan sebagai
penggulungan sukarela pemiutang.

Sesebuah syarikat boleh digulung di atas perintah mahkamah walaupun sebenarnya ia


adalah penggulungan sukarela. Ini boleh terjadi jika petisyen untuk penggulungan
syarikat di hantar oleh orang yang mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian.
Walaubagaimanapun, mahkamah tidak akan membuat perintah penggulungan
melainkan jika ia berpuas hati bahawa penggulungan sukarela tidak dapat diteruskan
demi kepentingan pemiutang atas pemyumbang sperti yang termaktub dalam Sek
217(2)(d).
Tarikh bermulanya penggulungan secara sukarela

Sek 255(6)(1) dan (2) memperuntukkan

Penggulungan sukarela hendaklah bermula : -

(a) di mana penyelesai sementara telah dilantik sebelum resolusi untuk


penggulungan sukarela dilulusakan, pada masa bila akuan berkanun yang
dirujuk dalam (1) telah diserahsimpan dengan pendaftar
(b) dalam mana-mana kes lain, pada masa meluluskan resolusi untuk
penggulungan sukarela

sek 219(2) pula memperuntukkan dalam mana-mana hal penutupan hendaklah


dianggap telah mula dikuatkuasakan semasa mengemukakan petisyen itu bagi
penutupan.

12.5 kesan penggulungan sukarela

Sek 263
1. apa-apa penahanan, sekrestasi, distress atau perlaksanaan yang dikuatkuasakan
terhadap estet atau melibatkan syarikat selepas permulaan penggulungan sukarela
oleh pemiutang hendaklah terbatal
2. selepas permulaan penggulungan, tidak ada tindakan atau prosiding yang boleh
diteruskan dengan atau dimulakan terhadap syarikat melainkan dengan kebenaran
mahkamah dan tertakluk pada terma-terma yang dikenali oleh mahkamaha

Sek 256(1) dan (2)


1. syarikat hendaklah berhenti dari menjalankan perniagaannya tetapi kedudukan
perbadanan syarikat hendaklah diteruskan sehingga syarikat dibubarkan
2. apa-apa pemindahan syer dan apa-apa pertukaran dalam kedudukan ahli-ahli yang
dibuat selepas permulaan penggulungan hendaklah terbatal.

You might also like