You are on page 1of 7

ELEMAN 2

MEREKOD FAKTA
SEJARAH
HASIL KAJIAN
. Nama perayaan hari gawai yang lain ialah hari awai Dayak )1(

Pihak yang terlibat ialah tuai rumah dan ketua kampung .Tarikh merayakan hari

gawai ialah 1 Jun tiap-tiap tahun . Tempoh perayaan ialah 2 minggu . Selain itu ,

tujuan perayaan ialah tandanya bermula tahun baru bagi kaum dayak yang bererti

tamatnya musim menuai dan tidak lama lagi akan bermula pula musim menanam

padi yang baharu . Dengan itu ,(2) sejarah atau asal-usul bari perayaan hari gawai

ialah upacara yang ada kaitannya dengan kepercayaan kepada Dewa-Dewan dan

semangat-semangat kepada Dewa-Dewa Sempulang Gana dan Dewa Aki Lang

Senggalang Burung . Tuhan yang dipanggilnya Pitara dalam masyarakat iban dan

Tampa untuk masyarakat Bidayuh yang akan disembah oleh orang iban dan

. bidayuh

Dalam pada itu , upacara khusus dalam perayaan akan

Dilengkapkan dengan upacara ‘Miring akan diaadakan dengan bahan mentah iaitu

ayam hidup dan dijalankan di rumah panjang . Upacara ini adalah sebagai memberi

persembahan kepada dewa Pitara atau Tampa yakini Tuhan orang-orang Iban dan

Bidayuh , dengan membaca serapah dan diiringi dengan persembahan untuk dewa

dan roh-roh serta lain-lain makhaluk halus , disediakan di tempat khas yang disebut

‘SANGGAR’ dalam bahasa Bidayuh . Dalam upacara ini ‘Lamambang’ dan ‘Tuai

Gawai’ akan berjalan di sekeliling kawasan di ruai atau awah , mengeliling

persembahan untuk miring tadi beberapa kali . Di tangannya mesti ada 2 ekor ayam

. , seekor berwarna putih dan seekor berwarna merah


Disamping itu , dipercayai bahawa ayam merah itu akan

Membawa kehidupan yang mewah sepanjang tahun manakala ayam berwarna putih

. pula digunakan untuk mententeramkan roh-roh nenek moyang mereka

Dalam pada itu , individu yang mengetuai upacara khusus

itu ialah ‘tuai rumah’ . ayam yang dikorbankan tadi akan dijamah atau dimakan

sedikit seorang secara mentah-mentah dan di pengakhir upacara maka ‘tuai rumah’

atau penghulu akan memoton tiang yang disebut tiang ranyai yang disediakan disitu

. Tempat khusus sambutan semasa dijalankan ialah di ‘Ruai’ bermaksud halaman

rumah panjang . selepas itu , berakhirlah upacara gawai yang penting berkaitan

dengan keagamaan akan tetapi sambutan yang lain seperti makan , minum dan

bersuka-ria serta berziarah masih boleh diteruskan sehingga seminggu lamanya .

setelah seminggu berlalu masih ada seminggu untuk pergi ke tempat khas iaitu di

kawasan Bandar Kuching ia diadakan di ‘Rumah Dayak’ , iaitu sebuah bangunan

yang merupakan pusat rekreasi bagi kaum dayak disitu . Disini majlis gawai

disambut dengan bentuk persembahan dan petunjukan disamping hidangan makanan

dan minuman dan ucapan-ucapan selamat gawai . Dalam acara kemuncaknya

biasanya diadakan pula pemilihan atau pemahkotaan ratu yang disesebut ‘Kumang

Gawai’ yang dipilih daripada gadis-gsdis yang tercantik dengan pakaian tradisi dan

tidak ketinggalan diadakan pemilihan lelaki paling tampan dan dipanggil sebagi

‘Keling Gawai’ . Keadaan begini kadang-kadang diadakan juga di rumah-rumah


panjang , disitu mereka akan merasa meriah pada hari gawai . Disamping itu , turut

diadakan juga pesembahan atau pertandingan meminum arak , peraduan menari

ngajat , iaitu sejenis tarian pahlawan Iban yang ditarikan dengan menggunakan

parang dan perisai (Ilang) dan berpakaian tradisional diiringi musik paluan gong .

Orang-orang Bidayuh menarikan tarian ‘Bilanggi’ yang lebih kurang sama juga

caranya dengan tarian ngajat ini . Selepas itu , barulah tamatnya hari gawai bagi kaum

..…………………………………………… Iban dan Bidayuh pada 13 Jun

Sebelum perayaan , satu perkara penting yang mesti diadaka )3(

pada masa sebelum menyambut hari gawai ini ialah menyediakan minuman tuak ,

iaitu air yang dibuat daripada larutan pulut bercampuran ragi yang disimpan

beberapa lama sehingga ia menjadi air yang jernih mengandungi alcohol dan

memabukan seperti arak . Beberapa lama sebelum menjelangnya hari gawai kaum

wanitanya sudah mula sibuk membuat tuak ini disamping kuih-kuih dan lain-lain

makanan yang enak-enak . Selain itu , sebelum menjelangnya pukul 12 malam 31

hari bulan mei itu biasanya semua anggota keluarga sudah berada di kampung atau

rumah panjang . Menjelang pada pukul 12 malam ketua keluarga maka masing akan

mengucap selamat hari gawai atau dalam bahasa iban disebut “Selamat Hari
Gawai , Gayu Guru , Gerai Nyamai Llintang Senang” yang bererti Selamat sejahtera

murah rezeki dan hidup senang , iaitu ucapan greeting kepada sesame sendiri .

Dalam pada itu , semasa berkumpul pada malam itu biasanya setiap keluarga

mengadakan makan malam beramai-ramai sambil meminum tuak dan lain-lain ,

ada juga meraikan hingga menjelang pagi kerana gembira menyambut hari gawai .

Selepas gawai , kalangan anak-anak muda terutamanya yang tinggal di kawasan

yang berdekatan dengan bandar maka mereka sering pula menghabiskan masa

untuk berhibur ke Bandar seperti pergi menonton wayang dan tempat-tempat

…hiburan seperti taman bunga , muzium dan lain-lainnya

Dalam pada itu , hari gawai amat penting untuk )4(

mengeratkan lagi sesebuah keluarga itu . Apabila hari gawai keluarga di Bandar

akan pulang ke kampung untuk menjenguk datuk dan nenek dan saudara yang lain

berada di kampung . Di samping itu , pelancongan juga ada kebaikan dan

keburukan jika pergi melancong pada hari gawai pada setiap tahun . Jika pergi

melancong pastikan jangan melancong pada setiap tahun sebab ia akan

menghilangkan pengetahuan tentang hari gawai kepada genarasi yang akan datang

iaitu cucu-cicit kita , pastikan melancong hanya sekali-sekala . selain itu ,

kepercayaan atau keagamaan jangan sesekali kita lupa jika kita mengabaikan

kepercayaan tersebut , ia akan hilang dan tidak tahu adat dan pantang larang yang

diadakan masa hari gawai . Miring adalah satu-satunya penting semasa menyambut

hari gawai , ia disambut untuk mengekalkan tuah datang bila musim menuai padi.
Selain itu juga , pengetahuan dan pendidikann juga akan diwarisi oleh generasi

muda , dimana ia akan mengetahui tentang hari gawai yang bakal dijalankan

dimana atau bilakah ,? Dan mungkin sekali tradisi kaum dayak yang menyambut

hari gawai akan dikekalkan selama-lamanya jika tiada sebaranga perubahan atau

. ditokok-tambah dalam sambutan tersebut

You might also like