You are on page 1of 19

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN

 Mesej terlalu cepat.


 Menyokong multimedia atau hypermedia.
 Boleh berkomunikasi secara global.
 Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
 Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

 Kurang kepastian maklumat tepat.


 Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
 Bahan perlu ditapis.
 Interaksi subversif tidak terkawal.
 Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
 Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
 Penggodaman mudah berlaku.
 Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET

 Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.


 Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
 Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
 Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
 Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

Kebaikan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka
suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir
menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan
pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti
France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk
para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan
penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan
mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita
membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat.
Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu
projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika
anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet


Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan
perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan
menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat
persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di
tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian
maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital
maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi
capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai
contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada
permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan
apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan
oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah
pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula
jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat

Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini
yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi maklumat palsu untuk
kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang
diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-
mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh
keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu
pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

Pornografi

Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja
belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah
tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Kebaikan dan keburukan komputer (Daripada 40 tajuk perbualan)

Salaam...
Pada zaman sekarang yang mordern, saya pasti kebanyakan daripada kamu semua memiliki sebuah komputer di
rumah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini. Komputer telah banyak berjasa kepada
kami kerana ia boleh mengurangkan kerja-kerja kami yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa
kehadirannya.

Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia. Contoh yang saya dapat
memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia, pengenalan peribadi (IC) dan yang lain-lain. Ini semua
telah disimpan dengan betul dengan pertolongan komputer. Komputer juga boleh menolong manusia dalam segi
kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh mengecilkan kerja keras seseorang itu seperti memberi
persembahan.
Sebagai seorang pelajar, saya sering menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah seperti sekarang.
Guru melayu saya, Cikgu Ismail, juga telah bermula menyuruh murid-muridnya menggunakan komputer bagi
kerja-kerja yang tertentu. Guru subjek yang lain juga sebergitu. Kebanyakan menggalakkan murid-murid
mereka untuk membuat sebuah persembahan denga kegunaan komputer.
Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan menggunakan komputer dan internet, kami dapat memhabiskan
kerja-kerja kami dengan masa yang lebih singkat. Saya pula boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya
melalui komputer dan internet.
Saya juga menggunakan komputer untuk membuang masa dengan bermain permainan komputer.

Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh menyebabkan keburukan kepada
penggunaannya. Salah satu contohnya adalah di waktu seseorang remaja seperti saya sedang membuat kerja
sekolah di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja itu boleh terganggu oleh kehadiran komputer di
depan matanya. Fikirannya akan sering memikirkan benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja
sekolahnya seperti permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan berhenti
membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya.

Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer kerana dengan pengetahuan tersebut,
pelajar akan tahu bila masanya untuk menggunakan komputer dan sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar
akan tidak terhabis.

Pengenalan

Saya telah memilih tajuk Opium dan Penghasilan Heroin sebagai menjalankan tugasan
saya bagi memenuhi keperluan matapelajaran Etnobotani. Selain daripada perbincangan
mengenai tajuk ini, saya juga bercadang untuk memberi pengenalan secara am mengenai
dadah serta bahaya dadah. Tugasan yang saya jalankan ini terbahagi kepada tiga
bahagian.

Bahagian pertama meliputi pengenalan asas mengenai dadah. Dalam bahagian ini, saya
juga turut membincangkan mengenai dari mana asalnya dadah, penyelidikan dadah
secara biologi dan sintetik, bagaimana dadah bertindak serta reaksi terhadap dadah.

Bahagian kedua pula membincangkan mengenai dadah sebagai bahan yang boleh
membawa kesengsaraan di samping kebaikan yang boleh diperolehi. Di dalam bahagian
ini, perbincangan bukan sahaja meliputi dadah semata mata, tetapi sebahagiannya juga
meliputi tumbuhan tumbuhan yang beracun yang boleh menyebabkan kerosakan kepada
fungsi fungsi di dalam bahagian badan. Di dalam bahagian ini kita akan dapat melihat
bagaimana kesengsaraan yang boleh dialami oleh seseorang akibat pengambilan yang
tidak dikawal.

Bahagian ketiga merupakan bahagian yang membincangkan mengenai opium dan


penghasilan heroin. Saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai opium, opium
sintetik, penghasilan heroin, Peperangan Opium serta kesan penyalahgunaan heroin.

Pengenalan Dadah

Ahli perubatan menggunakan sebatian kimia tertentu untuk mendiagnos, menghalang


atau merawat pelbagai jenis penyakit. Sebatian yang digunakan oleh mereka ini dikenali
sebagai dadah. Istilah yang lebih saintifik untuknya ialah farmaceutikal.
Sejak dari zaman dahulu lagi, terapat beberapa penemuan seperti penulisan atau hiroglifik
Mesir yang mencatatkan bebarapa rujukan rujukan yang menggunakan dadah yang telah
dicadangkan untuk digunakan sebagai pelbagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit.
Namun sehingga kurun ke 20, hanya terdapat beberapa sahaja dadah yang disebutkan
tadi atau digunakan yang benar benar terbukti berkesan. Dadah dadah ini didapati
berkesan berdasarkan penemuan sefara pemerhatian yang diperolehi secara tidak sengaja
ataupun kebetulan. Penemuan secara kebetulan ini telah berjaya menunjukkan beberapa
unsur unsur tumbuhan boleh mengurangkan kesakitan atau membantu bagi merawat
penyakit. Sebagai contohnya, pada tahun 1776, seorang ahli botani dan juga ahli
perubatan berbangsa British, William Withering telah mendapati bahawa the herba yang
dibuat oleh seorang petani wanita yang tua adalah terbukti efektif untuk merawat penyakit
badan yang menjadi bengkak akibat dipenuhi oleh air atau lebihan air yang berada di
dalam tisu .

Penyakit ini dikenali sebagai dropsy. Penyakit ini adalah berpunca akibat ketidakupayaan
jantung untuk mengepam sepenuhnya dengan kuat. William bagaimanapun telah
mendapati bahawa satu kandungan di dalam the tersebut iaitu daun tumbuhan foxglove
telah berjaya menguatkan lagi kemampuan jantung untuk mengepam. Dadah yang dibuat
daripada tumbuhan foxglove untuk menguatkan lagi kekuatan jantung untuk mengepam
ini kemudiannya dikenali sebagai digitalis.

Pencarian dadah melalui penemuan penemuan mahupun penemuan secara kebetulan


telah banyak melahirkan ubatan serta vaksin yang baru. Sehinggalah pada abad ke 20,
barulah ahli perubatan dapat mencipta dadah dengan menggunakan kaedah baru yang
lebih berkesan untuk merawat pelbagai penyakit yang menjangkiti manusia. Bagi
menghasilkan dadah yang betul betul berkesan, maka adalah perlu untuk memahami
dengan lebih mendalam mengenai fungsi fungsi badan, bagaimana badan bekerja,
mengapa penyakit terjadi dan kenapa dan bagaimana bahan kimia bertindak di dalam
badan. Bidan kajian dan penyelidikan ini dipanggil farmakologi.

Dari Mana Asalnya Dadah

Dadah diperolehi daripada berbagai sumber yang berbeza. Sesetengah dadah diperolehi
daripada tumbuh-tumbuhan dan yang selebihnya datang daripada binatang atau galian.
Disebabkan tisu tumbuhan dan haiwan tidak sama antara satu sama lain, maka timbul
masalah yang dihadapi oleh kalangan ahli farmakologi . Masalah yang timbul ini ialah
bagaimana untuk menyeragamkan dos. Sebagai contohnya, dadah dari jenis belladonna
adalah merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk merawat kekejangan perut. Ia
didatangkan daripada tumbuhan yang dipanggil 'nightshade' . Masalah yang dihadapi
ialah semua tumbuhan 'nightshade' ini tidak mengandungi amaun belladonna yang
sama. Kesannya, ahli perubatan tidak dapat mengenalpasti sama ada dos belladonna
yang mereka gunakan itu adalah terlalu kuat atau lemah. Untuk menyelesaikan masalah
ini, para penyelidik mengandaikan bahawa hanya bahagian bahagian tertentu dadah
tersebut mempunyai kemampuan untuk bertindak ke atas badan. Mereka kemudiannya
menggelarkan bahagian tersebut sebagai 'prinsip aktif' (active principle). Mereka akan
melakukan tugasan berdasarkan penyelidikan dan piawai mengikut 'prinsip aktif' yang
telah mereka andaikan tadi.

Bahan bahan yang dikenali sebagai 'prinsip aktif' daripada pelbagai dadah yang dipilih
akan diasingkan. Pengasingan ini dilakukan dengan melaksanakan pengukuran. Kuantiti
tertentu kemudiannya dihasilkan dalam bentuk tablet, kapsul dan sebagainya. Dadah
yang telah dihasilkan di dalam bentuk bentuk ini boleh di dapati dengan mudahnya
samada di kedai kedai farmasi ataupun melalui ahli perubatan. Doktor juga kini dapat
menganggar dengan tepat mengenai julah dadah yang perlu diberikan kepada pesakit serta
boleh meberitahu apakah kesan kesan pemngambilah dadah tersebut ke atas pesakit.
Kerja kerja pengasingan yang telah disebutkan tadi yang menjadikan dadah dalam bentuk
tablet ataupun kapsul telah menjadikan kerja kerja perubatan lebih mudah.

Hari ini, kebanyakan dadah tidak lagi diperolehi daripada pengasingan dan penyulingan
tumbuhan tumbuhan ataupun tisu. Sebaliknya, ia dilakukan dengan proses sintesis atau
dihasilkan di dalam makmal kimia. Sebagai contohnya, apabila kortison ditemui, ia telah
dihasilkan dengan perbelanjaan yang besar untuk memperolehinya daripada kelenjar
adrenal haiwan yang mati. Akibat kos yang terlibat adalah besar, maka para saintis
mengkaji bagaimana untuk menciptanya daripada hempedu seladang yang disembelih.
Cara ini nyata lebih menjimatkan kos. Cara ini kemudiannya diperbaiki dengan
mensistesiskan daripada pelbagai tumbuhan yang mudah dan senang dijumpai.

Dadah sintetik yang menduplikasikan 'prinsip aktif' tumbuhan haiwan atau mineral
adalah bahan semulajadi kerana ia mengandunghi hanya 'prinsip aktif' dan bahan bahan
yang tidak berguna serta kekotoran di dalamnya akan dibuang.

Penyelidikan secara Biologi

Sesetengah bahan yang dihasilkan daripada sumber haiwan dan digunakan sebagai dadah
tidak diperolehi daripada haiwan yang telah mati. Sebaliknya, bahan bahan tersebut
diperolehi secara biologi. Ia dihasilkan daripada badan haiwan yang masih hidup. Toksid
Tetanus, yang mana digunakan untuk mengimunisasi pesakit terhadap tetanus atau
kancing gigi diperolehi secara biologi. Ia dibuat secara biologi melalui kaedah yang
berikut :

Kuantiti kecil organisma tetanus disuntik ke dalam kuda. Organisma tetanus akan
menghasilkan toksin tetanus di dalam badan haiwan tersebut. Satu sampel darah kuda
tersebut diambil. Toksin tetanus di dalam kandungan darah akan dirawat secara kimia
untuk menhasilkannya secara tidak membahayakan. Namunm, toksin yang tidak beracun
ini atau toksid akan mengekanlkan keupayaan untuk mengstimulasi di dalam darah serta
membentuk antibodi yang digunakan bagi menangkis penyakit toksin tetanus . Oleh itu,
ia akan disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengimunisasikan pesakit tersebut
daripada wabak tetanus.

Penyelidikan secara sintetik

Berbagai dadah sintetik tidak diduplikasikan daripada sumber semulajadi. Semenjak


penciptaan dadah daripada penemuan secara kebetulan atau tidak sengaja, sains kini
berkeupayaan untuk menghasilkan dadah baru yang tidak ditemui daripada bahan
semulajadi.

Satu cara bagaimana dadah baru direkacipta ialah dengan mengubah suai struktur
molekul bahan dadah yang lain. Dadah yang diubahsuai itu, yang dipanggil sebagai
analog adalah lebih efektif, menyebabkan kesan sampingan yang kurang dan boleh
disediakan secara murah daripada dadah dari jenis biasa. Oleh itu, untuk memusnahkan
kesan sampingan yang serius akibat kortison, serta meningkatkan potensinya, saintis
mengubahsuai struktur molekul dadah tersebut untuk mendapatkan prenisone,
hydrocortisone dan beberapa analog yang lain. Pemanipulasian molekul ini merupakan
kaedah yang penting bagi penghasilan dadah yang baru. Selain itu, terdapat juga kedah
lain untuk mencipta ubat baru.

Teknik yang baru dibangunkan ini membabitkan pengubahan kod genetik sesuatu
bakteria yang kemudiannya dijual dalam bentuk dadah yang halus. Kaedah ini
membolehkan bakteria melakukan tugas yang lebih berkesan daripada bakteria biasa.
Contohnya seperti membuat hormon pertumbuhan manusia, insulin atau hormon untuk
otak manusia, somatostatin.

Bagaimana Dadah Bertindak

Dadah bertindak dengan mengubah tingkahlaku beberapa sel di dalam badan. Walaupun
ramai orang hanya bercakap mengenai kesan dadah, apa yang sebenarnya dapat
diperhatikan ialah perubahan di dalam cara badan bekerja. Sebagai contohnya, aspirin
tidak dengan sendirinya mengurangkan demam. Tetapi, ia secara sementara
mempengaruhi sel saraf di dalam otak yang mengawal suhu badan. Perubahan yang
dilakukan disini merangkumi dorongan serta tekanan ke atas tindakan sesebuah sel atau
tisu.Dadah yang bertindak dengan cara ini dipanggil ejen pharmacodynamic. Cara yang
satu lagi ialah dadah yang bertindak untuk memusnahkan atau memperlahan
pertumbuhan wabak penyakit tanpa mempengaruhi sel normal badan. Dadah yang
bertindak seperti penisilin, streptomycin, tetracyline dan dadah sulka adalah
merupakan ejen chemoutherapeutic.

Reaksi Terhadap Dadah

Untuk sesebuah bahan kimia dianggap sebagai dadah, ia mesti mempunyai kemampuan
untuk mempengaruhi cara bagaimana badan bekerja untuk menjadi aktif secara biologi.
Tiada bahan bahan yang mempunyai kekuatan untuk melakukannya didapati selamat
secukupnya, dan dadah hanya diperakui selepas ianya terbukti selamat digunakan seperti
yang diarahkan serta kebaikan yang diperolehi akibat daripada penggunaan dadah
tersebut adalah lebih besar daripada risiko yang boleh dihadapi oleh pesakit. Namun,
terdapat juga dadah yang amat bahaya yang diperakui untuk digunakan kerana ianya
diperlukan untuk merawat pesakit yang mengalai kesakitan yang serius.

Digitalis, yang menyebabkan otot jantung untuk menguncup, adalah merupakan dadah
yang cukup merbahaya, tetapi para doktor dibenarkan untuk menggunakannya kerana
ianya penting untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah otot jantung. Dadah yang
mujarab seperti digitalis ini mungkin tidak akan mendapat perakuan untuk merawat
kesakitan minor seperti keletihan sementara kerana risiko yang akan diterima oleh pesakit
akan lebih besar.

Ramai orang menderita kesakitan akibat penggunaan dadah walaupun mereka telah
mengikuti arahan arahan penggunaan tersebut dengan baik. Populasi manusia, tidak
seperti serangga atau semut dan lebah, kerana mempunyai pelbagai cariasi genetik yang
hebat. Dadah diuji ke atas beribu ribu manusia. Apabila diuji keatas orang yang berlainan,
terdapat sesetengan orang yang tidak bertindakbalas seperti yang dijangkakan setelah
mereka menggunakan dadah tersebut. Seseorang yang mempunyai tindakbalas
idiosyncratic terhadap ubat penenang (sedative) tertentu, sebagai contohnya, mungkin
akan mengalami keadaan yang menyeronokkan berbanding keadaan rehat. Orang lain
pula mungkin berada di dalam keadaan hypersensitif, atau sensitif yang ekstrem atau
mungkin mengalami reaksi yang teruk akibat alergi apabila menggunakan ubat yang
sama.
Seseorang pesakit mungkin akan memerlukan ubat berasaskan dadah berulang ulang kali
untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bermaksud dos dalam kuantiti yang
lebih besar diperlukan untuk menghasilkan kesan therapeutik yang diperlukan.Sifat
tolerance atau memerlukan ubat yang sama berulang ulang kali mungkin kelamaannya
akan menjadi kebiasaan yang mana seseorang pesakit akan mengalami keadaan
ketagihan. Ketagihan akan mengakibatkan gangguan psikologi dan fizikal yang teruk
apabila dadah itu tidak diambil dengan betul. Morfin, Kokain dan Benzedrine adalah
dadah yang membentuk tabiat ketagihan.

Dadah juga selalunya dikaitkan dengan kesan sampingan yang tidak diingini. Ia selalunya
mengakibatkan ketidakselesaan tetapi yang kecil sahaja seperti keadaan ruam, pening
kepala dan mengantuk. Sesetengah dadah mempunyai kesan sampingan yang serius. Ini
termasuklah kesan berbalik yang mengancam nyawa. Sebagai contohnya, dadah yang
dikenali sebagai Thalidomide pernah dahulunya dianggap sebagai dadah dari jenis
penenang yang paling selamat pernah dibangunkan oleh para saintis. Walaupun begitu,
beribu ribu wanita di United Kingdom yang mengambil dadah ini semasa mengandung,
melahirkan anak yang mengalami kecacatan yang serius. Kesan berbalik juga didapati
berpunca daripada campuran dadah. Oleh itu, pengambilan aspirin yang boleh
mengurangkan kesakitan pening kepala, akan menjadi lebih merbahaya sekiranya
seseorang mengambil dadah yang berlainan untuk mengurangkan kesakitan yang sama
seperti heparain atau dicumarol.

Dadah : Kesengsaraan Disebalik Kebaikan

Dadah selain membawa kebaikan untuk mengubati penyakit, juga mempunyai keburukan
yang boleh membawa kesengsaraan yang cukup menyeksakan akibat penggunaannya.
Kesengsaraan yang di hadapi bukan sahaja terdiri daripada penyakit, malahan boleh
berakhir dengan kematian. Sebenarnya terdapat berbagai bahan kimia yang memberikan
kesan toksik ke atas tumbuhan tumbuhan dadah ini yang menyebabkan ia boleh menjadi
beracun. Kebanyakan unsur atau bahan kimia ini adalah alkaloid. Sesetengah toksin
tumbuhan adalah terdiri daripada polipeptida yang mengandungi unsur nitrogen dan
sesetengah pula mengandungi unsur glikosid yang terdiri daripada molekul gula yang
terikat dengan molekul lain yang selalunya toksik. Apabila terurai secara kimia,
kebanyakkan glikosid akan mengeluarkan asid prusik yang boleh membawa maut.
Dibawah ini akan dapat kita ikuti kesan dadah dan tumbuhan yang beracun akibat
penggunaannya yang tidak teliti.

Keracunan Darah

Mempengaruhi kemampuan darah untuk membawa oksigen atau menggangu fungsi


sistem pengaliran darah. Glikosid menghasilkan berbagai spesies buah ceri yang didapati
berpotensi sebagai toksin darah. Namun, buah tersebut mesti digunakan dalam kuantiti
yang banyak untuk menjadi toksik. Benih castor bean (Ricinis communis) mengandungi
risin toxalbumin.

Tumbuhan castor bean di tanam dengan banyaknya di kawasan temperat di Amerika


Syarikat. Toksin tumbuhan tersebut boleh menyebabkan mulut, tekak dan perut terasa
seperti terbakar, diikuti dengan muntah, cirit birit serta kekejangan sistem abdomen.
Kesusahan untuk bernafas juga berlaku. Satu benih sahaja sudah cukup untuk membawa
kematian kepada kanak kanak. Tumbuhan rosary pea (Abrus precatorius) yang tumbuh
di kawasan tropika menghasilkan toksin darah yang dipanggil abrin yang seakan toksik
seperti risin.
Keracunan Saraf

Secara langsung bertindak dengan mempengaruhi sistem saraf. Bunga dan benih
jimsonweed (Datura stramonium) mengandungi racun saraf yang paling merbahaya di
samping hyoscine dan atropin. Jimsonweed di tanam di sekitar Eropah dan Amerika
Selatan. Tumbuhan yang berbunga putih ini menyebabkan kanak kanak mudah tertarik
kepadanya. Kesan toksik di dalamnya boleh menyebabkan pening kepala, nausea,
kehausan serta kulit yang mudah menjadi kering dan terasa seperti terbakar.

Keadaan ini akan diikuti oleh kekeliruan mental serta kehilangan daya ingatan. Belladona
(Atropa belladonna) serta black henbane (Hyoscyamus niger) adalah herba beracun
yang menghasilkan alkaloid yang lebih kurang sama seperti yang boleh dijumpai di dalam
tumbuhan jimsonweed.

Keracunan Neuromuskular

Berkaitan dengan gangguan ke atas transmisi impuls daripada saraf ke otot. Foxglove
(Digitalis purpurea) mengandungi beberapa bahan kimia beracun, termasuklah
digitoxigen dan beberapa glikosid. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan temperat di
seluruh dunia. Di antara simptom awal keracunan adalah kehilangan selera makan,
nausea serta mengantuk. Simptom ini diikuti dengan degupan jantung yang perlahan dan
tidak normal, pening kepala dan kesakitan di bahagian abdomen. Dadah jenis digitalis
dihasilkan daripada tumbuhan foxglove dan digunakan di dalam kuantiti yang kecil
untuk merawat sakit jantung.

Curare adalah nama bagi alkaloid yang diguanakan oleh suku kaum asli India Amerika
Selatan. Ia digunakan sebagai bahan untuk merehatkan otot serta bertujuan untuk
merawat penyakit tremor dan tetanus. Selain itu ia digunakan untuk meracun bahagian
hujung anak panah. Tumbuhan ini diambil daripada batang sesetengah pokok
terutamanya moonseed vine (genus Chondodendron) dan Strychnos toxifera. Racun
yang begitu kuat ini boleh menyebabkan kelumpuhan berlaku dengan serta merta.

Kerancunan Muskular

Mempengaruhi tisu otot. Sebagai contohnya, false hellebore (Veratum vivide)


mengandungi beberapa alkaloid yang bertindak secara langsung dengan tisu otot.
Simptom termasuklah muntah, kesakitan abdomen serta otot menjadi lemah.

Kerengsaan Kulit

Poison ivy (Rhus toxicodendron) dan poison sumac (R. Venix) ditannam di Amerika
Selatan, manakala poison oak (R. diversiloba) dijumpai di Barat. Daun, batang dan akar
pohon ini menghasilkan minyak yang dipanggil urushiol.

Kes keracunan boleh terjadi di dalam semua keadaan dan musim apabila seseorang
memegang bahagian bahagian yang tertentu. Namun, menghidu pohon poison ivy atau
poison oak yang terbakar juga sudah cukup untuk menyebabkan keracunan di bahagian
bahagian tertentu di anggota badan. Dalam masa 12 jam selepas terdedah kepada keadaan
itu, kesan melecur yang kecil berwarna putih akan timbul dikulit dan akan diikuti dengan
kegatalan kulit. Apabila keadaan melecur ini pecah, kulit akan menjadi lembap dan
bengkak.
Opium

Jus kering daripada benih keras yang tidak matang sesebuah popi opium (Papaver
somniferum) adalah merupakan dadah narkotik yang dipanggil opium. Nama saintifik
bagi opium diperkenalkan oleh Carl Linnaeus yang membawa erti 'tidur'. Opium
digunakan sebagai ubat untuk melegakan kesakitan. Jika penyalahgunaan opium
berlaku, ia akhirnya boleh membawa padah ke atas kesihatan fizikal, menyebabkan
gangguan serta ketidakseimbangan mental dan boleh tercetusnya ketagihan.

Popi opium dengan bunga berwarna merah, putih atau ungu berkembang dengan subur
pada musim panas. Selepas ianya berbunga, pekerja ladang akan mengumpul jus seperti
susu yang terdapat pada hirisan dalam kulit keras pokok tersebut. Jus putih tersebut
akan membeku dan bertukar menjadi warna coklat apabila terdedah kepada udara.
Opium mentah dipasarkan dan mempunyai pelbagai kegunaan seperti kek, membuat batu
dan sebagainya setelah direka atau di dalam bentuk bentuk tersebut.

Disebabkan setiap tumbuhan popi menghasilkan jus yang sedikit dan juga tempat
tanaman popi dikerjakan secara manual dan ia mesti selalu diracun rumpai, maka popi
selalunya boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ditanam di tanah atau apabila
tenaga buruh adalah murah, contohnya di Asia. Penanaman opium yang dijalankan
secara sah atau tidak kebanyakkannya dijalankan di Asia. Dua negara utama yang
menghasilkan opium dan mengeksport opium di dunia adalah India dan Turki.Walaupun
wujud kemunculan dadah sintetik seperti Methadone yang boleh menggantikan
penggunaan opium tetapi opium masih diperlukan kerana keperluan perubatan
meningkat setiap tahun. Keperluan perubatan dunia meningkat sehingga 1,700 tan pada
tahun 1980 .

Kulit keras yang dihiris untuk dijadikan opium

'Prinsip aktif' opium berada di dalam alkaloidnya, atau asas organiknya. Alkaloid ini
terdiri daripada 2 jenis, satu mungkin boleh membawa ketagihan dan boleh bertindak ke
atas sistem saraf, dan satu lagi tidak ada ketagihan dan bertindak untuk merehatkan otot
luar kawalan atau melembutkan otot otot di badan. Penggunaan opium yang sah adalah
untuk perubatan dan ini termasuklah alkaloid yang telah dibersihkan seperti morfin
dan kodein serta derivatif alkaloid seperti laudanum, dilaudid serta apomorphine.

Opium selain digunakan secara mentah atau dalam bentuk derivatif juga digunakan
secara haram. Penghisapan opium dipercayai diperkenalkan di Amerika Syarikat dalam
tahun 1850-an dan 1860-an oleh buruh pembinaan jalan keretapi berbangsan Cina. Sejak
dahulu lagi penggunaan opium merupakan masalah yang besar terutamanya di negara
Timur. Sejak kebelakangan ini, penggunaan opium secara haram di dapati telah menurun,
kecuali bagi penggunaan derivatif heroin.

Heroin dalam bentuk asli adalah merupakan serbuk putih yang mudah cair dan larut di
dalam air. Heroin juga dikenali dengan nama lain seperti smack, junk, skag, shit, 'H',
Brown,Horse,Harry dan Boy .Terdapat beberapa opium sintetik yang digunakan untuk
mengurangkan kesakitan (painkiller) seperti pethidine dan methadone yang mana boleh
menyebabkan ketagihan. Secara amnya opium atau opium sintetik ini dipanggil opioids.

Serbuk opioid boleh ditelan atau dicarikan dalam air dan disuntik, terutamanya ke dalam
urat atau pembuluh darah untuk mendapatkan kesan yang maksima. Heroin kadangkala
disedut atau haba daripada serbuk yang diwapkan akan dihidu. Kaedah ini kadangkala
dipanggil 'Chasing The Dragon'.

Heroin apabila dijual di jalanan telah dipotong atau dicairkan dalam pelbagai serbuk yang
berasing tetapi mempunyai kandungan serta kesan yang sama. Heroin yang dicairkan
yang utama ialah glukos. Namun, penggunaan bahan lain seperti kafein, tepung atau
serbuk talkum yang digunakan untuk menipu pembeli boleh membawa padah kepada
penggunanya.

Heroin membawa nilai antara 15 paun hingga 40 paun sebungkus. Heroin juga digemari
oleh golongan penagih kerana keupayaannya untuk bertindak pantas terutamanya
apoabila disuntik atau dihisap. Heroin yang disuntik mencapai ke otak dalam masa 15
hingga 30 saat. Heroin yang dihisap mencecah otak dalam masa 7 saat. Kemuncak dalam
menggunakan heroin ialah keadaan khayal dan keseronokan yang hebat. Apabila
seseorang menggunakan heroin, dia akan menggunakannya dengan lebih banyak pada
masa akan datang untuk mendapatkan kesan yang sama.

Sejarah Opium

Sejak dari dahulu lagi, sejarah telah mengaitkan tentang penemuan opium ini. Di dalam
teks berusia 6,000 tahun yang ditulis oleh orang Sumeria, mereka merujuk popi opium
sebagai 'tumbuhan seronok' (joy plant). Telah dipercayaui bahawa pedagang pedagang
Arab yang bertanggungjawb membawa opium ke China dalam dalam kurun ke 7 atau ke -
8 selepas Masihi. Pengenalan kepada opium telah membuktikan bahawa opium pada
awalnya digunakan sebagai ubat. Sehinggalah pada kurun ke 17 yang mana barulah
manusia menyedari bahawa opium sebenarnya boleh dihisap.

Tahun tahun terkemudian menunjukkan kuasa kuasa penjajah seperti Portugis dan
British yang terlibat di dalam mengedarkan opium yang terbesar di China. Ini menjadikan
Syarikat British seperti Syarikat Hindia Timur Ingeeris untuk menjadi pengedar terbesar di
dunia. Opium dijual di India dan kemudiannya digunakan untuk diseludupkan ke China.
Dari segi kuasa penjajah seperti British, mereka menjadikan opium sebagai barang yang
sah untuk diedarkan. Kerajaan China walaubagaimanapun bertindak untuk
memusnahkan segala opium yang diimport oleh British sebelum ianya memasuki China.

Maka dengan usaha usaha tersebut, tercetuslah beberapa siri siri peperangan yang
singkat dan bermulalah perjanjian yang telah ditandatangani diantara kerajaan China dan
penjajah British. Semasa pemerintahan Victoria, pengambilan opium dalam bentuk
laudanum iaitu opium yang dilarutkan bersama dengan alkohol serta opium di dalam
bentuk pil telah menjadi bahan yang paling polular di antara kelas kelas penggunaan
opium.

Heroin dicipta pada tahun 1874, dan secara asalnya telah dipasarkan sebagai bahan yang
selamat, tidak membawa ketagihan serta bahan yang boleh menjadi pengganti kepada
morfin. Namun begitu, masyarakat mulai sedar bahawa heroin juga meninggalkan kesan
ketagihan yang cepat di kalangan individu. Heroin dan opiates kemudiannya dijadikan
bahan larangan dalam tahun 1920 dalam Akta Dadah Merbahaya.

Opium Di China (1700 - 1860 )

Kronologi
1700

Pengenalan bagi penggunaan campuran tembakau dan opium (madak) bermula di India
Timur dan kemudiannya berkembang ke Foirmosa, Fukien dan pantai China Selatan.
Dalam tahun 1689, Engelberg Kaempfer telah menjumpai tempat pembuatan serta tempat
pembancuhan campuran tadi.

1729

Laporan peraturan penguatkuasaan yang pertama telah sampai ke Peking yang


menerangkan penegasan penghisapan opium yang membawa kesan kematian awal di
Formosa dan Fukien. Emperor Yung Chen mula melarang sebarang penjualan opium dan
semua operasi rumah rumah penghisapan opium ditutup.

1750

Syarikat India Timur British mengawal Bengal dan Bihar, iaitu kawasan penanaman
opium di Timur India. Syarikat perkapalan British mula mendominasi perdagangan opium
di Bengal yang dieksport keluar dari Calcutta

1767

Kadar Import Opium meningkatkan lagi harga Opium daripada Bengal yan gterus
menerus memasuki China. Faktor peningkatan ini adalah disebabkan undang undang
tahun 1729 yang melarang keras penghisapan opium. Is meningkat dari harga 200 chests
setahun dari tahun 1729 hingga menjadi 1000 chests dalam tahun 1967. Namun opium
masih lagi kebanyakannya digunakan sebagai ubatan pada ketika itu. Tahun ini juga
menunjukkan tariff mula dikenakan ke atas opium.

1772

Syarikat India Timur mengumumkan monopoli terhad ke atas opium Bengal, syarikat
tersebut hanya mempunyai kawalan asas sahaja tetapi segala operasi berkaitan opium
adalah di dalam penguatkuasaan kontraktor. Kontraktor tersebut yang membayar upah,
membeli segala opium yang dihasilkan dan menjualnya kepada Syarikat India Timur yang
kemudiannya Syarikat India Timur tersebut akan melelong kepada pedagang pedagang di
Calcutta. Syarikat British merupakan satu satunya syarikat yang mengapalkan opium
tersebut.

1773 - 1786

Warren Hasting, General Gabenor yang pertama di India, mengenalpasti bahawa opium
adalah membahayakan. Pada awalnya beliau cuba menghalang pertambahan pengeluaran
opium. Kemudiannya beliau menggalakkan pengawalan opium oleh Syarikat India Timur
dan berharap dengan pemonopolian tersebut akan menghadkan penawaran yang akan
mengurangkan penggunaannya. Cara ini telah berkesan semasa pemerintahan beliau dan
pemerintahan seterusnya, tetapi apabila pasaran China mula dibuka, sifat monopoli yang
mulanya bercadang untuk mengawal pengeluaran opium telah mengubahkan pendirinya
untuk menambahkan lagi semaian opium.

1779
Cara dagangan opium di Canton ditulis dalam "Opium Imported First".

1780

Larangan terhadap segala perniagaan berasaskan opium telah menyebabkan cubaan


pedagang pedagang British untuk membuka gedung simpanan di Macau. Undang undang
baru diperkenalkan untuk melarang penggunaan opium dan dengan tegas melarang
penjualannya berulang kali.

1787

Dagangan opium oleh British telah berkurang disebabkan bangkangan China terhadap
opium dan melarang keras eksport opium dari India ke China. Namun begitu, wakil
syarikat di Canton berkata bahawa negara China tidak jujur di dalam penegasan mereka
terhadap larangan opium. Negara China hanya menyatakan hasrat bangkangan tersebut
tetapi rasuah tetap boleh diberikan untuk menyeludup serta memperdagangkan opium
yan telah diharamkan itu ke negara tersebut.

1796

Undang undang yang melarang opium semakin menggugat kerana walaupun ia


berkuatkuasa namun penggunaan opium tetap bertambah. Oleh itu, Emperor China sekali
lagi menyarankan larangan keras terhadap penggunaan opium dan kali ini melarang
kerasa pengekspotan perak dari China yang pada ketika itu digunakan sebagai alat
pertukaran dengan opium. Namun pembelian secara haram tetap juga berlaku.

1797

Syarikat India Timur British sekali lagi mengumumkan kawalan penuh ke atas opium di
Bengal.

1799

Undang undang yang lebih ketat dijalankan di Canton iaitu dengan mengharamkan
penanaman opium. Undang undang ini diperketatkan lagi ekoran dari sokongan yang
diberikan ke atas usaha Emperor China yang melarang dagangan opium di pelabuhan
tersebut dalam tahun 1796. Opium kini menjadi komoditi yang diharamkan.

Cara dagangan dipesongkan disebabkan undang undang yang melarang penyeludupan


opium. Macau dan juga kawasan kawasan yang berada di bawah kawalan kerajaan
merupakan kawasan yang telah menjadi larangan di dalam penyeludupan tersebut. Oleh
itu, untuk menyeludup juga opium, British menggunakan taktik kotor dengan hanya
mengesahkan bahawa mereka membawa barang barang yang sah dari sisi undang undang
China. Sebaliknya opium di atas kapal tersebut akan diambil oleh pedagang cina yang
menyeludupnya ke dalam bot yang kecil dan laju.

1800

Anti Opium diperkenalkan dan polisi rasmi rasuah, jenayah dan Persatuan Rahsia
Kerajaan di bangunkan. Undang undang melarang penanaman opium tempatan serta
pengulangan ketegasan yang melarang pengimportan opium, penjualannya serta
penggunaannya dikuatkuasakan dalam bentuk bertulis.
1804

Dagangan di Canton tetap meneruskan jualan opium yang dilakukan di pelabuhan


Canton. Walaupun penguatkuasaan undang undang masih berkuatkuasa, ia mempunyai
kesan yang sedikit dan tiada perubahan yang drastik di dalam polisi yang dikeluarkan.

Opium di Britain 1800 - 1917

Ubatan yang telah dipatenkan atau penyedia opium dari jenis Pover's Powder telah
berada di pasaran Britain tanpa sebarang sekatan. Laudanum (opium campuran dengan
alkohol) adalah lebih murah daripada arak jenis bir dan wine dan mudah disediakan
disebabkan upah buruh yang murah. Kesannya, pada abad ke 19, penggunaan opium
telah meningkat dengan seragam di England, Eropah dan Amerika Syarikat.

1800 - 1820an

Penanaman opium secara domestik digalakkan disebabkan pertambahan di dalam


penggunaan opium dan disokong oleh peningkatan harga serta wujudnya opium yang
tidak tulen. opium merosot dalam tahun 1820an walaupun tidak ada sebarang halangan
dan sekatan yang berlaku.

1834-1850

Penggunaan opium menular di kalangan golongan miskin, populasi pertanian, wanita dan
bayi.

1839

Opium dan penyediaannya telah dikenalpasti menjadi punca kematian lebih awal daripada
bahan kimia yang lain. Terdapat 186 keracunan yang disebabkan oleh opium yang
menyebabkan kematian lebih 72 orang kanak kanak.

Peperangan Opium (1839 -1842)

Semasa abad ke 18, pasaran teh di Eropah dan Amerika telah diperkenalkan dan
berkembang dengan pesat. Tambahan lagi, terdapat permintaan yang berterusan untuk
sutera dan tembikar dari China. Namun, China pada masa itu masih lagi diperingkat awal
untuk membangun. Jadi mereka memerlukan barang yang lebih sedikit daripada apa yang
sanggup ditawarkan oleh negara Barat. Ini menyebabkan ketidakseimbagan dagangan
berlaku terutamanya antara British dan China. Untuk memperbetulkan keadaan ini, pihak
pedagang British membangunkan dagangan bagi pihak ketiga, menukarkan barangan
mereka di India dan Asia Tenggara untuk bahan mentah serta separuh proses yang
terdapat di pasaran Guangzhou.

Pada awal kurun ke 19, kapas mentah dan opium daripada India telah menjadi barang
eksport ke China. Walaupun opium telah menjadi barang larangan tetapi bagi
membolehkan pihak British memperolehi keuntungan yang banyak, maka mereka
menggunakan rasuah dan birokrasi untuk menyeludup masuk.

Tahun 1839, Gabenor Qing yang telah berusaha selama 10 tahun tetapi gagal untuk
menjalankan kempen anti-opium, telah melaksanakan undang undang melarang opium
secara drastik. Gabenor tersebut telah mengarahkan Pesuruhjaya Lim Zexu (1785 - 1850 )
ke Guangzhou untuk menghalan penjualan opium di situ. Lin berjaya memusnahkan
simpanan haram opium yang dimiliki oleh pedagang cina dan menahan semua pedagang
cina tersebut serta merampas dan memusnahkan 20,000 chest opium yang menjadi milik
British.

Keadaan ini telah menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan British, lalu tercetuslah


peperangan Anglo-China yang pertama dan juga dikenali sebagai Perang Opium (1839-
1842).

Akibat tiada persediaan awal dan secara kasarnya tabiat China yang suka merendahkan
keupayaan pihak lawannya, maka tewaslah kerajaan China ke atas tangan British dengan
dahsyatnya. Imej China juga berjaya ditundukkan oleh British. Perjanjian Nanjing (1842)
telah ditandatangani kemudiannya sebagai tanda perdamaian. Perjanjian ini dijalankan di
atas kapal perang British oleh 2 orang pesuruhjaya Manchu dan seorang wakil British.
Perjanjian ini merupakan siri pertama perjanjian dengan Barat.

Dalam perjanjian tersebut, China bersetuju untuk menyerahkan pulau Hong Kong atau
Xianggang di Pinyin kepada British, menghapuskan sistem dagangan bermonopoli yang
berlesen, membuka 5 pelabuhan kepada residen British dan pedagang asing, menghadkan
tariff dagangan kepada 5 %, membenarkan warganegara British bebas daripada sebarang
undang undang China dan membayar pampasan yang besar di atas kerugian yang
dihadapi oleh pihak British. British dalam perjanjian ini mendapat keistimewaan
sepenuhnya. Perjanjian ini menunjukkan satu skop ketidakseimbangan dan perhubungan
yang berat sebelah yang berlaku dan kerajaan China menamakannya sebagai sesuatu yang
amat memalukan bangsa mereka.

Selepas itu, beberapa siri serangan, peperangan serta perjanjian dilancarkan oleh China
dan makin bertambah lagi keistimewaan dan hak terhadap bangsa asing kerana
ketidakmampuan kerajaan China untuk bertahan akibat serangan British yang ternyata
lebih terkini dalam perkakasan senjata api.

Cara Penanaman Opium

Artikel dibawah ini diambil dari internet. Ia ditulis oleh an61337@anon.penet.fi pada 6
Januari 1994 pada pukul 15:51:23.Artikel yang ditulis berbunyi begini

"Artikel yang ditulis oleh saya ini hanyalah sebagai memberikan pengetahuan kepada
umum sahaja dan bukan bertujuan untuk memberikan galakan kepada semua orang atau
untuk melanggar undang undang. Sila ajukan soalan anda kepada kumpulan ini kerana
saya tidak mahu sebarang e-mail mengenai topik ini. Terima kasih.

Pertama, anda perlu membeli beberapa benih. Papaver somniforum adalah dari jenis
yang paling umum dan benihnya ada diiklankan di beberapa katalog benih yang baik. Jika
anda menghadapi masalah mengenainya, Thompson dan Morgan merupakan tempat yang
bagus untuk bermula . Mereka juga menjual benih untuk Peyote cactii dan beberapa
benih yang menarik. Setelah memperolehinya, tanam ia. Penanamannya tidak
memerlukan penjagaan yang rapi. Tahun berikutnya anda tak perlu lagi menanam
tanaman yang baru kerana mereka akan tersebar dengan begitu banyaknya. Terdapat
lebih banyak popi opium yang tidak diperlukan melebihi rumpai di kebun saya setiap
tahun.
Apabila bunga sudah menampakkan hasil untuk berkembang, gores kulit keras bunga
tersebut dengan pin. Lakukannya disekeliling kulit keras tersebut. Setelah anda lakukan
perkara tersebut, anda akan dapat perhatikan titis cairan berwarna putih akan keluar.
Biarkan cecair tersebut untuk meresap selama beberapa jam. Dua jam kemudian, pergi
kembali kesitu dan tuai opium anda.

Sekarang, titis cairan putih tersebut akan bertukar menjadi tar hitam yang boleh dikikis
dan dikumpul dengan menggunakan pisau biasa. Ini terbukti berkesan dilakukan dan ia
adalah sah untuk menanam bunga tersebut (sekurang kurangnya disini ialah UK). Namun
setelah anda mula untuk menggoresnya, saya syak bahawa anda akan menjadi subahat
kepada konspirasi untuk menghasilkan opium. Anda tidak begitu bijak. Jadi berhati hati.
Sebagaimana jauhnya perbualan mengenai heroin ini, sayat idah tahu, tetapi seperti
mereka perkatakan, di bukit di Thailand/Burma "sesiapa menghisap lebih daripada 3 paip
sehari adalah penagih."

Cara Menyuntik Heroin ke Dalam Badan

Informasi ini adalah untuk mereka yang telah matang untuk menghormati betapa
bahayanya terlibat di dalam penyuntikan heroin. Bahaya ini termasuklah ketagihan fizikal
dan mental dan juga kemungkinan untuk dijangkiti penyakit seperti AIDS atau hepatitis
jika penggunanya tidak berhati hati dan jangan berkongsi jarum suntikan.

Penyediaan bahan bahan :

Kapas alkohol boleh di dapati di dalam kotak yang mempunyai 100 helai kapas dengan
harga $2 di Safeway.

Alat suntikan yang biasa digunakan ialah U-100. Ia adalah 1 CC yang dibahagikan kepada
100 unit.

Bahagian bawah tin soda pop digunakan sebagai 'sudu' untuk mencairkan heroin kerana
ia melengkung ke dalam seperti sudu. Bahagian bawahnya dibuang untuk mendapatkan
bahagian paling bawah yang mungkin.

Prosedur

Sudu tadi dibersihkan dengan teliti dengan menggunakan kapas alkohol. Dalam contoh
ini,penyediaan heroin adalah dengan menggunakan heroin tar hitam digunakan. Di
kawasan saya, ia berharga $15 sepotong bagi saiz 2 gula gula tic-tac yang mempunyai
kedua dua bahagian dan ia berfungsi dengan baik. Ia tidak mempunyai bau kecuali bau
vinegar. Ia dibungkus di dalam plastik di dalam belon yang kecil.

Potongan heroin tar hitam diletakkan di dalam sudu. Jarum suntikan tersebut digunakan
untuk menyedut 50-74 unit air dan disemburkan ke dalam sudu. Sudu tersebut kemudian
dipanaskan daripada bawah dengan menggunakan 'lighter' untuk membuatkan ia cair
dengan lebih baik. Bahagian pemicit jarum suntikan dikeluarkan dan digunakan untuk
mengacau heroin tadi. Penghujung bahagian pemicit mestilah dibersihkan kembali
sebelum dimasukkan kembali ke dalam jarum suntikan.

Secebis kapas digulungkan menjadi bola yang lebih besar sedikit daripada tic0-tac tadi.
Adalah lebih baik sekiranya tangan dibersihkan dengan kapas alkohol terlebih dahulu
sebelum menggulung kapas tadi. Kapas itu dijatuhkan ke dalam larutan heroin tadi dan
ia mengembung seperti span. Penghujung jarum suntikan itu diletakkan di tengah tengah
kapas tadi dan pemicitnya ditarik perlahan lahan untuk menyedut masuk heroin tersebut
ke dalam jarum suntikan. Kapas ini berfungsi untuk menapis partikel di dalam larutan
heroin tersebut. Bahagian badan yang dipilih untuk disuntik mesti dibersihkan
keseluruhannya dengan kapas alkohol tadi. Saya rasa tempat di lengan selalunya
digunakan kerana bahagian tersebut adalah lembut dan memudahkan jarum masuk ke
dalam urat dengan dengan baik.

Jarum tersebut diletakkan secara mengiring di atas kulit, jadi ia tidak akan bergoyang
dengan banyaknya. Jarum dimasukkan supaya ia masuk ke dalam saluran urat dan
bukannya merintanginya. Apabila merintangi saluran urat, ia akan membuatkan jarum
tadi dengan tidak sengajanya menuju ke bahagian yang lain ataupun akan tertarik keluar.
Memegang jarum suntikan hampir mengiring yang mungkin. Selepas pengguna merasakan
jarum tersebut telah masuk cukup dalam, pengguna harus memastikan jarum tidak
merempuh etmpat lain atau jarum ditarik atau di tolak di bahagian urat yang lain.

Sekarang, bahagian yang paling mengelirukan , iaitu pengguna harus memastikan jarum
berada di dalam urat sebelum menyuntik. Jika heroin disuntik apabila jarum tidak berada
di tempatnya, heroin atersebut akan bergelembung dan akan mengambil masa berjam jam
untuk diserap oleh badan. Selalunya ia akan meninggalkan tanda atau bekas apabila
jarum tidak masuk ke dalam urat. Pengguna juga seharusnya memerhati dengan teliti
untuk memastikan samaada gelembung terbentuk atau tidak. Apabila jarum dimasukkan,
pemicitnya ditekan perlahan lahan untuk melihat samaada terdapatnya darah yang
keluar. Ini menunjukkan samaada jarum telah memasuki urat atau tidak. Kadangkala
apabila pemicit ditarik, hanya sedikit darah yang keluar dan selebihnya adalah udara.
Apabila anda selalu berlatih menggunakannya, adalah lebih mudah untuk mengenalpasti
keadaan ini samaada jarum dimasukkan dengan baik atau tidak.

Menyuntik heroin dengan kandungan udara (lebih kurang 8 inci) adalah merbahaya dan
jika penggunanya berasa gementar mengenai perkara ini, jarum suntikan ini boleh
dicondongkan supaya udara berada di penghujung yang lain. Daripada pengalama
peribadi, jika 1/4 inci (lebih kurang 10 unit) udara isuntik bersama heroin adalah
merbahayakan. Tetapi ia tidak perlu menjadi tabiat untuk menyuntik udara bersama
heroin. Dengan sedikit latihan, penggunanya boleh memastikan dengan baik bahawa
heroin telah masuk ke dalam urat tanpa perlu memeriksa untuk darah tetapi perlu untuk
memeriksa jika terdapat sebarang tanda samaada ia berjaya disuntik atau tidak dengan
wujudnya pembentukan gelembung.

Apabila menggunakan heroin untuk pertama kalinya, sudah tentu pengguna harus
bermula dengan melihat bagaimana badannya bertindak terhadap suntikan etrsebut.
Sama seperti pil pengurang kesakitan yang mana bahagian perut akan meragam apabila
badan tidak biasa dengan keadaan tersebut. Di dalam kes terlebih dos pula, satu perkara
yang saya tahu ialah memastikan penguna tersebut berjalan jalan di sekelilingnya untuk
memastikan jantungnya tetap berjalan. Jika perubatan diperlukan, saya memang yakin
bahawa paramedik akan menggunakan dadah yang dipanggil "narcan" yang menghalang
kesan narkotik opiate seperti heroin.

Kesan Opium

Sama seperti ubat pengurang kesakitan, dos opioids yang diambil secara sederhana akan
menghasilkan berbagai kesan. Ia akan bertindak untuk menekan aktiviti aktiviti sistem
saraf termasuklah gerakbalas rangsangan saraf seperti batuk ,pernafasan dan kadar
degupan jantung. Ia juga menyebabkan saluran darah melebar dan akan memberikan
perasaan atau keadaan kepanasan serta mengurangkan aktiviti usus atau bahagian dalam
perut yang mana akan mengakibatkan sukar untuk membuang air besar.

Apabila menggunakan dos yang cukup banyak, ia akan menimbulkan rasa khayal dan
gembira di kalangan penagih. Terdapat perubahan yang sedikit berlaku di dalam
koordinasi badan, perasaan serta daya fikiran. Pada dos yang lebih tinggi, penagih berasa
tenang dan jika dos yang diambil berlebihan akan menyebabkan keadaan tidak sedarkan
diri, koma dan juga kematian akibat daripada kegagalan sistem pernagasan. Peluang
untuk berlakunya dos berlebihan akan meningkat sekiranya dadah lain contohnya seperti
alkohol dan tranquilisers digunakan pada masa yang sama.

Sikap tidak mempunyai belas kasihan serta kurang selera makan juga akan berlaku
disebabkan penggunaan dadah ini. Penagih akan diserang penyakit seperti diet yang
kurang sihat, pengabaian penjagaan diri yang ketara serta keadaan yang tidak terurus.
Akibat keinginan untuk mendapatkan dadah yang berulang kali akan menyebabkan
timbulnya masalah kewangan yang boleh menimbulkan masalah sosial.

Sekiranya dos yang banyak diambil untuk beberapa minggu, penggunaan yang mengejut
boleh mengakibatkan simptom seperti ketidakselesaan yang menyamai selesema. Ini
termasuklah kesakitan, berpeluh, rasa kesejukan, bersin, menguap, menggigil, kekejangan
otot yang akan berlaku di antara 8 hingga 24 jam setelah dos heroin terakhir yang
diambil. Walaupun kesan ini berkurangan dalam masa 7 hingga 10 hari, perasaan lemah
atau hilang timbang rasa akan kekal untuk beberapa bulan.

Opioids menyebabkan penagih merasa loya, pening, kepanasan dan sikap puas hati. Ia
juga melegakan tekanan dan ketidakselesaan dengan menimbulkan suasana kerehatan
dengan mengasingkan kesakitan, kehendak dan juga aktiviti. Namun, apabila pengguna
telah menggunakannya, keinginan untuk menggunakannya berkali kali akan timbul dan
setiap kali ia akan melebihi daripada penggunaan sebelumnya dan akan meningkat
sehingga ia akan menghasilkan kesan yang sama.

Selain itu, pengguna juga mengalami rasa hendak muntah atau muntah apabila
menggunakan dadah ini buat pertama kalinya terutamanya selepas suntikan. Dadah ini
apabila dihidu atau disedut akan menghasilkan kesan yang kurang hebat berbanding
suntikan. Kesan menghisap pula akan tiba sepantak kesan menyuntik, tetapi ianya
kurang sedikit. Suntikan berulangkali menggunakan jarum yang kotor akan menimbulkan
wabak seperti hepatitis, AIDS dan Tetanus, terutamanya apabila berkongsi jarum
suntikan.

Terdapat juga risiko menggunakan dadah tidak asli apabila ianya telah dicampurkan
dengan bahan bahan yang tidak diketahui. Penghiduan berulangkali mengakibatkan
kerosakan terhadap hidung. Kesan kesan lain bagi heroin adalah seperti

o Memperlahankan percakapan
o Gaya berjalan yang perlahan
o Menyesakkan anak mata, mata menjadi berat, pandangan yang kabur waktu
malam
o Kulit menjadi kering, gatal, serta jangkitan pada kulit
o Muntah yang kerap apabila terdapat peningkatan di dalam dos pengambilan
o Sukar membuang air besar
o Kemahuan seksual yang berkurangan
o Boleh menjadi koma
o Kesesakan sistem pernafasan
o Jangkitan HIV
o Melemahkan sistem pertahanan badan
o Ketagihan
o Mengurangkan selera makan
o Kadar degupan jantung yang perlahan dan tidak normal
o Tekanan darah tinggi yang tidak normal
o Kematian akibat lebihan dos

Penyalahgunaan dadah serta penagihan telah menghantui manusia serta masyarakat


sejak lama dahulu. Dadah telah memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi sub
budaya dan berbagai lapisan peringkat di dalam masyarakat terutamanya remaja.

Dadah tidak kira dari apa jenis sekalipun boleh membawa ancaman yang dahsyat. Dadah
dari segi kesan psikologinya boleh membawa kesan kesan mental dan fizikal yang teruk
seperti ketidakupayaan untuk berfikir serta hilang koordinasi badan. Selain itu, dadah
juga secara aktifnya boleh terlibat di dalam merosakkan tisu tisu di dalam otak, peparu,
jantung, hati dan semua tempat di dalam badan.

Kesan yang paling merbahaya sekali ialah ketagihan. Masalah ketagihan ini menyebabkan
orang yang menyalahgunakan dadah tersebut akan mengulangi perbuatannya untuk
mengambil dadah setiap kali dia merasa ketagih. Penggunaan kali yang seterusnya akan
lebih daripada penggunaan yang sebelumnya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
atau kesan yang sama seperti sebelumnya. Maka hasil daripada ketagihan ini, timbullah
masalah sosial yang meruntuhkan institusi sosial dan juga institusi kekeluargaan yang
menyebabkan gejala gejala jenayah berlaku secara berleluasa.

Dadah, selain daripada mempunyai kesan yang boleh membawa kemudaratan, juga boleh
membawa kebaikan.Kesan kesan yang baik adalah dari segi perubatan, yang bertujuan
untuk merawat penyakit serta kebanyakkan dadah menjadi ubat bius yang berguna yang
bertindak untuk menjadi penenang. Oleh sebab kebaikan yang ditonjolkan ini, ia tetap
akan kekal digunakan kerana tanpanya kesengsaraan juga akan berlaku terutamanya
ketika pesakit menjalani pembedahan.

Oleh itu, berbagai pihak harus berganding bahu supaya tidak menyalahgunakan dadah ini
untuk kepentingan diri sendiri. Setiap pihak juga harus nasihat menasihati di antara satu
sama lain supaya gejala penagihan dadah ini dapat dibanteras. Selain itu, ilmu
pengetahuan yang mendalam juga perlu disematkan di dalam jiwa setiap masyarakat
supaya mereka tidak terikut sama bersubahat di dalam kancah penagihan dadah.

1. http://www.students.doc.ic.ac.uk/~vbhy/hongkong/OpiumWar.html
2. http://mojo.calyx.net/~schaeffer/heroin/opichin1.html
3. http://www.druglibrary.org/schaffer/heroin/opiwar1.htm
4. http://ourworld.compuserve.com/homepages/OLDNEWS/opium.htm
5. http://dir.yahoo.com/Health/Pharmacy/Drugs_and_Medications/Specific_Drugs_an
d_Medications/
6. http://www.drugfreeamerica.org/heroin.html
7. http://area51.upsu.plym.ac.uk/infoserv/drugs/graphical/grphopia.html
8. Compton's New Century Encyclopedia

 and Reference Collection II


9. Bodyworks 3.0

 An Adventure 1st Anatomy 


10. an61337@anon.penet.fi
11. The Opium War Through Chinese Eyes oleh Arthur Waley. George Allen dan
Unwin Ltd, 1958
12. Commissioner Lin and the Opium War. Oleh Hsin-pao Chang. Harvard U.
Press, 1964.
13. The Chinese Opium Wars. Oleh Jack Beeching. Harcourt Brace Jovanovich,
1975
14. Etnobotani - Tumbuhan, Manusia & Kehidupan. Dr. Ahmad Ismail Jabatan
Botani, 1998

You might also like