You are on page 1of 23

PERMATA 2009

~ORANG ASLI~
Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di
Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di
Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan
masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara
rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu
Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada
enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka
terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang
digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai
keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang
diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

MONDAY, MARCH 23, 2009

TAMADUN MASYARAKAT ORANG ASLI

SIAPA ORANG ASLI


Takrif Orang Asli:

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli
daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat
dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa
budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya
bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan
kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang
lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa
Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli
dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh
kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia
masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli
tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia
mengamalkan agama itu. <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->
FAKTA SEJARAH

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang
dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini
dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke
selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina
menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau
Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-
Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada
Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai
149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay),
Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa

KAUM MELAYU PROTO


Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang
melayu. Kebanyakkan perkampongan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir. 6
suku kaum di dalam rumpun bangsa Melayu-Proto ialah Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq,
Orang Kuala dan Orang Seletar.

A. Kuala

Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan
pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di
pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di
daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang
berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai
1018 orang di daerah Pontian.

B. Kanaq

Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor
merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak
kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal
menetap di kampung Selangi.
C. Seletar

Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang
tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan
mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.

Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup
berpindah-randah. Walau bagaimanapun perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup
mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di
Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Ada di
antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka mengamalkan animisme dan ada di antara
mereka yang telah menganut Agama Islam.

D. Jakun

Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan
Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan
mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan
sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka
yang melanggar pantang larang.

E. Semelai

'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay).
Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera,
Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri
Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli
tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.

F. Temuan

Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor,
Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri
Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan
di negeri lain.
KAUM NEGRITO

A. Kensiu

Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak
kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong
Lubuk Legong.

Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik,
bekalan air dan lain-lain prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca
pendapat utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang.

B. Kintak

Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik, Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak
kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang berjumlah 112 orang

C. Lanoh

Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak negeri Perak. Satu ketika dahulu
Orang Lanoh suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini
Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar
setanding dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359 orang.

D. Jahai

Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil
berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di
kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan
pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.

Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum
Andaman dan Aeta di Filipina.

Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat
yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka
membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka
berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil,
kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.

Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan
daripada agensi kerajaan.

E. Mendriq

Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Mendriq suka
berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak
kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah
ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14 keluarga
yang berjumlah 82 orang.
F. Bateq

Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan
Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk
mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi
kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah
cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di
daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah
kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu
terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.

KAUM SENOI
Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan
Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut,
Semoq Beri, Semai dan Temiar

A. Temiar

Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini
dilakukan dengan cara 'Berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah
perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti 'merbau' dan sebagainya.

Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti
berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada
puteri sungai/lata yang akan mengganggu.

Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong.
Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di
rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina
rumah sendiri.

Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

B. Semoi

Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak
Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat
lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka
hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang
diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang,
bomoh dan ketua adat.

C. Semoq Beri

Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang
Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan.
Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri
sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai
735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan
daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri
Terengganu terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga
seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga seramai 284
orang.

D. Jahut

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh
mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala
Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai
Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di
samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung
dan ubi.

E. Mah Meri

Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik".
Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja
sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka, walau
bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri
Selangor kerana lari dari musuh.

Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil
dari percampuran dengan masyarakat lain.

F. Che Wong

Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu
Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini
Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka
agar setanding dengan masyarakat umum.

Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che
Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.

ARKIB : 20/10/2009
Orang Asli berpeluang jadi tukang masak

MANJUNG 19 Okt. - Mulai tahun depan, Orang Asli berpeluang mengikuti latihan industri masakan dan
seterusnya menjadi chef di Kagumas Catering Services Sdn. Bhd. (Kagumas) yang membekalkan makanan
kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang (JHEOA), Nisra Nisran Asra Ramlan berkata, ia merupakan
kursus kemahiran terbaru yang akan ditawarkan oleh pihaknya bagi membangunkan modal insan kalangan
masyarakat Orang Asli.

''Pada November dan Disember ini, kita akan turun padang untuk memberi taklimat dan mencari sekurang-
kurangnya sepuluh Orang Asli yang berminat menceburi kerjaya dalam bidang masakan.

''Pelatih akan mengikut kursus penyediaan makanan selama enam bulan dengan Kagumas sebelum terus
diserap bekerja dengan syarikat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat 11 gadis Orang Asli yang sedang mengikuti kursus dandanan dan
kecantikan di Akademi Siti Salon di sini baru-baru ini.

Mereka merupakan antara 50 anak Orang Asli yang dihantar mengikut kursus tersebut oleh JHEOA pada tahun
ini.

Menurut Nisra Nisran, pihaknya kini berusaha mengubah mentaliti Orang Asli supaya tidak lagi bergantung
kepada ekonomi tradisional tetapi merebut peluang perniagaan dan pekerjaan yang ada.

Katanya, JHEOA mempunyai peruntukan lebih RM2 juta setahun bagi membangunkan modal insan kalangan
Orang Asli termasuk pembiayaan kursus latihan dan modal untuk memulakan perniagaan.

''Sekarang, kita perlu bekalkan Orang Asli dengan kemahiran supaya mereka boleh menjadi usahawan berjaya
setanding dengan masyarakat lain di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan banyak peluang mengikut latihan kemahiran dalam pelbagai bidang
secara percuma kepada Orang Asli tetapi tidak ramai yang merebut peluang tersebut.

''Antara masalahnya adalah Orang Asli masih tidak mahu berjauhan dengan keluarga dan tinggal di bandar.

''Selain itu, saya rasa sistem penyampaian JHEOA juga perlu dimantapkan supaya Orang Asli mendapat
maklumat mengenai program serta bantuan yang kerajaan sediakan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Nisra Nisran memberitahu, JHEOA menyediakan bantuan sebanyak RM35,000 iaitu RM10,000
dalam bentuk peralatan dan RM25,000 bagi ubah suai kedai kepada Orang Asli yang ingin memulakan
perniagaan salon kecantikan.

''Kita juga akan membayar sewa kedai mereka selama setahun dan kalau mereka mahu berniaga di kampung,
kita akan tolong bina bangunan kedai untuk mereka.
''Kalau mereka hendak bekerja dahulu, kita akan tolong tempatkan mereka di salon kecantikan dan kita juga akan
beri elaun RM500 sebulan jika gaji mereka RM500 sebulan,'' katanya.

Ahad, 07 Mac 2010


 Laman Mikro BERNAMA:
 Penerbangan
 |
 Maritim
 |
 Automotif
 |
 Perbankan & Kewangan
 |
 Pendidikan

 |
 Laman Utama Rencana
 |
 Senarai Rencana
 |

Who's Who Piagam Pelanggan Meja Bantuan Perkhidmatan BERNAMA Unit Audit Dalaman Peta ke
BERNAMA Carta Organisasi

 Malay
 |
 English
 |

 |

| A+| A-| Reset|

BERNAMA.COM
rencana » artikel

CARIAN
Berita-berita Lain
 Jom Tanam Koko, Pulangannya Masih Lumayan
 Derma Darah Selamat Dan Baik Untuk Kesihatan
 Rawatan Sakit Belakang Tanpa Pembedahan
 Tribunal Bukan Sahaja Membela, Malah Pulihkan Harga Diri Pengguna
 Industri Filem Negara Mengorak Langkah Ke Hadapan

28 September, 2009 10:27 AM

Usaha Memperkasa Pembangunan Sosio-Ekonomi Orang Asli


Rencana ini ialah bahagian pertama daripada lima siri mengenai pembangunan, pencapaian dan
kehidupan Orang Asli.

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Malaysia (JHEOA), setakat ini terdapat 141,230 Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Pahang mempunyai penduduk Orang Asli paling ramai iaitu 50,792, diikuti Perak, 40,856 orang
dan Selangor, seramai 15,210 orang.

Masyarakat Orang Asli ini terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu Senoi, Negrito dan Melayu
Proto.

Di bawah Senoi, terdapat enam suku kaum iaitu Temiar, Semai, Jahut, Che Wong (Pahang),
Semoq Beri dan Mahmeri. Kebanyakan suku kaum ini terdapat di Perak Tengah, Perak Selatan,
Pahang dan Selangor.

Bagi Negrito pula, ada enam suku kaum iaitu Kensiu, Kintaq, Jahai, Mendriq, Bateq dan Lanoh.
Suku kaum-suku kaum ini terdapat di bahagian utara Semenanjung iaitu di Kedah, Perak Utara,
Kelantan (Gua Musang) dan Ulu Terengganu.

Kumpulan Melayu Proto pula mempunyai enam suku kaum iaitu Temuan, Jakun, Semelai, Orang
Kuala, Orang Seletar dan Orang Kanaq. Ramai daripada mereka ini tinggal di Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Selatan Pahang dan sebahagian Selangor.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), Mohd
Sani Mistam, taburan penduduk Orang Asli ini semakin berubah mengikut peredaran masa.

"Masyarakat Orang Asli kini berada di mana-mana hasil kejayaan yang mereka nikmati dalam
pelbagai bidang pekerjaan dan kemahiran serta keusahawanan," kata beliau kepada Bernama
dalam wawancara di pejabatnya di Wisma Selangor Dredging di sini baru-baru ini.

Data kategori kampung Orang Asli menunjukkan sebanyak 323 (36.9 peratus) kampung terletak di
kawasan pedalaman, 547 (62.4 peratus) di kawasan pinggir dan 6 kampung (0.7 peratus) di
bandar.

PERANAN JABATAN

Peranan JHEOA memperkasa pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli menjadi


semakin ketara di bawah Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000), Rancangan Malaysia ke-8 (2001-
2005) dan Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010).

Ini berbanding dengan fungsi jabatan ketika diwujudkan pada 1954 dengan nama Jabatan Orang
Asli (JOA) dan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Nama JOA ditukar kepada
nama sekarang pada 16 Sept 1963 di bawah KDN.

Mulai 2001, JHEOA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (kini ditambah
Wilayah) sehingga sekarang.

Di awal penubuhan Jabatan ini, fungsinya lebih kepada untuk memastikan masyarakat Orang Asli
tidak dipengaruhi sebarang unsur atau dakyah komunis memandangkan mereka hidup jauh di
kawasan hutan dan pedalaman.

"Kerajaan tidak pernah mengabaikan kumpulan masyarakat Orang Asli. Cuma proses
perubahannya perlu mengikut kesesuaian masa dan tempat. Semasa zaman menentang komunis,
kita berhadapan dengan pelbagai kesukaran, dan untuk membawa pembangunan fizikal di
perkampungan mereka mungkin tidak praktikal," jelas Mohd Sani.

Apabila kerajaan berhasil mematahkan pengaruh komunis, JHEOA, tambahnya, diberi peranan
mengintegrasikan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat umum untuk mewujudkan satu
bentuk pola percampuran yang lebih baik.

Usaha itu juga dilihat penting untuk mengikis tanggapan stereotaip terhadap Orang Asli yang
sering dilabelkan sebagai mundur, ketinggalan zaman, pemalas, kotor dan selekeh.

Mohd Sani berkata meskipun masih wujud perasaan rendah diri dalam kalangan sesetengah
masyarakat Orang Asli, ia semakin dapat dihakis terutama dalam kalangan generasi muda.

"Semangat integrasi juga boleh dilihat melalui perkahwinan campuran antara anak Orang Asli
dengan kaum lain dan mereka juga tidak kekok lagi bergaul bersama kaum lain.

"Ini menunjukkan usaha kita ke arah pembangunan yang lebih terancang dan sistematik dapat
diterima oleh masyarakat ini. Inilah perubahan minda dan sikap yang cukup positif yang kita
ingini," jelasnya.

UBAH MINDA

Daripada kehidupan di dalam hutan belantara dan berpindah-randah, masyarakat Orang Asli
Semenanjung Malaysia boleh dikatakan semakin mengamalkan kehidupan yang lebih kekal.

Kebergantungan mereka semata-mata kepada hasil hutan juga semakin berkurangan. Ramai juga
yang berpindah kepada melakukan pekerjaan yang lebih tetap termasuk membuka ladang atau
bekerja di luar kampung.

Menurut Mohd Sani, secara keseluruhannya senario pembangunan masyarakat Orang Asli pada
hari ini berjalan mengikut fasa pembangunan yang dirancang kerajaan.

Beliau memberikan contoh antara kemajuan yang dicapai iaitu mengurangkan bilangan miskin
tegar dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

"Di awal RMK-9, kita mempunyai 13,945 KIR (Keluarga Isi Rumah) miskin (pendapatan RM720).
Daripada jumlah itu 9,003 KIR adalah miskin tegar (pendapatan RM420).

"Sehingga 30 April 2009, bilangan KIR miskin menurun kepada 4,939 KIR sementara miskin tegar
sekitar 1,810," jelasnya sambil memberitahu jumlah KIR miskin pada RMK7 ialah 19,433 KIR.

JHEOA, tambah beliau, mengambil beberapa langkah untuk membasmi kemiskinan tegar dengan
membina rumah (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) di mana setakat ini sebanyak 14,082 unit
sudah didirikan.

Di samping itu, pihaknya juga melengkapkan kemudahan asas seperti jalan kampung, bekalan air
serta elektrik. Untuk jalan, sebanyak 513 buah kampung Oang Asli daripada 876 buah kampung
sudah mendapat kemudahan jalan masuk.

Bantuan turut diberikan untuk pembangunan tanah baru bagi penanaman getah dan kelapa sawit,
bantuan bimbingan usahawan dan bantuan tanaman kontan seperti tembikai, pisang dan keledek
madu.

KESIHATAN DAN PENDIDIKAN,/b>

Seperti yang ditegaskan oleh Mohd Sani, setiap program pembangunan masyarakat
Orang Asli menekankan peningkatan kualiti hidup termasuk kesihatan dan pendidikan.

Di bidang kesihatan, melalui kerjasama antara JHEOA dan Kementerian Kesihatan


Malaysia (KKM), banyak aktiviti kesihatan dilaksanakan di kawasan penempatan Oang
Asli, baik di kawasan pinggiran atau kawasan pedalaman.

Bercakap mengenai kesihatan, katanya, di samping sebuah hospital JHEOA di Gombak,


terdapat juga lima pusat transit, 753 balai rawatan dan dua klinik desa yang khusus
dibina bagi menampung keperluan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Di samping itu, katanya, JHEOA juga menyediakan perkhidmatan "doktor udara" bagi
kawasan pedalaman seperti Pos Gob, Gua Musang.

"Penyakit yang sinonim dengan Orang Asli seperti malaria, kusta dan tibi semakin
berkurangan tetapi timbul pula penyakit yang ada kaitan dengan kehidupan moden
seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan HIV," kata Mohd Sani.

Dalam bidang pendidikan, JHEOA bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk


meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli di peringkat sekolah rendah dan
menengah.

Memandangkan peratus keciciran dalam kalangan anak Orang Asli agak tinggi
khususnya di peringkat sekolah menengah iaitu sekitar 35 peratus, JHEOA bercadang
mengadakan lebih banyak sekolah K-9 (sekolah komprehensif) di kampung Orang Asli.

Sekolah K-9 menawarkan pendidikan dari darjah satu hingga tingkatan tiga.

Menjelaskan senario pelajar yang tercicir, Mohd Sani berkata ia berlaku kerana beberapa
faktor, antaranya hilang minat belajar, kahwin awal, bekerja dan mengikut ibu bapa
mencari hasil hutan.
"Ada juga pelajar yang tercicir kerana tidak mahu keluar dari kawasan kampung.
Kebanyakan sekolah yang ada di perkampungan Orang Asli ialah sekolah rendah dan
untuk sekolah menengah, mereka perlu berulang-alik atau tinggal di asrama.

"Faktor ini yang menyebabkan keciciran. Untuk itu kita dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran akan memperbanyak sekolah K-9 ini. Antara lokasi yang dikenal pasti ialah
Gua Musang dan Cameron Highlands," kata Mohd Sani sambil menambah setakat ini
terdapat sebuah sekolah K-9 terletak di Paloh Inai, Pekan, Pahang.

LATIHAN KEMAHIRAN

Bagi belia Orang Asli yang tidak cemerlang dalam bidang pendidikan, mereka berpeluang
menjalani kursus kemahiran dan vokasional di Pusat Latihan Damansara Damai.

Setakat 2008, seramai 1,600 orang telah dilatih dalam pelbagai bidang termasuk
teknologi automotif dan mekanik motosikal. Kira-kira 80 peratus daripada pelatih ini
berjaya mendapat pekerjaan, membuka bengkel sendiri atau bekerja dengan swasta.

Sementara itu, bagi beliawanis pula, mereka berpeluang mengikuti kursus jahitan serta
salun dandanan dan sehingga 2008, seramai 331 orang telah mendapat latihan.

Dari segi prestasi pendidikan, masyarakat Orang Asli boleh berbangga dengan
pencapaian yang diperoleh lebih 600 pelajar Orang Asli yang berjaya menamatkan
pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pelbagai bidang.

Kebanyakan pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah ini mendapat biasiswa JHEOA.

KEKANGAN DAN GEJALA SOSIAL

Di sebalik pelbagai kemajuan yang dicapai oleh JHEOA, masih ada perkara yang
memerlukan masa untuk ditangani, antaranya program pembangunan tanah terutama
yang melibatkan penempatan masyarakat Orang Asli yang tidak digazetkan sebagai
rezab Orang Asli.

Dalam hal berkenaan, beliau menjelaskan ia memerlukan kelulusan daripada kerajaan


negeri.

Faktor geografi penempatan Orang Asli yang berada jauh di pedalaman juga memberi
impak kepada program yang dirancang, justeru, program pembangunan perlu sesuai
dengan keperluan masyarakat setempat.

Seperti juga masyarakat lain di negara ini, Orang Asli yang semakin terdedah dengan
arus pesat pembangunan dan kehidupan moden, juga tidak terlepas daripada terjebak ke
dalam kancah gejala sosial seperti penagihan najis dadah dan seks bebas.

Masalah gejala sosial dalam masyarakat Orang Asli ini dilaporkan banyak dikesan di
kawasan pinggiran dan pekan.

"Meskipun keadaan ini membimbangkan tetapi masih terkawal. Pihak Jabatan melalui
JHEOA di peringkat negeri dan daerah akan sentiasa memantau dan memberi nasihat
kepada mereka menerusi Program Mesra Minda JHEOA," jelas Mohd Sani.

Beliau turut menyentuh masalah pengambilan minuman keras dalam kalangan Orang
Asli, terutama golongan tua, yang dikatakan sukar dibanteras.

"Arak dikatakan sebahagian daripada adat istiadat masyarakat Orang Asli dan telah
sebati dalam kehidupan masyarakat itu.

"Bagaimanapun, kami tetap mengadakan kempen kesedaran akan bahayanya


pengambilan minuman keras serta mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) untuk membasmi penagihan najis dadah," kata Mohd Sani.
TIADA DIPINGGIR

Kebajikan masyarakat Orang Asli terus menjadi fokus program pembangunan kerajaan
di mana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 yang diumumkan kerajaan tahun ini,
JHEOA turut mendapat peruntukan besar.

Di bawah pakej berkenaan, sebanyak RM65 juta diperuntuk bagi projek program
bantuan rumah yang akan memberi manfaat kepada 2,151 KIR.

Sebanyak RM24.9 juta lagi disediakan untuk projek jalan kampung (RM14.5 juta) yang
membabitkan 107 buah kampung dan jalan pertanian (RM10.4 juta).

Di samping itu, RM200 juta pula diperuntuk bagi memastikan semua kampung Orang Asli
yang berdaftar mempunyai bekalan air yang baik.

Di samping itu, pada tahun ini juga, kerajaan meneruskan peruntukan khas RM20 juta
kepada masyarakat Orang Asli melalui Program Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat
Orang Asli, antaranya untuk Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Wang Saku Pelajar.

Malah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut
mengarahkan penubuhan Kumpulan Fokus pada Julai lepas untuk menangani masalah
Orang Asli. Ia meliputi lima bidang iaitu pendidikan, prasarana, kesihatan, ekonomi dan
pengetahuan tradisi

Seperti yang dijelaskan oleh Mohd Sani, di bawah semangat 1Malaysia, tidak ada
kumpulan yang dipinggir atau terpinggir. Dan untuk masyarakat Orang Asli, banyak yang
telah dibuat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi mereka.

"Kalau yang ada yang terpinggir, ini lebih kepada sikap mereka yang tidak mahu
berubah daripada kehidupan berpindah-randah. Dari segi peratus, cuma ada lima
peratus yang masih mengamalkan kehidupan tradisional ini iaitu di Ulu Perak dan Taman
Negara, Pahang," jelas Mohd Sani.

-- BERNAMA
1. . Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian PROGRAM PENEMPATAN TERSUSUN

Program Penempatan Tersusun merupakan satu rancangan penempatan masyarakat Orang Asli
di satu kawasan yang telah dikenal pasti dan lengkap dengan kemudahan asas dan kemudahan
awam di samping program pembangunan tanah.

Terdapat lima (5) aktiviti utama di bawah program ini iaitu:

a. Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)

Terdapat 16 RPS yang diwujudkan untuk menempatkan masyarakat Orang Asli yang
tinggal bertaburan ke dalam satu kawasan yang dibangunkan secara bersepadu
melibatkan pembangunan tanah, kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam serta
kawasan perumahan.
Projek ini diteruskan dalam RMK9 dan pada tahun 2008 peruntukan sebanyak
RM14,444,000.00 disediakan iaitu di :

i. Pahang - 7 RPS
ii. Perak - 6 RPS
iii. Kelantan - 3 RPS

b. Penyusunan Semula Kampung (PSK)

PSK merupakan projek pembangunan setempat melibatkan masyarakat Orang Asli di


perkampungan tradisional yang tertumpu di pinggir bandar dan kawasan pedalaman.
JHEOA menyediakan RM8,793,000.00 untuk melengkapkan pelbagai kemudahan awam
dan asas di penempatan mereka yang telah wujud sekarang tanpa memindahkan
penduduk ini.

c. Bencana Alam

Projek ini melibatkan penempatan baru bagi penduduk yang terdedah kepada bencana
alam yang mana 61 buah kampung dijangka berisiko tinggi menghadapi masalah ini.
Pada tahun JHEOA diperuntukkan sejumlah RM4,000,000.00 untuk tujuan tersebut.
Peruntukan ini merangkumi negeri Pahang, Kelantan, Selangor, Perak dan Johor. Ini
perlu diberi keutamaan kerana tidak mahu tragedi Pos Dipang, Perak berlaku di tempat-
tempat lain.

d. Rancangan Kampung Baru (RKB)

RKB adalah rancangan penempatan semula kampung Orang Asli yang terlibat dengan
pelaksanaan projek awam kerajaan seperti pembinaan empangan, pembinaan lapangan
terbang dan sebagainya. JHEOA bertanggungjawab memastikan masyarakat ini
menerima faedah dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik berbanding dengan
penempatan mereka dahulu.

Terdapat 3 projek RKB iaitu RKB Lubuk Legong di Kedah, RKB Sg. Rual di Kelantan dan
RKB Sg. Kejar di Perak. Pada tahun 2008 pihak Jabatan telah diperuntukkan sejumlah
RM1,100,000.00 untuk melaksanakan projek tersebut.   

e. Pembangunan Tanah

Projek ini lebih kepada memulihkan infrastruktur kampung dan memajukan tanah
melalui kerjasama agensi-agensi seperti FELCRA, RISDA dan Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional yang memberi penekanan
kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin. FELCRA telah
membangunkan 9,105 hektar kawasan dan RISDA seluas 14,999 hektar.

2. PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI


Program ini mengandungi enam projek utama iaitu :-

a. Pembangunan Ekonomi Negeri

Projek ini melibatkan pembangunan tanah di luar kawasan RPS dengan tanaman kelapa
sawit dan getah yang dilaksanakan oleh RISDA dan FELCRA. Bagi menjayakan agenda
ini sejumlah peruntukan sebanyak RM2,660,000.00 telah disediakan pada tahun 2008.

b. Projek Pengembangan Kursus

Projek ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada


petani, penternak dan nelayan melalui kursus, ceramah, lawatan sambil belajar dan
latihan amali mengenai teknik-teknik atau teknologi moden dan komersial. Sejumlah
RM9,00,000.00 telah disediakan bagi tahun 2008.

c. Bimbingan Usahawan

Projek ini menyediakan peruntukan bantuan berbentuk peralatan, mesin dan kursus
atau latihan keusahawanan dalam mewujudkan usahawan Orang Asli yang berdaya
tahan dan boleh maju selaras dengan hasrat kerajaan melibatkan bumiputera dalam
bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pada tahun 2008 sebanyak
RM380,000.00 peruntukan telah disdiakan bagi program tersebut.

d. Pembangunan Tanah Fasa II Negeri

Projek yang melibatkan tanaman komersial getah dan kelapa sawit di kawasan tanah
terbiar, kawasan tanaman semula dan kawasan pembukaan tanah baru yang
dilaksanakan oleh RISDA dan FELCRA di Johor, Perak dan Kelantan. Oleh itu, JHEOA
telah menyediakan sejumlah RM5,750,000.00 untuk tujuan tersebut.

e. Pembinaan Ruang Niaga

Menyediakan kemudahan ruang niaga dan bengkel kepada peniaga atau usahawan
Orang Asli di lokasi yang berpotensi dan teratur di samping meningkatkan perniagaan
peruncitan, perkhidmatan dan pembuatan. Pembinaan ini merangkumi kawasan-
kawasan di negeri Selangor, Melaka, Kelantan dan Pahang dengan peruntukan tahun
2008 sejumlah RM320,000.00.

f. Pelancongan Desa

Projek ini lebih kepada memperkenalkan destinasi percutian dan rekreasi di penempatan
Orang Asli yang berpotensi. Ini dapat menambahkan pendapatan ekonomi melalui
persembahan kebudayaan, penjualan barang hasil hutan, menjadi pemandu pelancong
dan sebagainya. Sejumlah RM400,000.00 peruntukan tahun 2008 telah disediakan bagi
menjayakan program tersebut untuk kawasan Telok Tongkah di Selangor, Kg. Bukit
Kepong di Negeri Sembilan dan Kg. Bakar Batu, Johor.

Kementerian Tumpu Pembangunan Modal Insan Orang Asli Dalam


RMK-10
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pembangunan ekonomi dan pendidikan Orang Asli akan terus
menjadi fokus Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengurangkan kadar
miskin tegar dan miskin di kalangan masyarakat itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kementerian
dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah merangka bentuk pembangunan
yang akan dijalankan menjelang Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tahun depan.

"Projek Agropolitan Bersepadu akan dimajukan secara luas di penempatan Orang Asli dalam
Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di mana mereka boleh bercucuk tanam dan menjual hasil
tanaman mereka dengan mudah kerana mereka hanya menjalankan aktiviti itu dalam kawasan
penempatan mereka.

"Selain itu dari segi pendidikan, sekolah turut dibina dalam kawasan penempatan mereka bagi
memastikan kanak-kanak di dalam kelompok ini tidak ketinggalan mendapat ilmu seperti kanak-
kanak lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri bersama
masyarakat Orang Asli di Gombak, di sini Selasa.

Selain itu, katanya kementerian akan turut membangunkan sektor pelancongan di kawasan
penempatan Orang Asli menjelang tahun depan.

Hasan berkata projek berskala besar itu akan dijalankan secara bersepadu seperti yang dibuat di
Kuala Betis, Kelantan dan Kampung Pantos, Pahang sebelum ini.

Sementara itu menurut statistik yang dikeluarkan JHEOA, kadar miskin tegar dan miskin mencatat
penurunan apabila beberapa program dijalankan bagi mencapai matlamat itu seperti program
bimbingan usahawan dan program bantuan rumah.

Awal tahun lepas sebanyak 13,945 keluarga Orang Asli berada dalam kelompok miskin tegar dan
miskin.

Jumlah itu mencatatkan penurunan kepada 6,749 keluarga pada April lepas.

-- BERNAMA
Bila Bercakap Pasal Pembangunan, saya juga sependapat dengan "definisi pembangunan
masyarakat" yang diterima seluas diseluruh dunia iaitu oleh United States International Cooperation
Administration (1956), berbunyi,

"Pembangunan masyarakat merupakan satu proses yang mana individu-individu dalam masyarakat itu bergabung untuk membuat
perancangan dan tindakan. Mereka juga mengenalpasti masalah dan keperluan bersama, merancang bersama dan melaksanakan
rancangan untuk mengatasi masalah dan memenuhi keperluan dengan menggunakan sumber masyarakat. Rancangan tindakan oleh
masyarakat juga perlu disokong melalui perkhidmatan yang datang daripada luar mesyarakat khususnya badan-badan kerajaan dan
swasta."

Maknanya perlu wujudnya kerjasama antara pemberi dan penerima. Secara mudahnya pemberi perlu
memahami kehendak dan citarasa penerima, sebaliknya kelak penerima akan memberi kerjasama.
Aspek keikhlasan amat penting dalam konteks kemanusiaan/

Sebaliknya juga seperti kata pujangga (William Shakepear), konsep pemberian dan penerimaan
adalah seperti berikut ;

"Ikikhlasan itu ibarat titisan hujan dari langit, membahagiakan pemberi dan menyegarkan penerima."

Soal Hak Orang Asli Ke Atas Tanah

Adalah tidak dinafikan bahawa bahawa Orang Asli adalah masyarakat pribumi negara ini. Fakta
Sejarah telah membuktikan dan mengesahkan perkara ini serta tidak boleh dinafikan lagi.

Akta 134, Akta Orang Asli (1954) telah mengadakan peruntukan dan peraturan bagi tujuan memberi
perlindungan, kesentosaan, dan kemajuan Orang Asli di Malaysia Barat. Seksyen 6, 7, dan 8
memberikan dan menjamin hak keistimewaan Orang Asli terhadap Tanah.

Dasar Pemilikan & Hak Tanah Orang Asli yang di gubal dan dilaksanakan oleh kerajaan akan
memberi kesan yang besar terhadap penghidupan dan masa depan Orang Asli. Ini adalah kerana
tanah adalah merupakan suatu aset yang tidak ternilai kepada Orang Asli. Juga, bukan kerana
nilainya semata-mata tetapi 'tanah' adalah merupakan maruah, harga diri, penghidupan, dan "survival"
Orang Asli.

Menekankan bahawa adalah amat penting supaya pihak kerajaan, individu, syarikat, dan pihak-pihak lain
mengiktirafkan dan menghormati kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang
diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli tidak dicerobohi, di rampas dan di ambil daripada Orang Asli dengan
sewenang-wenangnya, tanpa berunding terlebih dahulu dengan Orang Asli.

Lebih kurang 1,200 Orang Asli turut hadir mesyuarat


ini.
Banyak Kawasan Orang Asli, Rezab Orang Asli, Tanah-tanah Adat Orang Asli, kampung Tradisional
Orang Asli, kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli telah dirampas dibatalkan dan di
ambil sewenang-wenangnya secara tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan seperti tentera
penceroboh Amerika Di Iraq. Segelintir mereka ini sama saja, tiada bezanya dengan tentera
penceroboh Amerika Di Iraq.

Memandangkan banyak konflik, bantahan, tunjuk perasaan, pertelagahan, kes mahkamah,


pembatalan rezab Orang Asli secara tipu muslihat disebabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN),
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga tidak kurang melibatkan sebilangan pegawai-pegawai
JHEOA. Jabatan sendiri yang kurang defensif atau kurang serius terhadap isu dan permasalahan
Tanah Orang Asli.

Di mana akibatnya kawasan tanah Orang Asli semakin berkurangan keluasannya.

Kami Orang Asli memohon dan merayu agar di pihak kerajaan hendaklah bersikap adil dan perihatin
terhadap masalah tanah dan kawasan Orang Asli. Kita juga merayu agar kerajaan bersikap terbuka
dan menerima cadangan bagi meleraikan kemelut di atas serta seterusnya mengiktiraf dan
memberikan Hak Tanah Orang Asli sebagaimana yang termaktub di dalam Akta 134, Akta Orang Asli
(1954).

Hari ini, Perhimpunan Agung POASM Kali Ke 16, 2006 yang diadakan pada 30 April 2006, dengan
sebulat suara memohon kerajaan untuk mengambil tindakan-tindakan yang berikut :

1. Mengistiharkan bahawa mulai daripada hari ini sebarang projek pembangunan yang melibatkan
Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Orang Asli, Kawasan yang diduduki dan
diusahakan oleh Orang Asli hendaklah dirundingkan secara telus dan terus dengan masyarakat Orang
Asli. Membuat bayaran ganti rugi yang berpatutan mengikut semasa.

2. Membuat tentu ukur sempadan kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi dan
kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli dan seterusnya diwartakan mengikut
keluasan kawasan, Orang Asli, Tanah Adat, Kampumg Tradisi, dan kawasan yang diduduki oleh
Orang Asli serta ditambah 30% keluasan tambahan untuk pembangunan dan generasi akan datang.

3. Sekiranya Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki
oleh Orang Asli terletak didalam kawasan perlindungan seperti Kawasan Tadahan Air, Rezab
Perhilitan, Rezab Perhutanan, Rezab Melayu, dan lain-lain maka kawasan tersebut hendaklah
dilupuskan serta dijadikan Kawasan Rezab Orang Asli.

4. Jika sekiranya Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang
diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli terletak berhampiran dengan penempatan atau kampung
masyarakat luar atau berhampiran Pekan, Bandar dan kawasan pembangunan maka lot-lot tanah
Orang Asli hendaklah diukur dan dikeluarkan geran kekal bukannya pajakan 99 tahun.

5. Adalah perlu, penting sekali sebarang penggubalan dasar mengenai pemilikan tanah Orang Asli
hendaklah melibatkan perbincangan menyeluruh dan mendapat persetujuan daripada masyarakat
Orang Asli itu sendiri.
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis keatau diulang edar melainkan
dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x
768 piksel

You might also like