You are on page 1of 36

ETNIK

MINANGKABAU
PENGENALAN
• Nama minangkabau berasal daripada
perkataan minang (menang) dan
kabau (kerbau).
• Berasal daripada peristiwa
perselisihan antara kerajaan
Minangkabau dengan seorang putera
dari Jawa yang meminta pengakuan
kekuasaan di Melayu.
• Bumbung rumah adat Minangkabau
yang dipanggil Rumah Gadang (Rumah
Besar),memiliki rupa bentuk yang unik
kerana menyerupai tanduk kerbau.
• Orang Minangkabau merupakan
penduduk asal kawasan yang kini dikenali
sebagai Sumatra Barat di Indonesia.
• Kebudayaan mereka adalah bersifat
keibuan, dengan harta dan tanah
diwariskan dari ibu kepada anak
perempuan
• Urusan agama dan politik merupakan
urusan kaum lelaki
• Orang Melayu di Malaysia banyak yang
berasal dari Minangkabau, mereka
terutamanya mendiami Negeri Sembilan
dan Johor
• Walaupun suku Minangkabau kuat
dalam pegangan agama Islam, mereka
juga kuat dalam mengamalkan amalan
turun-temurun yang digelar adat
• Walaubagaimanapun, pengaruh agama
Islam masih kuat di dalam adat
Minangkabau, seperti yang tercatat di
dalam pepatah mereka, Adat basandi
syara', syara' basandi Kitabullah, yang
bermaksud, adat (Minangkabau)
bersendi hukum Islam dan hukum Islam
bersendi Al Quran.
MASYARAKAT MINANGKABAU DI
NEGERI SEMBILAN
• Pada abad ke-14, orang minangkabau tiba di
Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai
ke Rembau.
• Mereka bertamadun dan dapat bersosial
dengan Orang Asli dengan baik.
• Oleh itu, perkahwinan campur dalam kalangan
mereka telah mewujudkan suku Biduanda.
• Suku biduanda merupakan pewaris asal Negeri
Sembilan dan pemimpin masyrakat minang
yang hendak dipilih haruslah daripada suku
Biduanda ini.
• Suku biduanda ini telah mewujudkan
pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil
‘Penghulu’ dan kemudiannya ‘Undang’.
BUDAYA
• Masyarakat Minangkabau merupakan
masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia,
di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab
sebelah ibu
• Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat
inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki
Minangkabau untuk merantau di serata
Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari
kemewahan dengan berdagang
• Kanak-kanak berusia 7 tahun akan
meninggalkan rumah mereka untuk tinggal
di surau untuk mempelajari ilmu agama
dan adat minangkabau.
• Apabila remaja, mereka digalakkan
meninggalkan perkampungan untuk
menimba ilmu di sekolah dan menimba
pengalaman dari luar kampung supaya
menjadi lebih dewasa.
• Tradisi ini berhasil mendirikan
beberapa masyarakat rantauan
Minangkabau di bandar dan tempat-
tempat lain di Indonesia. Namun
ikatan mereka dengan Ranah Minang
(Tanah Minang) masih disimpan dan
dikuatkan lagi
• Satu contoh kawasan yang didiami
oleh masyarakat Minangkabau dan
masih mengamalkan adat dan budaya
Minangkabau adalah Negeri Sembilan
• Masyarakat minang juga telah
melahirkan penyair, penulis,
negarawan, budayawan ahli fikir
dan ulama.
• Mereka mementingkan ilmu dan
menggabungkan identiti minang
dengan ciri-ciri Islam dalam
masyarakat moden.
SUKU KAUM MINANG

• Masyarakat minang terbahagi kepada


beberapa buah suku;
– Suku Piliang
– Bodi Caniago
– Tanjuang
– Koto
– Sikumbang
– Malayu
– Jambak
ORANG MINANG DI NEGERI
SEMBILAN

• Biduanda • Seri Lemak


• Batu Hampar • Batu Belang
• Paya Kumboh • Tanah Datar
• Mungkal • Anak Acheh
• Tiga Nenek • Anak Melaka
• Seri Melenggang • Tiga Batu
TRADISI & UPACARA
KEHIDUPAN MINANGKABAU

1. Turun mandi dan kekah (Aqiqah)


– Dilakukan dengan tradisi tertentu
diantara ahli keluarga. Bayi akan
diberikan sesuatu sebagai tanda wujud
kasih sayangnya atas kedatangan bayi
itu dalam keluarga muda.
– Biasanya mereka memberikan
perhiasan berupa cincin bagi bayi laki-
laki atau gelang bagi bayi perempuan
serta pemberian-pemberian yang lain.
2. Sunat rasul
- Apabila seorang anak laki-laki telah
cukup umur maka seorang anak akan
menjalani “khitanan yang di Ranah
Minang” disebut Sunat Rasul.
- Sunat rasul dilakukan oleh ibu bapa
laki-laki tersebut agar anak laki-
lakinya itu menjadi anak harapan
serta berbakti kepada kedua orang
tua.
3. PERKAHWINAN

Pada umumnya masyarakat Minangkabau beragama Islam,


oleh karena itu dalam masalah nikah kawin sudah tentu
dilakukan mengikut Syarak. Dalam proses perkawinan
acara yang dilakukan adalah:
1. Pinang-maminang (pinang-meminang)
2. Mambuek janji (membuat janji)
3. Anta ameh (hantar emas), timbang tando
(timbang tanda)
4. Nikah
5. Jampuik anta (jemput antar)
6. Manjalang, manjanguak kandang (mengunjungi,
menjenguk kandang). Maksudnya keluarga laki-laki datang
ke rumah calon isteri anaknya.
4. Batagak pangulu
- upacara pelantikan penghulu.
Upacara ini akan berlansung selama 7
hari di mana seluruh kaum kerabat
dan ketua-ketua dari kampung yang
lain akan dijemput
5. Turun ka sawah - upacara kerja
gotong-royong
6. Menyabik - upacara menuai padi
7. Maanta pabukoan - menghantar
makanan kepada ibu mentua sewaktu
bulan Ramadan
KEMATIAN
Acara-acara yang diadakan sebelum dan
sesudah kematian adalah:
1. Sakik basilau, mati bajanguak (sakit dilihat,
mati dijenguk)
2. Anta kapan dari bako (Hantar kafan dari bako)
3. Cabiek kapan, mandi maik (mencabik kafan
dan memandikan mayat)
4. Kacang pali (mengantarkan jenazah ke kubur)
5. Doa talakin panjang di kubur.
6. Mengaji tiga hari dan memperingati dengan
acara hari ketiga, ketujuh hari, keempat puluh
hari, seratus hari dan malahan yang keseribu
hari.
SENI TRADISIONAL
MINANGKABAU
RANDAI
• Randai ialah teater rakyat tradisional
Minangkabau.
• Teater ini melibatkan muzik, nyanyian, tarian,
drama dan juga seni mempertahankan diri, iaitu
silat.
• Randai biasanya dipersembahkan ketika
menyambut perayaan tradisional dan di
dalamnya terselit pelbagai cerita dalam satu
masa.
• Cerita-cerita yang dikisahkan dalam persembahan
randai ini disampaikan melalui nyanyian, lagu dan
lakonan berdasarkan lagenda-lagenda
Minangkabau dan cerita rakyat.
• Randai ini dipersembahkan oleh kaum lelaki
namun setelah 1960-an perempuan juga telah
menyertai persembahan randai.
RANDAI
TARI PIRING
• Tarian Piring merupakan sebuah seni tarian milik
orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra
Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian
Minangkabau yang masih diamalkan penduduk
Negeri Sembilan keturunan Minangkabau.
• Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai
gerakan para petani semasa bercucuk tanam,
membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian
ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur
dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini
merupakan tarian gerak cepat dengan para
penari memegang piring di tapak tangan
mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan
oleh talempong dan saluang.
Tarian Piring di Malaysia
• Di Malaysia , tarian piring
dipersembahkan ketika majlis
perkahwinan terutama bagi
keluarga berada, bangsawan dan
hartawan di sesebuah kampung.
Tarian ini biasa dilihat di kawasan
Beranang,Lenggeng dan Semenyih
oleh kumpulan tertentu.
• Tarian piring dan silat
dipersembahkan di hadapan
mempelai di luar rumah. Majlis
perkahwinan atau sesuatu apa-apa
majlis akan lebih meriah jika
diadakan tarian piring.
LAIN-LAIN SENI TRADISIONAL
• Tari Payung – menceritakan kehidupan muda-
mudi Minang yang selalu riang gembira
• Pidato Adat – juga dikenali sebagai Sambah
Manyambah (sembah-menyembah), upacara
berpidato, dilakukan di setiap upacara-upacara
adat, seperti rangkaian acara pernikahan
(baralek), upacara pengangkatan pangulu
(penghulu), dan lain-lain
• Pencak Silat – tarian yang gerakannya adalah
gerakan silat tradisional Minangkabau
SALUANG

• Alat muzik tradisional khas Minangkabau,


Sumatera Barat.
• Diperbuat daripada buluh nipis atau talang.
• Mempunyai 4 lubang, dan panjangnya lebih
kurang 40 – 60cm dan berdiameter 3-4 cm.
• Dimainkan seperti seruling di mana pemain
saluang perlu meniup dan menarik nafas
untuk mengalunkan muzik.
SONGKET

• Pandai Sikek adalah sebuah daerah yang berada di Kabupaten


Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Di daerah ini
ada sebuah kejiranan tenun yang disebut “Tenun Songket
Pandai Sikek”.
• Produk tenun songket Pandai Sikek tidak hanya untuk pakaian
seperti baju kurung dan destar, tetapi juga pelbagai
kelengkapan upacara adat dan perkawinan, seperti: kodek
songket, saruang balapak, saruang batabua, selendang
songket atau selendang batabua tingkuluak tanduak (tutup
kepala wanita), dan sesamping (perlengkapan penghulu).
• Bagi masyarakat Minangkabau songket
merupakan sejenis pakaian yang tinggi
nilainya. Maka, pemakaiannya hanya untuk
peristiwa-peristiwa atau kegiatan-kegiatan
tertentu, seperti: perkahwinan, batagak gala
(penobatan penghulu), dan menyambut
tetamu penting
• Songket yang dibuat untuk keperluan sendiri
dan atau sanak-saudara, biasanya dilakukan
setelah pulang dari sawah atau setelah
pekerjaan rumah tangga selesai.
• Tetapi, jika untuk diperdagangkan, maka
pembuatannya dilakukan dari pagi hingga
lewat petang oleh tenaga kerja yang
umumnya adalah kaum perempuan.
• Penguasaan atau kepandaian membuat
songket biasanya diperoleh dari orang tuanya.
• Songket yang dihasilkan mengandungi
makna yang tersendiri.
• Motif pucuak rabuang (bambu): Semakin
tua dan berpengalaman orang Minang
semakin merunduk.
• Motif bungo antimun (timun): Melakukan
sesuatu haruslah secara sistematik. Atau,
jika berdebat harus jelas dan dengan dalil
yang kuat.
• Motif bijo (biji bayam): Seorang yang
berilmu perlu memberikan ilmu dengan
ikhlas dan menerima kebaikan juga
dengan ikhlas. Dalam budaya
Minangkabau, murid biasanya mengisi
cupak nan tangah (mengisi tempat beras
di rumah gurunya) sesuai kemampuannya.
• Motif ilalang rabah (lalang rebah): Seorang
pemimpin harus mempunyai sifat berwaspada,
berhati-hati , dan cermat. Bijak memimpin dan orang
yang lemah seharusnya jangan terus tunduk kepada
penindasan ke atas dirinya.
MAKANAN

• Makanan tradisional dari


Sumatera Barat ini mempunyai
banyak resipi yang biasanya
mempunyai citarasa yang pedas
dan pengolahan resipinya banyak
menggunakan santan kelapa.
• Secara tradisional dari Padang,
hidangan makanan biasenya
diletakkan sekaligus di atas meja
dan disusun mengikut bentuk
piramid.
RENDANG
• Rendang daging adalah masakan tradisional bersantan dengan daging
lembu sebagai bahan utamanya. Masakan khas ini sangat digemari di
semua kalangan masyarakat baik itu di Indonesia sendiri ataupun di tempat
lain.
• Selain daging lembu, rendang juga menggunakan kelapa(karambia), dan
campuran dari berbagai rempah khas Indonesia di antaranya Cabai (lada),
lengkuas, serai, bawang dan lainnya yang biasanya disebut sebagai
Pemasak.
• Rendang memiliki falsafah tersendiri bagi masyarakat Minang Sumatra
Barat iaitu musyawarah, yang berasal dari 4 bahan pokok, yaitu:
• Dagiang (Daging lembu), merupakan lambang dari Niniak Mamak (para
pemimpin Suku adat)
• Karambia (Kelapa), merupakan lambang Cadiak Pandai (Kaum Intelektual)
• Lada (Cabai), merupakan lambang Alim Ulama yang pedas, tegas untuk
mengajarkan syarak (agama)
• Pemasak, merupakan lambang dari keseluruhan masyarakat Minang.
DENDENG BALADO

• Dendeng balado adalah masakan khas Sumatera


Barat dibuat dari irisan tipis dan lebar daging sapi
yang dikeringkan lalu digoreng kering.Daging goreng
ini lalu diberi bumbu balado.
• Sedangkan dendeng batokok bahan nya sama
dengan dendeng balado, bedanya adalah bumbu
balado nya bukan memakai cabai merah, namun
memakai cabai hijau yang diiris kasar dan daging sapi
setelah diiris tipis melebar lalu dipukul-pukul dengan
batu cobek supaya daging nya menjadi lembut.
RENDANG

DENDENG BALADO
PAKAIAN

• Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional


Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri
Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15
di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat
istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal
segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.
• Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut
berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju
di dalam, berseluar dipadan dengan samping dihias pula
dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk
Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain
sarung. Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau
pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas
bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh
tenunan dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera
SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan oleh:
Aini Fadhilah binti Zainal
Nur Syairah binti Zailuddin
PISMP Matematik Januari 2008

You might also like