You are on page 1of 36

Sultan Muhammad Al-Fateh

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Hasrizal Abdul Jamil


BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan

Pengenalan
Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar
nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai
salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau
dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan
pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.

Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…


kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi
ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine
semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar
terbesar dan utama dunia.

Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang


istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar
Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang
pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di
dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya,
dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para
khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan.
Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA.
Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah
seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople
berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayyah telah
menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H
tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70
dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)

Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih


menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.

Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula
oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk.
Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya
mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah
menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk
membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan
sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.

Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan,
terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum
yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat,
seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.

Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah


Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan
bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini
memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usaha
awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya
mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh
Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara
aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan
kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah
pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali
sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik
tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu,
beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu
telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.

Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh
jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu
telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha
menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu
tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara
Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf
tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah
di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.

Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya
menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah
dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat
untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta
pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk
menawan kota berkenaan..

Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya.


Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di
zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail
Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir
Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar
beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan
oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan
kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar
gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang
diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh
Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang
mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran
dalam masa yang singkat

Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar,
bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam
Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu
akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang
akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti
dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti
Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah..

Asy-Syeikh Ak Semsettin
Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi
Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin
Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar
As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-
Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain
seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa


beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan
Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera
menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan
Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang
maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.

Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai


kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas
dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semua melihat
aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita
menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia,
dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin."

Persediaan Ke Arah Penawanan


Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai
matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-
kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan
tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan
sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan
menawan Costantinople itu nanti

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus
iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan
kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar
dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha
gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan
tetapi gagal menghalangnya.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan


senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.
Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan
menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya
beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga
menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian
dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh
tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang
berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata
yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja
Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih
supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan.
Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.

Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong
Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah.
Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik,
sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar
bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku
bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran
yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan
berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan
Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk
Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin
Orthodoks berkata, "sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban
para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah mencetuskan
pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.

Serangan
Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia
dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan
Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi
raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota
Costantinople.

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah
tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6
April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah
menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan
memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga
membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang
pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan
jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa
kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga
menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan


tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas
mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah
tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja
telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa
kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-
kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi
Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan
Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang
tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan
strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan
serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut
yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat
mereka untuk bertahan.

Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-
kapal Byzantine dan Eropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini
tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk
Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk
supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya
menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya
Sofya untuk tujuan yang sama.

Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine


Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai
hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan
tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus
supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih
berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-
apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan
dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, "... serahkan empayar kamu, kota
Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama
ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan
amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu
meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".

Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh
rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para
mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M,
pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah
Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya
upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku
bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai
besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah
berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah
musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk
mengelakkan kemusnahan yang berterusan.

Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak.
Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah
menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada
kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya
kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".

Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut
sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk
memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya.
Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka
bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut
menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta
Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera
Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-
Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk
Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan
itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah
untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas...

Keajaiban Tentera Othmaniyyah


Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa
kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-
mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan
menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan
Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan
semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke
Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya
kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid
para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana
semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa
tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya
Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata,
"Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih
telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan
bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini
telah mengatasi Alexander The Great!"

Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi
seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan
supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah
bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke
titisan darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin


Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan
Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir
Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung
Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan
pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki
perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.

Laungan takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang angkasa
Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota
berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan
ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-
Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru
sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.

Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera
Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda
penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-
bila masa sahaja tentera 'Turki' akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan
terowong itu.

Usaha Damai Terakhir


Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya
kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk
terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah.
Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan
Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine
telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka
menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat.
Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas
dengan katanya, "... syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia
menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan
hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!".
Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, "Baiklah... tidak lama lagi
akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda...!".

Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan


dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan
Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

Hari Kemenangan
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras
membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir
dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula
memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka
diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu
khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. "...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di
Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-
Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di
sini!" Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.

Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara
bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka...

Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah
tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak
ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu
berani menyerbu tentera salib di kota itu.

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu


Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota.
Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas
menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau
menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.

Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk
menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi
kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat
juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita
mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur
oleh Al-Fatih serta... seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, ".. Alhamdulillah, semoga
Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta
kebanggaan dan syukur buat rakyatku"

Sebaik-baik Ketua Dan Tentera


Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota.
Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan
baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya
yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya,
dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi
mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat
perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di
wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah
membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian
mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat
persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan
keislaman mereka.

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan
ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini.
Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar
untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para
muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di
Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan
Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya
Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan
Tuhan Masjid Aya Sofya itu.

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar
Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah
selepas Busra dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan,
ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah
Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada
tahun 1924M.

Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar
syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah
pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan
sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang
lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah
kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan
Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin....

Sultan Muhammad Al-Fateh


Perebutan untuk menguasai Contantinople menjadi idaman setiap kerajaan pada ketika itu
sama ada eropah atau pun kerajaan Muslim. Oleh itu tidak hairanlah apabila kota purba
itu diserang bertubi-tubi oleh musuhnya untuk mendapatkan kekayaan bandar itu dan
menjadikannya sebagai pusat perlabuhan yang strategik dan juga untuk memenuhi cita-
cita pemerintah itu sendiri.
Bagi Negara eropah sendiri sudah banyak kali serangan dilakukan oleh kerajaan eropah
untuk mendapatkannya tetapi jelas tidak berhasil. Apa yang pasti, serangan kerajaan
eropah paling dahsyat berlaku ke atas Contantinople semasa berlakunya Perang Salib Ke-
4. Hal ini berlaku disebabkan Putera Isaac Angelos meminta bantuan daripada orang-
orang Rom untuk membantunya memulangkan kembali tahkta ayahnya sebagai Raja
Contantinople selepas digulingkan oleh oleh perampas kuasa pada tahun 1202.
Keadaan ini seperti telah lama ditunggu-tunggu orang orang-orang Rom untuk
mendapatkan Contantinople. Selepas itu, kerajaan eropah iaitu Kerajaan Venice (Itali)
telah menghantar satu angkatan kapal-kapal dengan 40,000 tentera untuk membantu
Putera Isaac Angelos. Dengan bantuan Putera Isaac Angelos, mereka mudah menawan
Contantinople dan menabalkan kembali Raja Isaac Angelos sebagai raja semula. Namun,
selepas 40 tahun orang Rom berada di Contantinople, orang-orang Yunani yang menjadi
penduduk tetap Contantinople diketuai oleh Raja Michael VIII telah berpakat dengan
orang-orang Genoa untuk menghapuskan orang-orang Rom yang berada di
Contantinople. Mereka kemudiannya berjaya menghalau orang-orang Rom itu pada tahun
1261 dan akhirnya memaksa orang-orang Rom berundur dari Contantinople.
Bagi kerajaan Muslim pula, pokok penawanan Contantinople sudah lama diimpikan. Hal
ini kerana Ketua-ketua kerajaan Islam berusaha untuk menunaikan apa yang dinyatakan
oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim. Rasulullah
SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di
tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan
Khandak. Sabda baginda SAW :
Nabi SAW ditanya, manakah di antara dua bandar yang akan ditawan terlebih dahulu,
Constantinople atau Rome? Baginda SAW menjawab, “iaitulah bandar Constantinople” –
Riwayat al-Hakim
‫ ولنعم الجيش ذلك الجيش‬،‫ فلنعم األمير أميرها‬،‫لتفتحن القسطنطينية‬
“Constantinople itu pasti akan ditawan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (yang
menawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” Hakim, 4.422;
Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335.

Bagi kerajaan Islam, usaha pertama dilancarkan untuk menawan Contantinople bermula
pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha
berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi
yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople. Usaha tersebut diteruskan di
zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih
menemui kegagalan termasuklah usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun
190H. Usaha penawanan Contantinople tidak berhenti setakat itu, ia turut diteruskan
kerajaan–kerajaan Islam kecil namun masih menemui kegagalan. Selepas muncul
Kerajaan Islam Daulah Uthmaniyyah, usaha kearah penawanan turut dilakukan
merentang zaman Sultan Bayanzid (awal abad ke-14M) sehingga zaman Sultan Murad II
(824-863H / 1421-1451M). Usaha yang dilakukan nyata juga tidak berhasil. Selepas
kematian Sultan Murad II, anaknya iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Khalifah
Daulah Uthmaniyyah turut meneruskan usaha penawanan Contantinople. Ternyata
perlantikan Sultan Muhammad Al-Fatih akhirnya membawa penawanan Contantinople
dan sekaligus meruntuhkan kerajaan Rom Timur pada tahun 1453 M.
Sultan Muhammad Al-Fatih (1451 – 1481)
Sebelum meninjau lebih jauh lagi kejatuhan Contantinople ditangan Al-Fatih,
sememangnya perlu ditinjau terlebih latar belakang beliau sebagai watak utama yang
dalam menawan Kota Contatinople. Sultan Muhammad Al-Fatih dilantik menjadi
khalifah Daulah Uthmaniyah pada tahun 855/1451 yang berpusat di Edirne selepas
kematian bapanya iaitu Sultan Murad II. Beliau dilahirkan pada 30 Mac 1432 Masihi dan
menjadi Khalifah Daulah Uthmaniyah pada usia 22 tahun. Beliau meninggal dunia pada
Mei 1481 ketika semasa mengetuai kempen ketenteraan di Asia Kecil kerana diserang
deman panas. Dalam bidang pemerintahan memang tidak dinafikan beliau berkebolehan
kerana mempunyai pengalaman menjadi pemerintah sejak kecil lagi. Buktinya, semasa
beliau berumur 11 tahun, beliau telah dihantar oleh ayahnya ke Amasya untuk menimba
pengalaman dan mempelajari budaya serta undang-undang Uthmaniyah. Seterusnya,
beliau dilantik pula menjadi Gabenor Anatolia pada tahun 1444 ketika berusia 12 tahun.
Kehebatannya dalam ilmu pengetahuan juga terbukti kerana beliau berjaya menguasai
enam bahasa ketika berusia 21 tahun. Dalam ilmu agama, beliau menerima banyak tunjuk
ajar daripada dua orang ulama iaitu Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani dan
Syaikh Aaq Syamsuddin. Kedua-dua ulama inilah berjaya membentuk peribadi Al-Fatih
menjadi sultan yang zuhud dan berkobar-kobar untuk menakluki Contantinople yang
akhirnya menjadi kenyataan.

Persediaan Penawanan Contantinople

Apabila ditinjau secara teliti pemerintahan Daulah Uthmaniyah di bawah Al-Fatih,


penawanan Contantinople merupakan rencana utama beliau sebaik sahaja dilantik
menjadi Khalifah Daulah Uthmaniyah pada tahun 1451M. Hal ini terbukti melalui
pelbagai persiapan yang dibuat oleh beliau untuk mengempur bandar tersebut sebelum
tahun 1453. Antaranya beliau sendiri telah mengkaji mengenai usaha-usaha yang pernah
dibuat oleh kerajaan yang gagal menawan Contantinople untuk mencari kelemahan dan
kekuatan bandar tersebut. Selain itu, terdapat beberapa langkah awal yang dilakukan oleh
beliau bagi menawan Contantinople. Antaranya ialah beliau telah mengerahkan tenaga
tentera seramai kira-kira 70, 000 hingga 250,000 terdiri daripada pelbagai bangsa seperti
Turki, Serbia dan sebagainya untuk mengepung Constantinople. Jumlah tenteranya
dilihat begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu yang
terlibat dalam satu-satu peperangan dan paling berkesan tenteranya diberikan latihan
intensif yang cukup berdisiplin terutama tentera Janisari. Bagi memperkukuh benteng
kerajaanya pula, beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah
Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah yang
mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut.

Ternyata langkah beliau ini telah memaksa Maharaja Byzantine telah berusaha gigih
untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan namun
usaha Maharaja Byzantine itu gagal. Selain itu, Sultan Muhammad Al-Fatih juga
berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Antaranya ialah, beliau telah
mengupah pakar membina meriam iaitu Jurutera berbangsa Hungary iaitu Urban. dengan
menempatkannya di kilang meriam yang dibina di Adrianople. Malah, Beliau
menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh Urban dan menerusi idea Urban,
beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang terbesar di zaman
berkenaan. Beratnya sahaja mencapai beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera
untuk mengangkutnya sebagai senjata utama membedil kubu Contantinople kelak. Bagi
tentera brkuda (Sipahi), mereka dibekalkan perisai berantai, pedang bengkok, lembing
panjang dan belantan berkepala besi yang boleh dibaling. Bagi askar laut beliau turut
menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. Sebelum serangan
dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh
yang lain seperti Kerajaan Galata yang berjiran dengan Byazantine supaya tidak memberi
ancaman kepada serangan beliau ke atas Byanzantine. Namun semasa serangan dibuat
kerajaan Galata berpihak kepada Byanzantine. Sebelum serangan dibuat juga beliau turut
dtawarkan rasuah oleh Maharaja untuk membatalkan rancangannya. Disebabkan tindakan
Maharaja Byzantine cuba merasuahnya, beliau telah mengutus surat kepada Maharaja
Byzantine supaya menyerahkan Contantinople secara aman kepada kerajaannya tanpa
sebarang pertumpahan darah dan beliau turut memberi jaminan bahawa penduduk
Contantinople tidak akan diganggu harta dan agama mereka. Tawaran beliau ternyata
ditolak oleh Maharaja Byantine yang sekaligus memilih untuk berperang. Selepas jalan
terakhir buntu, beliau secara tegasnya mengisytiharkan perang untuk menawan
Contantinople.

Kejatuhan Kota Contantinople

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, pada hari Khamis 6 April 1453M. akhirnya
Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople bersama-sama
dengan tentera yang menjangkau jumpa 250 000 orang. Pada 12 April, tentera Sultan
Muhammad Al- Fatih mula melepaskan tembakan meriam bertalu-talu terhadap kubu
Contantinople yang mengegarkan kubu tersebut pada waktu siangnya. Pasukan tentera
Contantinople yang dipimpin oleh Maharajanya dan Giustiniani yang hanya mampu
melihat sahaja kubu mereka dibedil pada waktu itu. Namun, aspek yang menarik dapat
dilihat melalui tindakan tentera Contantinople pula yang berperanan merangkak keluar
dari tembok pada waktu malam untuk memperbaiki tembok yang rosak dengan begitu
cepat dan menjadikannya seperti keadaan kubu seperti sediakala. Apabila tiba waktu
pagi, tentera Turki terkejut kerana kubu yang mereka hampir berjaya mereka hancurkan
berdiri teguh seperti sediakala. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari arah lain
untuk memasuki bandar tersebut, namum tidak juga berjaya, melainkan ramai tentera
Sultan Muhammad Al-Fatih terkorban akibat terkena panah dan timah hitam panas yang
digunakan oleh tentera Contantinople ketika cuba memanjat tembok berkenaan. Selain
daripada serangan membedil dan memanjat tembok, satu lagi kaedah yang digunakan
oleh tentera Al-Fatih untuk memasuki kubu Contantinople ialah mengali 14 lubang
bawah tanah di bawah kubu. Semasa kerja-kerja pengalian dijalankan, kawasan dalam
kubu mengalami gegaran yang dahsyat. Walau bagaimanapun, perkara ini disedari oleh
Johann Grant dan kemudiaanya tentera Contantinople. Kesan daripada itu, apabila
muncul sahaja orang Turki daripada lubang tersebut, mereka membunuhnya dan selepas
itu tentera Contantinople memasukkan air kotor dan belerang dinyalakan dengan api yang
telah menyebabkan ramai tentera Al-Fatih terbakar dan terkorban, dan ternyata rancangan
itu turut gagal.

Apa yang jelas, semenjak hari pertama serangan lagi, tentera Byzantine telah berusaha
keras menghalang tentera Turki daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi
serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu beransur-ansur,
ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut arah yang mengerunkan
penduduk Contantinople sekaligus menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. Selain
dari serangan ke atas tembok, Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan pula Tentera
Laut Othmaniyyah bagi melakukan percubaan beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Tanjung Emas yang sukar untuk ditembusi. Untuk melepasi kawasan
terbabit tentera Sultan Muhammad Al-Fatih terpaksa pula berhadapan dengan tentera
pemanah Byzantine yang dibantu oleh tentera Eropah yang cukup bersedia menjaga
kawasan tersebut. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini dilhat
memberikan semangat pula kepada tentera Costantinople untuk terus bertahan. Dalam
masa yang sama juga, di Kota Contantinople, para paderi berjalan di lorong-lorong kota,
mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus
dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople daripada tentera Islam. Maharaja
Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama iaitu menyeru
orang-orang Contantinople berdoa dan mempertahankan Contantinople. Dalam masa
yang sama juga, kepungan tentera Al-Fatih masih belum berjaya disebabkan rantai besi
yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu yang menghalang laluan kapal-kapal
tentera beliau. Dalam pada itu, tentera Al-Fatih tetap terus melancarkan serangan demi
serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Uthmaniyyah telah berjaya
memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota.
Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari
serangan itu.

Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. Kesan
daripada serangan itu, Sultan Muhammad Al-Fatih kehilangan 200 orang tenteranya dan
ternyata serangan itu gagal merobek kubu tentera Contantinople. Pada hari yang sama,
beberapa buah kapal laut Uthmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung
Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis
serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyyah telah musnah menyebabkan
yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan
yang berterusan. Perkara ini menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih memerintahkan
serangan yang lebih teratur lagi. Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi
serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi
misi berkenaan dari pantai. Beliau sendiri telah menghantar utusan kepada tentera laut
yang sedang berperang dan kata-kata jihad kepada tenteranya;
".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja
kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu
semua hidup!".
Dalam masa yang sama, Sultan Muhammad Al-Fatih turut menunggang kudanya
sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan,
Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan
semangat tenteranya. Namun, tentera Contantinople berjaya juga mematahkan serangan
tentera Al-Fatih walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi
serangan yang kemudiaan terpaksa berundur.

Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu
memecat Palta Oglu yang cedera parah dan kehilangan sebelah mata akibat peperangan
itu. Jawatan Laksamana tersebut digantikan pula dengan Hamzah Pasha. Kesan daripada
petempuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fatih kehilangan 12, 000 tenteranya dan 300
kapal turut musnah. Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar
kepada tentera Uthmaniyyah sehinggakan Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu
cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja
perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah tanpa
menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih bahkan meningkatkan
lagi azamnya untuk menawan Contatinople. . Kegagalan serangan yang dibuat oleh
Sultan Muhammad Al-Fatih sebelum ini amat merunsingkan beliau disebabkan
tenteranya telah ramai terkorban dan belum berjaya menembusi tembok dan perairan
Tanjung Emas yang dihalang dengan rantai besi rasakasa itu. Apa yang pasti, setelah
berfikir dengan mendalam, Sultan Muhammad Al-Fatih akhirnya telah menemui satu
kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang
sekaligus membolehkan tenteranya memasuki Contatinople. Beliau telah memanggil
tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke
perairan Tanjung Emas melalui jalan darat.

Pada malam itu juga (22 April 1453), tentera Uthmaniyyah dengan semangat dan
kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui
bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu. Kaedah yang digunakan oleh Al-
Fatih ini dilihat sebagai langkah serta merta yang membawa kepada penawanan
Contantinople.

Pada keesokkan paginya, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir


tentera Al-Fatih di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana
tentera Al-Fatih itu boleh berlaku hanya pada satu malam yang berjaya memasuki
Tanjung Emas. Malah terdapat sejarawan barat mengatakan bahawa kaedah yang
digunakan oleh Al-Fatih dan tenteranya mendapat bantuan jin dan syaitan. Yilmaz
Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah
Byzantine berkata,
"Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih
telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan
bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini
telah mengatasi Alexander The Great.”

Kesan daripada penguasaan Al-Fatih di Tanjung Emas menyebabkan tentera


Contantinople dan eropah yang menjaga kawasan tersebut terkejut dan lari
menyelamatkan diri selepas berlaku pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Tentera
Contantinopel yang mempertahan kubu mereka bergegas menyerang tentera Al-Fatih di
Tanjung Emas. Keadaan ini menyebabkan tentera Al-Fatih yang berada di luar kubu
berjaya masuk dalam kawasan Contantinople dengan mudah sekaligus menyebabkan
tentera Contantinople terkepung. Dalam masa yang sama Costantine telah bermesyuarat
dengan para pemimpin kerajaan gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak
cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di
Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga
ke titisan darah yang terakhir. Dengan kedudukan tentera Uthmaniyyah yang sudah
semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran
ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam juga telah memusnahkan sebuah kapal
dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka
telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata.

Apa yang pasti semenjak kejayaan kapal tentera laut Al-Fatih memasuki perairan
Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Sultan Muhammad
Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir selepas kejayaannya membawa
kapal-kapal perangnya memasuki perauran Tanjung Emas. Beliau sekali lagi berusaha
supaya Maharaja Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah
dengan menghantarkan utusannya. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, ternyata
Maharaja Costantine tidak berganjak daripada keputusan awalnya. Oleh sebab
keengganan Maharaja Contantinople menyerah diri, pada hari Selasa 20 Jamadil Awal
857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan ke atas Contantinople. Tentera Al-
Fatih diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang
kota untuk mengerunkan pihak musuh. Selepas itu, Tentera Uthmaniyyah akhirnya
berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah
mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat
kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya
supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau sendiri menemui ajal dalam keadaan yang
amat mengaibkan dan sekaligus menghuru-hara tenteranya. Berita kematian Costantine
telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya,
tentera Contantinople menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar.
Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya
berjaya mencapai cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut
dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih. Beliau bertitah,
".. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan
kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku"
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat
perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di
wajah masing-masing apabila beliau dan tenteranya menghampiri pintu gereja terbabit.
Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya
menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar
dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus
menyatakan keislaman mereka. Secara rasminya pada tanggal yang sama Contantinople
akhirnya jatuh ketangan Sultan Muhammad Al-Fatih pada 20 Jamadil Awal 857H / 29
Mei 1453M selepas 53 hari berlangsungnya tempoh pengepungan yang begitu dahsyat.
Constantinople di bawah Pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih

Kejatuhan Constantinople kepada Sultan Muhammad Al Fatih memberikan kesan yang


sangat penting bagi perubahan dan pergolakan sejarah dunia. Hal ini termasuklah
penukaran nama Constantinople kepada Istanbul. Malah, menurut pandangan sarjana
barat, pembukaan Istanbul oleh umat Islam menandakan berakhirnya zaman pertengahan
dan bermulanya era moden. Al Fatih seterusnya menjadikan Istanbul sebagai metropolis
Islam. Penduduk Kristian tidak diusir tetapi mereka sebaliknya dibenar tinggal di Istanbul
dan di beri layanan yang adil.

Langkah awal yang dibuat oleh Sultan Muhammad Al Fatih setelah menguasai
Constantinople ialah menukar Hagia Sopia Chatheral kepada masjid dan sembahyang
Jumaat pertama diadakan di sana. Beliau juga menukar jawatan Sultanul Barreyn
Hakkanul Bahreyn Emirul kepada Ibn Sultan Mehmed Bin Murad Khan. Al Fatih
mencalonkan Gennadios sebagai Bishop kepada Gereja Ortodok dan memberikan
kebebasan agama kepada semua orang bukan muslim. Selain itu, Al Fatih meminta guru
agama, Sheikh Aushemseddin untuk mengenalpasti Jasad Abu Ayub al- Ansiri
dikebumikan dengan kaedah mencari lokasi jasad tersebut dengan menggunakan ilmu
Muhashefe. Al Fatih membina sebuah makam yang indah dan masjid untuk menghargai
Abu Ayub al-Ansiri. Sebelum Abu Ayyub meninggal dunia, beliau sempat berwasiat
iaitu jika beliau wafat, beliau meminta jasadnya dimakamkan di titik terjauh dicapai oleh
kaum Muslim. Dan para sahabatnya berhasil menyelinap dan memakamkan beliau disisi
tembok benteng Constantinopel di wilayah Golden Horn.

Di Istanbul, agama Kristian Ortodok masih lagi mencari pengaruh. Al Fatih menghantar
surat kepada Sharif Mekah al Mukarammah tentang kejayaannya menawan
Constantinople. Surat kedua pula dihantar kepada Inal Syah di Mesir tentang kejayaannya
ini. Beliau juga turut menghantar surat kepada Syah Jehan iaitu ketua di Iran yang mana
Al Fatih mengatakan Mujahiddin Islam berjaya membuka kota Constantinople kepada
orang Islam melalui bantuan daripada Allah swt sebagaimana pembukaan Mekah kepada
orang Islam. Sebagai balasanya, Shahjihan menggunakan ayat daripada al Quran untuk
membalas surat Al Fatih dengan berkata bahawa sememangnya kami kami menjadikan
kamu khalifah di muka bumi. Ini menguatkan lagi Al Fatih untuk menjadi khalifah
selepas menakluk Constantinople dan sekali gus melenyapkam Rom Timur.
Penentangan orang Islam disebabkan oleh agama amat menyentuh hati orang kristian
Eropah. Penawanan Constantinople oleh orang Islam amat tidak disangka oleh orang
Kristian Eropah. Putera Henry Portugal mengatakan bahawa pencapaian orang Islam
sama seperti kejayaan Kristian di Timur dan Afrika. Kekalahan Constantinople adalah
berpunca daripada sikap monopoli dan pembayaran cukai kepada Pope. Fakta ini
disahkan oleh Papalbull pada 8 Januari 1455.
Posted by TROJAN ARMY at 3:46 AM

Muhammad al-Fatih
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Muhammad al-Fatih

Muhammad II (Bahasa Arab: ‫ محمد الثانى‬juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (


‫ الفاتح‬atau "si Penakluk" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia
pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang
memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446
dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21
tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah
pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404r11;51) ibunya Huma Hatun,
anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman


dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains,
matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan
Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk
selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan
Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang
tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh
Rasulullah S.A.W
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah
sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. r1;

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi
perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani
Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika
ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada
panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan
seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin
mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan
memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan
lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang
dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda
merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar
As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan


berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople
kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa
Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina
bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan
solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud
sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan
solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul 1453M

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Dato' Husam Musa


Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan
menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota
Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang
kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di
sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara
untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri


berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat


b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan
bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota
Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan
Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan
lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25
kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat
Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan
dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di
pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia
sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan
jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik
sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak
berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah
mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini
menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan
gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas
Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29
Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program
penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru
yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin
yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir
apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk
dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian,
Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang
dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan
sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat
mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang
tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang


malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'.
Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan
keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan
bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis
teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah
bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad
dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal


raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat
berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan
juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh
telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan
ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk
mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh
meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh
meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan
seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara
Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda
dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu!
Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.
Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang
bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah
antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan
seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada
sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km
ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur
dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di
depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah
terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari
lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada
serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan
mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota


Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik
pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota
Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina
bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina
oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi
juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan
untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan
penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan
misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda
baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja
terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata
berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14
tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin
menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin
Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang
untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin


yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian
dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu
berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk
menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad
bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan


melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi
bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera
terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang
baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat
yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti


pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat
fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara


kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu
malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri!
Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud
sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada
Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar
membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang
wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat,
memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa
sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al
Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang
bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan
padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai
cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q
Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian
Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan


keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar
tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja
terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar


sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang
mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja.
Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas
lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah
sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan
misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang
merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain
Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_

Abu Qubail menuturkan dari Abdullah bin Amr bin Ash, “Suatu ketika kami
sedang menulis di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau ditanya, “Mana yang
terkalahkan lebih dahulu, Konstantinopel atau Romawi?” Beliau menjawab, “Kota
Heraklius-lah yang akan terkalahkan lebih dulu.” Maksudnya adalah
Konstantinopel.” [H.R. Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim]

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang


menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah
komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad
4/335]

apapun semangat ini patut menjadi role model pd remaja skrg...


bayangkan seumur muda 21tahun...Sultan Muhammad Al-Fateh telah menunjukkan
semangat jihad dan ketaqwaan kepada Allah...
tenteranya yg 250 000 itu dikatakan, tidak pernah meninggalkan solat sejak baligh lgi...
dan selalu sembahyang pada awal waktunya disertai dgn solat sunat...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...


Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami (Umat islam ) didunia dan diakhirat skrg
dlm menegakkan syiar islam kami Ya Allah...

Ampunkan dosa kami Ya Allah...


jauhkan kami dari manusia yang lalai keduniaan...

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul)
akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah
sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.
Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang
diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan


penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau
bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5
kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2
kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar
Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding
kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin
dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak
kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi
saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan
Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya


sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki –


Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir
800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam
Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 –
1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang
memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana
sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang


keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar
tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima
tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di


zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia,
Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda ,
Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia,
telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam
usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli
Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga
ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan
rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan
mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople
setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-
sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima
perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh
menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah
Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah
yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing
sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini
mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat
dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila
diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota
Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera
Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka
dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja
Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut
dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam
selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari
dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya
memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan
tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang
kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan


kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah
hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian
diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara
tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat
sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah.
Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada
malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka
kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga
dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin
menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan
bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan


rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini
Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk
mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan
kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak
bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah
musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan
pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar
namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada
Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu
melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih”
iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun
lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan
solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak
seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini
pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini
semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah
dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah
diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

You might also like