You are on page 1of 14

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010


DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam
Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:

1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan


SPM 2009.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA


kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran
terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari
kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII

Matematik / Matematik Tambahan VIII

Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional /


Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al


Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /


Bahasa Cina / Bahasa Tamil

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip


Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah
Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA
mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat
dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawahdengan syarat
terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Garis Panduan T6 2010 - 7


ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang-


kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi
18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari
kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Awam /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
. Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan /
Teknologi Maklumat / Pengajian
Agroteknologi / Pengurusan Makanan /
Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak
kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.

Garis Panduan T6 2010 - 8


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DAN SEKOLAH MENENGAH
AGAMA BANTUAN KERAJAAN

Murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah


Agama Bantuan Kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah
2010 hendaklah memenuhi keempat-empat syarat berikut:

1. Memperoleh Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan


SPM 2010..

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan AGAMA, calon mesti LULUS dalam mata pelajaran
Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi). Calon juga mesti memperoleh
TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA
mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan
yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al


Sunnah

VII Matematik / Matematik Tambahan

VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional /


Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip


Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah
Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi


TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti
tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan
syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Garis Panduan T6 2010 - 9


3. Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di
Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah
mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada
tiga kumpulan yang berlainan.

4. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak
kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.

Garis Panduan T6 2010 - 10


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 DI
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA) DI KISAS DAN SMAP LABU

Murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah


Agama Bantuan Kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah
2009 hendaklah memenuhi keempat-empat syarat berikut:

1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan


SPM 2009.

2. (A)Untuk kemasukan ke jurusan AGAMA, calon mesti mendapat KEPUJIAN


sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab
(Komunikasi). Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred
tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya
hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al


Sunnah

VII Matematik / Matematik Tambahan

VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional /


Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip


Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah
Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi


TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti
tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan
syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Garis Panduan T6 2010 - 11


3. Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di
Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah
mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada
tiga kumpulan yang berlainan.

4. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak
kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.

Garis Panduan T6 2010 - 12


LAMPIRAN B

GARIS PANDUAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN ENAM BAWAH 2010

TINDAKAN JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Jabatan Pelajaran Negeri akan menerima tiga (3) salinan senarai murid yang
layak untuk masuk Tingkatan Enam Bawah 2010 dalam negeri masing-masing.

i. Salinan Pertama adalah untuk simpanan dan rujukan Jabatan Pelajaran


Negeri.

ii. Salinan Kedua adalah untuk dihantar ke sekolah asal calon yang terpilih,
dengan surat memaklumkan antara lain, bahawa calon yang namanya
tiada dalam senarai bererti tidak terpilih.

iii. Salinan Ketiga adalah untuk dihantar ke sekolah pusat Tingkatan Enam di
mana calon berkenaan ditempatkan.

2. Seberapa boleh, calon hendaklah ditempatkan ke sekolah pusat Tingkatan Enam


yang berhampiran dengan alamat kediaman masing-masing, tertakluk kepada
jurusan pengajian dan kekosongan tempat belajar, kecuali bagi sekolah yang
mempunyai kemudahan asrama.

3. Murid hendaklah melapor diri pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam
Bawah 2010. Jika terdapat juga murid yang lewat melapor diri, terpulang kepada
budi bicara pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk menerima murid berkenaan
sekiranya sebab-sebab kelewatan adalah munasabah.

4. Calon yang sedang menunggu tawaran masuk ke program-program tertentu di


bawah rancangan bersama kerajaan seperti kursus Matrikulasi, kursus Persiapan
ke Seberang Laut dan sebagainya, dinasihatkan supaya melapor diri dahulu ke
Tingkatan Enam Bawah sehingga mendapat pengesahan tawaran berkenaan.

5. Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua-


Pengetua Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik / Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan
Maktab Rendah Sains MARA dan Maktab Tentera Diraja supaya menyediakan
senarai nama murid (Lampiran T6SBP) berdasarkan alamat tempat tinggal dan
negeri masing-masing. Senarai nama calon yang layak ke Tingkatan Enam
hendaklah dihantar ke Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan untuk tujuan
penempatan.

6. Kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dipohon agar data Tingkatan Enam
Bawah/ Atas yang mutakhir pada tarikh 10 Mei 2010 dan seperti dikehendaki
dalam Borang KPT6 dapat dikembalikan semula ke Bahagian Sekolah selewat-
lewatnya pada 31 Mei 2010.

7. Calon-calon yang masih dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan sebaik sahaja program
ini tamat dengan mengemukakan dokumen berkaitan.

Garis Panduan T6 2010 - 13


LAMPIRAN C

RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM BAWAH 2010


BERDASARKAN KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2010 boleh
membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua
sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK pada 10 Mei 2010.

2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan


kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis seperti dalam Jadual pada
Lampiran C 1 dan C 2.

3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada
1 Januari 2010.

4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil


peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.

5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar


dalam jurusan yang dipohon.

6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan
dipertimbangkan .

* Nota:

Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan


sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan
dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya
mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2010.

Garis Panduan T6 2010 - 14


LAMPIRAN C 1

KRITERIA KELAYAKAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM BAWAH 2010


BERDASARKAN PENGLIBATAN KOKURIKULUM

PENCAPAIAN AKADEMIK JAWATAN PERWA


KILAN

A 13 / S 19 1 Kod 3 ATAU 1 Sekolah

3 Kod 4 ATAU 3 Rumah Sukan

1 Kod 4 DAN 2 Rumah Sukan

2 Kod 4 DAN 1 Rumah Sukan

A 14 / S 20 1 Kod 2 ATAU 1 Daerah

3 Kod 3 ATAU 3 Sekolah

1 Kod 3 DAN 2 Sekolah

2 Kod 3 DAN 1 Sekolah

3 Kod 4 DAN 2 Sekolah

A 15 / S 21 1 Kod 1 ATAU 1 Negeri

3 Kod 2 ATAU 3 Daerah

1 Kod 2 DAN 2 Daerah

2 Kod 2 DAN 1 Daerah

3 Kod 3 DAN 2 Daerah

2 Kod 3 DAN 3 Daerah

A 16 / S 22 1 Kod 0 ATAU 1 Negara

1 Kod 0 ATAU 2 Negeri

1 Kod 1 DAN 1 Sekolah

1 Kod 2 DAN 1 Negeri

Garis Panduan T6 2010 - 15


LAMPIRAN C 2

KOD JAWATAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM

JAWATAN JAWATANKUASA PUSAT JAWATANKUASA KECIL AHLI


KP TN S B PS PB KP TN S B PS PR BIASA
Pengawas 0 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
Sekolah
Pengawas Asrama 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
Pengawas 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
Perpustakaan
Pengawas Sukan 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
Sidang Redaksi 2 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5
Majalah Sekolah
Pasukan Pakaian 2 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 5 6
Seragam
Rumah Sukan 2 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 5 6
Persatuan/Kelab 2 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 5 7
J/K Ad Hoc Hari 5 6 6 7 7 7 7 7 8 8 8 8 8
Perayaan
Kelas 5 6 6 7 7 7 7 8 8 8 8 8 9

PENUNJUK:

KP = Ketua/Pengerusi
TN = Timbalan Ketua/Naib Pengerusi
S = Setiausaha
B = Bendahari
PS = Penolong Setiausaha
PB = Penolong Bendahari/Pemeriksa Kira-Kira

Garis Panduan T6 2010 - 16


LAMPIRAN D

KRITERIA PENGAMBILAN CALON PERSENDIRIAN


KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 SEKOLAH KERAJAAN KEPUTUSAN

DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Calon persendirian/swasta SPM 2010 yang memohon memasuki Tingkatan Enam


Bawah 2010 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan


seperti di Lampiran A.

3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.

4. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen yang


telah disahkan ;

a. Keputusan peperiksaan SPM 2010;

b. Sijil kelahiran;

c. Kad pengenalan;

d. Rekod persekolahan yang terperinci dari persekolahan rendah hingga


persekolahan menengah; dan

e. Perakuan dan sokongan pengetua sekolah/pegawai kerajaan, perakuan


rekod disiplin yang baik dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.

f. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.

Garis Panduan T6 2010 - 17


LAMPIRAN E

PENGAMBILAN CALON STPM 2009 SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN


UNTUK MENGULANG BELAJAR DI TINGKATAN ENAM ATAS 2010

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2010 tetapi
ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat
permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-

1.1 Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010;

1.2 Memperoleh keputusan STPM 2009 bagi dua (2) mata pelajaran dengan
keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu
mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu
mata pelajaran lulus sebahagian;

1.3 Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil


peperiksaan STPM 2010 sebagai calon sekolah;

1.4 Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai


Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan

1.5 Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan


Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.

2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon
memenuhi semua syarat di atas.

3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan
STPM diumumkan.

Garis Panduan T6 2010 - 18


LAMPIRAN F

PENGAMBILAN CALON SPM ULANGAN 2010 KE TINGKATAN ENAM ATAS 2011

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
SPM Ulangan 2010 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2011
dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :

2.1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.

2.2. a. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di Lampiran A :

ATAU

b. Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran


syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang,
permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana
calon mengambil peperiksaan SPM.

2.3 Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon
berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.

2.4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa


mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2009 di sekolah persendirian /
swasta.

3. Tarikh tutup permohonan adalah dua (2) minggu selepas pengumuman


keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2010.

Garis Panduan T6 2010 - 19


LAMPIRAN G

GARIS PANDUAN MEMPROSES BORANG T6BKK & T6BCP

TINDAKAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Setiap borang yang diterima hendaklah dicop tarikh penerimaannya.

2. Pastikan dahulu salinan keputusan SPM 2009 dan dokumen-dokumen lain


pemohon telah disahkan oleh pihak berkenaan.

3. Semak data umur pemohon dan gred mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2010
Garis Panduanyang diperoleh.

4. Tentukan jurusan (Sains atau Kemanusiaan) yang diminta oleh pemohon. Jika
tidak dinyatakan oleh pemohon, pihak Jabatan Pelajaran Negeri berhak
menentukan jurusan yang sesuai berdasarkan kelayakan akademik dan
kekosongan tempat belajar yang masih ada.

5. Tentukan mata gred mata kognat yang diperolehinya.

6. Tuliskan tarikh serta keputusan kelulusan dan ditandatangani oleh pegawai yang
diberi kuasa.

7. Senaraikan pemohon-pemohon yang layak mengikut keutamaan mata gred


dan tentukan jumlah penempatan maksimum berdasarkan kekosongan tempat
belajar yang masih ada di sekolah pusat Tingkatan Enam. Keutamaan
hendaklah diberikan kepada pemohon yang terbaik mata gred mata kognat dan
calon sekolah.

8. Bagi permohonan yang membabitkan orang kenamaan, keputusan sama ada


berjaya atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada pemohon dengan surat rasmi
yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan satu salinan
kepada orang kenamaan berkenaan.

Garis Panduan T6 2010 - 20

You might also like