You are on page 1of 6

PERKEMBANGAN SISTEM

KOMUNIKASI DI MALAYSIA

Pada mulanya, gajah digunakan sebagai sistem komunikasi. Budaya penggunaan gajah
ini telah tersebar di seluruh Asia. Gajah di gunakan untuk berperang, mengangkut
manusia dan membawa barangan.

TAHUN AKTIVITI

1870
Telekomunikasi di Malaysia bermula dengan hubungan telegraf
dasar laut yang pertama antara Malaysia dan Indonesia. Rangkaian
ini telah diperluaskan ke London pada 1879.

1885 Landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Kuala
Sepetang terutamanya untuk mengangkut bijih timah.

1891 Ibu sawat telefon yang pertama telah dibina di Kuala Lumpur.

1926 Banjir besar telah memberikan tekanan ke atas perkhidmatan


kecemasan untuk memberikan bantuan kepada mangsa.
Perhubungan radio didapati amat berkesan untuk menyampaikan
maklumat dan mengendalikan usaha menyelamat mangsa.

1929 Radio Polis Diraja Malaysia yang pertama menghubungkan Pulau


Ketam dan Pelabuhan Klang.

1931 Siaran radio komersial yang pertama dibuat dari Stesen Radio Bukit
Petaling.

1936 Perhubungan seberang laut dari Kuala Lumpur ke negara lain melaui
radio, pertama kali diadakan.

1937 Buku panduan telefon yang pertama diterbitkan.


TAHUN AKTIVITI

1941-1945
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan
kesengsaraan kepada rakyat dan kerosakkan yang teruk ke atas
infrastruktur komunikasi negara. Semasa pengunduran , kedua-dua
belah pihak telah memusnahkan peralatan supaya pihak musuh tidak
dapat menggunakannya.

1946 Telex yang pertama diperkenalkan. Bermulanya penghantaran


maklumat bercetak melalui kawat.

1948 Pusat Latihan Gracelyn (kini MMC) ditubuhkan. Pengalaman


pelatih di sini telah menjalin suatu ikatan di antara pekerja Telekom
Malaysia kini TM.

1959 Rangkaian gelombang mikro di Malaysia memainkan peranan yang


penting untuk transmisi telefon. Stesen yang pertama telah didirikan
di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

1962 Dail terus ke Singapura! Perkhidmatan STD pertama kali


diperkenalkan.

1963 Penyiaran televisyen pertama kali diadakan. Pada tahun ini,


televisyen gambar hitam putih yang pertama diperkenalkan.

1965 SEACOM ( South East Asia Commonwelth) menghubungkan


negara-negara Komanwel. Satu kabel dasar laut yang
menghubungkan Singapura, Kota Kinabalu dan Hong Kong telah
dipasang.

1970 Stesen setelit bumi antarabangsa yang pertama dibina di Kuantan


dan membolehkan siaran langsung televisyen luar negeri.

1975 Teleks automatik pertama kali diperkenalkan.


TAHUN AKTIVITI

1979
Menelefon secara terus ke seluruh dunia. Perkhidmatan
antarabangsa terus dial diperkenalkan di Malaysia.

1980 Ibu sawat elektronik sepenuhnya yang pertama diperkenalkan di


Taman Pelangi, Johor Bharu.

1983 Pelancaran stesen Pantai Kuala Muda untuk perkhidmatan maritim


antarabangsa.

1984 MAYPAC (Rangkaian Data Awam Suis Paket Malaysia) rangkaian


data suis yang pertama diperkenalkan.

1985 Teknologi ATUR 450 (Telefon Automatik Melalui Radio) mewakili


telefon bergerak tanpa tali canggih.

1986 Pelanggan telefon yang kesejuta didaftarkan di Kuching.

1987 Operasi Jabatan Telekom diswastakan. Logo baru, misi korporat dan
peningkatan taraf perkhidmatan yang terjamin.

1988 TELITA (Perkhidmatan Videoteks STM) dan telemail dilancarkan.


Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat
‘on-line’ terkini di premis sendiri.

1990 Telekom Malaysia telah menyenaraikan sahamnya di BSKL untuk


mempertingkatkan modalnya. Telekom Malaysia juga memberikan
beribu-ribu rakyat Malaysia peluang perkongsian bersama masa
depan syarikat.

1991 Pelancaran perkhidmatan Malaysia Direct.

1992 Smartfon diperkenalkan. Panggilan boleh dibuat pada bila-bila masa


di dalam zon Smartfon.
TAHUN AKTIVITI

1993
Menara Kuala Lumpur dilancarkan. Fungsi menara ini ialah sebagai
penyalur dan penerima maklumat komunikasi.

Jun 1994 Rangkaian Antarabangasa ISDN (Integrated Services Data Network)


dilancarkan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Dato’
Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali (ketika itu)

31 Mac 1995 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah
menyempurnakan upacara pecah tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat
baru Telekom Malaysia di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

15 Disember - Telekom Malaysia telah melancarkan perkhidmatan TeleFardhu


1995 yang menyediakan informasi waktu sembahyang kepada lebih 11
juta umat islam di negara ini.

7 Ogos 1996 - POLISinfoLINE, satu lagi perkhidmatan Infoline oleh Telekom


Malaysia telah diperkenalkan untuk kemudahan pemilik kenderaan
memperolehi maklumat berkaitan kesalahan dan saman lalulintas.

1 Oktober 1996 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah
merasmikan Menara Kuala Lumpur. Pembinaan Menara Kuala
Lumpur siap sepenuhnya pada Mei 1996 dan dibuka kepada orang
ramai pada 23 Julai 1996.

2 Disember 1996 - Telekom Malaysia melancarkan perkhidmatan UPU Infoline


bertujuan membantu pelajar-pelajar mendapatkan maklumat
berkaitan permohonan mereka untuk memasuki institut pengajian
tinggi.

12 Mac 1997 - Dato’ Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas Timbalan Menteri
Dalam Negeri (sekarang Hal Ehwal Dalam Negeri) telah
melancarkan IMIGRESEN infoLINK. Perkhidmatan ini
menyediakan maklumat mengenai imigresen.

1 April 1997 - Dato’ Hj Abu Hassan bin Omar, bekas Menteri Perdagangan
Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah melancarkan LEGAL
InFOLINE, perkhidmatan yang memudahkan orang ramai
memperoleh maklumat umum mengenai undang-undang.
TAHUN AKTIVITI

14 Ogos 1997
- Tun Dr Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia,
telah merasmikan Menara Alor Star. Menara bernilai RM 40 juta
dan mempunyai ketinggian 165.5 meter ini bukan sahaja berfungi
sebagai menara telekomunikasi tetapi juga sebagai pusat
pelancongan.

28 Julai 1998 - TM Clip atau Paparan Nombor pemanggil (CLIP) yang dahulunya
hanya boleh didapati pada telefon bimbit dan talian Rangkaian
Digital Bersepadu (ISDN), kini boleh didapati pada talian tetap
telefon PSTN dan pengguana Centrex.

5 Julai 1999 - Komitmen Telekom Malaysia dalam menjadikan Koridor Raya


Multimedia (MSC) satu realiti telah terbukti dengan pelancaran
‘Cyberjaya Central’ yang menyediakan perkhidmatan
telekomunikasi kepada pelanggan dan penduduk di sekitar
Cyberjaya dan Putrajaya.

17 Mei 2000 - iTalk, sistem yang berasaskan teknologi ‘Voice Over Internet
Protocol’ (VoIP) telah dilancarkan. Perkhidmatan ini membolehkan
pelanggan berjimat untuk caj panggilan jarak jauh dan antarabangsa
terus dial (IDD).

16 April 2001 - Telekom Malaysia telah memperkenalkan Rangkaian VSAT


generasi kedua. VSAT merujuk kepada perkhidmatan
komunikasi digital ‘Very Small Aperture Terminal’, yang
dipancarkan melalui satelit bumi. Sistem ini menyediakan
perkhidmatan internet, suara, faks, data dan perkhidmatan
multimedia.

26 April 2001 - TMnet Streamyx, perkhidmatan yang membolehkan pengguna


mengakses internet berkelajuan sehingga 2.0 Mbps dilancarkan.

21 September - Telekom Malaysia telah melancarkan perkhidmatan TM CDMA


2001 Wayarles di Bau, Kuching Sarawak. Sarawak merupakan negeri
pertama menikmati perkhidmatan Wayarles CDMA.
TAHUN AKTIVITI

20 Jun 2002
- Telekom Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan
Kaji Cuaca Malaysia telah melancarkan perkhidmatan
InfoCuaca melalui talian 600 82 7752 yang membolehkan orang
ramai mendapatkan maklumat berkenaan cuaca.

10 Februari 2003 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah
merasmikan Menara Telekom, Ibu pejabat baru Telekom
Malaysia di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Menara
Telekom Malaysia itu berketinggian 310 meter dan mempunyai
77 tingkat.

23 Disember - Telekom Malaysia telah mengadakan upacara pecah tanah bagi


2003 pembinaan Stesen Kabel Dasar Laut Antarabangsa di Pengkalan
Balak, Melaka. Apabila siap kelak, stesen ini akan
menempatkan Sistem Kabel Dasar Laut Dumai-Melaka
(DMCS) dan Sistem Kabel Dasar Laut Asia Tenggara-Asia
Tengah-Eropah Barat 4 (SEA-ME-WE 4)

April 2004 - Perlancaran Penjenamaan semula oleh YAM PM

2 September 2004 - TM bersama kerajaan Malaysia telah melancarkan pakej Pesara


Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan talian tetap kediaman
untuk pesara kerajaan dan pesara tentera.

24 September - TM telah memenangi anugerah FIABCI Property Award of


2004 Destination 2004 (Malaysian Chapter) bagi kategori
Pembangunan Pejabat untuk ibu pejabatnya, Menara Telekom
Malaysia.

You might also like