P. 1
Teks Ucapan YDP PIBG , Mesyuarat Agung Ke-19 2010

Teks Ucapan YDP PIBG , Mesyuarat Agung Ke-19 2010

|Views: 15,389|Likes:
Published by khalidkr

More info:

Published by: khalidkr on Mar 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/26/2013

pdf

text

original

Teks Ucapan YDP PIBG Sempena Majlis Anegerah Junjung Bestari 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali

ke- 19 Terima kasih Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Hj. Abu Bakar bin Md. Ali, BCK. Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Yang Berusaha Puan Hajah Sarifah bt. Mustafar, Pengetua SMK. Junjung, Tuan-tuan Pengetua Daerah Kulim Bandar Baharu serta wakil, Tuan-tuan Guru Besar Daerah Kulim Bandar Baharu serta wakil, Ahli Jawatankuasa PIBG SMK. Junjung, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Junjung Bestari 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali-19, , guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saya melahirkan perasaan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis Anugerah Junjung Bestari 2010 dan insya -Allah Mesyuarat Agung PIBG kali ke -19 selepas ini. Saya amat mengalu-alukan Yang Berusaha, Tuan Hj. Abu Bakar bin Md. Ali, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu dapat bersamasama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, Tuan dapat hadir ke majlis yang telah dirancangkan ini. Kami berasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan prihatin Tuan PPD terhadap kami. Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran Tuan PPD akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Junjung untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana ia menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan global dan regional /serant au. Antaranya cabaran adalah melestarikan tahap profesyen dan menjadikan kualiti perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti . Negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan atau terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan. Tahniah, saya ucapkan kepada para pelajar dan waris pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong d an pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Tuan PPD dan hadirin yang dihormati yang dihormati sekalian, Selepas Majlis Anugerah Junjung Bestari nanti, Insya -Allah kita akan bermesyuar at dan bersama-sama menentukan komitmen PIBG untuk membantu pihak sekolah. PIBG bukan sahaja membantu dengan

memberi sumbangan wang atau dana daripada tuan -tuan dan puan -puan kepada pihak sekolah, malah antara perkara utama yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak -anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan. Komitmen tuan -tuan dan puan -puan adalah kebanggaan saya. Saya suka menyentuh beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kita sebagai waris SMK. Junjung. Kita yakin, tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejay aan dan kecemerlangan tidak akan tercapai. Kita juga mesti sedar, kebanyakan sekolah juga tidak terlepas daripada ledakan isu -isu yang berkaitan pelajar. Para waris semestinya sedar dan prihatin mengenai masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, merokok, buli, melawan guru, personaliti diri, mencuri dan seumpamanya. Walaupun masalah ini bukan sesuatu yang serius di sekolah ini, k eperihatinan para waris akan menatijahkan sesuatu yang bermakna untuk sekolah. Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan Tuan PPD dan Tuan Pengetua , kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan r ibuan terima kasih sekali lagi kepada Tuan PPD, Tuan Pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Junjung Bestari 2010 da n Mesyuarat Agung PIBG kali ke -19, para waris SMK. Junjung dan hadirin yang dihormati sekalian. Terima kasih at as kesudian tuan-tuan dan puanpuan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh . Terima kasih. EN. HABIB MARIKAN BIN BAWASAH. YDP PIBD, SMK. JUNJUNG. SESI 2009 / 2010.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->