You are on page 1of 4

1.

0 PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

1.1 DEFINISI LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh


badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan
mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat,
melompat, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan
galop.[1]

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan


disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian
tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan
bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong
pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk,
gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik
setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.

Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan


kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya.
Manakala bukan lokomotor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-
otot kecil.

1.2 NILAI POSITIF GERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran


pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti berkumpulan,
kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti tersebut.

[1]
Galop merupakan pergerakan melompat yang meniru gaya kuda melompat.
Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja
memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif
dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti
lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan,
bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

1.2.1 Kerjasama

Kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-


menolong atau gotong-royong, selain itu ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja
(usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau
beberapa pihak), atau sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan,
persefahaman, dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah
bersama.

Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang
boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dikalangan murid-murid. Ini kerana
pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan.
Maka dari situ secara tidak lansung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan
sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

1.2.2 Keberanian

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, keberanian bermaksud


kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-
lakian, kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna
mempunyai sifat-sifat berani.

Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas


di mana murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan
seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing.
1.2.3 Semangat berpasukan

Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan


sesuatu secara berkumpulan.[2] Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat
berpasukan juga dapat dipupuk dikalangan murid-murid. Semangat bantu-menbantu
dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan.

1.2.4 Berdisiplin

Merujuk kepada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut


tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh
(taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas
murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan
ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin.

1.2.5 Gembira

Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu
sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah
semestinya akan menadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik.
Oleh yang demikian murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan
dengan rasa seronok.

[2]
Hajah Noresah Bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
1.3 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

Mempelajari kemahiran pergerakan adalah suatu yang penting. ia bukan sahaja


penting kepada jasmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting dalam semua
perkara dalam membina individu yang seimbang. Antara kepentingan-kepentingannya
ialah :

Diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun
dalam aktiviti sukan dan rekreasi
Meningkatkan potensi kreativiti murid.
Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan
Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak
Mengembangkan sikap jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya
diri.
Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur
badan yang baik
Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian
tubuh badan
Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

You might also like