Professional Documents
Culture Documents
Sekolah Wawasan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi kaum. Sekolah
Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara
lansung kerana mereka berkongsi kantin,padang permainan,dewan,dan kemudahan lain di sekolah.
Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami satu dengan yang lain. Dengan itu, mereka
akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum-kaum yang lain.
Perasaan syak wasangka antara kaum dapat di hindarkan. Hal ini dapat memupuk persefahaman kaum
dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.
Sekolah Wawasan membantu murid-murid menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan
lebih baik. Di sekolah vernakular ,murid-murid berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. Mereka
hanya hanya bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu semasa mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu,tahap penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu murid-
murid sangat mengecewakan. Sebaliknya, di Sekolah Wawasan ,murid-muridnya terdiri daripada
pelbagai kaum. Mereka terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk
berkomunikasi . Kekerapan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu membolehkan mereka
dapat berkomunikasi dengan lebih lancar dalam bahasa-bahasa itu.
Walau bagaimanapun , konsep Sekolah Wawasan mendapat bantahan daripada segelintir anggota
masyarakat . Masyarakat Cina membantah kerana mereka menganggap Sekolah Wawasan akan
menghapuskan identiti dan bahasa ibunda mereka. Masyarakat Melayu juga membantah kerana mereka
mendakwa Sekolah Wawasan akan menjejaskan identiti Sekolah Agama Rakyat oleh sebab agama Islam
tidak dapat diajarkan sepenuhnya di Sekolah Wawasan. Sikap cauvinis inilah yang merupakan halangan
kepada usaha kerajaan untuk memperluas konsep Sekolah Wawasan.
Pembinaan Sekolah Wawasan juga didakwa akan membebankan kerajaan dari segi kewangan.
Kini,harga tanah semakin tinggi dan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli
tanah bagi pembinaan Sekolah Wawasan. Kos pembinaan Sekolah Wawasan yang lengkap dengan
kemudahan canggih juga pasti tinggi. Tambahan pula,Malaysia menghadapi kegawatan ekonomi ekoran
ekonomi dunia yang meleset. Oleh itu,kerajaan harusmemperuntukkan wang yang lebih untuk tujuan
memulihkan serta mengukuhkan ekonomi Negara daripada membina Sekolah Wawasan.
Sebagai kesimpulannya,Sekolah Wawasan amat penting kepada masa depan Negara. Walaupun
terdapat bantahan daripada pihak-pihak tertentu,kerajaan bertekad akan terus membina Sekolah
Wawasan yang lebih banyak di seluruh Negara demi memupuk perpaduan dan integrasi kaum.
Kebanyakan universiti awam tempatan telah lama memperkenalkan program pendidikan jarak
jauh. Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Wawasan telah ditubuhkan khusus untuk menawarkan
program pendidikan jarak jauh.
Program pendidikan jarak jauh menambah peluang pendidikan. Pada masa sekarang,universiti
awam . Pada masa sekarang ,universiti awam tidak dapat menampungsemua pelajar yang layak
memasuki universiti. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat di universiti awam ini tidak mampu
memasuki Institusi Pengajian Tinggi Swasta kerana yuran pengajian sangat tinggi. Dengan adanya
program pendidikan jarak jauh, pelajar-pelajar ini dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
Pelajar-pelajar yang miskin jugadapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan kerana kos untuk
program pendidikan jarak jauh adalah murah.
Pelajar-pelajar program pendidikan jarak jauh juga kurang serius dalam pelajaran mereka. Ramai
pelajar mungkin sudah bekerja atau berkahwin. Golongan yang sudah bekerja mungkin tidak dapat
memperuntukkan masa untuk belajar. Golongan yang sudahberkahwin pula mungkin dibebani
tanggungjawab keluarga yang berat . Hal ini akan menjejaskan tumpuan mereka dalam pembelajaran.
Hal ini akan menjejaskan tumpuan mereka dalam pembelajaran . Kebebasan masa menyebabkan pelajar
kurang serius dalam pembelajaran. Akibatnya, mereka mungkin menangguhkan pelajaran atau
menghentikan pelajaran separuh jalan.
Program pendidikan jarak jauh memang penting kepada pembangunan Negara. Oleh
itu,kelemahan program ini perlu segera ditangani untuk memastikan program jarak berjalan dengan
lancar.
Kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia kini menimbulkan perasaan cemburu pihak-
pihak tertentu. Akibatnya, Malaysia sering menjadi sasaran dan fitnah media massa asing. Lantaran
itu,pelbagai langkah perlu diambil agar tohmahan dan fitnah sedemikian tidak berterusan.
Pemimpin Malaysia, yang menjadi fitnah, patut mengambil tindakan undang-undang terhadap
media massa asing dan orang perseorangan yang menabur fitnah itu. Pemimpin Malaysia
mengemukakan saman malu terhadap pihak yang berniat jahat untuk menuntut pampasan wang yang
besar jumlahnya dan memohon maaf secara terbuka. Sebelum ini, ssudah terdapat pemimpin dunia
yang menyaman akhbar dan majalah antarabangsa untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Kalau
pemimpin Malaysia tidak bertindak, hal ini membayangkan bahawa pemimpin Malaysia tidak berani
menghadapi kebenaran. Akibatnya, fitnah itu mungkin dianggap benar oleh masyarakat dunia.
Kerajaan juga boleh mengambil tindakan ekonomi untuk menghadapi tohmahan sedemikian.
Jika pemimpin sesebuah negara asing mencemari kredibiliti pemimpin atau negara Malaysia,
kerajaan boleh memboikot pengimportan barangan dari negara berkenaan. Kerajaan juga boleh
membatalkan kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat dari negara berkenaan.
Usahawan Malaysia juga patut tidak mengadakan perdagangan dengan negara yang menfitnah
kerajaan Malaysia. Tindakan bersepadu kerajaan dan usahawan Malaysia pasti merugikan negara
yang menfitnah Malaysia.
Rakyat Malaysia yang menjadi pengkhinat juga perlu dihukum. Rakyat Malaysia
bertanggungjawb untuk menjaga maruah bangsa dan negara Malaysia. Mereka tidak harus
memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. Pemimpin parti pembangkang juga tidak patut
melemparkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap pemimpin Malaysia kerana tuduhan mereka
akan dijadikan senjata oleh media massa untuk mencemari kredibiliti pemimpin Malaysia. Dalam
hal ini, kerajaan hendaklah mendakwa rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian di mahkamah.
Tindakan melucutkan kewarganegaraan mereka perlu dipertimbangkan. Sememangnya rakyat
Malaysia yang bertindak sedemikian adalah rakyat yang tidak setia kepada Negara.