You are on page 1of 14

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Definisi kepercayaan kepada tuhan ialah keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta

alam dan mematuhi segala suruhnya berlandaskan pegangan agama masing- masing.

Antara ciri-ciri tamadun ialah adanya kepercayaan dan agama dalam kehidupan

manusia. Nilai-nilai kepercayaan dan agama adalah satu ciri penting dalam kemunculan

sesuatu tamadun.

Dalam tamadun islam menekankan konsep Tauhid iaitu mengesakan Allah sebagai

tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasa mencipta alam

semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segala

bentuk penyembahan atau penyamaan tuhan dengan makhluk Nya. Kedatangan Islam

juga telah mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu daripada unsur-unsur

tahyul dan karut kepada pergantungan kepada Allah S.W.T selagi tiadak bercanggah

dengan akidah dan syariah. Orang Islam juga mempercayai tentang kehidupan

selepas mati. Orang yang berbuat baik akan menerima nikmat dalam syurga manakala

mereka yang melakukan kejahatan dan kemungkaran akan mendapat dosa dan

ditempatkan di dalam neraka. Umat Islam diwajibkan beribadat kepada Allah dengan

mendirikan sembahyang lima waktu sehari. Semua bentuk penyembahan dilarang

melakukannya melalui perantaraan. Orang islam diwajibkan melakukan ibadat puasa ,

membayar zakat , menunaikan ibadat haji.

Dalam tamadun Cina pula masyarakat Cina juga mempunyai agama dan sistem

kepercayaan yang tersendiri. Mereka memuja roh nenek moyang dan alam semesta

seperti tian (langit) dimana ianya dikaitkan dengan kepercayaan primitif atau animisme

iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semulajadi. Ianya wujud dalam kalangan
masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat .Cina lebih mementingkan aspek

kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan

kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi

moral dan akhlak manusia. Bagi masyarakat Cina kepercayaan dan agama merupakan

perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan

yang dirasakan boleh memberi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak

bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai

kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang

terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan

tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang

mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan

kebaikan dunia dan akhirat.

Dalam tamadun India mereka mempunyai kepercayaan dan pandangan semesta

tersendiri seperti masyarakat china. Agama Hindu mempercayai wujudnya beberapa

tuhan iaitu Brahman (mencipta), Vishnu (memelihara) dan Siva (membina). Agama

Hindu mempercayai hukum karma berhubungkait dengan kelakuan manusia sesama

hidup dan kelahiran semula selepas mati. Agama Hindu mempercayai bahawa

kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup adalah untuk

mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan

bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.Oleh itu, Oleh itu, ini

menekankan bahawa seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar

moksyaka dapat dicapai dengan senang.


Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan agama,kepercayaan dan adat resam

dengan bebas. Perlembagaan Persekutuan di negara kita memperuntukan bahawa

Islam ialah agama rasmi tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan

aman dan tenteram. Kita dapat melihat kebebasan menganuti agama melalui perayaan-

perayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Contohnya,perayaan Thaipusam

adalah salah satu dari agenda perayaan dan kebudayaan masyarakat India di Malaysia.
perayaan Thaipusam merupakan salah satu upacara keagamaan yang merujuk kepada kepercayaan

agama Hindu terhadap Tuhan Murugan Perayaan Thaipusam ini bukan sahaja disambut oleh

masyarakat beragama Hindu sebaliknya masyarakat yang berlainan bangsa turut

menyertai perayaan tersebut. Ini menunjukkan antara lambang perpaduan dan

kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Selain itu, masyarakat

cina juga masih mengamalkan perayaan hantu semenjak masa dahulu. Bulan hantu

ialah penyembahan nenek moyang, di mana ketaatan para keturunan disambungkan

kepada para lelehur walaupun selepas kematian mereka. Antara kegiatan yang

dijalankan pada bulan ini ialah menyediakan persembahan makanan secara ritual,

pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi

penghormatan kepada roh- roh lelehur yang menziarah, iaitu melayan orang yang

meninggal seolah mereka masih hidup.


Taat Setia kepada Raja dan Negara

Definisi bagi taat setia kepada raja dan Negara ialah kepatuhan dan kesetiaan kepada

raja dan negara. Setiap rakyat harus menghormati pemimpin Negara mereka untuk

mewujudkan hubungan harmonis antara rakyat dengan pemimpin. Setiap tamadun di

dunia ini mementingkan penghormatan kepada pemimpin mereka.

Dalam tamadun cina sistem pemerintahan berbentuk beraja dan pengganti raja

selalunya dilantik daripada kalangan saudara leleki yang lebih muda atau anak lelaki

raja. Raja –raja ini mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja –

raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat tamadun

ini percaya bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan. Oleh itu, rakyat

disuruh untuk mentaati sultan. Rakyat menumpahkan penuh taat setia kepada raja

mereka. Mereka takut untuk menderhaki raja kerana mereka percaya raja adalah

jelmaan tuhan.

Dalam tamadun India pula tampuk pemerintahan dipengang oleh raja. Muncul konsep

Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai

wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat

dan setia kepada raja. Oleh itu rakyat dalam tamadun ini menghormati pemerintah

mereka.

Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan

sehingga hari ini. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Ketua


Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong(YDPA). Kuasa pentadbiran di peringkat

negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua Negeri manakala di Sabah, Sarawak,

Pulau Pinang, dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua

Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah

menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia

kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa

mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Antara contoh yang boleh

dilihat seperti pemberian cuti umum kepada rakyat jelata sempena hari kerahmatan

sultan negeri berkenaan. Ini adalah bagi menghormati kepimpinan sultan tersebut.

Selain itu, ketaatan sultan juga ditonjolkan dalam pemakaian semasa kemangkatan

sultan seperti lelaki Islam memakai songkok berwarna hitam bersalut dengan ribon

berwarna putih. Manakala wanita pula memakai tudung warna putih. Disamping itu

bukan islam perlu memakai ribon warna hitam dilengan kiri sebagai tanda berkabung.
KEADILAN

Menurut Kamus Dewan, “keadilan” bermaksud sifat (orang, perbuatan,

tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman dan lain- lain) yang wajar atau

berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana apabila memutuskan sesuatu dan

sebagainya. Oleh itu,konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan

yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta

melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa mengira status.

Keadilan sangat penting kemunculan sesebuah tamadun.

Dalam tamadun islam mereka mengutamakan nilai keadilan dalam kalangan

masyarakat. Islam amat menuntut umatnya berlaku adil dalam segala hal. Takrifan

keadilan dalam Islam merangkumi maksud keseimbangan, kesaksamaan dan

pemberian hak kepada mereka yang berhak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang

betul. Islam menekankan keadilan dalam segala urusannya apatah lagi dengan

melaksanakan keadilan ini mencegah daripada berlakunya penindasan, penyelewengan,

penyalahgunaan kuasa , tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada

orang lain, tidak berlaku sebarang bentuk penindasan, tidak ada yang berkepentingan,

tidak menzalimi dan sebagainya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni. Contohnya

boleh melihat dari aspek ekonomi ialah islam melarang unsur riba, berjudi , unsur penipuan

seperti mengurangkan timbangan, menyorok barangan, pasaran gelap paksaan dan sekatan.

Nilai adil dan saksama juga diterapkan dalam tamadun cina. Aspek yang

mencerminkan nilai tersebut semasa pemerintahan raja – raja Chou terdapat

kepercayaan yang menyatakan bahawa konsep anak syurga dan mandate dari
(celestial mandate) merujuk raja wakil tuhan dibumi. Justeru itu, mereka perlu

memerintah dengan adil dan jika gagal mandat akan ditarik semula. Oleh itu pemimpin

pada masa itu perlulah memerintah dengan adil bagi menjamin kesejahteraan dan

kebajikan masyarakat tamadun tersebut.

Pada zaman ini juga nilai keadilan masih mengamalkan di Negara kita.

Pemimpin di Malaysia mengutamakan nilai keadilan bagi menjamin kesejahteraan dan

perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Sikap adil pemimpin kita dapat

dilihat dengan jelas dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Dalam aspek ekonomi pula kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Ekoran

dari peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969, DEB diperkenalkan pada tahun 1970. Ia

bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula

masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil

pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Strategi serampang dua mata ini

tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar

bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan

golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Dari segi pendidkan pula, kerajaan bertekad untuk menyediakan sebuah sistem

pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang adil dan saksama

kepada rakyat. Kerajaan memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada

sekolah-sekolah agama, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah teknik dan

vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Selain

itu, kerajaan juga memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di

institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. Disamping itu, kerajaan
juga mengambil langkah untuk memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif

diluar Bandar.

Dari segi politik pula, kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan

demokrasi. Dimana kerajaan akan dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya.

Keadilan dalam Islam tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukumhakam
semata-mata. Ia sebenarnya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia
tanpa sebarang pengecualian. Keadilan juga sebenarnya bermula daripada pendidikan.
Pendidikan yang bersifat adil terhadap manusia dan sifat-sifat keinsanannya akan
melahirkan pula manusia yang adil terhadap seluruh makhluk di alam ini. Keadilan sering
kali dikaitkan dengan pembahagian sama rata. Tetapi Islam memandang keadilan bukanlah
pembahagian sama rata kerana pembahagian tersebut akan menyebabkan ada pihak
yang dizalimi kerana tidak mendapat haknya ataupun mendapat sesuatu yang bukan
haknya. Bukti keadilan jelas terpampang dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya
menjadi rujukan manusia. Firman Allah yang bermaksud:

» Artikel

Nilai Keadilan Dalam Pengurusan Organisasi

Nor Hartini Bt. Saari


Pegawai Penyelidik
30/06/2009

Islam amat menuntut umatnya berlaku adil dalam segala hal. Takrifan keadilan dalam Islam
merangkumi maksud keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang
berhak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Secara keseluruhan, keadilan ini
bermakna tidak berlaku sebarang bentuk penindasan, tidak ada yang berkepentingan, tidak
menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain.

Justeru, tidak hairanlah jika agama Islam turut menekankan keadilan dalam segala
urusannya apatah lagi dengan melaksanakan keadilan ini dapat mencegah daripada
berlakunya penindasan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya yang
bertentangan dengan nilai-nilai murni.

Hal yang berkaitan dengan keadilan turut sama dituntut dalam pengurusan organisasi.
Tuntutan menegakkan keadilan dalam organisasi memerlukan kepimpinan yang
bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral dan kejujuran yang tinggi. Faham
keadilan dalam pengurusan organisasi bermula dari proses perlantikan sesuatu jawatan.

Dalam hal perlantikan, majikan perlulah melantik calon yang benar-benar berkelayakan dan
berkebolehan. Sebagai contoh, sesi menghadiri temuduga merupakan satu alternatif yang
diamalkan sehingga hari ini. Cara ini terbukti berkesan dan adil bagi mengelak daripada
berlakunya salah memilih pekerja.

Sejarah tamadun Islam menunjukkan beberapa contoh keadilan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. Antaranya, semasa perlantikan Mu'adh bin Jabal sebagai Gabenor Syam,
baginda sendiri pernah menemuduganya. Baginda telah mengemukakan persoalan
sejauhmana kelayakan Mu'adh untuk menjawat jawatan tersebut dan sama ada beliau
berkelayakan untuk menangani beberapa permasalahan yang mungkin timbul kelak.

Manakala Abu Zar pula, telah meriwayatkan bahawa beliau telah semalaman memujuk
Rasulullah supaya melantik beliau sebagai pemimpin. Beliau berkata 'Ya Rasullulah,
lantiklah aku'. Rasulullah menjawab 'Sesungguhnya ianya amat amanah yang menjadi
celaan dan penyesalan pada hari kiamat nanti.'

Apa yang dapat kita perhatikan di sini, perlantikan dan pemilihan pekerja secara adil ini
bukannya sekadar mengisi kekosongan yang ada. Malah perlantikan ini perlulah adil dalam
memilih orang yang benar-benar berkelayakan memegang tugas yang diamanahkan. Hal ini
menggambarkan kepada kita bahawa, perlantikan dan pemilihan calon yang tepat akan
menyebabkan sesebuah organisasi itu berjalan dengan lancar dan berkesan.

Selain perlantikan, bayaran gaji dan imbuhan yang setimpal juga perlulah dibuat secara
adil. Bayaran gaji yang diberikan itu perlulah setimpal dengan kelayakan, taraf hidup dan
keadaan setempat. Bagi mengelakkan penipuan dan diskiminasi dalam organisasi pula
Islam menghendaki diwujudkan kontrak yang adil antara pekerja dan majikan. Kontrak
keadilan ini penting bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku antara majikan
dan pekerja dalam organisasi.

Di samping itu, keadilan dalam kebajikan pekerja perlulah diberikan perhatian sewajarnya.
Sebagai majikan, mereka perlu adil dalam kebajikan terutamanya dari segi, kesihatan dan
keselamatan. Pengabaian majikan terhadap kebajikan pekerja akan menyebabkkan
produktiviti di kalangan pekerja menurun. Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan
matlamat organisasi terbabit.
Manakala dari segi pengembangan kerjaya pula, majikan perlu bertindak adil dengan
memberi ruang dan peluang kepada pekerjanya sama ada dari segi kenaikan pangkat,
latihan untuk meningkatkan kemahiran, dan diberi insentif serta pengikhtirafan kepada
mereka yang benar-benar layak atau yang sudah lama berkhidmat dalam bentuk anugerah,
sijil atau bonus.

Begitu juga dari segi bebanan tugas dan tanggungjawab yang diberikan perlulah adil dan
saksama. Islam amat membenci penganiayaan dalam apa jua bentuk termasuklah
pembahagian tugas. Misalnya, pembahagian beban tugas antara pegawai atasan dan
pegawai bawahan perlulah berpadanan dengan imbuhan yang diberikan. Oleh itu, pihak
majikan perlu berlaku adil dan saksama dalam pembahagian tugas agar imbuhan yang
diterima setimpal dengan bebanan kerja yang dilakukan.

Prinsip kesaksamaan ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah dalam surah al-
Baqarah ayat 286, yang bermaksud, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Baginya mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Begitu juga dalam hal pemberhentian pekerja dan hukuman yang dikenakan ke atas
pekerja. Dalam hal ini, pihak majikan perlu memastikan hanya pekerja yang benar-benar
melakukan kesalahan dan jenayah diberhentikan atau dikenakan tindakan disiplin.
Sebarang hukuman yang dikenakan tanpa bukti yang sahih menggambarkan ketidakadilan
berlaku ke atas pekerja terbabit.

Sehingga kini, sejauhmanakah keadilan dilaksanakan dalam organisasi anda? Yang pasti
soal keadilan sangat diperlukan dalam organisasi bukan sahaja untuk kepentingan
organisasi malah untuk kepentingan masyarakat dan negara. Tanpa keadilan maka kita
akan lihat masalah seperti penindasan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mungkin
menjadi-jadi dalam organisasi.

Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.

-Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak

membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

-Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.

Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai

dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.


.

You might also like