You are on page 1of 6

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

MALAYSIAN STUDIES

SOALAN 1
PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI
Soalan 1 :
Pembentukan Sahsiah Diri

Pembentukan sahsiah diri penting dalam kehidupan kita. Pembentukan sahsiah diri yang
sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Sahsiah diri dapat
didefinasikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma
kehidapan masyarakat. Oleh itu, perkembangan dan pembangunan sahsiah diri ini banyak
dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat. Dalam proses sosialisasi ini
terdapat empat agen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan persekitaran
masyarakat khususnya ke atas perkembangan dan pembangunan sahsiah diri saya.

Pembentukan sahsiah diri seseorang yang positif berpunca daripada sahsiah dan juga
kebiasaan serta amalan yang terdapat dalam keluarga. Keluarga disifatkan sebagai agen
sosialisasi yang paling rapat dengan setiap individu. Keluarga juga merupakan masyarakat kecil
yang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi dan kelakuan seseorang. Kita
sedia maklum bahawa, lahirnya seorang bayi dimuka bumi ini akan disambut dengan wajah
keriangan kedua ibu bapa. Kita tahu bahawa pembentukan sahsiah diri seseorang haruslah
dipupuk sejak kecil lagi. Ia amat bertepatan dengan peribahasa” melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Ia menegaskan bahawa sahsiah diri yang diamalkan sejak kecil lagi akan menjadi
kebiasaan kepada seseorang dan mereka tidak akan sesekali memungkirinya. Ibu bapa yang
bertanggungjawab mencorakkan kehidupan bayi berkenaan. Keluarga juga adalah pengaruh
yang paling kuat dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri saya. Ini kerana ibu bapa
adalah role model yang paling baik buat saya. Suasana dan persekitaran keluarga yang aman
dan harmoni akan melahirkan golongan belia yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Didikan yang baik yang diperolehi dari rumah akan membentuk sahsiah

arren™©
diri yang baik di luar rumah. Mereka lebih peka dan bijak dalam memilih corak kehidupan di
luar rumah kerana mereka berpegang teguh kepada asas dan nilai-nilai murni yang diamalkan
dalam keluarga. Hal ini berlainan bagi golongan belia yang berasal daripada keluarga yang
bermasalah akibat penceraian ibu bapa, suasana keluarga yang tidak aman kerana ibu bapa
sering bertengkar dan kurangnya perhatian daripada ahli keluarga khususnya daripada ibu
bapa. Golongan belia dikatakan cenderung untuk terlibat dengan gejala sosial yang akan
membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral mereka. Secara tidak langsung keadaan ini
akan membawa kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri yang negatif terhadap
golongan belia ini.

Rakan sebaya, apabila konflik yang timbul di dalam diri golongan belia akibat daripada
suasana keluarga yang tidak harmoni mendorong mereka mendekati rakan-rakan sebaya yang
dianggap sebagai tempat rujukan dan boleh menghilangkan ketegangan. Keadaan akan
bertambah buruk sekiranya ibu bapa tidak dapat memenuhi keperluan golongan belia ini
apatah lagi sekiranya mereka ini sering diabaikan oleh kedua ibu bapa akibat daripada
kesibukan masing-masing. Kerenggangan hubungan di antara ahli keluarga akan menyebabkan
golongan belia ini lebih mempercayai rakan-rakan sebaya berbanding dengan kedua ibu bapa
sendiri sebagai tempat untuk meluahkan masalah atau melepaskan tekanan. Kehidupan
golongan belia yang banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan
golongan belia ini begitu mudah terdedah dengan risiko-risiko yang dI luar jangkaan. Oleh yang
demikian, rakan sebaya mempunyai rangsangan yang sangat kuat kepada perkembangan dan
pembentukan sahsiah diri seorang belia. Doronganyang positif akan menghasilkan bentuk

arren™©
perlakuan dan peribadi yang baik manakala yang bersifat negatif akan mendorong golongan
belia ini berkelakuan agresif sehingga ke tahap mampu melakukan jenayah.

Kehidupan seorang belia tidak boleh lari dengan institusi pendidikan. Sejak kecil lagi
institusi pendidikan seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian
tinggi tidak lagi asing bagi saya. Lebih kurang seorang di Malaysia, menghabiskan lebih kurang
7-13jam di alam persekolahan. Ini membuktikan betapa pentingnya institusi pendidikan di
Malaysia. Oleh yang demikian, kita juga tidak boleh mengenepikan peranan institusi pendidikan
ini dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri kerana banyak masa dihabiskan oleh
saya di kawasan institusi pendidikan berbanding masa di rumah dan ibu-bapa. Seperti suasana
persekitaran di rumah, suasana dan persekitaran institusi pendidikan ini juga harus berada
dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Saya lebih
berminat untuk menimba ilmu sekiranya kawasan persekitaran berada dalam keadaan yang
harmoni. Kewibawaan para pendidik dan keprihatinan pekerja sokongan akan melahirkan
golongan pelajar yang berketrampilan dan berwawasan. Namun begitu, bagi persekitaran
institusi pendidikan yang tidak selamat dan selesa,akan menyebabkan golongan belia ini tidak
berminat untuk belajar. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong golongan belia ini untuk
terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

arren™©
Faktor media juga dianggap penting kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah
diri seseorang. Kita tidak dapat menafikan bahawa media pada zaman sekarang ini satu
medium yang sangat kuat dari segi pengaruhnya.Ini kerana saban hari masyarakat terdedah
dengan medium-medium media seperti media cetak dan media elektronik. Lambakan bahan-
bahan picisan seperti majalah hiburan yang tidak ditapis isi kandungannya membuatkan ramai
golongan masyarakat terdedah dengan budaya-budaya barat yang tidak sesuai dengan budaya
orang timur. Tayangan video dan drama yang keterlaluan daripada negara luar hanya
membawa kepada keruntuhan moral dikalangan golongan belia. Keadaan ini akan mendorong
golongan belia ini memiliki tingkahlaku atau peribadi yang negatif. Namun begitu, tidak semua
media massa ini memainkan peranan yang negatif terhadap masyarakat. Banyak sebenarnya
tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh pihak media massa sebagai agen dalam
proses sosialisasi khususnya dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri. Tidak
semestinya segala yang disogokkan oleh pihak media itu benar dan telus. Sebagai seorang belia
yang rasional, baik buruk sesuatu perkara yang dibawa oleh pihak media harus diteliti terlebih
dahulu agar tidak menimbulkan salah faham yang akan membawa kepada ketidakamanan
negara. Hal ini penting kerana golongan belia adalah tunggak kepada pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, perkembangan dan pembentukan sahsiah diri harus
bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara.

arren™©
Agama juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri
seseorang. Seandainya pegangan seseorang itu kuat terhadap ajaran agamanya maka golongan
tersebut akan mampu menangkis cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Ini kerana walau
dalam apa jua keadaan sekalipun, seandainya seseorang itu tahu akan halal, haram dan dosa,
pahala dalam agama maka dia akan sentiasa mengelakkan atau menjauhkan diri daripada
kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral. setiap agama menyuruh penganutnya sentiasa
melakukan kebaikan untuk kesejahteraan bersama. Kepercayaan yang kuat kepada pegangan
agama akan menjadi pendorong yang terbaik kepada seseorang. Ini kerana kita semua hanyalah
insan biasa yang sempurna kejadiannya tetapi tidak sempurna tingkahlakunya. Apabila
seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan kehidupannya, maka akan lahirlah
golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani.

Secara kesimpulannya, Pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh


pelbagai factor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu
dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan
sahsiah diri masing-masing.

arren™©

You might also like