You are on page 1of 7

Melayu Islam Beraja dalam Sains dan Teknologi

PENDAHULUAN

Sebelum beralih kepada tajuk perbincangan adalah lebih baik kita menyentuh sedikit
mengenai konsep Melayu Islam Beraja. Melayu Islam Beraja yang dihasrat menjadikan Negara
Brunei Darussalam serta seluruh isi di dalamnya sebagai “Baldatun Taubatun Warabbatun
Ghafur” iaitu Negara yang sejahtera, sentiasa di bawah perlindungan Allah. Negara Brunei
Darussalam akan sentiasa menuju ke arah kesejahteraan jika raja, kerajaan dan rakyat benar-
benar mengamalkan dan menghayati falsafah Melayu Islam Beraja berdasarkan kepada prinsip-
prinsip Islam.

Negara Brunei Darussalam bukanlah Negara sekular yang menganggap perubahan diri
atau kehidupan seorang individu itu berlaku dari hasil perubahan sekitar (sains dan teknologi).
Konsep perubahan yang diajukan oleh Barat (sekular) sangat berbeza dengan pandangan Islam
kerana Islam mentafsirkan bahawa konsep perubahan itu ialah hasil dari manusia itu sendiri,
bukan sekitaran yang mengelilingi manusia (Ahmad, 1979: 231) seperti yang termaktub dalam
firman Allah dalam surah al-Ra’d:11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka berusaha
merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Dalam firman di atas ini dapatlah ditafsirkan bahawa manusia diberi kebebasan untuk
bertindak secara mutlaq dan terhad. Manusia juga mampu membuat perubahan dalam dirinya
dengan adanya jiwa dan akal yang dikurniakan oleh Allah untuk manusia memilih dan berfikir.
Menurut Imam Hasan Al-Banna mengatakan bahawa Islam membebaskan akal, mendorong
supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi
kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat”

Beralih pula kepada Konsep Sains dan Teknologi yang ingin dikaitkan dengan tajuk
pembentangan. Konsep Sains dan Teknologi yang dimaksudkan di sini ialah ilmu pengetahuan

1
yang teratur berdasarkan kebenaran yang berkaitan dengan perbuatan hasil, industri yang dicipta
dari akal manusia. Selain daripada itu, ada yang mentafsirkan bahawa ilmu sains dan teknologi
merupakan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan yang sistematik, progresif dan
dinamik hasil pemikiran dan kebijaksanaan manusia dengan membuat kajian-kajian yang teliti
dan teratur pada alam yang Allah ciptakan. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa
sains dan teknologi itu adalah hasil dari pemikiran manusia untuk mencipta sesuatu yang luar
biasa untuk kepentingan, kemudahan atau menjadikan sesuatu itu unik dan berguna serta untuk
mengisi kehidupan yang lebih sempurna.

Jadi dapat diaplikasikan hasil sains dan teknologi yang dimaksudkan itu telahpun
tertanam dalam kehidupan manusia sehari-hari tanpa disedari. Beberapa contoh yang dapat
dilihat, jika dahulu orang harus menempuh jarak yang lama hingga beberapa tahun untuk pergi
ke sebuah negeri atau tempat namun sekarang hanya ditempuh beberapa jam sahaja (kenderaan).
Seorang anak di Brunei dapat berbicara langsung dengan ayahnya di New York dengan hanya
mengangkat genggang telefon (alat komunikasi; telefon bimbit, internet, MSN dan lain-lain).
Begitu juga halnya mengetahui berita-berita terkini dengan hanya melihat pada kaca televisyen
dan mendengar radio dan banyak lagi teknologi-teknologi yang dihasilkan oleh saintis.

Oleh yang demikian hasil huraian mengenai Konsep Melayu Islam Beraja dengan
Konsep Sains dan teknologi dapatlah kita kaitkan satu persatu. Di Negara Brunei Darussalam
juga tidak terlepas dalam menghadapi perubahan era globalisasi dan ilmu sains teknologi,
walaupun masih berpegang pada konsep Melayu Islam Beraja. Perkara ini dapat dilihat dari segi
aspek kebudayaan, kemudahan, undang-undang, kesihatan, pertahanan, pendidikan, sosial dan
juga ekonomi.

Dari aspek kebudayaan sebenarnya merangkumi pelbagai aspek antaranya adat resam,
kepercayaan, kesenian, perundangan dan sebagainya. Kebudayaan di Negara Brunei Darussalam
juga kini sudah terpengaruh dengan sains dan teknologi. Penggunaan sains dan teknologi dalam
kebudayaan bangsa Brunei semakin diguna pakai pada masa ini. Salah satu contoh yang ketara
kini ialah dalam adat memanggil-manggil (memohonkan) untuk sesuatu majlis doa selamat, jika
dahulu tuan rumah yang berhajat untuk menjemput seseorang ke majlisnya akan datang kerumah

2
seseorang itu dan yang berhajat itu sendiri akan menyampaikan hajatnya melalui empat mata.
Akan tetapi kini orang lebih senang menggunakan telepon ataupun teks pesanan ringkas (SMS).
Perkara ini terjadi adalah disebabkan adanya kemudahan teknologi IT yang penggunaanya
memudahkan lagi para penggunanya untuk berhubung. Namun nilai-nilai murni yang diterapkan
dalam Melayu Islam beraja masih wujud seperti beramah mesra sesam insan, mengunjungi sanak
saudara dan jiran berhampiran dan saling tolong-menolong tetangga dan sanak saudara akan
berita semasa.

Di lihat dari aspek perubatan, sebelum adanya ilmu sains dan teknologi, masyarakat
melayu mengamalkan perubatan bomoh dan dukun. Dengan kemunculan ilmu sains dan
teknologi, ianya melahirkan pakar-pakar perubatan moden dan kini masyarakat lebih memilih
untuk menggunakan perubatan moden berbanding perubatan bomoh dan dukun. Ini adalah
kerana dalam perubatan bomoh dan dukun terdapatnya amalan syirik dan kurafat(menyembah
benda lain selain Allah) yang mana ianya dilarang keras dalam agama Islam. Dalam firman
Allah, surah al-Jinn: 18 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya, masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah


kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah”.

Kini di Negara Brunei Darussalam yang memegang konsep Melayu Islam Beraja juga
tidak ketinggalan dalam mengikuti perubahan arus kemodenan dalam mempunyai teknologi-
teknologi perubatan yang canggih. Kebawah Duli Baginda Sultan sangat mengutamakan dalam
melahirkan warga yang sihat dan sejahtera bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan
menentukan hala tuju masa depan negara. Baginda berasa bersyukur kini Negara Brunei
Darussalam telah setanding dengan negara-negara maju. Kita bolehlah berbangga dengan
kedudukan dan status yang kita kecapi itu yang tidak lain dan tidak bukan ialah hasil kerja keras
raja yang kita sayangi yang sentiasa menitikberatkan kesihatan rakyat dan penduduk negara ini.

Beralih kepada aspek pertahanan Negara dalam memfokuskan mengenai peralatan dan
senjata. Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang
perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu kifayah. Allah
berfirman dalam surah al-Anfal: 60 yang bermaksud:

3
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu
sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)
kamu menggentarkan musuh”.

Dalam firman ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Allah menyuruh umatnya
menyiapkan diri atau bala tentera dengan apa saja cara untuk mencari jalan demi
mempertahankan umat Islam. Di Negara Brunei Darussalam dengan berkonsepkan Melayu Islam
Beraja telah menubuhkan Angkata Bersenjata Di-Raja Brunei berserta peralatan-peralatan
senjata, satu angkatan yang terpenting yang memegang tanggungjawab untuk memastikan
keselamatan negara terjamin dan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman dan bahaya.
Dengan menggunakan senjata api hasil dari ilmu sains dan teknologi yang dicipta, dapatlah
digunakan untuk tujuan tertentu. Walaupun di Negara Brunei Darussalam menggunakan senjata
api yang dapat dikatakan bahaya di mata masyarakat Brunei, namun undang-undang yang dibuat
sangat ketat dan terkawal supaya masyarakat tidak memegang dan menggunakan senjata
tersebut dalam kegiatan sehari-hari. Segala yang dibuat mempunyai tujuan tertentu seperti
menanamkan sikap mempertahankan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan Negara di
samping menolong penduduk supaya dalam keadaan selamat dan tenteram.

Mengenai aspek kemudahan pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyediakan beberapa jabatan
kerajaan untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat seperti talian telefon, bekalan
elektrik, saluran air dan banyak lagi yang disediakan. Dari segi undang-undang pula seperti
undang-unang jalan raya, Kebawah Duli juga menyediakan tiang lampu isyarat untuk memberi
kemudahan kepada pengguna jalan raya supaya mengikut peraturan berhenti atau berjalan.
Semuanya dari hasil ilmu sains dan teknologi. Di lihat di kedai-kedai juga ada menjual keperluan
harian seperti seterika, penghawa dingin, mesin pengisar dan banyak lagi dan semuanya hasil
dari ilmu sains dan teknologi. Tujuan utama tersedianya kemudahan-kemudahan tersebut adalah
supaya penduduk Negara Brunei Darussalam akan dapat mencari rezeki halal, tidak mencuri
serta menolong rakyat dalam mencari keperluan harian.

4
Aspek pendidikan dapat dilihat dalam kurikulum sekolah yang mengadakan pelajaran
komputer atau “computer studies” yang menggunakan komputer untuk membuat tugasan di
samping melayari internet untuk kemudahan mencari sumber-sumber dari luar. Selain komputer
terdapat juga mesin fotokopi, ‘projector’, OHP, airkon, kipas angin, segala media cetak dan
elektronik dan baru-baru ini muncul teknologi jalur lebar (broadband) semua yang disebutkan di
atas adalah lahir dari ilmu sains dan teknologi yang dapat digunakan demi kesejahteraan dan
kesenangan rakyat di Negara Brueni Darussalam. Rakyat dan penduduk juga akan dapat
menimba ilmu pengetahuan lebih di samping untuk memberi kemudahan dalam mengerjakan
tanggungjawab.

Sebagai kesimpulannya, Melayu Islam Beraja menerima sains dan teknologi yang telah
dicipta kerana terdapatnya kemudahan dan mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada
pengguna. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang dicipta tersebut, manusia tidak rugi dan
bertambah maju serta celek akal untuk mengetahui sesuatu yang baharu. Allah Ta’ala mencipta
manusia intuk menggunakan ilmu pengetahuannya bukan sahaja untuk mengenal Tuhan tetapi
juga untuk berbakti sesama insan dengan menggunakan cara yang baik lagi halal untuk mencapai
tujuan dan tidak melanggar batas-batas ajaran Islam.

Agama Islam juga tidak sepenuhnya menerima kemunculan ilmu sains dan teknologi ini
selagi tidak melanggar dari batas-batas Islam. Firman Allah dalam surah Al-Imran: 104 yang
bermaksud:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru
kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang-orang yang
beruntung.”

Walaupun perkembangan sains dan teknologi di Negara Brunei Darussalam sederhana


dan tidak begitu maju namun negara masih kekal aman, makmur dan bahagia dengan apa adanya
dibandingkan negara yang maju dan berkembang dengan sains dan teknologi walhal
kemerosotan dan ketidakamanan terjadi. Antara perbuatan yang boleh ditegah dalam penggunaan
ilmu sains dan teknologi ialah seperti melanggar dan menjejaskan kehormatan, kedaulatan dan
ketinggian yang selayaknya bagi raja yang menjadi ululamri.

5
"Kenakalan-kenakalan yang kita maksudkan itu kelihatannya adalah oleh segelintir
orang. Mungkin saja dari luar negara, tetapi dengan kecanggihan ICT- teknologi perhubungan
dan maklumat ianya mudah melarat-melarat yang mengundang juga kenakalan orang-orang di
dalam negeri,"

Demikian lain halnya dengan sekarang, dimana maklumat yang diisi dan dimuatkan
dalam komputer dan alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang
memerlukan kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Kerana itu
Allah Subhanahu Wataala awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya
dalam Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh membawa sesuatu
berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Bibliografi

Abu Bakar Haji Kassim (1993). Islam, Sains dan Teknologi, cetakan Zafar Sdn. Bhd, cetakan
pertama, Kuala Lumpur.

Haji Mohd. Sanusi Mahmood (1975). Mengenal Islam dan hubungannya dengan Sains dan
Teknologi, dicetak oleh Al-Ahmadiah, Johor Baharu.

M.T. Zen (1984). Sains, Teknologi dan Hari Depan Manusia, penerbit PT Gramedia, cetakan
ketiga, Jakarta Indonesia.

Zainuddin Sardar terjemahan Rosnani Hashim dan Abdul Karim Abdul Ghani (1991). Sentuhan
Midas: Sains, Nilai dan Persekitaran menurut Islam dan Barat, penerbit dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.

6
http://abuhanis.blogspot.com/2006/08/islam-mementingkan-sains-dan-teknologi.html

http://www.brunet.bn/news/pelita/18jan/berita16.htm

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/15julai/kk.htm

You might also like