You are on page 1of 10

HUBUNGAN ETNIK

(CTU 553)

TAJUK:
CABARAN – CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

NAMA:

FARAH FATIN BT. MOHD FARRIED


2009264906

NUR AZIRA BT. KHAZIZI


2009412712

HMB4HA

PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

PENSYARAH:
USTAZ WAHAIRI MAHMUD

PENGENALAN

Etnik atau etnos dalam bahasa  asal Greek membawa makna  kumpulan  manusia atau

bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar

belakang  keturunan  nenek moyang  yang sama. Mereka mempunyai  keturunan  dari segi

sejarah, negara  asal,  bahasa, tradisi, budaya, struktur dan  sistem nilai. Mengikut kamus Dewan

pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok,

yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu

di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat

paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan,

polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek

ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan

pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana

politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat

perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak.

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari

segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu,

Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka

sendiri.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi

serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang

perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian

kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia

yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan

sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan

keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui

perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan

semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin

kehidupan sejahtera yang berpanjangan.


CABARAN HUBUNGAN INTER – INTRA ETNIK DI MALAYSIA

a) POLITIK:

1. Politik Perkauman

b) EKONOMI:

1. Perbezaan Pekerjaan

2. Dominasi Sektor Ekonomi

c) SOSIAL :

1. Pemisahan Penempatan

2. Pengasingan Sistem Pendidikan

d) AGAMA DAN BUDAYA

e) GLOBALISASI

POLITIK

Politik perkauman:

Masyarakat pelbagai kaum sangat mementingkan kelangsungan kaum masing-masing.

Tindakan dan tingkah laku mereka didorong oleh kepercayaan bahawa setiap kaum dipimpin

oleh pemimpin daripada kaum mereka sendiri dan sukar menerima pemimpin daripada kaum

lain. Sebagai contoh, setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing seperti

orang Melayu (UMNO dan PAS), orang Cina (MCA, DAP dan Gerakan), orang India (MIC dan

IPP) dan hal yang sama juga berlaku di Sabah dan Sarawak.
EKONOMI

Perbezaan pekerjaan:

Pembahagian yang jelas dapat dilihat antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera

Sabah dan Sarawak. Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak bergiat dalam sektor

pertanian dan penjawat awam, orang Cina dalam lapangan perniagaan dan perlombongan dan

orang India pula majoritinya terlibat dalam bidang perladangan. Perbezaan ini menyebabkan

semangat perkauman terus menebal. Di samping itu, interaksi berlaku di kalangan etnik yang

sama sahaja.

Dominasi sektor ekonomi:

Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.

Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber

manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih

maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India

pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah

membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu

ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa

mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan

yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak

seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.


SOSIAL

Pemisahan penempatan:

Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul

akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah

Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat

tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga

menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan

lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang

berbeza.

Pemisahan juga dapat dilihat dari segi pakaian, agama, tempat tinggal, pendidikan,

bahasa dan sebagainya. Misalnya, kebanyakannya orang Melayu tinggal di luar bandar, orang

Cina di bandar dan orang India di estet. Di samping itu, terdapat pula pembahagian pertubuhan

mengikut kaum seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu

Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semenanjung

Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari

aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika

semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya

amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya

terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.
Pengasingan sistem pendidikan:

Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik

mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu

menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina

menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan,

manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem

persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang

memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan

pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang

sama sahaja.

AGAMA DAN BUDAYA

Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang

berlainan.Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada

etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah

menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan

ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat

menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam

satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah

berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh

semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang

sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk

menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan
banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. Isu-isu perkauman seperti bahasa,

kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan

berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

GLOBALISASI

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju

melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik

menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun

demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi,

budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa

menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya

kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah,

pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan

teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-

pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam

keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber

manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat

dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi

merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana

tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian

kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia

yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan

sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan

keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui

perpaduan nenek moyang kita. Jika cabaran - cabaran tersebut sekiranya tidak dibendung dan

dikawal, akan mengakibatkan pembentukan semangat perkauman yang mendalam, prasangka

dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme (budaya sendiri lebih baik dari budaya lain).

Seterusnya memberi kesan kepada hubungan etnik, integrasi, perpaduan, mudah terjadi konflik

dan lebih parah lagi mengundang. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan

semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin

kehidupan sejahtera yang berpanjangan.


RUJUKAN
BUKU

1. Zaid Ahmad dan rakan- rakan. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Oxford Fajar

Sdn.Bhd, Selangor. (p.225)

2. Wan Azmi Ramli. (1982). Dasar Sosial Di Malaysia. Art Printing Works Sdn. Bhd.

(p.313)

LAMAN WEB

1. Retrieved January 22, 2010, from http://www.scribd.com/doc/15080867/cabaran-

peranan-hubungan-etnik

2. Retrieved January 22, 2010, from http://www.docstoc.com/docs/15180120/hubungan-

etnik

3. Retrieved January 22, 2010, from http://www.scribd.com/doc/13377073/Konflik-Etnik-

Di-Malaysia-Dan-Global

You might also like