You are on page 1of 27

SEJARAH ISLAM DI ASIA BARAT

LSI 2053
TUGASAN PERTAMA

SOALAN EMPAT:

MUSTAFA KEMAL ATATURK : PENYELAMAT ATAU


PENGKHIANAT ? BAHASKAN.

NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL

KUMPULAN : KUMP. A

TARIKH SERAHAN : 29 FEBRUARI 2010 (ISNIN)

BI NAMA NO.KAD MATRIK


L
01. HERNI BINTI HENRY D20091035476
02. KASMAH BINTI SIDIK D20091035538
03. FITRIANI BINTI MAHI D20091035556
04. MOHAMAD IDRIS BIN GANI D20091035425

1|Page
1.0 PENGENALAN
Mustaffa Kamal Ataturk merupakan salah seorang tokoh besar yang terkemuka pada
abad ke-20. Pada tarikh 29 Oktober 1923 Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah, Mustaffa
Kamal Ataturk telah menukarkan Turki sebagai sebuah Republik dan mengistiharkan dirinya
sebagai presiden pertama Republik Turki moden. Mustafa Kemal kemudiannya memulakan
pembaharuan dalam negaranya, yang tujuannya untuk membawanya keluar dari Zaman
Pertengahan ke zaman moden. Melalui Parti Rakyat Republik beliau telah mewujudkan
Program- dalam parti "Enam Arrows": republikanisme, nasionalisme, populisme, statisme,
sekularisme, dan revolusi. Sepanjang pemerintahan Kamal, terdapat banyak pembaharuan
yang telah dilakukan oleh beliau sama ada dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Namun
begitu pembaharuan yang diperkenalkan oleh beliau lebih mengarah ke arah kebaratan.
Mustafa Kemal kemudiannya memulakan pembaharuan dalam negaranya, yang tujuannya
untuk membawanya keluar dari Zaman Pertengahan ke zaman moden. Alat-Nya adalah Parti
Rakyat Republik. Program-Nya itu diwujudkan dalam parti "Enam Arrows": republikanisme,
nasionalisme, populisme, statisme, sekularisme, dan revolusi. Disebabkan sumbangannya
kepada kemajuan Turki beliau telah mendapat gelaran nama Mustafa Kemal Ataturk ( "Bapa
Turki"). Kamal atatruk dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan
pengkaji-pengkaji barat.

Pada masa yang sama jika dinilai menurut kaca mata islam Mustaffa Kamal Ataturk
dianggap pengkhianat agama. Selepas berjaya menjatuhkan pemerintahan kerajaan
Uthmaniyyah khalifah dan kerabat Diraja telah dihalau keluar dari negara Turki. Tindakan
beliau lebih memberi penekanan terhadap tradisi saintifik Barat dan humanistik semata-mata
sehingga beliau bertindak membelakangi agama islam. Melalui tindakan beliau
memperkenalkan idea-idea pembaharuan Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar
Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fitrah rakyatnya dengan
mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti
dimansuhkan demi kemajuan negara. Terdapat perbezaan pendapat untuk menilai sumbangan
yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal Ataturk dalam kemajuan Turki sama ada sebagai
seorang wira ataupun pengkhianat. Hal ini dapat dilihat dari pembaharuan yang dilakukan
dari segi politik, sosial dan ekonomi yang jelas menunjukkan bahawa dia menolak Islam itu
sebagai amalan hidup dan ingin menghapuskan terus dari kehidupan rakyat Turki dan
seterusnya telah memundurkan negara Turki.

2|Page
2.0 BIOGRAFI MUSTAFA KEMAL ATATURK

Rejim Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran, iaitu Islam, nasionalis, dan
liberal dan hanya bersatu hanya atas dasar untuk menamatkan pemerintahan ‘Abdul Hamid II
serta campur tangan asing, namun tidak berjaya memperkukuhkan Empayar ‘Uthmaniyah. 1
Sebaliknya, ia kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu.
Sejajar dengan perkembangan politik yang semakin mengancam itu, kedudukan Islam selaku
al-Din terus tercabar. Hal ini merupakan satu era baru yang membuahkan sekularisme dalam
zaman pemerintahan Mustaffa Kamal. Kamalisme merupakan suatu prinsip perjuangan
Mustafa Kamal yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak mula-mula diperkenalkan
dalam masyarakat Turki sehingga kini.2 Sebagai satu ideologi politik Kamalisme telah
melahirkan nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam selaku al-Din.

2.1 LATAR BELAKANG

Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pengasas dan presiden pertama Republik
Turki moden. Nama sebenarnya ialah Mustaffa. Dia diberi gelaran ‘al-Ghazi’ yang
bermaksud orang yang memerangi. Perkataan ‘Ataturk’ pula bererti bapa orang turki. Dia
adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan khilafah Islam-Turki pada tahun 1343 H
(1924 M). Dia dilahirkan pada tahun 1881 M di Salonika, iaitu di sebuah bandar dalam
wilayah Macedonia.3 Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada empayar
‘Uthmaniyah pada ketika itu. Mustaffa kamal juga adalah seorang Dunmah (Dunama), iaitu
daripada kalangan Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam bagi merosakkannya dari
dalam.4 Orang tuanya bernama Ali Reza Efendi dan Zubaidah Hanim. Ali Reza Effendi
adalah seorang pegawai di Pejabat Yayasan Soleh dan pegawai cukai di Salonika. Beliau juga
pernah bertugas di dalam tentera Uthmaniyah pada tahun 1876 sebagai leftenan batalion
anggota pasukan tentera simpanan di Salonika. Kemudian, beliau berhenti daripada
perkhidmatan awam dan menjadi pedagang kayu. Mustafa kehilangan ayahnya pada waktu
kecil dan dia dibesarkan oleh ibunya, iaitu Zubaidah Hanim. Mustafa lahir ke dunia yang
kacau-bilau dan dilanda dengan pelbagai pergolakan dalaman dan luaran iaitu, ancaman
daripada pengaruh asing.

1
Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma
Production Sdn. Bhd. hlm. 167.
2
Ibid. hlm. 168.
3
Ibid.
4
Ibid.

3|Page
Keluarganya berasal dari daerah tasik di sebelah barat Salonika. Mustafa mewarisi
penampilan ibunya, berambut perang dan bermata biru. Ibunya seorang yang cerdas tetapi
kurang pendidikan dan hampir tidak tahu membaca dan menulis. Ali Reza berusia 20 tahun
lebih tua dan keperibadiannya kurang baik daripada isterinya. Namun, sebagai anak seorang
guru sekolah rendah, beliau telah mendapat pendidikan dan membawa peluang kepadanya
untuk bekerja sebagai jurutulis di pejabat kerajaan, iaitu pegawai cukai dan dalam
pentadbiran Yayasan Soleh. Beliau berkahwin di Salonika kemudian mereka tinggal di
sebuah desa di lereng gunung Olympus. Selepas kahwin beliau memutuskan ingin
mengundurkan diri daripada jawatannya dan menceburkan diri dalam bidang perdagangan
kayu-kayan walaupun kurang berpengalaman dalam bidang komersial. Beliau dan sekeluarga
juga telah kembali ke Salonika dan menjadi rakan kongsi Jafer Effendi. 5 Beliau telah melabur
wang simpanannya dalam perniagaan dan semua itu telah didorong oleh kejayaan awalnya
untuk membina rumah yang lebih besar untuk keluarganya.

Namun, Ali Reza telah memilih waktu yang salah untuk memulakan usahanya. Hal ini
kerana gunung-ganang tersebut sudah lama dihuni oleh sekumpulan perompok Greek.6
Sebahagian besar daripada mereka adalah pelarian yang lari daripada penindasan Turki.
Selepas kekalahan Turki oleh Rusia, kuasa wilayahnya semakin lemah dan semakin berani
memberontak serta memusnahkan harta benda secara terang-terangan untuk tujuan mereka
sendiri. Ali Reza sering diserang dan diugut dengan wang daripadanya dengan ancaman kayu
mereka akan dibakar. Mereka juga mengugut para pekerja untuk meninggalkan beliau, agar
beliau tidak dapat mengangkat kayu-kayannya ke pantai seorang diri . Beliau telah berkelahi
dengan mereka di hutan. Apabila perniagaannya itu gagal dia telah bertukar menjadi seorang
yang pemabuk dan akhirnya meninggal dunia.

Zubaidah pula terkenal sebagai seorang wanita yang soleh, tekun dalam beribadah,
dan menahan diri sebagai seorang umat islam, seorang wanita yang warak tetapi amat garang
dalam mendidik anaknya. Beliau bangga dan ingin Mustafa mengikut teladan daripada
keluarganya, iaitu dengan menjadi seorang Hafiz ( seorang qari dalam al-Quran) atau seorang
Hoja (seorang guru).7 Sementara itu, Mustafa haruslah pergi belajar dengan ulama untuk
menjadi seorang muslimin yang baik, iaitu menerima pendidikan berdasarkan prinsip-prinsip
yang terdapat dalam al-Quran. Suasana rumah yang tidak tenteram menyebabkan Mustafa

5
Lord Kinross. 1968. Ataturk The Rebirth of A Nation. Great Britain: Morrison and Gibb Limited, London and
Edinburgh. hlm. 5.
6
Ibid

7
Ibid.

4|Page
terus membesar menjadi seorang individu yang degil, bongkak, enggan tunduk kepada
sesiapa, dan lebih gemar menghina atau memperkecilkan kebolehan orang lain.

2.2 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Mustafa telah mendapat pendidikan di sekolah Semsi Efendi di
Salonika.8 Selepas itu, dia memasuki sekolah tinggi dan langsung memasuki sekolah
ketenteraan tanpa pengetahuan ibunya. Semasa di sekolah ketenteraan tersebut, dia telah
menunjukkan kebolehannya sebagai seorang pemimpin dan dengan itu dia telah diberi
gelaran ‘Kamal’ yang bermaksud sempurna oleh gurunya.9 Mustafa mengetahui bahawa dia
amat berminat dalam bidang matematik di sekolah baru dan dapat menyelesaikan masalah
yang diajarkan di kelas dengan baik. Dia selalu menghantar soalan bertulis kepada guru dan
kemudian dijawab secara bertulis juga. Guru tersebut bernama Mustafa dan pada suatu hari
dia berkata kepada muridnya:

“ Look here, my son, your name is Mustafa and so is mine. We can’t let it go on like
that; there must be some distinction between the two of us. I suggest that you call yourself
Mustafa Kemal from now on”10

Mustafa bersetuju dengan cadangan tersebut dan bermula pada hari itu dia digelar Mustafa
Kamal. Pada kala itu juga, perhubungan antara Mustafa Kamal dengan ibunya mula
renggang. Menurut H.C. Armstrong, seorang pengarang berketurunan Inggeris, Mustafa
Kamal lebih menghabiskan masanya mengejar wanita genit atau bertandang ke rumah
pelacuran.11 Menurut Armstrong lagi, dia pernah menghabiskan sebahagian masanya bergaul
dengan beberapa orang sami Dominican (Dominican monks). 12

Pada tahun 1895, selepas selesai belajar di sekolah menengah tentera di Salonika.
Mustafa Kamal memasuki sekolah tinggi ketenteraan di Manastir, iaitu Bitolja di Yugoslavia
Macedonia sekarang.13 Dia juga mengetahui bahawa pembelajaran dalam mata pelajaran
matematik amat mudah di sekolah tersebut. Gurunya di Perancis membawa masalah yang

8
Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 7.
9
Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma
Production Sdn. Bhd. hlm. 169.
10
Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 8.
11
Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma
Production Sdn. Bhd. hlm. 169.
12
Ibid. hlm. 169.
13
Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 8.

5|Page
besar kepada dia sehingga bertambah rumit. Mustafa kamal meninggalkan rumah terlebih
dahulu sebelum dikritik dan memutuskan untuk memperbaiki masalah dengan memasuki
kelas persendirian di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh pengajaran bahasa Perancis di
Salonika. Selepas tiga bulan di sekolah tersebut dia telah meningkatkan pengetahuannya
dalam bahasa Perancis.

Rakan sekelasnya, iaitu seorang pemuda bernama Omer Naci di sekolah tinggi
ketenteraan di Manastir telah mengajarnya untuk meminati puisi dan sastera. Namun, tuan
yang baru dilantik telah menghentikannya daripada mengikuti pengeluaran puisi pada setiap
masa kerana akan membuat dia jauh daripada ketenteraan apabila dia terlalu meminatinya.
Selepas tamat persekolahan di sekolah tentera Manastir, dia pergi ke Istanbul. Pada 13 Mac
1899, dia memasuki kelas infantri akademi tentera.14 Dia meneruskan minatnya dalam bidang
matematik dan kemudian menggambarkan dirinya berada di kelas pertama di Akademik
Ketenteraan. Dia berkata:

“ During my days in the first class, youthful dreams took a hold on me. I neglected
my lessons and the year flashed by without my being aware of it. It was only after the end of
the term that I took to my books.”15

Pada tahun kedua, dia bertambah minat dalam mata pelajaran ketenteraan. Dia tidak
dapat melupakan tuannya yang telah memaksa dan melarangnya menulis puisi semasa di
sekolah tinggi. Namun, dia tetap mengagumi pidato dan rencana. Pada waktu rehat, dia
gunakan kesempatan tersebut untuk mengatur perbincangan dengan rakan-rakannya, waktu
mereka semua membuat latihan pidato. Pada saat tersebut, Mustaffa Kamal mula berfikir
tentang politik. Hal ini bertepatan dengan tempoh yang serius iaitu, semasa pemerintahan
Sultan Abdul Hamid II. Dia terlepas daripada pengawasan yang ketat yang diambil oleh
sekolah gabenor. Para mahasiswa akademik ketenteraan digunakan untuk membaca karya
penyair patriot, iaitu Namik Kemal pada malam hari di asrama mereka. Mereka terkejut
apabila membaca puisi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena dalam cara sistem pentadbiran
negara yang telah dijalankan.

Selepas selesai belajar d akademik tentera, Mustafa Kamal telah melanjutkan


pelajaran ke Maktab Pegawai Tentera pada tahun 1902. 16 Sepanjang dia kuliah, dia sibuk
14
Ibid. hlm. 9.
15
Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 9.

16
Ibid. hlm. 9.

6|Page
dalam politik dengan kakitangan awam dan memberi banyak buah fikiran untuk
menyelesaikan masalah-masalah tentera yang berada di luar lingkup pengajaran tentera klasik
namun dia berasa seseorang komander perlu tahu tentang semua itu. Semua itu membuatkan
dia tidak dapat tidur pada setiap malam ketika dia berasa dikuasai oleh sesuatu perasaan dan
makna yang dia tidak dapat fahami. Dia menjadi murung, merajuk, dan memberontak.

2.3 KERJAYA PERTAMA MUSTAFA KAMAL SEBAGAI SEORANG PEGAWAI


DAN PERKHIDMATANNYA MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMBEBASAN
TURKI.

Pada 11 January 1905, Mustafa kamal lulus daripada akademik dalam pangkat kapten.
Dia telah meletakkan diri dalam senarai di kelas infantri, iaitu ke-20 daripada 320.17
Sementara itu, dalam Maktab Pegawai Tentera, dia merupakan salah seorang daripada tiga
belas pegawai staf yang diberi kedudukan di kelas yang ke-37, dia ditempatkan di tempat
kelima atas dasar jumlah markahnya berada di atas selama tiga tahun. 18 Setelah lulus dalam
akademik, Mustafa Kamal dan rakan-rakannya menyewa sebuah flat menggunakan nama
salah seorang daripada mereka untuk melakukan kegiatan rahsia mereka selama mereka
tinggal di Istanbul. Dari masa ke masa mereka akan bertemu di sana dan membincangkan
masalah negara. Kedatangan dan pemergian pegawai muda tidak dapat diketahui oleh polis
rahsia yang dihantar oleh Abdul Hamid. Pada suatu hari mereka dikhianati oleh pegawai iaitu
yang digelar Fethi. Mereka telah ditangkap dan ditahan selama beberapa bulan dan kemudian
dilepaskan.

Beberapa waktu kemudian, mereka dipanggil oleh kakitangan awam. Kakitangan


awam memutuskan untuk menghantar mereka ke Edirne (Adrianople) dan Salonika di tempat
tentera kedua dan ketiga ditempatkan. 19 Mereka diberitahu bahawa mereka akan dihantar
dengan banyak mengembara melainkan di antara mereka sendiri bersetuju akan pergi di
sesuatu tempat. Penghantaran Mustafa Kamal disepakati oleh pegawai sendiri namun pihak
berkuasa curiga dan mengatakan bahawa dia dihantar bukan kepada pasukan kelima di
Damsyik. Dia dihantar kepada Rejimen 30 Kavalri. Perkhidmatan Mustaffa kamal dengan
tentera di Syria memberinya pengalaman yang amat berharga. Dia melihat dari dekat
seberapa parah negara di tapis, sebab latihan kurang, sebab orang-orang menderita daripada

17
Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 11.
18
Ibid
19
Ibid

7|Page
kerajaan tersebut. Dia menemukan beberapa alasan untuk pergi ke seluruh Syria. Dia hadir
pada penindasan Druzea di Harwan dan Kuneytira. 20 Selama operasi tersebut, dia menjadi
teladan kepada rakan-rakannya dengan kepakaran tentera dan cintanya kepada rakyat dan
Negara.

Secara ringkasnya, oleh kerana kecekapannya, beliau telah dilantik sebagai Leftenan
Muda dan dihantar untuk bertugas di Maktab Pegawai Tentera di Istanbul. Semasa di sana,
dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa ‘Uthmaniyah kerana terlibat dalam satu komplot
untuk menggulingkan Sultan ‘Abdul Hamid II.21 Sebagai hukumannya, dia telah dibuang
daerah ke Damsyik, ibu negeri Syria. Namun, secara senyap-senyap, dia telah kembali ke
Salonika dan menyertai Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP) yang memudahkannya
dilantik sebagai seorang pegawai tentera. Hal tersebut tidak sewajarnya dihairankan kerana
keadaan sedemikian adalah cara pergerakan Freemason menjalankan jarumnya yang halus,
iaitu bagi mengukuhkan kedudukan calonnya, agar orang itu akan dapat melaksanakan
program yang telah ditentukannya sendiri. Sementara itu, melalui kegiatan CUP, ‘Abdul
Hamid II telah digulingkan pada tahun 1909 M.22 Ekoran daripada itu, Rejim Turki Muda
telah ditegakkan. Terdapat beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal yang
bertentangan dengan Islam dalam pemerintahannya khususnya dari aspek politik, sosial, dan
ekonomi. Walau bagaimanapun, setelah mencengkam Turki di bawah penguasaan
diktatornya selama 20 tahun, Ataturk telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada 10
November 1938. 23

3.0 PENGKHIANATAN DARI ASPEK POLITIK

Para peneliti sejarah yang mengamati riwayat hidup Mustafa Kemal hampir
memastikan bahawa hanya lelaki ini sajalah yang mampu memerintah Turki dengan
kekuasaan mutlak sehingga tiada seorang pun yang berani menggugatnya. Pernah suatu
ketika, Mustaffa Kemal pernah mengatakan kepada wanita simpanannya, Khalidah Adib
iaitu: “sesungguhnya satu-satunya sistem yang paling berhasil untuk mengendalikan tampuk

20
Ibid. hlm. 12.
21
Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma
Production Sdn. Bhd. hlm. 169.
22
Ibid. hlm. 169.
23
Ibid. hlm. 183.

8|Page
pemerintahan ialah pemerintahan yang berada dalam kekuasaan penguasa tunggal dan
mempunyai kuasa mutlak. Kelak, akan aku jadikan setiap orang melaksanakan keinginanku
dan tunduk pada perintahku. Dan aku tidak mahu menerima kritik atau nasihat apapun dari
seseorang. Dan aku akan memerintah menurut caraku sendiri. Kelak, kamu semua akan
melaksanakan apa yang kuinginkan tanpa membantah.”24 Ketika pasukan Yunani mengancam
kekuasaan Turki di Ankara, Mustaffa Kemal minta majlis perwakilan rakyat untuk
mengangkatnya sebagai panglima dan membekalinya dengan semua kemudahan sebagai
penguasa mutlak.25

Pada tahun 1918, iaitu apabila Perang Dunia pertama telah tamat, Empayar Turki
Uthmaniyah bersama-sama dengan sekutunya Jerman telah tewas dan hal ini menyebabkan
pemimpin-pemimpin Turki Muda telah melarikan diri. Pada waktu itu, Mustafa Kamal bebas
untuk melakukan sebarang tindakan yang dikehendakinya iaitu misalnya beliau telah
berundur ke Anatolia yang terkenal dengan kawasan gunung-ganang sebaik sahaja Britain
dan sekutunya menguasai Istanbul.26 Setibanya di sana, Mustafa telah menyusun barisan
pertahanan daripada berbagai-bagai kelompok dan yang amat menariknya ialah beliau telah
mengisytiharkan perjuangannya atas nama islam. Berhubung dengan ini, beliau telah
mengisytiharkan bahawa tujuan perjuangannya sebenar ialah bagi membebaskan “bumi
Islam”, “Rakyat Muslim”, dan juga sultan/khalifah daripada cengkaman kafir. 27 Begitu
hebatnya pengisytiharan yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal sehinggakan beliau mendapat
sokongan daripada para ulama dan syaikh tariqat yang menjadi tulang belakang kepada
perjuangan membebaskan Anatolia dan wilayah Turki Uthmaniyah.28

Rakyat telah menyanjungi Mustafa Kamal sebagai seorang ghazi (pejuang agama
Islam) namun sanjungan itu rupa-rupanya cuma akan menyebabkan para pencinta ilmu berasa

24
Dr. Abdullah Azzam, 2007. Turki Negara Dua Wajah. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise. Hlm. 52.
25
H.C. Armstrong,1933. Gray Wolf, Mustaffa Kemal : An Istimate Study of a Dictator. New York: MINTON,
BALCH & COMPANY. Hlm. 164.
26
Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 170.
27
Bernard Lewis, The Middle East and The West, Harper Torch-books, Harper and Row Publishers, New York,
1996, hlm. 107; dan Edward Mortimer, Faith and Power: The Politics of Islam, hlm.132.
28
Sayyid Ahmad Sharif, pemimpin gerakan Sanusi dan juga Ustaz Badi’uzzaman Sa’id Nursi menyertai
perjuangan yang dipimpin oleh Mustaffa Kamal.

9|Page
amat pilu sebaik sahaja mengikuti aktiviti-aktiviti tokoh itu selanjutnya.29 Semasa perjuangan
pembebasan Turki sedang berlaku, pihak sultan Uthmaniyah menjadi lumpuh dan hanya
mampu menerima penjajahan asing sahaja. Mustafa Kamal mengambil kesempatan ini
dengan menubuhkan sebuah kerajaan kebangsaan yang merdeka di Ankara dan kemudiannya
secara beransur-ansur tetapi licin, dia telah berjaya menarik sokongan daripada rakyat kerana
mereka sedang mabuk denagn prestasinya sebagai seorang ghazi .Tindakan Mustaffa Kamal
yang berjaya mengambil sokongan rakyat dapat dibuktikan melalui pernyataan yang
dikemukan oleh Edward Mortimer yang telah menyatakan, “Dan Mustaffa Kamal, pada
musim panas tahun1920, menghabiskan masanya yang banyak untuk mempelajari sejarah
awal Islam. Apabila menziarahi kawasan kampung, beliau kerap kalinya ke masjid,
mengambil bahagian dalam solat Jumaat dan pernah juga menyampaikan khutbah secara
spontan bagi membincangkan pembaharuna yang ingin dilakukannya apabila berjaya
menewaskan musuh kelak”.30

Apabila kemenangan telah terjamin dan kedudukannya menjadi kukuh, Mustaffa


Kamal mula menunjukkan tembelangya yang sebenar. Sebagai langkah pertama, beliau telah
bertindak menghapuskan Kesulatanan Uthmaniyah pada tahun 1922 dengan alasan bahawa
sultan telah mengkhianati Negara.31 Pada 29 Oktober, tahun 1923 pula, Turki telah
diisytiharkan sebagai sebuah republik dengan dirinya sendiri dilantik sebagai presiden. Pada
mulanya, apabila kerajaan ini meluaskan kuasanya ke kawasan di luar Ankara, ia telah
menemui beberapa tentangan. Tetapi, dengan persediaan yang rapi, Mustaffa telah
mematahkan penentangan ini dan berikutnya pada 3 Mac 1924, Mustaffa Kamal telah
membasmi Khilafah (Jawatan Khalifah).32 Langkah ini merupakan pembuka jalan kepada
program yang lebih bersifat radikal dan memulakan pemisahan daripada konsep kepimpinan
tradisional.

Ketika Mustaffa Kemal mengemukakan usul untuk memisahkan kekuasaan politik


dari khilafah, maka para anggota parlimen menentang keras usul tersebut. Meskipun
mendapat tentangan keras, dia tetap berkeras untuk mewujudkan rencananya. Dia berkata
kepada para anggota parlimen : “Sesungguhnya kekuasaan Sultan harus dipisahkan dari
khilafah dan untuk selanjutnya dihapuskan. Sama ada kamu setuju atau tidak. Sebab hal ini
pasti akan terjadi. Di akhir persidangan parlimen, Mustaffa Kemal mengumumkan
29
Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan:
Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 171.
30
Edward Mortimer, Faith and Power: The Poltitcs of Islam. Hlm. 133.
31
Wayne S. Vucinich, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy, hlm. 115.
32
Ibid.

10 | P a g e
‘Persatuan Kebangsaan Turki telah memutuskan dengan sebulat suara penghapusan
kekuasaan Sultan’. Anggota parlimen berteriak: “Itu bohong!!!” akan tetapi suara tersebut
tidak dipeduli oleh Mustaffa Kemal.33 Hak kebebasan parlimen dihapuskan dan dia
memerintahkan supaya akhbar ditapis. Kemudian dia membubarkan parlimen ketika mereka
semakin keras menetang kebijaksanaannya. Selanjutnya dia mengadakan pemilihan anggota
parlimen yang baru. Namun parlimen baru ternyata lebih sengit menentangnya.

Dalam situasi yang kritis tersebut, Mustaffa Kemal diselamatkan oleh Inggeris dengan
mengadakan Perjanjian Luzon. Perundingan itu sendiri berlangsung selama tiga bulan, dari
bulan November 1992 hingga bulan Februari 1923. Syarat dalam Perjanjian Luzon sangatlah
keras disebabkan bangsa Turki membayarnya dengan harta simpanan mereka yang paling
berharga, iaitu Islam dan Khilafah. Tetapi, hasil perjanjian yang diumumkan kepada rakyat
Turki cuma penarikan mundur tentera pendudukan Inggeris dari ibu kota Turki, Istanbul. 34
Setelah dia merasakan bahawa fungsi Sultan telah dapat dihapuskan, maka Mustaffa Kemal
pun segera memperkenalkan Negara yang besifat republik. Mustaffa Kemal sendiri
berpendapat bahawa sebarang pengaruh yang berteraskan agama Islam sepatutnya perlu
dikikis dalam pemerintahan Turki.35 Oleh itu, Mustaffa Kemal telah menghapuskan
kekhilafahan dan menyetujui suatu undang-undang baru yang akan menghukum setiap
bentuk penentangan terhadap pemerintahan republik. Setiap kecenderungan seperti sikap pro
dan mendukung Sultan yang telah digulingkan, dianggap sebagai suatu pengkhianatan yang
perlu ditebus dengan nyawa. Pada 3 Mac 1924, suatu undang-undang yang mengisytiharkan
panghapusan khilafah telah dikeluarkan, pengusiran khilafah, pemisahan agama dari
pemerintahan, penghapusan mahkamah syariah beserta undang-undangnya dan
menggantikannya dengan mahkamah baru dengan undang-undang secular serta memutuskan
penghapusan sekolah agama dan kemudian menggantikannya dengan sekolah negeri yang
bersifat sekular semata-mata.

Sebenarnya penglibatan Mustaffa Kamal dalam perjuangan pembebasan Turki itu


bukanlah secara kebetulan kerana ianya telahpun dirancang begitu lama oleh pihak
Freemasonry, khususnya mereka yang berketurunan Inggeris. Hal ini kerana sebelum itu,
pihak Freemasonry di Turki telah mengenal pasti Mustaffa Kamal yang ketika itu berkhidmat
sebagai seorang panglima tentera Turki untuk melaksanakan suatu revolusi yang akan
membawa perubahan besar terhadap Empayar Uthmaniyah.36 Mustaffa Kamal sememangnya
33
Dr. Abdullah Azzam, 2007. Turki Negara Dua Wajah. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise. Hlm. 52.
34
Ibid. hlm. 53.
35
Ibid.
36
Nik Azran dan Mohd. Mahdi, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam, hlm. 174.

11 | P a g e
telah berhubung dengan pihak British secara sulit bagi melaksanakan Revolusi Kamalis di
Turki iaitu sejak tahun 1917 lagi. Tambahan pula, beliau telah berjaya diterima oleh rakyat
dan memperolehi sokongan rakyat serta para pencinta Islam untuk mempertahankan bumi
Anatolia daripada serangan pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama. Malah, kemenangan
Mustaffa Kamal sebagai ghazi di Gallipolli pada tahun 1916 juga turut disengajakan oleh
British meskipun pihak Berikat terpaksa mengorbankan sekutunya iaitu Greece untuk
membuka jalan agar Mustaffa memperolehi kuasa dan seterusnya menamatkan Empayar
Uthmaniyah seperti yang dikehendaki oleh kuasa-kuasa besar dan sekutu mereka iaitu
Freemasonry serta Zionis.37 Situasi ini ditambah lagi dengan tindakan kotor mereka apabila
pihak Berikat telah member laluan kepada Mustaffa untuk menang dalam pertempuran di
Anatolia. Lihatlah betapa liciknya percaturan kuasa-kuasa Barat dengan konco-konco mereka
sehingga tercapainya cita-cita dan impian mereka untuk menaikkan Mustaffa Kamal
Attartuck sebagai agen mereka dan sekaligus menghancurkan pengaruh Islam dan umatnya
bukan sahaja di Turki, malah untuk seluruh Asia Barat serta wilayah-wilayah Islam yang
lainnya apabila khilafah dilenyapkan untuk selama-lamanya. Hal ini jelas menunjukkan
kepada kita bahawa sememangnya Mustaffa Kamal bukanlah penyelamat agama Islam tetapi
beliau merupakan pengkhianat Islam yang sangat licik dan penuh dengan tipu muslihat.

Di sini dapat diperjelaskan lagi bahawa Mustaffa Kamal turut mengkhianati Islam
dengan melancarkan program-program pembaharuannya iaitu melalui tindakannya
mensekularismekan Turki dan perubahan yang dilakukan ini sangat ketara pada empat tahun
pertama selepas Turki diisytiharkan menjadi negara republik. Segala pembaharuan yang cuba
dilakukan oleh Mustaffa Kamal sememangnya menjadi lebih mudah kerana para pemerintah
Turki Uthmaniyah telahpun memulakan trend ini, iaitu proses ke arah pembaratan dalam
bidang pemikiran, adat istiadat dan institusi-institusi sejak zaman tanzimat lagi.38 Pada
mulanya, Mustaffa Kamal telah menumpukan perhatiannya ke arah menyusun semula bidang
pentadbiran, memperketatkan penguasaannya dan mensekularkan Turki agar negara itu
menjadi lebih erat dengan Tamadun Barat.

Semua perkara ini telah dirancang oleh beliau sewaktu hendak menjadikan negara
Turki sebagai sebuah kerajaan republik lagi. Misalnya pada tahun 1923 iaitu pada musim
bunga, bagi memperketatkan kuasanya ke astas hal-ewal dalam negeri dan untuk membantu
Ismet Inonu, orang kanannya, memperkukuhkan kedudukannya sebagai perunding bagi pihak

Ibid, hlm 177-180.


37

Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan:
38

Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 173.

12 | P a g e
Turki di Persidangan Lausanne, Mustaffa Kamal telah membentuk satu pertubuhan yang
dikenali sebagai Partai Republik Rakyat (Peoples Republican Party). Namun sejak
penubuhannya, parti itu telah disusupi oleh pihak Freemasonry yang menguasai
perjalanannya daripada dalam.39 Sejak itu juga, Partai Republik Rakyat telah dijadikan
sebagai alat untuk membawa perubahan dalam negara iaitu Mustaffa kamal cuba untuk
mewujudkan suasana ‘demokrasi’ yang membenarkan para anggota parti untuk ‘berbincang’
secara bebas antara sesama mereka sendiri, sebelum mereka bersidang selaku para
perwakilan dalam Dewan Kebangsaan Agung.40

Begitulah cara Mustaffa Kamal bermain politik dan cuba mengabui mata rakyat
dengan memperkatakan demokrasi, meskipun dari segi amalan segala aktiviti kepartian
diawasinya dengan ketat. Dunia selama ini turut mengetahui bahawa Turki telah
memperolehi kemerdekaaannya kerana kecekapan diplomasi Ismet Inonu sehinggakan parti
Berikat terpaksa menghormati kedaulatan rkyatnya. Rentetan peristiwa itu, maka semua
orang berasa berbangga bahawa Turkilah satu-satunya ‘negara Islam’ yang berjaya
membebasbkan diri semasa benar-benar berada dalam cnegkaman kuasa Barat. Tetapi,
sebuah dokumen telah dijumpai dan mengatakan bahawa sebenarnya ‘kemerdekaan’ yang
Turki perolehi iru tidaklah bersih daripada sebarang ikatan kerana hakikatnya ialah pihak
Barat hanya bersetuju untuk menghormati ‘kedaulatan’ Turki. Justeru, melalui campur tangan
golongan freemasonry pula, Mustaffa kamal telah bersetuju untuk membaratkan Turki dan
mengikis unsur-unsur yang berteraskan Islam sehinnga ke akar umbinya serta menjaga
kepentingan-kepentingan Barat sahaja.

4.0 PENGKHIANATAN DARI SEGI SOSIAL

Mustafa Kamal Ataturk telah melakukan banyak pembaharuan yang


seringkali bercanggahan dengan nilai- nilai agama Islam. Dalam bidang
sosial, pada tahun 1934, Mustafa Kamal telah mewajibkan penggunaan
nama keluarga bagi setiap rakyat Turki. Beliau sendiri telah mengambil
gelaran Ataturk yang bererti Bapa Turki. Manakala, pembantu kananya
sendiri yang sangat setia padanya telah memakai gelaran Inonu iaitu
bagi mengenangkan kejayaan ketenteraan yang dicapainya dalam Perang Pembebasan Turki

Harun Yahaya, The Knight Templars, hlm. 161.


39

Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan:
40

Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm. 174.

13 | P a g e
di tempat yang dikenali sebagai Inonu. 41 Hal ini juga dapat dilihat dalam buku karangan
Desmond Stewart apabila terdapat kenyataan bagaimana pengambilan nama keluarga itu
boleh wujud. Menurut penulis itu :

“Until the 20th century most Turks had no last name. They followed the Moslem practice
using one name, given at birth, relying on a patronymic or a word indicating some special
attribute for more precise identification. In 1934 Ataturk’s regime ordained that all Turks
take family names. His assumed name, Ataturk means “Father Turk”. The Prime Minister,
Ismet chose Inonu, the name of the town where he had won a victory over Greek forces in
1921”.42

Sejajar dengan kejadian ini, terhapuslah gelaran-gelaran kehormat seperti Bey, Shaikh,
Effendi, Hanim bagi wanita dan diganti dengan panggilan Bay bagi Encik dan Bayan bagi
Puan ataupun Cik. 43

Dalam aspek feminisme, Mustafa Kamal telah memperjuangkan kebebasan wanita.


Hal ini dapat dilihat apabila beliau menggalakkan mereka untuk membuang tudung, yakni
44
mendedahkan aurat seperti wanita-wanita Eropah dan menceburkan diri dalam masyarakat.
Antara bidang yang diceburi wanita pada zaman itu ialah bidang-bidang yang selama ini
didominasi oleh kaum lelaki. Ramai tokoh-tokoh wanita yang lahir dari gerakan kemalism ini
iaitu Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki, Sabiha Gokcen iaitu
juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali iaitu doktor pertama
Turki. Pada masa itu, Ataturk digelar sebagai sumber inspirasi kepada wanita. Walhal,
mereka tidak sedar bahawa mereka telah diperalatkan agar terkeluar dari landasan Islam.
Bukan sesuatu yang salah bagi wanita menuntut ilmu tetapi perlulah menjaga batas-batas
yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Walauapapun, bentuk kejayaan yang dicapai oleh
wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melepaskan
tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna pada suatu hari
nanti. Sambil memetik kata- kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya
di Turki :

41
Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications,
Shah Alam, Hlm 179.
42
Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York, hlm 73.
43
Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications,
Shah Alam, Hlm 180.
44
H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch &
Company, New York, hlm 311.

14 | P a g e
“ wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi tetapi ciptaan Allah yang
istimewa”.

Bagi Atarurk wanita adalah satu makhluk Allah yang perlu dikeluarkan
dari kepompong Islam. Dalam agama Islam, wanita memakai pakaian
yang menutup aurat dan memakai purdah dan tidak keluar dari rumah
untuk menjaga batasnya dari bukan muhrimnya. Ataturk telah
mengkhianati agama Islam dengan merosakkan akhlak wanita Islam.
Menurut Lord Eversley,

“ a measure of still greater significance was his approach to the


seclusion of women. The problem had been a source of prolonged controversy in the Moslem
world. Women had been excluded from every social field by hidebound laws, and the
institution of Purda or veil had merely reduced them to the status of drudges. Ataturk knew
that the nation could not march ahead without the serious active participation of women in
national life”.45

Ataturk juga telah menganjurkan supaya para wanita bercampul gaul dengan bebas
46
dalam majlis-majlis sosial dan beliau turut menari di khalayak ramai. Dalam agama Islam,
tidak dibenarkan untuk lelaki dan perempuan untuk menari bersama kerana bukan
muhrimnya dan itu adalah haram apabila memperlihatkan tubuh seorang wanita kepada
bukan muhrimnya. Bukan itu sahaja, bahkan telah diwujudkan acara-acara peraduan ratu
cantik di bandar-bandar sehinggga pada tahun 1932, ekoran daripada itu seorang gadis Turki
47
dipilih sebagai “Miss Europe” atau ratu cantik Eropah. Ataturk juga telah memberi kaum
wanita peluang mengundi di dalam pilihan raya dan menjanjikan mereka hak mengundi di
48
Dewan Persidangan Rakyat. Akhirnya pada tahun 1934, kaum wanita dibenarkan untuk
mengundi dalam pilihan raya Parlimen dan pada tahun 1935 seramai 17 orang wanita telah
dilantik sebagai wakil rakyat. 49

Sementara itu, pada tahun 1932 para pelajar lelaki dan perempuan telah dibenarkan
untuk belajar bersama melalui sistem co-education seperti yang terdapat di Tamadun Barat.

45
Lord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road,
Lahore,
hlm 421.
46
Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications,
Shah Alam, Hlm 178.
47
Ibid
48
Ibid
49
Bernard Lewis, 2002,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute of International Affairs , hlm 288

15 | P a g e
Dengan kejatuhan empayar Turki telah melahirkan harapan wanita untuk memainkan peranan
penting dalam social dan kemenangan Turki dalam Perang telah memberi wanita satu
peluang. Halide Edib, mahasiswa dari American Girl College telah menjadi seorang sarjan
50
untuk memimpin peperangan dan beliau telah mewakili wanita. selain itu juga, akibat dari
pemikiran Kamal Ataturk telah mempengaruhi Ismail Hakkiki iaitu dekan Fakulti Seni telah
membenarkan wanita dan lelaki menghadiri kelas secara terbuka. Hal ini membolehkan
kejadian maksiat berlaku dan tidak manis dipandang orang sekeliling.

Mustafa Kamal Ataturk juga telah membolehkan lelaki memakai seluar panjang
dengan syarat memakai tali leher dan topi sesuai dengan kehendak Barat. Keadaan ini
menyebabkan ramai Muslim yang terikut-ikut dengan gaya Barat yang mengejar fesyen
sehingga melupakan agama Islam yang mengkehendaki kesederhanaan dan menutup aurat
dalam Islam. Ataturk adalah seorang pengkhianat dalam agama Islam kerana telah
menjadikan umat Islam tiada beza dengan orang Barat. Menurut Kamal Ataturk :

“ nations that persist in remaining at the intellectual stages of middle ages are destined to
disappear from the face of the earth. The Turk must become affiliated with an international
civilization and this in fact must also be plainly shown in her external appearance”.51

Petikan ini menunjukkan betapa Ataturk sangat mengagungkan Barat sehingga


hendak mengubah rakyat Turki dan negara itu melalui corak pemerintahannya. Manifesto
beliau dalam pembaharuan telah didemonstrasikan dengan membuang pakaian dan cara hidup
Islam dalam masyarakat Turki. Pada Ogos 1925, Ataturk dan rakannya telah memakai topi
Panama. Ini bertujuan untuk membina tema pemakaian moden daripada pemakaian Islam.
Pemakaian Topi ini telah dikuatkuasakan oleh Undang-Undang Topi dan menjadi pemakaian
kebangsaan Turki. Dia mewajibkan rakyat Turki memakai topi, padahal masa itu topi adalah
simbol kekafiran dalam pandangan bangsa Turki Muslim. Maka sudah tentunya mereka
menentangnya. 52 Sesiapa yang menentang akan digantung di tiang lapangan yang terdapat di
Bandar. Kejadian ini disaksikan oleh penduduk tempatan Turki dan dia menceritakan :

50
Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York, hlm 76.
51
Lord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road,
Lahore, hlm 420.
52
Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 55.

16 | P a g e
“ waktu itu saya melalui sebuah lapangan. Dan saya lihat beberapa tubuh yang telah
kaku tergantung dia atas tali gantung. Ada sesuatu pemandangan yang tidak mampu ku
lupakan. Iaitu ketika aku melihat janggut putih yang menempel di dagu mayat tersebut
terbang oleh tiupan angin”. 53

Ataturk sangat memegang tinggi bendera nasionalisme Turki


dan mengembalikan akidah paganism bangsa Turki konu, seperti
penyembahan terhadap serigala putih (Bozkorat), yang mereka pernah
lukis pada kepingan surat. Mereka juga telah mencipta sebuah lagu yang
mempunyai lirik mengagungkan Genggis Khan sebagai tuhan.
Kekasihnya sulitnya, khalidah Adib iaitu wanita Yahudi menulis sebuah
buku yang diberi judul “Thorana Baru”, Moire Cohan, orang Yahudi
menulis buku berjudul Kemalisme dan Ar-Ruh At-Turkiyah. Dalam
buku tersebut, dia mengatakan “sesungguhnya Tuhan Kemaliyah yang mereka sembah sejak
semula adalah Qaumiyah iaitu kebangsaan.”54 Demikian pula halnya penyair tempatan
Thayacook Albe, dia pernah mengatakan demikian : “ saya mengaku berasal dari tiga iaitu
umat Turki, umat Islam dan peradaban Eropah.”55

Dalam pada itu, Undang-undang Awam Turki yang baru telah digubal dan telah
mengharamkan poligami, membenarkan perkahwinan dengan cara berdaftar iaitu mengikut
undang-undang sivil dalam kalangan umat Islam dan akad nikah yang diwajibkan dalam
Islam hanya dibenarkan untuk sesiapa yang ingin melakukannya sahaja. Oleh itu, semua
rakyat Turki sama ada Muslim atau bukan Muslim dikendalikan oleh satu undang-undang
56
yang sama. Pada 1928, fasal yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan agama
Negara Turki telah dihapuskan daripada perlembagaan kebangsaan. Sesungguhnya, tindakan
menggugurkan Islam daripada perlembagaan itu, hanyalah merupakan satu langkah yang
formal semata-mata, kerana sebelum itupun catatan nama Islam dalam perlembagaan tidaklah
memberi sebarang erti, memandangkan dari segi amalan Islam tetap tercemar dan terhakis
pengaruhnya melalui tindakan undang-undang dan ketenteraan oleh regim Mustafa Kamal. 57

53
Ar-Rajulu ash-shabanamu, hlm 320.
54
Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 56.
55
Ibid.
56
Bernard Lewis,1968,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute International Affair, hlm 273.
57
Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications,
Shah Alam, Hlm 177.

17 | P a g e
Kemudian pengkhianatannya juga terserlah lagi dengan tindakannya menghapuskan
huruf Arab yang dipakau sebagai symbol orang Turki dan dipakai untuk menulis semua buku
peninggalan Islam seperti fiqh, Hadis, Tafsir dan Tarikh. Dengan cara tersebut Ataturk
berjaya melaksanakan reformasi bahasa sebagai mengikis pengaruh Islam dalam kehidupan
rakyat Islam dan berjaya memisahkan bangsa Turki secara total dari agama dan warisan
mereka.58 Berhubung dengan hal ini, istilah Arab yang menjiwai bahasa Turki Uthmaniyah
telah sama sekali dilenyapkan penggunaannya atas alasan untuk mentamadunkan bahasa
Turki agar kedudukannya setanding dengan bahasa-bahasa Eropah. Sejajar dengan itu, dia
telah mewajibkan rakyat Turki untuk menulis dalam huruf Rumi. Huruf-huruf Al-Quran telah
diharamkan penggunaannya. Hal ini telah menimbulkan kekecohan tertentu seperti apabila
penggunaan huruf-huruf Al-Quran diharamkan maka ia menyebabkan generasi muda Turki
dan keturunan yang akan dating tidak dapat lagi membaca al-quran dan mempelajari hadith-
hadith agama. Sesiapa yang tidak menguasai huruf latin atau rumi akan dihukum seperti
pengharaman kerja, menarik balik kewarganegaraan, pengusiran dari tanah air dan penjara.59

Ataturk merupakan seorang pengkhianat yang besar yang bertanggungjawab


memusnahkan empayar Turki Uthmaniyah. Pelbagai kerosakan dan rancangan telah
direncananya. Pada tahun 1935, regim Mustafa kamal telah menukarkan hari kelepasan bagi
republik Turki iaitu hari Jumaat kepada hari Ahad supaya kedudukannya itu sejajar dengan
amalan antarabangsa, khususnya di Barat. Walhal, kelepasan cuti perlulah diberi mengikut
hukum Islam kerana pada hari itu terdapatnya hari Jumaat sedangkan hari Ahad iaitu Sunday
adalah lebih kepada kebaratan kerana menyambut tuhan matahari. Pada waktu yang sama,
muzik tradisional yang dahulunya dipengaruhi alunan Arab telah diharamkan dan diganti
dengan muzik klasik Barat. Hal ini berikutan Ataturk yang menganggap muzik alunan Arab
itu adalah muzik yang mundur. Dalam pada itu juga, seni khat yang selama ini menjadi
kebanggaan umat Islam hanya tinggal sebagai satu amalan orang tua dan orang tertentu
sahaja. Seni lukis dan ukiran menurut stail Barat telah dipopularkan. Dalam bidang
kesusateraan pula, perhatian telah diberi kepada penulisan sajak dan pementasan drama yang
berbau Barat.

Selain itu, sesuai dengan dasarnya untuk membaratkan Turki,


Mustafa Kamal yang durjana telah menukarkan status Masjid Aya

Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 56.
58

H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch &
59

Company, New York, hlm 226.

18 | P a g e
60
Sofya dan Masjid Al-Fatih kepada sebuah Muzium. Dia telah memusnahkan rumah Allah
yang digunakan untuk beribadat kepada Allah selama ini. Segala kesan sejarah dan alat
kebudayaan dipamerkan di sana. Perbuatan paling menggemparkan yang dilakukannya ialah
dia secara bongkak telah memerintahkan supaya azan iaitu bang yang menandakan waktu
solat bagi umat Islam ditukarkan kepada bahasa Turki. Kalimah Allahu Akbar diterjemahkan
menjadi Allah Buyuk. Pertukaran kalimah ini mendapat tentangan hebat daripada pencinta
Islam. Selain itu, Ataturk juga telah memerintahkan supaya terjemahan Al-Quran sahaja yang
dibaca, iaitu dalam bahasa Turki dan bukan Arab. Begitulah dahsyatnya perbuatan makhluk
ini yang mengikut hawa nafsu seorang pemimpin . Melalui usahanya itu menunjukkan betapa
Mustafa Kamal telah menunjukkan keazaman yang kuat untuk mengikis pengaruh Islam
terhadap bangsa Turki.

Bukan itu sahaja, ketaksubannya untuk memusnahkan Islam dari pandangan Turki
juga dapat dilihat dengan bukti-bukti kejadian seperti dia telah membangunkan ladang contoh
untuk memelihara lembu dan babi. Hal ini bermaksud untuk menentang semua nilai Islam
yang luhur, mendirikan patung dan tugu berupa dirinya di setiap tempat sebagai tanda beliau
mengaku dirinya sebagai Tuhan. Pada tahun 1926, Ataturk juga telah menggantikan kalender
barat untuk menggantikan kalender Hijriah, menghapuskan sambutan Hari Raya Aidilfitri
dan Aidiladha dan yang paling penting dia telah melarang kaum muslimin Turki mengerjakan
61
ibadah haji dan melarang kaum wanitanya memakai hijab iaitu tudung. Pendek kata,
Mustafa Kamal Ataturk memerintah Turki secara mutlak dan outokrasi, seolah-olah tiada
seorang pun di Turki yang mampu memerintah sepertinya. Dia pernah mengatakan : “saya
adalah Turki dan Turki adalah saya. Saya adalah paru-parunya untuk bernafas. Setiap
usaha untuk menghancurkanku adalah usaha untuk menghancurkan Turki”.62

Demikianlah Mustafa Kamal Ataturk melanjutkan usahanya untuk menghancurkan


Turki dan menghapuskan agama Islam dari permukaan bumi. Dia hendak menghapuskan
agama yang telah meninggikan bangsa Turki, sehingga Turki da;pat menguasai dunia selama
lima abad berturut-turut. Dan dia telah melanjutkan program penghancurannya terhadap

60
Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications,
Shah Alam, Hlm 179.
61
H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch &
Company, New York, hlm 227.
62
Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 57.

19 | P a g e
semua tiang yang menumpang daulah Islamiah yang menjulang tinggi itu. Sehingga akhirnya,
Turki berubah menjadi bangsa yang lemah dalam segala aspek kehidupan.

5.0 PENGKHIANATAN DARI SEGI EKONOMI

Menjejaki sejarah pemerintahan kamel Ataturk Ketika Republik Turki terbentuk pada
tahun 1923, negara kekuasaan beliau itu tidak mempunyai modal, industri, dan pengetahuan.
Perang yang berlaku telah menghancurkan tenaga kerja, manakala pengeluaran pertanian
berada pada tahap yang rendah, dan dibebani hutang luar negeri yang besar apabila negara
uthmaniyyah sudah muflis. Presiden Ataturk sedar beliau perlu melakukan sesuatu bagi
memulihkan keadaan ekonomi Turki yang sedang berada dalam keadaan kritikal. Berpegang
kepada prinsip ekonomi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Ini
dapat dilihat daripada petikan beliau.

"Nations," he said, "has destroyed the strength of the enemy. But to achieve
independence we must comply with the following: national sovereignty must be supported by
financial independence. The only power that will lead us to this goal is economic. No matter
how big they , political and military victory can not survive unless they are crowned by
economic victory. "

Sekiranya dinilai secara kasar dari aspek luaran Kamal Ataturk memiliki semangat
juang yang tinggi dan berusaha untuk membangunkan ekonomi Turki. Beliau seorang yang
berpandangan jauh dan dengan tekad dan semangat itulah, Turki Atatürk melakukan ekspansi
pertanian, pertumbuhan industri, dan kemajuan teknologi. Dalam perlombongan,
pengangkutan, manufaktur, perbankan, eksport, perkhidmatan sosial, perumahan,
komunikasi, tenaga, Mekanisasi, dan daerah vital lain. Mustafa kemal memperkenalkan
dengan dasar ekonomi yang tidak wujud pada zaman pemerintahan Emapayar Uthmaniyyah.
Dasar ekonomi tidak hanya hanya untuk mengembangkan usaha berskala kecil dan usaha
berskala besar, tetapi juga untuk mencipta strata sosial (borjuasi perindustrian dengan para
petani Anatolia). Akibat sumbangannya dalam ekonomi, selain daripada sosial dan politik
beliau telah mendapat kepercayaan masyarakat dan diberi gelaran bapa permodenan “Turki”.
Sejauh manakah kebenaran itu?

20 | P a g e
Pada tahun 1930, kemal telah memperkenalkan etasim, iaitu menegakkan sistem
monopoly atau dasar campur tangan kerajaan yang ketat dalam kegiatan-kegiatan ekonomi
negara sebagai satu langkah untuk mencegah berlakunya pembolotan kekayaan oleh
segelintir manusia, khususnya puak kapitalisme. Namun dasar tersebut telah dilaksanakan
secara ketat telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara menjadi lembab
sebaliknya peranan kapitalis asing dari barat tetap bertambah dengan bertambahnya eksport.
Parti Republik Liberal63 (Ogos, 1930) keluar dengan program yang liberal dan mencadangkan
agar monopoli negara perlu ditamat, modal asing perlu ditarik manakala pelaburan negara
harus dikurangkan. Mustafa Kemal disokong İnönü menolak dan menyatakan sudut
pandangan "tidaklah mungkin untuk menarik modal asing untuk pembangunan penting."
Pada tahun 1931, beliau menyatakan: "Dalam bidang ekonomi ... program parti
statisme"64.Namun demikian, kesan Republik bebas amat kuat dan campur tangan negara
menjadi lebih sederhana, lebih mirip kepada bentuk negara kapitalisme. Salah satu
penyokong radikal sayap kiri, Yakup Kadri Karaosmanoğlu daripada gerakan Kadro (The
Kader), mendakwa bahawa Mustafa Kemal menemukan jalan ketiga antara kapitalisme dan
sosialisme.65

Mustafa kemal dan Ismet Inonu mempunyai misi kebangsaaan dalam mengejar
ekonomi yang dikawal polis. Kemal dan Ismet berganding bahu untuk meneraju negara dan
seterusnya menghilangkan kawalan asing yang menguasai Turki, dan meningkatkan
komunikasi. Untuk mewujudkan keseimbangan di seluruh kawasan, kemal bertindak
mengurangkan pelaburan di Istanbul, sebuah pelabuahan perdagangan antarabangsa asing,
sebaliknya dana pelaburan tersebut disalurkan ke bandar-bandar yang kurang berkembang,

Sebagai sebuah republik yang baru ditubuhkan republic Turki turut berdepan dengan
isu krisis ekonomi . Kamel harus berurusan dengan isu-isu ekonomi bergolak “Depresi
Besar” serta bebanan bayaran hutang Uthmaniyyah yang tinggi dikenali sebagai hutang
awam. Sehingga awal 1930-an, perniagaan swasta Turki tidak memperoleh kredit pertukaran.
Mustahil untuk menyepadukan ekonomi Turki tanpa penyelesaian untuk masalah ini. Pada

63
Parti Republik Liberal (kadang-kadang disebut sebagai Parti Republik Bebas; dalam Bahasa Turki: serbest
Cumhuriyet Fırkası) adalah parti politik yang diasaskan oleh Ali Fethi Okyar pada tahun-tahun awal Republik
Turki. Parti ini dianuti oleh kaum konservatif yang mencari kesempatan untuk menterbalikkan pembaharuan
Ataturk, khususnya tentang sekularisme,
64
Ibrahim Kaya, Social Theory and Later Modernities, page 90
65
Mango, Atatürk, hlm 478

21 | P a g e
tahun 1929, Mustafa Kemal menandatangani perjanjian yang mengakibatkan penstrukturan
hutang bangsa dengan Ottoman Public Debt Administration (OPDA)66.

Mustaffa kemal atatruk telah membangunkan bidang pertanian dengan memberi


tumpuan kepada bidang pertanian tambahan pula tigaperempat daripada masyarakat Turki
tinggal di luar bandar. Selepas perang dunia pertama, tidak ada pelabur yang berpotensi
mampu berfungsi sebagai sektor swasta untuk membuka kilang-kilang dan mengembangkan
pengeluaran industri, Kemal Ataturk bertinda membuka kilang-kilang milik negara untuk
tujuan pertanian, mesin dan industry tekstil. Untuk membangunkan sektor pertanian polisi
berkaitan telah digubal antaranya memberi pinjaman dan kreadit serta pembebasan cukai
67
kepada golongan petani. Akibatnya semasa pemerintahan kemal tembakau menjadi
tanaman industri yang penting, keluaran negara kasar bagi pertanian pada tahun 1923-1929
telah meningkat sebanyak 12%. Perkembangan industri pertanian tembakau merupakan
pencapaian terbesar nasionalisme ekionomi turki di bawah pemerintahan kemal. Ini diikuti
oleh perkembangan industri kapas yang mencapai kemuncak pada awal 1930-an apabila
menjadi tanaman industri terbesar kedua di Turki.

Walaupun berlaku peningkatan, namun begitu sekiranya diteliti keuntungan itu lebih
dinikmati oleh golongan pelabur asing. Ini kerana turki tidak mempunyai modal, tenaga kerja
yang terlatih mahupun ilmu serta sains serta teknologi moden. Dapat dilihat daripada “Izmir
Economics Congress” yang ditubuhkan pada Februari 1923 yang disertai oleh lebih daripada
seratus orang perwakilan daripada setiap wilayah yang mana lebih didominasi oleh pedagang
Istanbul dan tuan tanah dari negara lain berbanding petani di turki sendiri. Penanaman dan
pembuatan dalam industri tembakau di monopoli oleh Perancis di bawah capitulations
daripada Empayar Uthmaniyyah. Perdagangan tembakau dan rokok itu dikendalikan oleh dua
syarikat Perancis yang dikenali sebagai "interessee Compagnie Regie des tabacs de “ Usmani
government “ dan “ Narquileh tobacco”. Empayar Uthmaniyyah memberikan monopoli
tembakau kepada Bank Uthmaniyyah sebagai badan yang terbatas di bawah "Majlis Hutang
Ottoman Public Debt Administration (OPDA) atau Hutang Uthmaniyyah Pentadbiran Awam ditubuhkan tahun
66

1881, adalah organisasi yang dikendalikan Eropah yang dibentuk untuk mengumpul bayaran hutang-hutang
daripada Empayar Uthmaniyyah kepada syarikat-syarikat di Eropah, hutang awam Uthmaniyyah. OPDA
menjadi luas, pada dasarnya birokrasi independent dalam birokrasi Uthmaniyyah, dijalankan oleh para kreditur.
5.000 pegawai yang mengumpul cukai yang kemudian diserahkan kepada kreditur Eropah. The OPDA
memainkan peranan penting dalam urusan kewangan Uthmaniyyah. OPDA merupakan perantara syarikat-
syarikat Eropah yang mencari peluang pelaburan di Empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1900, pembiayaan
OPDA yang terbesar adalah hasil daripada kereta api dan artifak industri lain.
Donald Quataert, "The Ottoman Empire, 1700-1922" published 2000

Meliha Benli Altunisik and Ozlem tur, 2005. Turkey Challenges of Continuity and Change. Routledge Curzon
67

Tylor & Francis Group. Hlm 18.

22 | P a g e
Umum". Regie, sebagai sebahagian daripada Majlis Hutang Awam, mempunyai kawalan atas
pengeluaran, simpanan, dan pengedaran (termasuk eksport) dengan harga tertandingi
kawalan. Akibatnya, petani Turki bergantung pada syarikat untuk mata pencarian mereka.
Pada tahun 1925, syarikat ini diambil alih oleh negara dan bernama "Tekel". Walaupun turki
merupakan sebuah negara pertanian, namun demikian bidang-bidang pertanian kurang diberi
perhatian oleh pemimpin turki. Hasil-hasil pertanian tidak mencukupi bagi menampung
keperluan rakyat dan permintaan rakyat yang semakin bertambah dan terpaksalah dibeli dari
negara barat. Adakah benar pengakuan kamel untuk berjuang membela nasib rakyat.

Kemajuan industri yang semakin berkembang menyebabkan rangkaian pengangkutan


turut dipertingkatkan seiring dengan kemajuan perindustrian. Mustafa Kemal menganggap
pembangunan rangkaian kereta api sebagai salah satu langkah penting dalam perindustrian.
Pada tahun 1927, Turkish State Railways ditubuhkan pada tahun yang sama juga beliau telah
memerintahkan pembinaan jalan integrasi bagi tujuan rancangan pembangunan. Jaringan
jalan terdiri dari 13.885 km jalan tidak bertar, 4,450 km jalan siap, dan 94 jambatan. Pada
tahun 1935, sebuah entiti baru ditubuhkan di bawah kerajaan yang dikenali sebagai "Sose ve
Kopruler Reisligi" yang akan menjadi kekuatan pendorong jalan baru selepas Perang Dunia
II. Pada 1937 terdapat 22.000 km jalan di Turki terutama sistem untuk membantu kereta api.

Kata-kata kemal yang berbunyi "the future lies in the skies" mendorong beliau
memenuhi hasratnya untuk merintis sistem penggangkutan udara. Pada tahun 1931, Mustafa
Kemal menyaksikan pesawat kebangsaan pertama MMV-1 terbang di udara. “Turkish
68
Aeronautical Association” ditubuhkan pada 16 Februari 1925 . Beliau mengarahkan
pembentukan Persatuan Pesawat Turki Lottery. Wang hadiah akan digunakan untuk
membayar wang hadiah lotre yang dimenangi. Bahagian utama daripada pendapatan
dipindahkan untuk mendirikan kilang baru. Penghasilan dari lotere ini digunakan dalam
pembiayaan projek-projek penerbangan69.

Memandangkan keadaan ekonomi semakin meningkat pada ketika itu, Kamel Atatruk
bertindak menubuhkan sistem perbankan sebagai punca kewangan kegiatan ekonomi,
menguruskan dana yang terkumpul hasil daripada dasar memberikan insentif tabungan dan
memperluaskan sumber-sumber yang boleh memicu dorongan industri. Pada tahun 1924,
dengan inisiatif Mustafa Kemal, bank Bankasi Turki yang pertama ditubuhkan. Sehinggalah
68
Emrence, Turkey in economic crisis (1927–1930): a panaromic vision. Journal Middle Eastern Studies
69
http://www.thy.com/en-INT/skylife/archive/en/2000_1/konu10.htm#1

23 | P a g e
pada tahun 1931, Mustafa Kemal menetapkan Bank Republik Turki sebagai bank utama.
Tujuan utama beliau adalah untuk memiliki kawalan penuh keatas kadar pertukaran. Peranan
Bank Uthmaniyyah selama awal tahun sebagai bank utama perlahan-lahan berhenti.
Kemudian bank-bank khusus seperti Sümerbank (1932) dan Etibank(1935) ditubuhkan.

Secara kasarnya sistem ekonomi yang dibangunkan oleh kemal atatturk begitu
menyumbang kepada ekonomi negara Turki yang sedang membangun ketika itu. Namun
begitu, ternyata disebalik kebaikan kemal tersembunyi begitu banyak kecurangan dan
akhirnya membebankan ekonomi Turki sendiri. Contohnya idea kemalisme yang dibawanya
berpegang kepada konsep sekularisme70. Beliau telah mengaplikasikan konsep sekularisme
dalam ekonomi sehinggakan menghalalkan segala sumber ekonomi yang haram. Beliau telah
menyediakan pelbagai peluang supaya kemungkaran dan kemaksiatan berkembang.
Contohnya mendirikan banyak pusat-pusat pelacuran dan judi kerana seperti mana yang
diceritakan dalam riwayat hidup beliau telah menjadi tabiatnya untuk berhibur dan
menghabiskan masa di tempat-tempat maksiat. Oleh itu tidak dapatdinafikan beliau banyak
menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi dan berpoya-poya.

Akibat daripada tindakan beliau itu keadaan ekonomi Turki mula merosot. Pada tahun
1929, petani mengeluh kerana tanaman tidak menjadi. Barang Turki tidak dapat dipasarkan di
Eropah, Barat pula melonggokkan barang mereka ke Turki. Barat juga enggan memberi
bantuan kewangan kepada turki akibatnya turki mengalami masalah pengangguran dan inflasi
yang tinggi. Ekonomi Turki juga turut dikuasai oleh Yahudi, Gerakan Free Masom (yahudi
dunnama@donmeh) menjadikan ekonomi, politik dan kebudayaa sebagai target perjuangan
mereka. Yahudi tidak hanya menguasai ekonomi tetapi juga merosakkan sistem sosial dan
budaya masyarakat Turki. Sehinga hari ini yahudi Donme menguasai ekonomi termasuk
dalam bidang pelacuran. Cukai pendapatan terbesar Turki daripada hasil pelacuran.

70
Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus
dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau
nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil
golongan sekularis. Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan
kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat
neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan
kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia,
terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

24 | P a g e
Mustafa kemal turut menindas ekonomi masyarakat islam di Turki. Ini dapat di ilihat
melalui pembaharuan yang dibuat oleh beliau. Kemal secara perlahan-lahan telah
menghapuskan ekonomi islam contohnya beliau telah menghapuskan undang-undang waris,
faraid secara islam. Pada masa yang sama kemal juga menghapuskan kementerian Wakaf dan
mambiarkan anak yatim dan fakir miskin. Pada masa yang sama juga beliau telah melarang
umat islam mengerjakan haji dan umrah dengan alasan keadaan ekonomi yang tidak stabil
pada waktu itu. Adakah wajar untuk seorang pemimpin berbuat sedemikian menidakkan
kepada yang perlu? Sedangkan sumber kewangan yang ada digunakan bagi pentinggan
dirinya sendiri untuk berpoya-poya.

Selama pemerintahan mustaffa Kemal beliau telah membawa bersama pembangunan


ala barat yang menekankan pembangunan material semata-mata. Ataturk jelas sekali
membawa masyarakat turki, terutama para elit kearah kehidupan yang hanyut diselubungi
kepura-puraan, suasana politik dan ekonomi yang tidak stabil serta ditolak oleh Timur
mahupun Barat.71 Kesannya ekonomi Turki mengalami Krisis ekonomi yang teruk, sehingga
menjelang kematian Mustafa Kamel beliau hanya meninggalkan Turki dengan keadaan
ketidak seimbangan ekonomi dan diwarisi sehingga kini. Dapat dilihat semakin hari hutang
turki semakin bertambah. Kelajuan inflasi mencapai 42-60% pada tahun 1970. Penggaguran
mencapai 20% dari keseluruhan penduduk. Pada tahun 1970 hutang negara sebanyak
21Milyar Dollar US. Kemudian pada tahun 1973 berkurangan menjadi 17 Milyar Dollar US.
Pemerintah tunduk kepada Bank Internasional. Mereka mendevaluasi nilai Lira Turki
sehingga 8 kali. Pada tahun1980, angka suku bunga membumbung sampai 30% merupakan
satu angka suku bunga tertinggi dunia.

KESIMPULAN

71
Walaupun mengakui dirinya sebahagian daripada tamadun barat dan cuba untuk meniru setiap aspek daripada
kebudayaan Barat, namun Republik Turki tetap tidak diterima setaraf oleh kuasa-kuasa eropah. Contohnya
permohonannya untuk menyertai Pertubuhan Ekonomi Eropah (Eropean Economy Community) sebagai satu
lagkah untuk memperbaiki ekonominya sendiri ditolak oelh negara-negara Eropah Barat.

25 | P a g e
Kesimpulannya, jelaslah disini berdasarkan bukti-bukti dari segi politik, siosial dan
ekonomi, Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pengkhianat agama Islam yang
bertanggungjawab memusnahkan kehebatan agama Islam. Empayar Turki Uthmaniyah yang
telah berkuasa di serata dunia dan meninggikan martabat Islam di mata dunia serta menjadi
satu lambang kehebatan Islam ini mengakibatkan Barat dengan azam yang tinggi ingin
menghapuskan Islam ini di mata dunia. Maka lahirlah seorang boneka yang diperalatkan
oleh Barat iaitu Mustafa Kemal Ataturk seorang pengkhianat agama Islam yang
bertanggungjawab menghancurkan sistem Khilafah ataupun khalifah yang telah
diperkenalkan oleh rasulullah. Hal ini menyebabkan, masyarakat Islam dibelenggu masalah
sosial dan kecelaruan identiti selepas kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada masa ini,
kehadiran seorang penyelamat diperlukan untuk membela nasib umat Islam dan menerapkan
semula kekuatan agama yang ada pada kita.

Akibatnya , tokoh-tokoh madrasah islahiyah mulai menghilang. Terasa kebuntuan


umat Islam untuk merealisasikan tujuan-tujuan Islam, yang tidak akan mungkin diperolehi
lagi untuk menebalkan lagi semangat individu. Di era kejatuhan Kota Baghdad oleh seorang
pengkhianat agama iaitu Mustafa Kemal Ataturk, kegiatan aktiviti Islam mulai terbantut dan
tidak mempunyai matlamat yang jelas dan langkah-langkah yang konkrit. Mustafa Kemal
Ataturk ini merupakan seorang yang telah benar-benar merubah aspek-aspek kerohanian dari
pelbagai aspek. Dengan tegas kami menyatakan dia ialah pengkhianat yang telah
menjadikan akidah umat Islam hancur dan ekonomi orang Islam mundur serta politik Islam
di pegang oleh Barat. Betapa megahnya Ataturk ini apabila berasakan kehancurannya yang
dilakukannya adalah pembaharuan yang hebat. Empayar Turki Uthmaniyah yang selama ini
gah dengan kehebatan pendidikan, perundangan dan keadilan, ketenteraan, komunikasi,
ekonomi telah dihancurkan olehnya atas alasan Islam adalah agama yang mundur.
Walaubagaimanapun, orang Barat berpendapat dia ialah penyelamat kerana telah melakukan
pembaharuan yang bertentangan dengan Islam.

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN UTAMA

26 | P a g e
Bernard Lewis,1968,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute International Affair

Bernard Lewis, 1996, The Middle East and The West, Harper Torch-books, Harper and Row
Publishers, New York,

Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur

Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York

Edward Mortimer,1982, Faith and Power: The Politics of Islam, Random House, New York.

Emrence, Turkey in economic crisis (1927–1930): a panaromic vision. Journal Middle


Eastern Studies.

Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor:
Karisma Production Sdn. Bhd

Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk, Turkish National Commission.

Harun Yahaya, 2003, The Knight Templars, M.Wajihuddin Publisher.

H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton,
Balch & Company, New York

Ibrahim Kaya, Social Theory and Later Modernities

Lord Kinross. 1968. Ataturk The Rebirth of A Nation. Great Britain: Morrison and Gibb
Limited, London and Edinburgh

 Andrew Mango, 2002, Ataturk : the biography of The founder Modern Turkey, Kirkus
Reviews Copyright (c) Vnu Bussiness Media, Inc.

Meliha Benli Altunisik and Ozlem tur, 2005. Turkey Challenges of Continuity and Change.
Routledge Curzon Tylor & Francis Group

Nik Azran dan Mohd. Mahdi, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam

Wayne S. Vucinich, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy

RUJUKAN TAMBAHAN

http://www.thy.com/en-INT/skylife/archive/en/2000_1/konu10.htm#1

27 | P a g e

You might also like