You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,

32030 SITIAWAN PERAK.

KERTAS KERJA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


(LDP)

NAMA KURSUS:

KURSUS PENINGKATAN ICT


BAGI GURU-GURU
SK KAYAN BIL. 1/2008
(MS POWERPOINT)

26 MEI 2008
MAKMAL ICT, SK KAYAN, SITIAWAN

Pendahuluan
Pada masa kini penggunaan ICT di kalangan guru-guru begitu meluas
sekali. Bagi guru-guru yang masih ‘buta’ ICT seumpama burung yang
kehilangan ekornya tanpa arah tuju yang tepat. Membekalkan guru-guru
dengan pengetahuan ICT seumpama memberikan satu nafas baru terutama
kepada segelintir guru-guru yang masih ‘buta’ ICT ini.
Guru seharusnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sebagai ‘
world class teachers’ dalam menangani isu-isu proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Pengetahuan mendalam dalam penggunaan ICT amat
penting untuk guru mengaplikasikannya di dalam proses P&P yang mana ia
dapat membantu guru untuk membuatkan murid lebih memahami isi pelajaran.
Berbantukan alat ICT, guru-guru tidak perlu menerangkan dengan lebih
terperinci lagi kerana segala gambar atau video yang dipaparkan sudah
memadai untuk murid lebih memahami.
Semoga dengan perlaksanaan Kursus Peningkatan ICT ini, guru lebih
yakin untuk menyediakan bahan dan menggunakan ICT di dalam proses P&P.

Rasional

Rasional kursus ini diadakan kerana menandangkan seruan Kementerian


Pelajaran Malaysia yang menggalakkan penggunaan ICT dalam proses P&P.
Ditambah lagi dengan pembekalan kemudahan ICT yang cukup lengkap di
semua sekolah di Malaysia. Semoga dengan kursus ini meningkatkan keyakinan
guru-guru untuk menggunakan kemudahan yang ada supaya ia tidak menjadi
‘gajah putih’ di sekolah.

Objektif

Di akhir kursus ini diharapkan guru-guru dapat:


1. Lebih berkeyakinan untuk menggunakan kemudahan ICT yang
ada tanpa memerlukan bantuan orang lain.
2. Menggunakan aplikasi ‘ms powerpoint’ untuk membina bahan P&P.
3. Boleh membimbing rakan dalam menggunakan aplikasi ‘ms
powerpoint’ ini.

Kumpulan Sasaran
Semua guru SK Kayan, Sitiawan Perak seramai 15 orang.

Tarikh dan Tempat

Tarikh : 26 Mei 2008


Masa : 8.00 pagi – 4.00 peteng
Tempat : Makmal ICT, SK Kayan.

Jadual Kursus

RUJUK LAMPIRAN

Perbelanjaan

1. Minum pagi 15 orang X RM 2.00 = RM 30.00


2. Makan T/Hari 15 orang X RM 5.00 = RM 75.00
3. Minum petang 15 orang X RM 2.00 = RM 30.00
JUMLAH = RM 135.00

Peruntukan

LADAP PPD Manjung

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(MAZNI BIN OTHMAN) (IBRAHIM BIN MD TERIDI)


Penyelaras Kurusu LDP Bil 1/2008 Guru Besar, SK Kayan,

You might also like