You are on page 1of 33

WAU : PERMAINAN TRADISIONAL

RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG


ZAMAN
PENDAHULUAN
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang
suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman
seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di
padang, sawah padi dan sebagainya.
 Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati
oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di
kawasan bandar.
 Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke
peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite
Festivals International Guests yang diadakan pada setiap
tahun. Sambutan festival ini juga sangat
memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Kandungan

1. Latar Belakang / Sejarah Wau

2. Bahagian Perincian Wau

3. Pembuatan Wau

4. Jenis-jenis Koleksi Wau


Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau”
dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah
menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan
negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung
Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang
bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula
disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang
terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara
berirama.
Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-
I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang
kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di
negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam
orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-
berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam
yang memang terkenal dengan pertukangan
barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi
masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan
perak filigree atau turut dikenali dengan dawai
pintal, mengakui bahawa seni perak filigree
mempunyai keindahannya yang tersendiri.
Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar
kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif
yang terselindung di sebaliknya menghikut daya
imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan
peralatan perhiasan diri yang menjadi
kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif
terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif
wau.

Tarian Siti Wau Bulan


Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai
Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Tarian ini menggambarkan wau bulan
yang sedang diterbangkan dengan penuh
keriangan yang juga merupakan salah satu
acara tradisi semasa musim menuai padi.
Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan
perempuan dengan diiringi alat muzik
tradisional seperti gendang dan seruling
Dikir Barat
Selain daripada permainan wau, wau juga
turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir
Barat adalah suatu permainan tradisional yang
paling digemari oleh masyarakat Melayu di
Kelantan. Ianya wujud di kalangan
masyarakat biasa di kampung-kampung dan
pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir
Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai
oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas
pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai
suara latar dengan suara yang kuat dan
lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal
ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
In Formal Malay (Translation in Brackets)
Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped
kite)
Wau Bulan teraju tiga
(“Teraju Tiga” describes the 3 strings
attached to the body of the kite, joined
to a single string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di
Malaysia tidak dapat dipastikan
kesahihan tarikh serta asal-usulnya.
Walau bagaimanapun menurut
sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari negara China.
Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-
layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu
menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsur-
unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat


Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia
iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri
tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit
dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang
menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi
perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah
dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan
syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka
beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak
gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan
sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia
telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin
barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi
yang telah dikerjakan tidak menjadi.
Menurut Tok Nujum yang ditemui
menyatakan bahawa anak gadis mereka
sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan
menasihatkan petani tersebut sebagai tanda
meminta maaf mereka dikehendaki
membuat sebuah lembaga yang menyerupai
Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan
tali jerami.
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau
tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau
dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan
ekor wau.
Bahagian Utama Wau

Belalai dan Jambul


Kepala Wau
Busur atau
Dengung

Sayap
Torek atau pinggang

Ekor Wau
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat
wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan
lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan
sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan
aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu
seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai
kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang
terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang,
bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah
rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana
buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang
serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik
kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan
orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk
menebang buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang
menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan
selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ
juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik
buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada
Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah
hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut
akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum
diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan
mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan
buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam
selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api
di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang
tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya
adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat
bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan
mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja
tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan
daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter
dengan kadar lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga
1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu
sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu
diraut sehingga 0.5 sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang
dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian
tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah
semua bilah tersebut akan digosok pula dengan
kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian
utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap,
rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah
diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang
dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap,
satu keping untuk tulang belakang dan dua keping
lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan
dengan menandakan di tengah-tengah kepingan
buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya


ditanda 3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan
bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung
bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang
terutamanya jenis wau bulan, kepingan
buluh ditaut membentuk separa bulatan
pada bahagian sayap dan ekor wau.
Seterunya kepingan buluh yang diraut
lebih nipis dibentuk menjadi bulatan
untuk diikat di tengah pinggang wau.
Saiznya ditentukan dengan mengikut
nisbah iaitu bersamaan dengan
keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat
kepala wau iaitu dengan mengikat
separuh daripada kepala wau dengan
sayap dengan jarak 2 inci dari tulang
belakang.
Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas
yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan
lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin.
Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil
dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan
tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan
menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah
antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara
langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk
bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada
sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk
ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah
sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan
pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna
lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak.
Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut.
Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan
perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di atas kain
lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak
disobek dan tampal sekali lagi dengan
kertas berlainan warna sehingga siap
sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah
wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan
dengan menyapu gam menggunakan
berus lukisan. Bagi wau hiasan akan
ditampal kertas hiasan di belakang wau
untuk menutup kecacatan iaitu kerangka
buluh dan tulang rentas sayap wau.
Berlainan pula dengan wau yang hendak
diterbangkan mestilah menggunakan
kertas yang tidak menyerap air. Selain itu,
belakang wau tersebut tidak ditampal
kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja
berbanding dengan wau hiasan yang
mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang
Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan


dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang
dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang


Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan
jambul tetapi dipasang pada kepala wau
Proses Membuat Serta Memasang Busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau
diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun
ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada
panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah
dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan
dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian
tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur
tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit
dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.
Jenis Koleksi Wau Tradisional
Wau Kucing

Wau Bulan Wau Jala Budi

Wau Merak
Wau Boleh Diperolehi dari :-
Pelbagai jenis dan bentuk wau seperti Wau
Bulan (yang paling terkenal), boleh
didapati di kedai Wau Tradisi, Kuala
Lumpur. (M51, Tel. : 03-22741906).
Harga setiap wau dari RM198 (US$52)
hingga RM500 (US$132)
Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya
yang tersendiri. Warisan tradisional ini
haruslah dikekalkan kerana ia adalah
identiti budaya bangsa Melayu dan juga
sebuah negara. Kini permainan wau mulai
popular di kalangan masyarakat bandar dan
tidak lagi terhad di luar bandar sahaja.
Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga
telah dimodenkan dan mula memasuki
peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati sebagai
salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Rujukan

“Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct.


2004
“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004

“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004


“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004
“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5
Oct. 2004
“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival
Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004
“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com.
http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004
Rujukan

“Wau, gendang, gamelan (Terengganu)”. Selangor : Pustaka Murni, 2003.


J 394.309595122 Wa
“Wau Sebagai Perhiasan.” http://www.cybermelayu.com/newriang/. 15 Dec. 2004
“World Sport Kite Campionships Langkawi, Malaysia.” http:// www.aka.kite.org. 6
Oct. 2004
“WOW!!! Wau!.” http://www.usu.edu/~masa/selection.html. 12 Oct. 2004

Fieda. “Permainan Wau”. Petaling Jaya : Oak Enterprise, 2003. J796.109595 Fi


Maznan Noordin. “Wau”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. YF Maz
Mohd Nazri Ahmad.“Wau Dan Seni Tekat”. Selangor : Pustaka Mawar, 2000.
Wan Basiron Wan Ahmad. “Wau Tradisional Malaysia = Traditional Kites of
Malaysia.” Pasir Gudang : Muzium Layang-layang, 2002. R 796.1589595 Wa

You might also like