You are on page 1of 7

Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen yang memperincikan

sukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni


dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran


yang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, serta
kepelbagaian teknik dan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut
kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru


diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai
tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan
pembelajaran kontekstual. Di samping itu, nilai murni serta
semangat patriotik, dan kewarganegaraan tetap diutamakan.
Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan
kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan
dunia pekerjaan.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga


menggariskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid
berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut
dinyatakan secara eksplisit mengikut aras kesukaran isi kandungan
dan tahap keupayaan murid melalui pernyataan dalam Huraian
Hasil Pembelajaran. Pernyataan tersebut memberikan cabaran
yang sesuai dengan murid dalam pendidikan sekolah menengah
agar dapat melahirkan murid yang berketerampilan menggunakan
bahasa Melayu baku.

Dalam menyediakan huraian sukatan pelajaran yang disemak


semula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah
maktab dan universiti, pegawai Kementerian Pendidikan, dan
individu yang mew akili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya huraian sukatan
pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih.
Rencana 1 malaysia

Seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri, Sarawak dan Sabah adalah
contoh satu Malaysia. Walaupun masing-masing mempunyai lebih daripada 30 etnik,
tetapi semangat kesatuan mereka amat mantap berbanding Semenanjung yang hanya
mempunyai tiga etnik iaitu Melayu (60 peratus), Cina (25 peratus), India (10 peratus) dan
lain-lain 5 peratus, tetapi masih sukar untuk mencontohi Sabah dan Sarawak.
Persoalannya, kenapa? Jawapannya, di Sabah dan Sarawak, konsep satu Malaysia telah
terpakai sekian lama, sejak mereka menyertai Malaysia. Penggunaan satu bahasa, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu meluas. Justeru, tidak hairan penduduk Sabah
dan Sarawak begitu fasih berbahasa Melayu. Bahasa telah menyatukan mereka. Bila
pergi ke sana, kita agak sukar untuk membezakan mereka adalah Iban, Dayak, Murut atau
Kadazan, kerana semua boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Keadaan sebaliknya berlaku di Semenanjung. Walaupun kita hanya boleh


berbangga dengan Tan Siew Sin dan Sambathan yang memahami sejarah. Mereka fasih
berbahasa Melayu. Bahasa Melayu telah berperanan besar menyatukan pelbagai bangsa
ketika itu. Namun, keadaan sudah berbeza hari ini. Semakin ramai yang berfikiran seperti
Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang yang mahukan Malaysian Malaysia dilaksanakan.
Pada mereka, satu Malaysia adalah sama rata-sama rasa. Tidak ada hak istimewa orang
Melayu, bahasa lain (Cina) hendaklah setaraf dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, sekolah jenis kebangsaan mesti setara dengan sekolah kebangsaan, atas kata kunci
fair and square. Mujurlah MCA, Gerakan dan MIC dapat sedikit memahami keadaan.
Itupun terlalu sukar bagi UMNO untuk membuat mereka faham kerana mereka tidak
dapat melihat atau sengaja pejamkan mata untuk melihat 'diskriminasi' tersebut dalam
bentuk yang positif.

Dengan sebab itu, hari ini apabila bercakap soal satu Malaysia, bukan melayu
tidak melihat kepada satu Malaysia yang bersandarkan kepada perlembagaan, mereka
hanya mahukan satu Malaysia melaksanakan dasar fair and square. Tidak ada Dasar
Ekonomi Baru (DEB), tidak ada hak istimewa orang Melayu dan sebagainya.
Persoalannya, kenapakah mereka langsung tidak bersuara soal, perlunya satu sekolah,
satu bahasa dalam soal pembinaan negara bangsa? Kenapa bila Perdana Menteri sebut
sahaja satu Malaysia, maka secara spontan mereka melatah bahawa satu Malaysia adalah
sama rata dan sama rasa, apa jua yang berpihak kepada Melayu dan Islam mesti
dihapuskan? Kenapa kita bincangkan tentang perlunya satu bahasa Melayu diperkasakan
di sekolah jenis kebangsaan? Semua ini berlaku kerana sifat ultra kiasu atau sentiasa
mahu menang telah lama terpahat dalam pemikiran mereka. Apa jua perkara dilihat tidak
menguntungkan mereka, maka akan ditentang habis-habisan.

Saya rasa pelik, bila ada polisi kerajaan pusat yang menguntungkan maka akan
disokong habis-habisan. Begitu juga bila ada polisi yang tidak menguntungkan akan
ditentang habis-habisan. Bermakna, politik perkauman masih tebal. Kita hanya
meletakkan kepentingan kaum di hadapan berbanding kepentingan nasional. Misalnya,
isu siaran berita dalam bahasa Mandarin di RTM yang telah diubah daripada jam 8.00
malam kepada waktu yang lain. Sebelum inipun siaran berita bukan Melayu, bukan pada
jam 8.00 malam, kemudian diubah kepada jam 8.00 malam. Bila Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan baru dilantik, maka siaran berita mandarin diubah kepada
asal, yakni bukan jam 8.00 malam. Kita dapati, serta merta MCA, Gerakan dan DAP
melompat dengan mengatakan ia adalah satu diskriminasi dan tidak adil. Persoalannya,
adakah tindakan ini satu yang wajar, bertepatan dengan konsep satu Malaysia yang mahu
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?

Begitu juga dalam isu kemasukan Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Au Kam
Wah, bekas pemimpin SAPP, ke dalam parti Gerakan. Secara cepat, Presiden Gerakan
terus mengambil keputusan mencadangkan agar Datuk Raymond Tan dilantik sebagai
Naib Presiden Gerakan, sebagai mewakili kepentingan masyarakat Cina di Sabah.
Gerakan selama ini mengatakan bahawa mereka adalah parti untuk semua kaum. Tetapi
tidak bertindak sedemikian apabila berkaitan kepentingan kaum Cina. Bermakna,
Gerakan masih lagi parti cauvinis Cina bukannya untuk semua kaum seperti yang
termaktub dalam perlembagaan mereka. Cuba presiden Gerakan kira berapa banyak parti
politik di Sabah yang telah mewakili masyarakat Cina? Sepatutnya Gerakan perlu berkata
bahawa perlantikan Datuk Raymond adalah untuk mewakili masyarakat Sabah secara
keseluruhan. Inilah bentuk pemikiran satu Malaysia, dan bukannya terkongkong dalam
kotak etnik sahaja. Saya tidak nafikan ada kumpulan tertentu dari kalangan orang Melayu
juga berfikiran sedemikian.

Kita perlu memandang jauh ke hadapan bila bercakap soal pembinaan negara
bangsa berasaskan kepada konsep satu Malaysia. Kepentingan etnik hendaklah
diketepikan apabila berhadapan dengan kepentingan nasional.
Ikatan kekeluargaan cegah gejala sosial

DUNIA kini berdepan dengan fenomena yang membimbangkan. Seiring dengan


proses pembangunan dan pemodenan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat,
timbul juga keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan. Di kebanyakan negara, keruntuhan moral
dan nilai kemanusiaan ini, menimbulkan pelbagai masalah seperti penyalahgunaan dadah,
hilang rasa hormat kepada ibu bapa dan warga tua, pergaulan bebas serta jenayah di
kalangan juvenil dan gejala sosial lain. Sebagai sebuah negara yang gigih memburu status
negara maju, Malaysia tidak terkecuali berdepan masalah di atas. Bukan itu sahaja malah
kita juga menghadapi masalah lain berkaitan isu integrasi kaum, perpaduan dan
pembinaan bangsa.Tiada hari berlalu tanpa laporan media berkenaan gejala sosial dan
jenayah juvenil termasuk pelajar sekolah.Jenayah yang sesetengahnya bersifat zalim dan
tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Ini menimbulkan persoalan, apa yang sedang
berlaku dalam masyarakat kita? Di manakah silap kita?

Jalan mudah adalah untuk mengambil sikap sambil lewa dan menganggap kes-kes
itu hanya bersifat sementara. Ramai yang mengharap kepincangan sementara itu akan
berlalu dan kehidupan akan kembali normal.Tetapi realitinya ialah jenayah masih berlaku
dan berterusan. Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan, kecuali mencari punca
berlakunya jenayah tersebut. Seterusnya kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk
menanganinya.Jika peningkatan jenayah merupakan kos yang perlu kita tanggung demi
pembangunan, maka menjadi kewajipan kita untuk menangani aspek negatif
pembangunan ini. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan beberapa kes jenayah seperti
rogol, liwat dan pembunuhan. Lebih menyedihkan apabila pelajar sekolah yang tidak
berdaya mempertahankan diri turut menjadi mangsa.

Perlakuan ganas itu tidak mencerminkan budaya masyarakat kita dan kerana itu
kita perlu berusaha membendungnya.Kini tiba masanya bagi kerajaan dan seluruh rakyat
tanpa mengira kaum untuk bersama-sama membanteras jenayah. Paling penting untuk
turut mengenal pasti punca berlakunya jenayah terutamanya yang berbentuk kekerasan.
Kita perlu menangani budaya ganas ini secara keseluruhannya kerana ia telah mula
menular di dalam masyarakat.Aksi-aksi ganas sudah menjadi santapan harian bagi
golongan muda dan kanak-kanak. Keganasan, perasaan dendam dan kezaliman sudah
menjadi perkara biasa yang banyak diselitkan di dalam filem, apatah lagi menerusi
rangkaian televisyen satelit.Aksi-aksi seperti ini sememangnya sangat menarik minat
penonton. Siri kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak pun turut menyelitkan aksi
ganas.Oleh itu, kecenderungan dan pengaruh kepada unsur-unsur keganasan semestinya
dibendung jika kita serius untuk menangani masalah ini.Bagaimanakah kita akan
menangani situasi ini?

Saya berpendapat kita memerlukan satu program besar-besaran yang bertujuan


menanam nilai-nilai murni di kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya di
kalangan belia dan remaja. Nilai-nilai murni seperti ketaatan terhadap ibu bapa, hormat
kepada warga tua, kesabaran, persefahaman dan lain-lain tidak hanya diajar dalam
suasana formal di bilik darjah. Ia juga boleh diterapkan melalui media lain seperti drama
muzik yang akan membuat generasi muda kita berfikir tentang nilai-nilai kemanusiaan
dan kepentingannya dalam melahirkan keyakinan dan penghormatan diri. Dalam hal ini,
sekolah juga boleh berusaha menerapkan nilai ini melalui penggunaan drama dan
lagu.Terdapat dua objektif utama. Pertamanya ialah untuk membantu negara dalam
menangani keruntuhan moral dengan menghantar mesej nilai murni yang padu kepada
generasi muda dan keduanya ialah untuk menangani masalah polarisasi kaum dengan
menggalakkan penyertaan dari pelajar berbilang kaum.

Jadi kesimpulannya penumpuan terhadap nilai-nilai kemanusiaan ini akan


membantu dalam menghadapi gejala sosial dalam masyarakat kita yang berpunca
daripada keruntuhan moral. Nilai kemanusiaan murni berserta ikatan kekeluargaan yang
kukuh merupakan kunci untuk membina masyarakat aman, stabil dan makmur. Dalam
berdepan dengan pelbagai gejala sosial, keperluan nilai kemanusiaan dan kekuatan ikatan
kekeluargaan menjadi semakin tinggi. Dalam membanteras gejala sosial ini,
penguatkuasaan undang-undang, walaupun penting, tidak mencukupi. Kita harus
menangani gejala ini dengan usaha yang lebih gigih untuk menggalakkan kesedaran
tentang kepentingan nilai-nilai kemanusiaan sebagai tindakan yang proaktif untuk
kebaikan masyarakat kita demi kepentingan masa depan negara.
Menguruskan alam sekitar menerusi pembacaan

TENTUNYA jijik apabila melihat sampah sarap bertaburan di atas jalan.


Meloyakan apabila melihat pelbagai jenis sampah yang berupa pelbagai jenis mula
membusuk dan berair. Siapa yang tidak rimas dan tidak selesa dengan keadaan-keadaan
begini. Menyakitkan mata apabila melihat ia bertaburan di merata tempat, terutamanya di
tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi. Namun, tentunya sampah-sampah itu
terhasil daripada beberapa punca. Dan tentunya punca utamanya ialah manusia itu
sendiri.Manusia, seperti yang disebutkan di dalam al-Quran, adalah sebaik-baik makhluk
yang dicipta-Nya untuk mentadbir dan menjadi khalifah di muka dunia ini. Walaupun ada
makhluk-makhluk lain yang lebih besar dan gagah yang telah ditawarkan oleh Allah
untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, manusia menerimanya.

Maka, apa keistimewaan kita sebagai makhluk yang terpilih untuk memerintah
dan mengurus alam? Yang padahal, juga disebut di dalam al-Quran, manusialah juga
yang akan memusnahkan alam ini. Untuk mengurus, seseorang pengurus perlulah
berilmu. Namun ilmu tanpa amal tidak akan ke mana. Ilmu perlu diiringi dengan amal.
Amal tanpa menulis pula tidak akan mampu mewujudkan satu gelombang ilmu baru.
Maka lingkaran ilmu ini perlu untuk memastikan pengurusan sesuatu perkara itu
cekap.Sumber Ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber. Dan antara sumber
tentunya dari buku dan bahan bacaan. Tentunya terdapat banyak buku atau bahan bacaan
yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Apabila isu ini hebat diperkatakan sejak
Persidangan Bumi (Earth Summit) yang berlangsung di Rio de Janiero pada tahun 1992,
telah memberi kesedaran kepada hampir 100 buah negara untuk bersama-sama menilai
semula kaedah mereka menjaga alam sekitar dan seterusnya melaksanakan pembangunan
mapan (sustainable development) di negara masing-masing.

Persidangan ini amat penting pada ketika bumi sedang menghadapi banyak
masalah berkaitan dengan persekitaran. Kepada para pencinta alam, persidangan ini
banyak membantu kebanyakan negara untuk menghadapi masalah-masalah kini dan masa
hadapan.Apabila sesuatu isu itu hebat dibincang dan diperdebatkan, hasil-hasilnya akan
ditulis dan dibukukan, sama ada dalam bentuk buku, majalah, risalah malah menerusi
teknologi Internet. Masyarakat yang membaca tentunya akan lebih peka terhadap alam
sekitar.Antara majalah-majalah elektronik yang terdapat di seluruh dunia yang boleh
diakses dan dimuat turun secara percuma adalah SEPA View terbitan Scottish
Environmental Protection Agency. Begitu juga dengan buku Era Hijau terbitan Jabatan
Alam Sekitar Malaysia, Impak terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Our Planet
terbitan United Nations Environment Programme (UNEP), Friends of the Earth News
Magazine terbitan Friends of the Earth, Environmental Health in Germany: Everyday
Examples terbitan Federal Office for Radiation Protection Germany dan puluhan lagi.

SEPA View misalnya merupakan antara majalah elektronik percuma yang


bermaklumat dan mempunyai reka letak yang cantik. Ia mudah dilayari dan mesra
pengguna.Malah laman sesawang (web) SEPA sentiasa dikemas kini. Semua statistik dan
laporan terkini mudah dimuat turun, malah secara percuma, memudahkan para penyelidik
melayarinya. Bagi penulis sendiri yang pernah menyelidiki pengurusan sampah di
Edinburgh, Scotland, tidak perlu ke pejabat SEPA sebaliknya hanya perlu memuat turun
ke komputer riba penulis. SEPA View pula melengkapkan maklumat-maklumat itu.
Impak, terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia juga antara majalah elektronik tempatan
yang berinformasi. Ia boleh dilayari dan dimuat turun secara percuma daripada laman
web Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Selain daripada Impak, Jabatan Alam Sekitar
Malaysia juga menerbitkan Era Hijau, yang difokuskan kepada para pelajar sekolah. Ia
tentunya dapat mendekatkan lagi generasi muda dengan pengurusan alam sekitar.

Tentunya untuk mewujudkan satu gelombang kesedaran pengurusan alam sekitar


yang cekap, masyarakat perlu dididik sama ada secara formal seperti di universiti-
universiti dan juga secara tidak formal seperti menerusi media dan buku. Malaysia
seharusnya memperbanyakkan lagi kandungan Internetnya jika ingin melihat masyarakat
terdidik dengan lebih meluas bagi memastikan masyarakat di Negara kita tahu bagaimana
untuk mengurus alam sekitar dengan bijak.

You might also like