You are on page 1of 1

Sumbangan Dr Mahathir

Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke


Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan
Korean Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek
lain yang difikirkan bersesuian. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr Mahathir
memperkanalkan kempen “Bersih, Cekap, Amanah” yang bertujuan meningkatkan
produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha kea rah kecemerlangan. Menyusul
selepas itu ialah kempen “Kepimpinan Melalaui Teladan” yang berhasrat memupuk sifat-sifat
kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan
Kerajaan. Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan
inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasakan pertanian kepada yang
berasakan industry, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam percubaan
menyaingi nengara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan
pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada tahun 1985 ), Dr Mahathir
memperkenalkan pula slogan “ Malaysia Boleh “- yang pada hakikatnya bukan sekadar
slogan kosong yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di
peringkat antarabangsa.

Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan Sembilan cabaran yang
menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu mencapai taraf Negara
menjelang 2020. Taraf Negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang meniru
cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan
nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996 Dr Mahatir memacu Malaysia
setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini kea rah Zaman Maklumat,
dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia(MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan
yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi
Malaysia- yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya,
projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dank
ad pintar serbaguna.

Di satu hujung MSC terletak Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu
hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat
tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah
pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar
pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia.Kesemua projek berbilion-
ringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia sera projek-projek mewah yang
lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek
bertaraf dunia, kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan. Namun Dr
Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya : Kita sudah biasa
dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini telah terbukti mereka
patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian.”

You might also like