You are on page 1of 7

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek

 
BAHASA MELAYU
 
Bagaimana membuat esei/karangan yang baik?
 
1.   Merangka karangan

 Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.


 Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.

 Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik


 Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
 Ada intro, isi dan penutup.
 Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa
ialah karangan itu, bukan rangkanya.

2.   Karangan berbentuk fakta


 
 Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
 Contoh global atau universal lebih diutamakan.
 Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat
karangan lebih menarik
 Beri huraian yang lengkap dan padat
 Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi
 Perbahasan dan hujah hendaklah matang
 Isi terkini.
 
 3.  Karangan berbentuk cerita
 
 Jalan cerita hendaklah menarik.
 Ada watak yang menarik
 Ada perkembangan watak.
 Ada klimaks.
 Jangan membosankan.
 Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
 Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
 Berhati-hati dengan tanda bacaan
 
Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu

 Mendalami tatabahasa.
 Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.

 Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.

 Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.

 Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.

 Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
 Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.

 Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil
mahupun yang besar.

 
BAHASA INGGERIS
 
Bagaimana membut esei yang terbaik
 
Disamping tip bagi Bahasa Melayu di atas, tip tambahan ialah:
 Pilih tajuk yang kita pernah buat persediaan.
 Rangka karangan dengan teliti.
 Recall semula ayat-ayat yang pernah kita buat persediaan.
 Gunakan stuktur ayat yang mudah bagi mengelakkan kesilapan.
 Pandai mengunakan perkataan-perkataan yang ‘bombastik’ di dalam ayat.

Kaedah Umum Menguasai Bahasa Inggeris


 Menguasai tatabahasa.
 Menguasai ‘vocabulary’ (perbendaharaan kata)
 Menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.
 Banyak membaca buku, majalah dan akhbar terhadap rencana yang baik untuk rujukan

 Menyalin frasa tertentu dan menggunakannya dalam ayat.


 Perlu banyak membuat latihan.
 Jadikan kamus sebagai kawan.

 SEJARAH
 
Bagaimana mengingati urutan peristiwa di dalam Sejarah?
 
 Membaca sepintas lalu setiap topik.
 Buat Peta Minda terhadap sesuatu urutan peristiwa.
 Kaitkan urutan peristiwa seperti anda membaca novel.
 Cari kata kunci bagi setiap topik dan tulis kata kunci tersebut di dalam buku nota.
 Gambarkan urutan peristiwa dalam minda anda seperti anda menonton wayang atau
filem.
 
Bagaimana mengingati tarikh dalam Sejarah?

“Saya tidak menggunakan sesuatu kaedah yang khusus. Mungkin lain orang lain caranya. Saya
menggunakan kaedah ‘learn by hard’ dalam mengingati tarikh.”
 
MATEMATIK MODEN
 
Bagaimana Nur Amalina menambah kelajuan dalam menyelesai masalah Matematik
Moden?
 
 Banyak membuat latihan.
 Memahami soalan dan terus cari formula yang patut digunakan.
 Tumpu perhatian ketika mengira.
 Tulis dengan jelas langkah-langkah penyelesaian.
 Buat soalan yang senang dahulu.
 
Bagaimana mengingati formula? 
 
 Mamahami konsep formula
 Membuat banyak latihan
 Buat nota poket yang boleh dirujuk dan dihafal pada bila-bila masa
 Buat carta formula dan tampal di dinding
 BIOLOGI
 
Bagaimana mengingati istilah-istilah Biologi yang rumit?
 
 Bina cerita berdasarkan istilah-istilah biologi tersebut
 Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
 Cuba berimaginasi dengan membina cerita berdasarkan proses biologi
 Melukis dan melabel semua gambarajah biologi tanpa merujuk kepada buku
panduan/teks.
 
KIMIA
 
Petua-petua menguasai subjek Kimia:
 
 Memahami konsep dan ciri-ciri setiap bahan kimia
 Memahami dan menghafal formula
 Mesti mengetahui bagaimana untuk mengimbangi dan membuat persamaan
kimia(chemical equations)
 Mesti faham membuat pengiraan berdasarkan persamaan tersebut
 Banyak membuat latihan
 Tumpu kepada ujikaji di makmal
 
FIZIK
 
Bagaimana menguasai subjek Fizik:
 
 Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
 Fahamkan konsep sesuatu topik
 Cari contoh perkara yang dipelajari di sekeliling kita
 Gunakan perseimbangan logik
 Membuat banyak latihan penyelesaian masalah dalam fizik
 Lukiskan masalah yang kurang difahami, kemudian selesaikan
 Ingat apabila menyelesaikan msalah Fizik: Konsepnya sama, cuma nombor dan
angkanya sahaja yang berubah.
 
 
EKONOMI ASAS
 
Petua-petua menguasai subjek Ekonomi Asas

 Memahami konsep ekonomi, keluk keseimbangan dan turun naik mata wang asing
 Memahami masalah-masalah asas ekonomi

 Membuat nota ringkas dalam bentuk rajah atau peta minda untuk mengetahui apa yang
berlaku dalam setiap topik
 Membuat banyak latihan

 Membaca kolum ekonomi dan perniagaan di dalam akhbar dan majalah dan meneliti
perkara yang relevan

 Cuba mengikuti segmen ekonomi di dalam berita dan lain-lain rancangan televisyen

 
PERDAGANGAN
 
Petua-petua menguasai subjek Perdagangan
 
 Memahami konsep dalam setiap topik
 Membuat nota ringkas berdasarkan apa yang difahami
 Ingat fakta-fakta berdasarkan nota yang dibuat
 Faham dan ingat akan istilah-istilah berkaitan
 Membaca kolum ekonomi dan perdagangan di dalam akhbar dan majalah
 Cuba mengikuti segmen ekonomi di dalam berita dan lain-lain rancangan televisyen
 
PRINSIP AKAUN
 
Petua-petua menguasai subjek Prinsip Akaun:
 
 Memahami konsep perakaunan dari peringkat awal
 Jangan sampai tertinggal kelas atau kuliah
 Mesti memahami topik yang dipelajari sebelum memulakan topik baru
 Memahami setiap operasi yang dilakukan
 Membuat banyak latihan untuk memahirkan diri
 Yakin dengan perkiraan yang dibuat setelah dilakukan dengan berhati-hati
 
SAINS
 
Petua-petua menguasai subjek Sains
 
 Banyak buat Peta Minda
 Jangan membaca sahaja tetapi mesti mencatat
 Mahirkan diri dengan gambarajah dan carta berkaitan
 Tutup buku dan cuba melukis dan melabel semua gambarajah dan carta ketika
mengulangkaji. Apakah anda mampu melakukannya 100%? Kemudian check yang
salah.
 Cari kaedah untuk mengingat istilah-istilah Sains
 Berfikir secara saintis
 
PENDIDIKAN SENI
 
“Untuk dapat menguasi subjek Pendidikan seni kita mesti memahami konsep pembelajaran
subjek tersebut. Kita tidak semestinya perlu mempunyai bakat yang besar sebagai seorang
pelukis.
“Cara untuk melukis dan mewarna boleh dipelajari. Anda mesti selalu membuat latihan melukis
untuk memahirkan diri. Minat perlu ada supaya bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja
seni dan bukan terpaksa.

“Apabila ada peluang pergilah melihat ekspo lukisan dan hasil seni yang lain. Anda juga boleh
masuk pertandingan dengan niat untuk mencari pengalaman dan bukan untuk menang semata-
mata.”

TASAWWUR ISLAM
  
Bagaimana menguasai subjek Taswwur Islm?
 
 Memahami setiap topik
 Membuat nota ringkas atau peta minda tentang apa yang difahami
 Ingat fakta berdasarkan nota tersebut
 Kaitkan dengan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim.
 
 
KESUSASTERAAN MELAYU
 
Apa relevan subjek Kesusasteraan Melayu kepada pelajar Sains seperti Nur Amalina?
 
“Pelajar sains selalunya menggunakan otak kiri sahaja. Pelajar sastera lebih cenderung
menggunakan otak kanan. Jadi pelajar sains yang mengambil subjek sastera akan menggunakan
kedua-dua belah otak kanan dan otak kiri sepanjang masa. Ini baik untuk pembelajaran kerana
memudahkan kefahaman dan tidak meletihkan otak untuk belajar.

“Menggunakan sebelah otak sahaja meletihkan belajar. Sebab itu pelajar sains yang banyak
menggunakan otak kiri terpaksa mendengar muzik, misalnya ketika belajar untuk
mengimbangkan kegiatan otak kanan yang lebih sukakan santai dan imaginasi.

“Sementara pelajar sastera yang banyak menggunakan otak kanan yang lebih imaginatif
terpaksa menggerakkan otak kiri untuk logik rasional supaya mudah memahami pelajaran.

“Mempelajari Sastera juga saya dapat mendalami khazanah kesusasteraan negara dan
mengetahui ciri-ciri penting dalam penghasilan sesuatu karya.

“Tidak semestinya kalau seseorang itu pelajar sains, dia tidak boleh mengambil subjek sastera.
Semuanya bergantung kepada minat individu itu sendiri.

“Saya sememangnya suka membaca dan mengambil subjek sastera kerana boleh menambah
minat saya untuk membaca lebih banyak bahan sastera seperti :

            - Novel
- Drama
- Cerpen
- Sajak.”
 
 
MATEMATIK TAMBAHAN
 
Mengapa pelajar Melayu sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?

 Pelajar Malayu sudah mempunyai mind set yang mengatakan subjek ini susah kerana
terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat umtuk belajar
 Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks

 Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri

 Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal

 Tiada asas yang kukuh dalam matematik

Bagaimana Nur Amalina menerobos fobia ini?


 
 Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang
sekiranya memahami konsep sebenarnya
 Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran
berfikir
 Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah
 Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir
semua soalan tahun-tahun lepas.
 Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma
angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.
 
Apa Nur Amalina buat apabila ‘stuck’ ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik
Tambahan?
 
 Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi
mencari maklumat.
 Check jalan, mungkin ada yang tersilap
 Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan
 Pastikan formula yang digunakan betul
 Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan-rakan di dalam study group
tentang soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama.
 Jalan terakhir adalah bertanya kepada guru
 
BAHASA INGGERIS TEKNOLOGI
 
Apakah manfaat subjek ini terutama apabila pelajar melanjutkan pelajraan ke IPT?
“Bahasa Inggeris Teknologi memudahkan pelajar untuk memahami istilah dan terma sains dan
teknologi di dalam bahasa Inggeris.

“Subjek ini juga membantu pelajar-pelajar yang tidak mempelajari matematik dan sains dalam
bahasa Inggeris supaya dapat menguasai bahasa Inggeris digunakan secara meluas bagi
pengajaran matematik dan sains di peringkat IPT.

“Kebanyakan buku teks dan buku rujukan di IPT bagi kursus Sains dan Teknologi juga di dalam
bahasa Inggeris.”
PENDIDIKAN ISLAM
 
Apa kaitan antara menghafal butiran subjek Pendidikan Islam untuk mendapatka A1
dengan mengamalkan ajaran di dalam Pendidikan Islam?
 
“Seseorang pelajar itu hendaklah mengaplikasikan apa yang dipelajari dan bukanlah sekadar
menghafal tanpa memahami dan tujuan untuk mendapat A1 sahaja.

“Ada pelajar yang boleh mendapt A1 di dalam Pendidikan Islam tetapi tidak solat dan tidak mahir
membaca al-Quran. Malah jika pelajar beragama lain dibenarkan mengambil peperiksaan
Pendidikan Islam, mereka juga mampu untuk mendapat A1.

“Bagi saya mempelajari subjek Pendidikan Islam menambahkan pengetahuan saya untuk
beramal ibadah. Ini menjadikan subjek ini antara subjek favourite saya dan saya sering mendapat
markah 100% dalam peperiksan.”

You might also like