You are on page 1of 30

PENGENALAN

Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat tanda diatas permukaan logam yang
akan .dimesin atau digegas. Ini termasuklah menandakan garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga pusat.
Tanda yang telah dibuat digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau memasang benda
kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuang atau bahagian
mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati
dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja .

setiap penandaan yang dilakukan memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat-alat
ini kerja yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak menepati spesifikasi atau piawaian yang
dikehendaki. Oleh yang demikian kita akan dapat mengenali alat-alat pengukuran dan memahami
kepentingan alat pengukuran dalam bengkel mekanikal.

ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan dalam kerja-kerja menanda.
Dibawai ini disenaraikan beberapa alat penting yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan
mekanikal.
• Pembaris keluli
• Sesiku bergabung
• Angkup luar dan angkup dalam
• Jangka tolok
• Penubuk
• Penggarit
• Sesiku L
• Sesiku serong
• Jangka sudut
• Jangka sudut vernier
• Tolok permukaan

1
PEMBARIS KELULI

Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat. Skalanya dalam unit inci dan metrik.
Pembaris keluli metrik boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter
hingga1 meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300
milimeter.
Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu millimeter, sementara pembaris keluli inci
dibuat senggatan dalam pecahan dan perpuluhan. Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci.
Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang lebih kecil daripada 1/64 inci dibaca, kerana
pembaris jenis ini mempunyai senggatan 0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci), 0.020(1/50inci) dan
0.010(1/100inci).

MENANDA DAN MENYUSUN TANDA

Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada ketepatan yang
di kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan tidak di beri dalam titik
perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa penandaan tidak memerlukan alat yang
gitu.

TAKRIFAN MENYUSUN TANDA

Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas


permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda
garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan
sebagai panduan hendak memesin atau mengegas. Dengan menanda kita kita
dapat mengetahui berapa banyak kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir
dan spesifikasi tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau
cetakan biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat
mengukur atau menguji.

2
LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA

Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan kerja, alat pengukur
danpenanda hendaklah di guanakan dengan betul :

PENGGARIT:

Mata penggarit mestilah di condongkan berhampiran dengan tepi pembaris

. Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan saperti yang di tunjukan oleh
anak panah dalam rajah yang sama. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang
jelas

Jenis-jenis penebuk pusat

i. Penebuk pusat biasa

ii. Penebuk pusat automatik

(Penebuk Pusat Biasa)

3
PENEBUK PUSAT.

Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan tandaan supaya


tandaan tidak hilang walau pun garisan yang dibuat itu terpadam. Penebuk
pusat juga digunakan sebagai penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak
membuat lubang. pusat yang di tandakan perlu di ketuk perlahan –lahan
terlebih dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat bolihlah diketuk lebih
kuat supaya lubang nya lebih dalam.

SESIKU L

Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan


mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar. Bahagian
badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian mata.
Penggunaan sesiku L
i. Menguji ketepatan sudut tepat
iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam
ii.Membuat garisan tegak dan selari pada tepi benda kerja yang rata
iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas ataupun untuk
mengulir benang .

JANGKA TOLOK
Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di keraskan.
Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula terdapat pegas yang
disangga dengan tuas untuk membolihkan ianya dilaraskan dengan
mudah
Kegunaan Jangka tolok
i. membuat lengkok dan bulatan
ii. mengukur dan menguji jarak

Jenis-jenis tolok
i. Jangka tolok bercantum pegas
4
Jangka tolok ini lazim digunakan

JANGKA TOLOK SUKU BULAT


Jangka tolok ini lebih tegap. Digunakan
untuk kerja-kerja kepingan logam

Jangka tolok suku bulat

JANGKARIT
Terdiri dari satu batang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit yang
boleh digerakanpada batang rusuk memegang matanya. Salah satu
daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah dianjakan

5
Jangkarit

Kegunaan Jangkarit

i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar

ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari.

. SESIKU BERGABUNG

Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada pembaris

i. Pembaris keluli

ii. Kepala sesiku

iii. Kepala jangka sudut

iv. Kepala Pusat

6
Seaiku Bergabung

PLAT SUDUT

Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli yang
dikeraskanSaiznya 75mm-300mm panjang.

Kegunaannya

Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh Semasa menanda. Benda kerja
biasanya diikat atau diapit pada Plat sudut ini menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada
piring pelarik.

MEDIA PENANDA

bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama ada kasar atau pun licin yang telah di
tandakan

Kegunaan dan jenis Media Penanda.

i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda kerja yang kasar

ii Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan satu lapisan berwarna
kuning tembaga dan larutan ini tidak menjadikan permukaan logam berkarat

iv. Plumbum putih dan turpentine

7
v Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih mempercepatkan larutan ini
menjadi kering

vi Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai, digunakan dengan


cara di sapu atau di sembur

vii. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau di mesin. Varnish
boleh kering dengan cepat

MEJA PENANDA

Meja penanda diperbuat daripada besi tuang saiznya antara 300mm x 1m hingga 6mmx1m.Permukaan
nya dicanai rata.

Kegunaannya

i. Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah


dimesin.

ii. Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol. Meja mesin, turus
dan barangan fabrikasi yang lain

Meja penanda

8
PLAT PERMUKAAN

Plat ini diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik

Yang bermutu tinggi

Kegunaan nya untuk kerja-kerja penandaan yang gitu . Bahagian bawah plat permukaan
adalah bertulang untuk mengelakan daripada meleding

Plat permukaan

9
PENGUKURAN

OBJEKTIF AM:

Dapat menggunakan alat-alat pengukur asas dengan betul dan boleh mendapat bacaan yang tepat

OBJEKTIF :

Menamakan alat-alat pengukur asas seperti pembaris keluli, tali pita, angkup dalam dan angkup luar.
Menyatakan pelbagai jenis dan saiz mikrometer.
Melakar dan menamakan bahagian- bahagian micrometer luar.
Menyatakan prinsip asas micrometer.
Berkebolehan membaca dan melakarkan bacaan micrometer dalam (metrik dan imperial).
Menerangkan cara penggunaan micrometer.
Melakar dan menamakan bahagian-bahagian angkup vernier.
Menyatakan prinsip asas vernier.
Menerangkan cara-cara menggunakan angkup vernier.
Membaca dan melakarkan bacaan angkup vernier (metrik dan imperial).
Menyatakan pelbagai alat pengukur yang menggunakan prinsip vernier seperti jangka sudut serong
vernier dan tolok tinggi vernier.s

10
ANGKUP LUAR

Angkup luar mempunyai kaki yang bengkok kedalam. Ia sama ada je


Nis bercantum ketat ataupun jenis bercantum pegas. Kegunaan angkup luar adalah untuk mendapatkan
dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata, ketebalan dinding silinder dan bahagian benda kerja
bertingkat.

ANGKUP DALAM

Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar kecuali ia mempunyai kaki yang
bengkok keluar. Kegunaan angkup dalam pula adalah untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam
seperti garis pusat batang paip, garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur kunci dan sebagainya.

JENIS DA N SAIZ MIKROMETER

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat
mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang biasa
digunakan, antaranya ialah :

i) Mikrometer luar
ii) Mikrometer dalam
iii) Mikrometer tolok dalam

Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan unit imperial. Biasanya ukuran
yang paling kecil yang boleh dibaca oleh micrometer
Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inci
(0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001 inci). Terdapat tiga saiz micrometer yang biasa digunakan untuk
kesemua jenis-jenis micrometer diatas iaitu :

1. Mikrometer 0 – 25 mm

Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal
dan bacaannya ialah 0mm.

11
2. Mikrometer 25 – 50 mm

Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi jarak muka ukuran ialah 25mm dan
bacaan bermula daripada 25mm.

3. Mikrometer 100 –150 mm

Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.

LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR

A) BINGKAI

Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal dibahagian hujung sebelah kanan dan andas
disebelah kiri.

B) ANDAS

Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah andas, diletakkan tip tungsten karbida pada
bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.

C) SPINDAL

Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang boleh berputar dengan bantuan nat yang
dilekatkan pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur ke permukaan
andas. Hujung sebelah kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida.

D) LARAS

Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat disebelah menyebelah garisan selari yang
menjadi datum kepada micrometer. Bahagian atasnya pula disenggatkan pula kepada 25 bahagian dan
satu lsenggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian dibawahnya pula senggatan dibuat membahagi dua
senggatan diatas, bermakna satu garisan bersamaan 0.5mm.

E) BIDAL

Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan
0.01mm.

12
F) PENGANJAK HALUS
Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah untuk memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan,
mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan.

PRINSIP ASAS MIKROMETER

Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya mempunyai skru dengan pic ulir 0.5
milimeter. Ia boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal
diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan andas. Oleh sebab itu pic ulir
mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap satuputaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu
pusingan bidal, pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm, maka tiap-tiap satu senggatan bidal
ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm.
Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda kerja diukur diantara dua permukaan
ini. Untuk memulakan satu-satu ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada
laras.

BACAAN DAN LAKARAN PADA MIKROMETER (METRIK DAN IMPERIAL)

MEMBACA MIKROMETER METRIK/IMPERIAL


(Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama, cuma nilai bacaannya sahaja yang
berbeza).

i) Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan 1mm.

ii) Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm didarabkan dengan 0.50mm.

iii) Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan dengan 0.01mm.

iv) Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi micrometer itu.

CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER

Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan mengukur dengan betul, elakkan
memutar bidal berlebihan. Sebaliknya dapatkan rasa sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah
dipegang pada tapak tangan dan diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu jari dan jari
talunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal. Benda kerja hendaklah diletakkan diantara
permukaan andas dengan spindal. Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh benda

13
kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakan kehadapan atau kebelakang perlahan-lahan.

LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

A) BADAN

Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci.
Senggatan ini dinamakan skala utama.

B) PLAT VERNIER

Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan.

C) RAHANG

Terdiri daripada rahang tetep dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan bahagian daripada badan
.manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier.

D) RUSUK

Berbentuk runcing dan terletak disebelah atas. Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi ia digunakan
untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

E) SKRU PENGUNCI

Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier
dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

F) BILAH PENGUKUR DALAM

Merupakan satu bilah kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan
apabila rahang dibuka.

PRINSIP ASAS SKALA VERNIER

Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak sekiranya ukuran itu
terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah :

i) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.


ii) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
iii) Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh
dibuat.

14
CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana micrometer hanya boleh
membuat satu bahagian bacaan sahaja manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar
dan dalam benda kerja, seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur dan tebal benda kerja.
Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur dalam atau tinggi benda kerja.
Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer dimana jari kelingking atau jari
manis tidak perlu diapit pada bingkai kerana angkup vernier tidak mempunyai bingkai.kedua-dua rahang
angkup vernier perlu dirapatkan pada bahan ukuran dan dengan perlahan-lahan diputarkan sehingga
sedikit rahang telah menyentuh bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan supaya nilai bacaan
tidak berganjak.

BACAAN DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN IMPERIAL)

(KAEDAH MEMBACA ANGKUP VERNIER METRIK DENGAN ANGKUP VERNIER INCI


ADALAH SAMA CUMA NILAI BACAANNYA SAHAJA YANG BERBEZA).

Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10
senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49mm dan disenggatkan kepada
50 bahagian yang sama.yang sejajar, senggatan yang ke 50 skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke
49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala
vernier, maka tolakkan 1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala
vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama


1 senggatan = 49/50
= 0.98 mm.
Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm
= 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm.

15
ALAT PENGUKUR LAIN YANG MENGGUNAKAN PRINSIP VERNIER
SEPERTI JANGKA SUDUT VERNIER DAN JANGKA SUDUT VERNIER

Selain angkup vernier, terdapat juga alat-alat pengukur yang lain juga mengambil skala vernier bagi
membolehkan mengambil ukuran yang lebih kecil seperti; jangka sudut vernier, tolok tingi vernier, tolok
dalam vernier, tolok vernier gigi gear dan sebagainya.

JANGKA SUDUT VERNIER

Kegunaan jangka sudut vernier

1. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan boleh dibaca .sehingga 5’ atau 1/12
2. untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

Bahagian-bahagian jangka sudut vernier

BILAH

Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm. Ia dimasukkan kedalam dail,
boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut.

DAIL

Dail terdiri daripada dua skala, iaitu:

b)  , 0 –0, 90-90 iaitu dari 0skala utama-skala ini disenggatkan kepada 360 .. Ia dinomborkan setiap
10 –0–90 , 90
c) Skala vernier –skala ini dandisenggatkan kepada 12 bahagian, setiap satu bahagian mewakili 5’ atau
1/12 . dan 60,45,30dinomborkan setiap 3 senggatan iaitu 15
Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari angka sifar (0).

PRINSIP MEMBACA UKURAN

Jika bacaan sudut dalam darjah penuh:


Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana-mana garisan pada skala
utama.
hingga keBacaan senggatan utama dari 0 senggatan yang telah dilalui oleh garisan sifar skala vernier
dalam arah yang sama. Kemudian dicapurkan jumlah garisan pada skala vernier yang sejajar dengan
mana-mana garisan pada skala utama, juga dalam arah yang sama.

16
TUKUL DAN PAHAT

OBJEKTIF AM

Mengetahui danMemahami perkara-perkara mengenai tukul, pahat

OBJEKTIF :

# menerangkan jenis-jenis tukul dan kegunaannya

# melakarkan dan menamakan bahagian –bahagian tukul bulat

# mentakrifkan langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

# menamakan dan dapat membezakan jenis- jenis sudut mata pahat

TUKUL

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh
dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut

TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di
keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul.
Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau
spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat
0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh
dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.

JENIS-JENIS TUKUL BESI

i. Tukul bongkol bulat


ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus

17
Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal
dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula
digunakan untuk meribet.

Tukul bongkol lurus.

Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –
bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.

Tukul bongkol tirus.

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali
sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.

TUKUL LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu
tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:

i. Tukul bongkol kulit


ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa

Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan
pada bendakerja. .

Tukul bongkol plastik

pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih
lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.

Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang
kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia
digunakan semasa kerja kerja pemasangan.

18
Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.


ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.

PAHAT

Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat
tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan
yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan
tukul biasa atau tukul peumatik.

Sudut mata pahat :

Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya
kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga 40%. Jika
keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat
bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.

LOGAM SUDUT

Keluli 70%
Besi tuanganI 60%
Keluli serderhana 60%-70%
Loyang 45%-60%
Tembaga 45%
Aluminium 30%

19
Bahagian-Bahagian Pahat.

Jenis-jenis pahat

Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan iaitu:

Pahat mata rata

. ii. Pahat mata bulat


iii Pahat mata bentuk intan
. iv. Pahat mata lintang

Pahat mata rata

Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu
25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak
dipotong.

. Pahat mata melintang

Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-
alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih
kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar.

Pahat mata bulat

Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan


penjuru bulat pada lubang yang dalam.

Pahat mata bentuk intan

Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak
mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong
kepingan logam.

Pahat berkepala cendawan

Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan

20
dari kepala bercendawan boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk
cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.

Gaya memahat.

Gaya memahat amatlah penting . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala dan tukul pula hendaklah
di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan
tepat

Langkah keselamatan semasa memahat.

i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan
mengenai mata
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum
memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .

GERGAJI BESI

Bahagian-bahagian Gergaji Besi

21
i.Bingkai
ii. Hulu
iii. Nat pelaras
iv. Mata

Bingkai.

Terdapat 2 jenis

i. Bingkai tetap

ii. Bingkai boleh laras

Hulu

Terdapat dua jenis

i. Hulu pistol

ii Hulu lurus

Nat pelaras

Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan

Mata gergaji

Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli aloy tungsten
dan keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji tertakluk kepada jenis bahan
yang hendak di potong dan ketebalan logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji
dalam seinci.Mata gergaji terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji
tidak tersepit semasa kerja memotong dijalankan.Rajah dibawah menunjukan
jenis kuak mata gergaji

22
Kuak mata Gergaji

Bahan yang Jarak gigi (mm) Lebar gigi(mm) Tebal gigi(mm)


hendak
dipotong

Keluli lembut 1.8 13-16 0.63-0.80

Besi tuang 1.4 13 0.63

Tembaga paip 1.2 13 0.63

Kepingan 0.8 13 0.63


logam

. Kesesuaian dan jarak gigi(mata)gergaji untuk memotong bahan-bahan tertentu

Pengunaan Gergaji

23
Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong logam dengan
menggunakan gergaji besi.
i. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji mestilah
menghadap ke arah pemotongan
ii. Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul
iii. Mula-mula potong dengan perlahan-lahan Gunakan ibu jari sebagai panduan
dan mulakan untuk memotong, apabila sudah kelihatan tanda, lakukan
sorongan yang panjang dan tetap. Kelajuan memotong untuk gergaji lebih
kurang 40 sorongan seminit.
iv. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan
sebelah tangan.
v. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur, angkat
gergaji sedikit tetapi jangan ditarik ini akan menumpulkan mata gergaji.

Penjagaan gergaji
i. Pilih mata gergaji yang sesuai untuk logan yang tertentu

ii.logam yang hendak dipotong hendak lah di pegang dengan kuat.

iii.Gunakan mata boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit

iv. Kelajuan memotong mestilah sesuai. Kelajuan pemotongan yang salah


boleh menyebabkan gergaji patah.

v. Semasa mengergaji tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan bahan
yang dipotong. Mata gergaji boleh patah jika tekanan terlalu kuat digunakan
semasa memotong.

vi. Semasa memasang mata gergaji tegangkan mata gergaji dengan betul,
jangan terlalu tegang atau terlalu kendur, tegangan yang salah boleh juga
menyebabkan mata gergaji patah.

Pengkelasan Kikir

24
Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya

Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya

Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama,


segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.

Bahagian-bahagian kikir

Bahagian-bahagian kikir

Jenis potongan gigi

i. Gigi selari

ii. Gigi bersilang

iii.Gigi lengkong

iv.Gigi Parut

i. Kasar atau halusnya gigi bergantung pada berapa rapat gigi tersebut dipotong pada
permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan paling kasar, kasar,
sederhana halus dan sangat halus.

25
Jenis-kikir kikir

Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan permukaan yang licin
pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat.. Kikir yang biasa digunakan didalam
bengkel kejuruteraan:

i. Kikr pipih tirus viii. Kikir bentuk pisau


ii. Kikir pipih kasar
iii. Kikir belah rotan
iv. Kikir bulat
v. Kikir segiempat sama
vi. Kikir segitiga
vii. Kikir pipih nipis
. Kikir pipih tirus

Kegunaan nya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar, serderhana, halus dan sangat
halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi
lurus dikedua-dua tepi kikir Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan
satu pertiga panjangnya ke hujung berbentuk tirus

. Kikir pipih tirus

Kikir pipih kasar

Digunakan untuk penyudahan rata.Salah satu daripada tepinya tidak ada gigi dan di
sebut sebagai tepi selamat Tepi selamat digunakan semasa mengikir penjuru dalam.
Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga tersangat halus

26
Kikir pipih Kasar

. Kikir belah rotan

Digunakan untuk meyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap.. Gigi pada


permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada permukaan melengkong berbentuk
silang. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar, halus dan sangat halus

Kikir belah rotan

Kikir bulat

kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk membesarkan lubang yang
berbentuk bulat dan melengkong. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga sangat halus

. Kikir Bulat

. Kikir Segiempatsama

Digunakan untuk membesarkan lubang segiempatsama secara kasar. Kikir ini boleh
mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar dan sangat halus

27
Kikir segitiga

Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam. Ianya digunakan juga untuk
membersihkan penpenjuru yang bersudut.

Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg sangat halus

Kikir segitiga

Kikir Pipih Nipis

Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis saperti untuk memotong celah alur
kunci. Tirus dihujung, tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir ini terdapat
pada panjang yang terhad iaitu 100mm, 150mm dan 200mm.

Kikir Pipih nipis

Kikir bentuk pisau

Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat mata gergaji
dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama saperti pisau dengan bersudut 15 darjah.
Grednya pula terdiri daripada kasar hingga sangat halus

28
Kikir bentuk pisau

Langkah Keselamatan /penjagaan kikir


i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang sesuai

ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang melekat
dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan bendakerja jika dibiarkan
tanpa dibersihkan

iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan diletakkan dirak
yang khas setiap satu di simpan berasingan

iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir

v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir. Kikir yang
lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras

vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia mudah
berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir semasa mengikir

vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir

viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan kikir yang
halus

“Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan
saja kelancaran mengikir tergangu tetapi akan mencalarkan permukaan logam yang
dikikir.Untuk mengelakan gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine tetapi
kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan atau loyang kerana gigi kikir tidak
boleh mengigit bahan kerja itu

29
30

You might also like