P. 1
Demokrasi Malaysia

Demokrasi Malaysia

|Views: 4,735|Likes:
Published by Timesther

More info:

Published by: Timesther on Apr 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/12/2014

pdf

text

original

Pengenalan Esei ini menghuraikan konsep Demokrasi dan tahap Hak Asasi Manusia yang diamalkan di Malaysia, tahap

pertentangan prinsip Demokrasi yang diamalkan dengan hak asasi manusia, tahap1 kebebasan asasi di Malaysia.

1. Demokrasi berparlimen Malaysia Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia di mana bidang kuasa baginda ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya menjalankan kuasa politik atas nama Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pula memilih ahli dewan perwakilan melalui pilihanraya dan kemenangan majoriti dalam parti politik akan menentukan jawatan Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan pemerintahan dan proses pentadbiran.

Malaysia mempunyai sebuah Parlimen, terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Anggota-anggota Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili kawasan pilihanraya masing-masing. Parlimen ini berfungsi membuat undangundang atau akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan. Ahli Parlimen juga ialah ahli-ahli eksekutif.

Anggota-anggota Dewan Negara dilantik untuk mewakili negeri-negeri serta parti-parti yang berkuasa di sana, golongan kepentingan (seperti ahli professional, pedagang dan pemimpin masyarakat dan kebudayaan) dan golongan minoriti tertentu. Pada umumnya Dewan Negara berperanan lebih kurang sebagai dewan penasihat untuk meluluskan sahaja keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat. .[1]

2. Pilihanraya Umum

Seperti telah dinyatakan, untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.[2] maka pilihan raya diadakan. Secara tradisinya ia diadakan antara
1 2

Dewan Rakyat dikenali sebagai cabinet manakalaDewan Negara juga dikenali sebagai Dewan Senat. Dewan Undangan Negeri adalah Dewan Undangan Kerajaan Negeri.

empat hingga2 lima tahun sekali. Wakil rakyat dipilih atas dasar kawasan pilihan raya, iaitu mengikut cara yang diamalkan di Britain. Seorang wakil rakyat akan terpilih apabila dia mendapat undi majoriti di kawasan pilihan raya yang ditandingnya. Umpamanya, pada tahun 1990 dan 1995 parti-parti politik yang bergabung di bawah Barisan Nasional hanya mempeoleh kira-kira 52 dan 65 peratus undi, tetapi ia tetap dianggap µmenguasai majoriti¶ melebihi dua pertiga kerusi.[3] Dengan ini, rakyat diberi hak dan kebebasan memilih wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat pusat atau negeri.

3. Doktrin Pengasingan Kuasa Doktrin pengasingan kuasa ialah pembahagian kuasa kepada tiga badan yang bebas, iaitu Badan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan Pengurusan atau Eksekutif (executive). Biasanya ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan mengawal dan mengimbang (check and balance) dalam pemerintahan.

Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Badan tersebut berfungsi untuk mengadil tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah, mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan, membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll), pengurusan pusaka, mengeluar waran tangkap, mentafsir undang-undang dan sebagainya mengikut Perkara 121-131A Perlembagaan Persekutuan. Badan Perundangan iaitu Parlimen Malaysia diperuntukkan kuasa membuat undangundang mengikut Perkara 44-68, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang membentuk Parlimen. Badan Eksekutif iaitu Jemaah Menteri membuat keputusan mengenai polisi, pemeriksaan, penyiasatan, pengeluaran lesen, membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil, serta membuat pembangunan, dan sebagainya mengikut Perkara 39 ± 43C Perlembagaan Persekutuan.

3

Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut

Pandangan Islam dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Terdapat ciri-ciri saling kebergantungan secara relatif antara ketiga-tiga badan. Yang diPertuan Agong ialah Ketua Negara yang berkuasa dalam Badan Perundangan, Badan Eksekutif, dan Badan Kehakiman. Kedua, Perdana Menteri dan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam membuat dan menggubal undang-undang. Ciri yang ketiga, Peguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan.

Dalam temuramah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad dengan Cable News Network (CNN) pada 2 September 1997,(1997:7) beliau banyak menjelaskan proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia hanya berkait rapat dengan proses pilihanraya yang dipratikkan 5 tahun sekali, "Prinsip demokrasi diamalkan di Malaysia. Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami adalah kerana sokongan rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengetepikan kami. Namun rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan ini (sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi. Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak bersentuju (satu ketidakpersetujuan yang minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak demokratik. Kami percaya kepada demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi." Maka jelaslah beliau mempunyai tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi beliau Malaysia tidak harus mengamalkan demokrasi seperti mana yang diamalkan di negara-negara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia yang berlainan mengenai pentingnya setiap majoriti rakyat mendapat haknya yang terbaik dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik. [4]

4. Isu-isu Pelaksanaan Salah satu ciri penting Demokrasi iaitu (journal) parlimen sebagai badan perbahasan semakin merosot. P3arlimen tidak memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak pembangkang. Prosedur parlimen memberi kuasa kepada Speaker parlimen untuk menggantung ahli parlimen, menyekat dari bertanya soalan, menyunting ucapan bertulis ahli sebelum disampaikan,
Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat. 4Lihat dalam Jurnal Alexa The Web Information Company.
3

dan banyak mengehadkan peluang ahli untuk menyoal dan membahaskan dasar-dasar kerajaan. Persoalan timbul apabila bentuk demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat memberikan kuasa dominan kepada Badan Eksekutif. International Bar Association (IBA), Centre for the Independence of Fudges and Lawyers of the International Commission of Furists (CIFL), the Commonwealth Lawyers' Association (CLA), dan Union Internationale des Avocats (UIA) menghantar suatu misi pada 17 hingga 27 April 1999 untuk menyiasat mengenai kedudukan kebebasan kehakiman di Malaysia.

Keputusan yang diperoleh ialah Perlembagaan Persekutuan membatasi hak-hak yang penting dan menafikan kajian semula kehakiman tindakan badan eksekutif. Namum masalah utama yang dihadapi ialah tindakan badan eksekutif yang tidak mengikut elemen-elemen masyarakat demokratik yang mengikut undang-undang serta menggugat konsep pengasingan kuasa yang diamalkan. (IBA 2000:74&77) [5]

Isu klip video "Lingam" pada tahun 2007 mendedahkan kepincangan badan kehakiman. Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002. Bekas Perdana Menteri Mahathir, Setiausaha Agung Tengku Adnan, dan bekas Hakim Negara Eusoff Chin, antaranya yang terlibat dalam memanipulasikan perlantikan kehakiman dan bersalah dalam mempengarahi kenaikan pangkat hakim-hakim. Pada 22 Mei, Peguam Negara telah mengumumkan bahawa pejabatnya akan menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut tetapi sehingga hujung tahun masih tiada kemajuan yang diperolehi daripada siasatan tersebut. Selain itu, kebebasan sistem Suruhanjaya Pilihanraya telah dipertikaikan apabila kepincangan berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak nama pengundi hilang, tetapi nama-nama peng4undi yang telah meninggal dunia pula muncul dan terdapat orang yang mengguna nama tersebut untuk mengundi.

5

Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat.

5. Perkembangan Kebebasan Asasi di Malaysia Undang-undang di semua negara demokratik akan menyelitkan peruntukan mengenai hak asasi manusia bagi rakyatnya. Maka kewujudan hak asasi manusia (Kamal Halili Hassan 1990:3) untuk memberikan dan mengiktirafkan hak seseorang dan menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Perlembagaan Persekutuan 1957 ialah prinsip pemerintahan yang menjamin kebebasan rakyat iaitu Kebebasan Asasi terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan (1999) termasuklah Kebebasan diri dan nyawa (Perkara 5), Larangan Kerja paksa dan pengabdian (Perkara 6), Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang (Perkara 7), Kesamarataan di sisi undangundang (Perkara 8), Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan (Perkara 9), Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan (Perkara 10), Kebebasan beragama (Perkara 11), Hak yang sama dalam pelajaran (Perkara 12), dan Hak ke atas harta (Perkara 13).

Dalam konteks Malaysia, perkembangan hak asasi manusia telah bermula sebelum zaman menentang penjajahan asing. Islam telah membawa perubahan nilai dan amalan yang bercorak keislaman yang dilihat mampu mempertingkatkan tahap hak asasi manusia pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874, British telah memperkenalkan pemerintahan berasaskan undang-undang atau 'rule of law', sistem kehakiman dan prinsip hak kebebasan individu, yang mengembangkan idea-idea demokrasi. Misalnya Perlembagaan Johor 1908 (Pindaan) memperkenalkan beberapa elemen hak asasi manusia seperti hak mendapatkan perbicaraan (Artikel 1), Kebebasan kehakiman (Artikel 2), rayuan perbicaraan semula (Artikel 3), pemerintahan Sultan secara adil dan berasaskan undang-undang (Artikel 4) dan hak mendapat gaji yang disahkan oleh mahkamah undamg-undamg (Artikel 5). (Cheah Boon Kheng 2001:62).

Selepas menjadi anggota PBB, maka perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam PBB perlu dipatuhi terutamanya melalui Artikel I(3) yang menjelaskan berkenaan hak asasi manusia. Artikel I(3) menjelaskan, ³Untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dari segi ekonomi, sosial, budaya, dan kemanusiaan dalam mempromosikan dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas bagi semua tanpa membezakan ras, jantina, bahasa, ataupun agama." (Martin et al 1997:2) Meskipun begitu, Malaysia masih belum menerima pakai resolusi Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 walaupun telah menjadi anggota PBB. (Rais Yatim 1999:103) [6]

Namun Malaysia mengiktiraf undang-undang antarabangsa berkenaan hak asasi manusia iaitu Supplementary Convention on the Abolition of Slavery, the Slave Trade, and Institutions and Practices Similar to Slavery pada 18 November 1957 dan Convention on the Nationality of Married Women pada 24 Februari 1959 (SUHAKAM 2001b:40). Ini menjelaskan Malaysia menerima kesejagatan hak asasi manusia pada peringkat awalnya hanya di atas dasar kepentingan sebuah negara baru yang memerlukan pengiktirafan dunia. [7]

6. Akta-akta yang bertentangan dengan kebebasan asasi Beberapa undang-undang atas alasan pemberontakan komunis tahun 1948 iaitu 'Emergency Regulations' yang kemudiannya diambil beberapa peruntukannya menjadi Internal Security Act (ISA) pada 1960. Manakala 'Sedition Acts', 'Official Secrets Acts' dan 'Printing Presses and Publications Ordinances' dipinda selepas merdeka lalu membentuk akta yang sedia ada sekarang iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act -OSA) 1972, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP)1984. Satu akta y5ang membatasi hak asasi manusia telah ditambah selepas merdeka, iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
6

PBB ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. 7 Lihat dalam Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat.

6.1 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Seseorang tahanan yang di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan ditahan tanpa memerlukan waran tangkap, tanpa perlu di hadapkan ke hadapan majistret di dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan perintah reman, tidak akan dibicarakan di mahkamah awam diatas segala pertuduhan dan akan terus ditahan selagi di atas perkenan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Semenjak tahun 1960, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Tahanan ISA berada di Pusat Tahanan Kamunting. Walaupun kerajaan mungkin melepaskan tahanan tanpa syarat, tetapi dalam beberapa kes, orang-orang yang dibebaskan perlu untuk membuat "pengakuan" awam di televisyen dan radio.

P. Uthayak umar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, Ganabatirau, dan T. Vasantha Kumar yang merupakan para6 pemimpin Angkatan Tindakan Hak-hak Hindu (HINDRAF) masih berada di dalam tahanan ISA pada hujung tahun kerana menganjurkan bantahan terhadap dakwaan penyisihan kaum India pada tahun 2007. Walaupun berada di dalam tahanan, Manoharan telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. [8]

Polis juga telah menahan Ahli Parlimen Teresa Kok, seorang menteri cabinet kanan Negeri Selangor dan ahli kanan Parti Tindakan Demokratik, di bawah ISA kerana ³menimbulkan ketegangan dan konflik antara kaum.´ Pegawai polis mengatakan bahawa Kok telah menimbulkan ketegangan agama melalui pengeluaran petisyen untuk memperlahankan pembesar suara di masjid sewaktu azan; membuat kenyataan bahawa 30 peratus daripada peruntukan kewangan Jabatan Agama Negeri Selangor diberikan kepada

8

M.Manoharan tidak dibebaskan dari tahanan tetapi beliau ialah Dewan Undangan Negeri bagi Kota Alam Shah.

kumpulan-kumpulan agama yang lain; dan membantah terhadap penggunaan Jawi, iaitu bahasa Melayu yang ditulis di dalam tulisan bahasa Arab pada tanda-tanda jalan.

Perdana Menteri Malaysia Kelima, Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan" Undang-undang seperti Internal Security Act tidak mempunyai tempat di Malaysia moden. Ini adalah hukum yang kejam dan barbar. " Pada tahun 2003 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Namun, Abdullah Ahmad Badawi pula menyatakan ISA ialah ³undang-undang yang diperlukan,´ dan berpendapat ³Kami tidak pernah menyalahgunakan ISA´. Semua mereka yang ditahan di bawah ISA terbukti ancaman kepada masyarakat.´ Akan tetapi parti-parti pembangkang percaya itu lebih kepada ancaman bagi UMNO tetapi bukan ancaman kepada negara. ISA digunakan secara menyeluruh selama Operasi Lalang tahun 1987 di mana ahli Pembangkang ditahan oleh kerajaan UMNO melalui penggunaan ISA. Banyak para pemimpin pembangkang yang ditahan tanpa proses mahkamah, bukti atau alasan. Pelaksanaan terkini ISA adalah terhadap aktivis Hindu yang termasuk ke dalam kelompok HINDRAF[9] yang menyuarakan menentang dasar kerajaan yang mengakibatkan orang India Malaysia yang terpinggir dan tersisihkan daripada pembangunan negara.

6.2 Akta Hasutan Akta Hasutan di Malaysia ialah undang-undang yang melarang tindakan dianggap sebagai perbuatan menghasut. Selepas Peristiwa 13 Mei, ketika rusuhan kaum di Kuala Lumpur mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 200. Jesteru itu kerajaan perlembagaan meminda akta tersebut untuk memperluaskan lingkup sekatan kebebasan bercakap. Bawah seksyen 3 (1), kecenderungan m7eghasut adalah niat untuk membawa kepada kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan ketidakpuasan terhadap terhadap Kerajaan, mempromosi perasaan sakit hati dan permusuhan di antara pelbagai bangsa atau kelas daripada penduduk Malaysia, mempersoalkan segala sesuatu, hak, status, kedudukan, hak istimewa, kedaulatan atau hak prerogatif yang dibentuk atau dilindungi oleh peruntukan-peruntukan dalam bahagian III daripada Persekutuan

9

Hindraf ialah Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu merupakan satu kumpulan gabungan daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat Malaysia.

perlembagaan atau Perkara 152, 153 atau 181 daripada Perlembagaan Persekutuan.

(wikipedia) Pada tahun 2000, Marina Yusoff, seorang bekas Naib Presiden daripada Parti Keadilan Nasional (Parti Keadilan Nasional) didakwa dengan Akta hasutan kerana telah membincangkan Peristiwa 13 Mei. Lim Guan Eng, seorang bekas ahli parlimen daripada DAP, telah juga didapati bersalah atas Akta Hasutan pada tahun 1998 kerana terlibat dalam kes bekas Ketua Menteri Melaka yang telah didakwa dengan kes pemerkosaan anak persekolahan. [10]8 Pada tahun 2003, Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa kerajaan akan bertindak ke atas orang-orang yang menentang perubahan dasar pendidikan menekankan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan Akta Hasutan. Pada tahun yang sama, publikasi online Malaysiakini ditutup sementara di bawah undang-undang hasutan selepas menerbitkan surat mengkritik bahasa melayu dan hak istimewa.

6.3 Akta Rahsia Rasmi "Akta Rahsia Rasmi (OSA) OfficialSecret Acts diperkenalkan pada tahun 1972, tujuan utama undang-undang ini adalah untuk menahan atau mengawal mereka yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kemusnahan kepada negara, terutamanya pegawai yang terlibat dalam urusan luar negara dan urusan ketenteraan.

Akta tersebut disalahgunakan sehingga seseorang pemberita boleh didakwa dibawah OSA walaupun dia hanya melaporan terdapat bilangan cawan yang wujud dalam pejabat menteri. Akta yang tidak dikawal ketat ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui sesuatu perkara. Selain itu, akta tersebut juga telah disalahgunakan oleh mereka untuk menyekat pembongkaran sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan menyekat prinsip kebebasan bersuara.

Penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sudah terbukti sejak lama lagi. Sebagai contoh, kewujudan pelbagai perjanjian yang berat sebelah dalam kontrak di antara
Lim Guan Eng yang telah membela gadis sunti Melayu dibawah umur d kes pemerkosaan anak persekolahan.
10

kerajaan dengan pengusaha lebuhraya. Kerajaan dan pihak polis juga telah menyiasat laman web Malaysia Today dengan akta tersebut. Malaysia Today telah mengemukukan sepucuk surat dimana surat itu telah membongkarkan kegiatan dan juga maklumat penjualan tanah di Port Klang Free Zone (PKFZ). Kabinet seharusnya mempertimbangkan hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di PKFZ walaupun dokumen itu dibuktikan sebagai dokumen kabinet akhirnya.

6.4 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Journal) Pihak kerajaan menyekat pihak media melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mewajibkan pihak penerbitan tempatan dan asing memohon permit daripada kerajaan pada setiap tahun. Akta ini menganggap penerbitan ³berita yang berniat negatif´ sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum dan memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengharam atau menyekat sebarang penerbitan yang dianggap boleh mengancam ketenteraman awam, moral atau keselamatan negara. Akta ini juga melarang mahkamah daripada membantah penggantungan atau pembatalan permit penerbitan. Menurut kerajaan, peruntukan ini memastikan bahawa pihak media tidak akan menyebarkan "berita yang diputarbelit" dan ini perlu untuk menjaga keharmonian serta menggalakkan kehidupan yang aman di negara berbilang bangsa. Pada tahun ini, pihak Kementerian terus mengkaji, menapis, dan merampas banyak penerbitan luar negeri.

6.5 Akta Universiti dan Kolej Universiti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dikemukakan oleh Allahyarham Dato¶ Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 dan mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuannya dikatakan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. AUKU telah menyekat kebebasa9n mahasiswa untuk berpersatuan, mengeluarkan pandangan dan berhimpun. Selain itu, mahasiswa tidak dibenarkan terlibat politik; samada dalam bentuk keterlibatan langsung atau tidak langsung, simpati, sokongan atau bantahan. [11]
11

Lihat Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas, akta university dan kolej university.

Akta ini memberi mandat kepada pihak universiti untuk meluluskan persatuan pelajar dan melarang persatuan-persatuan pelajar dan ahli fakulti daripada melibatkan diri dalam kegiatan politik. Namum, Parlimen telah meminda akta tersebut untuk membenarkan para pelajar menjadi ahli organisasi di luar universiti pada bulan Disember 2007.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk akta-kata di atas dimansuhkan, tetapi pindaan boleh dibuat supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah untuk memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.

7. Batasan hak asasi manusia di Malaysia 7.1 Kebebasan Bersuara Kebebasan Bersuara berkait rapat dengan Kebebasan Media. Kebebasan bersuara bermaksud bebas untuk menyuarakan apa sahaja pendapat, samada melalui lisan mahupun tulisan. Orang ramai juga perlu menjaga sensitiviti terutamanya persoalan hak istimewa Melayu, kerakyatan jus soli, ketuanan Melayu dan isu-isu keagamaan. Isu-isu ini amat sensitif dan mudah mencetuskan konflik perkauman. Lantaran itu Kebebasan media massa dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mencegah orangramai dari mempermain-mainkan isu-isu yang dinyatakan tadi.
10

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Penilaian ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. [11] Menurut kerajaan, sekatan yang dikenakan terhadap pihak media bertujuan memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam, dan hubungan baik dengan negara-negara lain. Stesen-stesen televisyen juga menapis siaran masing-masing selaras dengan garis panduan kerajaan. Kerajaan telah menyekat atau mengharamkan beberapa buah akhbar dan majalah asing, iaitu akhbar Tamil Makkal Osai, Mingguan Kristian The Herald,

11

Lihat Wikipedia Bahasa Melayu, Kebebasan akhbar.

Malaysia Nanban, Guangming D11aily, Watan, Mingguan Bumi, Harakah, dan sebagainya. Kerajaan mempunyai ³senarai hitam´ yang menyenaraikan nama-nama penghibur, ahliahli politik, dan para pemimpin agama tempatan dan luar negara yang tidak dibenarkan muncul dalam siaran televisyen atau radio. Pihak kerajaan juga akan menyekat komen atau penerbitan, termasuk buku, jika dianggap boleh menjejaskan keharmonian antara kaum atau agama. Walaupun tiada sekatan yang dikenakan terhadap capaian Internet oleh kerajaan, namun pada tahun ini pihak kerajaan telah menghalang capaian kepada beberapa buah laman web dan menahan beberapa pemblog terkemuka kerana menerbitkan komen-komen yang mengkritik kerajaan. Akta Hasutan telah menyebabkan berlakunya penapisan sendiri oleh beberapa sumber kandungan Internet tempatan seperti penulis blog, penyedia berita Internet, dan para aktivis NGO. Akta Komunikasi dan Multimedia mensyaratkan supaya penyedia khidmat Internet dan rangkaian tertentu mendapatkan lesen. Akta ini membenarkan hukuman dikenakan terhadap pemilik sesebuah laman web atau blog kerana membenarkan penerbitan kandungan yang bersifat perkauman, keagamaan atau politik yang dianggap oleh mahkamah sebagai fitnah. [11]

Selain itu, Parti Perikatan yang memerintah juga mengawal sebahagian besar saham dalam dua daripada tiga buah akhbar utama bahasa Inggeris dan kesemua akhbar bahasa Melayu. Ahli-ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan serta parti-parti yang memerintah memiliki akhbar bahasa Inggeris yang ketiga paling utama dan keempat-empat akhbar bahasa Cina. Wartawan-wartawan kerap ditahan, diganggu, dan ditakut-takutkan atas liputan yang dilaporkan. Misalnya, Tan Hoon Cheng, seorang wartawan akhbar bahasa Cina, Sin Chew, telah ditahan kerana melaporkan ucapan yang disampaikan oleh Ahmad Ismail, seorang pemimpin parti UMNO tempatan. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyifatkan orang Cina di Malaysia sebagai ³setinggan´ dan ³pendatang.´ Reaksi rakyat, termasuk ugutan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk keluar daripada Barisan Nasional, telah memaksa pihak kerajaan untuk membebaskannya dalam tempoh 18 jam selepas penahanannya.

11

Lihat jurnal Alexa The Web Information Company

Pihak kerajaan terus menapis media dengan mengawal kandungan berita, mengenakan pembaharuan tahunan bagi permit-permit penerbitan, dan mengehadkan edaran penerbitan kepada ahli-ahli organisasi sahaja. Pihak-pihak pencetak biasanya enggan mencetak sebarang penerbitan yang mengandungi unsur kritik terhadap kerajaan kerana takut dikenakan tindakan balas.

7.2 Kebebasan Berhimpun Secara Aman dan Kebebasan Berpersatuan Ordinan Ketenteraman Awam boleh mengehadkan perhimpunan awam yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, manakala Akta Polis mewajibkan permit polis diperolehi sebelum perhimpunan awam dirancang kecuali para pekerja yang berpiket. Kedua-dua undang-undang ini telah menyekat kebebasan berhimpun.

Pada 9 November 2007, pihak polis telah menahan 23 individu semasa perhimpunan yang diadakan untuk memperingati ulang tahun pertama bantahan HINDRAF 2007 kerana kumpulan tersebut tidak mendapatkan permit. Pada hujung tahun, kes-kes untuk 31 orang penunjuk perasaan HINDRAF, sembilan orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia 2007.

Mengenai Kebebasan Berpersatuan pula, organisasi masyarakat sivil dan hak asasi manusia menyatakan bahawa mereka sukar mendapatkan pengiktirafan sebagai badan NGO daripada pihak kerajaan. Oleh itu, sesetengah NGO didaftarkan sebagai syarikat dan keadaan ini telah menimbulkan masalah undang-undang serta birokrasi dari segi pungutan derma bagi membiayai aktiviti organisasi. Kesannya, NGO di negara Malaysia tidak dapat memainkan peranan sepenuhnya dalam mempertahankan kepentingan masyarakat.

7.3 Kebebasan Beragama Orang bukan Islam yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan terdiri daripada penganut agama-agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh, bebas mengamalkan kepercayaan agama masing12-masing. Pihak kerajaan umumnya
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan mengenai kedudukan bumiputera.
12

menghormati hak untuk beribadat golongan bukan Islam asalkan kontrak sosial[`12] tidak dipersoalkan. Seperti contoh, undang-undang melarang keras orang bukan Islam daripada berdakwah kepada orang Islam. Namun demikian, tindakan berdakwah kepada orang yang bukan Islam tidak pula dikenakan sebarang halangan.

Namum begitu, menurut Majlis Perundingan bagi Penganut-penganut Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia, pihak kerajaan masih menyekat permohonan visa paderi dari luar negara yang berumur kurang daripada 40 tahun. Kerajaan juga telah menyekat penyebaran kitab-kitab Injil, pita-pita agama Kristian, dan bahan cetak lain yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu serta mensyaratkan bahawa amaran ³Bukan Untuk Orang Islam´ perlu dicetak pada semua bahan terbitan bahasa Melayu tersebut. Agama yang lain kecuali agama rasmi dilihat manghadapi lebih banyak halangan dalm menuntut kepentingan agama masing-masing.

8. Sejauh mana demokrasi dan hak asasi manusia bertentangan Melalui peruntukan 73(1) ISA 1960, seseorang pegawai polis itu mempunyai hak melalui kuasa yang diwakilkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepadanya untuk menahan seseorang suspek tanpa sebarang waran sedangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan menolak penahanan tanpa sebab seseorang warganegara. Peruntukan ISA untuk menahan seseorang suspek dalam jangka masa yang panjang juga bercanggah dengan larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan (Perkara 9). (Journal) AUKU dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah menjadi halangan kepada warganegara dalam menyuarakan pandangan secara bebas walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia. (AUKU : PINDA ATAU MANSUH?)

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai ³hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata´, namun kerajaan telah mengenakan sekatan terhadap hak ini melalui penggunaan Ordinan Ketenteraman Awam dan Akta Polis. Bahagian Perlembagaan Persekutuan yang bercanggah dengan kelima-lima akta tersebut telah menonjolkan kelemahan sistem pemerintahan Malaysia. Perkara 4 Perlembagaan

Persekutuan telah menyatakan bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi (supreme law) di Malaysia dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan ini akan terbatal setakat mana yang bercanggah. Maka jelas bahawa percanggahan yang berlaku ini boleh menyebabkan peruntukan tersebut dibatalkan tetapi akta-akta yang bertentangan masih dikekalkan pihak pemerintah. (AUKU : PINDA ATAU MANSUH?)

9. Pembentukan Suruhajaya Hak Asasi Manusia PBB telah menghantar Pelapor Khasnya (Special Rapporteur) ke Malaysia menyiasat tuduhan pencabulan hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat pada 20 hingga 24 Oktober 1998. Hasil laporan tersebut menunjukkan hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah terbatas daripada segi kewujudan akta-akta ISA, Akta Hasutan, dan AMCP; kawalan pemilikan media arus perdana dan memperoleh maklumat mengenai parti pembangkang di media elektronik oleh parti pemerintah, menghukum wartawan asing dan menghalang pengedaran media elektronik asing; menghalang rakyat memperoleh maklumat yang berupa pandangan dan pendapat kritikal kepada kerajaan; serta memperlihatkan usaha campur tangan kerajaan ke atas badan kehakiman. (Commission on Human Rights 1998:7-8)

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah merangka Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 9 September 1999. Walau bagaimanapun, akta ini hanya berkuatkuasa pada 20 April 2000. Tujuan penggubalan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Mauusia 1999 adalah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Akta ini memperuntuk dan menjelaskan kuasa dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah suruhanjaya bebas, untuk menberi pendidikan dan perlindungan di samping memajukan hak asasi manusia di Malaysia.

Fungsi SUHAKAM adalah untuk menangani salah laku dan pencabulan terhadap hak asasi di samping menyediakan pendidikan bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan untuk memahami dan menghormati hak tersebut. SUHAKAM juga berfungsi untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merangka dan merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran berhubung dengan hak asasi

manusia di samping mengesyorkan sebarang Iangkah-langkah yang perlu diambil. Dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan oleh Akta, Suruhanjaya turut diminta mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai aktiviti sepanjang tahun termasuk aduan yang diterirna, saranan dan cadangan yang dibuat serta tindakan yang telah diambil.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai Masyarakat majmuk , Malaysia memberi penekanan terhadap prinsip melindungi hak umum berbanding dengan hak individu. Harlida Abdul Wahab dan Asiah Bidin, pensyarah Universiti Utara Malaysia berpendapat bahawa SUHAKAM hanya mampu berfungsi dengan berkesan sekiranya kuasa yang komprehensif diberikan, kuasa yang diperuntukkan kepada SUHAKAM sementara ini adalah terhad.

Keadaan tersebut boleh dilihat pada 20 Ogos 2001, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengeluarkan laporan rasminya mengenai perhimpunan 100,000 rakyat yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di Lebuh Raya Kesas dan Jalan Kebun pada 5 November 2000. Hasil laporan SUHAKAM merumuskan pihak polis bertanggungjawab pada beberapa pencabulan hak asasi manusia ketika perhimpunan tersebut yang melibatkan cara penafian permit dn cara pengendalian kepada pihak yang berdemokrasi di Lebuh Raya Kesas tersebut sehingga melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda (SUHAKAM 2001a). Pada keesokan harinya iaitu 21 Ogos 2001, Perdana Menteri Malaysia pada waktu tersebut mengkritik SUHAKAM dan menganggap laporan tersebut berat sebelah dan dipengaruhi pemikiran barat tetapi bukan kepentingan negara. (Berita Harian 2001a:1) [13]

Penubuhan SUHAKAM waktu itu menyatakan penubuhan SUHAKAM adalah berlandaskan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia terutamanya dalam usaha menjamin manusia berhak mendapat maklumat yang tepat, benar, dan lengkap mengenai hak a13sasi manusia (Memo 2001:26). Ini menunjukkan SUHAKAM wajip mengamal nilai dan hak sejagat yang terkandung dalam deklarasi tersebut tetapi telah dikatakan menampilkan nilai-nilai Barat oleh kerajaan
13

Lihat jurnal Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia.

Malaysia.

Rumusan Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Seperti telah dinyatakan, untuk melantik wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri maka pilihan raya diadakan.Doktrin pengasingan kuasa telah membahagikan kuasa kepada tiga badan yang bebas, iaitu Badan Perundangan (legislature), Badan Kehakiman (judiciary) dan Badan Pengurusan atau Eksekutif (executive) yang saling mengawal dan mengimbang.

Malangnya,sistem demokrasi Malaysia semakin merosot disebabkan sikap ahli Parlimen, penyalahgunaan kuasa oleh badan eksekutif, dan kepincangan badan kehakiman.

Kebebasan Asasi di Malaysia disekat oleh lima akta iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, danAkta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Kebebasan Bersuara, kebebasan berhimpun, dan kebebasan bersuara terbatas. Keadaan ini menimbulkan persoalan kerana pelaksanaan akta-akta tersebut mengehadkan kebebasan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. SUHA14KAM yang ditubuh hasil daripada laporan anatarabangasa terhadap tahap hak asasi di Malaysia tetapi tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk berfungsi.

Kesimpulan Apabila melibatkan soal sesebuah negara, maka hak asasi manusia perlu berhadapan dengan konteks tempatan dan keperluan yang berbeza dalam mengimplementasi hak asasi manusia. Ini jelas kerana sekiranya Malaysia memensuhkan kelima-lima akta tersebut dan menerima hak asasi manusia sejagat maka beberapa perkara-perkara sensitif perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti hak istimewa orang Melayu, kebebasan beragama, sentimen perkauman. Namum isu-isu ini dilihat agak sukar dan mustahil diselesaikan pada masa terdekat ini. Ianya memerlukan suatu tempoh masa yang lama
14

Lihat Jurnal Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia.

dan memerlukan sikap toleransi yang tinggi di antara kaum dan agama bagi menghapuskan isu-isu sensitif ini. Oleh kerana kedudukan sebeginilah yang menyebabkan hak asasi manusia yang bersesuaian dengan norma tempatan menjadi pilihan Malaysia. Sekurang-kurangnya ia menjamin kemakmuran ekonomi dan pembangunan yang berterusan di Malaysia. Namum begitu, peruntukan-peruntukan akta tersebut perlu ditinjau, dipinda atau dibatalkan mana yang patut supaya kuasa yang diberi kepada badan pelaksana tidak bertindak keterlaluan sehingga kebebasan yang patut dinikmati disekat sepenuhnya.

Bibliografi

Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. 2002. Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mohamed Anwar Omar Din. 2004. Dinamika Bangsa Melayu ± Menongkah Arus Globalisasi.

Syed Husin Ali. Demokrasi di Malaysia: Satu Pendidikan Asas Mengenainya.

Harlida Abdul Wahab dan Asiah Bidin. 2001. Akta 597: Satu perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia. http://www.psb1.uum.edu.my/lpBin21/emaj.dll/Infobase5/%40o%40/25?f=templates&fn =document-frame.htm&ct=application%2Fpdf&2.0

Wikipedia Bahasa Melayu. 2010. Hak Asasi Manusia. 5 Mac. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia (3 Mac 2010).

MySpace Blog. Ketua menteri P.Pinang di penjara: Lim Guan Eng dipenjara kerana membela gadis sunti melayu. March 19, 2008 http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendId=315420802&blogI d=368220013 Wikipedia Bahasa Melayu. Operasi Lalang

http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang Wikipedia Bahasa Melayu. Isu Klip Video Lingam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Klip_video_Lingam Klip video Lingam

Berita Harian, Jawatankuasa kaji ISA rujuk negara lain 20 Oktober 2009. http://www.isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3267

Malaysia Kini, Syarat jika mahu kebebasan akhbar... http://www.malaysiakini.com/news/81682

Alexa The Web Information Company. Journal http://usembassymalaysia.org.my/bnet/hrrpt2008_bm.pdf

Ummah Online. Sheikhryz, I.S.A: Penghakisan Hak Asasi Manusia http://www.ummahonline.com/?p=536

Laman Rasmi Jabatan Penerangan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dikekalkan Demi Menjamin Kesejahteraan Negara http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&amp%3Bview=article& amp%3Bid=4300:akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-dikekalkan-demi-menjaminkesejahteraa Wikipedia Bahasa Melayu. Internal Security Act http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_Security_Act_(Malaysia)

Wordpress Blog. Demokrasi di Malaysia boleh dijustifikasikan. http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/10/demokrasi-di-malaysia-bolehdijustifikasikan/ Wikipedia the free encyclopedia Sedition Act (Malaysia) http://en.wikipedia.org/wiki/Sedition_Act_(Malaysia)

Apa Itu Akta Rahsia Rasmi (OSA), gomalaysian, September 25 http://utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2640

AUKU : PINDA ATAU MANSUH?, PAS Johor, 27 December 2008 20:38 http://johor.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55:aukupinda-atau-mansuh-&catid=40:dari-meja-peguam&Itemid=57

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->