P. 1
PENYALAHGUNAAN DADAH DIKALANGAN REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI

PENYALAHGUNAAN DADAH DIKALANGAN REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI

5.0

|Views: 86,376|Likes:
Published by Rosiadi84
Berdasarkan kepada angka yang menunjukkan peningkatan keterlibatan golongan muda khasnya remaja dalam kegiatan pengaihan dadah, maka dalam tugasan ini penulis cuba membincangkan isu penyalahgunaan dadah dikalangan remaja dari sudut psikologi. Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah menghuraikan siapa remaja dari sudut psikologi perkembangan bagi mengetahui corak tingkahlaku mereka, bagaimana mereka boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah dengan mencari sebab bagaimana tingkahlaku itu berlaku, meramal kesan daripada tingkahlaku tersebut iaitu kesan dan akibat daripada penyalahgunaan dadah kepada remaja, dan akhir sekali mencadangkan cara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah dikalangan remaja yang bertujuan bagi mengubah tingkahlaku tersebut.

Berdasarkan kepada angka yang menunjukkan peningkatan keterlibatan golongan muda khasnya remaja dalam kegiatan pengaihan dadah, maka dalam tugasan ini penulis cuba membincangkan isu penyalahgunaan dadah dikalangan remaja dari sudut psikologi. Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah menghuraikan siapa remaja dari sudut psikologi perkembangan bagi mengetahui corak tingkahlaku mereka, bagaimana mereka boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah dengan mencari sebab bagaimana tingkahlaku itu berlaku, meramal kesan daripada tingkahlaku tersebut iaitu kesan dan akibat daripada penyalahgunaan dadah kepada remaja, dan akhir sekali mencadangkan cara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah dikalangan remaja yang bertujuan bagi mengubah tingkahlaku tersebut.

More info:

Published by: Rosiadi84 on May 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

10/17/2014

pdf

PENYALAHGUNAAN DADAH DIKALANGAN REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI

Oleh : ROSIADI BIN TAJUDIN MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI SARIZAL BIN JAMALUDIN KEMAR BIN MOHD NOH MUHAMAD BASTHAMI BIN ABDULLAH

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH 2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Isi Kandungan Muka Surat PENGENALAN 1.0 REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Siapa Remaja? Perkembangan Fizikal Remaja Perkembangan Psikososial Remaja Perkembangan Kognitif dan Moral Remaja Apa Itu Dadah? Contoh Kes

2 4 6 7 8 10

2.0 BAGAIMANA REMAJA BOLEH TERJEBAK DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Faktor Peranan Ibubapa Faktor Masalah Keluarga Faktor Pengaruh Sekolah Faktor Pengaruh Rakan Sebaya Faktor Masyarakat Faktor Diri Sendiri 12 13 14 15 16 16

3.0 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DIKALANGAN REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI 3.1 3.2 3.3 Kesan Kepada Fizikal Remaja Kesan Kepada Emosi Remaja Kesan Kepada Sosial Remaja 18 19 20

4.0 CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH DARI SUDUT PSIKOLOGI 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN PENGENALAN Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang Melalui Peranan Ibu Bapa Melalui Peranan Sekolah Melalui Peranan Masyarakat Melalui Tanggungjawab Diri Sendiri Melalui Pelaksanaan Undang-Undang 21 22 22 24 24 25

5.0 KESIMPULAN

lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32808 penagih dadah yang dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. (Rujuk Lampiran A: Profil Penagih Mengikut Umur Ketika Dikesan) Manakala berdasarkan laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda antara 19-39 tahun. Berdasarkan kepada angka yang menunjukkan peningkatan keterlibatan golongan muda khasnya remaja dalam kegiatan pengaihan dadah, maka dalam tugasan ini penulis cuba membincangkan isu penyalahgunaan dadah dikalangan remaja dari sudut psikologi. Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah menghuraikan siapa remaja dari sudut psikologi perkembangan bagi mengetahui corak tingkahlaku mereka, bagaimana mereka boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah dengan mencari sebab bagaimana tingkahlaku itu berlaku, meramal kesan daripada tingkahlaku tersebut iaitu kesan dan akibat daripada penyalahgunaan dadah kepada remaja, dan akhir sekali mencadangkan cara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah dikalangan remaja yang bertujuan bagi mengubah tingkahlaku tersebut.

1.0 REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi

dengan dadah akan bermula. Dadah mungkin mempunyai tarikan yang kuat kepada golongan remaja yang sedang berada di peringkat awal berdikari mereka serta pada masa yang sama sedang mencari identiti diri. Terdapat pelbagai sebab yang membawa kepada seseorang remaja itu terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah (Dibincangkan dalam Bahagian 2.0). Apa yang membimbangkan ialah golongan remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah turut terlibat dengan kegiatan ini. Ini pastinya merupakan satu kerugian kepada negara kerana remaja merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. 1.1 Siapa Remaja? Memahami siapa remaja adalah penting bagi mengetahui mengapa mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah. In kerana faktor personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi tingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupannya. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.

Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya. DeBrun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umumnya bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan. Manakala menurut Adams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11 tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun) dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan yang berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan orientasi masa depan. Daripada defini remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanakkanak ke alam dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada tahap ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. 1.2 Perkembangan Fizikal Remaja

Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari aspek biologi. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki dan perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya. Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja. Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat, dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta. Baligh pula merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat

ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, dan mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Manakala menurut Sigmund Freud dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa tersebut. Dorongan seksual dan agresif, yang bukan semasa peringkat latensi, sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanantekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. 1.3 Perkembangan Psikososial Remaja

Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial yang mungkin bertentangan, kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang remaja. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta norma-norma sosial. Dari segi perkembangan psikososial remaja, perkara yang penting ialah perkembangan identiti. Secara ringkasnya, identiti ialah satu set ciri personaliti yang lebih kurang stabil. Dari segi perkembangan identiti, remaja terdapat satu proses yang dinamakan individuasi di mana remaja mula mempunyai satu identiti yang berbeza antara satu dengan yang lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan eksperimen, membaharui perhubungan dan konsolidasi. Fasa perbezaan berlaku pada awal remaja, di mana remaja akan tahu bahawa wujud perbezaan antaranya dengan ibu bapa dari segi psikologi. Ini akan menjadikan remaja menyoal dan mempertikaikan nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul. Semasa fasa amalan dan eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu. Remaja meningkatkan komitmen terhadap rakan sebaya yang memberinya sokongan dan persetujuan yang dicari-carinya. Membaharui perhubungan merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remaja apabila dia telah dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. Kesedaran yang menimbulkan sedikit rasa gundah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan ibu bapa dan menerima semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat. Konsolidasi pula merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada masa ini remaja akan membina identiti personaliti dan ini menjadi asas memahami dirinya dan orang lain serta mengekalkan autonomi, kebebasan dan individulitinya.

1.4

Perkembangan Kognitif Dan Moral Remaja Pada zaman remaja, boleh dikatakan pemikiran mereka mulai berubah dengan cepat dan kadang-kadang susah bagi ibu bapa memahaminya. Boleh dikatakan masa ini remaja banyak menyelesaikan masalah melalui cara yang berbentuk logik dan bukan berdasarkan fakta sahaja. Ini selaras dengan pendapat Jean Piaget di mana kanakkanak yang berumur 12 tahun ke atas pemikiran mereka lebih mirip ke arah olahan formal. Pemikiran mengalami banyak peubahan semasa zaman remaja. Bukan sahaja pemikiran remaja berubah dari segi daya penaakulan, tetapi juga pemikiran menjadi abstrak serta wujud pemikiran sosial. Apabila remaja mula mentaakul secara abstrak, mereka sering menjadi amat bangga dengan kemahiran ini kerana berfikir bahawa mereka boleh menyelesaikan segala masalah. Sikap ini menjadikan remaja terlalu idealistik dan kurang menghargai batasan logik (Piaget 1967). Contohnya remaja hairan mengapa ibu bapa tidak sedar beberapa kesilapan yang mereka lakukan semasa membesarkan anak-anak. Perkembangan pemikiran formal juga membawa kepada kekeliruan, iaitu antara pemikiran mereka sendiri dengan pemikiran orang lain. Kekeliruan pandangan merupakan satu bentuk egosentrisme yang menekankan masalah dan pemikiran abstrak. Remaja yang egosentrik ini akan mengandaikan yang orang lain akan terus memikirkan tentang prestasinya secara terperinci seperti apa yang sedang lakukan olehnya. Sebenarnya remaja tidak ada bukti tentang wujudnya situasi itu. Semasa remaja, peraturan sosial mula dipersoalkan kerana remaja mula sedar tentang piawai moral yang bersifat subjektif yang dibina oleh individu-individu tertentu boleh berubah dan boleh ditentang. Peraturan sosial dilihat sebagai jangkaan sosial, sama ada daripada ibu bapa atau masyarakat yang tidak semestinya dipatuhi. Pemikiran remaja dalam bidang kognitif sosial seperti tanggapan terhadap orang lain, pengambilan peranan, serta penaakulan moral. Para remaja akhirnya sedar bahawa peraturan sosial itu perlu demi mengawal tingkah laku manusia. Ia mungkin bersifat sementara dan berubah, tetapi kita harus mematuhinya kerana kita semua diharapkan mematuhinya dan bertingkah laku dengan betul atau selaras dengan tuntutan masyarakat. Lama kelamaan remaja juga

sedar bahawa peraturan sosial berperanan dalam menyelaraskan interaksi dengan orang lain. Apabila remaja dapat mengatasi egosentrisme dalam perhubungan dengan orang lain, mereka menunjukkan kemajuan secara signifikan dalam penilaian moral, atau pemahaman tentang tindakan yang meningkatkan kebajikan manusia dalam pelbagai situasi. Akan tetapi pengetahuan ini tidak semestinya diterjemahkan kepada tingkah laku sebenar. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya keadaan akan memperlihatkan ciri itu ( Hoffman 1980). Aspek lain dalam perkembangan moral ialah ‘rasa bersalah’ yang berubah daripada perasaan bersalah kanak-kanak dari segi ciri dan fokus. Remaja akan berasa bersalah jikalau tidak melakukan sesuatu atau apabila melakukan sesuatu yang salah. Perubahan berlaku sama ada remaja menilai apa yang dipaparkan dari perbuatan salah atau memperlihatkan situasi dalam hidupnya sendiri. Contohnya tidak menjemput rakan ke rumah boleh melukakan hati rakan kerana kesannya serupa dengan apabila mengkritik rakan secara terbuka. Pandangan ini memerlukan pemikiran formal: iaitu mengenal pasti tentang sesuatu yang mungkin berlaku dan bukan sahaja tentang apa yang dilakukan sebenar. Dari sini jelas bahawa remaja berupaya berfikir secara formal, iaitu kebolehan berfikir tentang idea. Pemikiran formal merupakan kebolehan berfikir tentang kemungkinan, penaakulan saintifk dan kebolehan mengabungkan idea secara logik. Secara amnya dapat dikatakan pemikiran formal meningkatkan penyelesaian sistematik kepada banyak masalah kognitif. 1.5 Apa Itu Dadah? Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratn kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja

walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risio yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama. Secara kasarnya, kecelaruan penyalahgunaan dadah terbahagi kepada empat jenis utama seperti berikut: Jenis Dadah Depressants (Penenang) • Kesan/ Tindakan Kumpulan dadah yang Contoh boleh Alkohol,

mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. barbiturates, Fungsi dadah ini ialah menurunkan aras transquillizers, rangsangan psikologikal agar dapat dan menenagkan fikiran manusia. Berbeza dengan depressants zodiazepines. Amphetamine,

Stimulants (Perangsang)

• •

Ia boleh meningkatkan daya tahanan dan kokain, nikotin, menjadikan seseorang itu lebih dan kafein. bertenaga. Lebih banyak digunakan untuk Heroin, morfin

Opiates

mengurangkan kesakitan serta membantu dan kodein. individu supaya tidur dengan lebih Hallucinogens (Pengkhayal) • • nyenyak. Boleh menghasilkan sensasi khayalan Marijuana dan LSD. yang mempesonakan penggunanya. Antara semua dadah yang disebut kan di

atas, amat

amphetamine popular dan agak

(stimulants) berleluasa pemuda-

merupakan salah satu jenis dadah yang penggunaannya dikalangan

pemudi di Malaysia. Jadual 1.1: Jenis dadah, kesan dan contohnya. Di petik daripada: Mingguan Malaysia, “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007 1.6 Contoh Kes Berikut merupakan satu kisah benar berhubung kait dengan dadah amphetamine (ekstasi). Long Seng berasal daripada keluarga yang miskin. Bapanya meninggal dunia ketika Long Seng berusia 6 tahun. Ibunya pula terpaksa memikul tanggungjawab menyara kehidupan seisi keluarga dengan menjual kuetiau di sebuah gerai kecil. Long Seng dan ke empat-empat adik-beradiknya hidup dalam keadaan yang miskin seperti resmi ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Long Seng tidak suka belajar dan selalu ponteng sekolah. Dia juga mula berkawan dengan kumpulan gangster dan mulai keluar pada waktu malam. Tidak lama kemudian, Long Seng mula melibatkan diri dengan jenayah delinkuen. Long Seng mula mengambil pil khayal ekstasi yang mudah diperolehi dari pusat hiburan untuk mendapatkan perasaan ‘up’ atau melayang yang begitu mengghairahkan dirinya. Dia juga berasa amat seronok dengan fantasi yang diperolehi, seolah-olah sampai ke syurga ataupun berada di puncak langit dengan lagu yang rancak. Perbuatannya itu menyebabkan ibu Long Seng berasa amat sedih dengan perbuatan anaknya. Demi mencari wang untuk memenuhi ketagihan diri, Long Seng turut mengedar pil ekstasi kepada pemuda-pemudi yang lain. Walaupun puas dipujuk oleh ibu, saudara-mara dan guru supaya berpatah balik daripada jalan yang sesat itu,

dia langsung tidak memperdulikannya. Bagaimanapun malang tida berbau dan setahun selepas keluar dari bangku sekolah, Long Seng telah ditangkap oleh polis dan terus dihantar ke pusat pemulihan. Dalam kes ini Long Seng mengambil dadah kerana ingin: i) ii) iii) iv) Melarikan diri daripada memikirkan masalah keluarganya yang miskin Memenuhi perasaan ingin tahu tentang apa itu dadah sebenarnya. Mengambil dadah bersama-sama dengan kawan dan meyakinkan mereka bahawa dia adalah ahli kumpulan (geng) mereka. Mengalami perasaan memberontak dan ingin menentang nilai norma masyarakat. Di petik daripada: Mingguan Malaysia, “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007

2.0

BAGAIMANA

REMAJA

BOLEH

TERJEBAK

DENGAN

PENYALAHGUNAAN DADAH Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan masyarakat.

2.1

Faktor Kurangnya Peranan Ibu Bapa

Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola

tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Dalam kajian ke atas 408 orang kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah lebih cepat dikaitkan dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan. Sungguhpun begitu, kedua-duanya mempunyai hubungan signifikan (Ibid; 1990). Dengan ini jelaslah betapa penting dan besarnya peranan ibu bapa dalam membentuk, mendidik dan mengasuh anak-anak. Dengan kata lain, keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan najis dadah.

2.2

Faktor Masalah keluarga

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan Azmi, 1987). Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah personaliti remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya. Seterusnya menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah penagihan dadah. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis kemudahan yang dapat disediakan untuk anak-anak. Keluarga yang berada mampu menyediakan bahan-bahan pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan, alat permainan (raket, tenis, skuasy, alat muzik seperti piano, organ elektrik) dan sebagainya. Dengan kemudahan ini anak-anak mendapat pendedahan yang begitu luas. Seseorang remaja yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta dapat bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang mempunyai aras keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, remaja daripada keluarga yang miskin mengalami pelbagai jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar ataupun ketiadaan tutor ataupun buku panduan tambahan. Walaupun remaja itu mungkin hendak menyertai permainan tenis ataupun skuasy, mereka menghadapi masalah hendak membeli raket berkenaan. Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan mempengaruhi proses pembelajarannya. Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik akan membawa kepada

hilangnya minat belajar, ponteng kelas atau sekolah seterusnya membawa kepada masalah yang lebih serius seperti menghidu gam, mencuri, dan menagih dadah. 2.3 Faktor Pengaruh Sekolah Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan Sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk belajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka, pelbagai pengaruh negatif akan melanda remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah. 2.4 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991).

Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya (Beyth-Marom, et al., 1993; Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds, 2001) Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktivit yang negatif. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah. 2.5 Faktor Masyarakat

Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah. 2.6 Faktor Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu)

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penagihan dadah adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai contohnya fenomena lumba haram, di mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap keseronokan bersama rakan sebaya. Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya, cara hidup lain daripada orang lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti hamil luar nikah mudah terjadi. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya mengundang pada keruntuhan akhlaknya sendiri.

Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ” Masalah dadah yang merupakan masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara” (Utusan Malasyai, 2004). Ini membuktikan, betapa seriusnya masalah dadah yang kebanyakan penagihnya terdiri daripada golongan remaja. Selain itu, remaja sering dilabelkan sebagai moodiness kerana sekiranya remaja gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah remaja seperti penyalahgunaan dadah, delinkuensi dan kecenderungan hendak membunuh diri. Menurut penterjemah buku berjudul Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah Yaakub (1991), beliau menyatakan sebab utama berlakunya delinkuensi adalah perasaan kekecewaan. Keadaan ini menunjukkan remaja yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan masalah. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif seperti mengambil dadah. Menurut Dr Syed Hasan Ahmad (2004) menyatakan, ”Apabila remaja membuat andaian bahawa ibubapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan.” Keadaan ini membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak dan penyalahgunaan dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah. Andaian yang dibuat oleh remaja ini menjejaskan hubungan antara ahli keluarga dan sekiranya tidak diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh pakar motivasi iaitu Rubiah Hamzah (Utusan Malaysia, 1999) iaitu sikap marah dan tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif. Kesan negatif adalah apabila seorang itu mengambil sikap berdiam diri serta memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau menceritakan masalah yang membelenggu diri kepada orang lain.

3.0 KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DARI SUDUT PSIKOLOGI 3.1 Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Fizikal Remaja

Dadah yang disalahguna mempunyai impikasi atau risiko yang menjejaskan kesihatan tubuh badan manusia. Setiap jenis dadah yang diambil mempunyai tindakbalas yang berbeza. Sebagai contoh kesan pengambilan dadah jenis Stimulants (Perangsang) seperti amphetamine menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma dan lain-lain. Malahan, kesan jangka panjang hasil pengambilan dadah tersebut berkemungkinan diserang sakit jantung yang menyebabkan kematian. Secara rasionalnya, perkembangan fizikal remaja akan terjejas akibat

penyalahgunaan dadah. Menurut teori tugas perkembangan Havinghurst, di peringkat remaja seseorang manusia mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat. James E. Gardner menyebut fasa remaja sebagai masa turbulence (masa penuh gelojak). Di peringkat ini, remaja perempuan cenderung untuk menjaga penampilan diri supaya kelihatan menarik. Tanpa bimbingan yang betul, ada di antara mereka ini mengambil dadah untuk melangsingkan badan. Kesannya, mereka akan mengalami ketagihan dadah tersebut sehingga mengalami anorexia nervosa iaitu keadaan di mana seseorang individu itu mengalami gangguan diet pemakanan yang serius sehingga menyebabkan susut berat badan yang terlampau. Remaja lelaki pula pada awalnya terlibat dalam aktiviti merokok sehingga segelintir mereka ini ingin cuba mencari sesuatu yang lebih memberi impak kepada mereka. Dadah merupakan jalan penyelesaian untuk mereka memenuhi keinginan mereka ini. Akibat yang ditanggung bukan sedikit, kesan negatif pada perkembangan fizikal seperti kemerosotan berat badan dan daya ketahanan badan mungkin akan berlaku. Kaedah perkongsian jarum suntikan umpamanya menyebabkan seseorang remaja itu terdedah kepada penyakit berjangkit malahan lebih teruk lagi mereka ini mungkin menerima risiko penyakit HIV Aids. Secara umumnya, kesan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja akan merencatkan proses perkembangan fizikal remaja yang pesat berlaku. Gangguan perkembangan fizikal remaja ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi remaja yang ketagihan dadah. 3.2 Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Emosi Remaja

William James (1884) menyatakan emosi adalah perubahan perasaan yang bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu yang menarik yang berlaku disekeliling. Di peringkat

usia remaja, mereka mengalami konflik atau krisis mencari identiti dan kekeliruan peranan. Fasa remaja sering dianggap sebagai fasa yang sangat tidak stabil dalam perkembangan manusia. Pendapat Elkind menyatakan bahawa remaja memiliki semacam perasaan invulnerability iaitu keyakinan bahawa diri mereka tidak mungkin mengalami keadaan yang membahayakan diri. Keadaan ini menyebabkan remaja seringkali terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Kesan emosi yang ketara hasil tindak balas dadah terhadap remaja tersebut seperti cepat marah, panik dan mungkin mengalami kemurungan. Remaja yang ketagihan dadah menunjukkkan perubahan emosi yang sangat jelas, sama ada menjadi terlalu gembira, asyik ketawa, berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan aktiviti. Remaja yang mengambil ganja suka bunyi bising, jadi mereka mungkin memasang radio atau televisyen sekuat hati. Emosi akan menjadi tidak stabil akibat kesan dadah. Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan gembira, sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat dadah. Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi, akan berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa. Remaja yang dalam keadaan ketagihan dadah yang memuncak mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah yang sedang dialami. Menurut Teori Emosi Plutchik (1980), gabungan emosi primer marah dan benci akan menghasilkan emosi sekunder iaitu emosi agresif. Emosi agresif akan diterjemah melalui tindakan agresif remaja yang ketagihan dadah. Untuk mengatasi rasa gian dadah remaja sanggup melakukan apa sahaja sehingga bertindak ganas malahan sanggup melakukan pembunuhan. Menurut Perunding Terapi Penagihan Chris Sekar, kesan kronik penyalahgunaan dadah adalah kebergantungan kepada dadah yang dipecahkan kepada tiga jenis iaitu kebergantungan yang membolehkan seseorang itu berfungsi seperti berasa gembira, kebergantungan fizikal seperti badan ada keinginan memuncak pada dadah dan kebergantungan minda seperti fikiran asyik tertumpu pada dadah. Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi impak yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang teruk. 3.3 Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Sosial Remaja

Perkembangan sosial pada waktu remaja lebih melibatkan kelompok teman sebaya dibandingkan orang tua (Congar, 1991; Papalia & Olds, 2001). Dalam tahap perkembangan psikososial yang dikemukakan oleh Erikson, tugas utama yang dihadapi oleh remaja ialah membentuk identiti yang stabil, kesedaran mengenai perubahan pengalaman dan peranan yang mereka miliki dan mengakhiri zaman kanak-kanak dan memasuki alam dewasa yang akan mereka tempuhi (Stevens-Long & Cobb, 1993). Kegagalan menyedari peranan dan membentuk personaliti yang betul dan faktor tekanan psiko-sosial menyebabkan remaja sering terjebak dalam kancah najis dadah dan juga pelbagai perkara negatif yang lain. Secara umumnya, remaja yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakannya. Mereka lebih cenderung untuk bersama kelompok yang terlibat sama dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri, keluarga da masyarakat. Prestasi dalam bidang akademik mahupun pekerjaan merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya. Remaja yang ketagihan dadah tiada kecerdasan interpersonal. Kecerdasan Interpersonal menurut teori pelbagai kecerdasan Gardner ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenalpasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Mereka ini tidak suka mempunyai ramai kawan, tidak gemar menyertai aktiviti berkumpulan dengan rakan-rakan dan tidak bijak bersosialisasi dalam masyarakat. Kesan Penyalahgunaan dadah mendorong remaja melakukan jenayah seperti merompak, mencuri dan jenayah yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat. Implikasi dadah juga mengakibatkan remaja hilang kawalan dalam pergaulan sosial. Mereka cenderung untuk melakukan seks bebas di bawah pengaruh dadah. Kesan pengambilan dadah Metamfetamin atau ICE misalnya boleh menyebabkan remaja tersebut bertindak ganas dan berkemungkinan terlibat dalam pergaduhan dan cenderung melakukan delinkuen. Masalah-masalah lain mungkin interaksi antara

ibubapa dan remaja itu sendiri akan semakin renggang dan berkemungkinan remaja tersebut melarikan diri dari rumah dan tinggal bersama rakan-rakan yang sealiran dengannya.

4.0

CARA

MENGATASI

PENYALAHGUNAAN

DADAH

DARI

SUDUT

PSIKOLOGI 4.1 Melalui Peranan Ibu Bapa

Telah kita ketahui antara punca utama dalam penagihan dadah adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

4.2

Melalui Peranan Sekolah

Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dengan mengadakan pendidikan pencegahan dadah secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT,

intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan pencegahan dadah adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari dadah. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi dadah, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan dadah dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan dadah itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan diantaranya seperti:  Semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang dadah dan pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan.   Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di Tadika/Pra sekolah. Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM yang lebih mantap.   Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di IPTA/IPTS. Semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk pibg/guru, program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing, seminar/ceramah/pameran/tayangan menubuhkan skuad antidadah di ipt. 4.3 Melalui Peranan Masyarakat video, program kampus sejahtera dan

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Sungguh pun masalah dadah bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping

merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan dadah dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala dadah. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu dalam menangani masalah dadah, penglibatan secara sukarela masyarakat setempat amat diperlukan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam menangani maslaah dadah dalam masyarakat adalah:  Meningkatkan kesedaran penduduk di satu-satu kawasan tentang bahaya dan ancaman dadah.  Menimbulkan kesedaran penduduk satu-satu kawasan bahawa masalah dadah perlu ditangani bersama.  Meningkatkan pengetahuan penduduk satu-satu kawasan tentang peranan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah dadah.  Meningkat kerjasama pemimpin masyarakat dalam satu-satu kawasan untuk menghapus/membersihkan gejala dadah di kawasan mereka. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti;

GEMPADAH (Gempur Dadah), Hari Antidadah Kebangsaan, program gerak tindak NGO/ JKKK, ujian saringan air kencing, program belia berwawasan, program bersama kementerian belia dan sukan, forum perdana, aktiviti ceramah, pameran, dan tayangan video.

4.4

Melalui Tanggungjawab Diri Sendiri

Remaja perlu bijak mengawal diri dan maklum tentang bahaya dadah. Mereka perlu diberi maklumat tentang bahaya dadah. Pendedahan tersebut perlu datang dari ibu

bapa, sekolah dan juga masyarakat. Mereka perlu dibimbing dalam membina identiti dan personaliti diri mereka. Perhatian dan sokongan dari semua pihak penting untuk membantu remaja dalam membentuk keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah. Disamping itu, memilih rakan yang baik juga perlu diambil kira. Ini kerana rakan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukkan akhlak remaja. Kawan yang baik akan membawa kepada perkara kebaikan manakala kawan yang tidak bermoral akan membawa kepada sebaliknya. 4.5 Melalui Pelaksanaan Undang-Undang

Disamping beberapa cara yang telah disebutkan sebelum ini perkara yang tidak kurang pentingnya dalam pencegahan penyalahgunaan dadah ialah melalui penggubalan undang-undang yang berkesan terhadap pesalah-pesalah dadah. Undangundang dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam yang pelaksanaannya, dikenakan adalah terdapat kelemahan-kelemahan kesungguhan perundangan Kerajaan yang dikenalpasti secara berterusan dibuat pindaan supaya lebih berkesan. Penalti berat menggambarkan Malaysia membanteras masalah dadah. Lima (5) undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah :Akta Dadah Berbahaya, 1952 Akta Racun 1952 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 Pindaan 1998 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta), 1988 5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian yang telah dilakukan dalam tugasan ini penulis telah mendapati bahawa penyalahgunaan dadah dikalangan remaja adalah amat sukar untuk dibendung tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa, sekolah, dan masyarakat. Sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada

masa hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap aspek perkembangan mereka. Ini kerana kesilapan pada satu aras perkembangan dimana adanya pihak yang tidak memainkan peranan pada tahap tersebut terutamanya ibubapa akan menyebabkan kecacatan pada tingkahlaku remaja yang seterusnya mengaruh remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah. Oleh itu, kajian terhadap remaja dari sudut psikologi amat penting dalam mencari kenapa remaja itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mencari kesan daripada kegiatan tersebut dan akhirnya mencari cara untuk mengatasi tingkahlaku negatif tersebut. Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi penerangan tentang isu penyalahgunaan dadah dikalangan remaja yang tidak diketahui bila kesudahan akhirnya.

BAHAN RUJUKAN Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti Adalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.

Jamal Darus, 1989.Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya Publishing. Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak : Trauma Terselindung. Universiti Kebangsaan Malaysia. Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and Row Publishers. McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford Press. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari, Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd. T. Marimuthu, 1990.Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Terry F. Pettijohn. 1998. Psychology : A connectext. Fourth Edition. Dushkin/Mc Graw-Hill. Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. “Hubungan Antara Tingkahlaku Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja”. Dr Tam Cai Lian. 2007. Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Mingguan Malaysia. Muka Surat 8. 16 Disember 2007. Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad. Muka Surat 28. 9 Disember 2007. http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml (akses 29 Februari 2008). Margot Trotter Davis. 2004. Spirituality in Adolescent Decision to use drugs : A review of the literature and theory. http : //www.brandeis.edu/gradjournal (akses 18 Februari 2008). Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak. Dadah : Senario Sejagat Yang Membimbangkan http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 15 Februari 2008).

LAMPIRAN A Profil Penagih Mengikut Umur Ketika Dikesan

Sumber daripada: Laman web PEMADAM, “Data Penagih Terkumpul Di Malaysia Bagi Tahun 2005”, akses pada 29 Februari 2008.

LAMPIRAN A Keratan Akhbar Yang Digunakan Sebagai Rujukan Isu

Sumber daripada: Mingguan Malaysia, Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Muka Surat 8. 16 Disember 2007.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->