You are on page 1of 3

NOOR AZIZAH BINTI ZAMIR, 881211036090 , M20141000095

MODEL INCREMENTAL

Kekuatan model polisi tersebut

Model ini adalah spesifik kepada sesuatu isu sasaran atau masalah sasaran
kerana apabila masalah terlalu banyak dan besar, model ini wajar digunakan bagi
mengelakkan kerumitan yang berterusan. Oleh itu, model ini hanya menumpukan
sesuatu isu untuk penambahbaikkan secara bertahap tahap. Kekuatan kedua adalah
mengutamakan ketepatan maklumat dan kajian bagi mengenalpasti masalah dan
untuk mengatur strategi mengatasi masalah, ini disebabkan oleh penambahbaikkan
yang dibuat apabila terdapat sesuatu isu yang dibangkitkan sahaja tanpa
mengambilkira keseluruhan dasar tersebut. Oleh itu, ketepatan maklumat dan kajian
adalah penting bagi menentukan kejayaan dalam penambahbaikkan yang dibuat.

Selain itu, mengamalkan budaya rundingan dan perdebatan secara


demokratik agar dasar dan rancangan kerajaan benar-benar memberi faedah kepada
rakyat. Penggubal dasar tidak mempunyai banyak maklumat untuk sesuatu isu dalam
membuat penambahbaikkan bertahap-tahap ini kerana skop penggubal hanyalah pada
isu yang dibangkitkan sahaja. Oleh itu penggubal perlu membuat perundingan dan
perdebatan secara demokratik bagi memastikan kejayaan dasar yang digubal.
Kekuatan keempat adalah perubahan incremental yang dilaksanakan boleh diuji dan
disemak dalam masa ianya dilaksanakan. Untuk memastikan sesuatu dasar yang
digubalkan itu berkesan atau tidak, model ini membenarkan ia diuji dan disemak pada
masa dasar itu dilaksanakan, jika tidak berkesan penggubal akan melihat semula bagi
penambahbaikkan seterusnya. Kekuatan kelima adalah mengurangkan kesilapan
yang serius dan berpanjangan. Jika terdapat sesuatu isu yang timbul, penggubal terus
membuat penambahbaikkan segera supaya permasalah tidak berlanjutan dan menjadi
lebih serius.

Kelemahan model polisi tersebut.

Terdapat beberapa kelemahan dasar dalam model polisi ini antaranya adalah
ketidaupayaan membuat ramalan yang cukup mengenai masa hadapan. Ini
disebabkan oleh pembuat dasar yang mengunakan model ini mereka mempunyai masa
yang terbatas, kurang kepakaran, dan tidak mempunyai kos pembiayaan yang cukup
untuk meneliti kesemua pilihan dasar yang ada maka lebih mudah meneruskan dasar
sedia ada yang hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian pada bahagian yang perlu
sahaja.
Selain itu, pembuat dasar tidak mengetahui kesan dan akibat yang akan
wujud jika dasar baru diperkenalkan. Ini kerana pembuat dasar hanya menerima
perubahan-perubahan mendadak dan baru kerana model ini hanya mengutamakan
pengalaman dan ilmu lalu sebagai tapak perkembangan pada masa hadapan. Sebarang
perubahan dasar yang agak radikal dari dasar yang sedia ada sudah tentu melibatkan
pelaburan yang banyak samaada dalam bentuk perbelanjaan, amalan pentadbiran atau
melibatkan perubahan struktur organisasi. Selain itu, kelemahan model ini apabila
keputusan-keputusan yang diambil lebih mencerminkan kepentingan kumpulan
yang kuat sehingga kepentingan kumpulan yang lemah diabaikan kerana model ini
umpama satu cara permainan hidup yang menggalakkan berbagai bagai
perkumpulan manusia mengatur strategi dari masa ke semasa untuk mempengaruhi
dasar dan rancangan kerajaan. Oleh itu, golongan yang kuat dan berpengaruh
mendapat bahagian atau faedah yang besar.
Selain itu, model ini tidak sesuai digunakan di Negara yang berkembang
disebabkan oleh perubahan inkremental yang tidak tepat kerana Negara maju atau
berkembang memerlukan perubahan yang besar. Menurut Yehezkel (1968) pengunaan
model inkremental dalam membuat keputusan cenderung menghasilkan kelemahan
dan terpeliharanya status quo. Kelemahan terakhir adalah tiada strategi keseluruhan
dapat dibina bagi mengatasi masalah perlaksanaan sesuatu dasar, ini kerana

penggubal hanya menfokuskan pada isu isu dibangkitkan untuk penambahbaikkan.


Namun, penggubal tidak memikirkan strategi keseluruhan untuk penyelesaian.

Rumusan

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh seluruh masyarakat


perlu berganding bahu seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar - dasar dan
rancangan baru. Mutu - mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat
yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan malaysia sebuah
negara maju dan dapat merealisasikan wawasan 2020.

You might also like