You are on page 1of 21

Sinopsi bermaksud ringkasan sesuatu cerita atau karya.

Ia dapat memberikan
satu gambaran menyeluruh tentang sesuatu karya kepada pembaca. Synopsis dapat
meringkaskan cerita dan membolehkan kita mengulang kaji sesuatu karya dengan
cepat.

BAB 1
Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya
yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan.
Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datik Tominah dan 5 orang anak, 4
lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir
Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak
gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham,
Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera
dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani
merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita
berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan
daripada keluarganya.

BAB 2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu.
Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek
Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya
bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir
tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan
Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-
rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan
Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap
tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang
tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan
berhenti rehat.
BAB 3
Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan
telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik
akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie
(setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj
Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah
membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan
ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali
tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti
apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu
di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak
Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari Datuk Dolhi
pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan
pembacaannya.

BAB 4
Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut
Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan
Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam
bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi
tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu
dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang
hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan
tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya.
Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di
meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak
buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk
Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.
BAB 5
Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh
Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham
mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani
menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian
Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba
Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi
perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi
orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan
Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap
Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia
mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi
kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat
ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak
mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya
sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera
memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.

BAB 6
Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya.
Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi
bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat
tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka
jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan
jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol
memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada
Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan
memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup
Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin
menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan
lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat
berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar
Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama
Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi.
Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi
hanya diam.
BAB 7
Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar
Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di
Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi
mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan
pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi.
Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang
masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk
Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan
pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan
berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti
Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap
Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam
dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi
mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi
pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin
berdakwah di India.

BAB 8
Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera
memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk
Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin
Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan
hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi
menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan
usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan
tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu
Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan.
Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat
Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk
berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu
Saiful Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya
memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang
penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka
tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk
Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya.
Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa
ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama.
Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal.
Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya.
Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan
isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk
berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat
manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-
tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga
dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera
mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.

BAB 9
Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang
tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat
sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera
menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia
tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak
memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri
pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti
kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi
tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat
daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak
mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing
kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah
dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin
kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju
memberikan wang kepada Hasnol.

BAB 10
Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis
yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-
gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka
suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis
berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah
berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak
membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar
ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-
sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert
menelifon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli
menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan
pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya.
Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-
sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi
memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.

BAB 11
Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke
Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang
mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan
keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo
malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat
sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke
zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta
dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia
dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun
berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara
diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal.
Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah
janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga
anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak.
Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke
rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis
menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda
meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol
memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi
tidak disetujui oleh Linda.

BAB 12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini.
Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri
Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang
anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang Datin
Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera
gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai
oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani
meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati
Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak
perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB
Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar
menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika
berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.
BAB 13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas
penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat
Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-
borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang
digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah
tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk
Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara
untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang
sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi
memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut
kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi
esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam.
Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi
meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu
Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup
menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.

BAB 14
Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa
pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk
Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan
memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan
menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah
dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka
memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula
pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi orang tempatan agar
membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi
ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak
berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk
Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang
sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.
BAB 15
Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert
tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan
orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar
niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan
Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika
Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambilalih syarikat
memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan
minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera untuk mengajaknya
keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.

BAB 16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi
mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat.
Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan
Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai
pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan
mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun
di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah
Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang
Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi
tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17
Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat
daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah
menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari
Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu
Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah
bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis
juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak
berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi
menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah
dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa
Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa
Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan
semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah
menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak
berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang.
Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga
makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin
Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya
berbaik semula dengan ayahnya.

BAB 18
Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi.
Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis
perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan
lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim.
Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah
ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya.
Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi
pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan
tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang
pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak
siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah
ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan
air mata.

BAB 19
Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan
ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu
Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi
serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti,
Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku
Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah
yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR.
Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun ditutup. Amera menelifon.
Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong.
Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin
Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan
Ilham di London.
BAB 20
Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak
bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil
dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang semula
untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan
mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani
ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia
berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas
ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young
Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk
membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21
Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar
Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap
menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah
dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi,
Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

BAB 22
Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan
dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan
akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut
Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan
malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis
kemalangan.

BAB 23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan
dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan
rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah
syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan
tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati
menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot.
Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.
BAB 24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi
mencadangkan kepada
Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari
ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal
dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding
Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia
berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan
perjuangan hidup.
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya secara
langsung atau tidak langsung. Tema dapat dikesan selepas sesuatu karya itu selesai
dibaca. Manakala, persoalan pula bermakana perkara-perkara yang lebih kecil
yang ada hubungan denagan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam
karyanya.

TEMA
Penulis novel Renyah telah mengetengahkan tema tentang kekeluargaan Datuk
Dolhi. Keseluruhan novel ini menceritakan tentang kehidupan Datuk Dolhi dan ahli
keluarganya. Datuk dolhi telah banyak ditimpa masalah, akibat daripada kerenah-
kerenah anak-anaknya. Contohnya, Hasnol dengan masalah rasuahnya, Ilham
dengan masalah perjuangan radikalnya,dan Mukhlis dengan kegiatan ajaran sesat
yang disertainya. Kesibukan beliau dan Datin Tominah telah menyebabkan anak-
anak mereka bertindak di luar kawalan mereka berdua. Hanya Wahi,anak beliau
hasil perkahwinannya dengan Mastura yang berjaya dan ingin bergiat dengan
bidang perniagaan.

PERSOALAN
Novel Renyah telah memaparkan persoalan tentang perpaduan antara kaum.
Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Dolhi-Albert
Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan syarikatnya itu. Selain itu,
Albert juga berhasrat untuk mewujudkan satu hubungan kekeluargaan dengan
beliau dengan cara cuba menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk
Dolhi walaupun hasratnya akhirnya tidak juga tercapai. Selain itu, persoalan
tentang strategi-strategi perniagaan juga turut dipaparkan. Misalnya, Dasar
Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri dan budaya
kerja Jepun iaitu Kawalan Mutu Menyeluruh(TQC) telah diterapkan dalam
perniagaan Datuk Dolhi.
Gaya bahasa merupakan cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana
uantuk meyampaikan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui
karya mereka.

1. Dialog
- Jalan-jalan cerita disampaikan melalui dialog. Ia terdapat di sepanjang
cerita.

2. Suspens
- Contohnya, pada baris ke-14 pada muka surat 146,bab 14 (Memang…
……………akan berlaga).

3. Kejutan
- Contohnya, pada babak di mana keluarga Albert berbual tentang muslihat
muslihat di sebalik hubungan baik mereka dengan keluarga Datuk Dolhi.
muslihat tersebutang mana, pembaca tidak terfikir pun tentang muslihat
tersebut di awal ceritanya.

4. Imbas kembali
- Contohnya, Datuk Dolhi terkenang tentang kali pertama dia ke negara
Jepun.

5. Metafora
- Filem kenangan. (halaman 3)

6. Personafikasi
- Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)
7. Peribahasa
- Seperti bulan jatuh ke riba. (halaman 181)

8. Sinkof
- Dah & ni. (halaman 196)

9. Bahasa Asing
- Genki desu. (halaman 118)
- Confirm. (halaman 154)
Plot merupakan susunan peristiwa dalam sesuatu karya berdasarkan sebab dan
akibatnya. Plot mungkin disusun secara kronologi atau sebaliknya.

Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi. Pada permulaan
pembaca diperkenalkan dengan keluarga Datuk Dolhi dan perihal kelakuan anak-
anaknya yang tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan syarikat ayah
mereka. Dalam perkembangan cerita pula , penulis menggambarkan gelagat anak-
anak Datuk Dolhi contohnya Hasnol yang kesempitan duit yang sering kali datang
meminjam duit dengan Datuk Dolhi yang akhirnya terpaksa menerima rasuah
daripada Teengku Munir. Dani pula, sibuk dengan kumpulan muziknya semasa
Ilham sibuk menghasut masyarakat Penan untuk menghalang pembalakan di
kawasan mereka. Mukhlis pula terpedaya dengan kumpulan yang dianggap sebagai
kumpulan da’wah padahal kumpulan tersebut merupakan kumpulan ajaran sesat.
Walau bagaimanapun, Amera pula telah mencapai sedikit kemajuan di mana dia
telah dianugerahkan sebagai Pendidik Terbaik pada peringkat negeri. Pada
bahagian perumitan pula, Datuk Dolhi telah pergi ke jepun kerana malu dan
tertekan dengan tindakan anak-anaknya. Sebagai contoh, Ilahm yang telah
mengetuai demonstrasi bagi menghalang pembalakan di Sarawak. Pada klimaks
pula, Ilham telah diburu polis lantas melarikan dirinya ke Perancis. Pihak BPR
pula bertungkus-lumus memburu Hasnol yang yang didakwa menerima rasuah
yang akhirnya tertangkap di lapangan terbang sekembalinya dari London.Dani
pula, ditahan kerana terlibat dengan penyalah gunaan najis dadah sementara
abangnya Mukhlis hidup melarat dan menjadi kurang siuman. Ketika peleraiaan
pula, Datuk Dolhi telah mengikat jamin hasnol dan Dani lalu menghantarnya ke
pusat pemulihan. Amera telah bernikah dengan YB Wahab manakala Mukhlis
berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Wahi pula telah pulang ke Malysia
bersama dengan isterinya,Yuka . Datuk Dolhi telah mengisytiharkan Wahi sebagai
penggantinya dalam Dolhi-Albert Holding. Datuk Dolhi juga bercadang untuk
menunuaikan umrah bersama Datin Tominah.
Watak ialah pelaku dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan
berdasarkan hukum sebab dan akibat. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang
dari aspek luaran dan dalaman .

1. Datuk Dolhi
- Ahli korporat berjaya.
- Pemilik Dolhi-Albert Holding.
- Mempunyai 2 orang isteri iaitu, Datin Tominah dan Mastura.
- Bijak menyelesaikan masalah.
- Penyayang.
- Rajin.
- Kurang tegas mendidik anak.

2. Hasnol
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD).
- Isterinya bernama Linda.
- Tidak tegas.
- Boros.
- Pentingkan imej.

3. Ilham
- Penulis dan Penyair.
- Tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Biadap.
- Pengkhianat Negara.

4. Mukhlis
- Berkelulusan Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat.
- Sedar akan kesilapan diri.
- Terjabak dengan kumpulan ajaran sesat.
5. Dani
- Penyanyi rock.
- Menyalahgunakan dadah.

6. Datin Tominah
- Isteri Datuk Dolhi.
- Pentingkan kecantikan.
- Kurang mendidik anak.
- Kuat cemburu.

7. Albert Lee
- Rakan kongsi Datuk Dolhi.
- Mempunyai 2 orang anak.
- Tidak jujur.
- Penyayang.
- Suka membaca.

8. Wahi
- Berusia 20-an.
- Bijak.
- Amanah .
- Bertanggungjawab.

9. Amera
- Guru.
- Cantik.
- Isteri YB Wahab.
- Komited kepada tugas.

10. Emzita
11. Rozie
12. Raj Hussein
13. Saiful Bahri
14. Hanisah
15. YB Wahab
16. Robert Lee
17. Ustaz Hashim

Nota:10-17 watak-watak sampingan.


Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan watak, ruang, masa,
tempat,dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.

Latar tempat
- Pejabat Datuk Dolhi
- Rumah Datuk Dolhi
- Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau
- Kelab Mawar
- Teratai inn
- Sarawak
- Tokyo

Latar masa
- Siang
- Malam
- Pagi
- Petang
- Tengah hari

Latar masyarakat
- Masyarakat yang merupakan golongan usahawan
- Masyrakat berilmu dan berpengetahuan
- Masyarakat yang boros dan tamak
- Masyarakat majmuk
- Masyarakat yang berani menegur kesilapan
1. Nilai kasih-sayang.

 Datuk Dolhi dan datin Tominah sangat menyayangi anak-anak mereka


kerana mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah anak-anak
mereka.

2. Nilai sabar.
 Datuk Dolhi sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang telah
mencoteng arang di mukanya.

3. Nilai tanggungjawab.
 Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberi
pendidikan dan saraan yang cukup kepada anak-anaknya termasuk Wahi
yang tingggal bersama neneknya.

4. Nilai patriotik.
 Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.

5. Nilai rajin.
 Albert rajin membaca buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuannya.
Pengajaran yang dikenal juga sebagai amanat atau mesej bermaksud perutusan
yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

1. Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan
yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya
yang saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah
kepada bapa mereka itu.

2. Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk


Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana
terlibat dengan penyalah gunaan dadah.

3. Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong


ekonomi Negara. Sikap ini yang dipaparkan oleh Datuk Dolhi yang
menggunakan Limosin Saga untuk menghadiri majlis-majlis rasmi wajar
dicontohi masyarakat.

4. Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu bagi memajukan dir dan
negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin membaca buku-buku ilmiah bagi
menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.

You might also like