You are on page 1of 20

ELEMEN 2

Merekod Fakta
Sejarah
SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD,

SADONG JAYA

TAJUK KAJIAN SEJARAH 2010

Perayaan Tradisi Kaum Cina

Di Malaysia

(Tahun Baru Cina)


Senarai Kandungan

Bil. Tajuk Bab Muka Surat


1 Tajuk Kajian i
2 Senarai Kandungan ii
3 Penghargaan 1
4 Objektif Kajian 2
5 Kaedah Kajian 3
6 Hasil Kajian 4
7 Rumusan 10
8 Lampiran 11
9 Rujukan 14

Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan berkat dan keizinan-

Nya, saya Mohd. Nurhisyam bin Talang telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini

dengan jayanya seperti mana kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Pesantren Abdul Taib

Mahmud, Encik Junaidi bin Zulkipli kerana telah memberikan sokongan kepada kami

untuk menjalankan kajian ini.


Tidak lupa guru matapelajaran Sejarah kami, Encik Tanuja kerana telah

memberikan tunjuk ajar dan panduan untuk menjalankan kajian ini mengikut kriteria

yang ditetapkan.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada kedua orang tua saya yang sanggup

mengorbankan masa untuk membantu saya serba sedikit sepanjang kajian ini dijalankan.

Di samping itu, ucapan terima kasih juga di atas kerjasama daripada rakan-rakan sekelas

yang dihargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga hasil kajian ini akan

memberikan sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan modal insan.

……………………….

(MOHD. NURHISYAM BIN TALANG)


(950617-13-5407)

Objektif Kajian

Kajian ini ialah bertujuan untuk:

 Mengenal dan mempelajari perayaan tradisi masyarakat cina.

 Menghargai dan mempertahankan parayaan tradisi masyarakat di Malaysia

dengan baik.
 Memastikan generasi yang akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah

masyarakat di Malaysia.

 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan pelajar mengenai

perayaan sesebuah masyarakat.

Kaedah Kajian
Saya telah menjalankan kajian ini melalui beberapa kaedah iaitu:

 Penyelidikan: saya telah menjalankan penyelidikan melalui internet daripada

beberapa laman web mengenai perayaan tradisi kaum cina.


 Orang sumber: saya telah menemu bual seorang yang berbangsa cina yang

bernama Andrew Lim (700603-13-5009) untuk mendapatkan beberapa maklumat

mengenai Tahun Baru Cina.

 Majalah: Pedoman Rakyat ‘Pelancaran Hab Halal Tanjung Manis’, 2009, diterbit

oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

 Akhbar: Utusan Sarawak, Jumaat, 12 Febuari / 27 Safar 1431 H.

Hasil Kajian

Perayaan Tradisi Kaum Cina

Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan

bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Secara amnya kaum yang terlibat di dalam perayaan
ini ialah kaum cina. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun

baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang

dinamakan sempena nama haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut

pada 14 Febuari 2010. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan

ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Latar Belakang Tahun Baru Cina

 Sejarah Perayaan

Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa

dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada

zaman kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau

“Tahun Baru”. Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi

menetapkan hari pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut

sehingga sekarang.

Menurut mitos orang cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk,

raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu

dikatakan akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta

pakaian berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena

dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.

 Upacara Khusus Dalam Perayaan

Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina.

Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum
tahun baru cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu,

tarian singa akan diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau

puaka dan juga musibah.

Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka

yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.

Pada hari yang kelima belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun

Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié  ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini

mereka akan makan bersama-sama keluarga sekali lagi.

 Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus

Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah

ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.

 Persiapan Sambutan Perayaan

Sebelum tibanya hari Tahun Baru Cina, rumah akan dibersihkan secara

menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang

dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka

untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk akan disimpan pada malam

sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak disapu keluar. Ada orang

yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi

potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagian dan kemakmuran dalam

bahasa cina.
Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan

untuk menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai

mereka. Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga

yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang.

Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga Cina akan bersama-sama

mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meniggalkan sanak

saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan makan bersama-sama sekali lagi

dengan menghidangkan makanan tradisional mereka yang dikenali sebagai Tāngyuán.

Pantang-Larang

Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang

dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’.

Antara cara untuk mendapatkan tuah baik ialah seperti berikut:

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun

baru.

 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan

puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga

sepanjang tahun.

 Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang

tahun bagi pemakannya.

 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari

tahun baru agar menerima tuah bagi tahun yang akan menjelang.

 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama

mencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina


mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh

harapan untuk menambah kekayaan.

 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud

memijak orang yang bergosip tentang si pemakainya.

Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah:

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang

cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan

perkataan “kasar” atau “sukar”.

 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana

perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada

yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar”

dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.

 Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama

bunyinya dengan “hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang

sebagai “memotong hasil” dalam bahasa Kantonis.

 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun

perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).

 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu

keluar tuah bagi tahun baru.

 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari

terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek

cina bagi “buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.

Kesan-kesan Perayaan

Terdapat banyak kesan yang boleh diperolehi sepanjang saya menjalankan kajian

ini. Antara kesan-kesannya ialah:

 Perpaduan: melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan

pergi kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti

seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti

mana saranan perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1

Malaysia.

 Perlancongan: kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni

budaya di Malaysia yang mana boleh menarik minat pelancong untuk

mengunjungi kegiatan perayaan di Malaysia. Semakin banyak pelancong yang

akan mengunjungi tanah air kita ini akan menambah pendapatan negara yang

digunakan untuk membangunkan negara kita ini.

 Pengekalan Tradisi: perayaan merupakan suatu tradisi yang mana begitu penting

untuk dikekalkan di samping ianya dijadikan sebagai imej bagi sesuatu kaum.

 Pendidikan/Pengetahuan: perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan

pengetahuan am untuk individu itu sendiri. Pendidikan amat penting dan juga di

ambil berat oleh kerajaan mengenainya. Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu

perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu sendiri.


Rumusan

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang

warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian perayaan tradisional yang

terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat

mengenali dengan lebih mendalam lagi mengenai perayaan di Malaysia yang mana boleh
memupuk rasa cintakan tanah air. Selepas kajian ini, saya menjadi seorang yang lebih

menghormati dan menghayati perayaan tradisional orang cina iaitu Tahun Baru Cina. Jika

semua masyarakat kita dapat mengenali dan memahami perayaan tradisional sesuatu

kaum dengan lebih mendalam, maka akan timbul rasa persefahaman dan hormat-

menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat

mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah

dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat kekitaan antara kaum.

Antara langkah-langkah yang perlu kita ambil ialah menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh

semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud

jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama. Selain itu,

kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan

bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat

akan mencontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.

Lampiran

 Tarian singa yang sering kali dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina.

 Upacara makan secara beramai-ramai.


 Makanan tradisi orang cina. ( TĀNGYUÁN )
 Kad ucapan bersempena Tahun Baru Cina.
 Sarung untuk meletakkan duit atau Ang Pau.

Rujukan

INTERNET

1. Mendapatkan pantang larang dan sejarah,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

2. Nama lain bagi Tahun Baru Cina,

http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter18/chapter180106.htm

ORANG SUMBER

1. Andrew Lim (700603-13-5009), No.22 Lorong 18 Taman Thian Guan Jalan Batu

Lintang 93200 Kuching.

MAJALAH

1. Pedoman Rakyat ‘Pelancaran Hab Halal Tanjung Manis’, halaman14 dan 15,

diterbitkan pada tahun 2009.

KERATAN AKHBAR

1. Utusan Sarawak, Jumaat 12 Febuari 2010, 27 Safar 1431 H.


ELEMEN 3

Penerapan Unsur

Patriotisme
SOALAN:

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Perayaan merupakan amalan turun temurun sejak dari dahulu lagi. Sebagai rakyat

Malaysia, kita seharusnya menghargai tradisi di negara kita ini. Melalui perayaan tradisi,

kita boleh memperkukuh dan juga mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia yang terkenal sebagai negara yang mempunyai berbilang bangsa.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperkukuhkan perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia ialah melalui amalan kunjung-mengunjung ketika

musim perayaan. Persefahaman akan wujud dengan lebih berkesan melalui amalan ini.

Masyarakat juga akan memahami dengan lebih mendalam lagi tradisi sesuatu kaum itu.

Sebarang rusuhan serta perbalahan dapat dielakkan apabila persefahaman ini wujud

dikalangan rakyat.

Di samping itu ialah dengan memupuk rasa cintakan perayaan tradisi. Bak kata

pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila wujud rasa cinta akan perayaan kaum

yang lain, masyarakat akan lebih menghargai serta akan menjaga tradisi ini bersama-

sama. Perpaduan akan menjadi lebih mantap lagi apabila masyarakat bersatu-padu dalam

sesuatu kegiatan secara bersama-sama seperti dalam mengekalkan perayaan tradisi. Kita

hendaklah menerapkan ke dalam diri kita semangat kebangsaan serta taat kepada negara

yang tercinta ini.


Apabila tiba musim perayaan, terdapat pelbagai makanan tradisi yang akan dijual.

Urusan jual beli akan wujud antara masyarakat, yang mana boleh melahirkan sifat

persefahaman. Perpaduan yang telah lama wujud secara tidak langsung boleh

diperkukuhkan lagi.

Melalui perayaan juga, perpaduan boleh diperkukuhkan lagi melalui aktiviti

rumah terbuka. Apabila adanya aktiviti rumah terbuka diadakan, ramai yang akan

kunjung mengunjung yang terdiri pelbagai bangsa dan agama termasuklah para

pelancong. Amalan rumah terbuka ketika perayaan ini secara tidak langsung boleh

menambahkan lagi sumber pendapatan negara.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa bangsa kerana

lahir di negara yang aman dan makmur ini. Oleh kerana itu, kita haruslah menghargai

tradisi di negara kita yang mana boleh mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu,

kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah bersama-sama menyokong seruan perdana

menteri kita iaitu ke arah mewujudkan gagasan 1 Malaysia.

You might also like