You are on page 1of 10

Hari Deepavali

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Diwali/Deepavali
Juga Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta
dinamakan Cahaya

Diraikan oleh Secara keagamaan oleh penganut


agam Hindu, dan Jain. Orang India lain
meraikan aspek-aspek budayanya.

Jenis Kegamaan, India

Keutamaan Meraikan kemenangan terhadap kejahatan,


dan penanggalan kegelapan rohani

Tarikh Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan


bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua
hari selepas hari itu

Perayaan Menghiasi rumah dengan pelita,mercun,


mengagihan gula-gula dan hadiah.

Amalan Upacara sembahyang dan keagamaan


(lihat puja, prasad)

Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली, bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali

sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua

penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

Isi kandungan
 [sorok]

1 Tarikh-tarikh dalam pelbagai

kalendar
2 Kepentingan dalam agama Hindu

o 2.1 Cerita berkaitan

Deepavali

o 2.2 Kepentingan esoterik

o 2.3 Lima hari Diwali

3 Sambutan Deepavali di Malaysia

4 Rujukan

5 Pautan luar

[sunting]Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari
terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-
hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar
Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar
Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan
di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir
bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut
versiPurnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatih pada
pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalamkalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan
Oktober atau November.

[sunting]Kepentingan dalam agama Hindu


Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta
penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat
muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan
kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama
perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan.
Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun
baru akan dibuka pada hari ini.

[sunting]Cerita berkaitan Deepavali


Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:

 Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama,


Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun
hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja
syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk
menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke
kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah
sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini
disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara
yang bergelar Annakut.
 Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari
Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil),
seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha
Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini.
Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai
sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut
kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
 Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan
bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk
memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata.
Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke
dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang
kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukankalasha dengan 21
benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai
kedhara gauri vrata.
 Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah
harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau
persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal
ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung
mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut
menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-
lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan
'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para
penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu.
Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung
Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu
mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek
riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas
kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
 Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali
dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali.
Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-
September.
[sunting]Kepentingan esoterik

Flowers are an integral part of Divali as are many decorations.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang


terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui
jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita
menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya
kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan
melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk
jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman,
datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya
(peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan
Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang.
Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama
- untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya
(Brahman).
[sunting]Lima hari Diwali
Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali
Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud
"hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13
separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan
emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-
dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]
2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh,
maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat:
Kali Chaudas).
Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal
sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru.
Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam
mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna
atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah
dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di
langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang
bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga
Snaanam?".
Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh
sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara
besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan
Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai
akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang.
Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
3. Lakshmi Puja: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali,
apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua
rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk
mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna
menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung
Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva
atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada
isteri mereka pada hari ini.
5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk
meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij;Bahasa
Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj
menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka
selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu
lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

 Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada


subuh.
 Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan)
dengan Lakshmi  Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.
[sunting]Sambutan Deepavali di Malaysia
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti
umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi
minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa
Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di
atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam"
ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang


mengikutnya.
Uthaya Sankar
SBmerupakan seorang
sasterawan yang
berkarya dalam
Bahasa Malaysia.
Buku terbarunya,
Kathakali: Kumpulan
Cerpen Bahasa
Malaysia (2009).
Uthaya adalah
pengasas Kumpulan
Sasterawan Kavyan
(Kavyan) yang aktif
mengendalikan
pelbagai aktiviti
bahasa, sastera, seni
dan budaya.
Related Articles
 PM extends Deepavali greetings to Hindus
 Guan Eng: Manage differences, don’t quarrel
 Zambry’s Deepavali land treat for Indians
 Rosmah doles out Deepavali goodies to poor, orphans
 Amid Bagan Pinang campaign, Muhyiddin announces extra day off for Deepavali

Diwali perlukan reformasi


OKT 16 — Sempena Deepavali esok, jika saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat dan
jiran, jangan terkejut sekiranya saudara tidak menerima layanan mesra seperti yang telah saudara
harapkan. Saudara mungkin terpaksa sekadar menyertai ahli keluarga tuan rumah untuk
menonton pelbagai program hiburan di televisyen.
Malah, lebih teruk lagi jika kunjungan tetamu tidak diharapkan. Sebenarnya kenyataan ini
mungkin sahaja kedengaran agak keterlaluan. Namun, realiti terpaksa kita hadapi. Perayaan
Deepavali tidak lagi memiliki semangat tradisional. Sudah luntur nilai asli. Yang tinggal hanya
“perayaan”.
Pandangan ini selalu saya utarakan secara terbuka sejak dahulu dan sering dibidas orang. Saya
sudah lali dilabel sebagai seorang yang terlalu kritis terhadap soal kebudayaan kaum India.
Kononnya, saya amat suka mencari kesalahan dan kelemahan kaum India!
Biarlah. Saya tidak mahu berpura-pura, berdiam diri dan menutup sebelah mata terhadap apa
yang saya lalui dan perhatikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang warga Malaysia.
Bilakah kali terakhir saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat sempena Deepavali? Tidak
mustahil jika jawapan yang diberi adalah “hampir lima tahun lalu”. Kita masing-masing sibuk
dengan urusan keluarga sehingga terlupa akan tradisi kunjung-mengunjung semasa musim
perayaan.
Kita sedar bahawa satu cara yang cukup semula jadi untuk mencambahkan bibit perpaduan (“1
Malaysia”) dan integrasi (“Bangsa Malaysia”) dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan
budaya adalah melalui saling memahami dan kunjung-mengunjung.
Bagaimanapun, musim perayaan Deepavali sudah semakin hilang seri untuk memainkan peranan
ke arah memupuk persefahaman dan tolak-ansur antara budaya. Kunjung-mengunjung sudah
tidak lagi menjadi amalan kebiasaan. Deepavali semakin menjadi hari perayaan untuk disambut
bersama keluarga masing-masing. Lalu, kunjungan rakan-rakan dan jiran tidak diutamakan.
Tidak kurang juga keluarga kaum India yang menjadikan melancong seisi keluarga sebagai
agenda utama semasa cuti Deepavali. Bagi mereka, Deepavali hanyalah hari cuti dan lebih sesuai
digunakan untuk melancong daripada menyambut perayaan dengan menjemput rakan-rakan dan
jiran.
Tentu sekali ada yang mempersoalkan kenyataan di atas iaitu bahawa kunjungan rakan-rakan
tidak diutamakan. Apatah lagi setiap kali perayaan Deepavali, kita akan mendengar mengenai
begitu banyak rumah terbuka yang diadakan oleh pihak tertentu.
Tahun ini, jumlah rumah terbuka pasti bertambah beberapa kali ganda. Keadaan ini bukan
semata-mata tanda kebimbangan terhadap H1N1 sudah berakhir atau bukti kepesatan ekonomi.
Sebaliknya ada makna tersirat di sebalik konsep rumah terbuka yang diamalkan oleh golongan
“politik”.
Orang ramai — dan ramai orang — selalu sahaja tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi
rumah terbuka yang diadakan. Tarikan utama adalah makanan. Bagi kanak-kanak, ada
kemungkinan menerima duit daripada tuan rumah.
Walau bagaimanapun, konsep “rumah terbuka” yang dinyatakan ini sudah menyimpang jauh
daripada konsep asal. Tokoh dan pemimpin sudah ketara mengadakan “rumah terbuka” di dewan.
Makanan yang dihidang ditempah dari kedai. Pengunjung pula biasanya tidak berpeluang bertemu
tuan rumah untuk mengucapkan “Selamat Hari Deepavali”.
Jadi, rumah terbuka yang diadakan itu hanyalah sebuah jamuan yang tidak ada apa-apa beza
dengan mana-mana jamuan lain. Lalu, generasi muda mula terikut-ikut dengan amalan seperti itu
sehingga “lupa” makna sebenar perayaan itu.
Kebaikan Mengatasi Kejahatan
Deepavali menandakan kemenangan Kebaikan mengatasi Kejahatan. Itulah asas bagi segala mitos
dan cerita berkaitan tujuan sambutan Deepavali oleh penduduk beragama Hindu di seluruh dunia
pada bulan Aipasi (Oktober/November) setiap tahun.
Deepavali — atau lebih dikenali sebagai Diwali di Benua Kecil India — pada asalnya disambut oleh
penduduk di bahagian utara negara berkenaan; khususnya penduduk Gujarati dan kaum Punjabi
beragama Hindu dan Sikh. Bagaimanapun, kemudian, Diwali mula “diambil alih” oleh semua
penduduk beragama Hindu tanpa mengira kaum dan keturunan. Malah, begitu juga realiti di
Malaysia. Rakyat Malaysia lebih mengenali Deepavali daripada Onam, Ponggal, Ugadi serta
beberapa perayaan kaum India pelbagai keturunan.
Mitos yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan
perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Lalu, para penduduk
meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta
berpesta.
Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di
mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka
bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun
disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.
Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang
menjadi ikutan dan turutan dalam kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut
Deepavali. Apa yang penting, simbol Kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau
Kegelapan — secara fizikal dan mental.
Malah, agama Hindu yang penuh dengan simbol, ikon, semantik dan penanda/petanda sebenarnya
merujuk pada Kebaikan dan Kejahatan dalam diri kita sendiri. Itulah makna sebenar Diwali.
Satu lagi kisah yang kurang diketahui generasi muda adalah kepercayaan bahawa pada malam
sambutan Deepavali, Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan akan berkunjung ke setiap rumah yang
diterangi cahaya dan akan memberkati keluarga terbabit. Kebersihan rumah juga diambil kira
sebelum Dewi Lakshmi memberi berkat.
Jadi, menjelang perayaan Diwali, orang ramai akan bertungkus-lumus membersihkan rumah
supaya rumah mereka turut dikunjungi dan diberkati Dewi Lakshmi (baca: kekayaan). Selain
memasang lampu, sambutan hari Deepavali juga diserikan dengan lukisan kolem pelbagai corak
dan warna.
Satu lagi perkara yang kurang diberi perhatian adalah bahawa mengikut kepercayaan penduduk
beragama Hindu di Benua Kecil India, masa yang terbaik untuk membeli pakaian baru dan barang
kemas adalah dua hari sebelum perayaan Diwali. Kononnya, itulah hari yang membawa rezeki
berganda.
Laksmi Pooja juga biasanya diadakan dua hari sebelum Diwali untuk mendapat rezeki dan
limpahan berkat berganda.
Pesta Tanpa Penghayatan
Diwali juga tidak lengkap tanpa bunga api, pakaian baru dan manisan. Pada masa kini, generasi
muda di Malaysia ketara menyimpang jauh daripada tujuan dan makna sebenar Deepavali.
Budaya, tradisi, adat, kepercayaan dan amalan agama sudah tipis. Yang tinggal hanya keinginan
untuk berpesta. Pesta tanpa penghayatan nilai.
Mercun pula terus dibakar tanpa mengendahkan larangan yang dibuat. Sebenarnya, ternyata
kelompok yang membakar mercun tidak memahami konsep sebenar perayaan Deepavali. Mereka
gagal membezakan antara amalan membakar mercun semasa Tahun Baru Cina dan amalan
memasang bunga api dan lampu semasa Deepavali.
Perayaan rakan-rakan kaum Cina mementingkan dentuman mercun kerana dipercayai boleh
menghalau unsur-unsur jahat. Sebaliknya, perayaan oleh kaum India lebih mementingkan cahaya.
Jadi, bunga api dan lampu minyak dinyalakan untuk menyerikan suasana malam perayaan.
Satu lagi perkembangan yang amat mengaibkan adalah amalan minum arak dan berjudi semasa
perayaan Deepavali. Perbuatan ini pasti sahaja mencemar kesucian perayaan. Malah, memberi
gambaran negatif kepada rakan-rakan kaum lain. Sering juga kita mendengar mengenai
pergaduhan yang tercetus pada malam perayaan Deepavali. Biasanya pergaduhan tercetus akibat
judi atau arak. Semua ini mencemar semangat perayaan Deepavali.
Betapa indah perayaan Deepavali pada masa lalu! Setiap ahli keluarga menantikan ketibaannya
dengan penuh gembira. Kedatangan Deepavali disambut meriah. Kanak-kanak akan berpakaian
baru dan pelbagai warna. Masing-masing bermain dengan gembira. Peti televisyen tidak menjadi
tarikan utama. Sebaliknya, kunjungan rakan-rakan dan anak-anak jiran memeriahkan suasana.
Semua hidangan dimasak sendiri. Tosai, muruku dan bermacam-macam lagi juadah membuka
selera. Rakan-rakan dan jiran pelbagai kaum, agama, adat dan budaya sama-sama menikmati
hidangan. Tidak timbul sebarang prasangka. Masing-masing tahu dan sedar akan pantang-larang
yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Berbalik pada realiti masa kini, makanan yang dihidang biasanya ditempah dari kedai. Tidak
kurang juga kuih-muih yang dibuat menggunakan tepung adunan segera yang dijual di kedai.
Sambutan Deepavali menjadi terlalu komersial dan hilang jati diri.
Cara generasi muda berpakaian semasa menyambut Deepavali juga cukup menyedihkan. Pakaian
tradisional tidak lagi menjadi pilihan. Rata-rata memilih fesyen moden yang kurang sesuai dengan
musim perayaan Deepavali.
Tidak kurang juga yang menganggap Deepavali sebagai pembaziran. Mereka lebih suka
menggunakan peluang bercuti untuk tidur sepanjang hari. Atau menonton televisyen yang
menghidangkan hiburan 24 jam sehari.
“Balik kampung” juga sudah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat kaum India yang
merayakan Deepavali. Kita boleh faham jika anak-anak muda yang bekerja di bandar pulang ke
tempat asal sempena Deepavali. Akan tetapi, kini, mereka yang sudah berumah tangga dan
mempunyai anak juga mengambil keputusan “balik kampung”!
Dengan cara ini, mereka biasanya tidak perlu takut menerima kunjungan rakan-rakan dan jiran.
Mereka juga tidak perlu menyediakan makanan dan juadah. Mereka tidak perlu mengeluarkan
belanja untuk membuat persediaan. Namun, tanpa mereka sedari, mereka menjadi “beban”
kepada keluarga di kampung.
Belum terlewat untuk membaiki keadaan. Jika ada kesedaran dalam kalangan pihak terbabit, tentu
sahaja usaha boleh dimulakan untuk mengembalikan semangat sebenar perayaan Deepavali.
Memanglah pada asalnya Deepavali merupakan perayaan bagi penduduk keturunan Gujrati dan
Punjabi. Namun, kini, ia sudah diterima sebagai perayaan bagi semua penduduk kaum India di
Malaysia.
Reformasi Minda
Tidak salah juga jika Deepavali diterima sebagai perayaan bagi semua; dengan erti kata, rakyat
pelbagai kaum ikut serta dalam sambutan Deepavali. Misalnya, rakan-rakan pelbagai kaum
bekerjasama membuat perhiasan atau memasak juadah. Suasana seperti inilah yang akan
membantu ke arah proses pembentukan sebuah Bangsa Malaysia yang sama-sama kita impikan.
Atau istilah yang in sekarang adalah “1 Malaysia”.
Kita tidak harus menganggap Deepavali sebagai perayaan berciri keagamaan per se. Sebaliknya,
tonjolkan unsur-unsur adat dan budaya yang terkandung di dalamnya. Galakkan rakan-rakan
pelbagai kaum dan budaya untuk turut serta dalam membuat persediaan bagi perayaan. Libatkan
mereka dalam perayaan.
Dari sudut yang lain pula, tidak perlulah kita tunggu sehingga tiba musim perayaan untuk
mengamalkan persefahaman antara kaum atau untuk bercakap mengenai kebaikan dan kasih
sayang.
Kita perlu faham bahawa Deepavali diraikan sebagai simbol kejayaan Kebaikan menentang
Kejahatan. Jika kita mampu menundukkan Kejahatan/Kegelapan dengan Kebaikan/Cahaya, maka
tidak perlu tunggu sehingga bulan Aipasi untuk meraikan Kemenangan itu. Jadikan setiap hari
dalam hidup ini sebagai sambutan Diwali penuh simbolik.
Pasti sahaja pandangan yang saya kemukakan di sini membuatkan ramai pihak marah. Tidak
mengapa. Perasaan “marah” itulah Kegelapan dan Kejahilan yang perlu dilawan dengan Cahaya
dan Kesedaran.
Mari kita bersama-sama melakukan reformasi minda, jika perlu, untuk mengatasi kejahilan,
kejahatan, kegelapan serta segala unsur negatif dalam diri yang menghalang pembentukan insan
mulia dan Bangsa Malaysia.
Dan jangan lupa menghayati makna sebenar Deepavali sebelum mula menyibukkan diri membuat
persiapan dan menyambut Deepavali.

You might also like