You are on page 1of 27

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.Pasir


Jamaludin Mohd Noh- SMK Baling.
Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang Serai
Wan Nazri Bin Wan Azib- SMK Pendang
Roslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala Ketil
Farizan Md. Noor – SMK. Jitra

1
4.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN 4.3 Alat-alat membuat keputusan
4.1 Jenis kemahiran i. Keputusan kualitatif dan kuantitatif
i. Definisi pelbagai jenis kemahiran ii. Alat-alat keputusan kuantitatif dan
pengurusan kualitatif.
-Kemahiran teknik - Statistik deskriptif
-kemahiran manusia - Pokok keputusan.
-Kemahiran konsep iii. Alat keputusan kualitatif.
-Kemahiran Masa -Tulang ikan(analisis sebab dan
-Kemahiran membuat keputusan. kesan)
ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan -Kretiviti dan inovasi
dengan peringkat pengurusan.
4.4 Pengurusan ketegangan
4.2 Proses Membuat Keputusan. i. Definisi ketegangan
i. Definisi pembuatan keputusan ii Punca ketegangan
ii. Langkah-langkah dalam proses iii.Tanda-tanda ketegangan
membuat keputusan rasional: iv.Menguruskan ketegangan
-Mengenalpasti masalah
-Mengutip dan menganalisis data 4.5 Tabii orang berjaya
atau maklumat i. Tabii orang yang sangat efektif
-Mencari alternatif ii. Faktor kejayaan seimbang.
-Menilai alternatif
-Memilih alternatif terbaik.

2
Bab 4 :
KEMAHIRAN PENGURUSAN

4.1 : Jenis kemahiran

i. Definisi pelbagai jenis kemahiran pengurusan

a. Definisi kemahiran
Kemahiran adalah kebolehan seseorang membuat sesuatu dengan betul (berkesan)
dan cepat ( cekap).

3
Lima asas kemahiran pengurusan tersebut ialah:-

A.Kemahiran teknik.
Merujuk kepada kemampuan dan keupayaan pengurus untuk menggunakan kepakaran
dan pengetahuan mereka dalam kaedah, proses dan prosedur kerja.

B.Kemahiran manusia
Merujuk kepada keupayaan dan kemampuan seorang pengurus untuk bekerja dengan
baik bersama-sama dengan orang lain dalam sesebuah organisasi termasuklah pekerja
bawahan, ketua dan rakan sekerjanya.

C.Kemahiran konsep
Merujuk kepada kemampuan seseorang pengurus untuk melihat organisasi secara
keseluruhan. Pengurus-pengurus yang mempunyai kemahiran konsep yang baik boleh
melihat perkaitan antara setiap jabatan di dalam organisasi.

D.Kemahiran masa
Merujuk kepada kemampuan pengurus untuk menjadualkan kerja mengikut keutamaan
kerja. Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk dengan tugas
berkaitan dengan pengurusan, maka beliau perlu pandai menguruskan kerja yang perlu
dilaksanakan tidak terbengkalai.

E.Kemahiran membuat keputusan


Merujuk kepada kemampuan pengurus untuk membuat keputusan yang dapat membantu
organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan
4
ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan
Kemahiran
membuat Kemahiran
keputusan Manusia masa konsep

AP SP SP AP
KP

Atasan
P SP SP
Pertengaha P
P
n SP SP
AP KP
Bawahan
Hierarki Teknik
Pengurusan

Petunjuk:-
AP = Amat Penting
SP = Sama Penting.
P = Penting
KP = Kurang Penting

5
4.2 : Proses Membuat Keputusan

I. Definisi pembuatan keputusan


- Adalah pemilihan satu jalan tindakan daripada beberapa alternatif yang disarankan.
- Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pengurus boleh menggunakan tiga kategori
penyelasaian, iaitu;-

A. Keputusan yang diprogramkan.


- Merupakan keputusan yang rutin yang dibuat secara berulang-ulang dan
Secara tipikal.
B. Keputusan yang tidak diprogramkan.
- Keputusan yang tidak diprogramkan digunakan pada masa-masa tertentu
Sahaja
C. Keputusan yang bersifat adaptif.
- Merupakan perantaraan keputusan yang diprogramkan dengan yang tidak
Diprogramkan

6
Terdapat tiga keadaan persekitaran di mana keputusan tersebut dibuat,
iaitu:-

a. Pembuat keputusan dalam keadaan kepastian.


melibatkan maklumat yang dikumpulkan untuk keputusan yang dibuat adal lengkap,
tepat dan boleh dipercayai .

b. Pembuat keputusan dalam keadaan berisiko.


melibatkan pembuat keputusan mempunyai maklumat yang dikumpul adalah tidak
lengkap dan kurang lengkap .

c. Pembuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian.


melibatkan pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat terhadap sesuatu
keputusan yang akan dibuat.

7
ii. Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional

a. Mengenal pasti masalah.

b. Mengutip dan menganalisis data atau maklumat

c. Mencari alternatif

d. Menilai alternatif

e. Memilih alternatif terbaik

8
4.3 : Alat-alat Membuat Keputusan
i.Keputusan kuantitatif dan kualitatif
a.Keputusan kuantitatif.
merupakan keputusan yang di buat berdasarkan satu set nilai yang diperolehi
dan kemudian diproses dengan menggunakan hukum matematik bagi
meramalkan nilai untuk masa depan
•b.Keputusan kualitatif
merupakan keputusan dibuat berdasarkan pendapat dan pengetahuan pakar
apabila data-data terperinci tidak diperolehi

ii. Alat keputusan kuantitatif

a.Statistik deskriptif.
- merangkumi taburan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan
median ); ukuran serakan seperti julat, varians dan sisihan piawai.

9
Min
- adalah jumlah semua nilai dalam data itu dibahagikan kepada bilangan data yang
ada.
- misalnya:
Data di dalam jadual di bawah menunjukkan bilangan produk yang dihasilkan oleh lima
orang buruh di sebuah kilang.

Jumlah produk 10 + 20 + 30 + 40 + 50
Min produk = ----------------------- = ------------------------------ = 30
Bilangan buruh 5

Bilangan Bilangan
Buruh Produk
1 10
2 20
3 30
4 40
5 50
10
Median
- ialah nilai yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.
- ukuran ini membahagikan data itu kepada dua bahagian dengan setiap bahagian
mempunyai bilangan data yang sama banyak,
- misalnya:
Contoh 1

markah prestasi bagi lima orang buruh adalah seperti berikut:


85, 78, 90, 88, 99

Cari median lima orang buruh berikut:-

Langkah 1:
- susun semula data tersebut secara tertib menaik

- angka yang terdapat ditengah-tengah susunan itu ialah median

78, 85, 88, 90, 99

- maka mediannya ialah 88

11
Contoh 2

Tentukan median bagi kumpulan data yang berikut:-


65, 80, 75, 90, 82, 78

Langkah 1:

Dengan menyusun data tersebut, kita memperolehi :-


65, 75, 78, 80, 82, 90

- median tidak boleh diperolehi jika kerana terdapat dua nombor ditengah-tengah susunan.

- langkah seterusnya diperlukan untuk mencari median.

Langkah 2:

78 + 80
Median = ----------------
2
= 79

-maka mediannya ialah 79

Sekiranya bilangan data dalam sesuatu set adalah ganjil (contoh 1),maka nilai yang berada di tengah
tengah data tertib itu adalah median.
Sebaliknya, jika bilangan data sesuatu set data adalah genap (contoh 2 ), min bagi dua nilai yang
berada di tengah-tengah data itu ialah median
12
Mod
adalah nilai atau fakta yang paling kerap berulang dalam set itu.

Contoh 1
-Cari mod bagi kumpulan nombor berikut:-
6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,8,9

oleh kerana nombor lapan ( 8 ) paling kerap berulang, maka modnya ialah 8

13
• untuk meninjau sejauhmana semua nilai dalam data itu ditaburkan daripada nilai
minnya.Ukuran yang digunakan untuk tinjauan ini ialah ukuran serakan.
• Antara ukuran serakan yang digunakan ialah:-

 Julat
ialah ukuran perbezaan antara nilai cerapan yang terbesar dengan cerapan nilai
terkecil dalam sesuatu set data .

 Varian
ialah ukuran min kuasa dua sisihan- sisihan daripada min

 Sisihan Piawai
ialah punca kuasa dua varians

14
 Carta bar
- Digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih sesuatu perkara pada
sesuatu masa.

 Carta pai
- Digunakan untuk mewakili data-data dengan menggunakan sekoir yang berlainan
dalam sebuah bulatan.
- Sudut-sudut sektor berkadar tertentu dengan jumlah data yang diwakili.

 Graf garis
- Di gunakan untuk menunjukkan pergerakan turun naik atau perubahan sesuatu perkara
mengikut turutan masa tertentu.

 Histogram
- Digunakan untuk menunjukkan kekerapan sesuatu perkara berlaku dan bentuk taburan
data tersebut.
- Kekerapan tersebut diwakili oleh ketinggian palang.
- Dibina daripada data kuantitatif manakala carta bar dibina berdasarkan data berbentuk
kualitatif.

 Carta pareto ( 1884 – 1923 )


- carta ini menggunakan beberapa bar seperti dalam carta bar tetapi bar yang disusun
adalah secara menurun, iaitu dari kekerapan yang terbesar hingga kepada kekerapan
terkecil.
- Bar yang dibina mewakili masalah atau punca masalah yang perlu
diatasi mengikut keutamaan.
15
B.Pokok keputusan
- Merupakan satu bentuk persembahan perancangan yang menyediakan pelbagai
pilihan yang dapat di ambil oleh pembuat keputusan dan juga akibat-akibat bagi setiap
pilihan yang di buat.
- Amat berguna dalam analisis situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang
berurutan.
- Misalnya, pengurus yang mulanya membina kilang kecil tetapi mendapati permintaan
pasaran amat besar kemudiannya.
- Oleh itu, pengurus tersebut akan di arahkan membuat keputusan sama ada hendak
membesarkan kilang yang sedia ada atau membina sebuah lagi kilang yang baru.

- Contoh:-
- Jalankan analisis ke atas pokok keputusan di bawah dan tentukan apakah keputusan
awal yang harus diambil iaitu :-

membina kilang kecil


atau
Membina kilang besar

- Supaya mendapat jangkaan pulangan yang besar.

16
Langkah 1
- Tentukan pilihan yang akan dipilih bagi setiap kemungkinan.
- Bagi pembinaan kilang kecil dengan permintaan tinggi,
terdapat dua pilihan iaitu:-
Bekerja lebih masa atau membesarkan kilang.
- Oleh kerana pembesaran kilang dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia akan
dipilih.
- Ini bermakna pilihan lain ( bekerja lebih masa ) akan disingkirkan dengan ditunjukkan
tanda ( ).
- begitu juga pembinaan kilang besar dengan permintaan rendah, terdapat dua
pilihan iaitu tidak berbuat apa-apa dan kurangkan harga.
- Oleh kerana, pengurangan harga dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia
dipilih.
- Ini bermana pilihan yang satu lagi ( tidak berbuat apa-apa ) disingkirkan dengan tanda (
)

Langkah 2
- Tentukan hasil darab kebarangkalian peristiwa dengan pulangan yang sepadan bagi
setiap baki cabang.

Pembinaan kilang kecil


Permintaan rendah 0.4 x ( rm 40 000 ) = rm 16 000
Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 55 000 ) = rm 33 000
Pembinaan kilang besar
Permintaan rendah 0.4 x ( rm 50 000 ) = rm 20 000
Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 70 000 ) = rm 42 000
17
Langkah 3

- Tentukan pulangan jangkaan bagi setiap pilihan awal.


A. Pembinaan kilang kecil : -
RM 16 000 + RM 33 000 = RM 49 000
b.Pembinaan kilang besar: -
RM 20 000 + RM 42 000 = RM 62 000
– Maka, pilihan yang patut diambil ialah membina sebuah kilang besar kerana ia
menghasilkan jangkaan pulangan yang lebih besar berbanding yang patut diambil .

18
Iii.Alat keputusan kualitatif
A.Tulang ikan
- Juga dikenali sebagai analisi sebab dan akibat.
- Kaedah ini digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti
sebab-sebab yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran.
- Langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan.

Langkah 1
– Kenal pasti masalah, misalnya laporan projek tidak dapat disiapkan
dalam masa yang ditetapkan.

Langkah 2
– Kenal pasti sebab-sebab utama. Biasanya terdapat empat sebab utama
Kepada sesuatu masalah ( 4M ), iaitu:-

A.Manusia (man) B.Peralatan (material)


C.Kaedah (method) D.Mesin( machine)

19
Langkah 3
- Kenal pasti sebab-sebab kecil di bawah setiap sebab utama.
- Daripada sebab-sebab utama, maka boleh diterbitkan sebab-sebab kecil yang
berkaitan dengan masalah utama.

Langkah 4
- Kenal pasti sebab-sebab sebenar. Setelah kenal pasti semua sebab kecil, barulah
sebab sebenar sesuatu masalah dapat dikenal pasti

B.Kreativiti dan inovasi

- kreativiti bermaksud penghasilan idea-idea baru.


- Inovasi merangkumi penghasilan idea baru, penerimaanya serta pelaksanaan idea
tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

20
4.4 : Pengurusan Ketegangan

i.Definisi ketegangan.

- adalah tindakbalas fisiologi dan emosi ke atas sesuatu perangsang


/ stimuli yang memberikan tuntutan – tuntutan fizikal atau psikologi
kepada seseorang individu.

21
Ii.Punca ketegangan.

- Punca-punca ketegangan dapat dilihat daripada dua faktor utama, iaitu:-

A. Berkaitan dengan faktor pekerjaan


– Kitaran hayat organisasi
– Struktur organisasi
– Gangguan seksual
– Konflik peranan
– Kekaburan peranan
– Keperluan kerja
– Kekurangan sokongan sosial
– Terlalu banyak/sikit tugas
– Tanggungjawab terhadap orang lain.
– Keadaan tempat kerja.
– Kepimpinan organisasi

22
b.berkaitan dengan faktor individu

– Personaliti
– Tanggapan
– Rutin harian
– Kejadian-kejadian yang mengejutkan
– Pengalaman
– Berkaitan dengan faktor-faktor lain.

c. Faktor-faktor lain.
– Ketidaktentuan ekonomi.
– Ketidakstabilan politik.
– Ketidaktentuan teknologi.

23
iii.Tanda-tanda ketegangan

– Serangan
– Fixation
– Regresi
– Menarik diri
– Letih
– Kurang selera makan, banyak makan.
– Sakit kepala
– Penyakit jantung
– Kurang tenaga
– Cepat marah
– Produktiviti menurun
– Ponteng kerja
– Peningkatan penggunaan alkohol
– Darah tinggi
– Peningkatan tahap kebimbangan
– Peningkatan kadar lantik henti.

24
iv.Menguruskan ketegangan.
Pendekatan individu dalam membantu menangani masalah ketegangan pekerja.
- Menguruskan masa
- Senaman
- Teknik fisiologi
- Sokongan sosial
- Pengurusan masa

Pendekatan organisasi dalam membantu menangani masalah


ketegangan pekerja
– Wujudkan iklim organisasi yang baik.
– Program kaunseling
– Program sokongan keluarga
– Program Pengurusan ketegangan
– Sistem mentor
– Komunikasi organisasi
– Mengagihkan semula beban kerja
– Penetapan matlamat
– Kawalan yang beri keselesaan kepada pekerja

25
4.5 : Tabii orang berjaya

i.Maksud Tabii
• Mengikut Covey, tabii boleh didefinisikan sebagai persilangan tiga dimensi, iaitu
pengetahuan, kemahiran dan keinginan seperti di bawah:-

Pengetahuan
(apa dan
mengapa

Tabii Yang Berkesan


Tabii
Kemahiran Keinginan

(Bagaimana) (mahu)

• Dimensi pengetahuan merujuk kepada paradigma teori, iaitu berkaitan dengan apa
yang perlu dibuat dan mengapa ia dibuat.
• Dimensi kemahiran ialah berkenaan dengan cara untuk melakukan sesuatu perkara.
• Dimensi keinginan pula ialah kemahuan dan motivasi membuat perkara tersebut.
• Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dan perlu untuk membina tabii yang berkesan
dalam kehidupan seseorang.

26
ii.Tabii orang yang sangat efektif.
mengikut Cover dalam bukunya”Tujuh Tabii Orang yang Amat berkesan” telah
menggariskan tujuh tabii asas yang terdapat pada individu yang berkesan dan berjaya,
iaitu;

a. Bersifat proaktif
b. Mula sesuatu dengan mengingati matlamat
c.Pertamakan perkara yang utama dahulu.
d.Fikirkan menang-menang
e. Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami
f. Bersinergi
g.Tajamkan gergaji

27

You might also like