You are on page 1of 31

SISTEM

PEREDARAN
DARAH
Pengenalan Sistem Pegedaran Darah

• Sistem yang penting di dalam tubuh badan.

• Mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh


badan dan masuk ke jantung semula.

• Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai


sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di
dalam salur darah yang tertutup
FUNGSI PEREDARAN DARAH

• menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada


sel-sel di dalam badan

• mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak


dikehendaki dari sel.

• Dibahagi kepada 2 jenis iaitu Peredaran pulmonari dan


Peredaran sistemik
Sistem Darah Manusia Ada 2 Jenis :

(i)Peredaran pulmonari
• darah terdeoksigen dari ventrikel ke peparu dan
darah beroksigen dari peparu ke aurikel kiri.
(ii) Peredaran sistemik
• peredaran darah beroksigen dari ventrikel kiri ke
seluruh badan dan darah terdeoksigen dari
seluruh badan ke aurikel kanan jantung.
STRUKTUR SISTEM
PEREDARAN DARAH
Jantung

Saluran darah

Darah
Jantung
• Terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di
belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang
dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.

• Dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan.

• Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.


• Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
– Pericardium (luar)

– Myocardium (tengah)
– Endocardium (dalam)

• Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:

– 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium


– 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

• Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal


pengaliran darah di dalam jantung
ANATOMI JANTUNG

1 2

Trikuspid
Bikuspid

3 4
ALIRAN DARAH DI DALAM JANTUNG

1. Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida


ke atrium kanan.

2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel


kanan melalui injap trikuspid

3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke


dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.
4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di
paru-paru.

5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke


atrium kiri.

6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap


mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.

7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke


salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
STRUKTUR
DAN
FUNGSI SALUR DARAH
Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:

1. Arteri

2. Vena

3. Kapilari
Arteri
• Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke
bahagian-bahagian lain badan.

• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan


tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung

• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol

• Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.


Arteri Vena
Vena
• Salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-
bahagian lain badan.

• Mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika
dibandingkan dengan arteri.

• Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang


rendah. Oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan.

• Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap


pengaliran darah.
• Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah
mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung.

• Injap-injap tersebut akan tertutup jika darah mengalir ke belakang


dalam alirannya.

• Vena yang terkecil sekali dinamakan venul

• Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena


pulmonari.
Kapilari darah

• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.

• Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.

• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan


bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Darah
• Darah terdiri daripada

– Pepejal (sel darah ) 45%

– Cecair (plasma) 55%

• Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.

• Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan
sel pembekuan (platelet)
Plasma
• Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi
bahan larut dalam air.
• Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.
• Bahan larut yang terkandung dalam plasma:

– Garam-garam
– Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino

– Protein darah – fibrinogen, globulin dan albumin


– Bahan-bahan kumuh terutama urea

– Hormon
Sel Darah Merah (Eritrosit)

• Berbentuk ceper dwicekung

• Tidak mempunyai nukleus

• Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan


warna merahnya.

• Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas


permukaan terhadap isi padu yang besar dan

• Ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi


pertukaran oksigen dengan plasma
Sel Darah Putih (Leukosit)

• Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata


• Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus

• Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar


limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.
• Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi
rupa dan fungsi.
• Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan
terhadap serangan bakteria
Sel Pembeku Darah
(Platelet)
• Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain

• Trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang


sangat kecil.

• Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus.

• Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.

• Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari


PERANAN DARAH
• Bawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan
• Memindahkan bahan kumuh daripada tisu badan untuk disingkirkan:

-Karbon dioksida ke paru-paru


- Urea ke ginjal
- Air ke kulit, ginjal dan peparu
• Bawa hormon dan enzim dari kelenjar ke tempat lain.
• Sel darah putih (leukosit) dan antibodi melawan serangan kuman
• Kawal suhu dan keseimbangan badan
• Memberi warna kepada kulit
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like