You are on page 1of 6

2.

0 PROSES KOMUNIKASI
2.1 TUJUH PROSES KOMUNIKASI

Gangguan Gangguan
TINDA
K

PENGIRI PENERI
M MA

SIMBOL / MEDIA MENAFSIR


ISYARAT (SALURAN) (DEKOD)

2.1.1 Pengirim Pesanan

Pengirim pesan adalah orang yang mempunyai idea untuk disampaikan kepada
seseorang dengan harapan dapat difahami oleh orang yang menerima sesuai dengan
yang dimaksudkan. Pesan adalah informasi yang akan disampaikan atau diekspresikan
oleh pengirim pesanan. Pesanan adalah secara verbal atau non verbal dan pesanan
akan efektif bila dikendalikan secara baik dan jelas.
Contoh bahan untuk diterima adalah seperti :
 Informasi
 Ajakan
 Rencana kerja
 Pertanyaan dan sebagainya

2.1.2 Simbol/ isyarat


Pada tahap ini pengirim pesanan membuat code atau simbol sehingga
pesanannya dapat difahami oleh orang lain. Biasanya seorang pengurus
menyampaikan pesanan dalam bentuk kata-kata, gerakan anggota badan, (tangan,
kepala, mata dan bahagian muka lainnya). Tujuan penyampaian pesanan adalah untuk
mengajak, memujuk, mengubah sikap, perilaku atau menunjukkan arah tertentu.

2.1.3 Media/penghubung

Alat untuk penyampaian pesanan seperti; TV, radio surat khabar, papan
pengumuman, telefon dan lainnya. Pemilihan media ini dapat dipengaruhi oleh isi
pesanan yang akan disampaikan, jumlah penerima pesanan dan sebagainya.

2.1.4 Menafsir code/isyarat

Setelah pesanan diterima melalui pancaindera (telinga, mata dan seterusnya)


maka si penerima pesan harus dapat mentafsirkan simbul/code dari pesan tersebut,
sehingga dapat difahami.

2.1.5 Penerima pesan

Penerima pesanan adalah orang yang dapat memahami pesan dari si pengirim
meskipun dalam bentuk code/isyarat tanpa mengurangi erti pesanan yang dimaksud
oleh pengirim

2.1.6 Tindakbalas

Tindakbalas adalah isyarat atau tanggapan yang berinformasi kesan dari


penerima pesanan dalam bentuk verbal mahupun non-verbal. Tanpa tindakbalas
seorang pengirim pesanan tidak akan tahu kesan pesanannya terhadap si penerima
pesanan. Hal ini penting bagi pengurus atau pengirim pesanan untuk mengetahui
apakah pesanan sudah diterima dengan pemahaman yang benar dan tepat.
Tindakbalas dapat disampaikan oleh penerima pesanan atau orang lain yang bukan
penerima pesanan. Tindakbalas yang disampaikan oleh penerima pesanan pada
umumnya merupakan tindakbalas langsung yang mengandungi pemahaman atas
pesanan tersebut.

Tindakbalas yang diberikan oleh orang lain boleh didapati dari pengamatan
pemberi tindakbalas terhadap perilaku mahupun ucapan penerima pesanan. Pemberi
tindakbalas menggambarkan perilaku penerima pesanan sebagai reaksi dari pesan
yang diterimanya.

2.1.7 Gangguan

Gangguan bukan merupakan bahagian dari proses komunikasi akan tetapi


mempunyai pengaruh dalam proses komunikasi, kerana pada setiap situasi hampir
selalu ada hal yang mengganggu kita. Gangguan adalah hal yang merintangi atau
menghambat komunikasi sehingga penerima salah menafsirkan pesan yang
diterimanya.

2.2 DASAR KOMUNIKASI

Komunikasi mempunyai dasar sebagai berikut: Niat, Minat, Pandangan, Lekat, Libat.
1. Niat meliputi :
 Apa yang akan disampaikan
 Siapa sasarannya
 Apa yang akan dicapai
 Bila akan disampaikan
2. Minat, ada dua faktor yang mempengaruhi iaitu:
 Faktor objektif : merupakan rangsangan yang kita terima
 Faktor subjektif : merupakan faktor yang melibatkan diri si penerima - stimulus
3. Pandangan, merupakan makna dari informasi yang disampaikan pada sasaran,
menafsirkan informasi yang diterima tergantung pada pendidikan, pekerjaan,
pengalaman dan kerangka pemikiran seseorang.
4. Lekat, merupakan informasi yang disimpan oleh si penerima.
5. Libat, merupakan keterlibatan kesemua pancaindera secara maksimum.

2.3 MEDIA KOMUNIKASI


2.3.1 MEDIA PERSENDIRIAN

Kaedah atau bentuk penyampaian maklumat yang digunakan oleh penghantar


untuk menghantar maklumat kepada penerimanya

2.3.2 MEDIA MASSA

Media massa boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu media elektronik dan
media cetak. Contoh bagi media elektronik ialah televisyen, radio dan internet manakala
contoh bagi media cetak adalah majalah, surat khabar, dan juga buku yang menjadi
medan kepada komunikasi dan menyampaikan idea dari penulis kepada pembaca.

2.4 ARAH KOMUNIKASI

Komunikasi dapat dibahagikan kepada dua keadaan iaitu komunikasi secara


sehala dan komunikasi dua hala yang melibatkan ramai pendengar dan pendengar
memberi respons yang sebaiknya kepada pemberi informasi.

2.4.1 KOMUNIKASI SEHALA

Komunikasi sehala ialah proses komunikasi yang tidak memerlukan


maklumbalas dari penerima kepada pendengar. Terdapat dua peringkat komunikasi
dua hala iaitu :
Dari Atas Ke Bawah
Bermaksud pengaliran maklumat dari peringkat atasan ke satu peringkat yang
lebih rendah atau bawahan dalam sesebuah organisasi. Kegunaan proses ini adalah
untuk mendelegasikan visi, misi dan sesuatu objektif, menilai pekerja, menerangkan
polisi dan juga memberi arahan kepada orang bawahan.

Dari Bawah Ke Atas


Bermaksud pengaliran satu maklumat dari peringkat lebih bawah kepada suatu
peringkat yang lebih tinggi ataupun atasan. Antara kegunaan kaedah ini adalah untuk
membuat laporan, menyelesaikan masalah, memberikan idea, meluahkan masalah dan
menyampaikan maklumat. Namun terdapat juga beberapa masalah kepada kaedah ini
iaitu maklumat lambat kerana terpaksa melalui pelbagai peringkat sebelum tiba ke
tempat sepatutnya, persaingan antara maklumat akan wujud sebelum sampai ke
destinasi dan kurang kepercayaan seorang ketua kepada anak buahnya.

2.4.2 KOMUNIKASI DUA HALA

Merupakan proses komunikasi yang melibatkan maklumbalas daripada penerima


kepada penghantar. Pesanan akan disampaikan kepada sasaran dan sasaran
memberikan maklumbalas berkenaan isu dengan baik kepada penghantar. Biasanya
komunikasi kelompok atau perseorangan merupakan komunikasi maklumbalas ataupun
komunikasi dua hala.

2.5 BENTUK KOMUNIKASI

Komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah komunikasi


menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi melintang. Ketiga-tiga bentuk
komunikasi ini mempunyai definisinya yang tersendiri.

2.5.1 KOMUNIKASI MENEGAK


Merupakan pertukaran maklumat antara peringkat dengan peringkat dalma
organisasi. Objektif utama komunikasi menegak digunakan dalam organisasi adalah
untuk menggalakkan penglibatan seberapa ramai ahli organisasi. Selain itu ia akan
memberi peluang kepada pengurusan atasan mendapatkan maklumat penting dari
setiap pekerja yang ada.

2.5.2 KOMUNIKASI MENDATAR

Merupakan pertukaran maklumat secara bebas dalam organisasi. Terdapat


beberapa kebaikan bentuk komunikasi ini antaranya ialah meningkatkan kerjasama,
saling mempercayai, komunikasi yang berkesan dalam kalangan pekerja. Selain itu
penumpuan perkara yang tidak dipersetujui dari aspek idea bukan peribadi seseorang.
Kebanyakan tindakan dan keputusan memberi kesan kepada kebolehan orang lain
melaksanakan kerja.
Antara objektif utama perlaksanaan komunikasi ini ialah untuk menyelaraskan
kerja, berkongsi maklumat demi kepentingan organisasi. Selain itu ianya bertujuan
unutk menyelesaikan masalah ataupun konflik yang timbul dalam kumpulan.

2.5.3 KOMUNIKASI MELINTANG

Merupakan pertukaran maklumat ataupun informasi yang penting dan tidak


penting secara tidak formal ataupun di luar dari majlis protokol.

You might also like