You are on page 1of 27

UiTM/UPM

HUMAN RESOURCES MANAGEMENT


SUMBER MANUSIA

Pasukan Gerakan Am (PGA),


Briged Tenggara

Peony Shatter (Hack3r|Gateway on Facebook Group)


ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 PENGENALAN 1-6
 SEJARAH PENUBUHAN
 FUNGSI
 PENUGASAN PGA
 ORGANISASI
2 PENSTAFAN 7-12
 ANALISIS KERJA
 PERANCANGAN SUMBER
MANUSIA
 PENGREKRUTAN
 PEMILIHAN

3 PAMPASAN 13-15
 ANJAKAN GAJI
 PENGURUSAN GAJI DAN
ELAUN

4 PEMBANGUNAN 16-18
 PEMBANGUNAN DI TEMPAT
KERJA
 LATIHAN

5 PENGURUSAN PRESTASI 19-21


 PENILAIAN PRESTASI

6 KESIMPULAN 22
7 CADANGAN 23-24
8 RUJUKAN 25
9 LAMPIRAN
Pengenalan

Pasukan Gerakan Am, (PGA) merupakan kesatuan kanan daripada jajaran Polis Di-Raja
Malaysia (PDRM). Ia merupakan elemen tempur PDRM bagi mengandakan operasi yang
bersifat punitive dengan tujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan
bersenjata, subversif, pemberontakan dan gangguan yang berlaku di dalam Malaysia. Pasukan ini
berkemahiran tinggi dengan kebolehan bergerak dalam apa jua keadaan persekitaran.

Pasukan Gerak Umum


Markas Seluruh Malaysia.
Kekuatan 19 batalyon
Persenjataa Glock 19, Sig Sauer P226, Steyr M9, Vektor SP1, Yavuz 16 Compact, Reminton M1100,
n H&K MP5A2, H&K MP5A3, Colt M16A1, M60E2, M203
Spesialis Paramiliter dan penegakan hukum di Malaysia.
Dibentuk 20 Oktober, 1997
Sejarah Penubuhan

Pasukan Gerak Umum yang dulunya dikenali Pasukan Polis Hutan telah dirancang sejak 58
tahun yang lalu.Asas pembinaan kesatuan ini adalah ekoran perang besar yang ditempuh oleh
PDRM dalam perjuangan menumpaskan kekalutan yang dirancang oleh Parti Komunis Malaya
semasa Darurat 1948 - 1960 dan 1969 - 1989. Kelahirannya adalah sebagai tindakbalas dan
memenuhi keperluan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh
terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1 Jun  1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi
satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran organisasi kepolisian yang drastik dimana antara
lain menyaksikan satu kesatuan khusus dibentuk dan dilatih khusus dalam taktik peperangan
gerila bagi menumpaskan darurat yang dilancarkan oleh gerila komunis. Kesatuan ini memberi
tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila ,malah sangat efektif sekiranya diaturgerakkan
dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal pembentukannya, ia disebut sebagai 'Jungle
Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum diatur semula pada tahun
1953 dengan nama baru - Pasukan Polis Hutan (PPH).

Pengaturan semula yang dilakukan adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan
kepada pelan-pelan yang harus dijalankan oleh satuan PPH antaranya seperti dikehendaki
membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan personal bagi
tugas operasi bersemuka dengan komunis di kawasan sempadan Malaysia - Thailand dan juga
untuk menjalankan operasi tertentu dalam rangka keselamatan  Tanah Melayu.

Fungsi

Peranan utama pasukan ini adalah bagi menyediakan satu kesatuan simpanan khusus bertujuan
untuk menghadapi dan mengekang segala jenis gangguan dalam bentuk ketenteraman awam,
aktivitas subversif, pelampau atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain
menyediakan bantuan kepada Polis Daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman
awam. Kesatuan ini juga berperanan untuk membantu angkatan darat didalam operasi
membanteras gerila komunis dan pemberontak-pemberontak bersenjata serta menumpasi
penyeludupan musuh ke dalam nagara ini. Antaranya, terlibat dalam konfrontasi
melibatkan Malaysia-Indonesia sekitar tahun 1960an, para ahlinya mengambil bagian bersama
tentera Federasi Malaysia dan Inggris dalam membanteras penjejakan pasukan khusus Indonesia
di Sabah dan Johor.
Penugasan PGA

Pasukan Gerak Umum diaturgerak, dilengkapi dan dilatih khusus untuk melaksanakan tugas
semasa situasi keamanan dan darurat. Antara tugas semasa keamanan meliputi tugas mencari dan
menumpaskan anggota kriminal yang bergerak atau bersembunyi di dalam hutan, meronda
perbatasan, pantai, pulau-pulau di perairan Malaysia dan kewasan yang terpencil, luas dan
kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk penjejakan secara haram dan
memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman.

Kesatuan ini juga membantu Bahagian Pengawasan Khusus didalam tugas mengawal
ketenteraman awam, pencegahan kriminal, mengepung dan memeriksa rumah - bangunan dan
semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa situasi darurat pula,
kesatuan ini akan ditugasi bagi menjalani operasi menumpasi pemberontakan bersenjata dan
subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada markas-markas kediaman dan
perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik dari serangan pelampau dan pemberontak
bersenjata, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh
dan membantu Angkatan Tentera Malaysia didalam menghapuskan musuh dalam Malaysia.

Sungguhpun pada dasarnya paramiliter ini disusun, dilengkapi dan dilatih terutamanya untuk
peranan paramiliter di hutan rimba dan kawasan luar perkotaan, tetapi ia juga mempunyai
kebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan kota kecil. Ini kerana setiap
anggota PGA telah dilatih dan diiktiraf sebagai polisi yang biasa terlebih dahulu sebelum boleh
diterima sebagai seorang ahli PGA. Ahli tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus
asas pertempuran hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infanteri
PGA. Ini bermaksud seorang anggota infanteri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang
anggota infanteri tetapi bisa juga ditugaskan untuk melaksanakan tugasan polis yang biasa
sekiranya diperlukan.

Didalam keadaan dimana ketenteraman negaranya terancam, PGA pada dasarnya menjalankan
tugas ketenteraan sepertimananya tentera. Statusnya adalah sebagai salah satu kesatuan dalam
Polis DiRaja Malaysia juga agak unik karena dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak
oleh tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dihantar untuk
mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di perbatasan. Selain itu juga, PGA
turut membekalkan unit-unit anti rusuhan (Public Order Reserve Unit, PORU) yang terlatih
apabila diperlukan bagi membantu tugas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana
setiap anggota PGA turut dilatih bagi tugasan anti huru-hara khusus. Walaupun berupaya
memberikan bantuan yang pelbagai dalam tugas kepolisian, tetapi bagi memastikan bahawa
mutu kesatuan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam
tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dikecilkan kepada tugas
bantuan khusus, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk
diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan
tugas peperangan khusus (special warfare) di hutan, perairan dan perbandaran serta suasana
pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerila (CIW).

Organisasi

Pasukan ini ditubuhkan dalam formasi Brigade, Batalyon, Kompany, Peleton dan Seksyen yang
boleh dikerahkan didalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara
bersendirian maupun bersama dengan tentera.

Kawasan Markas Pasukan Gerak Am


Senarai Batalyon, Kepakaran dan Markas
Batalion Kepakaran Ibu Pejabat
Batalyon Satu Ulu Kinta, Perak
Batalyon ke-2 Kulim, Kedah
Batalyon ke-3 Senoi Penjejakan Bidor, Perak
Praaq
Batalyon ke-4 Cheras, Kuala Lumpur
Batalyon ke-5 Simpang Renggam, Johor
Batalyon ke-6 Bakri, Muar, Johor
Batalyon ke-7 Kuantan, Pahang
Batalyon ke-8 Pengkalan Chepa, Kelantan
Batalyon ke-9 Kuala Terengganu, Terengganu
Batalyon ke-10 Sibu, Sarawak
Batalyon ke-11 Kuching, Sarawak
Batalyon ke-12 Miri, Sarawak
Batalyon ke-13
Batalyon ke-14 Tawau, Sabah
Batalyon ke-15 Sandakan, Sabah
Batalyon ke-16 Kota Kinabalu, Sabah
Batalyon ke-17 Lahat Datu, Sabah
Batalyon ke-18 Penjejakan Keroh, Pengkalan Hulu, Perak
Batalyon Khusus ke-19 Perlindungan Terbuka VVIP Cheras, Kuala Lumpur
Brigade PGA

Terdapat 5 Brigade PGA di seluruh Malaysia dan setiap Brigade dikepalai oleh seorang pegawai
berpangkat Senior Assistant Commissioner II (SAC II) sebagai Komando. Jumlah batalyon
dibawah kawalan dan perintah setiap Komando Brigade PGA berbeza berdasarkan keperluan.
Brigade Utara, Sabah terdiri daripada 4 batalyon. Brigade Tengah pula terdiri daripada 5 buah
batalyon, manakala Brigade Tenggara dan Sarawak terdiri daripada 3 batalyon. Setiap Brigade
PGA juga turut dianggotai oleh 1 skuad lapisan .

Batalyon PGA

Terdapat sejumlah 19 buah batalyon PGA di seluruh Malaysia dan komandan bagi setiap
batalyon PGA dikepalai oleh seorang Ketua Komandan berpangkat Superintendent (Supt). Setiap
batalyon PGA terdiri dari 3 Kompany infanteri dan 1 peleton mortar.

Senoi Praaq

Senoi Praaq yang berarti 'Orang Perang' merupakan sebahagian daripada keanggotaan Pasukan
Gerak Umum (PGA), PDRM. 2 daripada 18 batalyon PGA adalah merupakan Batalyon Senoi
Praaq. Sebilangan besar ahli adalah terdiri dari penduduk pribumi suku kaum Orang Asli.
Dirancang pada tahun 1957 dengan fungsi sebagai ‘trekker’ selain memainkan peranan besar
sebagai penghubung kepada masyarakat Orang Asli di pendalaman. Senoi Praaq juga dihormati
kerana kepakaran mereka dalam menjejak pelampau komunis semasa darurat. Diawal
penubuhannya, pasukan ini juga turut mendapat latihan daripada kesatuan elite Special Air
Service (SAS) Inggris.

Tiger Platoon

Dengan pemisahan Batalion 69 Komando yang kini membentuk Pasukan Gerakan Khas daripada


Pasukan Gerakan Am, maka satuan khusus baru ditubuhkan dalam PGA iaitu Tiger Platoon.
Platoon ini dirancang khusus bagi melaksanakan tugas-tugas khusus, covert dan overt operation
serta SAR. Satu Tiger Platoon ditempatkan bagi setiap batalion PGA di seluruh Malaysia.
Penugasan Masa Kini

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat separa-tentera ini telah mencapai banyak kejayaan
terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pelampau komunis, mengawal
huru-hara dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM


dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Desember 1989, maka
tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir. Dengan berakhirnya gangguan
komunis, PDRM telah menggubal semula peranan utama penugasan PGA. Penugasan kesatuan
ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di perbatasan dan perairan negara, ancaman
pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti lanun di laut, penyeludupan, anti
pelampau, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan kriminal.
Keanggotaan satuan ini juga turut dikecilkan. Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan
Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan Gerakan Am dengan ahlinya
kini terdiri dari 18 buah batalyon dibawah 5 Brigade di seluruh Malaysia.
PENSTAFAN
ANALISIS KERJA

 Cara sistematik yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi


mengumpul data dan menganalisa maklumat tentang kandungan,keperluan
pekerja,konteks bagi kerja.Analisis kerja yang dilakukan ialah :

 Meningkatkan integriti didalam diri setiap anggota Pasukan Gerakan Am.


 Keadaan tempat kerja yang sesuai.
 Memastikan keselamatan hutan yang dijaga terjamin.
 Meningkatkan prestasi kerja.
 Mengembangkan minda dengan budaya baru.
 Meningkatkan kemampuan berkhidmat.
 Keperluan pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan.
 Mengikut tatasusila yang telah diaturkan dan protocol yang telah
ditetapkan.

 Pasukan Gerakan Am melakukan analisa kerja pada bila-bila masa yang


diperlukan. Analisa kerja yang dilakukan adalah untuk menabah baik mutu kerja
Pasukan Gerakan Am didalam menjalankan tugas yang diberikan tanpa
menghadapi masalah.

 Tempat kerja mestilah diberi keutamaan oleh organisasi bagi memastikan


pekerjanya menepati protokol yang telah ditetapkan. Anggota Pasukan Gerakan
Am akan diuji stamina darisegi kekuatan fizikal dan mental bagi melayakkan
mereka untuk bertugas ditempat yang sukar seperti dihantar ke Timor Leste.

PERANCANGAN SUMBER MANUSIA


 Perancangan sumber manusia ialah satu proses menganalisa dan mengenalpasti
keperluan dan kesediaan sumber manusia agar organisasi boleh mencapai
matlamatnya. Kekurangan pekerja yang dialami oleh organisasi mudah diganti
dengan adanya sistem susunan pangkat yang berada di pengkalan data sumber
manusia di Bukit Aman. Pekerja yang dicari dan dipilih mestilah menepati
piawaian yang telah ditetapkan oleh pangkat tersebut kerana jika pekerja yang
kurang berpengalaman atau tidak layak akan menyebabkan kerja tidak dijalankan
dengan baik. Pihak pengurusan perlu mengenalpasti kawasan atau kedudukan
yang memerlukan penambahan pekerja dan menyediakan kertas kerja.Oleh itu,
kekosangan boleh diisi dengan cepat tanpa berlaku kekurangan pekerja.

 Jika berlaku lebihan kakitangan, pihak pengurusan perlu memindahkan pekerja


lebihan tersebut ke tempat yang memerlukannya atau tempat yang kurang pekerja.
Pekerja tersebut mungkin diberi tempat yang lebih baik.

 Pasukan Gerakan Am mengambil kira banyak kritiria ketika memilih seseorang


sebelum bekerja. Ketika temuduga, mereka akan diuji tahap kecergasan tubuh
badan. Dada yang bersaiz bidang, ketinggian, saiz badan dan berat badan mestilah
menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PENGREKRUTAN

1. Pengambilan Dalaman.
Organisasi Pasukan Gerakan Am akan melakukan pengambilan dalaman. Antara kaedah
pengrekrutan dalaman ialah:
 Pangkalan Data Organisasi.
Sumber Manusia di Ibu pejabat Bukit Aman menyimpan maklumat latar belakang
anggota polis. Apabila ada kekosongan jawatan di tempat lain, pengkalan data
akan disemak dan memasukkan keperluan kerja dan mengeluarkan senarai
pekerja yang telah memenuhi kritiria ditetapkan.

 Kenaikan Pangkat dan Pemindahan Kerja.


Majikan atau pihak atasan akan mengisi kekosongan secara dalaman dan
menyediakan peluang yang dikosongkan untuk diisi anggota lain. Anggota
tersebut perlulah ditemuduga dan menjalani ujian.

2. Pengambilan Luaran.
Pengrekrutan biasanya diambil dari semasa ke semasa. Antara kaedah pengrekrutan
luaran ialah :

 Pengumuman di Media Perdana.


Pengambilan melalui media perdana seperti surat khabar, televisyen atau radio
adalah salah satu cara untuk memilih bakal anggota baru. Iklan juga akan
disiarkan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

3. Pengambilan melalui on-line tidak dilalukan oleh organisasi Polis tersebut.

PEMILIHAN

1. Proses pemilihan dikenali sebagai proses memilih individu yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan dalam organisasi. Proses pemilihan kerja yang dibuat oleh organisasi
Polis di Bukit Aman ialah :

 Borang permohonan.
Kaedah megisi boring amat meluas digunakan sebagai langkah pertama dalam
proses pemilihan. Borang permohonan penting untuk dijadikan rujukan oleh
organisasi. Pemohon yang telah menyediakan maklumat peribadi kepada pihak
atasan akan ditemuduga. Borang pemohon adalah rekod asas pemohon dan ianya
boleh digunakan untuk tujuan kajian keatas keberkesanan proses pemilihan.

 Temuduga.
Pemohon yang memohon kerja akan ditemuduga. Pemohon yang berkelayakan
dan menepati syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil semula untuk diuji.

2. Ujian pemilihan terhadap pekerja di organisasi Polis dilakukan oleh PULAPOL iaitu
pusat latihan polis yang bertempat di Bukit Aman. Antara ujian pemilihan yang
dilakukan ialah :

 Ujian Kebolehan.
Pekerja akan dinilai dengan cara yang tertentu. Ujian kebolehan fizikal adalah
antara ujian utama yang dijalankan di PULAPOL untuk menilai kekuatan dan
ketahanan fizikal tubuh badan pelatih terbabit. Ujian kebolehan seperti berkawad,
ujian menembak dilapang sasar dan ujian ketahanan akan dilakukan selama 8
bulan di PULAPOL.

 Ujian Personaliti.
Ujian ini dilakukan untuk mengenalpasti perlakuan atau perwatakan seseorang
pelatih. Pelatih akan diberi tunjuk ajar dengan mengikut tatasusila didalam
PULAPOL supaya mereka mudah berinteraksi dengan persekitaran.

 Ujian Kejujuran atau Intergriti.


Sikap kejujuran dinilai oleh setiap pegawai atasan dengan menggunakan kaedah
psikologi. Sikap yang baik seperti bertanggungjawab, mengorhati pegawai atasan
yang berpangkat lebih tinggi dan tidak melakukan kesalahan ketika didalam
PULAPOL akan dinilai.
3. Jenis temuduga yang dilakukan oleh pegawai atasan Polis semasa menemuduga pemohon
ialah :

 Temuduga Berstruktur.
Temuduga cara ini ialah dengan meggunakan satu set soalan. Pemohon perlu
menjawab soalan yang telah disediakan. Semua pemohon akan diberi soalan yang
sama. Temuduga berstruktur adalah biasa digunakan ketika menemuduga.

 Temuduga Behavioral.
Temuduga yang berstruktur kerana pemohon perlu memberikan contoh tugasan
yang perlu dilakukan setelah diberi satu situasi yang perlu ditangani.

 Temuduga Tidak Berstruktur.


Pemohon akan ditanya soalan seperti “ beritahu saya tentang diri anda “. Biasanya
pemohon akan memberitahu kritiria yang terdapat pada pemohon seperti berat
badan, “Body Mass Index (BMI) dan ketinggian.

4. Kaedah temuduga yang diguna pakai oleh pegawai Polis ialah :

 Group.
Iaitu menemuduga didalam kumpulan untuk menjimatkan masa. Kaedah ini amat
berkesan kerana pemohon tidak akan kekok ketika ditemuduga dan ujian tubuh
badan juga ada dilakukan.

 Panel.
Didalam temuduga cara panel terdapat pengeusi, setiausaha dan ahli. Biasanya
ahli dibahagikan kepada dua atau tiga kunpulan. Mereka akan diberi ujian
serentak untuk menilai prestasi.
5. Masalah yang dihadapi ketika pegawai Polis menjalankan sesi temuduga ialah :

 Halo effect.
Perwatakan pemohon yang baik telah mempengaruhi penemuduga untuk melihat
keburukan terhadap pemohon lain yang dinilainya.

 Sikap Bias dan Stereotaip.


Penemuduga yang bersikap berat sebelah yang hanya memilih orang yang mereka
liat sama dengan diri mereka dari segi perwatakan dan cirri-ciri yang dimilikinya.

 Cultural Noise(Ganguan Budaya)


Perkara seperti ini selalu berlaku semasa temuduga dijalankan. Pemohon
ditemuduga yang memberikan jawapan yang dirasakan boleh diterima ramai
baginya dan ia bukannya fakta.

6. Kaedah siasatan latar belakang keatas pemohon ialah :

 Menghubungi Rujukan Yang Diberikan Oleh Pemohon.


Pegawai akan ditugaskan untuk menyiasat latar belakang pemohon dengan
merujuk kepada ibu bapa, rakan, ketua kampong, atau balai berhampiran. Ibu
bapa biasanya akan menyatakan tentang tempat lahir pemohon atau sebagainya.
Rakan juga adalah orang penting yang boleh ditanya tentang kelakuan
pemohon.Balai berhampiran ditempat tinggal pemohon juga akan ditanya untuk
memastikan pemohon tidak mempunyai rekod jenayah.

PAMPASAN

Anggota Pasukan Gerakan Am diberi beberapa onsentif khusus iaitu:-

 Elaun Pencegah dinaikkan


 Elaun Sewa Rumah
 Elaun-elaun kritikal kerana bertugas di tempat-tempat kritikal
 Token sebagai bantuan kepada ahli-ahli Yayasan Kebagikan Polis yang mengalami
musibah dan kematian.

Pampasan ialah faktor penting yang mempengaruhi mengapa seseorang memilih untuk
berkhidmat atau berkerja dia sesebuah organiasai. Jenis pampasan adalah pampasan
langsung dan pampasan tidak langsung.

Pampasan Langsung adalah “base-pay” dan “variable pay”. Base pay ialah kompenan
asas yang diterimah oleh pekerja, selalunya sebagai gaji atau upah. Gaji selalunya
berasaskan jamiaitu bayaran yang dikiri mengikut jam berkerja. Pasukan Gerak Am
membayar lebihan masa pekerja pada sesuatu masa. Selain itu, komisyen yang diberi juga
berpatutan dengan apa yang dibuat. Variable pay adalah pampasan yang dihubungkan terus
dengan prestasi, seperti bonus dan program bayaran insentif.
Pampasan Tidak Langsung adalah faedah. Faedah ialah ganjaran tidak langsung yang
diberi kepada pekerja sebagai sebahagian daripada keahlian organisasi. Ianya termasuklah
insuran kesihatan, percutian, dan pencen persaraan.

ANJAKAN GAJI

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002, Perenggan 51 hingga 52 telah menjelaskan


berkaitan dengan pemberian Anjakan Gaji dan syarat-syaratnya. Perenggan 52 secara khusus
menjelaskan berkaitan dengan dua (2) jenis Anjakan Gaji bagipegawai yang berada di gred
lantikan seperti berikut:-

 Anjakan Gaji pertama boleh dipertimbangkan kepada anggota setelah memenuhi lima
(5) syarat, iaitu disahkan dalam perkhidmatan, lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang
ditentukan, berkhidmat tidak kurang daripada tiga (3) tahun, mencapai tahap prestasi
yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.
 Anjakan Gaji Kedua boleh dipertimbangkan kepada anggota setelah memenuhi empat
(4) syarat, iaitu Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan, telah memperolehi Anjakan
Gaji Pertama tidak kurang daripada satu (1) tahun, mencapai tahap prestasi yang baik
dan diperlalukan oleh Ketua Jabatan.

Perenggan 53 pula menjelaskan Anjakan Gaji bagi pegawai yang berada di gred kenakan
pangkat iaitu, Anjakan Gaji boleh dipertimbangkan apabila memenuhi empat (4) syarat, iaitu
lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan, berada dia gred kenaikan pangkat berkenaan
tidak kurang daripada satu (1) tahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperlakukan oleh
Ketua Jabatan.

Dalam Hubungan ini, pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat untuk diberkan Anjakan
Gaji adalah tertakhluk kepada perakuan Ketua Jabatan serta kelulusan Panel Pembangunan
Sumber Manusia jabatan masing-masing. Panel Pembangunan Sumber Manusia mempunyai
kuasa pemutus untuk mempertimbangkan Anjakan Gaji kepada seseorang pegawai atau
sebaliknya.

Perkara ini telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia bersama
Ketua-ketua Jabatan.

BAYARAN PENDAHULUAN GANJARAN ATAU WANG GANTIAN


CUTI REHAT.

Dalam kewangan ekonomi sekarang, kajian dibuat bagi membolehkan kakitangan


mengeluarkan sekurang-kurangnya 10% ganjaran atau wang tunai gantian cuti rehat bagi
mengelakkan kakitangan meminjam dari sektor perbankan di samping membantu Negara
menrancakkan ekonomi semasa.

Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengkaji keperluan dan kewajaran.

 Tawaran opsyen semula kepada anggota yang telah memilih skim KWSP
 Pindaan kadar pendapatan isi rumah bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan
Taman Asuahan Kanak-kanak di tempat kerja Sektor Awam.
 Pengubahsuaian Penilaian Tahap Kecekapan
 Pindaan kadar bayaran balik makanan kantin

PENGURUSAN GAJI DAN ELAUN


1) Pembayaran dan Oergerakan Gaji Tahunan
2) Menguruskan oermohonan atau kelulusan elaun-elaun
3) Penyediaan penyata gaji kakitangan sambilan jabatan
4) Penyediaan penyata elaun lebih masa kakitangan jabatan
5) Memproses pernohonan penbayaran imbuhan tahunan
6) Pengiraan ganjaran tamat perkhidmatan kontrak
7) Memoreses permohonan rawatan perubatan di luar stesen
8) Memproses permohonan pembayaran pakaian istiadat

PEMBANGUNAN

Latihan dan Pembangunan

Pendekatan pembangunan boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu :

a. Pembangunan di tempat kerja


b. Pembangunan di luar tempat kerja.

Pembangunan di Tempat Kerja

 Bimbingan Khusus (Coaching)


Teknik yang paling lama digunakan yang melibatkan latihan dan maklum balas harian
yang diberikan kepada pekerja oleh penyelia. Ianya adalah proses pembelajaran
berterusan secara praktikal. Supaya berkesan, hubungan terbuka dan sihat perlu wujud
di antara pekerja dengan penyelia dan pengurus mereka.
 Tugasan Jawatan Kuasa/Mesyuarat (Committee Assignments/Meetings)
Pasukan Gerakan Am menugaskan pekerjanya berpotensi kepada jawatan kuasa yang
penting boleh meluaskan pengalaman mereka dan membantu mereka memahami
personaliti, isu dan proses, mentadbir sebuah organisasi.
 Jawatan ‘Pembantu Kepada’ (Assistant-to-Positions)
Pasukan Gerakan Am mengujudkan jawatan assistant-to di mana pekerja diletakkan di
bawah seseorang pengurus. Kaedah ini memberikan pengalaman berguna jika jawatan
dan tugasan yang diberikan itu menarik dan mencabar.
 Learning Organizations
Organisasi berasaskan pengetahuan yang mementingkan pekerja mendapat idea dan
maklumat yang terkini secara berterusan supaya mereka boleh mengekalkan kepakaran
mereka. Pembangunan berlaku melalui perkongsian maklumat, budaya kepimpinan
yang mementingkan pembelajaran, dan pekerja yang mahu belajar dan membangunkan
kemahiran baru.

Pembangunan di Luar Tempat Kerja

 Latihan Hubungan Manusia (Human Relations Training)


Usaha untuk menyediakan pengurus dengan ilmu untuk menangani masalah orang yang
di bawa oleh pekerja. Latihan ini di tujukan kepada penyelia dan pengurus pertengahan
yang tidak berpengalaman. Kandungan latihan selalunya termasuk motivasi,
kepimpinan, komunikasi, pekerja dan topik-topik tingkah laku.
 Sabatikal dan Cuti
Cuti sabatikal ialah cuti berbayar untuk membangunkan seseorang. Ianya boleh
mengelakkan burnout, Pasukan Gerakan Am menawarkan kelebihan di dalam
pengrekrutan dan penahanan, dan meningkatkan moral pekerja individi. Kelemahannya
ialah kos, dan sifat pembelajaran yang selalunya diluar kawalan organisasi, maka
keberkesanannya bergantung kepada nasib.
 Pembangunan Pengurusan
Pembangunan sangat perlu bagi pengurus. Sebagai tambahan kepada latihan formal,
pengalaman memainkan peranan penting di dalam pembangunan pengurusan.
Sememangnya pengalaman menyumbangkan lebih pembangunan kepada pengurus
senior dibandingkan dengan latihan bilik darjah.
 Mentoring
Hubungan di mana pengurus berpengalaman membantu individu yang masih di peringkat
awal kerjaya mereka. Hubungan ini menyediakan persekitaran untuk menyampaikan
kemahiran teknikal, interpersonal dan organisasi daripada seseorang yang beroengalaman
kepada yang kurang berpengalaman.
 Pendidikan Eksekutif
 Dalam usaha untuk mengurakakn pusing-ganti, organisasi menggunakan kaedah
pendidikan khas untuk eksekutif. Latihan ini menggantikan cara lama mendidik eksekutif
kepada pendidik berbentuk formulasi strategi, modal kewangan, logistik, pakatan dan isu
global.

Latihan

Orientasi ialah satu pengenalan terancang kakitangan baru kepada kerja mereka ianya
adalah latihan yang paling penting dan paling banyak dilakukan oleh organisasi. Di Pasukan
Gerakan Am, program orientasi berkesan,memerlukan perancangan dan persediaan yang
berikut :-

a. Bersedia Untuk Menerima Pekerja Baru

Pekerja baru perlu merasakan mereka milik organisasi dan penting untuk Pasukan
Gerakan Am. Penyelia dan unit sumbar manusia, perlu bersedia dengan kedatangan
pekerja baru. Rakan sekerja juga perlu bersedia dengan kedatanga pekerja baru.
Sebelum kedatangan pekerja baru, pengurus atau penyelia perlu berbincang tujuan
pengambilan pekerja baru dengan pekerja sedia ada.

b. Adakan ‘Buddy’ Mentors


Pasukan Gerakan Am menggunakan rakan sekerja untuk menjadi mentor atau buddies
sebagai sebahagian daripada latihan orientasi. Adalah sangat berguna untuk melibatkan
pekerja mereka yang berpengalaman an berprestasi tinggi yang boleh menjadi role
models kepada pekerja baru.
c. Buat Penilaian dan Susulan
Pengurusan sumber manusia di Pasukan Gerakan Am boleh menilai berkesanan
orientasi dengan mengadakan temuduga susulan dengan pekerja baru beberapa minggu
atau bulan selepas orientasi.

PENGURUSAN PRESTASI

 Banyak faktor yang mempengaruhi prestasi perkerja – kebolehan, usaha yang


dicurahkan dan sokongan yang diterima dari organisasi.
 Pengurusan prestasi Pasukan Gerakan Am bertindak sebagi Urus Setia dan Ahli Panel
Pembangunan Sumber Manusia Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM)
dan Anjakan Gaji telah dilaksanakan di semua negeri. Pada tahun 2008, pencapaian yang
dihasilkan dari aktiviti ini adalah seperti di bawah :-

PECAPAIAN AKTIVITI PENGURUSAN PRESTASI

BIL AKTIVITI PENCAPAIAN


1 Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia 16
2 Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia Anjakan Gaji 16
3 Penyediaan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 707
4 Menyediakan Laporan Maklumbalas Jawatankuasa Keutuhan 5
Pengurusan Peringkat Kementerian Kewangan
5 Penyediaan Laporan Analisa Penilaian Prestasi Tahunan 16
6 Penyediaan laporan maklumbalas Pelan Integriti Nasional (PIN) 4
peringkat Kementerian Kewangan
PENILAIAN PRESTASI

Terdapat pelbagai pehak yang boleh melakukan penilaian prestasi. Antaranya :-

1. Penyelia menilai pekerja


Penuelia sesuatu jabatan adalah yang paling layak untuk menilai pekerja secara realistik
dan adil.
2. Penilaian kumpulan atau rakan sekerja
Penilaian seperti ini amat berguna didalam organisasi ini kerana penyelia sering tiada
peluang untuk memerhati setiap pekerjanya. Oleh itu, ahli kumpulan berperanan dalam
penilaian rakan sekerjanya.

Kaedah penilaian prestasi yang dilakukan oleh pengurusan sumber manusia dalam mentadbir
Pasukan Gerakan Am adalah :-
 Kaedah Kategori Kadar
Kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah iaitu kaedah Graphic Rating Scale iaitu
dengan menanda prestasi pekerja di atas kontinum. Checklist iaitu menilai dengan
menanda pada kenyataan terbaik yang mewakili perwatakan pekerja.
 Kaedah Perbandingan
Kaedah ini digunakan untuk membandingkan prestasi seseorang pekerja dengan pekerja
yang lain. Kaedah Ranking adalah penilaian prestasi pekerja mengikut susunan yang
tertinggi hingga terendah.
 Kaedah Kelakuan

Menilai tingkahlaku pekerja melalui pendekatan

a. Behaviorally Anchired Rating Scales (BARS)


Bandingkan apa yang pekerja lakukan dengan kelakuan yang patut ditunjukkan
semasa kerja
b. Behaviorally Observation Scales (BOS)
Mengira jumlah kelakuan yang ditunjukkan.
c. Behaviorally Expectation Scales (BES)
Menyusun kelakuan di atas kontinum untuk tentukan prestasi cemerlang,
sederhana, dan lemah.
 Kaedah Kombinasi
Organisasi Pasukan Gerakan Am boleh mengabungkan mana-mana kaedah utuk
mendapatkan kebaikan setiap kaedah.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Pasukan Gerak Am sebuah badan kerajaan yang mengamalkan
konsep pengurusan sumber manusia iaitu penstafan, pembangunan dan pampasan. Selain itu,
Pasukan Gerak Am melakukan analisis kerja, perancangan sumber manusia, pengambulan dan
pengrekrutan, pemilihan, latihan dan pembangunan, penilaian prestasi dan pampasan langsung
serta pampasan tidak langsung. Pasukan Gerak Am juga menjalankan pengurusan dari segi
oinjaman dan cuti supaya pekerja tidak mendapat tekanan dengan tugasan yang diberikan. Di
antara khidmat yang diberikan adalah menguruskan permohonan pinjaman dan biasiswa,
kelulusan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan menguruskan permohonan cuti
kakitangan.

Dari segi pengurusan persaraan kakitangan, Pasukan Gerak Am menguruskan persaraan


kakitangan, pemberian taraf pekerja pencen dan pengurusan ganjaran cuti rehat. Seterusnya,
untuk pengurusan kebajikan Pasukan Gerak Am menguruskan kemasukan kakitangan ke
hospital dan membantu menguruskan urusan-urusan kematian.

Pasukan Gerak Am juga membuat pengurusan cuti rehat dengan merekod cuti rehat
tahunan kakitangan ke dalam GCR dan menyediakan buku rekod cuti rehat kepada Jabatan atau
unit seta membuat pengurusan laporan nilaian prestasi kakitangan. Untuk maklimat kakitangan
pula, mereka akan key-in maklumat kakitangan membuat penyelenggaraan alat tulis Jabatan
dan pengurusan maklumat Jabatan. Pasukan Gerak Am juga tidak terlepas untuk membuat
kursus untuk melaksanakan kursus-kursus untuk kakitangan Pasukan Gerak Am. Mereka juga
menghantar kakitangan Pasukan Gerak Am untuk mengikuti kursus-kursus luaran.

Bagi pengurusan pengambilan atau perlantikan kakitangan pula, organisasi


menguruskan pengambilan kakitangan tetap, kontrak dan sambilan. Selain itu, membuat
pendagtaran KWSP, menguruskan kursus induksi umum, memproses peperiksaan
perkhidmatan dan menyelengara borang permohonan jawatan. Di samping itu juga, mereka
membuat pengesahan jawatan dan penerimaan pelatih untuk latihan praktikat.

Pasukan Gerak Am membuat pengurusan tatatertib atau sulit untuk menguruskan


program khidmat nasihat kepada kakitangan yang bermasalah. Pasukan Gerak Am juga
menyediakan kertas berkaitan dengan tatatertib, menguruskan keputusan khidmat vemerlang
kepada kakitangan. Seterusnya, mereka menguruskan pengurniaan pingat, bintang, darjah
kebesaran negeri atau persekutuan kepada kakitangan serta menguruskan perlantikan majlis
dan semakan kad perakam waktu.

CADANGAN
Bagi mewujudkan dan melaksanakansatu strategik rancangan penstafan untuk Pasukan Gerak
Am :-

Langkah1
1) Bersedia untuk satu perubahan dalampendekatan daripada pengurusan sumbermanusia
tradisional untuk pengurusan sumber manusia strategik. Menulis satu pelan Sumber
Manusia yang menekankan pengurusan bakat dan keupayaan tenaga kerja.
Langkah2
2) Membina strategi-strategi bagi menghubungkan membekalkan usaha-
usaha dan pengurusan bakat untuk matlamat organisasi. Termasuk satu strategi
pengurusan modal insan dalam pelan organisasi akan menguatkan
komitmen syarikat itu untuk tenaga kerjanya.

3) Menambah pembangunan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat


untuk pegawai-pegawai baru dan pekerja-pekerja sedia ada dengan menggunakan
pengeposan kerja dan program-program lain yang menggalakkan promosi daripada di
dalam organisasi itu.

4) Menggunakan kerja alternatif susunan-susunan untuk membina satu


komited dan amat bertunang asas pekerja untuk organisasi. Menterjemahkan kembali
atau menyusun semula susunan-susunan kerja tradisional.

5) Membangunkan cara-cara membawa pembaharuan merekrut dengan
berkesan dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sumber insani dengan sekolah-
sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti. Pastikan bagi
menggabungkan kepelbagaian kepada membekalkan proses pengurusan.

6) Melibatkan pekerja-pekerja wujud dalam pengambilan dan proses pemilihan
sebanyak yang mungkin. Rujukan penggunaan merancang dan temuduga-
temuduga sebaya untuk calon-calon kualiti terpilih.
Langkah7
7) Menggunakan teknologi dan internet untuk mengautomatikkan,membekalkan proses
pengurusan. Menyiasat dan pengambilan pembelian perisian atau berkaitan sumber
manusia perisian untuk dengan berkesan menguruskan program pengurusan modal
insan anda yang baru.angkah8

8) Memberi pengurus-pengurus dan pemimpin-pemimpin kanan alat-alat perlu
kepada kakitangan unit-unit perniagaan mereka diri mereka. Menyediakan
latihan sumber manusia bagi membantu kelebihan helaian mereka untuk membekalkan
program pengurusan.

Terdapat beberapa cadangan juga dari Kumpulan kami terhadap Pasukan Gerak Am 7 Kuantan,
Pahang :-

1. Syarat melatih dan mengrekrut pasukan-pasukan baru dilonggarkan


2. Menyediakan kursus yang melibatkan jawatan yand bakal di sandang
3. Penilaian terhadap kulaliti perkerja dilakukan dengan sekerap mungkin untuk
mengekalkan prestasi yang baik sepanjang masa.
4. Meningkatkan prestasi pekerja dengan memberi ganjaran yang lebih kepada pekerja-
pekerjanya.
RUJUKAN

Laman Web

 http://en.wikipedia.org/wiki/Human_resources
 http://www.ehow.com/how_4470047_use-improve-human-resource-
management.html
 http://www.rmp.gov.my/
 http://74.6.146.127/search/cache?ei=UTF-8&p=Pasukan+Gerak+Am+7&fr=yfp-t-
701&fp_ip=my&u=ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am&w=pasukan+gerak+a
m+7&d=YkXgTO_EUjj_&icp=1&.intl=us&sig=i7C6UPnA7hgqawhQ3npqjg--
 http://www.polis-online.org/
 http://bakong02.tripod.com/
 "Ambushed by communist - Four teammates down". Utusan Malaysia. 2005-03-31.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_03
.htm&arc=hive. Retrieved 2009-03-25.
 "Musa Hussain - Bitter event almost took the life". Utusan Malaysia. 2003-05-01.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2003&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=Tentera&pg=te_01.htm&arc=hive.
Retrieved 2009-03-25.
 http://www.smartgeneration.com.my/index.php/user_blog/view/3912?
ubid=2561&ubuid=3912

Buku

 Mathis, John H.Jackson, 2004. Human Resource Management 10th Edition. Universiti
Putra Malaysia: Serdang

Temuramah
 Kami telah menemuramah En.Boon yang merupakan naib presiden kanan dan
merupakan Ketua Pengurus Sumber Manusia, pada tarikh 24 mac 2010 pada jam 3.00
petang bertempat di Kem Galing, Semambu.

You might also like