You are on page 1of 65

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK


KUALA LUMPUR

EDU 3106
BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN
PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PGSR)

KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


AMBILAN NOV. 2008

DISEDIAKAN:
KAMARZAMAN BIN MD. SHARIF
AZHAR BIN OMAR
SITI ZALEHA BINTI OTHMAN
NORAISAH BINTI MAYAR
TAJUK

CARA-CARA
MASYARAKAT MALAYSIA BERPAKAIAN
DAN
PERAYAAN SETIAP ETNIK
• KAUM-KAUM YANG LAIN:
 Kadazan
• MELAYU  Iban
 Orang Ulu
• CINA  Kelabit
 Bidayuh
 Sikh
• INDIA  Punan/Penan
 Kenyah/Kayan
 Melanau
MASYARAKAT DI
MALAYSIA

KAUM TERBESAR
SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian


tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu
burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket Diraja yang
antik.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian


yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan
ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai
oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang
asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab
diperkenalkan di negara ini.
PAKAIAN ORANG MELAYU

LELAKI PEREMPUAN
CELANA BAJU KEBAYA
BAJU MELAYU TELUK BAJU KURUNG CEKAK
BELANGA MUSANG
SAMPING BAJU KURUNG KEDAH
BAJU MELAYU TELUK BAJU KURUNG TELUK
BELANGA BELANGA
SELENDANG
KAIN SARUNG
BAJU KEBAYA
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal
baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada
perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di
hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke
Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja
oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan
sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih.
Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan
melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula
terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini disemat
dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.
Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang
besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah
kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak
berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan
kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali
sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti
baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti
baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah
kancingnya yang berbutang itu.
Baju Kebaya
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk
Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada
kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada
bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu
kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas
atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling
terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu
permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun.

Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain
sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan
seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.

Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan
bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.
BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor.
Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.

Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu
Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun
1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian
kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri
lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak
dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya
longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan
lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut
digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga
yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;
a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar
dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju,
manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu
kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.
b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar
panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau
sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-
lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang
apabila dipakai dengan baju kurung ini.
PAKAIAN ORANG CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya


Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula
Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja
barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan
corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan


sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan
diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh,
Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam
majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri
China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang
dengan ragamhias benang emas dan perak.
Pakaian tradisi Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari
pasangan Cina yang satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang
diubah suai. berbelah di depan.
CHEONGSA
M
Pakaian cheongsam atau
‘baju panjang’ yang selesa dan
anggun juga sering dilihat hingga ke
hari ini. Lazimnya, cheongsam
mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk
yang sendat di pinggang dan belahan
di kiri dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada kain
sutera, satin dan lain-lain jenis kain
lembut.
Samfoo membawa maksud 'baju dan
seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan
pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari
'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang,
lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau
berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki


berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit
perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh
wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia.
PAKAIAN ORANG INDIA

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya


gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil
juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-
warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci
juga batu-batu permata.

Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan


turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.
Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju
pendek atau choli.
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan
ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim
perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara
lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum
memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat
dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang
pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali
untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang
dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu.
Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada
musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si
pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan
ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si
pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari
yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun
pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang
Sari, busana tradisional menarik dan sesuai dengan si pemakai
India yang paling disukai.
DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki.


Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh
dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih


yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan
kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian
kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
bewarna kuning pudar atau kuning susu.
Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju


pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.
Pakaian Kaum Iban

Kanak-kanak perempuan Iban


berpakaian dalam pakaian
penuh (wanita) Iban semasa
upacara Gawai di Debak,
rantau Betong, Sarawak
• Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.
Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm.
Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput
turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai
dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang.
Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.
• Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak
tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-
barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara
ikat.
•Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.
Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang
separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian
yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang
kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan
sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-
jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara
tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka
corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang
dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang
disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar
yang bewarna merah.
• Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan
wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat
ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat
dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan
atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang
separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun
dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias
dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan
jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan
binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan
kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang
ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang
menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun
dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula
dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
• Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan
sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia
dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu
sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti
pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
• Pua Kumbu
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling
terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan
dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti
berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara
perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan
menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki
sebagai 'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan
pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu
daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias
pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai
pakaian.
Pakaian kaum Kadazan
• kaum Kadazan adalah sederhana berbanding
dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian
kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian
Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita.
Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek
yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah
blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita
pertengahan umur untuk pakaian seharian.
Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau
pakar ritual semasa sesuatu upacara.
Pakaian kaum wanita

Sinuangga’  Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh
wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang
kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang.
Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.
Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu).
Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur
merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya
butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada
satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu
dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada
masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari
bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi
kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang
dianggap kaya.
• Aksesori
• Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di
pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling
pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.
• Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga
berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan
merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan
untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang
sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian
belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di
regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan
seseorang membawa bakul di belakang.
• Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan
sanggul.
• Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak
• Gohong Gelang tembaga atau perak
• Hamai Rantai leher
• Simbong Subang
• Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas
• Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar
ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu
burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas
satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk
kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan
hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian
belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana
bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik.
Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di
hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan
kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi
tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang
bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan
kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki. 
• Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas
bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-
seli.
Pakaian lelaki
• Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa
sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang
emas.
• Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang
berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang
pinggang seluar moden.
• Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam
• Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat
atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa:
hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu
(kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan
atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.
• Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat
dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan
siga.
Sambutan Perayaan Di Malaysia
SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

Hari Raya Aidil Fitri Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali

Perayaan Krismas Perayaan Gawai Dayak Pesta Songkran

Perayaan Tadau Kaamatan


KAUM AGAMA TEMPAT IBADAT PERAYAAN

Melayu Islam •Masjid •Hari Raya Puasa


•surau •Hari Raya Haji

Cina Buddha •Tokong •Tahun Baru Cina


•Chap Goh Mei
•Hari Wesak

India Hindu •Kuil •Hari Deepavali


•Hari Thaipusam
PERAYAAN UTAMA
KAUM MELAYU

 Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri


 Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha
 Maulud Nabi
 Maal Hijrah
PERAYAAN BAGI PENGANUT
AGAMA ISLAM
Hari Raya Puasa
 Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri.
 Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam.
 Perlu berpuasa selama 1 bulan
 Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadan.

Hari Raya Haji


 Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa
penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya
Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah.
 Pada bulan tersebut, penganut agama Islam di seluruh dunia
berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
 Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya
Aidiladha
HARI RAYA PUASA
HARI RAYA HAJI
Perayaan Utama Kaum Cina
•Tahun Baru Cina
•Chap Goh Mei
•Hari Wesak
Tahun Baru Cina
•  Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini
membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari
ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan
makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan malam.

• Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun
dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.  
                          
• Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China
adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput
semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai.
Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan
menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga,
lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-
tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Chap Goh Mei
• Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap
Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut
dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-
besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan
makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan
tanglung dinyalakan bagi  meraikan Chap Goh Mei. 

• Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari


pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah
dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan
yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke
dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat
pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar
mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan
kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi
menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan
tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera
besar "Chingay".
Hari Wesak
• Hari Wesak merupakan hari
terpenting bagi penganut
agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan
Kelahiran, Pencerahan
Agung, dan Kewafatan
Gautama Buddha. Hari
Wesak juga dikenali dengan
nama Visakah Puja atau
Buddha Purnima di India,
Vesak di Singapura, Visakha
Bucha di Thailand, dan
Wesak di Sri Lanka.
• Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan
mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memberikan penghormatan kepada Buddha,yang
dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti
Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata
(relik Buddha). Para penganut juga akan
melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan:
Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk
memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran
Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran
Buddha merujuk kepada perlindungan daripada
kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
PERAYAAN UTAMA
KAUM INDIA

Hari Deepavali
Hari Thaipusam
Hari Deepavali
• Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau
Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya
menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari
cuti umum.    
                     
• Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya
pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya,
ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul
perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama
dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang
akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat
juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti
pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi
oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.  
              
• Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah
mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang.
Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah
liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden.

• Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan
kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan
ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.  
• Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan
jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan
sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini,
pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan
mendapat penghargaan.                                     
• Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk
upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian
diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk
bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan
berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai.
Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi
Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang
enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.
Hari Thaipusam
• Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan
menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah
dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada
Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih
kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam
belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga
berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa
belanga berisi susu ini.
• Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut
dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan
menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran
tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar
nazar.
• Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan
dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini
diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak
patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan
utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa
kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.
Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang.
Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu
khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan
muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa,
pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan
diberi minum.
• Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun.
Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah
perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung
Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah
besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan
panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan
mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan
buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu
bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Perayaan Etnik di Sarawak
• Pesta Kaul Melanau
• Hari Gawai Dayak
Pesta kaul Melanau
Pesta Kaul Melanau
• Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan
perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia
bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat
laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac
atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan
berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai
kepercayaan animisme.
• Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di
sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20
kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat
dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun
yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain
gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.
• Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna
warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan
makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun
kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan
dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan
diri
• Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan
membawa 'seraheng' iaitu bakul dari buluh.Sementara itu
'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat
dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga
permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri,
tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.
• Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-
rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan
sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah
juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang
dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan
keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai
penebang sagu yang mahir di Sarawak.
• Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan
orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya
dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya. 
Hari Gawai Dayak
Hari Gawai Dayak
• Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1
hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat
daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak
merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai
Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.
Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda)
rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air
pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat
dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah
dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang
menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis
kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Perayaan Etnik di Sabah
• Tadau Kaamatan
Tadau Kaamatan
• Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai
padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan
oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah
sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens,
Ketua Menteri Sabah yang pertama.
• Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani
terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan
gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke
paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan.
• Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga
pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina
badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan
segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti
memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama
dalam perayaan ini.
• Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai
atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan
minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi)
atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar
atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua
hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk
mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.
• Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil
"Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan
besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang
diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan
gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

You might also like