You are on page 1of 5

http://suaraminda.wordpress.

com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/

DEFINISI…
Menurut Imam  Ash-Shan’ani , Kata walimah (‫ ) َولِ ْي َمة‬diambil dari kata asal (‫ )ولم‬yang bererti
perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagai mana yang
dikatakan oleh imam az-Zuhri dan yang lainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama yang
bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menterjemahkan kegembiraan. Dan
walimatul urus adalah walimah untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan
perpindahan status kepemilikan.

Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:

Al-Walimah ertinya adalah makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada pesta (majlis)
pernikahan secara khusus.

Dari dua penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu
adalah jamuan makan yang diadakan disebabkan berlangsungnya ikatan perkahwinan
(pernikahan) .

Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau
berkata:

“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad s.a.w menjadi seorang pengantin dengan
Zainab bin Jahsy, beliau mengundang orang-orang, lalu mereka dijamu dengan makanan dan
setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1428)

Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu
perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Hukum mengadakan
majlis kenduri kahwin ialah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama Islam .

Majlius kenduri kahwin mestilah tidak bercampur aduk dengan sebarang unsur maksiat dan
perkara yang bercanhggah dengan syara’

Contoh   :- majlis tari-menari, menyanyi, mengadakan majlis secara besar-besaran dengan 


tujuan untuk  menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga mahupun keturunan.

Walaupun majlis kenduri kahwin amat digalakkan oleh agama Islam, namun ia mesti diadakan
dalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan hutang seterusnya menggugat
masa depan rumah tangga.

HUKUM WALIMATUL URUS…

Hukum mengadakan walimatul urus adalah sunat muakkad yakni amat dituntut oleh agama
Islam.. Terutamanya, bagi mengisytiharkan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan agar
tidak timbul fitnah.

Imam  Ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan:


http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/

“Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut jumhur, walimah itu
disunnahkan (mandub). Ibnu Baththal berpendapat, “Aku tidak tahu apabila ada ulama yang
mewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan ulama tentang hukum tersebut”.

Jumhur mengatakan hukumnya sunnah berdasarkan pendapat asy-Syafi’i rahimahullah.”


Ada pun pendapat yang terpilih adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah
rahimahullah:

“Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis
perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.”

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN..

Sesiapa yang diundang ke majlis perkahwinan “wajib” menghadiri majlis tersebut sekiranya
tidak menghadapi sebarang masalah ataupun keuzuran syara’. Selain itu, “wajib” untuk 
menghadiri majlis kenduri kahwin sekiranya majlis itu tidak berunsurkan maksiat dan khurafat.

Siapa Yang Mengadakan Walimah

Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh Suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi
s.a.w sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.

Dari Anas r.a beliau berkata:

“Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk
mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)

Juga dari Anas r.a beliau menjelaskan:

“‘Abdurrahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan
seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w
bersabda:

“Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih
seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya
mengadakan walimah.

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia
dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah
melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang
dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadis
Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/

Waktu Walimah

Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai
akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.

Ibnu as-Subki berkata:

“Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa walimah itu
diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan di
antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya”
(rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang
kaum muslimin,

Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, walimah tidak diadakan ketika perjalanan akad
nikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh) .

Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Amru Abdul Mun’im Salim:

“Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.”


(Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar
an-Naba’)

KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN..

1)      Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t

2)      Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut yakni hubungan yang telah
menghalalkan persetubuhan di antara pasangan tersebut.

3)      Bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad (mendapat pahala disisi Allah)

4)      Bagi meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru

5)      Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kekeluargaan  dan ukhuwah Islamiyah antara
kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

6)      Mengeratkan hubungan Islamiyah antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.

7)      Untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangan
tersebut kiranya tidak diisytiharkan perkahwinan dan diadakan kenduri tersebut.

ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM


http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/

Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu
adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan
sebab atau mengapa bersanding itu haram.

1. Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah
merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang
tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman
Allah swt yang bermaksud:

“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang
dilarangnya.”

1. Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram
disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti
pakaian yang mendedahkan aurat, percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan
mahram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.

1. Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan


adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir.
Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat
kufur kepada Tuhannya.”

Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan.


Rasulullah saw bersabda:

“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya
(auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa,
perempuan yang bersifatdengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka
kecuali mereka bertaubat.”

Sebuah hadis Rasulullah saw lagi:

“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas melintasi suatu
kaum lelaki (bukan muhram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah penzina, dan
tiap-tiap mata yang memandang itu zina.”

1. Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram
kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman.
Sedangkan kita umat Islam adalahdilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam
menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam
adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.

Rasulullah saw bersabda:


http://suaraminda.wordpress.com/2009/10/17/walimatul-urus-kenduri-kahwin/

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”

Rasulullah saw. bersabda:

“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”

You might also like