You are on page 1of 5

Rancangan Mengajar Harian

Matapelajaran: Kemahiran Hidup

Tahun: 5 Topik: Membaiki pakaian

Bilangan Murid: 40 orang Tarikh: 30 Oktober 2009

Masa: 10.20 pagi – 11.20 pagi

Pengetahuan Sedia Ada:

(i) Murid pernah melihat ahli keluarga membaiki pakaian dirumah.


(ii) Murid pernah menempah baju pada musim perayaan.
(iii) Pakaian murid terkoyak.

Hasil pengajaran:

Diakhir pengajaran & pembelajaran (P&P) murid-murid akan dapat:


(i) Menyatakan alatan dan kegunaan alatan jahitan dengan betul dan tepat.
(ii) Menjahit mata jahitan dengan betul dan tepat

Nilai-nilai murni: Kerjasama, berhati-hati, cermat, tekun dan peka.

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran belajar cara belajar, pembelajaran secara kontekstual,

pembelajaran masteri.

Bahan Bantu Mengajar: Nota edaran, alatan dan bahan menjahit, contoh mata jahitan asas/spesimen

dan video.

Kajian masa depan: Membuka butik pakaian sendiri

Langkah/Masa Isi pengajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Catatan


Set Induksi Soal jawab guru dan murid: -Guru tayangan video pakaian terkoyak.
[ 5 minit] BBM: Video
1. Apakah kerosakan yang -Guru bersoal jawab dengan murid tentang
terdapat pada pakaian perkara itu. Kaedah:
tersebut? Soal jawab
2. Bagaimanakah cara yang -Guru mengaitkan perkara tersebut dengan
boleh dilakukan supaya pelajaran hari ini. Nilai: Peka
pakaian tersebut dapat
digunakan dengan
selamat dan selesa?
Contoh Jawapan:
1. Seluar Terkoyak.
2. Jahit semula bahagian
yang terkoyak.
Perkembagan Menyatakan alatan dan bahan -Guru meminta murid merujuk kepada Bahan dalam kit jahitan:
Langkah 1 jahitan dengan betul dan tepat. nota lembaran yang di edarkan. -jarum
[10 minit] -benang
-Guru mengedarkan kit jahitan dan -gunting
menerangkan fungsi dan kegunaan alatan -penetas jahitan
dan bahan dalam kit jahitan.
(Lembaran 1)
Langkah 2 Menyatakan kegunaan alatan - Guru menunjukkan cara memasukkan Nilai murni: berhati-hati,
[10 minit] dengan jelas dan betul. benang ke dalam lubang jarum. cermat

-Guru menunjukkan contoh-contoh mata (Lembaran 2)


jahitan asas serta kegunaannya.

-Guru menunjukkan cara menjahit mata


jahitan asas.

Contoh jahitan:

-jahitan kia
-jahitan jelujur halus
-jahitan jelujur kasar
-jahitan silang pangkah
-jahitan insang pari.

Langkah 3 Alatan jahitan: -Guru menunjukkan cara menjahit jahitan Kaedah: Tunjuk Cara
[30 minit] -jarum jelujur halus secara berkumpulan.
-gunting Nilai murni: Tekun &
-benang -Murid dikehendaki menjahit mata jahitan Peka
-kain asas secara individu. (jahitan jelujur halus)

-Guru member tunjuk cara dan membantu


murid yang lemah.
Penutup -Guru mengedarkan lembaran kerja untuk BBM: lembaran kerja
[5 minit] dijawab oleh murid.

(nota mengenai tugasan dilampirkan)

-Guru membuat rumusan tentang


pembelajaran pada hari ini.
Lembaran 1: Jahitan Asas

ALATAN JAHITAN

1. Gunting
o Kegunaan
untuk memotong kain dan benang
2. Jarum peniti
o Kegunaan
untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel
3. Penetas
o Kegunaan
untuk membuka semula jahitan yang silap
4. Kapur penanda
o Kegunaan
untuk menanda garisan potongan dan jahitan
5. Pita Pengukur

Kegunaan:
untuk mengukur di atas kain dan kertas
Lembaran 2

JENIS JAHITAN HIASAN

Pada masa ini, kebanyakkan jenis mata jahitan boleh dijahit dengan menggunakan mesin jahit

automatik. Walau bagaimanapun, ada masanya pakaian memerlukan jahitan tangan untuk

kehalusan dan kecantikkan seperti mata jelujur, menyembat dan menjahit bahagian-bahagian

yang rumit seperti menjahit kancing.

Jahitan asas dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jahitan sementara dan jahitan tetap.

Antara jenis mata sementara adalah jelujur kasar. Mata jahitan tetap pula ialah jahitan kita,

sembat, insang pari, silang pangkah, jahitan lubang butang dab jahit lilit.

Mata jahitan sementara digunakan bagi melekatkan beberapa kepingan fabrik dan juga

untuk menunjukkan garis-garis pola dan kedudukan. Mata jahitan sementara ditanggalkan

apabila mata jahitan kekal dijahit.

Jenis jahitan hiasan yang boleh digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:

1. Jahitan Kia
2. Jahit Silang Pangkah

3. Insang Pari

You might also like