You are on page 1of 26

GEOGRAFI 23/2

KERJA KURSUS

Nama Calon : Vurmila A/P Venggadasamy

Tingkatan : 1 Pintar

Nombor Kad Pengenalan : 960807-10-5988

Angka Giliran :

Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat,
Klang

Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang dan perbandingannya dengan negara
Indonesia

Guru Penilai : Puan Nor Fazilah

BIL ASPEK MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI


1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 1
3. Penghargaan 2
4. Pendahuluan 2
5. Objektif Kajian 2
6. Kawasan Kajian 8
7. Kaedah Kajian 2
8. Dapatan Kajian 25
9. Rumusan 2
10. Lampiran 2
11. Rujukan 2
12. Penilaian Umum 1
Aspek 1 – 7 25
Aspek 9 – 12
Aspek 8 25
Jumlah Markah 50
Tahap Pencapaian

....................................

(Tandatangan Guru)
GEOGRAFI 23/2

KERJA KURSUS

Nama Calon : Vurmila A/P Venggadasamy

Tingkatan : 1 Pintar

Nombor Kad Pengenalan : 960807-10-5988

Angka Giliran :

Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat,
Klang

Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang dan perbandingannya dengan negara
Indonesia

Guru Penilai : Puan Nor Fazilah

BIL ASPEK MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI


1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 1
3. Penghargaan 2
4. Pendahuluan 2
5. Objektif Kajian 2
6. Kawasan Kajian 8
7. Kaedah Kajian 2
8. Dapatan Kajian 25
9. Rumusan 2
10. Lampiran 2
11. Rujukan 2
12. Penilaian Umum 1
Aspek 1 – 7 25
Aspek 9 – 12
Aspek 8 25
Jumlah Markah 50
Tahap Pencapaian

....................................

(Tandatangan Guru)

Ulasan Guru:

...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
1.0 TAJUK KAJIAN

BENTUK MUKA BUMI DI


KAWASAN TAMAN SUNGAI
PINANG, KLANG DAN
PERBANDINGANNYA DENGAN
NEGARA INDONESIA
2.0 SENARAI KANDUNGAN

3.0 Penghargaan 1

4.0 Pendahuluhan 2

5.0 Objektif Kajian 3

6.0 Kawasan Kajian 4

7.0 Kaedah Kajian 8

8.0 Dapatan Kajian 9

9.0 Rumusan 20

10.0 Lampiran 21

11.0 Rujukan 22
3.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan Nor Fazilah
kerana telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian
ini telah dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Geografi saya ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih


kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi
memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Tidak ketinggalan, saya mengucapkan penghargaan kepada 20 orang responden


kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting untuk
kajian saya. Bersama-sama ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas
dari saya.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

1|Mukasurat
4.0 PENDAHULUAN

Nama saya Vurmila A/P Venggadasamy. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Pintar di
Sekolah Menengah (P) Methodist, Klang. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan
Pelajaran Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan.
Saya telah mengambil masa selama 1 bulan untuk menyiapkan kajian ini.

Saya telah memilih kajian yang bertajuk “Bentuk muka bumi di kawasan Taman
Sungai Pinang, Klang dan perbandingannya dengan negara Indonesia”. Taman
Sungai Pinang, Klang telah saya pilih sebagai kawasan kajian kerana saya telah
tinggal selama 11 tahun di sini, maka terdapat ramai orang yang saya kenal bagi
memudahkan saya memperolehi beberapa maklumat penting dalam kajian ini.

Saya memilih negara Indonesia sebagai perbandingan pula kerana ia merupakan


negara yang berhampiran dengan negara kita dan saya dapat memperoleh
banyak maklumat tentang negara ini melalui buku-buku yang telah saya baca serta
dengan melayari internet.

Kajian ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi
saya terutama sekali semasa proses pengumpulan data serta maklumat untuk
menyiapkan dengan sempurna kajian ini.

2|Mukasurat
5.0 OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang,
Malaysia dan ciri-cirinya serta bentuk muka bumi di negara Indonesia dan ciri-
cirinya.

 Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang, Malaysia kepada kegiatan manusia serta potensi bentuk muka bumi di
negara Indonesia kepada kegiatan manusia.

 Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang, Malaysia terhadap kegiatan manusia serta halangan bentuk muka bumi di
negara Indonesia terhadap kegiatan manusia.

 Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan


Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta kesan kegiatan manusia terhadap
alam sekitar di negara Indonesia.

 Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia


terhadap alam sekitar di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta
langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
di negara Indonesia.

 Menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan berbangga terhadap kawasan


Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia khasnya dan negara Malaysia yang
tercinta amnya

3|Mukasurat
6.0 KAWASAN KAJIAN

Keseluruhan daerah Klang berkeluasan 62,678 hektar dan merangkumi dua buah
mukim iaitu Mukim Klang dan Mukim Kapar. Dari segi pentadbiran, Daerah Klang
terbahagi kepada dua mukim dan empat kawasan pentadbiran iaitu Mukim Klang,
Mukim Kapar, Kawasan Bukit Raja, Kawasan Jalan Kebun, Kawasan Pulau Indah dan
Kawasan Rantau Panjang. Kawasan kajian saya iaitu Taman Sungai Pinang terletak
di Mukim Klang dalam daerah Klang. Kawasan ini terletak kira-kira 5 km dari pusat
bandar Klang dan dihubungkan melalui jalan raya ke bandar Klang.

Sebelum dibangunkan, Taman Sungai Pinang merupakan suatu kawasan ladang


pokok getah. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1996.
Kawasan ini mempunyai keluasan 1 000 000 meter persegi. Lokasi kawasan ini
adalah di barat Bandar Klang. Taman Sungai Pinang terletak berhampiran dengan
kawasan yang lain seperti Taman Klang Utama dan Taman Batu Belah.

Bilangan penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah seramai 200 orang sahaja
yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat Cina,
diikuti oleh masyarakat Melayu dan masyarakat India. Kegiatan utama
penduduknya ialah perniagaan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi tanah
pamah yang menjadikannya sesuai sebagai kawasan perumahan, perindustrian
kecil dan perniagaan. Ia juga sesuai untuk pembinaan jalinan jalan raya berturap.

Seterusnya, negara bandingan saya adalah negara Indonesia khasnya Pulau Jawa
di mana 60% penduduk Indonesia tinggal di sini. Negara Indonesia terletak di antara
benua Asia dengan benua Australia serta pada pertemuan dua banjaran, iaitu
Banjaran Pasifik dan Banjaran Mediterranean. Negara Indonesia mempunyai 18,018
buah pulau yang tersebar di sekitar khatulistiwa. Hanya sekitar 7,000 buah pulau
berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan,
Sulawesi dan Papua.

Indonesia berada di kedudukan yang sering mengalami gempa bumi dan tsunami.
Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurangnya 66 buah
gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang terkenal di
antara Sumatera dan Jawa.

4|Mukasurat
Gunung berapi Krakatau yang terletak di kawasan negara bandingan.

Di Indonesia, kegiatan ekonomi yang penting ialah pertanian terutamanya


penanaman padi. Di Pulau Jawa, pertanian dijalankan di cerun bukit akibat
kekurangan tanah pamah oleh kerana diduduki penduduknya yang sangat padat.
Pertanian di Pulau Jawa juga dijalankan di kawasan gunung berapi yang ditereskan
kerana lava bes yang ditinggalkan akibat letusan gunung berapi telah menyuburkan
tanah di kawasan tersebut.

Kawasan Kajian

Peta Klang iaitu di mana kawasan kajian terletak

5|Mukasurat
Bandar Klang

Kawasan kajian, Bandar Klang dari imej satelit

Negara Bandingan

Peta Indonesia iaitu negara bandingan bagi kawasan kajian

6|Mukasurat
Peta topografi kawasan kajian iaituTaman Sungai Pinang

7|Mukasurat
7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam kajian ini:

(a) Pemerhatian :
Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai
Pinang. Saya mendapati, pada keseluruhannya permukaan bumi kawasan
kajian saya adalah rata.

(b) Kaedah soal selidik :


Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari
dari buku atau internet. Saya telah meminta responden iaitu penduduk di
kawasan kajian mengisi borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan
berikut:
 jantina
 bangsa
 pekerjaan
 jenis pengangkutan yang mereka guna

Kemudian kesemua data dikumpul, dirumus dalam bentuk jadual dan diproses
menjadi carta pai. Bilangan responden perlulah cukup iaitu 20 orang. Jika bilangan
responden kurang daripada 20, ia tidak dapat menggambarkan kegiatan manusia
yang sebenarnya di kawasan kajian dan jenis pengangkutan yang mereka guna.

8|Mukasurat
8.0 DAPATAN KAJIAN

Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa sebahagian besar daripada


keadaan bentuk muka bumi di Taman Sungai Pinang terdiri daripada tanah pamah
yang rata membolehkan rumah, kilang, kedai dan jalan raya dibina. Terdapat
sebatang sungai, iaitu Sungai Putus iaitu anak sungai Klang yang mengalir melalui
kawasan tersebut. Jenis perumahan yang terdapat di Taman Sungai Pinang ialah
rumah setingkat dan dua tingkat. Terdapat rumah kedai satu tingkat di hadapan
Taman Sungai Pinang. Kawasan rata dan luas membolehkan beberapa kemudahan
asas dibina seperti taman permainan, padang bola sepak, masjid dan balai raya.
Permukaan bumi yang rata juga membolehkan beberapa kilang kecil satu tingkat
dibina.

Saya telah mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi negara bandingan iaitu
Negara Indonesia dengan menumpukan kajian saya terutamanya terhadap Pulau
Jawa kerana pulau ini adalah pulau terpadat di Indonesia walaupun luasnya hanya
7% dari seluruh wilayah Indonesia. Pulau Jawa terletak di Lingkaran Api Pasifik dan
merupakan gunung lipat muda yang tidak stabil. Sistem gunung lipat muda ini
berpunca dari Pusat Perbanjaran Pamir di pedalaman benua Asia merentasi
Banjaran Himalaya ke Tanah Tinggi Annam, Myanmar dan Banjaran Barisan,
Sumatera menganjur ke Pulau Jawa dan terus ke Sulawesi. Terdapat beberapa buah
gunung berapi di Pulau Jawa seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi. Aktiviti
gunung berapi di Pulau Jawa telah membentuk dataran lava bes yang subur seperti
Tanah Tinggi Preanger, Dataran Tinggi Diens dan Dataran Tinggi Rembang. Cerun-
cerun bukit di dataran ini ditereskan untuk kegiatan pertanian terutamanya
penanaman padi.

8.1 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia


Daripada borang soal selidik, saya dapati beberapa pekerjaan dilakukan
oleh penduduk di kawasan kajian. Sebahagian besar daripada penduduk di
sini adalah peniaga, diikuti dengan guru, staf bank, pengurus dan jurutera.

Mereka yang bekerja sebagai peniaga kebanyakannya adalah kaum Cina


iaitu seramai 6 orang dan diikuti oleh kaum Melayu seramai 2 orang. Mereka
terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

9|Mukasurat
Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja sebagai guru di mana 2
orang adalah kaum Cina dan 2 orang adalah kaum Melayu. Mereka terdiri
daripada golongan perempuan kesemuanya.

Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja di bank di mana 2 orang


adalah kaum Cina, seorang kaum Melayu dan seorang kaum India.Mereka
terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan.

Terdapat seramai 3 orang yang bekerja sebagai pengurus di mana seorang


adalah kaum India dan 2 orang adalah kaum Melayu. Mereka terdiri
daripada golongan lelaki kesemuanya.

Manakala seorang sahaja daripada responden yang bekerja sebagai


jurutera iaitu seorang lelaki Cina. Lihat Jadual 1 dan Jadual 2.

Jantina Jumlah
Jenis Pekerjaan
Lelaki Perempuan responden
Peniaga 5 3 8
Guru - 4 4
Staf bank 3 1 4
Pengurus 3 - 3
Jurutera 1 - 1

Jadual 1 Jenis pekerjaan penduduk di Taman Sungai Pinang dikaji


berdasarkan jantina responden

Jenis Kaum Jumlah


Pekerjaan Melayu Cina India responden
Peniaga 2 6 - 8
Guru 2 2 - 4
Staf bank 2 1 1 4
Pengurus 2 - 1 3
Jurutera 1 1

Jadual 2 Jenis pekerjaan penduduk di Taman Sungai Pinang dikaji


berdasarkan kaum responden

10 | M u k a s u r a t
Jurutera, 5%

Pengurus, 15%

Peniaga, 40%

Staf Bank, 20%

Guru, 20%

Rajah 1: carta pai yang menunjukkan jenis-jenis pekerjaan penduduk di


Taman Sungai Pinang;

Disebabkan Taman Sungai Pinang dan kawasan di sekitarnya merupakan


kawasan bertanah pamah yang rata dan luas, banyak kemudahan seperti
ruang perniagaan dapat dibina, justeru itu menggalakkan aktiviti - aktiviti
perniagaan di situ. Antara perniagaan yang dijalankan ialah pengurusan
kedai makan, kedai runcit, kedai komputer dan perniagaan berbentuk
perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, kedai dobi pakaian dan bengkel
membaiki kereta. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti
perniagaan.

Aktiviti perniagaan di sekitar Taman Sungai Pinang

11 | M u k a s u r a t
Selain daripada itu, penduduk di Taman Sungai Pinang juga terlibat di dalam
bidang pendidikan sebagai tenaga pengajar kerana berhampiran kawasan
ini terdapat Sekolah Tinggi Klang, Sekolah Kebangsaan Batu Belah , Tadika Sg
Pinang dan Tadika Batu Belah. Terdapat juga penduduk yang bekerja di
bank-bank dan syarikat-syarikat berdekatan atau di Pusat Bandar Klang
disebabkan sistem jalan raya yang baik dapat dibina dengan mudahnya di
kawasan tanah pamah. Ini ternyata benar berdasarkan soal selidik terhadap
20 responden yang kesemuanya menggunakan kenderaan mereka sendiri ke
tempat kerja dan ke tempat-tempat lain. Lihat Jadual 3.

Jenis pengangkutan Bilangan responden


Kereta 11
Van 6
Motosikal 3

Jadual 3 Jenis pengangkutan yang digunakan oleh penduduk di Taman


Sungai Pinang

15%

Kereta
30% 55%
Van
Motosikal

Rajah 2: carta pai yang menunjukkan jenis-jenis pengangkutan penduduk di


Taman Sungai Pinang

Kawasan bandingan iaitu yang tertumpu kepada Pulau Jawa di negara


Indonesia mempunyai tanah pamah yang digunakan untuk petempatan.
Cerun–cerun bukit di Pulau Jawa pula mempunyai kepentingan dalam
pembangunan ekonomi. Pertanian teres dijalankan secara bertingkat-tingkat

12 | M u k a s u r a t
di cerun bukit dengan menanam padi. Pulau Jawa juga mengandungi tidak
kurang dari tiga puluh lapan gunung berapi yang pernah aktif. Setelah
gunung berapi ini tidak aktif(selesai meletus), lava akan mengalir di setiap
lereng gunung dan menjadi kering.

Pertanian teres di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa

Tanih lava bes diperoleh. Kesuburan tanah di kawasan tersebut meningkat


dan ini menggalakkan para petani menanam padi di lereng-lereng gunung,
sekali gus menjimatkan tanah bagi pembinaan petempatan ekoran
daripada penduduknya yang terlalu ramai. Pulau Jawa juga berpotensi
dimajukan sebagai pusat pelancongan Yogyakarta, sebuah daerah di Pulau
Jawa mempunyai sebuah gunung berapi yang masih aktif sejak tahun 1548
iaitu Gunung Merapi, yang kali terakhir meletus pada tahun 2006. Ia menjadi
tarikan pelancong yang ingin menyaksikan kesan letusan lama atau kepulan
asap yang keluar setiap hari dari puncak gunung itu.

13 | M u k a s u r a t
Yogyakarta merupakan pusat pelancongan di Pulau Jawa

Letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa pada tahun 2006

Saya berasa amat bersyukur dan menyayangi tempat tinggal saya iaitu
Taman Sungai Pinang kerana ia bebas daripada sebarang bencana alam,
tidak seperti kawasan bandingan iaitu Pulau Jawa yang penuh dengan
gunung berapi dan cukup berbahaya pada bila-bila masa sahaja apabila
berlakunya letusan gunung berapi.

14 | M u k a s u r a t
8.2 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan
manusia

Bentuk muka bumi juga boleh menghalang manusia menjalankan kegiatan


ekonomi.

Kawasan tanah pamah yang rendah dan sentiasa berair mengakibatkan


kejadian banjir di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang. Kejadian banjir
mengganggu perjalanan di kawasan tersebut kerana semua sistem
tergendala. Justeru, semua kegiatan ekonomi seperti perniagaan tidak dapat
dijalankan. Selain daripada itu, akibat petempatan yang padat, jalan –jalan
yang dibina berdekatan kawasan kajian adalah sempit.

Bagi Pulau Jawa pula, halangan utama bentuk muka bumi terhadap
kegiatan manusia ialah apabila berlakunya letusan gunung berapi. Ia bukan
sahaja mengancam nyawa manusia dan merosakkan harta benda, tetapi
memusnahkan tanaman di lereng-lereng gunung.

8.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar


Kegiatan manusia boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Di
kawasan kajian iaitu Taman Sungai Pinang, terdapat pengusaha kedai
makanan yang membuang sisa-sisa makanan dan sampah-sarap dengan
sewenang-wenangnya ke dalam longkang-longkang mengakibatkan
pencemaran air, tersumbatnya saliran dan seterusnya kejadian banjir kilat.
Sisa bahan mentah dan sisa toksik yang dibuang ke dalam Sungai Putus dari
kilang berhampiran kawasan kajian juga turut menyumbangkan kepada
pencemaran air dan ancaman kepada hidupan air. Pencemaran udara turut
berlaku akibat pembakaran terbuka serta pembebasan debu, asap dan
habuk ke dalam udara dari kilang –kilang.
Selain daripada itu, jalan sempit yang menuju ke Taman Sungai Pinang
menjadi sesak apabila ramai pengguna jalan raya menggunakannya
sebagai jalan pintas menuju ke Taman Klang Utama. Kesesakan sering
berlaku terutamanya ketika pagi dan petang kerana waktu tersebut waktu
puncak orang ramai pergi dan balik dari kerja.

Bagi Pulau Jawa pula, kesan daripada kegiatan pertanian yang tidak diurus
dengan baik dan terancang di cerun-cerun bukit boleh menyebabkan

15 | M u k a s u r a t
hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku. Hakisan tanah memusnahkan
tanaman dan tanah runtuh menyebabkan kerosakan harta benda,
kemudahan awam dan mengorbankan nyawa.

8.4 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan


manusia terhadap alam sekitar

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam


sekitar agar alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga
masa hadapan. Dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih
ketat lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh ditangani. Tong
sampah kitar semula dan juga tapak pelupusan sampah yang banyak
haruslah disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Selain daripada itu, pihak
berkuasa sepatutnya memperbanyakkan lagi tong sampah atau
menambahkan kekerapan mengutip sampah oleh pihak Majlis Perbandaran
Klang di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem perparitan atau sungai
dijadikan tempat pembuangan sampah. Dengan peningkatan jadual
pengutipan sampah di kawasan ini, masalah sampah berbau juga semakin
berkurang dan tiada lagi anjing liar yang menyelongkar sampah. Pihak
berkuasa sepatutnya menyaman kilang-kilang yang cuai dan melakukan
pencemaran terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa
toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan melepaskan asap kotor dan
berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya
menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang dilepaskan
pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak mencemarkan udara. Akhir
sekali, untuk mengatasi masalah ini, penduduk di kawasan kajian haruslah
bertanggungjawab terhadap diri mereka dan keluarga mereka sendiri
dengan menjaga kawasan ini dengan baik.

Beberapa langkah yang lain bagi mengatasi masalah pencemaran yang


berlaku di Taman Sungai Pinang ialah seperti berikut:
 Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan ini
 Mengadakan kempen kesedaran penduduk terhadap kepentingan
menjaga kebersihan persekitaran mereka

16 | M u k a s u r a t
Melalui aktiviti gotong-royong ini, hubungan antara masyarakat berbilang
kaum di kawasan ini dapat dieratkan terutamanya generasi muda. Saya
berpendapat bahawa setiap penduduk di Taman Sungai Pinang seharusnya
peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar bagi memastikan alam
sekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain daripada itu, kita juga harus
menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam
sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini
kekal sebagai warisan alam selama-lamanya.

Bagi mengurangkan kesan kesesakan lalulintas di kawasan kajian, penduduk


di sekitar kawasan ini boleh mengamalkan kongsi kereta. Kesesakan lalulintas
yang biasanya berlaku disebabkan oleh banyak orang menggunakan
kenderaan masing-masing untuk keluar walaupun arah dan tujuannya
adalah sama, contohnya menghantar anak ke sekolah. Jika berkongsi
kenderaan, jalan raya akan menjadi kurang sesak. Selain daripada itu,
menggunakan kenderaan awam seperti bas juga boleh boleh mengatasi
masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini.

17 | M u k a s u r a t
LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP

ALAM SEKITAR DI TAMAN SG PINANG

Langkah Mengatasi:
1. Menyaman kilang-kilang
yang cuai
Masalah: 2. Meningkatkan tong sampah
Pencemaran kitar semula dan tapak
Air pelupusan sampah
3. Menambah tong sampah
dan kekerapan mengutip
sampah

LANGKAH-
LANGKAH
MENGURANGKAN
KESAN KEGIATAN Jenis Masalah Langkah
MANUSIA Mengatasi:
TERHADAP ALAM Masalah:
SEKITAR DI TAMAN Pencemaran Pihak kilang
SG PINANG menapis asap kotor
Udara
yang dikeluarkan
oleh mereka

Langkah
Masalah: Mengatasi:
Kesesakan 1. Berkongsi Kereta
lalulintas 2. mengguna
kenderaan awam

18 | M u k a s u r a t
Bagi hakisan tanah dan tanah runtuh yang berlaku di cerun-cerun bukit di
Pulau Jawa, Indonesia pula, langkah-langkah yang boleh diambil oleh
penduduk di situ untuk menangani masalah tersebut ialah menanam rumput
tutup bumi di lereng-lereng bukit. Selain daripada itu, parit takung, tembok
batu atau simen boleh dibina di cerun bukit yang curam untuk
mengurangkan masalah tersebut.

LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP

ALAM SEKITAR DI PULAU JAWA

LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN Langkah Mengatasi:
Masalah:
KESAN KEGIATAN 1. Menanam rumput tutup bumi
MANUSIA TERHADAP Hakisan Tanah dan Tanah
Runtuh 2. Membina parit takung, tembok batu
ALAM SEKITAR DI Pulau atau simen
Jawa

19 | M u k a s u r a t
9.0 RUMUSAN
Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian
ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di
kawasan kajian iaitu Taman Sungai Pinang, Malaysia serta di negara Indonesia.
Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang
terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara
Indonesia kepada kegiatan manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui
halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang, Malaysia serta negara Indonesia terhadap kegiatan manusia . Akhir sekali,
saya dapat mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di
kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara Indonesia dan
langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di
kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan
infrastruktur yang lengkap. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang
kurang bernasib baik seperti Pulau Jawa yang terlalu padat penduduknya dan
mengalami risiko bencana alam seperti letusan gunung berapi, kawasan tempat
tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai
kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta
penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa
yang ada dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.

20 | M u k a s u r a t
10.0 LAMPIRAN

1. Lampiran 1 – Lampiran makluman kerja kursus Geografi


2. Lampiran 2 – Kebenaran menjalankan kajian Geografi Tempatan
3. Lampiran 3 – Surat kebenaran ibu bapa
4. Lampiran 4 - Soal Selidik

21 | M u k a s u r a t
11.0 RUJUKAN
1. Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Media Network Sdn Bhd (2002) Chong Yoon Choi.

2. Exploring Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Oxford Fajar (2008) Mohd Ismail

3. http://www.google.com
4. http://www.google.com
5. http://www.kjri-johor.org
6. http://www.streetdirectory.com
7. http://maps.701panduan.com
8. http://wikimapia.org

22 | M u k a s u r a t

You might also like