You are on page 1of 25

atmc enterprise

Teknik Mudah Ayat Jualan

ATMC ENTERPRISE
Ebook yang diterbitkan khas oleh ATMC ENTERPRISE

Ebook ini merupakan satu medium bagi pihak kami berkongsi ilmu pengetahuan dan
memberi inspirasi kepada orang ramai

Pesan kami, jangan malu untuk menuntut ilmu kerana pelaburan yang paling untung
adalah pelaburan ilmu.

Buang ego buat duit, buat ego buang duit

Teknik Mudah Ayat Jualan

ATMC ENTERPRISE EBOOK


Edisi Pertama, Feb 2015

ATMC ENTERPRISE 2015


Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sekalipun, sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada pihak ATMC ENTERPRISE

Penulis :

Aidi Safaruddin

Penerbit :
002365643-D
ATMC ENTERPRISE
Kuala Lumpur

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik Mudah
Menulis Ayat
Jualan
Ketahui teknik mudah untuk mencairkan hati pembaca
ayat jualan anda.

Teknik Mudah Ayat Jualan

Kandungan.

M/S

Apa itu pengiklanan


Fokus pada pelanggan, bukan pada anda.
Utamakan kelebihan produk bukan ciri-ciri
Mainkan emosi si pembaca sepenuhnya
Tunjukkan bukti yang cukup serta bina kepercayaan.
Penggunaan USP.
Tulis surat jualan yang mudah di baca.
Gunakan struktur AIDA dalam surat jualan anda.
Strategi terhad
Penutup

Teknik Mudah Ayat Jualan

PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
PEND

Apa itu pengiklanan?

Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh diibaratkan seperti


menari dan menyanyi di televisyen. Selain itu, ia juga boleh diibaratkan seperti
memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.

Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.

Pengiklanan bermaksud menjual.

Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda


beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut.
Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual
kepada pembaca surat khabar tersebut.

Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu
tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita
ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu ditulis.

Teknik Mudah Ayat Jualan


Jadi, matlamat kita dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang
benar-benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak
ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.

Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik


B menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala
yang besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun,
jika anda perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.

Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A
dan dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau
mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B sematamata.

Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D
untuk mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu
tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia
berubah-ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa
untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang
benar-benar berkesan, saya rasa itu hanya akan membazirkan masa anda.
Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik
promosi yang telah terbukti berjaya. Di sini, ada 8 teknik yang kita boleh
gunakan untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik Pertama: Fokus pada pelanggan, bukan


pada perniagaan anda.

Anda tahu, saya rasa sungguh rimas jika ada seseorang datang kepada saya
untuk menjual sesuatu dan ayat pertama yang keluar dari mulutnya adalah
maklumat mengenai syarikatnya.

Assamualaikum encik, saya datang dari syarikat ABC dan boleh saya tahu
nama encik? Syarikat saya sudah enam tahun beroperasi.

Anda tahu tak? Saya rasa menyampah jika disapa sebegitu kerana saya tidak
ada banyak masa. Saya rasa lebih baik untuk jurujual tersebut memulakan
perbualan dengan menerangkan secara telus mengenai produk yang ingin di
jual. Orang putih kata, Straight to the point.
8

Teknik Mudah Ayat Jualan

Assalammualakum encik, Nama saya Auzan dan saya ingin memperkenalkan


produk terbaru dari syarikat saya iaitu Vakum mudah alih.

Kan lebih senang, jika saya berminat, saya akan terus mendengar, jika tidak,
saya akan kata
Maaf, saya tidak berminat.

Situasi di atas sama sahaja ketika anda ingin menulis ayat jualan, ayat jualan
haruslah memberi fokus pada pelanggan. Ketika seorang pelanggan
membaca flyers atau pengiklanan anda, mereka akan tertanya di dalam hati,
Apa faedahnya produk ini pada aku?. Soalan ini anda perlu jawab dengan
pantas.

Oleh itu, anda boleh lihat ayat jualan produk digital di internet, headlines
mereka akan menerangkan dengan tepat dan menarik apa yang produk
mereka lakukan. Contohnya,

Ketahui dengan jelas bagaimana saya menjana pendapatan 100 USD sehari
dengan hanya duduk di hadapan komputer 20 minit sehari.

Apabila seseorang membaca ayat di atas, mindanya mula ligat untuk berfikir
dan mungkin dia akan membeli produk tersebut. Namun, selepas anda
menulis ayat headlines yang menggiurkan seperti di atas, pada rangkap
pertama surat jualan terus anda memperkenal diri anda.

Teknik Mudah Ayat Jualan


Anda perlu ingat, ayat jualan haruslah fokus pada pelanggan atau pembeli
bukan fokus pada anda.

Untuk bahasa Inggeris, penggunaan perkataan you mungkin nampak sesuai


untuk merapatkan antara anda dan pelanggan anda. Bagi bahasa Malaysia,
anda tidak boleh guna perkataan engkau atau awak sebagai alat komunikasi
kerana walaupun ia bersifat peribadi, ia tidak nampak seperti professional.
Untuk bahasa Malaysia, adalah lebih baik untuk gunakan perkataan anda
sebagai alat komunikasi.

Apabila anda menulis ayat jualan, pastikan anda sentiasa memikirkan apa
yang pelanggan mahu dengar bukannya apa yang anda mahu pelanggan
anda dengar dan baca. Fokus pada pelanggan dan berikan mereka
keselesaan.

10

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik kedua : Utamakan kelebihan produk bukan


ciri-ciri.

Teknik kedua dalam menulis ayat jualan adalah menulis secara menyeluruh
kelebihan-kelebihan produk anda. Ciri-ciri produk seperti bahan, warna dan
sebagainya haruslah dihuraikan pada bahagian akhir surat jualan atau dalam
bahagian soal jawab mengenai produk anda.

Ketika menulis surat jualan, anda perlu utamakan kelebihan produk yang
anda jual. Seorang pelanggan tidak akan mencari warna apa yang ada pada
produk anda tetapi mereka mencari faedah-faedah produk yang anda jual.

Sepanjang surat jualan, ceritakan dengan nada yang sangat poyo mengenai
produk anda. kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda semuanya
perlu dimasukkan walau sekecil mana kelebihan itu.

11

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik Ketiga : Mainkan emosi si pembaca


sepenuhnya.

Teknik ketiga adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si
pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda
tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis sesuatu yang boleh
membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.

Jangan lakukan perkara di bawah :


Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad
ini.

12

Teknik Mudah Ayat Jualan

Lakukan perkara di bawah:


Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan
canggih.

Jika anda menggunakan ayat pertama dalam surat jualan anda, anda akan
lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu
apa faedah produk ini kepada mereka.

Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan


sejenak. Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh
gunakan ayat di bawah.

Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda
dengan badan baru yang anda miliki.

Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli


tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan
kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.

13

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik Keempat : Tunjukkan bukti yang kukuh


serta bina kepercayaan.

Pada teknik pertama, saya menyatakan adalah tidak bagus untuk anda
menceritakan mengenai anda tetapi lebihkan fokus pada pelanggan anda.
Namun, ia adalah terhad kepada perkara yang tidak perlu. Untuk menarik
pelanggan untuk membeli dari anda, anda perlu ada bukti dan bina
kepercayaan dari si pembeli.

14

Teknik Mudah Ayat Jualan


Antara teknik untuk membina kepercayaan pelanggan pada produk anda
adalah seperti di bawah:
1. Sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan terdahulu dan sentiasa
meminta mereka memberi pendapat mengenai produk anda. Selepas
itu, anda boleh masukkan pendapat mereka di dalam surat jualan anda.
2. Sentiasa ada testimoni untuk produk anda. Berikan contact para
testimoni untuk memberi gambaran kepada pembaca iklan anda
bahawa testimoni tersebut adalah betul dan bukannya di buat-buat.
3. Pastikan setiap testimoni ada gambar masing-masing.
4. Tunjukkan bukti bahawa anda adalah pakar dalam bidang produk yang
anda jual.
5. Dapatkan testimoni dari seorang pakar dari pihak lain tetapi berada
dalam bidang yang sama. Contohnya, jika anda menjual ubat kuruskan
badan, dapatkan pandangan atau testimoni dari seoarang pakar
makanan.
6. Masukkan bilangan orang yang membeli. Contohnya, produk ini sudah
terjual sebanyak 300 unit dalam masa 2 hari. Ayat seperti ini akan
menyebabkan si pembaca untuk berfikir, tidak mungkin 300 orang yang
membeli sebelum ini adalah bodoh, sudah tentu produk ini berkesan.
7. Berikan jaminan bahawa jika produk yang anda jual tidak berkesan,
anda akan pulangkan wang mereka. Untuk menerbitkan lagi rasa yakin,
nyatakan anda sanggup untuk mengembalikan wang mereka dua kali
ganda dari harga asal.
8. Masukkan seorang selebriti di dalam ayat jualan anda. Katakan anda
menjual produk komputer, masukkan testimoni seorang selebriti sama
ada atlit, ketua kampung, ahli politik, artis atau sesiapa sahaja yang
terkenal.

15

Teknik Mudah Ayat Jualan


9. Dapatkan kata-kata dari seorang yang berjaya. Contohnya, anda
menjual produk perniagaan internet, masukkan kata-kata irfan khairi
mengenai perniagaan internet di dalam ayat jualan. Jika anda menjual
produk kuruskan badan, dapatkan kata-kata dari pemenang big loser
dan masukkan ke dalam ayat jualan anda. Mengambil kata-kata dari
orang yang berjaya akan menerbitkan perasaan kesal di dalam hati
pelanggan jika mereka tidak membeli produk dari anda.

Selain perkara di atas masukkan juga data mengenai produk anda. Jika anda
mengikut apa yang di sarankan di atas, pelanggan akan menganggap produk
anda adalah segala-segalanya atau ia juga boleh menyebabkan mereka
berfikir produk anda terlalu baik untuk dipercayai.

Untuk itu, anda perlu masukkan secara jelas apa yang produk anda mampu
sumbangkan. Apabila mereka membeli nanti, mereka akan rasa puas kerana
mereka sudah tahu apa yang mereka beli.

16

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik Kelima : Penggunaan USP

Guna sepenuhnya USP dalam surat jualan anda. USP bermaksud Unique
Selling Point. Kaji apa yang pesaing anda promosikan kemudian kalahkan
mereka dengan menjadikan produk anda unik.

Cara untuk menjadikan produk anda unik:

Harga murah Jadikan produk anda murah dari pesaing anda. Harga murah
tidak bermaksud anda akan rugi tetapi wujudkan sesuatu yang boleh
membuat pelanggan anda menganggap produk yang anda berbaloi untuk di
beli. Contohnya jadi produk anda berkualiti dan tetapi di jual dengan harga
yang lebih kurang sama dengan pesaing anda yang menjual produk yang
kurang kualitinya.

17

Teknik Mudah Ayat Jualan


Kualiti produk yang terjamin Produk yang berkualiti seperti berkesan,
tahan lama dan mudah untuk di gunakan memang sentiasa menjadi rebutan
pelanggan. Jadikan produk anda unik dengan menyertakan bukti bahawa
produk anda adalah terbaik dari segi kualiti. Masukkan data-data kajian anda
dan kelulusan dari pihak berwajib.

Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang jika anda menjual secara talian,


tawarkan penghantaran percuma ke hadapan rumah. Jika produk yang anda
jual rosak, tawarkan produk baru untuk mereka. Perkhidmatan selepas jualan
memang jarang di tawarkan secara serius oleh mana-mana perniagaan. Jadi,
anda boleh jadikan ini sebagai senjata untuk menjadikan produk yang anda
jual adalah unik. Masukkan ia di dalam surat jualan anda.

Eksklusif tunjukkan di dalam surat jualan bahawa produk yang anda jual
adalah sangat unik dan eksklusif. Beritahu mereka hanya orang-orang terpilih
sahaja yang layak untuk menggunakan produk ini.

18

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik keenam : Tulis surat jualan yang mudah


untuk di baca.

Gunakan font dan warna yang sesuai untuk memastikan surat jualan yang
anda tulis akan di baca oleh pelanggan anda. Tulisan headline haruslah lebih
besar dari biasa kerana pembaca akan membaca headline anda 5 kali lebih
banyak dari surat jualan anda. Untuk itu, mudahkan pembaca untuk membaca
ayat headlines.

Gunakan bullets untuk huraikan kelebihan-kelebihan produk yang anda jual.


Gunakan juga grafik yang cantik dan sesuai untuk mencantikkan surat jualan
anda.

Letakkan harga dengan jelas kerana selepas mereka membaca

headlines, mereka akan mahu tahu berapa harga produk yang anda jual.
Selepas itu, mereka akan mula mencari kelebihan-kelebihan produk yang
anda jual.

Anda perlu susun surat jualan anda dengan cantik dan tersusun supaya apa
yang

anda mahu sampaikan akan sampai kepada si pemabaca untuk

pelanggan.

19

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik ketujuh : Gunakan struktur AIDA dalam


surat jualan anda.

AIDA adalah terdiri daripada:

Attention- Perhatian
Interest- Minat
Desire - Keinginan
Action Tindakan.
20

Teknik Mudah Ayat Jualan

Untuk memaksimakan keuntungan anda melalui pengiklanan yang melibatkan


ayat jualan. Anda perlu ikut susunan teknik ayat jualan yang sudah terbukti
keberkesanannya iaitu teknik AIDA.

Pada permulaan ayat jualan, anda perlu dapatkan perhatian si pembaca untuk
terus membaca. Kemudian tanamkan minat untuk si pembaca untuk terus
membaca apa yang anda tulis dan apa yang anda promosikan.

Selepas itu, ayat jualan haruslah memainkan emosi si pembaca seperti yang
saya nyatakan dalam teknik kedua untuk menimbulkan keinginan membeli
produk yang anda jual. Ketika ini, anda seharusnya memainkan perasaan si
pembaca pada tahap maksimum. Jadikan mereka faham bahawa hidup ini
terlalu singkat untuk mereka tidak memiliki produk yang anda jual.

Pada bahagian akhir, tumpukan perhatian untuk menulis ayat jualan yang
mampu membuat si pembaca untuk melakukan tindakan sama ada membeli,
telefon anda atau apa sahaja tindakan yang anda cadangkan.

21

Teknik Mudah Ayat Jualan

Teknik Kelapan: Strategi terhad.

Senjata paling utama untuk memaksa pelanggan atau si pembaca melakukan


tindakan adalah dengan memanipulasikan strategi terhad. Ada beberapa
perkara yang boleh anda terhadkan. Perkara tersebut adalah

1. Hadkan bilangan produk


Masukkan di dalam ayat jualan anda bahawa produk yang di jual
adalah terhad dan mungkin akan habis pada bila-bila masa. Berikan
mereka satu perasaan istimewa jika mereka memiliki produk yang anda
jual itu kerana ia bersifat terhad.

22

Teknik Mudah Ayat Jualan

2. Hadkan masa
Hadkan sesuatu harga pada masa tertentu atau hadkan pengeluaran
produk pada masa tertentu. Reka satu alasan yang munasabah untuk
anda hadkan masa anda.

3. Had untuk tawaran terhad.


Berikan satu tawaran untuk si pembaca membeli produk dari anda
tetapi ia adalah terhad. Katakan anda menjual ebook mengenai affiliate.
Untuk merancakkan jualan anda boleh emel kepada pakar affiliate yang
lain untuk memberi satu ebook untuk di jadikan bonus terhad. Tawarkan
mereka untuk mengiklankan ebook mereka di bahagian bonus dan
semua pembeli produk anda perlu opt-in di website pakar affiliate
tersebut untuk menerima ebook. Tawaran dari pakar affiliate yang lain
boleh meningkatkan jualan untuk produk anda. Jika anda menjual
kereta, mungkin anda boleh tawarkan tayar percuma secara terhad.

23

Teknik Mudah Ayat Jualan

24

Teknik Mudah Ayat Jualan


PENUTUP
Ayat jualan yang menarik tidak boleh ditiru tetapi ia perlu di buat. Jika anda
tanya kepada copywriter terhebat di seluruh dunia, tiada satu pun yang tahu
bagaimana hendak menulis ayat yang tepat. Mereka hanya mencuba,
mencuba dan mencuba.

Namun, ada persamaan di antara ayat jualan iaitu ia ditulis berdasarkan


sesuatu. 8 teknik yang ditekankan di dalam ebook ini adalah nadi untuk
menghasilkan ayat jualan yang mantap dan hebat. Saya harap anda pelajari
sesuatu darinya.

Akhir kata, terima kasih kerana telah membaca keseluruhan ebook ini. Maka,
besarlah harapan saya agar segala ilmu yang dikongsikan dapat difahami
dengan sebaiknya dan memberikan manfaat yang besar kepada anda.

Tahniah juga kepada para pembaca ebook ini kerana anda telah mengambil
satu langkah ke hadapan dalam usaha anda meningkatkan pelaburan ilmu
anda.

Semoga segala informasi dan ilmu yang disampaikan memberikan anda satu
semangat baru untuk berjuang menjadi usahawan hebat dan capai impian
anda.

-TAMAT25

You might also like