You are on page 1of 1

1.2 ‘TEATER ABSURD’ sejauh manakah penerimaannya?

Teater absurd dalam konteks perkembangan teater kontemporari Malaysia


mula berkembang di negara ini pada dekad 1970-an.Antara tokoh-tokoh dramatis
yang sering dikaitkan dengan perkembangan teater aliran ini ialah Dinsman, Syed
Alwi, Johan Jaaffar, Hatta Azad Khan, Mana Sikana dan Anuar Nor Arai.Antara
karya yang mewakili dramatis ini ialah Protes, Bukan Bunuh Diri, Angin Kering,
Kerusi dan Patung-patung.Gerakan teater absurd ini seolah-olah bergerak dalam
kelompok intelekeual di universiti sahaja dan beransur hilang kekuatannya walaupun
terus dibicarakan.Namun demikian, kinipenggiat dan peminatnya hampir tiada.

Kemuncak teater absurd negara ini adalah pada dekad 1970-an.Masalah


sosioekonomi dan keadaan politik negara yang baharu selepas menghadapi
peristiwa 13 Mei 1969 adalah faktor yang menjadi pemangkin kepada
perkembangan teater absurd.Drama Bukan Lalang ditiup Angin karya dan arahan
Nordin Hassan, yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1971,
menjadi titik tolak kepada perkembangan baharu teater tanah air.Drama ini sudah
tidak lagi mengikuti formula dan bentuk teater realisme kerana Nordin dengan berani
memaparkan permasalahan dan pemikiran baharu dalam satu bentuk teater yang
sarat dengan perlambangan yang abstrak dan surealis.Para dramatis muda ketika
itu yang kebanyakannya mendapat pendidikan di institusi pengajian tinggi
merasakan mereka perlu bersuara dan menyatakan kritikan terhadap persekitaran,
politik dan dasar kerajaan.Mereka merasakan bahawa teater realisme yang
berkembang subur pada dekad 1960-an tidak dapat menyampaikan suara dan
kritikan mereka secar cukup berkesan.Oleh itu, mereka merasakan bahawa aliran
teater absurd mempunyai ruang untuk mereka mengekspresikan perasaan dan
pemikiran mereka.Walaubagaimanapun bentuk aliran teater absurd bukanlah satu
bentuk salinan lansung daripada teater absurd Barat.Teater absurd Melayu ini lebih
kepada bentuk luahan ketidakpuasan mereka terhadap kelemahan sistem
sosioekonomi dan masalah politik yang membelenggu mereka.Jika teater absurd di
Barat lebih dikaitkan dengan falsafah eksistensialisme, sebaliknya teater absyrd
Melayu ini lebih berbentuk ekspresionisme.

Teater absurd adalah antara aliran teater moden dan sejarah perkembangan
aliran ini di Barat boleh di kesan bermula pada dekad 40-an tetapi...........

You might also like