You are on page 1of 121

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

(ILJTM)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MODUL / SUBJEK
F01-03-01 SERVER ADMINISTRATION

DUTI

A. SERVER
CONFIGURATION

dibangunkan oleh:

SUDIRMAN BIN SURATIN


Pegawai Latihan Vokasional
ILP Labuan
09-09-2009

NOTA
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA
(ILJTM)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MODUL / SUBJEK
F01-03-01 SERVER ADMINISTRATION

DUTI

A. SERVER
CONFIGURATION

1.NOTA
A 1.1 INTRODUCTION TO NETWORK OPERATING
SYSTEM (NOS)

TUJUAN :

Pelajar-pelajar mesti boleh :

1. Menerangkan tentang Jenis dan ciri-ciri network operating system.

2. Mengetahui perisian dan spesifikasi network operating system.

PENERANGAN:

Pengenalan

Network Operating System System (NOS) atau Sistem Operasi Rangkaian ialah set
program perisian yang dijalankan di dalam network. Ia digunakan untuk komputer
berfungsi dan berhubung diantara komputer yang lain di dalam network. Sesetengah
program menyediakan keupayaan untuk berkongsi file, printer dan maklumat di dalam
network. Sebagai tambahan, perisian ini menguruskan isu keselamatan dengan
menyediakan setiap pengguna dengan sektor persendirian (private section) di dalam
server dan menjaga penggunan lain dari memasuki sektor tersebut. NOS juga mengawal
kemasukan pengguna yang disimpan di dalam server. Sesetengah pengguna dapat
mengunakan program di dalam network dan sesetengahnya tidak boleh mengunakannya
dan ini dilakukan dengan mengunakan katalaluan (password).

JENIS NETWORK OPERATING SYSTEM

Berdasarkan kepada bagaimana komputer di dalam network di konfigurasi dan bagaimana


komputer di dalam network memasuki atau mendapat maklumat, network di kelaskan
kepada 2 iaitu :

• Peer-to-Peer
• Client -Server

1/ 5
Peer-to Peer Network

Peer-to-Peer (P2P) membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, file dan juga
kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain.
Semua komputer di dalam network adalah sama kerana tidak terdapat central file server.
Keselamatan disediakan oleh local directory database pada setiap komputer. Setiap
komputer berfungsi sebagai client dan juga server, dan biasanya tiada administrator yang
dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan penyelenggara network. Pengguna pada
setiap komputer yang akan menentukan data yang akan dikongsi di dalam network.

Peer-to-Peer network juga dikenali dengan workgroup. Workgroup menggambarkan


kumpulan kecil individu, biasanya 10 atau lebih dan berkerja bersama. Peer-to-peer
network adalah pilihan yang sesuai untuk persekitaran dimana:

• Terdapat 10 atau lebih pengguna.


• Pengguna berkongsi maklumat dan printer
• Keselamatan bukan isu yang diutamakan
• Organisasi dan juga network yang berkembang dengan terhad.

Client-Server Network

Client-Server membolehkan network memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server.
Ia juga merupakan standard model untuk networking. File server menyediakan kebenaran
kemasukan (access) kepada maklumat dan juga menyediakan tahap keselamatan yang
diperlukan. Lebih ramai client boleh berkongsi file yang sama yang terdapat pada file
server. Kelebihan yang paling utama ialah keupayaan untuk memasuki server daripada
platform yang berbeza.

2/ 5
CIRI-CIRI NETWORK OPERATING SYSTEM

1. Menyediakan perkhidmatan perkongsian fail.(Fail Sharing)


2. Menyedikan perkhidmatan cetakan atau printing services.
3. Menyediakan perkhidmatan keselamatan.
4. Menyediakan perkhidmatan aplikasi atau application services.

Perkhidmatan Fail

• membolehkan komputer yang berada di dalam rangkaian berkongsi fail.


• pengguna boleh membaca(read), menulis (write) dan mengurus (manage) fail dan
data.
• perkhidmatan ini melibatkan operasi penyimpanan (storage), pendapatan semula
(retrieval) dan pergerakan fail dan data.
• komputer yang menyediakan perkhidmatan fail di panggil file server.

Printing Service

• menguruskan akses ke pencetak yang dikongsi di rangkaian supaya pengguna


rangkaian dapat menggunakan pencetak tersebut.
• komputer yang menyediakan perkhidmatan fail di panggil print server.

Perkhidmatan keselamatan
• menyediakan keselamatan di dalam rangkaian dan membenarkan pengguna
mengurus dan mengawal rangkaian dengan menggunakan sebuah atau lebih
komputer.
• Perkhidmatan ini menyediakan perlindungan terhadap kehilangan data (data loss)
yang berlaku ketika data digunakan serentak oleh pengguna di dalam rangkaian
komputer.
• Perkhidmatan ini juga yang memberi kebenaran kepada pengguna dan aktiviti yang
boleh dilakukan terhadap data yang dikongsi di dalam rangkaian komputer.

Perkhidmatan applikasi
• Contoh perkhidmatan ini ialah perkhidmatan pesanan dan komunikasi dan web
seperti email dan laman web.
• Mekanisma email ialah perpindahan sesuatu pesanan atau electronic mail dari satu
rangkaian setempat (LAN) ke rangkaian yang lain.
• Contoh application server ialah Microsoft Exchange dan Lotus Notes, Apache dan
Internet Information Services (IIS)

3/ 5
PERISIAN NETWORK OPERATING SYSTEM

Contoh-Contoh NOS
1. Windows 2000 Server & Windows 2000 Advance Server
2. Windows 2003 Server
3. Windows NT Server (4.0)
4. UNIX (Solaris, HPUX)
5. Novell Netware
6. Linux (Red Hat, Slackware,Mandrake,Debian)

Windows NT

Windows NT mempunyai keupayaan multiTASKing dimana komputer boleh melakukan


banyak TASK secara serentak dalam satu masa. Pakej Windows NT server ini
menyediakan sistem keselamatan yang baik dan menepati piawaian C2 oleh kerajaan
Amerika. Salah satu kelebihan utamanya ialah peningkatan kelajuan yang dihasilkan oleh
New Technology File System (NTFS). Antara Kelebihan yang terdapat lain ialah:

• Dibina dengan fault tolerance – ketahanan kerosakan


• Berupaya mengendalikan file gigabyte-size dan juga bebanan lalulintas data yang
berat.
• Menyelia dan menyelenggara operasi network.
• Menghantar message kepada administrator secara automatik apabila terdapat
masalah pada network.
• Skrin paparan yang dipanggil Net Statistic untuk laporan data.

Windows 2000 server, Windows 2000 Advance Server, Windows XP dan Windows 2003
server adalah perisian NOS yang dihasilkan selepas Windows NT. Keupayaan dan
kelebihan perisian-perisian ini adalah berbeza dengan Windows NT. Tetapi semua fungsi
yang ada pada Windows NT terdapat pada perisian-perian berikut kerana ia dihasilkan
berdasarkan Windows NT.

Linux

Linux ialah perisian percuma yang dikeluarkan oleh Free Foundation’s Public License iaitu
sebuah pertubuhan perisian yang menggunakan lesen awam yang percuma. Source code
atupun sumber kod yang digunakan adalah terbuka berbanding Windows NT. Pengguna
boleh mendapatkan perisian ini secara download daripada Internet. Linux untuk pasaran
dikeluarkan oleh syarikat seperti RedHat Software adan Caldera Inc. Syarikat-syarikat ini
menyediakan CD-ROM termasuk develepment tools dan network management tetapi
pengguna perlu membayar untuk perkhidmatan ini. Linux menyokong semua perkakasan,
protokol dan aplikasi pada UNIX. Sebagai tambahan, Linux agak susah untuk digunakan
dan ia biasanya digunakan oleh advance user. Antara perisan Linux yang paling popular
ialah Mandrake, SuSe, Debian, Caldera, Slackware dan FreeBSD.

4/ 5
Novell Netwear

Novell Netwear menyediakan sokongan untuk sais network yang sederhana sehingga 100
user maksimum. Ia menggunakan database untuk mengesan user di dalam network dan
mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Sebagai contoh, administrator boleh
mengawal kebenaran masukan (access) kepada data dan file berdasarkan hari dan masa
dalam sehari kepada user. Sebagai tambahan keselamatan, password yang diberikan
pada user mempunyai had masa dan apabila had tersebut tamat, user akan diarah untuk
mendaftar dengan password yang baru.

5/ 5
A 1.2 WINDOWS ESSENTIALS
SEJARAH WINDOWS SEBAGAI NETWORK OPERATING SYSTEM

Pada tahun 1983 Microsoft mengumumkan pembangunan windows, sebuah perisian


berasaskan antaramuka bergrafik di atas asas MS-DOS. Ia di install bersama komputer
IBM dan jenama lain yang bersesuai. Semenjak itu Windows emngalami pelbagai ivolusi
sehingga hari ini.

Microsoft Windows versi 1.0 di perkenalkan pada 20


November 1985. Ms Windows 1.0 dilengkapi dengan
Windows Paint, Windows Write, jam, contoll panel dan
permainan komputer yang dipanggil Reversi.
Microsoft mencapai kejayaan yang lebih gemilang apabila
Windows 3.0 di lancarkan pada 1990. Ia adalah
penambahbaikan kepada Windows 1.0 dengan
membenarkan user menjalankan multitask dengan
penggunaan virtual memory.

Antaramuka Windows 3.0 bertambah lebih baik dengan


penciptaan VGA Card. Windows 3.0 dengan multimedia
diperkenalkan beberapa bulan kemudian dengan
penambahan perkakasan CD-ROM dan kad bunyi (sound
card)

Dengan penjualan melebihi 10 juta salinan, Windows 3.1


diperkenalkan 2 tahun kemudian. Bermulalah pengusaan
Microsoft terhadap pasaran komputer.
pada 1992 Microsoft melancarkan Windows for
Workgroup (WfW). Windows for Workgroup ditambah baik
dengan driver dan network protocol menggunakan TCP/IP
dan menyokong rangkaian peer-to-peer.

Windows NT 3.1 diperkenalkan pada July 1992


merupakan kesinambungan kepada Windows 3.1.
Penjualan Windows NT medapat pasaran yang melonjak
kerana pada tahun 1993 pejabat siap dengan rangkaian
setempat adalah keadaan biasa. Windows NT adalah
sempurna untuk LAN.

Windows NT juga dilengkapi dengan sistem fail NTFS dan


teknologi baru 32bit API. API pada masa ini dikenali
Win32.

1/4
Windows NT 4.0 dilengkapi dengan antaramuka Windows
95 pada tahun 1995.

Windows NT 4.0 didatangkan dengan 4 versi:


1. Windows NT 4.0 Workstation
2. Windows NT 4.0 Server
3. Windows NT 4.0 Server, Enterprise Edition
(includes support for 8-way SMP and clustering)
4. Windows NT 4.0 Terminal Server
Microsoft melancarkan Windows 2000 semasa
pembangunan Windows NT5.0 pada bulan Februari tahun
2000. Windows 2000 adalah untuk apsaran server dan
workstation.

Windows 2000 dilengkapi dengan perkhidmatan


1. Active Directory
2. Domain Name System (DNS)
3. Lightweight Directory Access Protocol (LDAP)
4. Keberos
5. Terminal services
Windows 2000 didatangkan dengan 6 versi:
1. Windows 2000 Professional
2. Windows 2000 Server
3. Windows 2000 Advanced Server
4. Windows 2000 Datacenter Server
5. Windows 2000 Advanced Server Limited Edition
6. Windows 2000 Datacenter Server Limited Edition

Dilancarkan pada 24 April 2003. Ia dilengkapi dengan ciri-


ciri keselamatan baru. Ciri tambahan lain adalah “Manage
Your Server Wizard” yagn memudahkan pengguna untuk
membuat installation dan konfigurasi.

Windows Server 2008 dilancarkan pada 27 February


2008, yang asalnya dikenali dengan nama Windows
Server "Longhorn". Ia dibina utnuk dipadankan dengan
Windows Vista.
Windows Server 2008 mempunyai 10 versi.
1. Windows Server 2008 Standard Edition (32-bit and
64-bit)
2. Windows Server 2008 Enterprise Edition (32-bit
and 64-bit)
3. Windows Server 2008 Datacenter Edition (32-bit
and 64-bit)
4. Windows HPC Server 2008
5. Windows Web Server 2008 (32-bit and 64-bit)
6. Windows Storage Server 2008 (32-bit and 64-bit)

2/4
7. Windows Small Business Server 2008 (32-bit and
64-bit)
8. Windows Essential Business Server 2008 (32-bit
and 64-bit)
9. Windows Server 2008 for Itanium-based Systems
10. Windows Server 2008 Foundation Server

VERSI WINDOW SERVER 2003

Terdapat 6 jenis versi Window Server 2003. Setiap versi telah ditetapkan jumlah
maksimum RAM dan CPU. Selain itu, juga terdapat versi yang di bina untuk CPU 64 bit.
Terdapat 1 versi yang tidak boleh dibeli dengan software sahaja tetapi didatangkan sekali
dengan hardware.

Window 2003 RAM CPU Penerangan

•Web server sahaja


•Tidak boleh jadi DC
•Unlimited sambungan anonymous
•Maksimum sambungan 10 inbound server
Web Edition ≤2G 2 message block (SMB)
•2-way symmetric multiprocessor(SMP)
•≤ 25 concurrent connections.
•Menyokong MS-SQL Server Database
Engine (MSDE)

•Kegunaan organisasi kecil ke sederhana.


•Boleh jadi multi-purpose DC, Web, File,
Standard Edition ≤ 4G 4 Print , App, DNS, DHCP, Multimedia, MSDE,
POP3, SMTP dll.
•4-way SMP

Enterprise Edition 8 node cluster


≤32G 8
32bit •Kegunaan organisasi besar.
•Menyokong Microsoft Metadirectory Services
64 (MMS).
Enterprise Edition •Hot Add memory
≤ 512G Intel
64bit •Window system Resource manger (WSRM)
Itanium

Datacenter Edition 8 ≤ CPU ≤


≤64G
32bit 32 •8 node cluster
•Kegunaan organisasi besar (bank, Petronas,
8 ≤ CPU ≤ Shell)
Datacenter Edition 64 •Data dengan server (oem)
≤ 512G
64bit Intel
Itanium

3/4
KEPERLUAN PERKAKASAN MINIMUM

Sebelum kita membuat installation kita perlu sediakan perkaksan yang memenuhi
keperluan minimum untuk Window Server 2003. Keperluan minimum Window Server 2003
adalah:

• CPU : 133Mhz
• RAM : 128MB
• HDD : 1.25 GB

Walaubagaimanapun, anda digalakkan menggunakan perkakasan bersepesifikasi berikut:

• CPU : 550Mhz
• RAM : 256MB
• HDD : 2 GB

CIRI-CIRI PENAMBAHBAIKAN WINDOW SERVER 2003

1. Internet Information Services (IIS) v6.0 – WINDOW 2000 menggunakan IIS5


2. Firewall Bina Dalam. Lebih banyak service yang disable secara default.
3. Penambahbaikan kepada Message Queuing.
4. “Manage Your Server” Wizard
5. Penambahbaikan kepada Active Direcotry.
6. Penambahbaikan kepda group policy.
7. Menydiakan sistem sokongan untuk restore fail yang hilang.

4/4
A 1.3 WINDOW 2003 ADMINSTRATION
Folder Group terletak di dalam Console “Local User and Group”
mempamerkan default local group dan juga default local user. Default user
group ini dibina secara automatik apabila Window 2003 diinstall. Jika user
dimasukkan atau menyertai local group ini, user diberikan kebenaran untuk
melakukan tugasan (task) yang berkenaan sahaja. Anda boleh menambah
group mengikut keperluan anda.

DEFAULT USER ACCOUNT

Apabila instalasi Window 2003 telah selesai, 3 akaun dalaman akan terbina
secara default (sedia ada).

Akaun User Penerangan


Administrator Akaun administrator mempunyai kawalan penuh terhadap
server dan boleh memberikan kebenaran dan tahap capaian
kepada user lain. Akaun ini hendaklah digunakan jika hanya
sesuatu tugasan itu memerlukan kebenaran administrator.
Adalah disyorkan akaun ini di set dengan katakunci
(password) yang sukar.

Akaun administrator adalah kumpulan kepada


“Administrator Group” di dalam server. Akaun ini tidak boleh
dipadam atau di pindah. Tetapi ianya boleh dinamakan
dengan nama yang lain atau di ‘disable’ kan.

Adalah disyorkan, anda membuat satu user akaun sendiri


dan masukkan akaun anda ke dalam “Administrator Group”
setelah anda siap siap membuat instalasi window. Dan
gunakan akaun anda sendiri untuk logon ker server.

Guest Akaun ini digunakan oleh orang yang tidak ada akaun
sebenar pada server. Secara default, akaun ini
di‘disable’kan. User yang akaun-nya di‘disable’kan, boleh
guna akaun guest. Akaun ini tidak memerlukan password.

Secara default akaun guest adalah ahli kumpulan Guest


Group, dan ini memberikan kebenaran kepada user untuk
logon ke server. Sebarang perubahan yang ingin dilakukan
pada server memerlukan kebenaran administrator.
‘HelpAssistant’ Akaun ini sekejap ada sekejap tidak ada. Bila user mohon
untuk buat “Remote Assistance”, baru server akan bina
akaun ini secara automatic. Akaun ini diuruskan oleh
“Remote Desktop Help Session Manager”. Capaian ke
computer sangat terhad. Selepas tidak mengunakan
Remote Assistance akaun ini automatic dipadam.

1/4
DEFAULT LOCAL GROUP

Jadual di bawah menunjukkan penerangan berkenaan local group dan juga


kebenaran tugasan/task yang boleh dilakukan oleh user di local server.
Kebenaran ini adalah berdasarkan local security policy sahaja.

Bil Group Penerangan Kebenaran


1 Administrator Ahli kepada group ini 1. Membuat capaian
mempunyai kawalan penuh ke server melalui
keatas server dan boleh network.
memberikan kebenaran kepada 2. Mengubah kuota
user lain untuk melakukan task RAM untuk
mengikut keperluan. Secara sesuatu proses.
default, user administrator 3. Logon secara
(admin) adalah ahli kepada local.
group administrator. Apabila 4. Logon melalui
Server ini menyertai domain, “Terminal
admin bagi domain secara Services”.
automatik akan menjadi ahli 5. Backup dan
kepada group administrator restore.
server ini. Oleh kerana group ini 6. Menukar masa
mempunyai kuasa penuh, dan tarikh server.
berhati-hatilah ketika 7. Debug program.
menambah ahli group ini. 8. Shutdown server
secara remote.
9. Shutdown server.
10. Pemilik kepada
semua objek
dalam server.
2 Backup Ahli kepada group ini boleh 1. Membuat capaian
Operator buat backup dan restore fail-fail ke server melalui
di dalam server, tanpa network.
mengambil kira kebenaran yang 2. Logon secara
ada pada fail tersebut. local.
3. Backup dan
restore fail dan
direktori.
4. Shutdown server.

3 DHCP Ahli group ini mempunyai


Administrator capaian administrator kepada
perkhidmatan DHCP Server
sahaja. User boleh mengurus
DHCP menggunakan “DHCP
server console”.

2/4
Bil Group Penerangan Kebenaran
4 DHCP User Ahli ini boleh membuat capaian
ke maklumat DHCP secara
baca sahaja (read-only).
5 Guest Ahli group ini mempunyai profil
sementara setiap kali logon ke
server. Setiap kali logoff, profil
akan dipadam dan logon
semula dengan profil baru.
6 HelpServicesG Ahli group ini membolehkan
roup user menggunakan aplikasi
Remote Assistance.
7 Network Ahli group ni boleh membuat
Configuration perubahan/kemaskini maklumat
Operators TCP/IP pada sever.
8 Performance Ahli group ini boleh monitor
Monitor User prestasi server secara local
atau remote.
9 Performance Ahli Group ini boleh mengurus
Log User pembilang prestasi, log dan
amaran secara local dan
remote.
10 Power User Ahli group ini boleh bina akaun 1. Capaian ke server
user, kemaskini dan padam secara remote
akaun yang ahli telah bina. Ahli dan local.
boleh buat ‘sharing’ dan 2. Tukar date/time
mengurus fail sharing masing- 3. Shutdown server.
masing.
11 Print Operator Ahli group ini boleh mengurus
pencetak dan giliran cetak
(print queue).
12 Remote Ahli group ini boleh logon ke 1. Logon ke server
Desktop Users server secara remote. melalui Terminal
Services.
13 Replicator Ahli group ini menyokong
aktiviti replication.

14 Terminal Ahli group ini mengandungi


Server Users user yang sedang logon ke
server menggunakan Terminal
Services.

3/4
Bil Group Penerangan Kebenaran
15 Users Ahli group ini boleh melakukan 1. Membuat capaian
task biasa seperti ke server melalui
menggunakan aplikasi, network.
menggunakan pencetak local 2. Logon secara
dan network. User tidak boleh local.
install pencetak dan kongsi
direktori. User yang baru dibina
akan secara automatik menjadi
ahli group ini.
16 WINS Users Ahli kepada group ini
dibenarkan baca sahaja WINS.

4/4
A 1.4 LINUX ESSENTIALS
Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan
edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan Sistem
pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa
pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop (seperti GNOME dan KDE), dan
suite pejabat seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan
yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang
merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam
sesetengah perkara.

Linux menyokong sebahagian besar perkakasan komputer dan telah diguna di dalam
pelbagai peralatan daripada komputer peribadi ke superkomputer dan sistem terbenam
(seperti telefon mudahalih dan perakam video peribadi Tivo).

Tux si burung penguin, maskot inti Linux

Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah
mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard.
Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ianya tidak bergantung kepada
vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya
berbanding versi UNIX, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan
Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model
pembangunan sumber terbuka.

SEJARAH

Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus
Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, sebagai menyerupai kernel Minix yang bebas
dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah
dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada
September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991.

1/5
Berikutnya, beribu orang penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai
projek ini. Lihat juga The Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model
pembangunan kernel Linux dan aturcara seumpamanya.

Sejarah sistem pengoperasian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek
perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983
untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti Unix lengkap pengkompil, aturcara
aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya dikarang sepenuhnya dengan Perisian
Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah
menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini kecuali kernel. Torvalds dan
pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi
dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan Sistem Pengoperasian yang
cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.
Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah GNU General Public License, ia bukannya
sebahagian daripada projek GNU.

Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tandaniaga
(SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai "Perisian sistem
pengoperasian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi". Tandaniaga ini diletak
setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce
Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tandaniaga Linux
adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para
pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tandaniaga yang
asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tandaniaga Linux sekarang dikendali oleh
Linux Mark Institute.

DISTRIBUSI LINUX

Terdapat banyak edaran atau distribusi Linux (lebih dikenali sebagai Distro), yang
dibangunkan oleh individu, koperasi, dan pertubuhan lain. Setiap satunya mungkin
disertakan dengan perisian sistem dan program aplikasi tambahan, di samping
menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.

Teras bagi setiap edaran Linux termasuk Kernel Linux, koleksi perisian daripada projek
GNU (atau projek lain), shell, dan aturcara utiliti seperti pustaka (libraries), Pengkompil,
dan Pengedit (editor). Kebanyakan sistem juga menyertakan aturcara dan utiliti yang
bukan-GNU, bagaimanapun aturcara-aturcara tersebut boleh diasingkan dan masih
menyediakan sistem ala-Unix. Beberapa contoh adalah aturcara dan utiliti daripada BSD
dan Sistem Tetingkap-X (X-Window System). X menyediakan Antaramuka Grafik (GUI)
yang asas bagi sistem Linux.

Kebanyakan Linux menyokong pelbagai bahasa pengaturcaraan. Perisian Core System


seperti libraries dan utiliti asas biasanya diolah dalam bentuk bahasa pengaturcaan C.
Perisian Enterprise selalunya ditulis dalam C, C++, Java, Perl, Ruby atau Python.

2/5
APLIKASI SISTEM PENGOPERASIAN BERASASKAN LINUX

Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan konfigurasi
terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna
Microsoft Windows atau Mac OS. Mereka sering mendapat gelaran "hacker" atau "geek".
Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-
pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian
yang agak baik dalam pasaran komputer pelayan (server) dan komputer guna-khas
(special purpose). Contohnya, mesin render imej, dan servis web. Linux juga mula popular
dalam pasaran komputer "desktop".

Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada


Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP,Python. LAMP telah mencapai kepopularan yang luas di
kalangan pembangun Web.

Linux juga sering digunakan sebagai Sistem Pengoperasian Benam. Kos Linux yang
murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, iaitu komputer
kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di Negara-negara
Membangun.

Dengan Persekitaran Desktop seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan Antaramuka
Pengguna yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows daripada
Antaramuka Baris Arahan seperti Unix. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh
didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada aturcara
komersil.

PASARAN LINUX

Linux yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengoperasian yang digunakan oleh
peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih Ramah-pengguna, dengan
antaramuka grafik yang pelbagai serta aplikasi yang lebih memiripi sistem pengoperasian
konsumer lain, daripada baris arahan Unix. Namun kesan ini telah menimbulkan kritikan
ramai, begitu juga daripada penyokong Linux. Mereka berpendapat yang Linux dan projek
perisian bebas masih belum mencapai faktor ke'bolehpakai'an yang memuaskan.
Persoalan tentang ke'bolehpakai'an Linux berbanding Windows atau Macintosh masih
menjadi isu perdebatan yang hangat. Pasaran Linux dalam komputer "desktop" masih
agak kecil tapi semakin berkembang. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran IDC,
bahagian pasaran bagi Linux pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran pelayan, dan
2.8% bagi pasaran Komputer Peribadi.

Bagi mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau Macintosh, Linux mungkin
kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer.
Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau Mac OS
berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang
sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan
yang agak terhad, terutamanya permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu
pengguna yang berasa susah hendak melepaskan sistem pengoperasian mereka (ramai
pengguna masih menggunakan versi Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan
komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini
menyebabkan perkembangan Linux yang agak perlahan.

3/5
Walaubagaimanapun, kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang
kurang, dan tidak bergantung pada vendor (lack of vendor lock-in), telah menggalakkan
penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan
yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad
digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh
sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan terhadap kos serta ke'bolehpakai'an Linux.
Relevantive, (sebuah syarikat berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam rundingan
syarikat tentang ke'bolehpakai'an perisian, serta servis web), telah membuat kesimpulan
bahawa ke'bolehpakai'an Linux bagi kerja-kerja berkaitan komputer "desktop" adalah
hampir sama dengan Windows XP. Bagaimanapun, kajian oleh IDC (yang dibiayai oleh
Microsoft) membahaskan bahawa Linux mempunyai kos pemilikan (Total Cost of
Ownership) yang lebih tinggi berbanding Windows.

Linux juga sering dikritik disebabkan jadual pembangunannya yang tidak dapat diduga.
Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux
berbanding dengan sistem pengoperasian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang
banyak dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor perisian.

PEMASANGAN (INSTALLATION)

Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru,
namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa
pengeluar PC (Komputer Peribadi) terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan
edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut
(boot) secara terus daripada Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam Cakera keras.
Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo.
Imej ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh dimuat turun daripada
Internet, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan
menerusi rangkaian, menerusi Cakera liut, atau menerusi Kad Rangkaian.

KONFIGURASI

Konfigurasi atau pentadbiran bagi kebanyakan ketetapan(setting) Linux seringkali perlu


dilakukan menerusi penyuntingan fail teks dalam direktori /etc. Terdapat juga aturcara
seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini
dengan menyediakan antaramuka grafik. Namun baris arahan merupakan cara paling
lazim digunakan.

4/5
SOKONGAN

Sokongan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer(dalam konteks ini bermaksud
rakan dalam talian) - pengguna Linux lain di dalam forum internet, newsgroup dan senarai
mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah ditubuhkan di sepelosok
dunia bagi membantu pengguna tempatan (local user), pengguna baru, dan pengguna
berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta
menggalakkan perkembangan sistem Linux.

Pembekal komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan
dengan menyediakan sokongan. Sokongan parti ketiga juga sedia ada.

"GNU/LINUX"

Disebabkan aturcara-aturcara daripada projek sistem pengoperasian bebas GNU - tanpa


ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem Unix dalam perspektif pengguna - Richard
Stallman daripada GNU/FSF memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel
Linux), digelar sebagai "GNU/Linux". Pengguna edaran Linux daripada projek Debian lebih
cenderung mengguna nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah mengguna
istilah "Linux".

5/5
A 1.5 LINUX ADMINISTRATION
Linux, pada kebiasaanya di install tanpa GUI. Oleh yang demikian kita harus tahu serba
sedikit bagaimana untuk buat konfigurasi menggunakan terminal atau command.
Walaubagainapun ada Linux Server yang diinstall bersama GUI seperti RedHat
Enterprise. Untuk mengoptimumkan penggunaan server berasaskan linux adaalh lebih
baik kita install server dengan service yang diperlukan sahaja.

LINUX FILE DIRECTORY

Directory Keterangan
/ root directory, starting point of the directory tree
/home (private) directories of users
/dev device files that represent hardware components
/etc important files for system configuration
/etc/init.d boot scripts
/usr/bin generally accessible programs
/bin programs needed early in the boot process
/usr/sbin programs reserved for the system administrator
/sbin programs reserved for the system administrator and needed for
booting
/usr/include header files for the C compiler
/usr/include/g++ header files for the C++ compiler

1/8
Directory Keterangan
/usr/share/doc various documentation files
/usr/share/man system manual pages (man pages)
/usr/src source code of system software
/usr/src/linux kernel source code
/tmp, /var/tmp temporary files
/usr all application programs
/var configuration files (such as those linked from /usr)
/var/log system log files
/var/adm system administration data
/lib shared libraries (for dynamically linked programs)
/proc process file system
/sys “system” file system where all device information for the kernel
is gathered
/usr/local local, distribution-independent extensions
/opt optional software, larger add-on program packages (such as
KDE, GNOME, Netscape)

LINUX BASH COMMAND

alias Create an alias


apropos Search Help manual pages (man -k)
awk Find and Replace text, database sort/validate/index
break Exit from a loop
builtin Run a shell builtin
bzip2 Compress or decompress named file(s)
cal Display a calendar
case Conditionally perform a command
cat Display the contents of a file
cd Change Directory
cfdisk Partition table manipulator for Linux
chgrp Change group ownership
chmod Change access permissions
chown Change file owner and group
chroot Run a command with a different root directory
cksum Print CRC checksum and byte counts
clear Clear terminal screen
cmp Compare two files
comm Compare two sorted files line by line
command Run a command - ignoring shell functions
continue Resume the next iteration of a loop
cp Copy one or more files to another location
cron Daemon to execute scheduled commands

2/8
crontab Schedule a command to run at a later time
csplit Split a file into context-determined pieces
cut Divide a file into several parts
date Display or change the date & time
dc Desk Calculator
dd Data Dump - Convert and copy a file
declare Declare variables and give them attributes
df Display free disk space
diff Display the differences between two files
diff3 Show differences among three files
dig DNS lookup
dir Briefly list directory contents
dircolors Colour setup for `ls'
dirname Convert a full pathname to just a path
dirs Display list of remembered directories
du Estimate file space usage
echo Display message on screen
egrep Search file(s) for lines that match an extended expression
eject Eject removable media
enable Enable and disable builtin shell commands
env Environment variables
ethtool Ethernet card settings
eval Evaluate several commands/arguments
exec Execute a command
exit Exit the shell
expand Convert tabs to spaces
export Set an environment variable
expr Evaluate expressions
false Do nothing, unsuccessfully
fdformat Low-level format a floppy disk
fdisk Partition table manipulator for Linux
fgrep Search file(s) for lines that match a fixed string
file Determine file type
find Search for files that meet a desired criteria
fmt Reformat paragraph text
fold Wrap text to fit a specified width.
for Expand words, and execute commands
format Format disks or tapes
free Display memory usage
fsck File system consistency check and repair
ftp File Transfer Protocol
function Define Function Macros
gawk Find and Replace text within file(s)
getopts Parse positional parameters
grep Search file(s) for lines that match a given pattern
groups Print group names a user is in
gzip Compress or decompress named file(s)
hash Remember the full pathname of a name argument
head Output the first part of file(s)
history Command History

3/8
hostname Print or set system name
id Print user and group id's
if Conditionally perform a command
ifconfig Configure a network interface
import Capture an X server screen and save the image to file
install Copy files and set attributes
join Join lines on a common field
kill Stop a process from running
less Display output one screen at a time
let Perform arithmetic on shell variables
ln Make links between files
local Create variables
locate Find files
logname Print current login name
logout Exit a login shell
look Display lines beginning with a given string
lpc Line printer control program
lpr Off line print
lprint Print a file
lprintd Abort a print job
lprintq List the print queue
lprm Remove jobs from the print queue
ls List information about file(s)
lsof List open files
make Recompile a group of programs
man Help manual
mkdir Create new folder(s)
mkfifo Make FIFOs (named pipes)
mkisofs Create an hybrid ISO9660/JOLIET/HFS filesystem
mknod Make block or character special files
more Display output one screen at a time
mount Mount a file system
mtools Manipulate MS-DOS files
mv Move or rename files or directories
netstat Networking information
nice Set the priority of a command or job
nl Number lines and write files
nohup Run a command immune to hangups
nslookup Query Internet name servers interactively
passwd Modify a user password
paste Merge lines of files
pathchk Check file name portability
ping Test a network connection
popd Restore the previous value of the current directory
pr Prepare files for printing
printcap Printer capability database
printenv Print environment variables
printf Format and print data
ps Process status
pushd Save and then change the current directory

4/8
pwd Print Working Directory
quota Display disk usage and limits
quotacheck Scan a file system for disk usage
quotactl Set disk quotas
ram ram disk device
rcp Copy files between two machines.
read read a line from standard input
readonly Mark variables/functions as readonly
remsync Synchronize remote files via email
return Exit a shell function
rm Remove files
rmdir Remove folder(s)
rsync Remote file copy (Synchronize file trees)
screen Terminal window manager
scp Secure copy (remote file copy)
sdiff Merge two files interactively
sed Stream Editor
select Accept keyboard input
seq Print numeric sequences
set Manipulate shell variables and functions
sftp Secure File Transfer Program
shift Shift positional parameters
shopt Shell Options
shutdown Shutdown or restart linux
sleep Delay for a specified time
sort Sort text files
source Run commands from a file `.'
split Split a file into fixed-size pieces
ssh Secure Shell client (remote login program)
strace Trace system calls and signals
su Substitute user identity
sum Print a checksum for a file
symlink Make a new name for a file
sync Synchronize data on disk with memory
tail Output the last part of files
tar Tape ARchiver
tee Redirect output to multiple files
test Evaluate a conditional expression
time Measure Program running time
times User and system times
touch Change file timestamps
top List processes running on the system
traceroute Trace Route to Host
trap Run a command when a signal is set(bourne)
tr Translate, squeeze, and/or delete characters
true Do nothing, successfully
tsort Topological sort
tty Print filename of terminal on stdin
type Describe a command
ulimit Limit user resources

5/8
umask Users file creation mask
umount Unmount a device
unalias Remove an alias
uname Print system information
unexpand Convert spaces to tabs
uniq Uniquify files
units Convert units from one scale to another
unset Remove variable or function names
unshar Unpack shell archive scripts
until Execute commands (until error)
useradd Create new user account
usermod Modify user account
users List users currently logged in
uuencode Encode a binary file
uudecode Decode a file created by uuencode
v Verbosely list directory contents (`ls -l -b')
vdir Verbosely list directory contents (`ls -l -b')
vi Text Editor
watch Execute/display a program periodically
wc Print byte, word, and line counts
whereis Report all known instances of a command
which Locate a program file in the user's path.
while Execute commands
who Print all usernames currently logged in
whoami Print the current user id and name (`id -un')
Wget Retrieve web pages or files via HTTP, HTTPS or FTP
xargs Execute utility, passing constructed argument list(s)
yes Print a string until interrupted
.period Run commands from a file
### Comment / Remark

LINUX BASH SYNTAX : VI EDITOR COMMANDS

Switch to Text or Insert mode:


Open line above
O
cursor
Insert text at Insert text after Append text at
I Insert text at cursor i a A
beginning of line cursor line end
Open line below
o
cursor

Switch to Command mode:


Switch to command mode <ESC>

6/8
Cursor Movement (command mode):
Scroll Backward 1
<ctrl>b
screen
Scroll Up 1/2 screen <ctrl>u
Go to beginning of
0 Go to line n nG Go to end of line $
line
Scroll Down 1/2
<ctrl>d Go to line number ## :##
screen
Scroll Forward 1
<ctrl>f
screen
Go to last line G
Scroll by sentence
()
f/b
Move left, down, up,
Scroll by word f/b wb hjkl Left 6 chars 6h
right
Directional Movement Arrow Keys Go to line #6 6G

Deleting text (command mode):


Change word cw Replace one character r
Delete entire line (to
Delete word dw Delete text at cursor x dd
buffer)
Delete current to end
D Delete 5 lines (to buffer) 5dd
of line
Delete lines 5-10 :5,10d

Editing (command mode):


Copy lines 1-2/paste
Copy line yy Copy n lines nyy :1,2t 3
after 3
Paste above
P
current line
Paste below Move lines 4-5/paste
p :4,5m 6
current line after 6
Join previous line J
Search backward Search forward Find next string
?string /string n
for string for string occurrence
% (entire file) s
(search and :
replace) /old text %s/oldstrin Ignore case during
:set ic
with new/ c g/newstring search
(confirm) g (global - /cg
all)
Repeat last . Undo previous u Undo all changes to U
command command line

7/8
Save and Quit (command mode):
Save changes to Save changes and
:w :wq Save file to new file :w file
buffer quit vi
Quit without saving :q! Save lines to new file :10,15w file

8/8
A 1.6 INSTALASI WINDOW SERVER 2003
Keperluan:

1. CD Window Server 2003 (Win2k3) yang ‘bootable’


2. CD Drive
3. Pentium 133MHz
4. NIC
5. 2GB HDD
6. 128MB RAM

Langkah – langkah

1. Masukkan CD Win2k3 kedalam CD Drive.


2. ‘On’ kan sistem (PC / Laptop / Server).
3. Setelah seketika akan terpamer ayat “Pres any key to boot from CD....”.
4. Tekan mana-mana kekunci pada keyboard.

Rajah 1

Rajah 2

5. Tekan butang
a. ENTER untuk install Win2k3 Baru.
b. R untuk repair.
c. F3 untuk batalkan instalasi.

Untuk tujuan instalasi ini kita tekan butang ENTER.

1/6
Rajah 3

6. Akan terpamer Perjanjian untuk penggunaan Win2k3. Tekan butang


a. F8 untuk setuju.
b. ESC untuk tidak bersetuju.
c. Page DOWN untuk membaca muka berikutnya.

Untuk tujuan instalasi tekan butang F8. (Tiada Pilihan)

Rajah 4

7. Paparan seperti Rajah 4 adalah bagi memilih lokasi dan saiz HDD tempat
Win2k3 akan diinstall.
a. Untuk install terus ke dalam HDD yang dipilih secara automatik,
tekan butang ENTER.
b. Untuk membina partition pada HDD yang dipilih tekan butang ‘C’.
c. Untuk buang / delete partition sedia ada, tekan butang ‘D’.

Untuk tujuan instalasi ini tekan butang ENTER.

Rajah 5

8. Komputer akan fomat HDD. 2 pilihan diberikan, samada ‘quick format’


atau format biasa. Format biasa akan buang semua data dan membuat

2/6
imbasan terhadap ‘bad sector’. Bagi ‘quick format’ pula data akan dibuang
tetapi imbasan terhadap ‘bad sector’ tidak dilakukan.

Bagi tujuan latihan ini kita gunakan ‘quick format’ untuk menjimatkan
masa. Tekan butang ENTER untuk meneruskan proses.

Rajah 6

9. Setelah HDD diformat komputer akan buat salinan fail Win2k3 ke HDD.

Rajah 7

10. Selepas semua fail yang diperlukan untuk instalasi di salin ke HDD,
komputer akan restart. Apabila sampai ayat “Pres any key to boot from
CD...”. Jangan tekan apa-apa butang.

Rajah 8

Rajah 9

11. Apabila tetingkap “Regional and Language Options” seperti di rajah


sebelan terpamer. Klik butang Next.

3/6
Rajah 10

11. Apabila Tetingkap “Personalize Your Software” terpamer seperti di dalam


Rajah 11, taipkan Nama dan Syarikat di ruang yang disediakan. Klik
butang Next.

Rajah 11

12. Masukkan No Produk (25 aksara). Klik butang Next.

Rajah 12

Rajah 13

13. Pilih jenis Lesen. Tekan butang Next.

4/6
14. Masukkan Nama Komputer dan katalaluan bagi “System Administrator”
dan klik butang Next.

Rajah14

Rajah 15

15. Pilih “Time Zone” dan klik butang Next.


16. Pada tetingkap “Networking Settings”, pilih typical settinng dan klik butang
Next.

Rajah 16

Rajah 17

17. Pada tetingkap “Workgroup or Computer Domain” klik butang Next.

5/6
Rajah 18

Rajah 19

18. Setelah selesai instalasi, server akan restart dan akan terpamer “Login
screen” seperti Rajah 19.
19. Taipkan kata laluan bagi administrator dan klik butang OK.

Rajah 20.

Rajah 21: Antaramuka Window Server 2003

6/6
A 1.7 INSTALL SME SERVER
KEPERLUAN

1. SME LINUX CD KIT


2. PC

LANGKAH-LANGKAH

1. Masukkan CD kedalam PC.


2. “On” kan PC.
3. PC akan boot dari CD.

4. Tekan butang Enter.

5. Server scan cd untuk buat pemeriksaan. Pilih OK

1 / 10
6. Klik OK.

7. Jika ada cd lain untuk di test klik butang test. Untuk install klik butang Continue.

2 / 10
8. Pilih Bahasa = English.

9. Pilih layout Keyboard = us.

10. Server akan pamer tetingkap warning persediaan proses format HDD. Klik Yes.

3 / 10
11. Pilih zon masa = Asia / Kuala Lumpur

4 / 10
12. Reboot Server

13. Server akan soal berkenaan Restore From Backup. Pilih 'No'.

5 / 10
14. Masukkan password yang sesuai. Contoh: P@ssw0rd

15. Masukkan password yang sama sekali lagi untuk pempastian.

16. Masukkan Primary Domain Name = tks.com

6 / 10
17. Masukkan Nama Server

18. Masukkan Alamat IP = 192.168.0.20

19. Masukkan Subnet mask = 255.255.255.0

7 / 10
20. Pilih operation mode = Server Only

21. Masukkan default gateway = 192.168.0.1

22. Set DHCP server configuration = Off

8 / 10
23. Masukkan alamat IP DNS = 192.168.0.5

24. Activate configuration changes = Yes

9 / 10
25. Login sebagai = root, password = P@ssw0rd

10 / 10
A 2.1 TYPE OF SERVER AND SPESIFICATION
JENIS-JENIS SERVER (FIZIKAL)

Sehingga 2008 terdapat 3 jenis server:

1. Tower Server
2. Rack-Mounted Server
3. Blade Server

Tower Server

Server ini adalah server yang paling asas. secara fizikal boleh digambarkan seperti
PC atau workstation. Server ini ditempatkan dilantai atau di meja. Ada server yang
mempunyai kaki/tapak bagi memberikan kesetabilan kerana server ini sangat berat.

Server ini mempunyai monitor, keyboard dan mouse yang disambung secara
individu. Bermaksud setiap server menpunyai monitor. Keyboard dan mouse sendiri.

1/9
Rack Mounted Server

Server jenis ini boleh digambarkan seperti kotak pizza. Server ini berketinggian
minium 1.75” dan lebar 19”. 1.75” ini digambarkan sebagai ‘1U’ dimana ‘U’ adalah
‘Unit’. Server jenis ini boleh menjadi 1U, 2U 3U dan 4U.

Walaubagaimanapun server ini perlu mempunyai peralatan tambahan iaitu rak


server. Server jenis ini perlu diletakkan di dalam rak server. Kelebihannya server
boleh diatur dengan teratur dan mengurangkan penggunaan runga jika terdapat
banyak server.

2/9
Blade Server

Server ini adalah server terkecil tetapi berkuasa. Walaubagaimanapun server ini
perlu dimasukkan kedalam casis yang khas. Casis ini mengandungi slot yang server
blade boleh dimasukkan dengan mudah tanpa perlu ada penyambungan lain, seperti
keayboard, maouse, monitor dan network.

Blade server direka khusus untuk kemudahan “pasang dan buka”. Casis untuk
server ini adalah dalam bentuk Rack-Mounted berukuran 10U. Dengan kehadiran
blade server, lebih ruang lagi untuk server.

3/9
Perkakasan Tambahan

Apabila pengguna membuat pembelian server, server tidak didatangkan dengan


monitor, keyboard dan mouse seperti membeli PC. Oleh yang demikian pengguna
perlu tambah di dalam spesifikasi pembelian kita.

Pada kebiasaanya semua server di dalam bilik server disambungkan kepada satu
alat yang dinamakan KVM (Keyboard - VGA – Mouse) Switch.

Server ini disusun didalam rak server dan mberkongsi 1 monitor, 1 keyboard dan 1
mouse. Setiap mouse, keyboard dan monitor server dihubungkan kepada KVM
Switch. Output KVM ini disambung pula ke mouse, keyboard dan monitor.
Pengguna perlu pilih untuk pamer server yang tertentu.

4/9
SPESIFIKASI PERKAKASAN SERVER

Perkakasan server yang digunakan untuk menyokong Network Operating System


adalah mengikut keperluan. Ada perkakasan yang dibina khusus untuk sesuatu
perkakasan ada pula Network Operating System yang boleh di install di mana –
mana perkakasan. Berikut adalah spesifikasi server yang perlu diambil kira apabila
ingin membuat satu instalasi Network Operating System.

4. CPU / Pemproses / Processor


e. Jenis
f. Kelajuan CPU
g. Bilangan CPU

8. Memory
i. Jenis
j. Saiz memory
k. Saiz maksimum
l. Bilangan Slot

13. Storage
n. Jenis Storage
o. Saiz Storage
p. Kelajuan Storage
q. HDD Contoller

18. Jenis Casis


19. Optical Drive
20. Chipset (Mainboard)
21. Network Interface Card
22. Input/Output Port
23. Power Supply
24. Network Operating System
25. Jaminan

5/9
Server Processor

Semua jenis processor boleh mejadi processor untuk server anda.


Walaubagamanapun ia bergantung kepada service apa yang anda ingin bangunkan.

Processor yang biasa digunakan bersama server adalah seperti berikut:

1. Intel Xeon
2. Intel Itanium
3. AMD Opteron
4. Sun SPARC (Scalable Processor Architecture)

Server Processor didatang dengan 2 varian

1. 32 bit
2. 64 bit

Ada Network Operating System yang dibina khusus untuk CPU 64 Bit. Sebagai
contoh Window Server 2003 Enterprice 64 bit.

6/9
Server Memory

Memory datang sekali dengan sever adalah jenis ECC. ECC bermaksud (Error
Correction Codes). Pada kebiasaanya ia dipanggil ECC RAM (bergantung jenis
RAM). ECC adalah kaedah yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan
error yang dihasilkan semasa penyimpanan atau penghantaran data.

ECC memory biasanya digunakan di dalam server. Ini kerana server beroperasi
dalam masa 24 jam sehari dan kebarangkalian untuk medatangkan error dalam
penghantaran data adalah lebih tinggi.

Memory Error ada 2 jenis

1. Hard
2. Soft

Hard error disebabkan kerosakan semasa pembikinan memory dan tidak boleh di
baiki. Manakala soft error berlaku akibat gangguan elektrikal semasa operasi server.

Memory eoor yang tidak dibaiki dengan segera akan menjadikan server boleh
“crash”. Ini bertentangan dengan prinsip server yang perlu “up” 24 jam. Oleh y ang
demikian ECC memory adalah sangan sesuai dengan penggunaan dengan server.

ECC emmory menggunakan

1. Kod Hamming, atau


2. Triple Modular Redundency

sebagai kaedah mengesan error.

Kaedah diatas dinamakan kod “Forward Error Correction” (FEC) dimana memory
membuat pembetulan dengan sendiri. Memory lain akan minta sistem hantar data
baru jika berlaku kerosakan data. Dengan kaedah ini, sistem boleh berjalan dengan
lebih laju.

7/9
Storage

Cakera Keras (Hard Disk)

Hard Diks Drive (HDD) yang digunakan untuk server mestilah boleh “Hot Swap”
bermaksud boleh dipasang semasa server sedang “on”.

Sehingga kini server menggunakan

1. SCSI (Small Computer System Interface) HDD. SCSI adalah piawaian untuk
sambungan secara selari (parallel). Satu SCSI Controller bolehsambung 4
hingga 8 drive.

2. SATA (Serial ATA) HDD adalah penambahbaikan kepada ATA harddisk. ATA
menggunakan penghantaran data secara selari. SATA menukar
penghantaran DATA kepada sesiri. SATA kini semakin popular kerana
penghantaran data yang laju.

3. SAS (Serial Attach SCSI) adalah penambahbaikan kepada SCSI. Sebelun


tahun 2009, SAS tidak begitu popular kerana kelajuan yang rendah
benbanding SCSI. Bermula tahun 2009 SAS telah menjadi lebih laju dari
SCSI dan semakin banyak digunakan dalam server.

RAID Controller

Secara asasnya RAID (Redundant Array of Independent Disks) mengabungkan 2


atau lebih HDD. Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan mengelakkan
kegagalan HDD. Operating System akan mlihat beberapa HDD ini sebagai satu
HDD kerana RAID Controller akan membahagikan data mengikut jenis RAID ke
HDD yang berkenaan.

8/9
Power Supply

Power Suply untuk server biasanya ada 2. Power supply ini dipanggil Redundent
Power Supply. Setiap 1 power supply dilengkapi dengan backup battery. Dengan 2
power supply server akan dipastikan sentiasa “up” jika salah satu power supply
“down”

9/9
A 2.2 CONFIGURE SERVER SERVICE
DNS – DOMAIN NAME SYSTEM

DNS / Sistem Penamaan Domain adalah sebuah sistem yang menyimpan informasi
tentang nama host ataupun nama domain dalam bentuk distributed database di dalam
jaringan komputer, sebagai contoh: Internet. DNS menyediakan alamat IP untuk setiap
nama host dan menyimpan data setiap email server yang menerima email untuk setiap
domain.

DNS menyediakan servis yang cukup penting untuk Internet, apabila komputer dan
rangkaian bekerja dengan alamat IP untuk mengerjakan tugas seperti pengalamatan dan
routing, manusia pada umumnya lebih memilih untuk menggunakan nama host dan nama
domain, adalah sukar bagi manusia untuk mngingati alamat IP berbanding nama host.

Contoh: Pengguna akan membuka laman web dengan menaip alamat


www.ilplabuan.gov.my dan bukannya http://58.26.6.38.

Sejarah Ringkas DNS

Dahulu, setiap komputer di jaringan komputer menggunakan file HOSTS.TXT dari SIR
(sekarang SIR International), yang memetakan sebuah alamat ke sebuah nama (secara
teknikal, file ini masih ada - sebagian besar sistem operasi moden menggunakannya baik
secara default mahupun melalui konfigurasi, dapat melihat Hosts file untuk menyamakan
sebuah nama host menjadi sebuah alamat IP sebelum melakukan pencarian via DNS).

Didalam OS Window, fail Hosts boleh didapati di


C:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts.

# Copyright (c) 1993-1999 Microsoft Corp.


#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host

localhost
58.26.6.38 www.ilplabuan.gov.my

Namun, sistem tersebut diatas mewarisi beberapa kelemahan, setiap kali sebuah alamat
komputer berubah, setiap sistem yang hendak berhubungan dengan komputer tersebut
harus melakukan update terhadap file Hosts.

1 / 11
Dengan berkembangnya rangkaian komputer, memudahkan sistem yang boleh
dikembangkan: sebuah sistem yang boleh mengganti alamat host hanya di satu tempat,
host lain akan mempelajari perubahan tersebut secara dinamik. Inilah DNS.

Paul Mockapetris menemukan DNS di tahun 1983.


Pada tahun 1984, 4 pelajar Universiti Berkely, Douglas Terry, Mark Painter, David Riggle
dan Songnian Zhou mengaplikasikan DNS pada unix dan di teruskan usaha mereka oleh
Ralph Campbell.

Pada tahun 1985, Kevin Dunlap, dari Digital Equipment Corporation menulis semula DNS
untuk linus ini dan diberikan nama BIND (Berkeley Internet Name Domain). Sehingga kini
BIND digunakan secara meluas pada system berasaskan Unix.

Perkataan yang yang berkaitan DNS

DNS resolver, sebuah program klien yang run di komputer pengguna, yang membuat
permintaan DNS.

Recursive query, DNS melakukan pencarian, dan mengembalikan jawaban kepada


resolver tersebut;

Authoritative DNS server yang memberikan jawaban terhadap permintaan dari recursor,
baik dalam bentuk sebuah jawaban, ataupun dalam bentuk delegasi (Contoh: mengajukan
ke authoritative DNS server lain)

Bahagian pada Domain Name

Domain name di Malaysia biasanya terbahagi kepada lebih 2 bahagian. Sebagai contoh:
ilplabuan.gov.my (3 bahagian), yahoo.com (2 bahagian)

ilplabuan - 1 bahagian
gov - 1 bahagian
my - 1 bahagian

Domain name ditulis dengan menggunakan ‘dot’ / ‘ . ’ untuk memisahkan setiap bahagian.

Bahagian paling kanan pada domain name dipanggil Top-level-domain . Top-level-domain


bagi ilplabuan.gov.my adalah ‘my’

Sub domain pula adalah bahagian selepas top-level-domain. Sebagai contoh, ‘gov.my’
adalah sub domain bagi domain ‘my’ dan ilplabuan.gov.my dalah sub domain bagi
‘gov.my’
Sub domain dibenarkan sehingga 127 level (secara teori). Secara praktiknya ia lebih
pendek.

Pendaftaran Domain
Bagi membolehkan laman web anda dicapai dari internet, anda perlu daftar domain name
anda kepada Mynic. Bayaran RM80 setahun perlu dijelaskan.

2 / 11
DOMAIN CONTROLLER

Pengenalan

Domain Controller adalah server yang mengawal semua sumber dan objek di dalam
sesuatu network. Domain Controller wujud pada rangkaian komputer Window.

Sejarah

Dalam Window NT, satu domain controller yang di konfigurasi pada satu domain dipanggil
Primary Domain Controller (PDC). Domain Controller lain yang terdapat pada domain
yang sama dipanggil Backup Domain Controller (BDC). BDC boleh mengesahkan
(authenticate) user dalam domain tetapi semua update ke domain hanya boleh dilakukan
oleh PDC.

Di dalam Window 2000, telah diperkenalkan Active Directory (AD), dimana menghapuskan
kebanyakan konsep PDC dan BDC.

Window 2003 Active Directory

Active directory dalam Window Server 2003 adalah direktori struktur yang menyimpan
maklumat objek pada network secara hirarki. Perkhidmatan Direktori adalah seperti Active
Directory Domain Services yang menyimpan data yang ada didalam network untuk
kegunaan user dan administrator.

Objek yang disimpan didalam active directory adalah data yang boleh dikongsi seperti
berikut:

• Network users
• Komputer
• Printer
• Server
• Network Storage

Dengan adanya Active Directory ini, administrator boleh mengawal semua sumber yang
dikongsi dengan satu logon sahaja. Polisi-polisi tertentu boleh dikenakan kepada user
tertentu bagi mengawal sumber di dalam rangkaian.

3 / 11
E-MAIL SERVER
Pengenalan

Window 2003 Server secara default menyediakan sistem emel yang ringkas. Sistem emel
ini boleh di konfigurasi dengan Domain Controller. Emel Server boleh dikonfigurasi dengan
menggunakan POP3 atau SMTP.

POP3

POP3 adalah Post Office Protocol 3. Ia adalah protocol piawai bagi mendapatkan emel.
Protokol POP3 mengawal sambungan diantara “POP3 Email Client” dengan Server yang
menyimpan emel. Perkhidmatan POP3 (POP3 Service) menggunakan protokol POP3
untuk mengambil emel dari server emel ke POP3 Emel Client.

Protokol POP3 mempunyai 3 peringkat proses dalam menghubungkan server dengan


client.

1. Authentication
2. Transaction
3. Update

Semasa peringkat authentication, POP3 email client perlu pengesahan dari server
sebelum penggunakan boleh mengambil emel mereka. Jika username dan password yang
dimasukkan oleh pengguna padan dengan maklumat di dalam server, pengguna akan
mendapat kebenaran untuk ke peringkat transaction. Jika tidak penggunakan akan
mendapat mesej error dan tidak dibenarkan untuk mengambil emel.

Untuk memastikan tiada kerosakan selepas pengguna membuat pengesahan, POP3


Service mengunci mailbox pengguna. Emel baru yang masuk kedalam mail box selepas
pengguna authenticated (dan mail box telah di lock) tidak boleh diambil / muaturun
sehingga sambungan di putuskan. Juga hanya 1 sambungan kepada mailbox pada satu-
satu masa. Tambahan sambungan, server akan tolak.

Semasa peringkat transaction, pengguna menghantar arahan POP3 dan server menerima
dan memberi maklum balas berdasarkan kepada protokol POP3. Mana-mana pengguna
yang membuat arahan yang tidak diterima mengikut protokol POP3, pengguna akan
menerima mesej error.

Peringkat update akan menutup sambungan antara client dengan server. Ia adalah arahan
terakhir yang client hantar.

Selepas sambungan ditutup, emel yang di simpan akan memberikan maklum balas
kepada server. Sebagai contoh: selepas pengguna berjaya mengambil emel, emel
tersebut akan ditandakan untuk didelete dari server, kecuali user membuat konfigurasi
berlainan.

4 / 11
Konsep Sistem Emel POP3

Sistem Emel POP3 mengandungi 3 komponen

1. POP3 Emel Client


2. Simple Mail Tranfer Protocol (SMTP) Service
3. POP3 service

POP3 Emel Client

POP 3 emel client adalah software yang digunakan untuk membaca, mengarang dan
mengurus emel.

POP3 emel client mengambil emel dari emel server dan menghantar ke komputer
pengguna supaya ia boleh diurus oleh pengguna. Sebagai contoh emel client yang guna
POP3 adalah Outlook Express.

SMTP Service

Sistem penghataran emel yang menghalakan emel dari penghantar kepada penerima
menggunakan protokol SMTP.

POP3 menggunakan SMTP service sebagai sistem penghantar. Emel dikarang di POP3
emel client, kemudian pengguna membuat sambungan ke rangkaian dan SMTP
mengambil dan menghantar emel kepada emel server penerima.

POP3 Service

Sistem yang download emel dari emel server ke dalam komputer pengguna menggunakan
protokol POP3.

Protokol POP3 mengawal sambungan diantara POP3 emel client dengan server yang
menyimpan emel.

Adminitrator mengawal POP3 Service berdasarkan 3 peringkat pengurusan:

1. Mail Server
2. Email domain
3. Mailbox

Mail Server

Komputer yang diinstall dengan POP3 service. Pengguna membuat sambungan


kepadanya untuk mengambil emel mereka.

Emel Domain

Emel Domain mestilah didaftarkan di Internet Service Provider (ISP) dan sama dengan
maklumat mail eXchanger (MX) di DNS Server.

5 / 11
Mail Box

Setiap mail box adalah milik user di dalam domain. Sebagai contoh ali@tks.com.

Sistem Emel POP3

Di dalam rajah di atas, emel dihantarkan kepada sudirman@ilplabuan.gov.my


menggunakan protokol SMTP. DNS server akan mencari domain bernama
ilplabuan.gov.my. Emel dihantar ke Internet seperti langkah 2.

Server mail.ilplabuan.gov.my akan menerima emel tersebut dan disimpan didalam


mailbox. Pengguna akan buat sambungan ke mail server dengan memberikan username
dan password ke mail server. Kemudian mail server akan authenticade ambil emel dan
hantar ke client.

Keselamatan Rangkaian

POP3 dan SMTP adalah protokol yang tidak dibuat encryption. Jika seseorang membuat
capaian kepada rangkaian yang sedang membuat sambungan POP3, mereka
berkemungkinan boleh membaca emel anda!

Untuk lebih selamat, sila guna pakai IPSec – Internet Protocol Security.

IPSec adalah rangkakerja yang memastikan keselamatan perhubungan peribadi didalam


Protokol Internet, ia menggunakan Crytographic Security Service.

6 / 11
ANTI-VIRUS SERVER

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di
dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di
kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector".

Apabila kita menjalankan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk
yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk
melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain,
memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam
keseluruhan cakera keras "hard disk". Disamping itu, virus komputer juga boleh
diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah
ditetapkan.

Virus komputer dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu

1. Boot sector viruses


2. Pasitic viruses
3. Micro viruses.

Virus Sektor But. - Boot sector viruses

Sektor but adalah bahagian cekera keras yang memulakan proses penjanaan maklumat
sebaik sahaja kuasa dibekalkan pada komputer. Virus sektor boot akan menggantikan
sektor boot cekera yang asli dengan virusnya. Ia kemudian akan memuatkan diri pada
ingatan dan merebak ke cekera keras yang lain atau cekera liut, setiap kali penjanaan
maklumat dilakukan. Jangkitan pada cekera liut juga boleh berlaku apabila janaan
maklumat dilakukan dan terdapat cekera liut pada pemacu.

Virus Fail Berjangkit - Parasitic viruses

Virus fail akan berjangkit pada lain-lain fail pelaksana (executable files), lazimnya yang
mempunyai sambungan .EXE atau .COM. Oleh yang demikian, virus akan berada dalam
keadaan aktif setiap kali aturcara tersebut dilaksanakan. Dengan mengaktifkan aturcara,
virus akan berjangkit kepada lain-lain fail atur cara, pada sistem komputer atau pada
sistem lain. Rangkaian dan penggunaan cekera liut pada sistem yang berlainan akan
membantu proses penyebaran virus tersebut.

Virus Makro - Macro viruses

Virus Makro adalah yang paling kerap ditemui disebabkan proses yang mudah untuk
menciptanya. Ia ditulis pada hamparan dalam bentuk bentuk bahasa makro atau perisian
pemprosesan kata. Virus ini kerap muncul dalam fail-fail perisian kongsi seperti dokumen
atau hamparan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Virus ini mampu membuat gangguan
yang hebat seperti meletakkan perkataan-perkataan ganjil dalam sesuatu dokumen, atau
merosakkan fail secara rambang.

7 / 11
Kesan Serangan Virus

Kesan dan akibat daripada serangan virus ataupun dipanggil ‘payload’ aspek utama yang
menarik minat pengguna. Di bawah disenaraikan apakah kesan kepada komputer yang
boleh dilakukan oleh virus.

1. Message
2. Pranks
3. Denying Accsess
4. Data Theft
5. Corrupting Data
6. Deleting Data
7. Disabling Hardware

Maklumat Virus

Virus komputer ini akan sentiasa bertambah di dalam intenet dan juga komputer
pengguna. Ini kerana pencipta virus akan sentiasa mengeluarkan dan menyebarkan virus
terbaru ciptaan mereka. Oleh itu pengguna harus peka dengan virus-virus yang baru yang
boleh menjangkiti komputer tanpa di sedari oleh pengguna itu sendiri. Sumber maklumat
samaada media masa atau media elektronik merupakan maklumat yang penting untuk
pengguna mendapat pengetahuan mengenai virus yang terbaru yang menyerang
komputer.

Antara maklumat yang paling terpantas ialah melalui internet di mana pengguna dapat
mengetahui sesuatu maklumat mengenai virus yang terbaru dan juga cara-cara untuk
mengelakkan daripada serangan virus tersebut dan juga anti virus yang paling sesuai
digunakan. Pengguna boleh mendapatkan maklumat yang terbaru mengenai virus
daripada internet seperti:

1. http://www.sophos.com
2. http://www.trendmicro.com
3. http://www.datafellows.com

Antara maklumat yang boleh diperolehi daripada website berikut adalah :

1. Info Virus.
2. Analisis Virus.
3. Maklumat mengenai Virus terbaru.
4. Anti Virus yang terbaru.
5. 10 Virus teratas.
6. Artikel mengenai Virus
7. Scan File On-line
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat di dalam Info perisian Anti Virus itu sendiri
di mana terdapat virus list yang akan menerangkan dengan lengkap mengenai sifat, tabiat
dan kesan jangkitan virus tersebut terhadap komputer pengguna.

8 / 11
Perisian Anti Virus

Perisian anti virus ialah perisian yang digunakan untuk mengesan, memusnahkan dan
mencegah virus yang berada di dalam komputer pengguna. Perisian sistem pertahanan
komputer ini direka atau dibangunkan bertujuan untuk memastikan serangan virus kepada
sistem komputer dapat dilumpuhkan. Dalam pembangunan perisian ini, terdapat 3 strategi
atau peringkat pertahanan anti virus iaitu :

1. Internet Gateway
2. Server
3. Desktop and Laptop PCs

Perisian anti virus berfungsi dengan mengesan virus, memusnahkan virus dan akan
melindungi sistem komputer daripada serangan virus. Walaubagimanapun cara perisian
ini mengesan virus adalah berbeza dan di bahagikan kepada 3 cara utama iaitu :

1. Scanners
2. Checksummers
3. Heuristics

Cara bertindak untuk ketiga-tiga jenis Anti-Virus tersebut adalah berbeza tetapi fungsinya
sama iaitu untuk melindungi komputer daripada virus.

Scanners

Scanners merupakan jenis perisian anti virus yang paling popular yag digunakan pada hari
ni. Perisian ini boleh mengesan dan membasmi maklumat kepada kebanyakan jenis virus
yang terkenal. Scanners adalah mudah digunakan dan berkeboleh mengenali virus. Kita
boleh mengesan semua drives, folder di dalam komputer dan juga masuk/keluar pesanan
e-mail.

Kelemahan yang paling utama bagi perisian jenis scanners ini ialah perisian ini hendaklah
sentiasa di update maklumat virus (virus definition) untuk memastikan ia berfungsi sevara
lebih efektif.

Checksummers

Perisian jenis checksummer ini bertindak apabila mengesan perubahan. Apabila virus
menjangkiti file, file akan berubah kandungan dan perubahan ini akan diaktifkan
checksummer. Checksummers akan mengesan semua virus samada dikenali atau tidak
dikenali, selagi terdapat perubahan file yang sentiasa diperhatikan oleh checksummer.

Kelemahan utama apabila menggunakan checksummers ialah untuk membuat


perbezakan samada perubahan yang dilakukan oleh virus atau perubahan oleh sistem
komputer. Keputusan daripada report checksummer hanya boleh disemak oleh pakar
sahaja.

Perisian ini juga hanya boleh mengesan virus apabila komputer telah dijangkiti oleh virus
dan tidak boleh untuk mencegah komputer daripada jangkitan virus.

9 / 11
Heuristics

Heuristics ialah stategi, cara atau helah yang digunakan untuk penyelesaian masalah
yang kompleks. Dalam konteks perisian anti virus, perisian ini akan menghuraikan atau
mengenal virus berdasarkan perataturan (identiti) virus untuk membezakan virus daripada
bukan virus.

Perisian Heuristic adalah interaktif kepada pengguna kerana perisian ini tidak perlu di
update. Walaupun begitu, perisian ini tidak boleh lari dari masalah. Pembuat/pencipta
virus akan dapat belajar dengan cepat peraturan yang digunakan oleh perisian heuristics
dan kemudian akan mereka virus yang baru yang dapat melawan anti virus tersebut.
Kemudian pengeluar perisian anti-virus akan membaiki formula peraturan dan
menambahbaikan perisian tersebut.

Perisian Heuristic juga cenderung untuk melebel sesuatu object sebagai virus sedangakn
ianya tidak. Oleh kerana itu, ia harus digunkan dengan betul untuk memastikan
keberkesanannya.

Perisian anti-virus membolehkan perisian mengesan kewujudan virus di dalam media


simpanan komputer. Anti virus mengesan virus berdasarkan ‘virus difination’ yang
terkandung di dalamnya. Setelah mengesan virus tersebut, perisian ini akan
memusnahkan virus-virus tersebut dan memastikan komputer bebas dari virus. Anti-virus
ini juga akan bertindak sebagai pencegah atau memberi perlindungan kepada virus yang
akan memasuki komputer dan akan memusnahkan virus segara automatik.

Terdapat pelbagai perisian Anti virus yang boleh didapati di pasaran. Perisian ini
dikeluarkan oleh perbagai syarikat dan pelbagai kegunaan. Kebanyakan perisian ini direka
untuk di gunakan dalam perbagai sistem operasi iaitu Windows, Linux, Unix, Machintoch
dan banyak lagi.

1. Norton AntiVirus 2003


2. McAfee VirusScan
3. PC-cillin 2003
4. Panda ActiveScan
5. Symantec W32.Klez Removal Tool
6. The Cleaner 3.2
7. F-Prot for Windows v3.12b

Penggunaan Perisian Anti Virus

Walaupun terdapat pelbagai perisian anti-virus di pasaran, ciri-ciri (option) dan cara
penggunaan untuk setiap perisian ini adalah hampir sama. Walau bagaimanapun,
kelebihan pada sesebuah perisian itu tetap wujud untuk membezakan perisian yang
dikeluarkan dan juga untuk menarik minat pengguna. Pada asasnya, antara option yang
terdapat dalan1 perisian anti virus ialah :

1. System Status
2. Virus Scan option
3. Live update
4. Quarantine items

10 / 11
5. Activity Log (report)

System status adalah merupakan maklumat kepada pengguna mengenai status perisian
terkini. Ini bermaksud pemberitahuan kepada pengguna samaada perisian berfungsi atau
tidak dan ciri-ciri pertahan di dalamnya dalam keadaan yang baik dan juga maklumat
mengenai selenggara perisian. Virus scan option merupakan pilihan yang dibuat oleh
pengguna untuk memilih cara pengimbasan yang akan dilakukan oleh perisian iaitu :

1. Mengimbas virus di dalam komputer


2. Mengimbas virus di dalam semua media simpanan data
3. Mengimbas virus di dalam floppy disk
4. Mengimbas virus di dalam drive komputer
5. Mengimbas virus di dalam folder yang dipilih
6. Mengimbas virus di dalam sesebuah file yang dipilih

Terdapat pilihan yang berbeza untuk mengimbas virus ini buat adalah untuk menjimatkan
masa pengguna dan memberi pilihan kepada pengguna mengenalpasti file atau folder
atau mana-mana drive yang dirasakan telah dijangkiti virus. Dengan melakukan imbasan
untuk semua media simpanan (scan all removabe drive) merupakan option yang
mengarahkan perisian mengimbas keseluruhan media simpanan pada komputer .

Live update ialah option untuk kemaskini 'virus defination’ secara online dimana sistem
akan terus download file yang terbaru daripada pusat kawalan virus. Virus Defination ialah
satu program untuk mengesan virus dan juga memusnahkan virus tersebut. Oleh itu
senarai virus defination hendaklah sentiasa dikemaskini untuk memastikan perisian dapat
mempunyai pertahanan untuk serangan virus yang terbaru.

Quarantine Item ialah merupakan tempat simpanan atau kurungan bagi virus yang belum
dikenalpasti. Kadangkala perisian atau penggunan itu sendiri akan mengesan kewujudan
virus yang tidak dikenali (unknown virus). Oleh itu perisian akan bertindak menyimpan
virus tersebut di dalam Quarantine Item bagi mengelak ia tersebar di dalam sistem
komputer. Kemudian virus ini akan di hantar oleh pengguna kepada pusat kajian virus dan
pakar-pakar di sana menghantar laporan dan status bagi virus tersebut samaada bahaya
atau tidak. Jikalau virus tersebut merupakan virus yang terbaru dan berbahaya. pusat
kajian akan menghantar virus defmation untuk mengesan dan memusnahkan virus
tersebut.

Activity Log (Report) ialah file yang mengandungi maklumat terperinci mengenai semua
aktiviti perisian. Laporan ini mengandungi maklumat mengenai masa masalah dijumpai
dan bagaimana ia ditangani. Laporan ini juga akan menyenaraikan senarai file yang rosak
untuk tindakan pengguna membuat salinan file tersebut dan mengantikan dengan file yang
baru.

Auto scan merupakan satu option untuk memudahkan pengguna dimana komputer akan
mengimbas komputer pada masa dan waktu yang telah ditetapkan oleh pengguna.
Pengguna juga menetapkan file, folder atau drive yang mana akan di imbas oleh perisian.
Option ini akan memastikan komputer akan sentiasa diimbas dan memastikan komputer
sentiasa bebas dari serangan virus.

11 / 11
A 2.3 CONFIGURE DNS SERVER
INSTALL DNS PADA WINDOW SERVER 2003

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadikan Window Server 2003 sebagai DNS
Server.

Langkah-langkah

1. Set alamat IP statik pada server. Ini kerana DNS server memerlukan alamat IP yang
statik.
2. Masukkan kit CD Win2k3 ke dalam CD Drive
3. Klik Start > Settings > Control Panel

Rajah 1

4. Double Click “Add or Remove Programs”

Rajah 2

Rajah 3

5. Klik pada Side Menu “ Add/Remove Windows Components”.

1/12
Rajah 4

6. Pada tetingkap “Window Component Wizard” pilih “Networking Services”, klik butang
“Detail”.

Rajah 5

7. Pada tetingkap “Networking Services”, tandakan “check box” untuk “Domain Name
System (DNS)”. Klik butang OK, klik butang OK. (Rujuk rajah 5).
8. Window akan install pakej yang dipilih dan proses ini memerlukan CD Kit Window
2003.
9. Setelah selesai proses installation, klik butan Start, Programs, Administrative Tools,
DNS.

Rajah 6

Rajah 10

2/12
KONFIGURASI DNS PADA WINDOW 2003 SERVER

Konfigurasi ini akan menjadikan Window 2003 Server bertindak sebagai DNS Server.
Konfigurasi ini akan dibuat mengikut paramater berikut:

Domain name : tks.com.my


DNS Server : 192.168.0.20
Web server : 192.168.0.5
Mail server : 192.168.0.10
App. Server : 192.168.0.15

1. Buka console DNS dengan kilk butang Start, Programs, Administrative Tools, DNS

Rajah 1.

Rajah 2.

2. Pada tetingkap DNS Management ini terdapat 2 panel. Di panel sebelah kiri
terdapat objek “Forward Lookup Zones” dan “Reverse Lookup Zones”. Forward
Lookup Zones adalah objek yang menyimpan nama server. Reverse Lookup Zones
adalah objek yang menyimpan alamat IP.

3. Tindakan berikutnya adalah membina “Primary Zone” baru. Klik kanan pada objek
pada Forward Lookup Zones, klik sub menu New Zone.

Rajah 3.

3/12
Rajah 4.

4. Klik butang Next pada tetingkap “New Zone Wizard”.

Rajah 5.

5. Terdapat 3 pilihan jenis zone yang kita akan bina.

f. Primary zone
g. Secondary zone
h. Stub zone

Pilih Primary zone. Klik butang Next.

Rajah 6.

9. Taipkan nama domain “tks.com.my” pada text box “zone name”. Klik butang Next.

4/12
Rajah 7.

10. Pada tetingkap pada Rajah 7, biarkan dalam keadaan default. Tetingkap ini adalah
bagi menetapkan nama fail yang akan menyimpan maklumat domain anda. Fail
akan disimpan di C:/WINDOWS/ system32/dns/. Klik butang Next.

Rajah 8.

11. Tetingkap “Dynamic Update” memaparkan 3 pilihan untuk rekod dan kemaskini
maklumat host atau client ke dalam DNS Server. Biarkan default dan klik butang
Next.

Rajah 9.

12. Klik butang Next untuk menyiapkan proses konfigurasi DNS.

5/12
Rajah 10.

13. Rajah 10 menunjukkan domain tks.com.my telah siap dibina.

14. Sekarang kita perlu bina satu Reverse Lookup Zones. Klik kanan pada objek
Reverse Lookup Zones, klik pada menu New Zone.

Rajah 11.

Rajah 12.

15. Klik butang Next.

Rajah 13.

16. Pilih Primary Zone pada tetingkap “Zone Type”. Klik butang Next.

6/12
Rajah 14.

17. Taipkan Network ID = 192.168.0 pada ruangan di tetingkap Reverse Lookup Zone
Name seperti di dalam Rajah 14. Klik butang Next.

Rajah 15.

18. Biarkan nama fail pada nama default. Klik butang Next.

Rajah 16.

19. Biar dalam keadaan default pada tetingkap Dynamic Update. Klik butang Next.

7/12
Rajah 17.

20. Klik butang Finish untuk melengkapkan proses bina Reverse Lookup Zones.

Rajah 18.

21. Setelah selesai membina Reverse Lookup Zone, satu sub-objek “192.168.0.x
Subnet” akan terbina di bawah objek Reverse Lookup Zone.

22. Setting DNS ini diteruskan dengan setting Name Server atau NS bagi domain
tks.com.my.

Rajah 19

23. Klik kanan pada sub-objek tks.com.my pada objek Forward Lookup Zones. Klik
menu Properties.

8/12
Rajah 20.

24. Klik tab “Name Servers”, Klik butang Add.

Rajah 21.

25. Taipkan “tks.com.my” pada text box “Server fully qualified domain name (FQDN)”.
Taipkan alamat IP = 192.168.0.20 pada text box “IP address”. Klik butang Add dan
klik butang OK, klik butang OK. Rujuk Rajah 21.

26. Sekarang kita akan tambah 3 host seperti yang dinyatakan di awal artikel ini iaitu
web, mail dan app server.

27. Klik kanan pada sub-objek tks.com.my pada objek Forward Lookup Zones. Klik
menu New Host (A).

Rajah 22.

9/12
Rajah 23.

28. Taipkan pada text box “Name” dan “IP address” seperti di dalam
Rajah 23 di atas, klik butang “Add Host”.

29. Ulangi langkah 25 untuk mail dan app server.

30. Setelah host di bina DNS Management console akan kelihatan seperti Rajah 24 di
bawah.

Rajah 24.

31. Sekarang kita akan setup mail server.

Rajah 25

32. Klik kanan pada sub-objek tks.com.my pada objek Forward Lookup Zones. Klik
menu “New Mail Exchanger (MX)”. Klik butang “Browse”.

Rajah 26.

10/12
Rajah 27.

33. Klik 2 kali pada Objek SERVER01 (DNS Server).

Rajah 28.

34. Klik 2 kali pada objek “Forward Lookup Zones”.

Rajah 29

35. Klik 2 kali pada objek “tks.com.my”.

Rajah 30.

11/12
36. Pilih objek “mail”, klik butang OK, klik butang OK. Setelah selesai, DNS
Management Console / Forward Lookup Zones akan memaparkan maklumat
seperti Rajah 31. Reverse Lookup Zone seperti Rajah 32.

Rajah 31.

Rajah 32.

12/12
A 2.4 CONFIGURE DOMAIN CONTROLLER
INSTALASI DOMAIN CONTROLLER

Manual ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk instalasi Domain Controller pada
Window 2003 Server.

Kita akan install Domain Controller dengan DNS bina dalam. (DC with intergrated DNS)

1. Klik butang Start, Run. Taipkan “dcpromo”, klik butang OK


.

Rajah 1.

Rajah 2.

2. Klik butang Next pada tetingkap “Active Drectory Installation Wizard”.

Rajah 3.

3. Tetingkap pada Rajah 3 menerangkan padanan kesesuaian antara Win2k3 DC


dengan DC versi Window NT dan Window 2000. Klik butang Next.

1/12
Rajah 4.

4. Tetingkap “Domain Controller Type” pada Rajah 4, memberi kita pilihan samada
untuk membina DC untuk domain yang baru atau DC untuk domain sedia ada.
Biarkan pada keadaan default (DC untuk domain baru) dan klik butang Next.

Rajah 5.

5. Oleh kerana kita akan buat satu DC pada domain baru, pilih “Domain in a new
forest” pada tetingkap di Rajah 5.

Rajah 6.

6. Pada tetingkap di Rajah 6, oleh kerana kita belum install DNS, oleh itu pilih “No, just
install...”. Klik butang Next.

7. Pada tetingkap “New Domain Name” taipkan “TKS.COM.MY” pada text box “Full
DNS name for New domain”. Rungan ini mestilah menggunakan huruf besar.

2/12
Rajah 7.

Rajah 8.

8. Pada tetingkap “NetBIOS Domain Name“ biarkan pada nama default. Klik butang
Next.

Rajah 9.

9. Rajah 9, menunjukkan tetingkap bagi memberikan pilihan lokasi simpanan fail DC


yang akan dibina. Biarkan pada lokasi default. Tekan butang Next.

3/12
Rajah 10.

10. Pada tetingkap “Shared System Volume”, biarkan default. Dan klik butang Next.
Tetingkap ini memberikan pilihan lokasi untuk menyimpan folder SYSVOL.

Rajah 11.

11. Pada tetingkap Permissions pada rajah 11, biarkan pada keadaan default. Klik
butang Next.

Rajah 12.

12. Pada rajah 12, taipkan password yang akan diguankan bagi restore semula DC.
Klik butang Next.

13. Klik butang Next untuk tetingkap di dalam Rajah 13. Ia menunjukkan rangkuman
apakah parameter yang kita pilih untuk DC ini.

4/12
Rajah 13.

14. Proses installation sedang berjalan seperti rajah 14.

Rajah 14.

Rajah 15

15. Setelah tamat proses installation klik butang Finish. Komputer akan minta kita
restart server. Server akan mengambil masa yang lebih sedikit untuk login.

Rajah 16.

16. Sekarang server kita telah sedia untuk memberikan perkhidmatan sebagai Domain
Controller (DC) untuk tks.com.my.

5/12
17. Semasa logon kita sudah tidak lagi logon ke server tetapi logon ke domain “TKS”

Rajah 17.

6/12
BINA USER DALAM WINDOW 2003 DOMAIN CONTROLLER

18. Pilih butang Start, Programs, Administrative Tools, “Active Directory Users and
Computers”

Rajah 1.

Rajah 2.

19. Pada tetingkap “Active Directory Users and Computers” pilih folder User. Kemudian
pilih menu Action, New, User.

Rajah 3.

7/12
Rajah 4.

20. Pada tetingkap “New Object – User” masukkan maklumat yang diperlukan seperti
Rajah 4. Klik butang Next.

Rajah 5.

21. Masukkan pasword di text box yang berkenaan. Pilih pilihan berkenaan password
yang diberikan dengan menandakan pada check box yang berkenaan. Klik butang
next. Klik butang Finish.

8/12
Rajah 6.

Rajah 7.

9/12
JOINING WINDOWS XP TO DOMAIN

Untuk latihan ini, Window XP akan joint ke domain TKS.COM yang telah kita buat
konfigurasi dalam nota di atas.

Klik kanan pada ikon MyComputer, pilih properties.


Atau;
Klik Start, Settings, Control Panel, pilih System.

Pilih tab “Computer Name”, klik butang Change...

Klik “radio button” Domain: pada ruangan “Member of”. Taipkan: tks.com. Atau taipkan:
tks.

10/12
Taipkan username dan password untuk Domain Administrator.

Klik butang OK.

Klik butang OK untuk restart PC.

11/12
Perhatikan pada System Properties, Full Computer Name telah berubah. Tiada lagi
Workgroup.

Klik butang OK.

Komputer akan restart untuk membolehkan perubahan dibuat pada sistem.

Klik butang Yes.

Komputer akan logon dengan Log-on window memaparkan maklumat tambahan “Log on
to”. Masukkan maklumat berikut:

Username : <user yang kita bina dalam Domain Controller>


Password : <password>
Log on to : TKS

12/12
A 2.5 CONFIGURE WEB SERVER
INSTALASI IIS 6 PADA WINDOW SERVER 2003

Bagi konfigurasi Win2k3 menjadi web server, kita perlu install Internet Information Server
(IIS) versi 6. IIS 6 ini tidak diinstall secara default di dalam Win2k3. Berikut adalah
langkah-langkah untuk install IIS 6.

Langkah-langkah

1. Masukkan kit CD Win2k3 ke dalam CD Drive


2. Klik Start > Settings > Control Panel

Rajah 1

3. Double Click “Add or Remove Programs”

Rajah 2

Rajah 3

4. Klik pada Side Menu “ Add/Remove Windows Components”.


5. Pada Tetingkap “Window Component Wizard” Tandakan pada pilihan Application
Server. Seperti rajah 4 di bawah. Klik butan Next. Klik butang Finish.

1/8
Rajah 4

Rajah 5

Rajah 6

6. IIS ini boleh di setup dengan membuka server IIS. Langkahnya adalah klik Start >
Programs > Administrative Tools > Internet Information Services (IIS) Manager.

2/8
Rajah 7

7. Untuk menguji samada IIS sudah ‘up’, Buka Internet Explorer dan taipkan alamat
‘localhost’. Ia akan memaparkan web “Under Constraction” seperti rajah 8.

Rajah 8

3/8
KONFIGURASI IIS 6

IIS 6 yang telah diinstall secara default akan membina satu folder di cakera
“c:/Inetpub/wwwroot”

Rajah 1.

Folder wwwroot ini adalah tempat menyimpan laman web yang ingin di pamerkan secara
default. Walaubagaimanapun kita boleh menetapkan untuk server memilih folder lain
sebagai tempat menyimpan laman web.

Langkah-langkah konfigurasi IIS 6

8. Bina satu laman web dan save sebagai ‘utama.html’. Simpan utama.html ini di folder
wwwroot.

Rajah 2.

9. Buka Internet Exlorer dan taipkan alamat ‘localhost’. Laman web seperti Rajah 3 akan
dipamerkan.

Rajah 3.

10. Taipkan pula alamat ‘localhost/utama.html’. Laman web seperti Rajah 4 akan
dipamerkan.

4/8
Rajah 4.

11. lihat pada perbezaan pada ruangan ‘Address’ diantara Rajah 3 dan
Rajah 4. Laman web telah berfungsi tetapi kita perlu menjadikan ‘utama.html’ sebagai
“default page”.
12. Klik Start > Programs > Administrative Tools > Internet Information Services (IIS)
Manager.

Rajah 5

13. Pada tetingkap IIS Manager, boleh didapati pada ruangan kiri menu “Internet
Information Services”. Klik dua kali pada menu tersebut dan sub menu “<namaserver>
(local computer)”. Klik dua kali pada submenu tersebut. Akan terpamer 3 folder:
n. Application Pools
o. Web Site
p. Web Service Estension

Rajah 6

17. Klik 2 kali pada folder Web Sites. Klik kanan pada “Default Web Site”, klik menu
Properties. Rujuk Rajah 7.

5/8
Rajah 7

18. Pada tetingkap “Default Web Site Properties” pilih tab ‘Documents’. Klik pada butang
‘Add...’

Rajah 8.

19. Pada tetingkap “Add Content Page” taipkan ‘utama.html’ seperti Rajah 9. Klik butang
‘OK’.

Rajah 9.

20. Pilih ‘utama.html’ dan klik butang “Move Up” sehingga ‘utama.html’ berada di
kedudukan teratas. Rujuk Rajah 10 dan Rajah 11.

Rajah 10.

6/8
Rajah 11.

21. Klik butang ‘OK’.


22. Buka Internet Explore dan taipkan alamat ‘localhost’. Dan paparan seperti Rajah 12
akan diperolehi.

Rajah 12.

23. Sekarang kita telah berjaya untuk konfigurasi laman web default bagi IIS 6.

7/8
KONFIGURASI IIS 6 – 2

Kali ini kita akan konfigurasi IIS untuk menjadikan folder selain wwwroot sebagai “default
root folder”

1. Bina satu folder di cakera c:/ dengna nama ‘web’.

Rajah 1.

2. Masukkan laman web yang dibina kedalam folder c:/web.


3. Buka IIS Manager.
4. Buka Default Web Site Propertise, klik tab “Home Directory”, klik butang ‘Browse…’

Rajah 2.

5. Cari folder c:/web

Rajah 3.

6. Klik butang ‘OK’.


7. Kemudian buat konfigurasi default web document seperti nota Konfigurasi IIS 6.

8/8
A 2.6 CONFIGURE MAIL SERVER
POP3 AND SMTP INSTALLATION

Klik pada butang Start, pilih Administrative Tools, Manage Your Server.

Pilih Add or remove a role.

Klik butang Next.

Pilih Mail Server (POP3, SMTP). Klik butang Next.

1/15
Configure POP3 Service
Authentication method : Local Window Account
E-mail domain name : tks.com

Klik butang Next.

2/15
Klik butang Finish.

Pilih “Manage this mail server”

3/15
4/15
POP3 SERVICE CONFIGURATION

Mail server yang telah diinstall pada Windows Server 2003 boleh dikonfigurasi pada POP3
Service Manager. 2 cara untuk buka POP3 Service Manager.

1. Klik start, Pilih Administrative Tools, POP3 Service.

2. Pilih “Manage this mail server” di dalam Manage Your Server Wizard

Untuk tujuan latihan ini, kita akan setup situasi berikut:

1. Bina 2 akaun didalam domain:


• Ali@tks.com
• Abu@tks.com
2. Ali akan hantar emel ke abu dan abu akan balas mengguankan Outlook Express.

5/15
Pada POP3 Service manager Console, klik 2 kalai pada icon SERVER01 <bergantung
kepada nama server anda>, klik domain tks. Pilih menu “Add Mailbox”.

Masukkan maklumat berikut:


Mailbox Name : ali
Password : 1234
Confirm password : 1234
Klik butang OK.

Klik butang OK.

6/15
Tambah mailbox dengan menambah akaun abu mengguankan langkah yang sama seperti
akaun ali.

Selepas menambah 2 akaun tersebut, POP3 Service Manager Console akan kelihan
seperti rajah di bawah.

Sekarang kita telah berjaya bina 2 akaun.

PENGUJIAN MAIL SERVER MENGGUNAKAN OUTLOOK EXPRESS

Setting Akaun

Pengujian akan menggunakan Windows XP sebagai client.

Buka Outlook Express dengan klik butang Start, All Programs, Outlook Express.

Pada Outlook Express kita perlu setup akaun terlebih dahulu. Pilih Menu Tools, Account.

7/15
Pada tetingkap Internet Accounts, pilih tab Mail dan klik butang Add, Mail...

Pada tetingkap Internet Connection Wizard, Your Name, taipkan;


Display name : ali
Klik butang Next >.

Taipkan E-mail address : ali@tks.com


Klik butang Next >.

8/15
Taipkan;
Incoming mail (POP3, IMAP or HTTP) server : <IP adress mail server>
Outgoing mail (SMTP) server : <IP adress mail server>
Klik butang Next >.

Pada Internet Mail Logon taipkan;


Account name : ali
Password : 1234
Klik butang Next >.

9/15
Klik butang Finish.

Pilih Akaun 172.16.96.30, klik butang Propertise.

10/15
Tukarkan mail account “172.16.96.30” kepada “ali”.

Klik butang OK.

Klik butang Close.

Klik pada “Outlook Express” di panel kiri. Akan terpamer “Outlook Express for Ali” di panel
sebelah kanan.

11/15
Menghantar Emel

Sekarang, kita akan hantar emel dari akaun ali ke akaun abu.

Klik butang Create Mail.

Taipkan;
To : abu@tks.com
Subject : Test
Kandungan : Test
Klik buang Send.

Menerima Emel

Untuk abu menerima emel menggunakan Outlook Epress pada PC yang sama, kita perlu
setup akaun Abu. Lakukan seperti kita setup akaun Ali.

Pada Outlook Express, pilih menu Tools, Account

Pada tetingkap Internet Accounts, pilih tab Mail, klik butang Add, Mail...

12/15
Display name : abu
Klik butang Next >.

E-mail address : abu@tks.com


Klik butang Next >.

Account name : abu


Password : 1234
Klik butang Next >.

Pilih Account 172.16.96.30, klik butang Properties.

13/15
Mail Account : abu
Klik butang OK.

Pilih Account abu, klik butang “Set as Default”. Klik butang Close.

Refresh Outlook Express. Outlook Express akan memaparkan Outlook Epress for abu di
panel sebelah kanan.

Untuk mendapatkan emel dari server, klik butang Send/Recv.

14/15
Masukkan;
User Name : abu@tks.com
Password : 1234
klik butang OK.

Abu telah berjaya menerima emel dari ali.

15/15
A 2.7 CONFIGURE APPLICATION SERVER
Rujuk nota A 2.5 Configure Web Server

1/1
A 2.8 CONFIGURE FILE SERVER
File Server didalam Windows Server 2003 adalah Folder yang di kongsikan. Ia sama
seperti File Sharing di Windows XP.

Kita akan konfigurasi server kita dengan berkongsi satu folder bernama “DATA” dan boleh
di “read” oleh semua orang dan “full Control” oleh Administrator. Quota untuk setiap user
adalah 5MB.

Bina satu folder di dalam drive C:\ bernama DATA. Bina satu fail .txt dan simpan di dalam
folder DATA yang telah anda bina.

Buka konsol “Manage Your Server”.

Klik “Add or remove a role”

Klik butang Next >.

1/9
Pilih Server role = File server, klik butang Next >.

Pilih “No, leave Indexing Service turned off”. Klik butang Next >.

Tekan butang Next >.

2/9
Tetingkap “Share a Folder Wizard” akan terpamer. Klik butang Next >.

Taipkan “Folder Path”. Jika tidak pasti, klik butang Browse...

Pilih folder DATA, klik butang OK.

3/9
Klik butang Next >.

Taipkan Share name dan Description. Klik butang Next >.

Pilih “Administrators have full access; other users have read-only access”. Klik butang
Next >.

4/9
File server kita telah selesai di konfigurasi. Klik butang Close.

KONFIGURASI FILE SERVER TANPA GUNA “MANAGE YOUR SEVER”

Pilih folder yang hendak dibuat sebagai sharing folder. Klik kanan pada folder tersebut,
pilih properties.

Pilih tab Sharing, pilih radio button “Share this Folder”, Klik butang Permissions...

5/9
Secara default, semua user hanya boleh “read”. Kita akan tambah Administrator untuk
kebenaran “Full Controll”. Klik butang Add...

Klik butang Advanced...

Klik butang “Find Now”.

Pilih Group Administrators, klik butang OK.

6/9
Klik butang OK.

Pilih Administrators, tandakan check box “Full Control” pada “Permissions for
Administrators”. Klik butang OK.

7/9
CAPAIAN KE FILE SERVER

Capaian ke file server menggunakan Windows XP ada banyak cara. Di bawah akan
diterangkan 2 cara untuk membuat capaian ke File Server.

Klik butang Start, Run.

Taipkan: \\<IP Adress File Server>\<nama “Share Folder”>. Klik butang OK.

Masukkan username dan password. Klik butang OK.

Fatu folder akan dibuka merujuk kepada Folder didalam File Server.

8/9
Cara kedua adalah dengan membuat Network Drive.

Klik kanan pada ikon My Computer, pilih “Map Network Drive”

Pilih huruf drive dan masukkan folder path berikut:


\\<IP Adress File Server>\<nama “Share Folder”>
Klik butang Finish.

Masukkan username dan password. Klik butang OK.

Setelah selesai akan wujud satu Network Drive (Z:\) di dalam My Computer.

9/9

You might also like